TUGASAN UNIT PLAN BAHASA MELAYU
CERPEN BAWOD&KOMIK
NAMA :ADAM ZULHAIRI DAN AIMAN TEO
KELAS : 3 INQUIRER
SEKOLAH : SMK PANTAI IBWS
GURU PEMBIMBING : PUAN SAADIAH BOHARI
TEMA DAN
PERSOALAN
. Tema
Persahabatan yang utuh antara manusia dengan haiwan peliharaannya
Persoalan
(a) Kegigihan seorang murid dalam mengejar impian.
(b) Kedaifan hidup di luar bandar bukan suatu penghalang untuk bersaing dalam
dunia pendidikan.
(c) Pengorbanan dan kesetiaan antara dua ekor haiwan.
(d) Kekuatan kasih sayang pengikat kebahagiaan sesebuah keluarga.
(e) Kesetiaan haiwan peliharaan terhadap tuan.
WATAK DAN
PERWATAKAN
Beluntung
(a) Anak tunggal dalam keluarganya.
(b) Berumur dua belas tahun dan bersekolah dalam darjah enam di Sekolah Rendah
Kerajaan Timbang Pasir.
(c) Dia mempunyai dua ekor haiwan peliharaan, iaitu Tuyog dan Bawod.
(d) Penyayang dan prihatin terhadap haiwan peliharaannya.
(e) Bersikap rasional dalam membuat keputusan.
(f) Gigih dalam menuntut ilmu.
(g) Penyabar apabila diejek oleh kawan-kawan sekelasnya.
(h) Bijak dalam pelajaran.
(i) Seorang yang patuh akan arahan bapanya.
WATAK DAN
PERWATAKAN
BAWOD
(a) Seekor kambing peliharaan Beluntung.
(b) Bersifat seperti manusia apabila bersahabat baik dengan Tuyog, seekor kerbau.
(c) Sangat setia kepada tuannya, Beluntung dan kepada Tuyog, seekor kerbau.
(d) Seekor kambing yang penakut akan air hujan dan air sungai.
(e) Bersifat gigih apabila sanggup meredah air sungai.
(f) Bawod menjadi haiwan sembelihan untuk kenduri kesyukuran.
WATAK DAN
PERWATAKAN
TUYOQ
(a) Seekor kerbau peliharaan Beluntung.
(b) Tuyog dijadikan haiwan tunggangan Beluntung ke sekolah pada setiap hari.
(c) Bersifat seperti manusia apabila bersahabat baik dengan Bawod, seekor
kambing.
(d) Sangat setia kepada tuannya, Beluntung.
(e) Kerbau yang suka berendam dalam air sungai.
(f) Kerbau yang gagah dan pantas berlari.
GAYA BAHASA
GAYA BAHASA
(a) Personifikasi. Contohnya, Cahaya itu merayapi kawasan sekitar.
(b) Simile. Contohnya, Dia memandang kecewa ke halaman rumah yang sudah
kelihatan seperti tasik kecil.
(c) Sinkope. Contohnya, Hisyy …, asyik tanya saja.
(d) Inversi. Contohnya, Di hadapannya, Tuyog tertambat pada pohon nangka.
(e) Repetisi. Contohnya, Bawod takut akan air, takut akan hujan.
(f) Peribahasa. Contohnya, Bapa tentu senang hati.
LATAR MASA, LATAR TEMPAT,
LATAR MASAYRAKAT
LATAR MASA
(a) Waktu awal pagi.
(b) Waktu pagi.
(c) Waktu rehat.
(d) Waktu siang.
(e) Seminggu yang lalu.
(f) Dalam tempoh dua bulan
LATAR MASA, LATAR TEMPAT,
LATAR MASAYRAKAT
LATAR TEMPAT
(a) Rumah Beluntung.
(b) Kelas darjah enam.
(c) Sekolah Rendah Kerajaan Timbang Pasir.
(d) Bawah pohon kelapa, halaman sekolah.
(e) Padang Kampung Layong.
LATAR MASA, LATAR TEMPAT,
LATAR MASAYRAKAT
LATAR MASYARAKAT
(a) Masyarakat yang patuh dan taat akan suruhan kedua-dua ibu bapa.
(b) Masyarakat penyayang terhadap ahli keluarganya.
(c) Masyarakat yang berani menyertai pertandingan walaupun berdepan dengan V
saingan yang lebih hebat.
(d) Masyarakat pendidik yang amanah dan bertanggungjawab dalam memikul tugas.
(e) Masyarakat kampung yang bermuafakat dan bekerjasama dalam melaksanakan
aktiviti kemasyarakatan.
(f) Masyarakat kampung yang berpendidikan rendah.
(g) Masyarakat murid yang gigih dan tekun menuntut ilmu.
BINAAN PLOT DAN
TEKNIK PLOT
BINAAN PLOT
(a) Pengenalan – Cerpen ini dimulakan dengan kisah Beluntung yang berasa cemas dan
resah apabila haiwan-haiwan peliharaannya, seekor kambing dan seekor kerbau disangkakan
mati lemas akibat limpahan air sungai di halaman rumahnya yang terletak berhampiran
Sungai Layong.
(b) Perkembangan – Penulis memerihalkan kisah Beluntung yang gigih ke sekolah dengan
menunggang kerbau peliharaannya, Tuyog walaupun terpaksa meredah hujan lebat dan jalan
berlumpur kerana peperiksaan darjah enam kian hampir.
(c) Perumitan – Beluntung dicemuh dan dipermainkan oleh kawan-kawannya kerana dia
telah membawa kerbau peliharaannya ke sekolah. Dia dicemuh dan dikatakan berbau kerbau.
Keadaan menjadi lebih tegang apabila pada suatu hari, kawan sekelasnya, iaitu Basil telah
mencampakkan buku-bukunya ke lantai hingga menyebabkan tercetus pertengkaran kecil.
BINAAN PLOT DAN
TEKNIK PLOT
BINAAN PLOT
(d) Klimaks – Beluntung berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan darjah enam. Selain itu, Beluntung juga berjaya menjuarai perlumbaan kerbau
dalam Pesta Lumba Kerbau peringkat kampungnya. Ketika pulang dari Pesta Lumba
Kerbau, Beluntung kehairanan apabila mendapati banyak orang kampung berada di
rumahnya. Beluntung gembira apabila mengetahui bapanya akan mengadakan kenduri
kesyukuran sebagai meraikan kejayaannya dalam peperiksaan darjah enam.
(e) Peleraian – Beluntung terkejut apabila mendengar Bawod menjerit-jerit. Ketika dia
menuju ke arah Bawod itu, kakinya telah tersepak tunggul kayu lalu menyebabkan dia
pengsan seketika. Setelah sedar dari pengsan, Beluntung menangis semahu-mahunya
apabila mendapati Bawod, kambing peliharaan yang dianggap sebagai sahabatnya itu telah
disembelih untuk dijadikan lauk kenduri kesyukuran itu.
BINAAN PLOT DAN
TEKNIK PLOT
TEKNIK PLOT
(a) Pemerian.
(b) Dialog.
(c) Imbas kembali.
(d) Imbas muka.
(e) Kejutan.
(f) Saspens
NILAI DAN
PENGAJARAN
NILAI
(a) Berdikari.
(b) Baik hati.
(c) Tanggungjawab.
(d) Kerjasama.
(e) Kebijaksanaan.
(f) Kasih sayang.
(g) Kegigihan.
(h) Keberanian.
NILAI DAN
PENGAJARAN
PENGAJARAN
(a) Kita mestilah bersifat penyayang terhadap sesama insan.
(b) Kita hendaklah sentiasa bersyukur atas kejayaan yang diperoleh.
(c) Kita hendaklah amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang
diberikan.
(d) Kita perlulah rajin dan gigih dalam menuntut ilmu demi kejayaan masa depan.
(e) Kita mestilah berani menyertai sebarang aktiviti yang boleh memberikan
manfaat kepada diri
SUMBE R RUJUKAN
INTERNET & BUKU BINTANG HATI