KERTAS KERJA
PROGRAM KEMBARA
INTELEK & SAHSIAH
PRO kids
SK INANAM II
2022
1
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dibangunkan dengan tujuan mendapatkan kelulusan Guru Besar untuk
melaksanakan Program Kembara Intelek dan Sahsiah (PRO KIDS) SK Inanam II tahun 2022.
2.0 PENGENALAN
Program Kembara Intelek dan Sahsiah (PRO KIDS) merupakan program yang dijalankan
oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk meningkatkan kecemerlangan dan ketahanan diri
peserta. Peserta yang dipilih merupakan pelajar pendalaman yang bersepadu dan kental
berhadapan dengan cabaran dan ujian agar sentiasa cemerlang.
Oleh itu, program ini dijalankan untuk merealisasikan usaha pembentukan kecemerlangan
diri dan pembinaan jati diri berteraskan prinsip agama untuk melahirkan murid berjati diri
terbilang.
3.0 OBJEKTIF
Di akhir program ini, peserta-peserta akan dapat ;
3.1 Membantu murid untuk mencapai tahap sahsiah yang terpuji.
3.2 Memotivasikan diri dan para peserta supaya belajar dengan lebih teratur dan
menanam sikap cintakan ilmu pengetahuan.
3.3 Membimbing peserta meningkatkan jati diri dan sikap sayangkan sekolah.
4.0 KPI (INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME)
4.1 Memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya disiplin untuk kejayaan hidup.
4.2 Memupuk kesedaran tentang diri, menghargai diri sendiri serta menghormati hak diri
orang lain.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Seramai 9 orang murid tahun 1 - 6 sesi 2022.
2
6.0 STRATEGI PELAKSANAAN
6.1 Perbincangan dengan Guru Besar.
-penetapan tarikh, tempat dan aktiviti program
6.2 Menyediakan kertas cadangan.
6.3 Menyediakan AJK bertugas serta bidang tugas masing-masing.
6.4 Mengadakan mesyuarat dan taklimat.
6.5 Pelaksanaan program
6.6 Penilaian program
7.0 PELAKSANAAN PROGRAM
Program Kembara Intelek dan Sahsiah (PRO KIDS) akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:
7.1 Tarikh : 15 Julai 2022
7.2 Hari : Jumaat
7.3 Masa : 07.00 pagi hingga 12.00 tengahari
7.4 Tempat : SK Ruminding, Inanam
8.0 ATUR CARA PROGRAM
MASA AKTIVITI
07.00 pagi Perjalanan ke SK Ruminding
09.00 pagi Tiba di SK Ruminding
09.00 pagi Ucapan Guru Besar Aluan (Guru Besar SK Ruminding)
Ucapan Guru Besar (SK Inanam II)
10.00 pagi SLOT Unit Bimbingan Dan Kaunseling (PRO KIDS)
10.30 pagi Sesi Fotografi
Kudapan
Perjalanan pulang ke SK Inanam II
3
9.0 PELAN PENGURUSAN RISIKO
9.1. RISIKO
RISIKO PENYELESAIAN
Tempat program tidak dapat dilalui kerana Program akan ditunda ke tarikh yang akan
cuaca buruk. ditetapkan.
9.2. KEKUATAN
9.2.1 Kekuatan guru adalah dikalangan Ketua Panatia yang berpengalaman.
9.2.2 Kerjasama dari pihak pentadbir dan PIBG serta guru untuk melaksanakan program
tersebut.
10.0 JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : Pn. Junaidah Yassin
Guru Besar, SK Inanam II
N.Pengerusi 1 :
Pn. Anita Nurulizah Binti Abdullah
N. Pengerusi 2 : (Penolong Kanan Pentadbiran)
En. Frederict Salim
N. Pengerusi 3 : (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
En. Zhamzamiee Bin Ghulam Rasul
(Penolong Kanan KoKurikulum)
N. Pengerusi 4 Pn. Siti Rosnah Abdul Hamid
: :
(Penolong Kanan Petang)
4
N. Pengerusi 5 Asmah Jamat
:
(Penolong Kanan Pendidikan Khas)
Setiausaha : En. Paisar Bin Ajulah
(Guru Bimbingan dan Kaunseling)
Bendahari
Naib Bendahari : Pn. Carol Celestine Chong
(Kerani Kewangan SK Inanam II )
: Pn. Nurul Syazreena Binti Ahmad
12.0 JAWATANKUASA KERJA
Pengerusi : Pn. Junaidah Yassin
Guru Besar, SK Inanam II
Naib Pengerusi :
En. Frederict Salim
Setiausaha : (Penolong Kanan HEM)
: : En. Paisar Bin Ajulah
Penyelaras Program : (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
Bendahari :
Pen. Bendahari : En. Athanasius Bin Bernadus
Pengangkutan : Pn. Carol Celestine Chong
AJK Buku Program : Pn. Nurul Syazreena Binti Ahmad
AJK Siaraya : En. Mohd Azlan Bin Mohamad
AJK Makan minum peserta : Pn. Saridah Binti Alam
Juru foto / Dokumentasi : En. Andy Abraham Wong
Pengerusi Majlis Pn. Raha Binti Mohd Saip
Pn. Liviawarty J Gadaun
Pn. Suryanti Yatini Binti Malim
5
13.0 PENUTUP
Program Kembara Intelek dan Sahsiah (PRO KIDS) ini merupakan satu pendekatan yang
dirancang khususnya untuk murid-murid tahun 1 - 6. Semoga objektif yang digarapkan dalam
program ini dapat dicapai dengan jayanya serta memberi manfaat kepada semua pihak yang
terlibat terutamanya murid-murid itu sendiri dalam menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Adalah diharapkan agar program ini dapat berjalan dengan lancar seperti
yang dirancang.
Disediakan oleh:
(PAISAR BIN AJULAH)
Setiausaha
Program Kembara Intelek dan Sahsiah (PRO KIDS)
Disemak oleh:
(FEDRICT SALIM)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Inanam II
Ulasan :
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Diluluskan oleh:
(JUNAIDAH YASSIN)
Guru Besar
SK Inanam II
6