PENGENALAN BUSANA MELAYU
TRADISIONAL
Pakaian orang Melayu yang paling popular dikenali oleh semua ialah baju kurung
untuk yang wanita dan baju melayu untuk yang jejaka. Cara pemakaian ini sebenarnya
dipengaruhi oleh agama Islam yang mula menyerap masuk di Tanah Melayu sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Sebelum adanya pengaruh Islam, pemakaian
orang Melayu dipengaruhi oleh agama Hindu-Budhha. Mereka hanyalah berpakaian
ringkas. Yang lelaki hanya menggunakan dua helai kain, satu untuk menutupi kepala
dan satu lagi sebagai sarung. Bagi yang wanita, tiga helai kain digunakan sebagai kain
sarung, kain kembang dan kain selendang. Perbezaan status dapat dilihat melalui
penggunaan jenis kain yang mahal.
Sekitar abad ke-7, terdapat pengaruh Islam dalam cara pemakaian orang Melayu,
yang dibawa masuk oleh orang Arab. Penyerapan dan transisi pengaruh agama Islam
berlaku secara berperingkat dan proses ini mengambil masa yang agak lama. Pada
abad ke-7 hingga ke-13, agama Islam tersebar luas di tanah Melayu.
Walaubagaimanapun, cara pemakaian mereka masih mempunyai pengaruh agama
Hindu-Buddha. Masyarakat Melayu mula berpakaian secara sopan iaitu memakai
baju berbentuk tunik pendek berkain kapas hijau dengan bahagian bawah dililitkan
dengan kain sutera.
Pada zaman kerajaan Melayu Melakalah proses evolusi pakaian orang Melayu ini
mengapai tahap tertinggi. Kaum Adam mula memakai baju Melayu manakala kaum
Hawa mula memakai baju kurung dengan kelubung untuk menutup kepala. Terdapat
pelbagai jenis baju tradisional Melayu yang telah melalui evolusi. Gaya baju
tradisional ini telah dipakai oleh golongan istana dan golongan bangsawan dan
kemudian menjadi ikutan rakyat jelata. Akhirnya, pemakaian golongan istana dengan
golongan rakyat hampir sama dan hanya jenis kain dan aksesori yang berbeza ikut cita
rasa.
JENIS-JENIS BUSANA TRADISIONAL
MELAYU
BAJU RIAU Baju Melayu Teluk
Belanga
Baju kurung Pahang juga
dikenali sebagai baju kurung Baju kurung Teluk Belanga dipakai sejak
riau Pahang pula menyingkap zaman pemerintahan Almarhum Sultan
pertalian sejarah antara kedua Abu Bakar iaitu pada tahun1800 di Teluk
Belanga ,Singapura.Baju kurung Teluk
negeri Riau dan
Pahang.Walaupun Riau dan Belanga mempunyai leher berbentuk bulat
dan belahan di hadapan.Pada bahagian
Pahang adalah dua buah pangkal belahan dibuat tempat
negeri yang pengancing baju iaitu 'rumah kancing'
dengan menggunakan jahitan
berjauhan,perhubungan politik benang.Rumah kancing dibuat dengan
dan sosial budaya yang terjalin jahitan insang pari.
sewaktu zaman Kesultanan
Melayu Melaka terserlah
dengan terciptanya potongan
pakaian ini yang juga dikenali
sebagai baju belah atau baju
kebaya turki.
Baju Melayu Cekak Musang
Baju kurung telah mengalami
pelbagai perubahan sejak dari mula
baju ini dicipta.Baju kurung yang
ditambah dengan leher berdiri
dinamakan baju kurung cekak
musang atau baju wan.Baju ini telah
dipengaruhi oleh baju gamis atau
kamis[jubah jemaah haji yang pulang
dari Makkah].Bahagian leher baju
kurung cekak musang ini dikancing
dengan tiga,lima,tujuh atau
sembilanbutir butang.Bahagian leher
ini tidak dijahit tulang belut halus.
KURUNG KEDAH
• Baju Kedah dipercayai berasal dari Selatan Thai. Baju Kedah
selalunya diperbuat daripada kain cita (kapas) yang berbunga
kecil ataupun kain kasa nipis yang jarang dan keras. Baju
Kedah boleh disifatkan sebagai pakaian sehari-hari atau
pakaian basahan. Ia dibuat singkat sampai ke paras punggung
dan biasanya dipakai dengan kain batik atau pun pelikat tanpa
banyak hiasan.
BAJU BELAH KEBAYA PANJANG
•Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam
acara majlis, mereka muncul juga dengan memakai kebaya, sebagai
warisan daripada Kerajaan Johor-Riau. Pola baju belah panjang ini
masih bersifat 'mengurungkan' anggota badan. Secara tradisi
potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ia berbelah
dan berpesak di hadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian
di luar rumah atau upacara rasmi. Baju belah panjang ini terkenal di
Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Baju kurung belah ini
kemudiannya dikenali sebagai 'baju panjang' dan 'kebaya panjang'.
Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang
berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang
ditutup dengan kancing atau kerongsang tiga.
BAJU KEBAYA KOTA BHARU
• Di namakan Kebaya Kota Bharu kerana kebaya ini secara
tradisinya dipakai wanita-wanita Kota Bharu dan kelantan Apa
yang membezakan kebaya Kota Bharu dan kebaya-kebaya lain
yang terdapat di Malaysia adalah dibahagian depan dada baju
kebaya tersebut ia mempunyai kancing, kebaya kota bharu ini
juga mirip kepada kebaya di pulau Jawa terutama di kota
Bandung yang di panggil Kebaya Kutu Baru
KEBAYA NYONYA
Fabrik yang biasa digunakan untuk membuat kebaya Nyonya dinamakan
kasa rubia. Kain tenunan kosong ini jarang, ringan dan diperbuat
daripada benang pintal yang halus. Benang yang digunakan untuk
menjahit fabrik biasanya benang sulaman mesin daripada kapas, sutera
atau polister. Pada zaman dahulu, fabrik dan benang yang digunakan
untuk membuat Kebaya Nyonya adalah daripada jenis yang bermutu
paling tinggi dan diimport dari Eropah dan sesuai dengan status Nyonya
BAJU KEBARUNG
• Kebarung adalah merupakan gabungan singkatan
perkataan baju kebaya dan baju kurung. Busana yang
berasal dari Negeri Selangor ini amat popular dan
diminati pada awal 90-an.
KEBAYA PULAU PINANG
Di Pulau Pinang pula selain popular dengan kebaya
Nyonya, terdapat juga kebaya dari kaum Jawi
Peranakan iaitu kaum India Muslim seperti Kaum Mami
dan Mamak, terdapat perbezaan kebaya dari kedua-dua
kaum ini, kaum Mami lebih gemar mengunakkan kain lace
dihiasi sulaman labuci berbeza dengan kaum mamak
yang lebih gemar mengunakkan kain Sari untuk dijadikan
Kebaya.
Nasi lemak adalah hidangan yang dijual di Malaysia, Brunei, Singapura, dan Thailand Selatan. Di
Kuala Lumpur, hal itu disebut hidangan kebangsaan, warisan kebangsaan Malaysia. Hal ini tidak
menjadi bingung dengan Nasi Dagang dijual di pantai timur Malaysia atau Terengganu dan
Kelantan walaupun kedua-dua pinggan boleh biasanya dijumpai dijual berdampingan untuk
sarapan. Namun, kerana fleksibiliti yang Nasi lemak di dapat dilayani dalam berbagai perilaku,
sekarang disajikan dan dimakan setiap saat sepanjang hari. Ada hidangan sejenis di Indonesia
disebut nasi Uduk.
Secara tradisional, ini datang sebagai sepiring makanan dibungkus daun pisang, dengan hirisan
timun, teri kering kecil (ikan bilis), kacang goreng, telur rebus, dan panas pedas sos (sambal) pada
intinya. Sebagai makanan yang lebih substansial, nasi lemak juga boleh datang dengan pelbagai
menyertai lain seperti ayam, cumi-cumi, kerang, aduk goreng convolvulus air (kangkung), sayur-
sayuran acar (achar), daging lembu rendang (daging lembu rebus dalam air kelapa dan rempah-
rempah) atau paru (paru-paru lembu). Secara tradisional kebanyakan iringan yang pedas di alam.
Nasi lemak secara meluas dimakan di Malaysia, bahkan sebagai hidangan disajikan di sekolah-
sekolah Malaysia. Nasi lemak adalah hidangan sarapan biasa, pagi-pagi dijual di warung pinggir
jalan di Malaysia, di mana ia sering dijual dibungkus dalam surat khabar, kertas coklat, atau daun
pisang. Namun, ada restoran yang menyajikannya di atas piring sebagai makan siang atau malam
hari, sehingga memungkinkan untuk hidangan yang akan lain yang diberikan kepada nasi lemak
yang dihidangkan dimakan sepanjang hari. Nasi lemak kukus yang bermaksud lemak nasi panas
adalah nama dengan nasi panas.
NASI KERABU:
Nasi kerabu ialah satu hidangan nasi yang dimakan bersama ulam-ulam yang
dijadikan kerabu. Antara ulam yang biasa dijadikan kerabu ialah kacang panjang,
mentimun, daun kesom dan taugeh. Nasi berkerabu ulam ini dimakan bersama
sambal ikan, telur masin, ikan goreng, ikan bakar, daging bakar, keropok, bawang
jeruk, tumis dan budu (sos ikan bilis).
Tidak diketahui dengan jelas asal usul nasi kerabu, tetapi dalam masyarakat Melayu
tradisional dan masyarakat Siam, ulam menjadi makanan harian mereka. Di
Thailand, nasi kerabu dikenali sebagai Khau Jam. Tidak banyak perbezaan di antara
nasi kerabu dengan khau jam, kecuali perbezaan citarasa tumis dan bahan yang
dijadikan sos sahaja.
Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan
biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, daging bakar, telur
masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada
kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran
menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa
atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit.
Terdapat pelbagai variasi Nasi Kerabu yang berdasarkan kepada warnanya. Terdapat
Nasi Kerabu Kuning, Nasi Kerabu Putih, Nasi Kerabu Hitam dan Nasi Kerabu Biru.
Nasi kerabu amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu,
dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara. Ia juga sering dimakan bersama
solok lada.nasi kerabu juga enak dimakan dengan keropok goreng.
ASAM PEDAS :
Asam Pedas ialah sejenis masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor. Sebut
sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri
Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu
mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini
mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk
menyedapkan lagi masakan mereka. Ianya sangat berbeza dari sudut rasa dan tekstur.
Kebiasaannya bahan-bahan yang mesti ada ialah terdiri daripada ikan (kebiasaannya ikan
parang, ikan tenggiri, ikan merah dan ikan terubuk), cili kering, bawang merah, bawang
putih, belacan, halia, lengkuas, kunyit hidup (jika ingin menyedapkan lagi masakan), serai, daun
kesum, bunga kantan, asam jawa, asam gelugur atau daun limau purut. Bahan-bahan ini
hendaklah mengikut sukatan masakan.
Kebiasaan masakan asam pedas bukan sahaja di hidangkan untuk keluarga di rumah malah
masakan ini juga terdapat di kedai-kedai makan, restoran, juga di hotel-hotel yang terkemuka di
negeri Melaka dan Johor.
Perbezaan di antara asam pedas utara Malaysia dan selatan Malaysia ialah penggunaan asam.
Asam jawa yang pekat lebih biasa digunakan di negeri selatan dan asam gelugur atau asam
keping lebih biasa di negeri-negeri di utara.
Variasi asam pedas juga berbeza bergantung kepada tempat. Asam pedas ikan adalah lebih
popular di penempatan berhampiran laut di mana makanan laut adalah mudah didapati dalam
keadaan banyak, murah dan segar. Walau bagaimanapun, asam pedas daging dan ayam juga
terkenal di beberapa tempat dan biasanya bergantung kepada bahan mentah yang mudah
didapati.
LAKSA PENANG:
Laksa Pulau Pinang (叻沙) merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular
di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal daripada orang Cina yang berhijrah ke Tanah
Melayu (Peranakan). Bagaimanapun setiap daerah mempunyai kuah khas yang dimakan
bersama laksa memberikan nama yang tersendiri menurut di mana ia disediakan. Laksa Penang
amat popular di Pulau Pinang di mana ia berasal. Ada[nyatakan menurut siapa?] yang memanggilnya
sebagai asam laksa
.
Laksa Penang ialah satu-satunya makanan yang berasal dari Malaysia yang berada dalam
senarai 50 makanan paling lazat di dunia.[1]
Laksa adalah makanan ringan yang paling diminati oleh rakyat
berbilang bangsa di negara ini. Ia telah menjadi makanan rasmi
rakyat Malaysia. Asal usul Laksa ini dipercayai dari negara
Indonesia. “Laksa” bermaksud dalam bahsa Indonesia “sepuluh
ribu“. Perkataan “laksa” ini adalah dari cedukan dari bahasa
sanskrit yang dipercayai peninggalan keseinambungan zaman
kerajaan Majapahit, di Indonesia sekarang.
NASI DAGANG:
Nasi Dagang merupakan hidangan tempatan istimewa yang terkenal
di Terengganu dan Kelantan. Nasi dagang Terengganu biasanya
diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak
bersama-sama santan kelapa. Selain dari Terengganu dan Kelantan,
hidangan ini juga turut tersebar dikalangan keturunan Melayu Pantai
Timur lainnya -
pesisir Pahang dan Johor (Malaysia), Pattani, Yala dan Narathiwat (Thai
land) dan Natuna dan Anambas (Indonesia).
Biasanya nasi dagang dimakan dengan gulai ikan atau gulai ayam yang
khusus untuk nasi dagang. Biasanya ia juga diletakkan seiris telur ayam
rebus yang dibelah empat. Ia tidak wajar dimakan dengan ikan singgan,
ikan masak tempoyak dan sebagainya.
SENJATA MELAYU
Perkataan senjata berasal daripada Bahasa Sanskrit iaitu ‘kesiapan’.
Senjata adalah peralatan yang boleh digunakan untuk merosakkan
barang dan boleh meragut nyawa seseorang individu. Selain itu, senjata
juga digunakan untuk mempertahankan diri. Secara umum, sebarang
benda yang digunakan (termasuk secara psikologi) boleh dikatakan
sebagai senjata. Senjata boleh seringkas belantan atau semaju senjata
nuklear.
SENJATA PURBA
Orang purba menggunakan senjata dari bahan-bahan asas yang keras
seperti kayu dan batu yang tajam. Senjata biasanya ditikam kepada
tubuh musuh atau dibuang kearah musuh dengan tujuan mencederakan
atau membunuhnya. Selepas zaman besi, besi telah digunakan secara
meluas sebagai senjata pilihan utama. Antara lain ia dijadikan pisau,
keris, lembing dan anak panah.
SENJATA API
Senjata api boleh dilancarkan dengan jarak jauh dan mula berkembang
selepas penemuan serbuk letupan
Senjata moden
Senjata moden secara umumnya dianggap sebagai senjata yang
dihasilkan selepas Perang Dunia 2.
ANTARA CONTOH-CONTOH
SENJATA:
KERAMBIT
Kerambit atau nama bahasa Minangkabau ia kurambiak / karambiak
merupakan sejenis senjata kecil berupa pisau dengan bilah melengkung, jarak
dekat yang boleh dijumpai di Asia
Tenggara di Filipina serta Nusantara merangkumi Indonesia dan Malaysia.
Disebabkan bentuknya seperti kuku atau cakar dan juga taji, ia juga dikenali
sebagai lawi ayam, kuku ayam atau rambai ayam. Selain sebagai senjata,
kerambit juga boleh berfungsi sebagai alat pertanian.
TUMBUK
LADA
Tumbuk Lada ialah sejenis senjata Melayu tradisional dari
daerah Sumatera, Kepulauan Riau dan Semenanjung Tanah Melayu. Bentuk
bilah senjata ini seakan badik dari Sulawesi, tetapi bentuk sarungnya berbeza.
Pada pangkal sarung Tumbuk Lada terdapat bonjolan bundar yang selalunya
dihias dengan ukiran yang dipahat. Sarung senjata ini selalunya dilapis dengan
kepingan perak yang diukir dengan pola-pola rumit.
Senjata ini tergolong dalam jenis senjata pendek dengan mata pada sebelah bilah
sahaja dan boleh diguna secara tunggal ataupun berpasangan.
Panjang bilah tumbuk lada sekitar 27 cm hingga 29 cm. Lebar bilahnya sekitar
3.5 cm hingga 4 cm. Dari tengah bilah sampai ke pangkalnya terdapat alur yang
dalam yang kadang-kala disapu racun berbisa.
Selain keris, Tumbuk Lada pada zaman dulu juga menjadi salah satu kelengkapan
pakaian adat di Kepulauan Riau, Deli, Siak dan Semenanjung Tanah Melayu.
Tumbuk Lada digunakan secara menikam, menghiris dan menjajah dalam
pertempuran jarak dekat. Ia boleh dipegang dengan dua jenis genggaman iaitu
dengan mata keatas ataupun mata ke bawah. Seorang yang ahli dalam permainan
tumbuk lada mampu menukar genggaman senjata ini ketika bertemput bagi
mengelirukan musuh.
PARANG
Parang didefinisikan sebagai pisau Melayu yang besar.[1] Ia merupakan sejenis
alat seakan pisau yang berasal dari Asia Tenggara, khususnya Nusantara. Ia
digunakan untuk memotong kayu yang lebih keras, dengan mata yang lebih keras
dan pusat pukulan yang jauh ke hadapan tangkai. Matanya juga lebih cekah
serong supaya tidak tersekat dalam potongan. Mata parang biasanya 30
sentimeter (12 in) panjang dan jisimnya tidak lebih 0.75 kilogram (1.7 lb). Mata
yang lengkung membolehkan penggunaan daya maksimum ketika memotong
kayu balak, maka mata sampai sebelum buku jari demi perlindungan pada buku
jari. Parang mempunyai tiga mata, iaitu mata depan amat tajam dan digunakan
untuk mengupas, mata tengah yang lebih lebar dan digunakan untuk mencantas,
dan mata belakang (dekat tangkai) yang amat halus dan digunakan untuk
mengukir.
Panjang bilah parang ditetapkan tidak boleh kurang daripada 10 inci dan tidak
boleh melebihi 24 inci: bilah alat yang pendek dari 10 inci disebut pisau manakala
bilah lebih panjang 24 inci dipanggil pedang.
SABIT
Sabit ialah sejenis alat tangan yang digunakan dalam aktiviti-
aktiviti pertanian, termasuklah memotong rumput atau menuai tanam-
tanaman. Rupanya seperti bulan sabit, dan bahagian dalamnya tajam.
Alatan ini kini telah digantikan secara besar-besaran oleh traktor dan
mesin-mesin automatik yang lain, namun masih terus digunakan dalam
sesetengah kawasan di Eropah dan Asia.
LEMBING
Lembing ialah sejenis senjata, yang digunakan untuk memburu dan berperang
semenjak zaman kuno lagi. Ia terdiri daripada hulu atau pemegang, biasanya
diperbuat daripada kayu dan mempunyai hujung yang tajam dipanggil kepala.
Hujung yang tajam itu mungkin juga adalah dari hujung kayu itu sendiri
(contohnya lembing buluh) atau diikatkan bersama bahan yang lain kepada hulu
tersebut. Lembing yang paling biasa dibuat ialah lembing yang mempunyai
kepala yang diperbuat daripada besi, berbentuk seperti pisau pendek dan
digunakan untuk tikaman.
Perbezaan lembing dengan tombak adalah mata lembing adalah bermata lurus ,
tirus ( seperti rumput lembing sementara mata tombak berbentuk lebar dan
berbilah . Contoh Tombak tampang, tombak berlok, tombak sangga , tombak
bilah dan tombak rambu .
RUMAH ORANG MELAYU
RUMAH
MELAYU
MELAKA
RUMAH RUMAH RUMAH
AGAM ORANG PANJANG
PERANAKAN MELAYU
DAYAK
RUMAH
PANJANG
ORANG ULU
RUMAH MELAYU MELAKA
Struktur tangga utama yang berwarna -warni dan bercorak
yang diperbuat daripada batuan konkrit
Kebanyakan tingkap adalah dari jenis yang bukaannya ke luar
dan mempunyai kayu kekisi di bahagian bawah tingkap
sebagai peredaran udara keluar dan masuk dan juga
berfungsi sebagai palang keselamatan bagi anak-anak kecil
Struktur rumah-rumah diperbuat daripada kayu dan papan
dan beratapkan nipah. Rumah ini terbahagi kepada beberapa
bahagian iaitu serambi, rumah ibu, selang, rumah dapur,
pelantar, loteng dan pangkin.
RUMAH PANJANG DAYAK
Biasanya rumah Sarawak sangat
panjang berkenaan terkenal dengan
rumah panjang yang
mempunyai bilik didiami suku kaum
untuk keluarga yang Iban, Melanau,
berjumlah antara 20 Orang Ulu dan
hingga 80 bilik. Bidayuh.
Kebanyakan rumah
dibina berhampiran
sungai yang menjadi
laluan utama bagi
masyarakat
berkenaan.
Malah Rumah panjang itu
menggunakan tiang jenis
kayu keras dan tidak mudah
reput seperti kayu belian
dari Kepulauan Borneo.
RUMAH PANJANG ORANG ULU
Kebiasaannya kaum Orang Ulu tiang kaki untuk rumah panjang Orang Binaan atapnya kebiasaannya
membina rumah panjang mereka Ulu boleh mencapai 30 kaki tingginya. menggunakan kulit kayu belian yang
untuk bertahan lama dan kerana Dikatakan ianya dibuat sebegitu tinggi tahan lama serta tidak dimakan oleh
itulah bahan binaannya bagi tujuan keselamatan iaitu bagi anai-anai. Ianya disusun dengan
sememangnya daripada kayu-kayan mengelak serangan binatang buas cukup tertib agar mampu menahan
mahupun serangan musuh yang boleh segala bentuk cuaca yang sukar untuk
yang bermutu tinggi. menyerang pada bila-bila masa suatu
diramalkan.
waktu dahulu.
RUMAH AGAM PERANAKAN
terdapat koleksi simpanan emas perhiasan lama turut di pamerkan.
Rumah Agam ini, dibina pada tahun 1890 dan mempunyai ukiran
Cina dengan lantai marmar Inggeris bercampur hasil seni besi
Scotland.
Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang ialah sebuah rumah agam
bagi keturunan Baba Nyonya pada abad ke-19 yang dipercayai hasil
kongsi gelap Hai San Kapitan Cina Chung Keng Kwee (1821-1901) di
Pulau Pinang.
Rumah Agam Peranakan ini dibina pada akhir abad ke-19. Ia
merupakan replika kediaman biasa Baba Nyonya Pulau Pinang
dengan ciri-ciri panel kayu berukir Cina, jubin lantai Inggeris, dan
kerja logam Skotland.
Ia turut mempamerkan pakaian tradisional, dan hiasan, perabut dan
perkakasan yang dibeli dari Cina dan Eropah yang ditempah khas
dan diwarisi turun-temurun oleh keluarga Baba dan Nyonya
RUJUKAN
1.http://nurulfatehah96.blogspot.com/2015/10/jenis-baju-
kurung-yang-terdapat-di.html?m=1
2.http://bicaramentari.blogspot.com/2019/05/hir.html?m=1
3.https://www.alaf21.com.my/info-Artikel/584/Jenis-jenis-
kebaya-di-malaysia
4.[https://sites.google.com/a/ipgkbm.org/rumahmelayu/pakaia
n-tradisional-melayu]
5.pondokrahmat.blogspot.com/2018/04/nasi-dagang-dan-asal-
usulnya.html
6.Sumber:en.wikipedia.org
7.http://rumahmelakawarisanmelayu.blogspot.com/2014/07/s
enibina-rumah-melayu-melaka.html
8.https://sites.google.com/site/sitinoorfarhanahbintimohama
d/rumah-tr
9.https://tvsarawak.com/keunikan-rumah-panjang-identiti-
sarawak/
10.http://parrotred.blogspot.com/2016/04/rumah-panjang-
kaum-orang-ulu.html
11.http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1327/
12.https://tvsarawak.com/keunikan-rumah-agam-peranakan-
pulau-pinang/