PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG)
SK LEGONG ULU
71350 KOTA, NEGERI SEMBILAN
2021
1
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA M/S
1. PENGENALAN 3
4
1.1 JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/21 5
1.2 JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT 6
AGUNG PIBG KALI KE-42 TAHUN 2021
7-14
2. ATURCARA MAJLIS
15
3. AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG 16
KALI KE-42 TAHUN 2021 17
4. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI
KE-41 TAHUN 2020
5. LAPORAN AKTIVITI PIBG&KSIB
2020/2021
6. LAPORAN KEWANGAN PIBG 2020
8. PENGHARGAAN
2
JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021
Penasihat Tn Haji Nor Aziff bin Jinoh
Yang di-Pertua En. Nazaruddin bin Mohd Yusof
Naib Yang di-Pertua Pn. Azlina bt Mohamed
Pn Anizawati binti Okeg
Setiausaha Pn Siti Norzawani bt Mohd Idris
Bendahari - Cik Norshila bt Md Som
AJK Guru - Pn Nabihah Bt Jasri
-En. Mohd Herrinizam bt Mohd
Ghazali
- Pn. K. Sumathi A/P R. Karuppiah
AJK Ibu Bapa -Pn Izza Najjia Bt Jantan
- Pn. Norhanani binti Ramli
- Pn. Syamsinar bt Mohd Shah
- Pn. Nur Intan bt Abdullah
-Pn. Norazura bt Abdul Manan
- En. Mohd Rosli bin Jaafar
Juru Audit Dalaman - Pn. Lizawati bt Zainal Abidin
Atur Cara -MPan.jlAinsizPawerataisbmt Oikaeng
Turut HaMdeirsByeursaamraat: APgnuHnagslinPaibBtgRaKuas,li Ke - 32
Pn Fatin Nadia bt Mazhanash
Encik Abdul Manaf bin Mohamad
3
JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG
Pengerusi En. Nazaruddin bin Mohd Yusof
SESI 2021
Setiausaha Pn Anizawati binti Okeg
Bendahari Pn. Siti Norzawani bt Mohd Idris
Pengacara Majlis Cik Norshila bt Md Som
Jemputan Pn. Anizawati binti Okeg
Pendaftaran Pn. Siti Norzawani bt Mohd Idris
Buku Program Pn. Anizawati binti Okeg
Tempat/link google meet En. Mohd Herrinizam bin Mohd Ghazali
Pencatat Minit Pn Izza Najjia Bt jantan
Slide Tayangan Pn Nabihah binti Jasri
Atur Cara Majlis Perasmian
Perakam Peristiwa Pn. K. Sumathi A/P R. Karuppiah
Mesyuarat Agung Pibg Kali Ke - 32
4
ATURCARA MAJLIS
9.30pagi Kehadiran ibubapa/penjaga, guru-guru dan jemputan ke pautan
atas talian yang telah disediakan
9.45pagi Ucapan aluan Pengacara Majlis
2:45 9P.e5t0apnaggi BacaanKdeohaaodlierhanUssteamz MuoahjdemHepruritnaiznam bin Mohd Ghazali
3:00 9P.e5t5apnaggi UcapanUPceanpaasnihaatlu–aTnuaPneHnagjai cNaorraAMzifaf jbliins Jinoh (Guru Besar)
UcapanBaYc. aBaHnGd. oPaengerusi - En. Nazaruddin Mohd. Yusof (YDP
10.30pagi PIBG).
UcapanUPcearpaasmniY–. PBuHaGn.ZPareinnagebrinutsiiMohd Yusoff (PPD)
- En. Nazaruddin bin Mohd Yusof
Persembahan Slide Pencapaian Sekolah Sesi 2020/21
10.45pagi MajliUs cMaepsayunaPraetnAagsuihngatPIBG SK Legong Ulu Kali Ke-42
(Tn Hj NTaohruanz2if0f2b0/i2n0J2i1ndoihm)ulakan.
Penutup (Ucapan Penangguhan).
11.30pagi PENATUARcAaNpaPnEMPeBrUaKsAmAiN SEKOLAH
oleh Gu- rPunBZesaarrinSaK bLetgAohngmUaldu
Penyampaian sijil penghargaan
kepada JK PIBG dan KSIB sesi 2020
Penyampaian cenderahati kepada
perasmi
4:15 Petang Jamuan ringan
4:305Petang Atur Cara Majlis Perasmian
Mesyuarat Agung dimulakan
6:00 Petang MesyCuaabruatatnAbgerutunagh Pibg Kali Ke - 32
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG
SK LEGONG
ULU KALI KE-42 TAHUN 2021
1. Ucapan Y. BHG. Pengerusi (YDP PIBG).
2. Membentangkan dan menerima Minit Mesyuarat Agung yang lalu.
3. Membentangkan dan menerima Laporan Tahunan 2020.
4. Membentangkan dan menerima Penyata Kewangan berakhir 31
Disember tahun 2020.
5. Memilih dan melantik Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2021/2022
6. Memilih 2 orang Juruaudit dalaman.
7. Membahaskan usul (jika ada).
8. Hal-hal lain.
9. Penutup (Ucapan Penangguhan).
6
Tarikh MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
Masa Sekolah Kebangsaan Legong Ulu
Tempat
Perasmi Kali ke- 41 Tahun 2020
: 10 Mac 2020
: 2.30 petang
:Dewan Setia Kasih SKLU
: Pn Nur Baidzurah binti Mohd Ali
( Naib Presiden Perkhidmatan Korporat MAVCAP)
Kehadiran :
Bil Nama Jawatan
1 En. Nazaruddin bin Mohd Yusof Yang Dipertua / AJK KSIB
2 Pn. Azlina bt Mohamed Naib Yang di-Pertua/ AJK KSIB
3 Cik. Norshila bt Md. Som Setiausaha
4 En. Mohd Herrinizam bt Mohd Ghazali Bendahari
5 Pn. Norhaslina bt Raus AJK Guru
6 Pn. Fatin Nadia bt Mazhanash AJK Guru
7 Pn. Roziah bt Hamid AJK Guru
8 Pn. Zaihana bt Zainal Abidin AJK Guru
9 Pn. Siti Norzawani bt Mohd Idris Juruaudit dalaman ( guru)
10 Pn. Nor Lizawati bt Zainal Abidin Juruaudit dalaman ( ibu bapa)/ AJK KSIB
11 Pn. Norhanani bt Ramli AJK Ibu Bapa / Pengerusi KSIB
12 En. Mohd Rosli bin Jaafar AJK Ibu Bapa/ AJK KSIB
13 Pn. Wahidawati bt Abdul Rahim AJK Ibu Bapa/ AJK KSIB
14 Pn. Norazura bt Abdul Manan AJK Ibu Bapa / AJK KSIB
15 Pn. Khairunnisak bt Ashari AJK Ibu Bapa / AJK KSIB
16 En. Saharudin bin Ahmad Ahli / AJK KSIB
17 Pn. Haliza bt Ariffin Ahli / AJK KSIB
18 Pn. Zakiah bt Shahdan Ahli / AJK KSIB
19 Pn. Saodah bt Sabtu Ahli / AJK KSIB
20 Pn. Norsyamsinar bt Mohd Shah Ahli / AJK KSIB
21 Pn. Rusmawati bt Mohd Sufi Ahli / AJK KSIB
22 Pn. Nor Aze bt Zakaria Ahli / AJK KSIB
23 Pn. Azura bt Che Ambok Ahli / AJK KSIB
24 Pn. Normimah bt Taufek Ahli / AJK KSIB
25 Pn Anizawati bt Okeg Ahli
26 En. Esa bin Utoh Ahli
27 Pn. Nurul Zahidah bt Mohamed Yunus Ahli
28 Pn. NikMatuzzuhra bt Mustafa Ahli
29 En. Muhammad Sujairi bin Saperi Ahli
30 Pn. Norazlina bt Mansor Ahli
31 Pn Nur Intan bt Abdullah Ahli
32 Pn. Siti Farahshima bt Mohamad Ahli
33 Pn. Zuraidah bt Abd Manan Ahli
34 En. Zainudin bin Aji Ahli
35 En. Roslan bin Ahmad Ahli
36 Pn. Ropiah bt Hj Omar Ahli
37 En. Shahriful Zawani bin Bani Hassan Ahli
38 Pn. Latifah bt Ibrahim Ahli
7
39 Pn. Noraizamhana bt Mohd Nor Ahli
40 Pn. Zalina bt Zai Ahli
41 Pn Asmah Ahli
Hadir Bersama : Guru Penolong Kanan Pentadbiran
1 Pn. Hjh Azlimaton bt Abas Guru Penolong Kanan Kokurikulum
2 En. Abd Manaf bin Mohamed
Setiausaha
Urusetia :
Cik. Norshila bt Md Som
1.0 Ucaptama Perasmi ( Pn. Norbaidzurah bt Mohd Ali)
1.1 Perasmi mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah dijemput oleh pihak
sekolah untuk merasmikan Mesyuarat Agung SK Legong Ulu untuk kali-41 tahun 2020. Beliau merasa
amat berbesar hati dengan jemputan ini dan berharap semua yang hadir dapat memberi sokongan
yang padu kepada pihak sekolah demi kemajuan anak-anak di kampung ini.
1.2 Mengimbas semula perkenalan pihak MAVCAP dengan warga SKLU bermulanya dengan Program
Back To School pada 2019 yang lalu. Team MAVCAP berasa amat berbangga kerana telah dapat
membantu murid-murid dengan menyumbangkan pakaian sekolah yang lengkap dan peralatan
sekolah bagi setiap murid di sini.
1.3 Sentiasa mendoakan agar SK Legong Ulu terus maju dalam bidang akademik mahupun
kokurikulum.
1.4 Turut membuat pengumuman untuk sekali lagi memberi sumbangan kepada murid-murid di
sekolah ini. Sumbangan yang akan di beri ialah :
i) Makanan untuk 10 orang murid yang akan menduduki UPSR pada bulan September ini selama 4
hari.
ii) Sebuah Smart TV untuk makmal komputer sekolah di mana ia adalah hasil kutipan sahabat-
sahabat beliau di pejabat MAVCAP
iii) Manaja pakaian Hari Raya Aidilfitri bagi semua murid SKLU yang berjumlah 64 orang iaitu dari
pihak MAVCAP sendiri
1.5 Mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada hari ini.
Makluman
8
Agenda Mesyuarat
1.0 PERUTUSAN YANG DIPERTUA PIBG
1.1 Ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua PIBG . Beliau melahiran rasa bersyukur kerana pada petang
ini Mesyuarat Agung PIBG Kali ke- 41 dapat dilaksanakan dengan begitu baik sekali.
1.2 Ucapan tahniah juga kepada semua yang hadir pada hari ini kerana dapat meluangkan masa
untuk membincangkan hal-hal persekolahan anak-anak kita bersama.
1.3 Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak MAVCAP terhadap sumbangan-sumbangan
yang akan diberikan kepada murid-murid di SK Legong Ulu.Kita patut bersyukur kerana ini sedikit
sebanyak dapat meringankan perbelanjaan ibu bapa pada tahun ini.
1.4 Ucapan penghargaan terhadap semua ajk yang terlibat secara langsung atau tidak ketika
menjayakan program-program sekolah sebelum ini .
Makluman
2.0 PERUTUSAN GURU BESAR
2.1 Ucapan alu-aluan oleh guru besar dan jutaan terima kasih kepada semua yang telah hadir pada
hari ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua ajk PIBG kerana telah sedaya upaya membantu
pihak sekolah ke arah mencapai kejayaan murid-murid.Sangat penting semua ibu bapa dan guru
bersama-sama berganding bahu untuk pencapaian anak-anak di sekolah .
2.2 Berharap kepada semua ibu bapa supaya dapat mendidik anak-anak di rumah dengan sebaiknya
kerana semuanya bermula dari rumah.
2.3 Tahniah kepada semua kejayaan –kejayaan yang telah dilakar dan dalam bidang kurikulum kita
sebenarnya telah mencapai peringkat kebangsaan.
2.4 Berharap agar semua ibu bapa tidak jemu-jemu berganding bahu untuk memperkasakan
sekolah.
2.5 Berharap perbincangan di dalam mesyuarat ini akan dapat memilih ajk-ajk PIBG untuk tahun
2020.
Makluman
3.0 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
3.1 Cik Norshila bt Md Som selaku Setiausaha PIBG membentangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-
40 yang telah diedarkan untuk diterima.
3.2 Minit Mesyuarat telah dicadang untuk disahkan.
Pencadang : En Saharudin bin Ahmad
9
Penyokong : En Rosli bin Jaafar Makluman
4.0 MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN
4.1 Cik Norshila selaku Setiausaha PIBG membentangkan Penyata Tahun 2019 yang telah diedarkan
untuk diterima.Laporan telah dicadangkan untuk disahkan.
Pencadang : Pn Normimah bt Taufeq
Penyokong : Pn Lizawati bt Zainal Abidin
Makluman
5.0 MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2019
5.1 En. Mohd Herrinizam selaku Bendahari PIBG SKLU membentangkan Penyata Kewangan Tahunan
PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2019 seperti yang telah diedarkan untuk diterima .
Pencadang : Pn Normimah bt Taufek
Penyokong : Pn. Lizawati bt Zainal Abidin
Makluman
6.0 PEMILIHAN AJK PIBG BAGI TAHUN 2020
6.1 Pembubaran AJK PIBG bagi tahun 2019.
6.2 Setiausaha memaklumkan perlantikan AJK dari kalangan guru telah dijalankan oleh pihak
pentadbir.
6.3 Perlantikan AJK PIBG ( Ibu Bapa) telah dimulakan dan perlantikan yang dilakukan telah
dipersetujui sebulat suara oleh ahli mesyuarat.
6.4 Dengan ini mesyuarat telah memutuskan senarai dibawah adalah Jawatankuasa PIBG bagi tahun
2020.
Bil Jawatankuasa Nama
1 Yang diPertua / Pengerusi En. Nazaruddin bin Mohd Yusof
2 Naib Yang diPertua / Naib Pengerusi Pn. Azlina bt Mohamed
3 Setiausaha Pn.Roziah bt Hamid
4 Bendahari Pn. Siti Norzawani bt Mohd Idris
5 AJK Ibu Bapa 1. Pn. Hanani bt Ramli
2. En. Rosli bin Jaafar
3. Pn. Norazura bt Abdul Manan
4. Pn. Khairunnisak bt Ashari
5. Pn. Norsyamsinar bt Mohd Shah
6.Pn. Nur Intan bt Abdullah
6 AJK Guru 1.Pn Zaihana bt Zainal Abidin
10
2. Cik Norshila bt Md Som
3. Pn. Fatin Nadia bt Mazhanash
4. En. Mohd Herrinizam bt Mohd Ghazali
6.5 Pengerusi PIBG telah mengucapkan tahniah kepada barisan AJK yang telah dilantik dan
mengharapkan agar semua AJK memberikan komitmen yang tinggi untuk kecemerlangan anak-anak
di SKLU.
6.6 Pengerusi juga menyeru kepada semua ibu bapa walaupun tidak dilantik sebagai AJK, namun
sebagai ahli masing-masing tetap ada tanggungjawab yang perlu dibuat demi kecemerlangan anak-
anak semua.
Makluman
7.0 PEMILIHAN JURUAUDIT DALAMAN
7.1 Ahli mesyuarat telah sebulat suara melantik seorang wakil ibu bapa dan seorang wakil guru
seperti senarai di bawah.
Bil Jawatankuasa Nama
1 Juruaudit dalaman (guru) Pn.Anizawati bt Okeg
2 Juruaudit dalaman (ibu bapa) Pn.Lizawati bt Zainal Abidin
Makluman
8.0 PERBINCANGAN USUL
8.1 Menanam pokok di sekitar sekolah untuk menjadikan sekolah dalam taman.
8.1.1 Guru besar memaklumkan pihak sekolah hanya mempunyai 2 orang pekerja dan mereka
dibahagikan kepada 2 kawasan iaitu di bangunan sekolah dan juga di kawasan berumput
sekolah(menjaga,membaja dan memangkas pokok)
8.1.2 Oleh itu, 2 orang pekerja pembersihan tidak mampu untuk menguruskan dan agak sukar untuk
menjaga jumlah pokok yang banyak. Sampah dari daun-daun kering juga akan menjadikan
persekitaran sekolah kurang bersih.
8.1.3 Guru besar juga mengucapkan syukur dengan respon yang diterima dari perasmi yang dijemput
iaitu Pn Norbaidzurah memuji kawasan persekitaran sekolah kita kelihatan cantik dan bersih.
8.1.4 Pn. Azlimaton mencadangkan agar gotong-royong mencantikkan kawasan sekolah dimana
setiap keluarga murid menyumbang 1 jenis pokok atau satu kelas menyumbang 5 pokok bunga.
Makluman
8.2 Sumbangan Keceriaan RM10 bagi setiap murid.
11
8.2.1 Pengerusi memaklumkan keceriaan bagi setiap kelas yang dilakukan oleh guru adalah wang
dari guru sendiri dan ada juga sumbangan daripada ibu bapa.Oleh kerana itulah Majlis Penetapan
Target yang lalu, dijalankan di dalam kelas supaya ibu bapa dapat melihat kekurangan di dalam kelas
dan membantu memberi sumbangan atau sokongan.
8.2.2 Pengerusi amat menyokong dengan usul ini dan semua ibu bapa boleh membuat sumbangan
pada bila-bila masa sahaja.
8.2.3 Guru besar amat menyokong usul yang telah diberikan demi kecemerlangan murid-murid di
SKLU.
8.2.4 Pengerusi turut mencadangkan setiap kelas menubuhkan ahli jawatankuasa sarana ibu
bapa.Oleh itu gunakan jawatankuasa ini untuk membincangkan apa sahaja hal berkaitan anak-anak
di kelas masing-masing.
Tindakan : YDP PIBG
9.0 Hal-Hal Lain
9.1 Pengerusi mencadangkan agar bayaran yuran PIBG bagi tahun 2020 dikekalkan seperti tahun-
tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM50 satu keluarga.Ahli mesyuarat setuju sebulat suara.
Makluman
9.2 Pengerusi memaklumkan dahulu ada cadangan untuk sumbangan RM10 setahun untuk program
SARANA sekolah tetapi tidak semua yang menyumbang. Sumbangan tersebut masih diteruskan pada
tahun ini.
Makluman
9.3 En. Saharuddin memaklumkan setelah pemilihan AJK baru ini, kita sendiri telah menerima dan
memikul amanah tersebut.Ini adalah kerelaan dan memerlukan sedikit pengorbanan.Ada ketika,
kehadiran ibu bapa ke sekolah untuk sesuatu program kurang memuaskan.Jadi, marilah kita
bersama-sama mencuba sedaya upaya untuk memperkasakan sekolah ini.Cuba libatkan diri kita
untuk membuat kebaikan.Beliau juga bersedia menerima apa sahaja teguran untuk memperbaiki
diri, begitulah juga dengan ibu bapa yang hadir pada hari ini.
Makluman
9.4 En.Saharuddin juga memaklumkan akan cuba membantu pihak sekolah untuk menarik tar hingga
ke dalam kawasan sekolah kerana jalan yang di tar di luar kawasan sekolah adalah di bawah
tanggungjawab Jabatan Kerja Raya(JKR).
Tindakan : YDP PIBG
9.5 Pengerusi sekali lagi menyeru agar setiap sarana kelas yang akan ditubuhkan, digerakkan supaya
setiap kelas di sekolah ini bertambah ceria.
12
Makluman
9.6 En.Saharuddin juga mencadangkan jika ada ibu bapa yang ingin menyumbang wang tunai atau
barangan untuk Program Ziarah Cakna, mereka boleh menyalurkan sumbangan tersebut pada bila-
bila masa. Ini adalah kerana, setiap kali ziarah Cakna yang dijalankan, pihak sekolah semestinya akan
membawa buah tangan untuk keluarga yang akan diziarah dan sudah tentu memerlukan kos wang
tunai atau barangan.Namun begitu, sumbangan ini tiada paksaan.
9.7 Guru besar menjelasan Program Ziarah Cakna ini adalah saranan dari KPM.Pihak sekolah perlu
ziarah setiap bulan.Pihak KPM tidak menyatakan perlu membawa barangan, tetapi ini adalah di
bawah inisiatif pihak sekolah sendiri.Namun begitu ada juga sumbangan yang diterima daripada ibu
bapa.
Makluman
9.8 Pn.Hanani selaku Pengerusi KSIB mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana telah
berjaya menjalanan kerja dan tanggungjawab dengan begitu baik sekali.Terima kasih juga
sumbangan kuih yang telah disumbangkan untuk hari ini.
Makluman
9.9 Cik Norshila mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK PIBG dan KSIB yang telah
banyak membantu dan menyumbang sepanjang beliau menjalankan tugas sebagai Setiausaha
PIBG.Beliau juga berharap kerjasama yang erat ini akan terus dilakukan untuk tahun yang akan
datang.
Makluman
9.10 Pengerusi, En.Nazaruddin mengucapkan terima kasih dengan lantikan ini dan berkemungkinan
ada masanya beliau tidak dapat menghadiri program sekolah kerana kekangan tugas.Namun beliau
berjanji akan memberikan komitmen yang terbaik demi kemajuan anak-anak di SKLU.Beliau amat
berharap agar semua ibu bapa dapat memberikan kerjasama yang terbaik.Jika ada perkara negatif
yang timbul eloklah kiranya berhubung dengan pihak sekolah terlebih dahulu.
9.11 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada Cik Norshila atas segala kerjasama yang telah
diberikan selama ini.Ucapan terima kasih juga buat NYDP PIBG Pn Azlina kerana banyak menbantu 3
ke 4 tahun kebelakangan ini dan ternyata pengurusan PIBG semakin mantap.Jika ada apa-apa
bantuan yang diperlukan, beliau sedia membantu.
Makluman
10.0 Ucapan Penutup oleh Pengerusi
10.1 Tahniah diucapan kepada semua AJK yang telah dilantik dan sememangnya kita bersyukur
dikelilingi oleh ibu bapa yang banyak membantu sekolah. Terima kasih juga diucapan kepada semua
AJK PIBG dan AJK KSIB yang telah banyak membantu pihak sekolah.Jika ada masalah sila berjumpa
dengan pihak sekolah dan sebarang masalah akan dapat dibincangkan bersama-sama.Marilah kita
13
bersama-sama berusaha untuk menghormati guru dan ajarlah anak-anak kita menghormati guru-
guru khususnya guru di SKLU ini.
Makluman
11.0 Ucapan Penutup oleh Guru Besar
11.1 Beliau melahirkan perasaan bangga kepada semua guru-guru kerana telah memberikan
perkhidmatan dengan begitu baik sekali dan seharusnya semua ibu bapa memberi kerjasama dan
sokongan dengan lebih lagi.Murid-murid semua sentiasa perlukan suntikan semangat daripada ibu
bapa dan juga guru.Tiada jalan pintas untuk berjaya melainkan kita perlu berusaha dan
bersabar.Ucapan terima kasih kepada Pengerusi PIBG dan juga Pengerusi KSIB di atas segala
kerjasama selama ini.Pihak sekolah dan pihak PIBG akan berusaha untuk mendapatkan dana demi
memperkasakan sekolah.Beliau mengucapkan terima kasih dengan tagline SKLU Mantap Selalu.
Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.10 petang.
Disediakan oleh,
……………………………………
ROZIAH BT HAMID
Setiausaha PIBG
SK Legong Ulu
Disahkan oleh ,
…………………………………….
NAZARUDDIN BIN MOHD YUSOF
Yang DiPertua PIBG
SK Legong Ulu
14
LAPORAN TAHUNAN PIBG 2020
1. Carta Kehadiran Mesyuarat JK PIBG Sesi 2020
Tarikh Mesyuarat
Bil. Nama 9 Julai 15 Oktober 12 Mac 3 Sept
2021
1. En. Nazaruddin bin Mohd Yusof 2020 2020 2021
2. Pn. Azlina bt Mohamed /
3. Pn.Roziah bt Hamid // / /
4. Pn. Siti Norzawani bt Mohd Idris PINDAH
5. Pn. Hanani bt Ramli / / THS /
6. En. Rosli bin Jaafar /
7. Pn. Norazura bt Abdul Manan // / /
8. Pn. Norsyamsinar bt Mohd Shah /
9. Pn. Nur Intan bt Abdullah // / /
10. Pn Zaihana bt Zainal Abidin /
11. Cik Norshila bt Md Som THS / /
12. Pn. Fatin Nadia bt Mazhanash PINDAH
13. En. Mohd Herrinizam bt Mohd Ghazali / THS /
14. Pn.Anizawati bt Okeg /
15. Pn.Lizawati bt Zainal Abidin / THS /
/
// / /
// / /
/
/ / PINDAH
// /
// /
// /
// /
/ THS /
15
2. Aktiviti dan Sumbangan PIBG & KSIB Sesi 2020/2021
1 Pembahagian Bantuan Hari Raya Sumbangan NGO pada 22 Mei
2020
2 Membantu di dalam Program Gotong-Royong Pembukaan Sekolah
Pasca Covid 19 pada 24 Jun 2020
4 Menjayakan Penutup Bulan Kemerdekaan pada September 2020
5 Membantu menjayakan Majlis Perpisahan Puan Maizatul pada 18
Disember 2020
6 Membantu beberapa perkara yang penting di sekolah seperti
membaiki tombol pintu kelas-kelas dan bilik-bilik khas
7 Membantu guru-guru kelas dalam menceriakan dan
mengindahkan kelas masing-masing bagi menjayakan Program
Kelas Kami Ceria.
8 Membantu pihak sekolah mendapatkan sumbangan daripada Ahli
Parlimen samada dari segi kewangan dan juga peralatan
sekolah(beg sekolah)
9 Menyalurkan sumbangan untuk pembelian Sanitizer untuk
kegunaan murid-murid SKLU
10 Membantu menjayakan Majlis Perpisahan Puan Zaihana pada 9
Mac 2021
11 Tembuilding warga SKLU bersama PIBG & KSIB pada 27 Mac 2021
10 Mengumpul dan menyalurkan sumbangan Top Up Data internet
pada murid-murid yang menghadapi kekangan sewaktu sesi PDPR
11 Mengumpul dan menyumbangkan dana untuk penghargaan murid
aktif PDPR serta guru paling kreatif dalam PDPR
16
17
PENGHARGAAN
SEKALUNG PENGHARGAAN
Persatuan Ibubapa-Guru Sk Legong merakamkan
ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam menjayakan aktiviti yang dirancang.
Jawatankuasa PIBG dan KSIB sesi 2020/2021
Ibu Bapa/Penjaga Murid-Murid SK Legong Ulu
Barisan Pentadbir, Warga Pendidik serta Kakitangan
Sokongan SK Legong Ulu
Putera-Puteri SK Legong Ulu yang Dikasihi
Semoga Allah S.W.T
Meredhai dan Memberkati Amalan Kita
di Dunia dan di Akhirat.
~SEPAKAT MEMBAWA BERKAT~
~MUAFAKAT MEMBAWA RAHMAT~
18