SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 2
MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG
BILANGAN 01 TAHUN 2019
TARIKH : 12 April 2019 ( Jumaat ) MASA : 3.00 petang
TEMPAT : Bilik Bestari, SK USJ 2
KEHADIRAN :
1- Intan Syahriza binti Abdul Rahim - Yang DiPertua PIBG
2- Aniza binti Ariffin - Naib Yang DiPertua PIBG
3- Noraini binti Ahmad - Bendahari
4- Siti Fatimah binti Abdul Hamid - AJK PIBG Guru
5- Suriyati binti Maidin - AJK PIBG Ibu bapa
6- Mazni Sufina binti Othman - AJK PIBG Ibu bapa
7- Azianti binti Yusof - AJK PIBG Ibu bapa
YANG TURUT HADIR:
1- Norlaily binti Ahmad Sayuni - Guru Besar
2- Halimah binti Ahamad - PK Pentadbiran
3- Datin Tan Hong Eng Joyce - PK Hal Ehwal Murid
TIDAK HADIR:
1- Siti Zaharah binti Mokhtalib - AJK PIBG Guru
2- Thineswary a/p Saigaran - AJK PIBG Guru
3- Gobinathan a/l Sammania - AJK PIBG Ibu bapa
4- Sulaiman bin Bahari - AJK PIBG Ibu bapa
5- Mohd Fauzi bin Mohd Sani - AJK PIBG Ibu bapa
6- Tajul Hidzeram bin Tajuddin - AJK PIBG Ibu bapa
URUSETIA MESYUARAT :
1- Zita Zuliana binti Jusoh - Setiausaha PIBG
1
AGENDA MESYUARAT
(i) Perutusan Pengerusi
a) YDP mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan mengalu-alukan kehadiran
ahli mesyuarat.
Makluman
(ii) Pengesahan Minit Mesyuarat.
a) Minit mesyuarat Bil. 1/ 2019 disahkan dengan beberapa pembetulan :
i. Pembetulan ejaan perkataan 'sahsiah' pada perkara 2 (b) dan
ii. Pembetulan pada perkara 3 (d) anggaran kos RM 1000.
Disahkan oleh : Aniza binti Ariffin
Sokongan : Mazni Sufina binti Othman
Makluman
(iii) Perkara-perkara Berbangkit.
a) Pada perkara 2 (b), GPK Pentadbiran memaklumkan bahawa sekolah masih kurang 4
orang guru. Bermula Mac, terdapat 2 orang guru yang baru keluar berpindah ke sekolah
lain. Ini menjadikan waktu guru di sekolah ini lebih banyak kerana jadual waktu 2 orang
guru yang tiada diberikan kepada guru yang sedia ada.
Makluman
b) Waktu Tasmik juga akan diubah. Pada asalnya waktu Tasmik berada di hujung waktu pdp,
ditukar di tengah atau di dalam waktu pdp. Waktu balik untuk kelas yang ada waktu
Tasmik, akan lewat setengah jam pada 1 hari dalam seminggu.
Makluman
c) Guru Besar memaklumkan bahawa setiap pertandingan di luar wajib disertai oleh sekolah.
Isu yang timbul ialah membahayakan nyawa murid. Guru terpaksa menghantar murid
dengan kenderaan sendiri. Sehubungan dengan itu, Guru Besar mengharap dan
menggalakkan ibu bapa supaya dapat menghantar anak mereka sendiri ke tempat
pertandingan. Begitu juga dengan kos makan, minum serta pakaian sukan, Guru Besar
memaklumkan kebiasaanya ia disumbang oleh PIBG sekolah.
Makluman
d) Biro Sukan dan Kokurikulum mencadangkan supaya diwujudkan 'tabung' untuk sukan dan
juga 'group telegram' khusus untuk sukan. Pn Mazni Sufina akan menjadi 'orang tengah'
antara program sukan dan ibu bapa untuk menyampaikan maklumat sukan sekolah. Begitu
juga kenderaan, jika ada ibu bapa yang dapat menghantar murid.
Tindakan : Biro Sukan dan Kokurikulum
(iv) Hal-hal lain.
Laporan kewangan oleh Bendahari – Noraini binti Ahmad
a) Bendahari membentangkan laporan kewangan kunci kira-kira pada Februari 2019.
(Lampiran)
2
b) Bendahari melaporkan bahawa kutipan sumbangan PIBG yang telah di masukkan ke
dalam bank Islam ialah sebanyak RM 9450 ( kutipan dari guru-guru kelas). Manakala
sumbangan secara online belum dapat bukti pembayaran lagi.
c) Kutipan yang paling tinggi ialah dari tahap 1. Kutipan dari kelas 3 Bakawali mencecah
hampir 2 ribu
Makluman
d) YDP memaklumkan bahawa PIBG akan keluarkan carta pergerakan/ penggunaan dari duit
sumbangan ibu bapa.
Makluman
e) Guru Besar meminta bendahari PIBG keluarkan kutipan setiap kelas serta bilangan ibu
bapa yang sudah membuat pembayaran..
(v) Tindakan : Bendahari
Pembentangan Kertas Kerja /Isu / Laporan .
1) Laporan Guru Besar – Norlaily Ahmad Sayuni.
a) Guru Besar memaklumkan bahawa semua program Panitia berjalan dengan lancar dan baik
Makluman
b) Berkenaan wang sumbangan dari YB Wong Chen untuk sekolah sebanyak RM 30,000,
Guru Besar memohon supaya duit tersebut digunakan untuk menaiktaraf tandas sekolah di
Blok A dan B. Kos untuk 1 tandas ialah sebanyak RM 15,000.
c) Berkenaan jubin dan dewan pula, Guru Besar memaklumkan bahawa kos untuk jubin atau
'tiles' ialah sebanyak RM 12,000. Jika dimasukkan bersama untuk membaikpulih dewan,
kos ialah sebanyak RM 30,000. Untuk mencapai kos tersebut, memerlukan pembelian
sebanyak 1000 lot untuk capai RM 30,000.
Makluman
d) Berkenaan dengan laluan 'walkway', Guru Besar memaklumkan bahawa kertas kerja bagi
laluan 'walkway' untuk Pra Sekolah sudah siap dan ada ibu bapa yang ingin menaja kos
tersebut. Kos untuk 'walkway' ialah sebanyak RM 12,000. Ia termasuk kos membuat
'awning' biasa, ruang serba guna yang ada 'awning' dan papan tanda.
Makluman
2) Laporan PK Pentadbiran - Halimah binti Ahamad.
a) Sekolah sedang membuat persediaan untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) bagi
tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6. Bagi Tahun 4, guru matapelajaran teras akan menyediakan
sendiri kertas soalan. Manakala kertas soalan untuk Tahun 5 dan 6, sekolah membeli
soalan peperiksaan dari Majlis Guru Besar (MGB).
Makluman
b) Tiada peperiksaan bagi tahap 1. Walaubagaimanapun penilaian terhadap murid tetap ada.
GPK Pentadbiran juga memaklumkan bahawa tarikh Peperiksaan Pertengahan Tahun
ialah pada 13 Mei hingga 17 Mei 2019.
c) Beliau juga memaklumkan bahawa pada peperiksaan lepas, markah Tahun 6 bagi subjek
Bahasa Inggeris mengalami kemerosotan dan ramai yang gagal.
d) Beliau juga bahawa menyuarakan rasa berbesar hati kerana sekolah telah mendapat
sumbangan dari suami seorang guru Pra Sekolah untuk program 'Motivasi Sahsiah'.
Makluman
3) Laporan GPK HEM – Datin Tan Hong Eng Joyce.
a) GPK HEM memaklumkan bahawa sekolah akan menyertai program bersama MPSJ iaitu
program 'Smart Gen' yang bermula pada 16, 17 dan 18 April 2019. Program tersebut tiada
yuran penyertaan. Sekolah mengambil modul seperti Pertandingan Kutipan Barangan
3
Kitar Semula Sekolah, Program Sahabat Pena dengan Jepun (Penpal), Kebudayaan dan
Warisan, Program Sisa Organik Sekolah, Pencegahan Denggi, Kebun, Penarafan Kantin,
Penarafan Tandas dan Kempen Kesedaran Kebersihan.
Makluman
b) GPK HEM meneruskan lagi dengan memaklumkan pada hari Isnin 22 April 2019, sekolah
akan mengadakan sesi bersama Syarikat Polka seperti 'Carrie Junior'. Semua murid akan
mendapat saguhati daripada 'Carrie Junior'.
Makluman
c) Pada 2 Mei 2019 pula, satu program bersama pihak UITM, Shah alam dari Fakulti Sains
Kesihatan iaitu Program Kolabolasi akan diadakan di sekolah ini. Berkenaan program
tersebut, Guru Besar mencadangkan supaya tuan PPD untuk menjadi jemputan VVIP. Di
samping itu, boleh juga melibatkan MPSJ dan Pejabat Kesihatan.
Makluman
d) Berkenaan dengan 'Program Kitar Semula', GPK HEM memaklumkan bahawa sekolah
telah mendapat tempat ke 3 pada tahun lepas, dan mengharapkan sekolah ini mendapat
tempat ke 2 atau pertama pada tahun ini.
Makluman
(vi) Perbincangan Perkara-perkara baharu (Laporan Biro)
a) Guru Besar memaklumkan bahawa Hari Guru peringkat sekolah ialah pada 26 April 2019,
iaitu pada hari Jumaat. Masa yang dicadangkan ialah pada jam 8.00 pagi hingga 10.00
pagi. Guru Besar akan memohon cuti peristiwa pada hari tersebut.
Makluman
b) Berkenaan kes pecah masuk bilik guru yang berlaku pada 24 Mac yang lalu, Guru Besar
memaklumkan bahawa pertukaran 'tender' baharu tiada lagi CCTV.
c) Guru Besar merasakan sekolah amat memerlukan bantuan CCTV. Alat ini memudahkan
pihak sekolah jika berlaku kejadian yang tidak diingini. Guru Besar mencadangkan pihak
PIBG dapat menyediakan CCTV dengan kos dari PIBG juga. Guru Besar juga meminta
agar CCTV dapat ditambah lagi, terutama di tempat sasaran dengan gambar yang lebih
jelas.
d) Exco Prasarana dan Keselamatan akan mengambil tindakan bertanyakan kos CCTV
dengan kontraktor.
e) YDP mencadangkan juga supaya Exco Prasarana dan Keselamatan membawa kontraktor
tersebut berjumpa YDP dan Guru Besar di sekolah untuk membincangkan berkenaan
CCTV.
Tindakan : Exco Prasarana dan Keselamatan.
f) YDP melaporkan 5 Biro penting dalam Jawatankuasa PIBG iaitu :
i- Biro Sukan dan Kokurikulum - Mazni Sufina binti Othman
ii- Biro Komunikasi dan KSIB - Aniza binti Arifin
iii- Biro Akademik dan Kerohanian - Suriyati binti Maidin
iv-
Biro Prasarana dan Keselamatan - Azianti binti Yusoff
v- Biro Ekonomi - Semua AJK PIBG ibu bapa.
g) Bagi Biro Sukan dan Kokukrikulum, Pn Mazni Sufina bercadang ingin berjumpa dengan
guru yang memimpin bola jaring. Beliau ingin menawarkan diri untuk melatih bola jaring
pada tahun hadapan. Beliau ingin menjadi tenaga pengajar bola jaring pada waktu
kokurikulum.
Tindakan : Biro Sukan dan Kokurikulum.
4