The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku program dan abstrak

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shafinaz adam, 2019-10-07 22:05:51

Kolokium PPDR

Buku program dan abstrak

1|Page

Kata Alu-aluan Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan
Salam Sejahtera, Salam ABC Anak Yang Baik Lagi Cerdik

Bagi pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan ingin saya
ucapkan terima kasih kerana diberikan kesempatan untuk
menitipkan sepatah dua kata dalam buku program Kolokium
Amalan Terbaik Pejabat Pendidikan Daerah Rembau Tahun
2019. Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia dan
inayah-Nya Kolokium Amalan Terbaik Pejabat Pendidikan
Daerah Rembau dapat direalisasikan dengan jayanya.
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan
sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah
berkualiti.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan bahawa ada tiga matlamat utama
TS25 yang perlu dicapai oleh semua sekolah di Malaysia iaitu memantapkan kepimpinan
sekolah, memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran
dan pengajaran serta mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan
demi kejayaan murid. Justeru, penganjuran Kolokium Amalan Terbaik Pejabat Pendidikan
Daerah Rembau ini merupakan satu usaha positif yang membuktikan bahawa Pejabat
Pendidikan Daerah Rembau telah mengatur langkah yang positif demi mencapai hasrat murni
Kementerian Pendidikan Malaysia itu. Usaha ini diharapkan dijadikan medan perkongsian
dalam kalangan kepimpinan sekolah, guru-guru dan seterusnya meransang penjanaan idea,
cetusan kreativiti dan menggerakkan warga sekolah untuk melaksanakan sesuatu di sekolah
yang boleh diiktiraf sebagai amalan terbaik dan seterusnya boleh dicontohi oleh sekolah-
sekolah lain.

Diharap kolokium ini memberi impak kepada transformasi pendidikan negara ini yang sedang
menuju negara maju menjelang tahun 2020. Tema “Penggerak Pembelajaran Bermakna”
sangat bersesuaian dengan agenda transformasi pendidikan negara di mana adalah menjadi
matlamat akhir kita bahawa sistem pendidikan negara akan menjelma setanding dengan
negara-negara maju tetapi berasaskan acuan kita tersendiri.Saya merakamkan setinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas usaha membina
dan membentuk kualiti murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi memenuhi
aspirasi pendidikan dalam satu ikatan ketatanegaraan yang mapan.

Sekian, terima kasih

( Yang Berbahagia Dato’ Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali, )
Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan

2|Page

Kata Alu-aluan Ketua Pegawai Pendidikan Rembau

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan
Salam Sejahtera, Salam PPD Rembau Kekal No. 1

Bersyukur kita kepada Allah swt kerana kita dapat bersama-sama
pada hari ini dalam melaksanakan Kolokium Amalan Terbaik PPD
Rembau bagi tahun 2019. Kolokium Amalan Terbaik PPD
Rembau Tahun 2019 merupakan satu inisiatif yang julung kali
diadakan di Peringkat Daerah Rembau untuk mengetengahkan
dan memberi pengiktirafan pencapaian sekolah-sekolah di
bawah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) serta
sekolah-sekolah lain yang bukan TS 25 di daerah Rembau.

Selain itu, kolokium ini juga diharapkan akan menjadi suatu wadah untuk perkongsian amalan
terbaik pengurusan dan PdPc guru sekolah-sekolah di bawah Program Transformasi Sekolah
2025 (TS25) bersama sekolah-sekolah lain agar pendidikan di daerah Rembau dapat
dipertingkatkan dan tidak hanya berfokus kepada keputusan peperiksaan semata-mata tetapi
lebih berfokus kepada sekolah berkualiti dan kemenjadian murid.

Penghargaan terima kasih diucapkan kepada Pengetua Yayasan As-Sofa kerana kesudian
membenarkan penggunaan dewan Ballroom Sekolah Tinggi Islam As-sofa bagi PPD Rembau
melaksanakan kolokium pada hari ini. Ucapan terima kasih kepada semua Pengetua, Guru
Besar dan Penolong Kanan serta kepada semua pembentang dan pempamer yang telah
terlibat dalam menjayakan kolokium ini. Pempamer dan pembentang bukan sahaja terdiri
daripada murid-murid dan guru-guru sekolah TS25 Kohort 3.0 dan Kohort 4.0 malahan sekolah-
sekolah bukan TS25 daerah Rembau. Diharapkan melalui kolokium ini, sekolah-sekolah lain di
daerah Rembau yang belum terlibat dalam Program Transformasi Sekolah 2025 dapat
memahami dengan lebih jelas konsep dan tujuan sebenar Program Transformasi Sekolah 2025
agar semua sekolah dapat bersedia untuk menyahut cabaran Program Transformasi Sekolah
menjelang tahun 2025 di mana pada tahun 2025 semua sekolah akan menjadi sekolah TS25.

Kolokium ini juga merupakan platform perkongsian amalan terbaik sekolah-sekolah di bawah
Program Transformasi Sekolah 2025 di samping memberi peluang kepada sekolah-sekolah lain
di daerah Rembau membentangkan amalan baik mereka di samping mengetengahkan
pencapaian dan keberkesanan Program TS25 khususnya kohort 3.0 dan 4.0.

Sekian, terima kasih

( Azmi bin Basir )
Pegawai Pendidikan Daerah Rembau

3|Page

JAWATANKUASA PENGELOLA

Penasihat : Dato’ Haji Pkharuddin bin Hj. Ghazali
Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan

Pengerusi : En. Azmi Bin Basir
Pegawai Pendidikan Daerah Rembau

Naib Pengerusi : Tn Hj. Mohd. Ghazali b. Ab. Ghani
SIP+ PPD Rembau

Tn Hj Ismail bin Samah
Timb. PPDR Sektor Perancangan

Pn Jasmah bt Hussain
Timb. PPDR Sektor Pembelajaran

Pn Hjh Rozita bt Abas
Timb. PPDR Sektor Pengurusan Sekolah

En. Sorhaimi bin Mohd Sab
Timb. PPDR Sektor Pembangunan Murid

Setiausaha : Tn. Hj Ismail b Ab. Hamid

Bendahari : Pn. Azizah Binti Johan

7.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA KOLOKIUM PPDR 2019

BIL JAWATANKUASA NAMA
1. Penyelaras Program
Pn. Azaini bt Aziz

2. JK Sambutan 1. En. Azmi bin Basir
2. Tn Hj. Mohd. Ghazali b. Ab. Ghani
3. Protokol 3. Tn Hj Ismail bin Samah
4. Urus setia dan Jemputan 4. Pn Jasmah bt Hussain
5. Pendaftaran 5. Pn Hjh Rozita bt Abas
6. En. Sorhaimi bin Mohd Sab
6. Penyelaras Pembentangan 7. PGB Sekolah TS25
1. En. Rajab b. Mohamed Joned ( K )
2. En. Noorazmi b. Noordin

1. Pn. Azizah Binti Johan ( K )
2. Pn. Afiqah bt. Bahari
3. En. Sufian Shah bin Hj Hillaluddin

1. Pn Rohana bt Md. Zin, Guru Besar, SK Undang
Rembau (K)

2. En. Ahmad Sharifud-din b. Kasim - PPDR
3. En.Ishak Bin Bahari
4. Pn. Asni Binti Julaihee
5. Cik Norlaili Binti Abd. Hamid
6. Cik Nor Sidah bt. Sharif
7. Dua orang pelajar SKUR
1. Pn. Zuraimah Binti Mohamad ( K )
2. Pn. Rahmawati bt. Othman

4|Page

7. Sijil dan Cenderamata 3. Tn. Hj. Jamaludin b. Hj. Lasim

8. Pengacara Majlis 1. Pn. Noraini bt Abdul Aziz, Guru SK Taman Seri
Penutupan Rembau (K)

9. Pengacara Kolokium 2. Pn. Rahmawati bt. Othman - PPDR
10. Penjaga Masa Kolokium 3. Pn Siti Elyani Bt Muda
4. Pn Ruzila Bt Md Hashim
11. Bacaan Doa Majlis 5. Pn Mardiana Bt Mohd
Penutupan 6. Pn Norsuzila Bt Omar
7. Pn. Hjh Rozdiah bt Abd Razak
12. Persiapan Tempat 8. Pn. Asmah bt Kamarudin
Kolokium
1. Tn. Jamri bin Ahmad, Pengetua SMK Dato
13. Teks ucapan Sediaraja ( K )

14. Fotografi dan Dokumentasi 2. Pn. Hjh Rozita bt. Abas - PPDR
3. Pn. Nur Afiza Bong Julita
4. En. Muhammad Faiz bin Tamdjis

1. En. Mazlan bin Abdullah ( K )
2. Pn. Fadzlinda Binti Chik Tak

1. En. Rosli bin Zakariah, Guru Besar, SK
Chembong (K)

2. En. Mohd. Faizal bin Rabbani - PPDR
3. Ust Ahmad Ehsan bin Nordin
4. Pn. Salziah bt Marsidi
5. Pn. Nurul Ummi Bt Roslan
6. Pn. Nurul Ashikin bt Masdan
7. Ust Rezalhisyam b. Mohd Rais

1. En. Mohd. Nadzmi b. Sulaiman ( K )
2. En Anuwar Bin Mohamad

1. Pengetua Sekolah Tinggi As Sofa
2. En. Sorhaimi b Mohd Sab - PPDR
3. En. Md Noor Azman b. Mohd Nawawy
4. En. Balakrishnan a/l Nadasan
5. En. Mohamad Rapi b. Mustapa
6. En. Norzili
7. Guru-guru Sekolah Tinggi As Sofa

1. Tn. Hj. Zul bin Senin, Pengetua SMK Datuk
Abdullah ( K )

2. Pn. Jasmah Binti Hussain - PPDR
3. Pn. Suriani bt Mohamed Shah
4. Pn. Aslina bt Alias
5. En. Mohd Lukman Hakim b Rosli

1. Tn. Hj. Zulkarnain bin Abd. Kadir, Guru Besar
SK Kota (K)

2. En. Asnizar bin Abdul Samad - PPDR
3. Pn. Syidatul Izzati bt Shamsudin
4. En. Suhaidi bin Sidek

5|Page

15. Persembahan Multimedia / 1. Tn. Hj Ismail Bin Samah (K)
Montaj 2. Pn. Rosimah bt Othman ( PKG Kota )
3. En. Mohd Fairuz bin Othman ( PKG Rembau )
4. Juruteknik Sekolah PPD Rembau dan PKG Kota

dan PKG Rembau

16. Publisiti, Banner, Backdrop 1. En. Mohd Fariz b. Othman ( K )
dan Bunting 2. Tn. Hj. Md Idris bin Jusoh

17. Sistem Siaraya 1. Pengetua Sekolah Tinggi As Sofa
18. Buku Program 2. En. Samsul Kamal b. Abu Hassan - PPDR
3. En. Amir Al-Mubarak b. Abd. Halim
4. Guru-guru Sekolah Tinggi As Sofa

1. Pn. Shafinaz bt. Adam ( K )

19. Penyelaras Pameran 3. Pn. Tok Liu Keng, Guru Besar SJKC Yuh Hua (K)
4. En. Zamani b. Dinis Salam - PPDR
5. En. Lim Chi Seng

6. Pn. Ang Shon Kim

7. Cik Norafiza Bt Abu Hanifah

20. Jamuan 1. Pn. Kameiza bt Mohamed Kassim ( K )
2. Cik Salina bt Samsuddin

3. Pn Noridfa bt Jalaluddin

21. Jamuan VVIP 1. Cik Radziah binti Abd Rahman ( K )
2. Pn. Azaini bt Aziz

3. Pn. Shafinaz bt. Adam

22. Gimik Perasmian 1. Pn. Noraini bt Abdul Aziz, Guru SK Taman Seri
Rembau

2. En. Sharizam bin Shamsudin

3. Pn. Fatinah Abd. Malek

4. Cik Norafiza

23. Pemantau Program Tn Hj. Mad Rodzi

6|Page

ATURCARA PROGRAM KOLOKIUM PPDR 2019

MASA PERKARA

08.00 Pagi : Pendaftaran
08.30 Pagi
08.45 Pagi : Taklimat Kolokium

: Pembentangan

SIDANG B ( BILIK MESYURAT )

SIDANG A ( DEWAN UTAMA ) Pembentang 9 - Pembentang 12

Pembentang 1 - Pembentang 4 Setiap Pembentang (15 minit + 5 minit
– Q&A)
Setiap Pembentang (15 minit + 5
minit – Q&A)

10.30 Pagi – 11.00 Minum Pagi
Pagi Pameran PBL / KmR

11.00 Pagi Sesi Pembentangan disambung Sesi Pembentangan disambung semula
semula Pembentang 13 - Pembentang 16

Pembentang 5 - Pembentang 8

Setiap Pembentang (15 minit + 5 Setiap Pembentang (15 minit + 5
minit – Q&A) minit – Q&A)

01.00 Petang : Perasmian Penutupan Kolokium PPDR
01.30 Petang
Kata Aluan Pengacara Majlis
Bacaan Doa
Persembahan Multimedia
Ucapan KPPD
Ucapan Oleh Pengarah Pendidikan, JPNS
Penyampaian Sijil dan Cenderamata
Bersurai

7|Page

SENARAI PEMBENTANG AMALAN TERBAIK (DEWAN UTAMA)

BIL NAMA PEMBENTANG SEKOLAH TAJUK

1 JAMRI AHMAD & SMK DATO Audit HEM
SYAREENA ABU SEDIARAJA
HASSAN

2 ZURAIDI ABU BAKAR SMKA DATO HJ Penggunaan Teknik paksi XYZ
ABU HJ SAIL Dalam PdPc Mata Pelajaran Reka
Bentuk dan Teknologi Tingkatan 2

3 NORAINI ABDUL AZIZ & SK TAMAN SERI Membangunkan Kapasiti Guru Ke
Arah Pembelajaran Bermakna
EN. SHARIZAM BIN REMBAU

SHAMSUDIN

4 KALA A/P RENGASAMY & SJKT LDG BATU Zon Ketidakhadiran

KANCHANAH A/P HAMPAR

MUNUSAMY

5 CHIAK CHIN SOON SJKC YUH HUA MADE Fun Day – A Platform To
Enhance Social Skills Among the
Children in School Via Real-life
Situation

6 HJ. ZUL BIN SENIN SEMENDA Korelasi Kehadiran Pelajar dan
Pencapaian/Kemenjadian Murid di
SEMENDA

7 MOHD NIZAM MAD TAHIR SMK DATO Meningkatkan Kemahiran Murid
SEDIARAJA Memfaktor Ungkapan Kuadratik
Bentuk Am Menggunakan Kad
VdaTa

8 HJ. ZULKARNAIN ABD SK KOTA Penggunaan Google Classroom
Dalam Pelaksanaan PBS
KADIR, SUHAIDI BIN MD

SIDEK & SYIDATUL

IZZATI BT SHAMSUDIN

SENARAI PEMBENTANG AMALAN TERBAIK (BILIK MESYUARAT)

BIL NAMA PEMBENTANG SEKOLAH TAJUK

9 LEE CHYE YUEN / ADNAN SMK DATO E-File System

ABD RAHMAN SEDIARAJA

10 IZZATI ZAKIRAH BT SMKA DATO HJ Modul PK (Pemikiran
MOHD GHAZALI ABU HJ SAIL Komputasional) membantu
Meningkatkan Penguasaan
Matematik Tambahan Pelajar
Tingkatan 4 Ibnu Sina

11 CHAN MUN ENG SJKC PEI HWA PdPc Yang Tidak Biasa

8|Page

12 FARADIANA BT MOHD SK SBRG BATU Aplikasi Pinterest Dalam
SLIM HAMPAR Pengajaran dan
Pemudahcaraan
13 NURSHALLIANA NORDIN SMA HJ MOHD Pemulihan Khas
YATIM
The Usage of English Graphic
14 ROSLI ZAKARIAH & SK CHEMBONG Materials In Cultivating Reading
NORSIYAH KASSIM Interest Among the Alpha
SM SAINS Generation
15 NUR HIDAYAH ABD REMBAU
GAPAR Qurnia

16 MUHAMMAD ASHRAF SMA HJ MOHD Meningkatkan Kemahiran
SHAHRULAIL YATIM Menyelesaikan Persamaan Indeks
Matematik Tambahan Tingkatan 4
Menggunakan Kad Mini Petua
Pisang

Meningkatkan Kemahiran
Penulisan Al-Quran Menggunakan
Kaedah Al-Irsyad

SENARAI PEMPAMER KMR / PBL

BIL NAMA SEKOLAH TAJUK

1 SMK DATO SEDIA RAJA Penghasilan Sabun Daripada Minyak Masak Terpakai

2 SK KOTA Penanaman Nenas

3 SM SAINS REMBAU Solar Cooker Challenge

4 SJKC YUH HUA MAD Learning

5 SK TAMAN SERI REMBAU -Road To Excellence (Robotic)

-S1G1MATHS

-Human Respiratory System (Pra Sekolah)

9|Page

Meningkatkan Kemahiran Menyelesaikan Persamaan Indeks Matematik Tambahan Tingkatan 4
Menggunakan Kad Mini Petua Pisang

Nur Hidayah binti Abd Gapar
SM Sains Rembau

___________________________________________________________________________________________
__

Kajian ini bertujuan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid yang mengambil mata pelajaran Matematik
Tambahan sebagai subjek elektif bagi menyelesaikan persamaan indeks. Seramai 25 orang murid Tingkatan Empat
yang dipilih secara persampelan bertujuan telah menjadi responden kajian. Pengumpulan data dilakukan dengan
menggunakan instrumen berbentuk pemerhatian, temu bual, set ujian Pra dan Pos dan soal selidik. Seramai empat
orang murid telah dipilih secara persampelan bertujuan bagi sesi temu bual. Data daripada set ujian dianalisis
menggunakan teknik analisis statistik deskriptif. Microsoft Excel telah digunakan bagi menterjemahkan data yang
dianalisis ke dalam bentuk frekuensi dan peratusan. Data daripada soal selidik juga telah dianalisis dalam bentuk
peratusan. Manakala data temu bual dianalisis dengan menggunakan teknik analisis kandungan. Ujian pra,
mendapati ramai pelajar yang mendapat markah di bawah 50%. Sesi memperkenalkan Kad Mini Petua Pisang untuk
membantu murid menyelesaikan persamaan indeks dengan betul telah dilaksanakan. Keputusan ujian pos
menunjukkan peningkatan prestasi murid daripada markah min 8.12 kepada 22.84. Hasil kajian mendapati setiap
murid menunjukkan peningkatan markah dan tiada murid yang mendapat markah di bawah 50%. Penggunaan Kad
Mini Petua Pisang tersebut dapat membantu murid merangka langkah kerja awal untuk menyelesaikan persamaan
indeks dan dapat mengelakkan murid daripada menggunakan hukum indeks yang salah.

Kata kunci - persamaan indeks, kad mini, matematik tambahan

The Usage of English Graphic Materials In Cultivating Reading Interest Among the Alpha Generation

Nurshalliana binti Nordin
SMA Haji Mohd Yatim
___________________________________________________________________________________________

This study explored the students’ opinion when reading English graphic materials to cultivate reading interest
among the Alpha generation. The population of this study were 27 Form Four students with low English proficiency
level based on their PT3 English results in the previous year. These students had little interest in reading English
materials and they felt demotivated when reading English texts. English graphic materials were used in this study
to create a non-threatening environment during reading activities, which initiated the students’ interest thus helped
them to avoid boredom during reading sessions. This study used quantitative approach to attain the students’
opinions about reading. There were 2 sets of questionnaires used before and after the teacher implemented English
graphic materials in reading. The results indicated that students’ interest in reading increased when they were given
English graphic materials during reading session. Hopefully this study will help teachers and students in both
teaching and learning of English language in the future.

Keywords - usage, graphic materials, reading interest and Alpha generations

10 | P a g e

Meningkatkan Kemahiran Murid
Memfaktor Ungkapan Kuadratik Bentuk Am Menggunakan Kad VDaTa

Mohd Nizam bin Mad Tahir1
1SMK Dato’ Sedia Raja, Rembau
___________________________________________________________________________________________

Tinjauan awal melalui aktiviti di dalam kelas dan semakan latihan dalam buku latihan mendapati murid tidak dapat
menguasai kemahiran memfaktor ungkapan kuadratik walaupun latihan dan penerangan telah diberikan berulang
kali menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pembelajaran, termasuklah kaedah darab silang dan penggunaan
kalkulator. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran murid memfaktor ungkapan kuadratik bentuk am
dalam kalangan murid tingkatan 3. Ujian Pra dan Pasca telah dilakukan terhadap 22 orang murid Tingkatan 3 di
sebuah sekolah menengah di Daerah Rembau dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Penggunaan kad V DaTa
ini, bukan sahaja dapat membantu murid-murid memfaktor ungkapan kuadratik tetapi juga memahami konsep
ungkapan kuadratik itu sendiri. Hal ini terbukti dengan pencapaian ujian pasca yang menunjukkan peningkatan
kesemua 22 orang murid iaitu 100% berbanding ujian pra. Selain itu, pelaksanaan inovasi kad V DaTa ini dapat
meningkatkan minat murid dalam subjek Matematik. Ini terbukti apabila murid berjaya menyelesaikan kesemua
latihan yang diberi dan murid secara sukarela menjawab soalan di papan putih berbanding sebelumnya. Semoga
pembelajaran Matematik menjadi lebih seronok dengan inovasi kad V DaTa dan dapat meningkatkan minat murid
terhadap Matematik.

Kata kunci - VDaTa, ungkapan, kuadratik, matematik, maths.

MADE Fun Day – A Platform To Enhance Social Skills Among the Children in School Via Real-life
Situation

Chiak Chin Soon
SJK(C) Yuh Hua Rembau

_________________________________________________________________
_

The study created a platform to enhance social skills among the children in school via real-life situations. Make A
Difference English Fun Day (MADE Fun Day) applied the 4 basic fundamental skills of language learning to
consolidate and strengthen the English language proficiency among the pupils. It was mainly aimed at enhancing
the social skills among the pupils by using English language confidently among their peers. The project was carried
out to a total of 29 Year 5 and Year 6 pupils. They were divided into three groups based on the assessment done
prior to the activities. Data was collected from the questionnaire before and after the programme and was analyzed
via Microsoft Excel. The improvement that materialized among the pupils was significant in the area of enjoyment,
social skills and confidence in using English language. The findings of the study showed an increase of 34.70% in
the pupils’ English language proficiency. Meanwhile, there was an average increase of 26.90% in PBD and a
decrease of 12.10% in GPMP of English language. MADE Fun Day had given a positive impact on the English
language proficiency among the pupils through well planned, new and challenging activities.

Keywords - MADE Fun Day, social skills, proficiency, fun learning

11 | P a g e

Modul PK (Pemikiran Komputasional) membantu Meningkatkan Penguasaan Matematik Tambahan
Pelajar Tingkatan 4 Ibnu Sina
Izzati Zakirah bt Mohd Ghazali

SMKA Dato’ Hj Abu Hassan Hj Sail
___________________________________________________________________________________________

__
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam Matematik Tambahan dengan menggunakan
modul PK yang dibina oleh pengkaji. Kajian ini telah dijalankan terhadap 28 orang murid tingkatan 4 Ibn Sina di
SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail (SEMADAH) Pedas, Negeri Sembilan. Pelaksanaan kajian ini telah
dijalankan selama 3 bulan dengan menggunakan modul PK sebagai bahan nota murid. Murid didedahkan dengan
corak-corak soalan pada setiap bab sekali gus meningkatkan kemahiran murid dalam menyelesaikan setiap corak
soalan dalam sesuatu bab. Murid juga dapat mengenalpasti setiap corak soalan rutin dan membina pemikiran
komputasional dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul PK dapat
meningkatkan penguasaan pelajar dalam Matematik Tambahan. Pengkaji mencadangkan agar kajian ini dapat
diteruskan untuk kajian seterusnya bagi meningkatkan penguasaan dan pemahaman murid dalam Matematik
Tambahan dengan menggunakan guru muda sebagai salah satu kaedah untuk menyampaikan modul PK.
Kata kunci – pemikiran komputasional, matematik tambahan, modul, tingkatan 4

Penggunaan Teknik paksi XYZ Dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan Mata Pelajaran Reka Bentuk dan
Teknologi Tingkatan 2

Mohd Zuraidi bin Abu Bakar
SMKA Dato’ Hj Abu Hassan Hj Sail
___________________________________________________________________________________________

__
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah melakar reka bentuk makanan yang dihadapi oleh murid-murid
tingkatan 2 Al-Ghazali dan 2 Al-Razi yang mengambil mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dalam
topik Reka Bentuk Makanan. Sejumlah 16 orang murid lelaki dan 18 orang murid perempuan telah terlibat dalam
kajian ini yang mengambil masa selama 4 minggu. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pra dan
ujian pos. Hasil dapatan kajian ini melalui data ujian pos yang diberikan, menunjukkan bahawa penggunaan teknik
paksi XYZ ini telah berjaya meningkatkan prestasi kumpulan pelajar dalam kedua-dua kelas berkenaan. Kaedah
penggunaan teknik paksi XYZ ini didapati mampu menarik minat murid dalam menghasilkan lakaran yang lebih
sempurna. Adalah dicadangkan agar kajian ini dapat diteruskan untuk gelung seterusnya dengan beberapa
penambahbaikan yang sesuai.

Kata kunci – reka bentuk dan teknologi, melakar, reka bentuk makanan

12 | P a g e

Meningkatkan Kemahiran Penulisan Al-Quran Menggunakan Kaedah Al-Irsyad

Muhammad Ashraf bin Shahrulail
SMA Hj Mohd Yatim

__________________________________________________________________________________
_____AB

Tahriri Hafazan merupakan aktiviti menulis ayat-ayat al-Quran hafazan baharu dalam buku yang disediakan bagi
persediaan tasmik. Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan dan kemahiran murid Tingkatan
Satu yang lemah dalam melaksanakan penulisan tahriri hafazan dengan menggunakan kaedah “al-Irsyad”. Terdapat
beberapa permasalahan dalam kajian ini iaitu kesalahan dari segi ejaan, bentuk huruf, tanda mati, tanda sabdu atau
kesalahan baris yang tidak menepati kehendak sebenar penulisan rasm uthmani. Kumpulan sasaran dalam kajian
ini terdiri daripada 15 orang murid Tingkatan Satu dari Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa semua murid sasaran berjaya menguasai kemahiran penulisan tahriri dengan
menggunakan kaedah “al-Irsyad” ini dengan berkesan. Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian ujian Pasca
yang lebih berkesan berbanding dengan pemerhatian ujian Pra. Justeru, penggunaan kaedah “al-Irsyad” ini didapati
sesuai dan berkesan dalam membantu murid-murid meningkatkan kemahiran penulisan tahriri al-Quran mengikut
kaedah rasm uthmani yang sebenar.

Kata kunci - al-Irsyad, tahriri, hifz al-Quran

Aplikasi Pinterest Dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan Pemulihan Khas

Faradiana bt Mohd Slim
SK Seberang Batu Hampar
___________________________________________________________________________________________

__

Kajian ini dijalankan untuk meninjau faktor-faktor kelemahan kemahiran membaca dalam kalangan murid
Pemulihan Khas dan meneroka penggunaan aplikasi Pinterest dalam membantu pengajaran dan pemudahcaraan
Pemulihan Khas. Kajian kes ini dijalankan di SK Seberang Batu Hampar, Rembau, Negeri Sembilan. Responden
kajian terdiri daripada lima orang murid yang mengikuti program Pemulihan Khas. Kajian ini menggunakan tiga
instrumen kajian iaitu pemerhatian sebagai sumber primer serta analisis dokumen dan temu bual sebagai sumber
sekunder. Data daripada kajian ini dianalisis menggunakan Model Miles dan Huberrman dan dipersembahkan dalam
bentuk naratif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Pinterest dalam pengajaran dan pemudahcaraan
Pemulihan Khas dapat membantu kemahiran membaca murid Pemulihan Khas serta membantu pengajaran dan
pemudahcaraan Pemulihan Khas dengan menarik minat murid Pemulihan Khas.. Kesimpulannya, dapatan
menunjukkan penggunaan aplikasi Pinterest dalam pengajaran dan pemudahcaraan Pemulihan Khas adalah
bersesuaian dan berkesan dalam membantu kemahiran membaca murid Pemulihan Khas. Implikasinya, hasil
dapatan daripada kajian ini boleh digunakan oleh guru Pemulihan Khas terutamanya dalam meningkatkan
kemahiran pedagogi.

Kata kunci - Pinterest, kemahiran membaca, pemulihan khas

13 | P a g e

E-File System (EFS)

Lee Chye Yuen, Adnan Abd Rahman
SMK Dato’ Sedia Raja, Rembau

__________________________________________________________________________________________

Pembentangan ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai pengurusan fail panitia mata pelajaran di SMK
Dato’ Sedia Raja dengan efektif dan mudah untuk dikemas kini . E-File System (EFS) merupakan kaedah
pengurusan fail panitia yang lebih efisien dan praktikal secara atas talian dan dapat memastikan fail panitia sentiasa
disimpan dalam keadaan selamat. Selain itu, fail panitia yang disimpan melalui kaedah EFS lebih mudah untuk
diakses kerana fail-fail tersebut disimpan di dalam google drive. Dengan mengimbas kod QR fail panitia SMK
Dato’ Sedia Raja (DASERA), pengguna boleh mengakses fail induk panitia mata pelajaran DASERA yang
dikehendaki, dalam masa yang singkat. Bagi tujuan pemantauan oleh pihak pentadbir, pegawai-pegawai Pejabat
Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri atau Jemaah Nazir, semua dokumen panitia boleh didapati dengan
mudah melalui kod QR tersebut. Akhir sekali, pendekatan EFS dapat menjimatkan masa dan penggunaan kertas.
Tiada lagi ‘hardcopy’ diperlukan dan hal ini menjimatkan berpuluh-puluh tan kertas setiap tahun. Di mana ada
kemudahan internet, di situ adanya fail induk panitia DASERA. Ini merupakan slogan kami bagi EFS yang
diperkenalkan pada hari ini.

Kata Kunci - pengurusan fail, kelebihan EFS, kod QR

Amalan Baik Dalam Unit HEM (Zon Ketidakhadiran)

Kala a/p Rengasamy, Kanchanah a/p Munusamy
SJKT Ladang Batu Hampar

__________________________________________________________________________________________

Pada tahun 2019, kehadiran murid Sekolah Jenis kebangsaan Tamil Ladang Batu Hampar untuk setiap bulan berada
dalam tahap cemerlang iaitu melebihi 95%. Bagi mengekalkan tahap tersebut, unit Hal Ehwal Murid telah
memperkenalkan Scanning Area Ketidakhadiran. Amalan ini menggunakan Model Kurt Lewin (1946). Kaedah
pemerhatian , temubual dan analisis dokumen digunakan. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah atas alasan yang
munasabah atau tanpa alasan dikehendaki hadir di zon Scanning Area Ketidakhadiran pada keesokan harinya.
Murid yang tidak hadir dengan bukti berdokumen (cuti sakit/surat daripada penjaga) ditempatkan di kawasan yang
bertanda hijau manakala murid-murid yang tidak hadir tanpa alasan akan berada di kawasan yang bertanda merah.
Skuad kehadiran sekolah akan menanti di Scanning Area untuk mengetahui punca ketidakhadiran murid ke sekolah.
Murid-murid yang mengemukakan bukti akan diberi khidmat nasihat dan dihantar ke kelas manakala mereka yang
tidak mengemukakan cuti sakit akan diberikan motivasi dan kata-kata perangsang supaya hadir ke sekolah. Skuad
Kehadiran juga akan mencatat perkara yang dibincangkan bersama dengan mereka dan melaporkannya kepada
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk tindakan susulan . Amalan ini bukan sahaja dapat mengubah tingkah
laku murid –murid malah dapat mewujudkan budaya penyayang di sekolah.

Kata Kunci - Scanning Area Ketidakhadiran, skuad kehadiran, budaya penyayang

___________________________________________________________________________________________

14 | P a g e

Penggunaan Google Classroom Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Suhaidi bin Md Sidek, Syidatul Izzati bt Shamsudin, Mohamad Raduan bin Murah, Azura bt Razali
SK Kota

__________________________________________________________________________________________
Sistem pendidikan negara kita yang berteraskan peperiksaan telah mendorong pelajar-pelajar belajar dan menghafal
untuk lulus peperiksaan. Pengetahuan yang diterima dengan cara ini tidak akan kekal. Hal ini bermakna kejayaan
dalam peperiksaan tidak memberi gambaran sebenar tentang kejayaan penguasaan sesuatu kurikulum. Maka
Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai sebahagian
daripada Program Transformasi Pendidikan. PBS dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang
mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sehubungan dengan itu, di bawah PBS,
guru-guru perlu melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mengenal pasti dan merekodkan tahap
penguasaan murid dalam pembelajaran yang diikuti oleh mereka bagi setiap mata pelajaran di sekolah. Oleh itu,
bagi memastikan pencapaian tahap penguasaan murid dalam PBD dapat direkodkan dan disebarluaskan kepada ibu
bapa dengan lebih mudah dan efisyen, pihak sekolah telah mengambil inisitaif untuk menggunakan aplikasi Google
Classroom. Melalui aplikasi Google Classroom, tahap penguasaan murid dapat direkodkan oleh guru dengan baik
dan dapat dikongsi bersama-sama dengan ibu bapa di rumah masing-masing secara atas talian.

Kata kunci - Pentaksiran, tahap penguasaan, aplikasi Google Classroom

Audit HEM

Syareena bt Abu Hassan
SMK Dato’ Sedia Raja

__________________________________________________________________________________________

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyatakan hasrat bagi meningkatkan dan memperkukuh kehadiran murid
ke sekolah bagi mencapai Falsafah Pendidikan Negara. Sehubungan dengan itu pihak Jabatan Pendidikan Negeri
Sembilan juga telah menggariskan peratus kedatangan murid ke sekolah perlu mencapai kadar 95% dan ke atas agar
kecemerlangan pendidikan boleh direalisasikan. Bagi SMK Dato’ Sedia Raja, Kehadiran 2018 merupakan satu
program yang telah berjaya meningkatkan peratus kehadiran murid sekolah ini. Walau pelbagai kekangan terpaksa
dihadapi, pihak Pengurusan Hal Ehwal Murid dengan kerjasama semua guru tingkatan telah dapat memastikan audit
dapat dijalankan seperti yang telah dirancang. Pelbagai idea inovasi telah diketengahkan dalam memastikan
program ini berjalan dengan lancar dan menepati kehendak pelbagai pihak yang berkepentingan. Antaranya,
penggunaan Sistem ZOOM-in Dasera dan juga QR CODE bagi memudahkan capaian guru mengisi kedatangan
murid pada setiap bulan. Melalui sistem yang disebutkan di atas, guru-guru boleh terus mengisi data walau di mana
mereka berada dan menghantar data berkenaan ke email [email protected]. Dapatan data yang dikumpul
sejak 2016 sehingga 2018 telah membuktikan berlakunya peningkatan peratus kehadiran daripada 88.10% kepada
90.35% . UNIT HEM SMK Dato’ Sedia Raja menanam iltizam agar hasrat untuk mencapai 92% kehadiran tahunan
pada tahun 2020 mampu dicapai.

Kata kunci - kehadiran, ZOOM-in DASERA, Hal Ehwal Murid
___________________________________________________________________________________________

15 | P a g e

Korelasi Kehadiran Pelajar dan Pencapaian / Kemenjadian Murid di SEMENDA
Tn Hj Zul bin Senin

Pengetua Cemerlang SMK Datuk Abdullah
__________________________________________________________________________________________
Pembentangan ini berkaitan dengan rekod pencapaian kehadiran pelajar di SMK Datuk Abdullah. Rekod kehadiran
harian, bulanan dan tahunan selama dua tahun iaitu 2017 dan 2018 menunjukkan peratus kehadiran melepasi 95%.
Peratus ini menepati Key Performance Index (KPI) Kementerian Pendidikan Malaysia yang mensasarkan peratus
kehadiran setiap sekolah mencapai 95%. Dalam konteks SMK Datuk Abdullah, pencapaian 95% kehadiran ini
mempunyai korelasi dengan pencapaian akademik yang cemerlang. SMK Datuk Abdullah telah berjaya
memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 dan 2018. Sekolah
ini telah berjaya muncul sebagai sekolah harian luar bandar terbaik dan kelas aliran agama terbaik dalam
peperiksaan SPM selama dua tahun berturut-turut. Pembentangan ini akan memaparkan perkongsian pencapaian
rekod kehadiran dan pencapaian peperiksaan SPM.

Kata kunci – rekod kehadiran pelajar, korelasi, pencapaian akademik

Membangunkan Kapasiti Guru Ke Arah Pembelajaran Bermakna
Noraini binti Abdul Aziz

Guru Besar SK Taman Seri Rembau
___________________________________________________________________________________________

Pembentangan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan perkongsian ilmu bagaimana pengurusan sekolah
membangunkan kapasiti guru ke arah pembelajaran bermakna. Pembentang juga akan menyampaikan bagaimana
pengurursan sekolah membangunkan Senior Leader Team (SLT), Middle Leader Team (MLT), guru-guru dan
warga sekolah. berdasarkan Big Data. Melalui SKPMg2, pihak pengurusan sekolah telah berjaya mengesan isu
daripada data Standard aspek Guru Sebagai Pendorong. Isu ini dikesan menjadi punca kemerosotan prestasi
murid, isu kehadiran dan minat murid. Seiring dengan terpilihnya sekolah ini dalam Program Sekolah Transformasi
TS25 Kohot 3, langkah mula diorak dalam membimbing, membantu, melatih dan mentoring berkonsepkan Bottom
Up berlandaskan tema sekolah “Sederap Memacu Kecemerlangan”. Pelbagai pihak telah bersama-sama dalam
membantu sekolah terutamanya PPD Rembau melalui SIP+ dan SISC+ ke arah mencapai matlamat yang
dihasratkan. Sekolah ini telah berjaya mengaut Anugerah Pengurusan Guru Besar dan peningkatan peratusan dalam
SKPG2 (STD4). Melalui pencerapan daripada Kunjung Bantu Akademik Terbilang PPD Rembau, 76% guru berjaya
mencapai pengajaran tahap Cemerlang dan selebihnya tahap Baik. Beberapa kejayaan manis ini menjadikan
inspirasi kami untuk lebih berjaya dan cemerlang.

Kata kunci – kapasiti guru, SKPMg2, guru sebagai pendorong, pengurusan sekolah, TS25
__________________________________________________________________________________________

16 | P a g e

Qurnia
Norsiyah binti Kassim

SK Chembong
___________________________________________________________________________________________

Pendidikan Khas adalah satu cabang perkhidmatan pendidikan yang disediakan untuk murid berkeperluan khas.
Tindakan Salamanca (1994) memperakukan tentang hak dan peluang kanak kanak berkeperluan khas untuk
mendapatkan pendidikan serta mempunyai peluang untuk mencapai dan mengekalkan tahap pembelajaran. Hal ini
diperkukuhkan lagi dengan Pekeliling Bil 14/2002 iaitu Dasar Pendidikan Wajib 2013 iaitu pendidikan untuk
semua yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas. Pendekatan
kepelbagaian aktiviti dengan melibatkan jaringan dan jalinan pelbagai pihak termasuk institusi kerajaan dan ibu
bapa membantu dalam proses kemenjadian murid berkeperluan khas secara optimum. Salah satu aktiviti yang
memberi impak yang sangat baik dalam kemenjadian murid ialah program QURNIA bersama pihak MAINS.
Program ini dijalankan sebagai aktiviti tahunan pada bulan Ramadhan yang memberi pengukuhan kepada program
KAFA yang dijalankan di sekolah setiap hari selepas persekolahan. Ekoran daripada program yang dilaksanakan,
murid berjaya meningkatkan prestasi dari aspek koakademik sehingga ke peringkat kebangsaan.

Kata Kunci – pendidikan khas, pendidikan untuk semua, qurnia, kemenjadian murid

PdPc Yang Tidak Biasa
Chan Mun Eng
SJKC Pei Hwa

SJK(C) Pei Hwa Pedas merupakan sebuah sekolah kurang murid (SKM). Murid-muridnya terdiri daripada 28%
murid Cina, 60% murid Melayu dan 12% murid India. Majoriti muridnya (72%) langsung tidak ada asas pendidikan
Bahasa Cina. Penguasaan Bahasa Cina yang lemah mempengaruhi penguasaan mata pelajaran lain seperti
Matematik dan Sains yang menggunakan Bahasa Cina sebagai Bahasa pengantar. Untuk mencapai Indeks Prestasi
Utama (KPI) minima kompentensi 100% dalam UPSR, pihak sekolah telah menggembleng usaha untuk memastikan
penguasaan Bahasa Cina dalam kalangan murid berada pada tahap yang memuaskan. Prinsip SJK(C) Pei Hwa
Pedas ialah semua murid mesti menguasai 3 jenis bahasa apabila tamat persekolahannya selepas 6 tahun di sekolah
ini. Pembentangan ini menerangkan langkah-langkah yang diambil oleh pihak sekolah bagi memperbaiki
penguasaan Bahasa Cina dalam kalangan murid ke arah mencapai keputusan UPSR yang disasarkan.

Kata kunci – sekolah kurang murid, penguasaan bahasa cina, bahasa pengantar
___________________________________________________________________________________________

17 | P a g e


Click to View FlipBook Version