The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shafinaz adam, 2019-10-20 04:10:02

Let's Make Teaching Fun

2019

Keywords: MTF

Let’s Make Teaching Fun

Shafinaz Adam
Pejabat Pendidikan Daerah Rembau,
Rembau, Negeri Sembilan, 70300, Malaysia

[email protected]

ABSTRAK
Amalan penyerapan didik hibur bukanlah perkara yang baharu dalam siri pendidikan negara.
Jurnal Penyelidikan IPG KBL, Jilid 12, 2015 Pembelajaran Menyeronokkan Berdasarkan
Standard Jemaah Nazir (2004), kepentingan unsur amalan pembelajaran menyeronokkan
dinyatakan dalam elemen disposisi guru. Standard ini menggariskan bahawa guru perlu
mewujudkan suasana riang dan merangsang pembelajaran. Kursus “Let’s Make Teaching Fun”
(MTF) memberi fokus kepada pendedahan dan pembudayaan PAK21 dalam bilik darjah.
Antara cabaran dalam menjayakan PAK21 di kawasan luar bandar secara khususnya adalah
kekurangan akses internet. Justeru, modul MTF dibina untuk memberi pendedahan dalam
aspek pelaksanaan PdP Abad Ke-21 tanpa menggunakan teknologi keseluruhannya. Antara
aktiviti yang terkandung dalam kursus MTF adalah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL),
Tarsia, Critical Thinking, Communicative Approach (CA) dan Total Physical Response
Approach (TPR) dengan menggunakan peralatan dan bahan yang mudah didapati. Sebanyak
37 buah sekolah terlibat dengan kursus ini. Impak kursus ini jelas apabila guru-guru berkenaan
telah melaksanakan di dalam bilik darjah, yang mana murid-murid telah menunjukkan
pelibatan yang sangat baik dan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) menjadi menarik
dan berkesan.

Kata Kunci: Didik hibur, Pembelajaran berasaskan projek, ‘Critical Thinking’,
Communicative Approach’, ‘Total Physical Response’.

1. Pengenalan
DTP diwujudkan untuk mengupayakan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) supaya dapat

memberi bimbingan dan sokongan kepada sekolah dalam menangani isu dan cabaran. DTP
memberi peluang kepada PPD untuk merancang, mengurus, melaksana dan menilai program
penambahbaikan sekolah berasaskan data, lokaliti serta keperluan sekolah mengikut
keutamaan. Inisiatif ini bertujuan untuk mempercepat penambahbaikan prestasi sekolah.

DTP mempunyai dua komponen utama iaitu komponen sokongan dan akauntabiliti.
Komponen sokongan melibatkan dua kaedah iaitu penyelesaian setempat dan penyelesaian
pusat. Sehubungan dengan matlamat DTP di atas, mulai tahun 2013, program School
Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+) telah dilaksanakan sebagai satu usaha
berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan Inisiatif 54: Program
Transformasi Daerah – DTP (PPPM 2013- 2025).

Pendekatan ‘Fun Learning’ atau didik hibur menerusi Pembelajaran Abad Ke-21 yang
diperkenalkan Kementerian Pendidikan bukan saja membolehkan murid menyertai setiap
aktiviti bilik darjah, malah mengelakkan mereka daripada menjadi pasif. Kaedah pembelajaran
itu menggunakan konsep yang berpusatkan murid
dan pelaksanaannya membolehkan mereka mengambil bahagian secara aktif ketika guru
mengajar. YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan dalam Amanat Pendidikan Tahun 2019
berharap guru-guru dapat mendidik anak-anak murid dengan penuh kasih sayang dan
menanamkan perasaan cinta akan ilmu pengetahuan. Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) telah mencadangkan penyerapan pendekatan Didik Hibur atau Fun Learning dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah ke arah lebih interaktif serta berpusatkan
murid. Justeru pengajaran guru akan lebih mudah dihayati dan difahami oleh murid.

Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur bukanlah perkara yang baharu dalam siri
pendidikan negara. Jurnal Penyelidikan IPG KBL, Jilid 12, 2015 Pembelajaran
Menyeronokkan Berdasarkan Standard Jemaah Nazir (2004), kepentingan unsur amalan
pembelajaran menyeronokkan dinyatakan dalam elemen disposisi guru. Standard ini
menggariskan bahawa guru perlu mewujudkan suasana riang dan merangsang pembelajaran.
Dalam menuju ke dunia yang bergerak pantas, pelbagai kemahiran yang diperlukan untuk
menyediakan para pelajar dengan realiti semasa serta dunia yang mencabar pada masa akan
dating. Mereka perlu dilengkapi dengan Kemahiran Abad ke-21 seperti Interpersonal Skill,
Intrapersonal Skill, Kemahiran kepimpinan dan banyak lagi supaya membantu mereka
menguasai bidang masa hadapan.

2.0 Objektif Kajian
1. Menarik penyertaan menyeluruh pemegang taruh dan warga pendidik untuk menjayakan

NKRA dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-
2025). Menzahirkan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menjayakan
PPPM 2013-2025 melalui perancangan dan tindakan khusus secara menyeluruh dan
bersepadu.
2. Meningkatkan kualiti dan amalan pengajaran dan pembelajaran guru khusus dalam aspek
Fun Learning.
3.0 Pernyataan Masalah
Kursus MTF memberi fokus kepada pendedahan dan pembudayaan PAK21 dalam bilik darjah.
Antara cabaran dalam menjayakan PAK21 di kawasan luar bandar secara khususnya adalah
kekurangan akses internet. Justeru, modul MTF dibina untuk memberi pendedahan dalam
aspek pelaksanaan PdP Abad Ke-21 tanpa menggunakan teknologi keseluruhannya. Antara
aktiviti yang terkandung dalam kursus MTF adalah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL),
Tarsia, Critical Thinking, Communicative Approach (CA) dan Total Physical Response
Approach (TPR) dengan menggunakan peralatan dan bahan yang mudah didapati.

4.0 Teori
4.1 Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)

Project Based Learning (PBL) atau lebih dikenali sebagai Pembelajaran berasaskan
Projek merupakan satu kaedah yang dihasilkan berdasarkan persekitaran pembelajaran
secara aktif yang menunjukkkan kesan positif ke atas murid (Md. Baharuddin et. al., 2011).
Penerapan kaedah PBL didalam pengajaran menawarkan persekitaran pembelajaran yang
membenarkan aktiviti berpusatkan murid dimana guru hanya bertindak sebagai pakar
rujuk yang membenarkan murid untuk membina kemahiran menyelesaikan masalah,
berfikir secara kritis dan kreatif serta mengaplikasikan semua kemahiran dengan kaedah
yang betul. Kaedah PBL menekankan pembelajaran berpusatkan murid supaya mereka
boleh menjadi murid yang aktif.
4.2 Critical Thinking

‘Critical Thinking’ atau lebih dikenali sebagai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
adalah pendekatan yang menggunapakai ‘Blooms’ dan ‘Anderson’s’ Taxonomi.
Taxonomi ini menyarankan 8 aras tahap pemikiran bermula dari aras pemahaman kepada
mencipta. Pendidikan di abad 21 menitik beratkan kebolehan para pelajar dalam

menghasilkan sesuatu berassakan kemahiran berfikir aras tinggi supaya mereka lebih
bersedia untuk mengharungi ‘4th Industrial Revolution’. Kemahiran berfikir aras tinggi ini
amat penting agar pelajar dapat mengaitkan pembelajaran dibilik darjah dengan kehidupan
sebenar.Ini akan menjadikan pembelajaran mereka lebih bermakna kerana mereka boleh
berinteraksi secara aktif dan kritis.

4.3 Communicative Approach (CA)
Setiap murid perlu memiliki kecekapan komunikatif (Hymes, 1972), iaitu memiliki

pengetahuan dan kecekapan terhadap peraturan formal sesuatu bahasa dan memiliki
pengetahuan dan kecekapan terhadap penggunaan bahasa konteks atau situasi. Hal ini
bertepatan dengan fungsi utama bahasa iaitu sebagai alat komunikasi (Teo Kok Seong, 2007).
Melalui fungsi utama CA, murid dapat mengasah kemahiran berkomunikasi dengan
masyarakat untuk memenuhi hubungan sosial. Pendekatan ini merupakan komponen
tatabahasa dan komponen tataberbahasa. Juriah (2010) melabelkan sebagai kecekapan bahasa
dan kecekapan berbahasa.

4.4 Total Physical Response Approach (TPR)
Total Physical Response (TPR) merupakan satu pendekatan yang diperkenalkan oleh

James Asher pada tahun 1965. TPR merupakan satu pendekatan yang mengguna pakai
kemahiran pertuturan dan psikomotor dalam pembelajaran (Jai. 2011). Melalui kaedah TPR,
murid akan terlibat secara aktif sama ada secara inidividu atau berkumpulan. Penggunaan realia
dalam TPR perlu mencakupi kehidupan sebenar para pelajar supaya pelajar-pelajar belajar
dalam situasi kehidupan yang sebenar dan bukannya dalam kehidupan yang sengaja di ada-
adakan.
5.0 Prosedur

Antara hasrat SISC+ dan SIP+ adalah untuk memperhebat sokongan kepada guru.
Selaras dengan hasrat tersebut, pelaksanaan MTF di peringkat PPD memberi pendedahan dan
latihan kepada semua guru dan pihak pentadbir selaras menjayakan hasrat Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) iaitu meningkatkan kualiti guru dan menjayakan
Program Strategik Melangkah ke Hadapan KPM.

Kursus ini memberi pengukuhan kepada kaedah dan strategi PAK21 dan seterusnya
mewujudkan PdP yang menyeronokkan. Antaranya, pembelajaran terbeza dalam strategi
pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran

berasaskan inkuiri dengan penerapan kemahiran komunikasi, kolaboratif, kritis, kreatif dan
nilai (4K1N) memenuhi standard asas PAK21.

Program MTF PPD Rembau dirancang untuk dilaksanakan untuk dilaksanakan kepada
guru-guru di PPD Rembau khusus untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru di dalam bilik
darjah. Diharap dengan aplikasi pendekatan modul MTF ini, murid-murid akan menunjukkan
pelibatan yang sangat baik dan proses pengajaran dan pembelajaran (PdPc) menjadi menarik
dan berkesan. Modul MTF memberi fokus kepada pendedahan dan pembudayaan PAK21
dalam bilik darjah. Antara cabaran dalam menjayakan PAK21 di kawasan luar bandar adalah
disebabkan capaian internet yang terhad. Justeru, modul MTF dibina untuk memberi
pendedahan dalam aspek pelaksanaan PdPc Abad Ke-21 tanpa menggunakan teknologi
keseluruhannya. Antara aktiviti yang terkandung dalam kursus MTF adalah Pembelajaran
Berasaskan Projek (PBL), Pembelajaran Kooperatif dan Kolaboratif Melalui Aktiviti Tarsia,
Critical Thinking, Communicative Approach (CA), Total Physical Response Approach (TPR)
dan Teknologi Dalam PdPc
5.1 Tempoh Kursus

1. Tempoh kursus ialah selama 3 jam.

2. Kursus MTF diberikan kepada beberapa sekolah seperti di bawah:

5.2 Jadual Pelaksanaan Kursus MTF :

Bil Tarikh Tempat

1 18 Februari 2019 SK Taman Sri Rembau
2 19 Februari 2019 SK Kota

3 20 Februari 2019 SMA Haji Mohd Yatim

4 21 Februari 2019 SK Pedas
5 25 Februari 2019
6 26 Februari 2019 SJKC Pei Hwa Pedas, SJKC Pei Teck Kota dan SJKC Yuk
Hua Rembau

SMK Dato’ Abdullah

7 11 Mac 2019 SK Pulau Besar dan SK Bongek

8 12 Mac 2019 SMK Dato’ Sedia Raja

9 13 Mac 2019 SK Kundur

10 14 Mac 2019 SK Sepri
11 15 Mac 2019
12 8 April 2019 SMA Rembau
13 10 April 2019
14 11 April 2019 SK Chengkau, SK Kampung Batu dan SK Astana Raja
15 15 April 2019
16 16 April 2019 SK Chembong
17 30 April 2019
18 2 Mei 2019 SMK Pedas
19 3 Mei 2019 SJKT Ladang Batu Hampar, SJKT Ladang Chembong dan
20 10 Julai 2019 SJKT Ladang Sungai Baru
SMK Undang Rembau
SK Sawah raja, SK Tintian Bintangor dan SK Tun Abdul
Malik
SM Sains Rembau

SK Legung Ulu
Kolej Vokasional

5.3 Kaedah Pemantauan Program
Padlet diwujudkan untuk program MTF ini. Setiap sekolah diberikan satu lajur didalam

padlet tersebut untuk memuat turun gambar atau informasi sekirannya peserta menjalankan

aktiviti yang mereka telah pelajari sepanajang bengkel MTF.

6.0 Dapatan dan perbincangan

Secara keseluruhannya, semua peserta yang terlibat dengan program MTF ini berpuas hati dan
memahami dengan kandungan kursus. Para peserta berharap agar tempoh kursus dipanjangkan
agar setiap peserta dapat merasai sendiri pengalaman disetiap stesen.
7.0 Rumusan
Impak kursus ini jelas apabila guru-guru berkenaan telah melaksanakan di dalam bilik darjah,
yang mana murid-murid telah menunjukkan pelibatan yang sangat baik dan proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP) menjadi menarik dan berkesan. Pelaksanaan kursus MTF merupakan
satu daripada usaha berterusan SISC+ dan SIP+ bagi memastikan pendidikan berkualiti dan
kekal relevan dapat disampaikan kepada warga pendidik dalam memantapkan dan
merealisasikan aspirasi pendidikan negara ke arah kemenjadian murid.
8.0 Rujukan
Creswell, J. W (2013), Educational Research: Pearson New International Edition: Planning,

Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research Educational
Research. 4th Edn. Harlow, United Kingdom: Pearson Educational Limited.
Hymes, D (1972) On Communicative Competence. Dlm. Sociolinguistics. Pride, J.B &
Holmes, J., (Pynt.) Harmondsworth: Penguin Book, hlm. 269-293.
Jai, P.S (2011) Efeectiveness of Total Physical Response. Academic Voices: A Multi displinary
Journal, Vol (1), No.1, p.p 20-22.

Juriah Long (Pnyt.) (2010) Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran bahasa Melayu. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mai Neo & Tse-Kian Neo (2009) Engaging Students in Multimedia-Mediated Constructivist
Learning-Students’ Perceptions. Educational Technology and Society, 12(2), 254-266.

Md. Baharuddin Abdul Rahman, Hairul Nizam Ismail, Khairul Azhar Mad Daud & Mohd ariff
Ibrahim (2011) The Outcome Based education (OSE) at Politeknik Kota Bharu, Malaysia.
International Journal of Humanisties and Social science 1(8).

Ministry of Education Malaysia. (2013). Malaysian Education Blueprint 2013-2015. Putrajaya.
Ministry of Education Malaysia.


Click to View FlipBook Version
Previous Book
FUN SMARTPHONE by Ramunah Yas
Next Book
MILAHA BROCHURE 20x20cm AR