SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 2
MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL 2 /2021
Tarikh : 24 Mac 2021. Masa : 2.00 petang.
Hari : Rabu Tempat : Bilik Bestari
Kehadiran :
Bil Nama Jawatan
1. Pn. Suria binti Kechik PK HEM
2. En Anas Fahmi bin Zulkefli Ketua Unit Keselamatan/Sekolah Selamat
3. Pn. Nurul Kamilah binti Bahari Ketua Unit Kesihatan
4. Pn. Siti Zaharah binti Mokthalib Ketua Unit Kebersihan dan Keceriaan
5. Pn. Junaita binti Manan Ketua Unit Pengawas Sekolah
6. En. Muhammad Ifran bin Md Lazim Data SSM / eKehadiran
7. Pn. Siti Fatimah binti Abdul Hamid Ketua Unit Kebajikan
8. Pn. Zuraiti binti Abd Ghani Ketua Unit Skim Pinjaman Buku Teks SPBT
9. Pn. Sharifah Masnira Syed Mohd Daud Ketua Unit Kantin
10. Pn Norzaini binti Che Ahmad Ketua Unit 3K
11. Pn Nordiana binti Samingan Unit Bimbingan dan Kaunseling
12. Pn Asmah bin Ahmad Unit Disiplin
13. Pn Rohaida binti Abdul Ghani RMT /PSS
Turut Hadir
Pn Norlaily binti Ahmad Sayuni Guru Besar
Urus Setia Mesyuarat :
1. Pn. Zita Zuliana binti Jusoh Setiausaha HEM
AGENDA MESYUARAT
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalukan kehadiran semua guru yang
terlibat dalam taklimat HEM kali Kedua 2021.
1.2 Pengerusi menjelaskan bahawa pada asalnya taklimat ini ingin dibuat secara
Google Meet. Tetapi disebabkan bilangan guru yang terlibat tidak ramai, maka boleh
dibuat secara bersemuka.
1.3 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar di atas kehadiran ke
taklimat HEM kali Kedua.
1.4 Pengerusi memperkenalkan semua ketua-ketua Unit HEM 2021.
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1 Tiada pengesahan Minit Mesyuarat lalu.
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit
1
4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU.
4.1 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada HEM kerana semakin maju dan
menyerlah pada tahun ini.
4.2 Guru Besar merasakan HEM berhadapan dengan cabaran yang besar dengan
pandemik Covid 19 yang melanda negara kita. HEM adalah unit yang paling sibuk
terutama semasa sekolah dibuka. Di samping menjaga batas SOP murid, HEM juga
terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah dan kes-kes murid.
Makluman
4.3 Guru Besar memaklumkan bahawa HEM akan mengeluarkan projek baharu dan
akan mengambil alih taman sebelah.
Makluman
4.4 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada Unit Kesihatan kerana telah menghias
bilik tersebut sebaiknya.
4.5 Guru Besar mengharapkan agar ada penambahbaikan untuk tandas terutama label
pada tandas.
Tindakan : Unit Kebersihan
4.6 GPK HEM mengucapkan terima kasih kepada Guru besar di atas bimbingan dan
teguran kepada ketus-ketua Unit HEM yang terlibat.
Makluman
4.7 GPK HEM memaklumkan bahawa papan kenyataan telah siap ditampal untuk
semua Unit HEM. Semua ketua Unit HEM boleh mengambil tindakan menampal
Carta Organisasi dan gambar setiap aktiviti yang telah dilaksanakan pada papan
kenyataan tersebut mengikut unit masing-masing.
Tindakan : Semua Ketua Unit HEM.
4.8 Bermula 1 Mac 2021, semua Ketua Unit HEM boleh memberi Perancangan
Pertengahan Tahun sehingga akhir bulan April 2021.
Tindakan : Semua Ketua Unit HEM.
5.0 LAPORAN UNIT-UNIT HEM
5.1 Ketua Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
5.1.1 Ketua Unit SPBT melaporkan bahawa proses pemulangan dan pengagihan
buku teks SPBT kegunaan Tahun 2021 bagi semua murid Tahun 1 hingga
Tahun 6 ialah pada 25 Jan 2021 sehingga 3 Feb. 2021.
5.1.2 Panggilan kali kedua telah dibuat pada hari Sabtu dan Ahad ( 20 dan 21 Feb.
2021). Walaubagaimanapun, hanya 17 sahaja yang hadir daripada 29 yang
disasarkan untuk mengambil buku teks. Sehingga 24 Feb. 2021, masih
terdapat 2 orang murid yang belum mengambil buku teks iaitu Goh Lyunn
Jyee dari kelas 5 Dahlia dan Nurfizreesya Yasmin dari kelas 3 Teratai.
Makluman
5.1.3 Penghantaran buku teks lebihan ke BOS Daerah ialah pada 17 Feb. 2021.
Manakala pengambilan buku teks yang tidak cukup di BOS Daerah ialah
pada 3 Mac 2021.
5.1.4 Pra pesanan buku teks kegunaan Tahun 2022 telah dibuat pada 16 Feb.
2021 dan telah dihantar ke PPD untuk semakan.
5.1.5 Pesanan buku teks SPBT untuk kegunaan Tahun 2022 akan bermula pada
28 Feb. 2021 hingga 10 April 2021 berdasarkan unjuran enrolmen 28 Feb.
2021.
Makluman
2
5.1.6 GPK HEM memaklumkan bahawa setiap sekolah tidak sama cara
pengagihan buku teks.
5.1.7 GPK HEM mengucapkan terima kasih kepada ketua Unit SPBT kerana telah
menyumbangkan tenaga dan kerja untuk SPBT. GPK HEM mengharapkan
agar ilmu SPBT ini dapat diturunkan kepada guru lain agar ada yang dapat
menguruskan SPBT ini kelak.
Tindakan : Ketua Unit SPBT.
5.2 Unit Bimbingan Dan Kaunseling.
5.2.1 Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menghadiri mesyuarat dan
taklimat bersama PPD. Taklimat adalah berkenaan program yang masih
tidak boleh berkumpul. Program boleh dijalankan pada waktu rilif,
penggunaan bahan adalah yang paling minima dan penglibatan murid
adalah secara individu.
Makluman
5.2.2 Berkenaan perancangan Bimbingan dan Kaunseling, masih dalam perigkat
draf kerana ada beberapa perkara belum dijelaskan oleh KPM. Antaranya
Program Psikometrik, di mana JPN meminta GBKSM menunggu surat rasmi
daripada KPM mengenai pelaksanaan Psikometrik.
Makluman
5.2.3 Antara program yang telah dijalankan ialah keterlibatan bersama Program
Transisi Penyayang Tahun 1 waktu PKP melalui PDPR dan Taklimat Disiplin
bahagian penyediaan bahan taklimat.
Makluman
5.2.4 Berkenaan Program PMD, ada kelas yang telah menjalankan program ini
ketika rilif dan gambar juga telah diambil.
Makluman
5.2.5 Unit Bimbingan dan Kaunseling juga telah melaksanakan Program Amalan
Guru Penyayang dan telah bertugas di pagar utama pada setiap hari dari
jam 7.40 hingga 8.10 pagi ( waktu pertama).
Makluman
5.2.6 GPK HEM memaklumkan tentang kes menumbuk yang melibatkan Nik
Ammar dan kes bercinta yang melibatkan 5 orang daripada murid Tahun 6,
akan diserahkan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk diberikan
nasihat dan motivasi.
Tindakan : Unit Bimbingan dan Kaunseling.
5.3 Unit Disiplin.
5.3.1 Unit Disiplin memaklumkan proses menyambut kehadiran murid pada awal
persekolahan Tahun 1 dan 2 dan Tahun 3 hingga 6 pada 8 Mac 2021 telah
berjalan dengan baik. Unit Disiplin telah menyediakan Jadual Displin
Makluman
5.3.2 Unit Displin juga telah membantu guru bertugas mingguan pada waktu
kehadiran murid, waktu rehat dan waktu balik murid.
5.3.3 Unit Disiplin telah menyediakan jadual bertugas khusus bagi AJK Disiplin
bagi memantap lagi cara kerja disiplin serta membantu kumpulan guru
bertugas, terutama pada waktu rehat dan waktu pulang.
Makluman
3
5.3.4 Jadual bertugas waktu rehat telah ditambah baik. AJK Disiplin membantu
rondaan dan kawal di kelas bagi memastikan murid makan dengan tertib
serta kebersihan kelas terjamin. Semua sampah dan sisa makanan perlu di
buang dalam tong sampah yang diletakkan di luar kelas.
Makluman
5.3.5 Taklimat disiplin telah diadakan. Taklimat diberikan oleh guru pdp kelas
berkenaan. Taklimat untuk Tahun 1 hingga 5, taklimat dibuat pada ada 17
Mac 2021. Manakala Tahun 6 dibuat pada 19 Mac 2021 kerana murid Tahun
6 ada Ujian Diagnostik Tahun 6.
Makluman
5.3.6 Guru-guru yang bertugas bagi tahap 1 ialah Pn. Shariffah Masnira, Pn.
Thineswary dan Pn. Nordiana. Manakala guru-guru yang bertugas bagi
tahap 2 ialah Pn. Asmah dan Pn. Junaita. Berkaitan tatasuaikenal dan adab
bersama guru dan rakan serta etika pakaian dan sekolah dan kemasan diri.
Makluman
5.3.7 AJK Disiplin yang bertugas untuk aspek kebersihan diri dan kelas dan demo
sanitasi meja dan meja ialah Pn. Norhayati dan Pn. Norzaini. Manakala yang
ditugaskan bagi aspek murid yang baik dan berjaya serta kehadiran murid
ke sekolah ialah Pn. Nordiana dan Pn. Nastura.
Makluman
5.3.8 Berkaitan dengan disiplin murid, satu kes telah dilaporkan kepada pihak polis
kerana anaknya telah ditumbuk. Dalam kes menumbuk ini melibatkan murid
bernama Nik Ammar telah menumbuk murid bernama Kazim. Kedua-duanya
dari kelas 4 Melati. Kes tersebut masih dalam penelitian dan pemerhatian.
Makluman
5.3.9 Mulai bulan April, AJK Displin akan menyenaraikan semua nama murid yang
tidak hadir tanpa sebab sebelum surat amaran ponteng dikeluarkan. Ia
berdasarkan daripada rujukan APDM kelas setiap bulan yang dihantar
kepada PK HEM.
Tindakan : Unit Disiplin
5.3.10 Buku Rekod Sahsiah Murid akan digabungkan Tahun 1 dan 2, Tahun 3 dan
4 dan Tahun 5 dan 6. Manakala suhu murid akan diletakkan di atas meja
ketua guru disiplin sepanjang masa untuk mengelakkan pembaziran kertas.
Makluman
5.4 Unit Keselamatan / Program Sekolah Selamat.
5.4.1 Unit Keselamatan telah membuat beberapa perbincangan dengan pihak
pentadbir berkenaan persediaan menyambut kehadiran murid pada hujung
Februari 2021 berkaitan menyusun pelan pergerakan murid mengikut SOP
yang disediakan oleh KPM.
Makluman
5.4.2 Antara persediaan yang telah disediakan oleh Unit Keselamatan ialah
menyediakan kaunter khas tambahan ambil suhu murid Pra Sekolah dan ibu
bapa, memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga bahawa kebenaran untuk
mengiringi murid Tahun 1 hanya diberikan pada minggu pertama sahaja
manakala murid Pra Sekolah diberi hingga berakhir Mac, menyediakan
laluan masuk dan keluar yang perlu dipatuhi oleh semua murid, menampal
tunjuk arah laluan masuk dan keluar sepanjang laluan pintu pagar utama
dan laluan pulang murid, meletakkan kon dan mengikat pita keselamatan
4
mengikut tempat keperluan seperti larangan melepak di wakaf dan laluan
khas, menampal dan melabel arah penggunaan turun dan naik tangga oleh
murid dan menaikkan poster had kawasan penghantaran dan pulang murid.
Makluman
5.4.3 Unit Keselamatan telah memantau pergerakan datang dan pulang murid
serta telah membuat penambahbaikan dengan menukar laluan murid Tahun
1 dan Pra Sekolah. Dengan adanya kerjasama dari GPK HEM dan guru
bertugas serta pihak polis telah melancarkan pergerakan murid pada waktu
datang dan pulang.
Makluman
5.4.4 Unit Keselamatan akan membuat sehabis baik untuk memastikan murid-
murid SK USJ 2 berasa selamat dan aman ketika berada di sekolah dan
menerima respon yang baik dari ibu bapa untuk menambah baik lagi.
Makluman
5.4.5 GPK HEM mengucapkan terima kasih di atas usaha Unit Keselamatan dan
mengharapkan ada lagi penambahbaikan pada masa akan datang.
5.4.6 GPK HEM memaklumkan bagi latihan kebakaran perlu tunggu surat untuk
dibuat di sekolah.
Makluman
5.5 Unit Kantin
5.5.1 Unit Kantin melaporkan berkenaan persediaan pembukaan sekolah
mengikut SOP pada 25 dan 26 Februari 2021 yang bertempat di kantin.
5.5.2 Objektif dari program tersebut ialah memastikan kantin dalam keadaan
bersih dan teratur, memastikan kantin diatur dan disusun mengikut SOP
yang ditetapkan oleh TKKPM dan memastikan tanda arah, laluan dan info
pencegahan Covid-19 dibuat dengan betul.
Makluman
5.5.3 Kesan daripada program tersebut kantin mengikut SOP yang ditetapkan dan
murid boleh mengikut SOP dengan baik, kantin sentiasa bersih dan teratur
dan tiada sampah di kawasan kantin.
Makluman
5.5.4 Seperti tahun lepas, kantin telah ditambahbaik oleh pn. Norisha dan pn.
Izyan. Setakat ini kantin tiada masalah.
Makluman
5.5.5 KKM telah membuat pemeriksaan kantin tempohari, walaubagaimanapun
segalanya baik dan kualiti makanan memuaskan.
Makluman
5.6 Unit Kesihatan.
5.6.1 Unit Kesihatan memaklumkan bahawa Bilik Kesihatan telah selesai
diceriakan seperti yang telah diminta oleh Guru Besar.
Makluman
5.6.2 Suntikan Imunisasi ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan oleh pihak
JKNS. Begitu juga tarikh lawatan dan rawatan pergigian masih menunggu
makluman
Makluman
5.6.3 Pengisian antropometri Tahun 1 dalam sistem e-rkm telah dilaksanakan.
5
Makluman
5.6.4 GPK HEM meminta Unit Kesihatan melabelkan pada pintu depan Bilik
Kesihatan. Boleh juga meletak banner label Bilik Kesihatan di pintu tersebut.
Tindakan : Unit Kesihatan
5.6.5 GPK HEM memaklumkan bahawa Bilik Kesihatan adalah bilik untuk rawatan
gigi dan kesihatan. Oleh itu, tidak sesuai untuk meletak murid tidak sihat di
Bilik Kesihatan kerana tiada guru yang boleh menunggu murid tersebut.
Murid yang tidak sihat perlu dihantar ke pejabat dan ibu bapa boleh
mengambil anak di pejabat atau Bilik Guru. Ibu bapa tidak dibenarkan ke
kelas.
Makluman
5.7 Unit Data Sekolah/ eKehadiran.
5.7.1 Unit Data melaporkan bahawa data bulanan dilaksanakan seperti tahun
sebelum ini dan dihantar ke PK HEM setiap awal bulan berikutnya.
Makluman
5.7.2 Guru Data membantu PK HEM untuk mengemaskini kehadiran harian kelas
yang guru kelas tidak hadir.
Makluman
5.7.3 Status perpindahan murid bernama Qaseh Iris Arysha bt Andri Kawarizman
masih dalam proses permohonan pindah.
Makluman
5.7.4 GPK HEM memaklumkan beliau baru terima data murid cicir ke Tingkatan 1.
Makluman
5.8 Unit 3K.
5.8.1 Unit 3K melaporkan bahawa Projek Menaiktaraf Taman SK USJ 2 akan
dilaksanakan pada April 2021. Manakala Pertandingan Keceriaan Kelas
ialah pada bulan Jun dan pada bulan Julai pula ialah pelaksanaan Minggu
Alam Sekitar.
Tindakan : Unit 3K
5.9 Unit Pengawas.
5.9.1 Unit Pengawas memaklumkan perjumpaan kali pertama pengawas pada 24
Mac 2021 pada jam 9.10 pagi bertempat di Bilik Bestari. Antara intipati
perjumpaan ialah pengawas mesti hadir ke sekolah awal sebelum 7.20 pagi.
Pengawas akan diberikan jadual bertugas bermula pada 5 April 2021. Tugas
pengawas lebih kepada menjaga disiplin murid dalam kelas pada waktu pagi
dan rehat.
Makluman
5.9.2 Pengawas Tahun 5 sahaja yang akan menjaga murid pada waktu rehat,
manakala pengawas Tahun 6 menjaga disiplin kelas masing-masing sahaja.
Dua orang pengawas Tahun 6 akan dipilih secara tetap untuk memantau
murid lewat 7.30 hingga 7.45 pagi sahaja.
5.9.3 Jadual tugas pengawas akan diberikan oleh pn. Junaita dalam waktu cuti
melalui ‘group’ Telegram.
Makluman
5.9.4 Taklimat proses pemilihan Exco Pengawas 2021 pada 24 Mac 2021.
Taklimat berkenaan persediaan tugasan bermula 27 Mac hingga 4 April
6
2021 (cuti sekolah). Penghantaran tugasan ialah pada 5 hingga 9 April 2021
dan undian dan pemilihan pada 12 hingga 16 April 2021.
Makluman
5.9.5 Unit Pengawas juga membuat pemilihan pengawas Tahun 3 dan 4 2021.
Bilangan murid Tahun 3 yang dipilih ialah 9 orang oleh pn Norzaini dan
Tahun 4 juga 9 orang murid oleh pn. Mursila. Proses pemilihan ialah pada
25 Mac hingga 16 April 2021.
Makluman
5.9.6 Manakala pengawas-pengawas lain seperti Pengawas Perpustakaan dan
Pengawas Surau akan berhubung dengan guru-guru yang terlibat sahaja.
Makluman
5.9.7 PK HEM mengharapkan guru berani membuat keputusan dan bersedia
menjawab persoalan dari ibu bapa berkenaan keputusan pemilihan
pengawas.
Makluman
5.10 Unit Kebajikan.
5.10.1 Unit Kebajikan memaklumkan bahawa penyerahan duit Bantuan Awal
Persekolahan (BAP) sudah berjaya dilaksanakan pada 11 Mac 2021
(Khamis).
Makluman
5.10.2 Seramai 145 orang murid yang layak menerima BAP, tetapi hanya 88 orang
sahaja yang menghantar borang permohonan dengan lengkap.
Makluman
5.10.3 PK HEM memaklumkan bahawa bantuan ABB diteruskan. Anak staf juga
ada kuota untuk bantuan tersebut.
Makluman
5.11 Unit RMT dan SUSU
5.11.1 Pn. Rohaida memaklumkan bahawa seramai 96 orang murid mendapat
RMT. Surat tawaran RMT dan perjanjian telah dibuat dan diberi kepada Idzat
kantin untuk distamp duti.
Makluman
5.11.2 Seramai 3 orang murid perdana layak menerima RMT iaitu dari Tahun 2, 5
dan 6. Susu RMT menerima 2 ‘batch’. ‘Batch’ satu telah diberikan kepada
murid-murid.
Makluman
5.11.3 PK HEM memaklumkan untuk Unit RMT tiada AJK yang dilibatkan. Ketua
Unit RMT perlu kuat dan jika boleh turunkan ilmu pengurusan RMT kepada
yang lebih muda.
5.11.4 Seramai 6 orang murid perdana yang layak menerima susu dan makanan.
Susu dihantar 2 kali ke sekolah dan habiskan dahulu stok pertama. Jangan
iberi kepada murid yang menolak.
Makluman
5.11.5 RMT ada perjanjian yang melibatkan kewangan dan perlu diaudit.
Makluman
7
5.12 Unit Kebersihan dan Keceriaan.
5.12.1 Unit Kebersihan telah menambahbaikkan ‘tag’ masuk dan keluar tandas
dengan menggunakan lampu. Tahun 2020 hanya menggunakan pas yang
diperbuat daripada kertas yang mudah melayang apabila ditiup angin.
Makluman
5.12.2 Mengenal pasti kerosakan yang terdapat di setiap tandas dan menampal
peringatan SOP berkaitan penggunaan tandas.
Makluman
5.12.3 PK HEM meminta Unit Kebersihan memohon bantuan dari PIBG untuk
peruntukan keceriaan tandas atau keperluan lain yang diperlukan oleh unit
ini.
Makluman
6.0 HAL-HAL LAIN
Tiada
7.0 PENUTUP
7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada 2.45 petang.
Urus Setia
Jawatankuasa Hal Ehwal Murid
SK USJ 2
Tarikh : 29 Mac 2021
8