The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurzayani629, 2024-03-16 06:57:47

BUKU LOG KRS

BUKU LOG KRS

BUKU LOG KRS NAMA : NUR ZAYANI BINTI ZAMRI NO INDEKS : 2021292340455 OPSYEN : TESL 1 AMBILAN : PISMP AMBILAN JUN 2022 PENSYARAH : EN. MUNAWWAR ADI PUTRA BIN MUCTAR


PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN


Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. MAKSUD LOGO KRS Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat. Warna merah melambangkan semangat keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta. Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian MAKSUD WARNA YANG TERDAPAT DALAM LOGO KRS Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu bagi setiap individu tanpa mengira keturunan, kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia. Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala negatif yang tidak sihat.


Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS. Warna Hijau melambangkan perkara berikut : Pembentukan remaja masih relevan. Jalan hidup yang jelas untuk masa depan. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS BENDERA KRS MOTO KRS ‘ILMU IMAN AMAL’ Bersyukur dan tingkah laku gaya hidup sihat yang berterusan adalah hasil daripada kekuatan intelek dan disiplin diri. Keimanan yang mendalam adalah asas pembinaan diri.


Keahlian dalam KRS dan TKRS terbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Keahlian KRS ditujukan kepada pelajar sekolah menengah. Keahlian TKRS terbuka kepada pelajar sekolah rendah di Tahap 2 (tahun 4, 5, dan 6). Keahlian KRS dan TKRS terbuka kepada semua pelajar yang belajar di institusi pendidikan selain daripada yang disenaraikan di atas. KRS dan TKRS adalah terdiri daripada ahli bersekutu dan diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS dan TKRS ditubuhkan. Keahlian dalam KRS dan TKRS serta-merta tamat sekiranya pelajar tidak lagi berdaftar sebagai pelajar dengan sekolah atau institusi atau diberhentikan seperti yang dinyatakan di atas. Ahli KRS dan TKRS yang bertukar ke sekolah atau negeri lain akan terus diterima sebagai ahli asal. KEAHLIAN KRS


PAKAIAN RASMI PEGAWAI KRS


PAKAIAN RASMI KRS LELAKI PEREMPUAN


PAKAIAN RASMI KRS LELAKI PEREMPUAN


PAKAIAN RASMI KRS LELAKI PEREMPUAN


PAKAIAN RASMI TKRS LELAKI PEREMPUAN


KURIKULUM KRS Melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama serta sanggup berbakti kepada masyarakat yang memerlukan khidmat dan bimbingan. 1.0 DISIPLIN DAN KEROHANIAN 1.1 MATLAMAT 1.2 OBJEKTIF Melahirkan pelajar yang bersemangat patriotik yang cintakan bangsa dan negara. Menyediakan generasi pelajar yang mempunyai disiplin yang tinggi serta mempunyai daya juang, daya tahan, daya saing dan daya saing dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Membina generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta memberi sumbangan ke arah hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. 2.0 KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN 2.1 MATLAMAT Melahirkan generasi pelajar yang sihat dari segi fizikal, mental, mempunyai daya tahan, berpotensi dan berketerampilan malah mampu menghindarkan diri dari gejala sosial yang buruk dengan menjadikan budaya timur sebagai tatacara hidup 2.2 OBJEKTIF Melahirkan insan yang sihat fizikal dan mental. Memupuk bakat serta menggalakkan potensi yang sedia dan mampu memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah Mengurangkan ketegangan fikiran dan mampu menyelesaikannya secara bijaksana. 3.0 KHIDMAT MASYARAKAT 2.1 MATLAMAT Melahirkan generasi pelajar yang sanggup berbakti, tolong-menolong dan berlumbalumba membuat / melakukan amal kebajikan dalam kehidupan seharian tanpa mengira agama, kaum dan etnik.


KURIKULUM KRS 4.0 ALAM SEKITAR 4.2 OBJEKTIF Melahirkan insan yang sentiasa bersyukur dengan menghayati alam sekitar. Memupuk sikap prihatin terhadap sumbangan dan kepentingan alam sekitar kepada kehidupan manusia serta memahami rantaian hidup antara alam sekitar dengan manusia sejagat. Membina insan yang bertanggungjawab dengan memberi sumbangan ke arah memelihara alam sekitar sebagai khazanah tuhan kepada manusia. 5.0 KEUSAHAWANAN 5.1 MATLAMAT Memupuk minat di kalangan generasi pelajar agar dapat mengembangkan kreativiti masing-masing dan sikap berjimat cermat serta membenci amalan membazir, di samping membina asas kemahiran pemasaran perniagaan sehingga menjadikan keusahawanan sebagai budaya hidup. 5.2 OBJEKTIF Membina kemahiran reka cipta di kalangan generasi pelajar dengan menggunakan bahan-bahan terbuang seperti kayu, logam dan jerami sehingga dapat menghasilkan bahan kraftangan, hiasan, tulisan khat dan lain-lain. Membina kemahiran asas dalam bidang perniagaan, pemasaran dan perakaunan agar dapat memasarkan reka cipta yang dihasilkan. Melahirkan generasi muda yang berwawasan sehingga dapat menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu cara hidup. Melahirkan insan yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat serta aktif dalam aktiviti kemasyarakatan Mengukuhkan ikatan persaudaraan, kekeluargaan dan mengeratkan hubungan kemasyarakatan antara lapisan masyarakat. Melahirkan insan yang perihatin terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat serta mengamalkan budaya simpati dan empati dalam kehidupan seharian.


SEJARAH UNIT BERUNIFORM


SEJARAH PENGASAS KRS


SEJARAH PENUBUHAN KRS Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pasukan ini pada mulanya dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajarpelajar Islam SMRA (PERWIRA) Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar daripada tingkatan 1 dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU BERIMAN dan BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan, selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD-DEEN). Mulai tahun 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah sekolah menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan; bernaung di bawah Kementerian Pendidikan telah dimulakan pada 10 Ogos 1993, dan satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid b. Wan Mohd Nordin, iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Tesis mengenai KPIM telah dibentangkan dalam pertemuan ini. Hasil daripada pertemuan tersebut, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet, dan jawatankuasa ini telah mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA-PUTERI ISLAM (KPIM).


Walaubagaimanapun, nama pasukan ini telah ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS). Sementara itu, taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-pengarah bahagian Kementerian Pendidikan yang telah diadakan pada bulan Oktober 1993 telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah yang membuka keahliannya kepada semua kaum sama ada lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharram 1416 oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur. Pada bulan November-Disember tahun yang sama, seramai 300 orang guru telah dilatih sebagai jurulatih Kadet Remaja Sekolah peringkat negeri. Pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah sebenarnya mempunyai keunikan konsep dan falsafahnya yang tersendiri yang membezakan pasukan ini dari pasukan-pasukan beruniform yang lain. Kegiatan yang dijalankan, digandingkan dengan unsur-unsur pengukuhan dan pemantapan jiwa dan rohani setiap anggota pasukan. Pelajar yang meanggotai pasukan ini bukan sahaja dibangunkan dari aspek jasmaninya melalui kegiatan kegiatan yang mencabar inteleknya melalui kegiatan-kegiatan kreatif, bahkan juga jiwa dan dan rohani setiap anggota pasukan. Pelajar yang meanggotai pasukan ini bukan sahaja dibangunkan dari aspek jasmaninya melalui kegiatan kegiatan yang mencabar inteleknya melalui kegiatan-kegiatan kreatif, bahkan juga jiwa dan rohaninya melalui amalan-amalan langsung ibadah khusus dan umum.


Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) ditubuhkan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (pengasas) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur. TKRS ditubuhkan khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal (sekolah rendah). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah (TKRIS). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah.Selain itu, Encik Muhammad Thani Saaban adalah orang yang bertanggungjawab menubuhkan (TKRS). SEJARAH PENUBUHAN TKRS


Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020. Menangani masalah salah laku di kalangan para remaja seperti salah guna dadah, melepak dan juvana. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan para pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya. TUJUAN PENUBUHAN KRS Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal (sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalahberdasarkan Kadet Remaja Sekolah ( KRS ). TUJUAN PENUBUHAN TKRS


Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara. Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional. Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra Menyediakan peluang kepada pelajar untuk emmperolehi pengetahua, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. OBJEKTIF PENUBUHAN KRS & TKRS


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN


CARTA ORGANISASI PERINGKAT NEGERI PERINGKAT ANTARABANGSA


CARTA ORGANISASI PERINGKAT SEKOLAH PERINGKAT DAERAH


Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli dalam KRS Menjadi contoh atau rujukan kepada semua pihak Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain MATLAMAT MAJLIS TADBIR Pengerusi : Mengurus dan mentadbir pertubuhan dan melaksanakan keputusan mesyuarat Agung Naib Pengerusi : Membantu pengerusi dalam pengurusan dan pentadbiran Setiausaha : Menyimpan buku daftar ahli Bendahari : Menyimpan rekod dan stok harta pertubuhan Penolong Bendahari : Membantu bendahari menyiapkan urusan kewangan tugas Ketua Patrol AJK Biasa : Menghadiri mesyuarat atau perjumpaan KRS Ketua Jurulatih : Bertanggungjawab kepada PegawaiTadbir KRS Pegawai Istiadat : Tanggungjawab khas atas penglibatan pegawai & ahli kadet wanita Pegawai Data / Maklumat : Mengumpul maklumat statistik dan status semua pegawai, jurulatih dan ahli kadet– semua peringkat FUNGSI-FUNGSI PENTADBIR


MENTERI PELAJARAN MALAYSIA (Penaung) FADHLINA BINTI SIDEK CARTA ORGANISASI IPGM KPMKETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA (Penasihat) AZMAN BIN ADNAN REKTOR IPG INDUK (Pengerusi) YBrs. DR MOHD AZAM BIN AHMAD TIMBALAN REKTOR IPG INDUK (Timbalan Pengerusi) DR HJ MOHD ISA BIN AZIS KETUA JABATAN (Setiausaha Kehormat) PENGERUSI MAJLIS TADBIR KRS (Pen. Setiausaha Kehormat) AHLI MAJLIS TADBIR KRS (Bendahari Kehormat) JURU AUDIT 1 IPG 1 AHLI MAJLIS TADBIR AHLI PENGARAH-PENGARAH IPG 4 AHLI MAJLIS TADBIR KRS EX-OFFICIO PEGAWAI LATIH BPG PEGAWAI LATIH BPG


CARTA ORGANISASI KRS IPGMKTHO


CARTA ORGANISASI KRS IPGMKTHO (PERINGKAT PELAJAR)


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN


PENGURUSAN & PENTADBIRAN KRSSTRUKTUR UNIT KADET REMAJA SEKOLAH KOMPENI : Satu kompeni gabungan platun diketuai oleh Ketua Kompeni berpangkat Mejar / Kapten dibantu oleh Penolong Ketua kompeni, Ejutan, Pegawai Waran, Staf Sarjan dan 4 orang Ketua Platun. PLATUN : Setiap platun dianggotai seramai 38 orang anggota yang diketuai oleh 1 pegawai, 1 sarjan, 3 koperal dan 3 lans koperal serta 30 anggota kadet. SEKSYEN : Setiap seksyen dianggotai seramai 12 anggota yang diketuai oleh 1 koperal, 1 lans koperal dan 10 anggota kadet.


Pendaftaran ahli kumpulan : terbuka kepada SEMUA pelajar (SEKOLAH KERAJAAN dan BANTUAN KERAJAAN), Yuran Keahlian dikenakan sebagai RM1.00 bagi setiap ahli. PENGURUSAN & PENTADBIRAN KRSKAD KEAHLIAN KRS & TKRS


PENGURUSAN & PENTADBIRAN KRSKuasa Penganjur Peringkat Kebangsaan – Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri – Pengarah Pendidikan Malaysia Peringkat Daerah – Pegawai Pendidikan Daerah Peringkat Sekolah – Guru Besar dan Guru-guru Pembimbing Tanggungjawab Kuasa Penganjur TKRS Mempunyai kuasa mutlak Menguruskan yuran pendaftaran persatuan dijelaskan pada awal tahun Menguruskan latihan pasukannya Menyimpan fail-fail berkaitan dengan pertubuhan Tanggungjawab Pemimpin Memberi nasihat, panduan dan bimbingan Memastikan keselamatan ahli Pengetua/Guru Besar : Komandan KRS/TKRS Penolong kanan Kokurikulum : Timbalan Komandan KRS/TKRS Guru pemimpin : Pegawai platun Pengerusi : Pegawai Waran KRS/Sarjan TKRS Naib pengerusi : Sarjan KRS/Koperasi TKRS Setiausaha : Koperasi KRS/TKRS Bendahari ahli jawatankuasa : Koperasi KRS/TKRS Ahli-ahli : Semua anggota KRS/TKRS yang berdaftar di sekolah Sistem pangkat KRS & TKRS


PENGURUSAN & PENTADBIRAN KRSPemimpin PEGAWAI PLATUN o wajib menghadiri Kursus Pegawai KRS Tahap 1 dengan lulus dan ditauliahkan sebagai pegawai dengan pangkat Leflenan KRS. KENAIKAN PANGKAT LEFTENAN KRS o setelah mengikuti kursus Pegawai KRS Tahap 2 dan lulus. KENAIKAN PANGKAT KAPTEN KRS o Setelah mengikuti kursus pengurusan peringkat negeri/kebangsaan dan telah mengendalikan beberapa program aktiviti peringkat negeri/kebangsaan. Telah menjadi jurulatih kanan KRS negeri selama 3 tahun. KENAIKAN PANGKAT MAJOR KRS o Setelah mengikuti kursus pengurusan peringkat kebangsaan dan telah mengendalikan beberapa program/aktiviti peringkat negeri/kebangsaan. Telah menjadi jurulatih kanan KRS negeri selama 3 tahun. o Merupakan salah seorang Pegawai Tadbir Negeri atau Ketua Jurulatih Negeri atau Pegawai Istiadat Negeri atau Pegawai Teknikal Negeri atau Pegawai Hal Ehwal Wanita Negeri.


TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI


Naib Setiausaha : Pelajar Ketua Jurulatih : Guru KRS Timbalan Komandan : Pen. Kanan Kokurikulum Penasihat : Guru KRS Komandan : Pengetua / Guru Besar CARTA ORGANISASI TKRS SEKOLAH Pegawai Teknikal : Guru KRS Pengerusi Persatuan : Pelajar AJK TAHUN 4 AJK TAHUN 5 AJK TAHUN 6 Naib Pengerusi Persatuan : Pelajar Setiausaha : Pelajar Naib Bendahari : Pelajar Bendahari : Pelajar


BULAN MINGGU AKTIVITI Januari 1 Orientasi / Suaikenal / Pendaftaran 2 Mesyuarat Agung Pelantikan AJK Februari 3 KETATANEGARAAN Mengenal dan memahami sejarah KRS, logo KRS, dan bendera KRS Menghafal dan menyanyikan lagu KRS KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN Kawad asas 4 KETAHANAN DIRI Menyampaikan lagu negaraku dan lagu negeri Melakukan kawad asas dengan baik Mac 5 SIMPULAN DAN IKATAN Simpulan buku sila Simpulan bunga keti Simpulan manuk Simpulan pengail BANTU MULA Mengenal komponen dalam peti bantu mula KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN Kawad asas 6 KEUSAHAWANAN Mengenal peralatan dapur, kegunaan, penjagaan dan keselamatan Mengetahui dan menghasilkan jenis masakan ringkas seperti telur mata kerbau, sandwich dan scramble eggs RANCANGAN TAHUNAN & MINGGUAN TKRS


BULAN MINGGU AKTIVITI April 7 KEBUDAYAAN Menyertai atau mempersembahkan satu persembahan kebudayaan seperti nasyid, koir, pantun, dikir barat, dan syair. KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN Kawad asas 8 KHIDMAT MASYARAKAT DAN ALAM SEKITAR Menyertai satu aktiviti gotong-royong di sekolah Menamakan jenis-jenis pokok hiasasn yang terdapat di sekolah KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN Kawad asas Mei 9 KETAHANAN DIRI Kawad asas Menyertai perkhemahan selama 1 hari KEBUDAYAAN Mengenali budaya pelbagai kaum di Malaysia Memahami agama dan kepercayaan pelbagai kaum di Malaysia KEUSAHAWANAN Pengenalan alat jahitan Pengenalan asas jahitan IKHTIAR HIDUP Mengenali tanda-tanda isyarat Menyalakan api Menyediakan menu makanan


BULAN MINGGU AKTIVITI 10 ALAM SEKITAR Menamakan jenis-jenis pokok hiasan dan tumbuhan yang terdapat di sekolah KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN Kawad asas Jun 11 DISIPLIN DAN KEROHANIAN Membaca dan menghafaz surah 3 Qul KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN Kawad asas 12 DISIPLIN DAN KEROHANIAN / PENDIDIKAN MORAL Menyenaraikan dan memahami Rukun Islam dan Rukun Iman Membaca dan menghafaz mana-mana doa harian Memahami dan menghafal Prinsip-Prinsip Rukun Negara Menyenaraikan perayaan kaum di Malaysia KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN Kawad asas Julai 13 UJIAN KENAIKAN PANGKAT LANS KOPERAL TKRS 14 KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN Kawad asas DISIPLIN DAN KEROHANIAN / PENDIDIKAN MORAL Pengukuhan amalan nilai-nilai Pendidikan Agama / Moral


BULAN MINGGU AKTIVITI 15 PENGURUSAN DAN GAYA DIRI Tanggungjawab terhadap diri Memelihara kesihatan tubuh badan Pengurusan diri KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN Kawad asas Ogos 16 KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN KOMUNIKASI Kaedah lisan Kaedah bertulis KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN Kawad asas 17 KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN IKLIM Cuasa Suhu Hujan Tanda-tanda hujan September 18 KETAHANANAN DIRI Menyertai perkhemahan selama 1 hari KEBUDAYAAN Kawad asas


BULAN MINGGU AKTIVITI 19 KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN KEBOMBAAN Pengenalan asas Pengenalan alat pemadam api di persekitaran sekolah KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN Kawad asas Oktober 20 PERKHEMAHAN BADAN UNIFORM SEKOLAH REKREASI Keyakinan di air


LAPORAN MINGGUAN KRS


RANCANGAN TAHUNAN & MINGGUAN KRS


PELAKSANAAN PROGRAM


https://www.slideshare.net/luqmansaleh/bukulogkrs-121032659 https://anyflip.com/ksrzl/kgzq/basic https://anyflip.com/mquna/bjvc/basic https://anyflip.com/mhivv/xroe/basic#google_ vignette https://www.krscyber.org.my/ https://sejkrs.blogspot.com/2010/06/sejarahringkas-penubuhan-krs.html https://ipgktb.edu.my/krs/sejarahkrs.htm https://krssmksaspj.wordpress.com/pengertian -logo/ RUJUKAN


Click to View FlipBook Version