The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mabdadigital, 2022-08-04 04:34:26

POLISI PEPERIKSAAN DAN UJIAN

POLISI PEPERIKSAAN DAN UJIAN

Keywords: polisi,uppm,polisi peperiksaan ulanganpeperiksaan

MRSM BAGAN DATUK

POLISI PEPERIKSAAN DAN UJIAN ULANGAN

1.0 PEPERIKSAAN SEMESTER
1.1 Pelajar dikehendaki menduduki Peperiksaan Ulangan dalam kes-kes berikut
i. Mendapat gred ‘F’ bagi mana-mana kursus pada setiap semester.
ii. Mendapat gred ‘D’ dan ‘E’ bagi kursus teras atau elektif jika PNG
kurang daripada 2.00.
iii. Mendapat gred ‘TS’ (Tidak Selesai) pada Pepeperiksaan Akhir
Semester atas sebab yang dibenarkan oleh Senat.

1.2 Pengiraan markah ulangan adalah seperti berikut:

i. Bagi pelajar yang mendapat gred ‘D’, ‘E’ dan ‘F’ markah peperiksaan

ulangan ialah 100% tanpa mengambil kira markah ujian setara maktab
dan kerja kursus; gred tertinggi yang boleh diperolehi ialah gred ‘B-‘.
ii. Bagi pelajar yang mendapat gred ‘TS’, pengiraan markah PNG pelajar

adalah seperti berikut:

a. Peperiksaan Ulangan : 60%

b. Ujian Setara : 30%

c. Kerja kursus : 10%

1.3 Pelajar yang memperolehi markah ulangan lebih rendah daripada markah
asal atau pelajar yang tidak hadir peperiksaan ulangan, markah asal akan
dikekalkan.

1.4 Tiada peperiksaan ulangan untuk Peperiksaan Akhir Tingkatan 3 /
Peperiksaan Akhir Sijil Pendidikan MRSM.

1.5 Semua calon mesti menghadiri peperiksaan rasmi di maktab kecuali:
i. Calon yang mendapat kebenaran secara bertulis daripada Pengetua
atau Timbalan Pengetua. Surat kebenaran yang diperolehi hendaklah

ii. diserahkan kepada Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian Maktab
(UPPM) sebelum tarikh peperiksaan.

iii. Calon yang sakit semasa tempoh peperiksaan dijalankan. Sijil sakit atau
surat makluman hendaklah disahkan oleh Pengetua atau Timbalan
Pengetua sebelum kertas peperiksaan tersebut tamat.

1.6 Tidak hadir dengan kebenaran
i. Pelajar akan diberikan markah 0 (sifar) mengikut system eSppng bagi
mendapatkan gred TS (Tidak Selesai).
ii. Jam kredit subjek berkenaan tidak diambil kira untuk pengiraan PNG
dan TPNG.
iii. Pelajar dibenarkan menduduki Peperiksaan Ulangan dan boleh
memperolehi sehingga Gred ‘A+’.

1.7 Tidak hadir tanpa kebenaran
i. Pelajar akan diberikan markah 1 (satu) mengikut system eSppng bagi
mendapatkan gred ‘G’ (Gagal).
ii. Jam kredit subjek berkenaan diambil kira dalam pengiraan PNG dan
TPNG.
iii. Pelajar dibenarkan menduduki Peperiksaan Ulangan tetapi hanya boleh
memperoleh maksimum Gred ‘B- ‘.

1.8 Pelajar yang digantung persekolahan
i. Pelajar tidak dibenarkan menduduki ujian selaras maktab / peperiksaan
akhir semester dalam tempoh hukuman.
ii. Bagi Peperiksaan Akhir Sijil Pendidikan MRSM, pelajar dibenarkan
mengambil peperiksaan pada hari peperiksaan di bawah pemantauan
ibu bapa.

2.0 UJIAN SETARA
2.1 Semua calon mesti menghadiri ujian setara yang dilaksanakan di maktab.
2.2 Tiada sesi ulangan bagi ujian setara jika pelajar tidak mendudukinya.

*Terma dalam polisi ini akan terbatal sekiranya bercanggah dengan Buku Panduan Unit

Peperiksaan dan Penilaian Maktab.


Click to View FlipBook Version