PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN GURU & STAF (BKGS) 2022
BADAN KEBAJIKAN GURU DAN STAF (BKGS) SK BANDAR PENAWAR 2 JOHOR PERKARA SATU Nama dan Alamat : 1.1 Persatuan ini dinamakan Badan Kebajikan Guru dan Staf(BKGS) 1.2 Alamat : SK Bandar Penawar 2 , 81930 Bandar Penawar Johor PERKARA DUA 2.1 Badan ini ditubuhkan sebagai sebuah persatuan dakwah, riadah dan kebajikan untuk guru-guru dan staf SK Bandar Penawar 2 , 81930 Bandar Penawar Johor. PERKARA TIGA Tujuan : 3.1 Menjalankan aktiviti-aktiviti riadah untuk memupuk semangat perpaduan, persefahaman dan persahabatan dalam kalangan ahli tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama seperti mana yang termaktub dalam Rukun Negara. 3.2 Sebagai perunding untuk menyelesaikan masalah guru dengan pentadbir secara adil dan bijaksana. 3.3 Kebajikan ahli : 3.3.1 Bersama bersimpati dan menghulurkan bantuan kepada ahli yang ditimpa kesusahan atau musibah. 3.3.2 Membantu menyediakan kemudahan persekitaran kerja yang kondusif. PERKARA EMPAT Keahlian : 4.1 Semua guru dan kakitangan yang berkhidmat di SK Bandar Penawar 2 secara automatik WAJIB menjadi ahli BKGS 4.2 Keahlian akan terbatal apabila ahli meninggal dunia, bertukar tempat perkhidmatan, bersara atau diberhentikan daripada perkhidmatan. PERLEMBAGAAN BKGS 2022 2
PERKARA LIMA Kewangan : 5.1 Yuran BKGK : 5.1.1 Bayaran yuran secara bulanan ( RM10x12 ) = RM120 5.1.2 Bayaran yuran secara tahunan = RM100 5.1.3 Bayaran yuran secara ansuran 2 kali setahun = RM110 5.2 Sebarang pindaan yuran BKGS mesti diputuskan semasa Mesyuarat Agung. 5.3 Pembayaran yuran hendaklah diserahkan kepada Bendahari BKGS atau wakil yang dilantik oleh AJK BKGS PERKARA ENAM Pentadbiran : 6.1 BKGS akan ditadbir oleh 4 orang AJK yang dipilih melalui undian. 6.2 BKGS yang dilantik akan meneraju selama dua penggal/tahun. 6.3 Mereka terdiri daripada : 6.3.1 Pengerusi 6.3.2 Naib Pengerusi 6.3.3 Setiausaha 6.3.4 Bendahari 6.3.5 Ahli-Ahli Jawatankuasa 6.4 Dua orang pemeriksa kira-kira akan dilantik dalam kalangan ahli BKGS. 6.5 Syarat-syarat pelantikan Jawatankuasa Pentadbiran : 6.5.1 Ahli Jawatankuasa Induk dipilih dalam Mesyuarat Agung tahunan. 6.5.2 Pegawai yang telah dilantik, tidak boleh dilantik semula pada tahun berikutnya(Jawatan Pengerusi dan Naib Pengerusi sahaja bermula 2016 sehingga tahun berikutnya)Rujuk lampiran. 6.5.3 Ahli yang tidak hadir, boleh dipilih dan dilantik untuk memegang jawatan. 6.5.4 Nama-nama jawatan di atas hendaklah dicadang dan disokong. Pemilihan dijalankan dengan cara undian terbuka oleh ahli-ahli yang hadir semasa Mesyuarat Agung tahunan. Calon yang mendapat undian majoriti akan dipilih untuk menduduki jawatan. 6.5.5 Jawatankuasa Induk terdiri daripada kalangan guru dan staf seramai 4 orang yang terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Pemilihan jawatan lain akan diputuskan oleh AJK Induk yang dilantik 3 PERLEMBAGAAN BKGS/ JUN 2022
6.5.6 Pengerusi tahun berkenaan hendaklah mengumumkannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan. 6.5.7 Sekiranya berlaku kekosongan dalam Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa BKGS boleh melantik mana-mana ahli Jawatankuasa yang dianggap layak untuk memangku jawatan tersebut. 6.6 Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa : 6.6.1 Pengerusi : 6.6.1.1 Hendaklah menjadi pengerusi semua Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa. 6.6.1.2 Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani semua minit mesyuarat apabila telah diluluskan. 6.6.1.3 Bertanggungjawab atas perjalanan BKGS secara keseluruhan. 6.6.1.4 Hendaklah memerhati perjalanan setiap keputusan mesyuarat yang dijalankan oleh jawatankuasa kecil. 6.6.2 Naib Pengerusi : 6.6.2.1 Memangku tugas-tugas pengerusi semasa ketiadaan beliau. 6.6.3 Setiausaha : 6.6.3.1 Menjalankan urusan BKGS mengikut perlembagaan dan melaksanakan arahan-arahan Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa. 6.6.3.2 Menyimpan minit-minit mesyuarat, menguruskan hal-hal suratmenyurat dan menyimpan semua buku-buku termasuk buku daftar ahli dan rekod-rekod lain. 6.6.3.3 Menyediakan laporan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan. 6.6.3.4 Menyediakan dan menghantar surat-surat. 6.6.3.5 Menyediakan agenda-agenda serta Minit Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa. 6.6.3.6 Mendapatkan tandatangan Pengerusi dan Naib Pengerusi untuk semua surat-menyurat. 6.6.3.7 Memanggil Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung Tahunan (atau tergempar). 6.6.4 Penolong Setiausaha : 6.6.4.1 Membantu tugas-tugas setiausaha. 4 PERLEMBAGAAN BKGS/ JUN 2022
6.6.5 Bendahari : 6.6.5.1 Diamanahkan untuk bertanggungjawab atas semua hal berkaitan kewangan BKGS 6.6.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab atas kebenarannya. 6.6.5.3 Menyediakan dan membentangkan penyata kira-kira bagi setiap tahun kewangan bermula 1 Jun dan diserahkan untuk diaudit. Tahun kewangan BKGS berakhir 31 Disember. 6.6.5.4 Sesuatu perbelanjaan yang tidak melebihi RM500 boleh diluluskan oleh 2/3 daripada Ahli Jawatankuasa Induk iaitu : Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari. 6.6.5.5 Sesuatu perbelanjaan yang melebihi jumlah tersebut perlu mendapat persetujuan 2/3 daripada ahli dalam Mesyuarat Agung Khas atau Tergempar. 6.6.5.6 Tidak dibenarkan menyimpan wang tunai melebihi RM500 dalam satu-satu masa. Semua wang yang melebihi jumlah tersebut hendaklah disimpan ke dalam akaun BKGS 6.6.5.7 Menyimpan akaun simpanan dengan selamat sepanjang masa. 6.6.6 Jawatankuasa : 6.6.6.1 Mengelola dan mengatur kegiatan-kegiatan BKGS dan membuat keputusan atas perkara yang menyentuh perjalanan BKGS selagi tidak bertentangan dengan Perlembagaan BKGS. 6.6.6.2 Mengemukakan pelbagai cadangan pindaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa. 6.6.6.3 Melaksanakan keputusan-keputusan yang telah diluluskan semasa Mesyuarat Jawatankuasa. 6.6.6.4 Mengadakan mesyuarat pada bila-bila masa sekiranya dirasakan perlu. 6.6.6.5 Pengerusi atau sekurang-kurangnya tiga Ahli Jawatankuasa boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat pada bila-bila masa yang diperlukan. 6.7 Kewajipan Ahli : 6.7.1 Setiap ahli wajib menjelaskan yuran bulanan. 6.7.2 Setiap ahli perlu menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan. Ahli yang tidak hadir perlulah menerima segala keputusan mesyuarat. 6.7.3 Kemajuan BKGS menjadi tanggungjawab semua ahli. 5 PERLEMBAGAAN BKGS/ JUN 2022
6.7.4 Bekerjasama menjalankan semua aktiviti BKGS. 6.7.5 Memberi pandangan dan teguran terhadap perjalanan BKGS. 6.7.6 Setiap aset BKGS yang dipinjam oleh ahli hendaklah direkodkan dan sekiranya berlaku kerosakan semasa pinjaman, aset tersebut hendaklah diganti oleh ahli yang membuat pinjaman tersebut. PERKARA TUJUH Penyimpanan akaun-akaun pendapatan dan perbelanjaan BKGS : 7.1 Akaun BKGS hendaklah dibuat di mana-mana institusi kewangan yang berdaftar atas nama BKGS dan akaun tersebut hendaklah diaudit pada setiap tahun oleh pemeriksa kira-kira. 7.2 Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan. 7.3 Akaun simpanan BKGS hendaklah ditandatangani oleh 2/3 daripada Jawatankuasa Induk iaitu Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari. 7.4 Walapubagaimanapun perkara 7.1-7.3 bergantung kepada budi bicara AJK induk yang dlantik. AJK induk berhak memutuskan untuk menggunakan akaun peribadi dengan menggunakan prinsip”based on trust”. Walaubagaimanapun sekiranya berlaku pecah amanah dan seumpamanya, Pengerusi dan naib pengerusi akan bertanggungjawab sepenuhnya atas kehilangan wang yang berlaku. PERKARA LAPAN Kuorum : 8.1 Kuorum bagi Mesyuarat Agung hendaklah tidak kurang daripada 1/3 daripada jumlah ahli (bilangannya tidak kurang daripada 3 kali jumlah ahli-ahli jawatankuasa). 8.2 Kuorum bagi Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah sebanyak 2/3 bilangan Ahli Jawatankuasa. 6 PERLEMBAGAAN BKGS/ JUN 2022
PERKARA SEMBILAN Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas (tergempar) : 9.1 Kuasa BKGS hendaklah diserahkan kepada Mesyuarat Agung. 9.2 Mesyuarat Agung hendaklah diadakan tidak lewat daripada 31 Mac tahun berikutnya. 9.3 Satu Mesyuarat Agung Khas hendaklah diadakan diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa dalam masa 24 jam atau permintaan bertulis tidak kurang 1/3 ahli dan mesyuarat tersebut hendaklah diadakan dalam tempoh 7 hari daripada tarikh penerimaan permintaan tersebut. 9.4 Sekurang-kurangnya notis 14 hari hendaklah diberikan kepada ahli secara bertulis untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan atau 7 hari bagi Mesyuarat Agung Khas atau 24 jam sekiranya difikirkan perlu oleh jawatankuasa. 9.5 Urusan Mesyuarat Agung Tahunan : 9.5.1 Mengesahkan minit mesyuarat 9.5.2 Menerima dan meluluskan penyata kewangan tahunan dan aktiviti tahunan 9.5.3 Memilih jawatankuasa baharu 9.5.4 Urusan mesyuarat agung hendaklah terhad kepada maksud atau tujuan mesyuarat tersebut diadakan 9.5.5 Membincangkan usul-usul (usul-usul secara bertulis hendaklah diserahkan kepada setiausaha selewat-lewatnya 7 hari sebelum mesyuarat agung). 9.5.6 Bahasa yang digunakan dalam mesyuarat ialah bahasa Melayu. 7 PERLEMBAGAAN BKGS/ JUN 2022
PERKARA SEPULUH Peraturan Kecil Peruntukan Kewangan : Ahli-ahli berhak menerima sesuatu hadiah atau sumbangan daripada BKGS berdasarkan kedudukan kewangan semasa. Hadiah atau sumbangan yang diterima adalah seperti berikut : 10.1 Perkahwinan : Hadiah atau sumbangan tidak melebihi RM100 untuk perkahwinan kali pertama semasa berkhidmat di sekolah ini. 10.2 Kematian : Sumbangan tidak melebihi RM100 kepada ahli/keluarga ahli (kematian dalam kalangan keluarga terdekat seperti ibu/bapa/anak/suami/isteri). 10.3 Kelahiran : Hadiah atau sumbangan tidak melebihi RM50 semasa mendapat anak pertama semasa berkhidmat di sekolah ini. 10.4 Pertukaran/berhenti/bersara : Hadiah atau sumbangan tidak melebihi RM50 bagi yang berkhidmat kurang daripada 3 tahun di SKBP2. Bagi yang berkhidmat melebihi 3 tahun, kos hadiah akan ditambah sebanyak RM 10.00 bagi setiap tahun perkhidmatan (bagi yang bersara setelah berkhidmat lebih 3 tahun pengiraan dikira mengikut formula RM1 x bulan berkhidmat tetapi jumlah maksimum ialah RM 200). 10.5 Perbelanjaan jawatankuasa atas urusan aktiviti BKGS yang munasabah boleh dikeluarkan daripada akaun BKGS. 10.6 Kutipan tambahan : Sekiranya aktiviti memerlukan kutipan tambahan, bendahari dengan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa dibenarkan mengutip bayaran tambahan tersebut. 8 PERLEMBAGAAN BKGS/ JUN 2022
PERKARA SEBELAS Pindaan Perlembagaan BKGS : 11.1 Perlembagaan BKGS tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan majoriti 2/3 ahli dalam Mesyuarat Agung. Perubahan- perubahan atau pindaan-pindaan dalam Perlembagaan BKGS hanya berkuat kuasa mulai tarikh perubahan-perubahan tersebut diluluskan. PERKARA DUA BELAS Penasihat BKGS : 12.1 Disandang oleh guru besar atau pemangku guru besar PERKARA TIGA BELAS Mengundi : 13.1 Ahli-ahli yang menjelaskan yuran boleh mengundi dalam Mesyuarat Agung. 13.2 Undi akan dijalankan secara terbuka. 13.3 Jika keputusan seri, maka Pengerusi berhak menggunakan undi pemutus. 13.4 Undi sulit boleh dijalankan dengan persetujuan 2/3 ahli mesyuarat. PERKARA EMPAT BELAS Pemeriksa kira-kira : 14.1 Pemeriksa kira-kira yang bukan jawatankuasa hendaklah dilantik daripada ahli BKGS semasa Mesyuarat Agung. 14.2 Pemeriksa kira-kira akan memeriksa penyata kewangan BKGS pada bilabila masa sekurang-kurangnya setahun sekali. 14.3 Pemeriksa kira-kira hendaklah menandatangani penyata kewangan yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung. 9 PERLEMBAGAAN BKGS/ JUN 2022
PERKARA LIMA BELAS Tafsiran : 15.1 Sekiranya timbul sesuatu perkara yang tidak jelas dalam perlembagaan ini, perkara tersebut hendaklah dirujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan jawatankuasa mengenai perkara tersebut adalah muktamad. PERKARA ENAM BELAS Pembubaran BKGS : 16.1 BKGS tidak boleh dibubarkan. Segala harta alih atau harta tidak alih tidak boleh dilupuskan melainkan dengan keputusan Mesyuarat Agung. PERKARA TUJUH BELAS Larangan : 17.1 BKGS tidak bergabung dengan Parti siasah atau badan-badan yang berhubung dengan siasah. 17.2 Ahli-ahli tidak boleh menubuhkan kelab selain BKGS. 17.3 BKGS tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti yang dilarang oleh Perintah Am Kerajaan Pekeliling Perkhidmatan, Pekeliling Ikhtisas dan pekeliling-pekeliling lain yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atau Jabatan Pelajaran Perak. 17.4 Ahli-ahli BKGS tidak boleh membuat sebarang kenyataan di media masa tanpa kebenaran bertulis daripada Penasihat BKGS. PERKARA LAPAN BELAS Penghargaan : 18.1 Satu penghargaan dalam bentuk sijil penghargaan akan diberikan kepada setiap Ahli Jawatankuasa yang akan dibubarkan dalam Mesyuarat Agung. Sijil Penghargaan akan dikeluarkan oleh pihak sekolah atas komitmen yang diberikan. 10 10 PERLEMBAGAA N BKGS/ JUN 2022
DISEDIAKAN OLEH, (NURIZAAN BINTI MAT NOOR) SETIAUSAHA BKGS 2022 - 2023 DISAHKAN OLEH, (ZARINAH BINTI MOHD ROHANI) PENGERUSI BKGS 2022 - 2023 11 PERLEMBAGAAN BKGS/ JUN 2022
LAMPIRAN SENARAI MANTAN PENGERUSI DAN NAIB PENGERUSI BADAN KEBAJIKAN GURU & STAF 2016 EN MOHD SHAIFUL HAFEEZ BIN CHE ABU BAKAR TN HJ USTAZ SHAHRUL ANUAR BIN HADISON 2017 EN.MOHD ADIB WONG HADI HJH SALAWATI BINTI SARIGAT 2018 EN.SAMSANI BIN SUKRI HJH NURIZAAN BINTI MAT NOOR 2019 PN UMI KALSOM BINTI SAARI@SAKRONI EN.OTHMAN BIN ROMLI 2020 PN. SITI SURAYA BINTI MOKHTAR PN HJH RADIAH BINTI YAHYA 2021 TN HJ USTAZ SHAHRUL ANUAR BIN HADISON EN.MOHD TAUFIQ BIN MD THAKIB 2022 PN ZARINAH BINTI MOHD ROHANI USTAZAH MARINA BINTI MOHAMAD JANAB 12 PERLEMBAGAAN BKGS/ JUN 2022