TopikȱX Konsep Asas
1 Komunikasi
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan beberapa definisi komunikasi;
2. Menghuraikan bagaimana komunikasi melibatkan semua aspek
kehidupan;
3. Menerangkan elemen-elemen asas dalam proses komunikasi; dan
4. Mengenal pasti fungsi utama komunikasi.
X PENGENALAN
Terdapat pelbagai definisi komunikasi yang diberikan oleh beberapa sarjana
yang cuba menerangkan tentang proses komunikasi. Walau bagaimanapun,
definisi-definisi ini tidak banyak berbeza kerana para sarjana ini dipengaruhi
oleh konteks dan perubahan yang sering berlaku dalam senario komunikasi.
Mengetahui pelbagai definisi komunikasi dapat membantu menjelaskan dengan
lebih terperinci bagaimana suatu proses komunikasi itu berlaku.
1.1 DEFINISI-DEFINISI KOMUNIKASI
AKTIVITI 1.1
Berdasarkan pemahaman anda, apakah yang dimaksudkan dengan
komunikasi? Bolehkah kita mengatakan bahawa komunikasi adalah
satu bentuk perhubungan manusia melalui pertuturan? Jelaskan.
2 X TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI
Definisi umum menganggap komunikasi sebagai satu proses interaksi dan
perkongsian makna, pertukaran idea dan pendapat atau perkongsian
maklumat sama ada dalam bentuk penulisan, simbol, bunyi-bunyian atau
pertuturan, disampaikan secara bersemuka ataupun menggunakan media
massa.
Terdapat pelbagai definisi komunikasi. Ada yang melihatnya sebagai satu
tindakan menyalurkan maklumat, idea-idea dan perlakuan. Tujuan komunikasi
adalah untuk memastikan bahawa mesej daripada seseorang individu kepada
individu lain diterima. Perkataan „komunikasi‰ adakalanya digunakan secara
silih berganti dengan perkataan interaksi atau perhubungan.
Untuk meluaskan lagi pemahaman anda tentang maknanya, kita akan melihat
definisi komunikasi yang lain. Setiap definisi mempunyai tujuan tertentu yang
bermaksud untuk disesuaikan dengan suatu masa dan konteks yang tertentu.
Walaupun komunikasi dianggap satu proses yang kompleks, ia boleh dilihat dari
pelbagai dimensi bergantung pada konteks; peranan sumber dan penerima;
tujuan; dan maksud simbol-simbol yang terlibat. Sekarang kita akan mengkaji
definisi komunikasi dari pelbagai perspektif, berdasarkan kepada tujuan
komunikasi itu dilaksanakan.
(a) Wood (2001)
Wood mengemukakan empat aspek penting dalam definisi komunikasi
sebagai satu proses yang sistemik melibatkan individu-individu yang
berinteraksi menggunakan beberapa simbol khusus untuk membentuk dan
menginterpretasi makna. Ini boleh dilihat dalam Jadual 1.1 berikut.
TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI W 3
Proses Jadual 1.1: Empat Aspek Penting Komunikasi
Sistemik
Komunikasi adalah berterusan dan sering mengalami perubahan.
Simbolik Adalah sukar untuk menentukan bila komunikasi itu berlaku dan
Makna berakhir. Ia dipengaruhi oleh banyak faktor.
Komunikasi berlaku dalam sebuah sistem yang berkait rapat. Ia
memberi kesan antara satu sama lain. Sistem wujud dari sekecil
keluarga sehinggalah kepada sistem yang lebih besar seperti
organisasi, komuniti atau kumpulan etnik.
Komunikasi adalah simbolik. Ia melibatkan simbol-simbol yang
abstrak, arbitrari dan kabur maksudnya.
Makna sangat penting untuk menerangkan fenomena tertentu. Makna
juga boleh dilihat menerusi simbol. Makna dalam komunikasi boleh
dilihat dari dua tahap, iaitu:
(i) Tahap kandungan makna dalam mesej; dan
(ii) Tahap hubungan makna ă apa yang dinyatakan tentang
perhubungan antara komunikator dan mesej.
Sumber: Wood (2001)
(b) Verdeber dan Verdeber (2002)
Komunikasi adalah suatu proses pembentukan dan perkongsian makna dalam
perbualan tidak formal, interaksi kumpulan atau perucapan awam. Proses
komunikasi melibatkan seorang komunikator, konteks, mesej, perantara, elemen
gangguan dan maklum balas.
(c) Gamble dan Gamble (2002)
Komunikasi ditakrifkan sebagai proses pemindahan makna, sama ada secara
sengaja atau sebaliknya. Gamble mengaitkan pengalaman dengan perlakuan yang
diperhatikan, dan tanggapan mengenai perlakuan tersebut. Jika perlakuan yang
diperhatikan ditafsirkan sebagai mesej, atau ia memberi kesan kepada perlakuan
yang lain, maka ini bermakna komunikasi telah berlaku.
(d) Hybels dan Weaver (2001)
Komunikasi adalah suatu proses perkongsian idea, maklumat dan perasaan yang
melibatkan ucapan, penulisan, tingkah laku dan bahasa tubuh. Ringkasnya, apa jua
reaksi yang memberikan makna kepada suatu mesej adalah komunikasi.
(e) Trenholm (2001)
Konsep komunikasi boleh dilihat dari tiga perspektif: psikologi, konteks sosial dan
pragmatik. Komunikasi ditakrifkan sebagai satu gabungan konsep untuk melihat
bagaimana individu menggunakan simbol (dalam bentuk perkataan) membentuk
keseragaman dalam makna untuk dikongsi dengan yang lain.
Dari perspektif psikologi, maksud komunikasi tertumpu kepada apa yang terjadi
dalam fikiran ketika mesej dipindahkan dan diterima. Sebaliknya, dari konteks
4 X TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI
sosial melihat komunikasi sebagai suatu proses di mana individu menggunakan
medium komunikasi untuk membentuk gambaran kolektif realiti. Perspektif ini
memberi tumpuan kepada perhubungan antara komunikasi dan budaya yang
dikongsi. Berbeza daripada dua perspektif sebelum ini, pragmatik melihat
komunikasi sebagai satu sistem yang saling berkaitan dan melibatkan tindakan
yang seterusnya akan membentuk corak-corak tertentu. Menurut perspektif ini,
setiap individu mempunyai gaya komunikasi mereka tersendiri.
Berdasarkan definisi yang dikemukakan, ia adalah jelas bahawa objektif orang yang
berkomunikasi atau berinteraksi dengan orang lain ialah untuk membentuk
Âkeseragaman‰ dengan orang tersebut (lihat Rajah 1.1). Dalam kata lain, apabila
berkomunikasi, kita cuba untuk berkongsi fikiran, kepercayaan dan nilai-nilai sosial
dengan orang lain untuk mencari satu „keseragaman‰ antara komunikator yang terlibat.
Mencapai „keseragaman‰ dalam interaksi adalah sangat mustahak kerana tanpanya,
akan menyebabkan salah faham (communication breakdown) berlaku.
Selain daripada keseragaman, penghantaran/transmisi sesuatu yang kita
rasakan juga adalah elemen penting dalam komunikasi. Ringkasnya, definisi
konvensional komunikasi adalah untuk berkongsi dan memindahkan idea dalam
kalangan bukan sahaja individu, tetapi juga kumpulan dan komuniti.
Perkongsian di sini merujuk kepada pertukaran idea antara personaliti, budaya
dan amalan. Penghantaran, dari sudut lain, merujuk kepada perantara dalam
bentuk teknologi yang digunakan untuk menghantar mesej.
Rajah 1.1: Tujuan komunikasi untuk mencari „keseragaman‰ sesama manusia
Dalam kajian komunikasi, kita mengkaji perhubungan manusia yang berlaku dalam
kumpulan, organisasi atau masyarakat. Kita cuba untuk memahami bagaimana
manusia mempengaruhi antara satu sama lain, memaklumkan dan dimaklumkan,
menghibur atau memberi hiburan. Untuk memahami komunikasi dalam kalangan
manusia, perkara pertama yang perlu difahami ialah bagaimana manusia berkaitan
antara satu sama lain.
TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI W 5
Apabila perhubungan berjalan lancar, individu akan berasa puas hati dan
gembira dengan pengalaman tersebut. Jika sebaliknya yang berlaku, salah faham
dan konflik akan mengganggu perhubungan.
Setiap definisi komunikasi adalah tentang fungsi dan kegunaannya seperti yang
dipaparkan dalam Rajah 1.2.
Rajah 1.2: Definisi komunikasi
Sebagai kesimpulan, definisi komunikasi boleh dibahagikan kepada tiga kategori
seperti berikut:
(a) Penghantaran atau pengagihan maklumat dengan penyampaian idea-idea,
pengetahuan, pemikiran dan mesej.
(b) Penjanaan idea-idea untuk tujuan tertentu.
(c) Perkongsian makna antara sumber dan penerima dalam membentuk
hubungan.
SEMAK KENDIRI 1.1
Berikan contoh-contoh senario di mana komunikasi digunakan untuk
melakukan perkara berikut:
(a) Membentuk keseragaman antara seseorang dengan yang lain;
(b) Mengedarkan maklumat;
(c) Memindahkan idea; dan
(d) Berkongsi maklumat.
6 X TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI
AKTIVITI 1.2
1. Konsep „Seni untuk Masyarakat‰ sering didokong oleh artis
seperti penyair, pelukis, pemuzik, dan sebagainya. Adakah anda
tahu bahawa media yang digunakan oleh mereka juga adalah
satu bentuk komunikasi yang boleh menghubungkan artis
tersebut dengan masyarakat? Apakah pendapat anda tentang
perkara ini?
2. Apakah komunikasi?
(a) Komunikasi adalah satu proses tindakan berdasarkan
maklumat.
(b) Komunikasi adalah satu proses di mana individu
menentukan makna kepada ransangan untuk difahami
secara keseluruhannya.
(c) Komunikasi adalah penghantaran idea, emosi dan
kemahiran dengan menggunakan grafik, simbol dan
perkataan.
(d) Komunikasi adalah suatu perkongsian maklumat.
(e) Komunikasi adalah suatu proses di mana seorang individu
memberitahu sesuatu kepada orang lain melalui perkataan
bertulis atau lisan.
Yang manakah antara semua definisi di atas memberi maksud yang
paling tepat tentang komunikasi? Apakah yang boleh anda
rumuskan tentang komunikasi berdasarkan definisi-definisi di atas?
„Tidaklah mencukupi sekiranya seseorang itu mempunyai otak yang
baik. Apa yang lebih penting ialah dia tahu menggunakannya.‰
Descartes, 1639.
1.2 KEPENTINGAN KOMUNIKASI
Pernahkah anda terfikir tentang kepentingan komunikasi dalam kehidupan
seharian anda?
TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI W 7
Apakah yang dijangkakan akan berlaku jika komunikasi tidak wujud dalam
kehidupan seharian anda?
Komunikasi berlaku setiap masa dan kadangkala ia terjadi tanpa disedari.
Seseorang itu melibatkan diri dalam komunikasi sama ada secara lisan atau
bukan lisan. Ini boleh dilihat dari pelbagai bentuk aktiviti seperti berbual,
mendengar, berfikir, menonton filem, menonton televisyen, mendengar radio,
berbincang dalam kumpulan, atau bertafakur. Seseorang yang mendiamkan diri
juga mungkin berkomunikasi dalam dirinya sambil memikirkan sesuatu.
Kemampuan untuk berkomunikasi dengan baik dan berkesan sering kali dikaitkan
dengan kejayaan seseorang mengadaptasi diri dalam pelbagai situasi sama ada dalam
hubungan peribadi, antara rakan yang berbeza budaya, dan dalam kehidupan
profesional serta peribadi seseorang. Kegagalan untuk berkomunikasi dengan baik
akan menjejaskan pembentukan suatu perhubungan. Kepentingan komunikasi boleh
dilihat dalam beberapa aspek yang melibatkan:
(a) Kehidupan peribadi;
(b) Peningkatan kerjaya;
(c) Etika dalam berkomunikasi;
(d) Adaptasi dalam masyarakat pelbagai budaya; dan
(e) Perubahan dalam teknologi dan hubungan.
1.2.1 Komunikasi dalam Kehidupan Peribadi
Seseorang individu melihat dirinya dari sudut pandangan orang lain seperti
interaksi yang berlaku antara kawan, kenalan, pasangan, pelajar dengan
pensyarah, atau ibu bapa dengan anak-anak mereka. Dalam hubungan peribadi,
komunikasi merupakan asas interaksi antara dua atau lebih individu.
1.2.2 Peningkatan Kerjaya
Kemampuan berkomunikasi mempengaruhi kejayaan seseorang dalam
kerjayanya (rujuk Rajah 1.3). Memang tidak dapat dinafikan bahawa memiliki
kepakaran dalam bidang tertentu adalah amat penting, tetapi kemampuan untuk
berkomunikasi dengan baik dan berkesan merupakan satu kelebihan yang
dicari-cari oleh setiap majikan. Ini kerana seseorang individu yang boleh
berkomunikasi dengan baik mampu bertutur, mendengar, berfikir, dan
menyesuaikan dirinya dalam suatu kumpulan yang ahlinya datang daripada
budaya yang sama atau berbeza. Ia juga membantu dalam menjana idea dengan
jelas.
8 X TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI
Rajah 1.3: Komunikasi penting dalam peningkatan kerjaya
1.2.3 Etika dalam Berkomunikasi
Kita perlu menjaga etika dalam berkomunikasi kerana ia melibatkan prinsip-
prinsip moral atau apa yang wajar dan tidak wajar dilakukan. Isu-isu berkaitan
etika kadangkala boleh merosakkan perhubungan, menjejaskan interaksi antara
pekerja dan majikan, menyebabkan pemimpin kehilangan kepercayaan
pengikutnya, mewujudkan huru-hara dalam masyarakat atau memecah-
belahkan ikatan persahabatan dan keluarga. Secara ringkasnya, isu-isu etika
dalam komunikasi adalah berkaitan dengan rasa tanggungjawab dan sikap
menghormati seseorang dalam proses berkomunikasi.
1.2.4 Adaptasi dalam Masyarakat Pelbagai Budaya
Kehidupan dalam masyarakat atau komuniti berbilang kaum memerlukan
seseorang untuk menyesuaikan diri supaya dapat hidup dalam keadaan aman
damai (rujuk Rajah 1.4). Pengetahuan, sensitiviti, rasa hormat dan sikap yang
positif terhadap latar belakang budaya, bahasa, kepercayaan dan cara hidup
orang lain boleh membantu dalam berkomunikasi dengan pihak mereka.
Rajah 1.4: Menghormati budaya lain menyumbang kepada komunikasi yang lebih baik
TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI W 9
1.2.5 Kesan Perubahan Teknologi dan Perhubungan
Kemajuan teknologi telah mengubah kaedah komunikasi dalam kalangan orang
ramai. Teknologi memudahkan penyampaian, perkongsian serta penerimaan
mesej dengan pantas bagi mereka yang mempunyai akses kepada maklumat
tersebut. Komunikasi maya telah membawa banyak implikasi terhadap
hubungan peribadi dan juga komuniti. Perubahan teknologi membolehkan
orang ramai berkomunikasi tanpa sempadan dan sekatan (rujuk Rajah 1.5).
Rajah 1.5: Kemajuan teknologi dalam komunikasi
AKTIVITI 1.3
Pada pendapat anda, apakah implikasi teknologi terhadap komunikasi
bersemuka? Terangkan.
„Saya mahu mencipta perisian komputer. Saya tahu perisian komputer
boleh menjadi satu perniagaan yang besar. Saya tidak tahu sama ada saya
akan berjaya atau tidak, tetapi saya mempunyai visi bahawa komputer
akan menjadi alat yang bernilai di atas setiap meja dan akhirnya di setiap
rumah‰.
(Bill Gates, 1993.)
10 X TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI
1.3 ELEMEN-ELEMEN DALAM PROSES
KOMUNIKASI
Komunikasi adalah satu proses yang tiada permulaan dan tiada penghujungnya.
Proses menyalurkan maklumat adalah berterusan. Oleh yang demikian,
komunikasi dikatakan sebagai satu proses yang dinamik.
Proses komunikasi menggambarkan bagaimana kita sebagai manusia adalah
saling berkaitan antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, dalam usaha untuk
memahami proses komunikasi, kita perlu memahami terlebih dahulu elemen-
elemen yang membentuk komunikasi. Persoalan yang timbul adalah sama ada
wujud hubungan antara elemen tersebut.
Menurut Berlo (1960), apabila komunikasi terjadi antara satu individu dengan
yang lain, sumber dan penerima mesti mempunyai sistem kod yang sama. Jika
sistem kod berbeza, maka tidak akan berlaku langsung sebarang bentuk
komunikasi. Untuk memahami ini dengan lebih lanjut, kita mesti melihat
elemen-elemen yang terdapat dalam komunikasi. Dengan memahami beberapa
elemen ini, kita boleh mengenal pasti kelemahan dan kekuatan proses
komunikasi. Rajah 1.6 menunjukkan hubungan antara elemen asas dalam proses
komunikasi. Antara elemen tersebut adalah:
(a) Sumber
(b) Penerima
(c) Mesej
(d) Saluran
(e) Gangguan
(f) Maklum Balas
(g) Rangka Rujuk
(h) Konteks
TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI W 11
Rajah 1.6: Elemen-elemen asas dalam proses komunikasi
1.3.1 Sumber
Sumber merupakan punca sesuatu mesej. Setiap orang boleh menjadi sumber ă
sama ada seorang individu, sebuah kumpulan, persatuan atau sesebuah
organisasi. Dalam proses komunikasi, sumber adalah sesiapa sahaja yang
mempunyai pendapat, idea, perasaan atau mesej yang ingin disampaikan
kepada orang lain. Jika sumber mengatakan sesuatu atau menerangkan sesuatu
kepada orang lain, proses ini dipanggil pengekodan atau membentuk mesej.
Sebagai contoh, penjelasan bagi suatu masalah yang diberikan oleh guru
Matematik kepada pelajar-pelajar beliau merupakan mesej. Proses komunikasi
yang berkesan memerlukan sumber untuk mempunyai empat ciri yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.7.
12 X TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI
Rajah 1.7: Empat ciri penyampai yang berkesan
(a) Kemahiran dalam Berkomunikasi
Keupayaan untuk bertutur dan menulis adalah sangat penting untuk sumber.
Komunikasi dengan orang-orang yang tidak menggunakan bahasa yang sama
seperti yang kita lakukan, memerlukan pendekatan yang berbeza dalam
menyampaikan mesej. Sebagai contoh, sukar bagi kita untuk berkomunikasi
dengan individu yang pekak atau bisu, melainkan kita menggunakan bahasa
isyarat atau bentuk komunikasi lain yang difahaminya.
Sumber juga mesti mempunyai keupayaan untuk mempertimbangkan dan
menilai sesuatu. Ini adalah penting dalam proses pengekodan. Jika sumber
tidak mampu untuk proses pemikiran yang normal, individu itu akan
menghadapi halangan dalam usaha untuk menyampaikan mesej beliau,
yang akan mengakibatkan komunikasi tidak berkesan.
(b) Sikap
Sumber harus mempunyai sikap berbaik sangka terhadap mesej yang
diterima dan yakin bahawa apa yang dikomunikasikan kan memberi
manfaat kepada pendengarnya. Jika sikap negatif wujud, ia adalah amat
sukar untuk proses komunikasi berjalan lancar atau berkesan. Hubungan
antara sikap dan mesej juga penting. Jika terdapat kejanggalan antara
kedua-duanya, proses komunikasi akan menjadi tidak berkesan.
TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI W 13
Sebagai contoh, seseorang yang tidak yakin dengan mesejnya sendiri akan
mengalami kesukaran untuk menyampaikannya. Akibatnya, penonton
mungkin hilang keyakinan kepadanya dan mengabaikan mesej beliau.
(c) Tahap Pengetahuan
Tahap pengetahuan sumber tentang suatu perkara perlu diselaraskan
kepada tahap pengetahuan penontonnya agar mesej yang disampaikan
berkesan.
Sebagai contoh, seorang yang pakar dalam isu-isu kesihatan berkaitan
dengan jerebu seharusnya tidak perlu terlalu teknikal dalam menjelaskan
punca-punca dan langkah berjaga-jaga yang perlu diambil. Jika penonton
beliau, hanya suri rumah biasa, mereka akan bertambah keliru dengan
penyampaian pakar tersebut.
(d) Kedudukan dalam Masyarakat atau Sosiobudaya
Susun atur, norma dan sistem budaya kebanyakan masyarakat telah wujud
sejak beribu tahun. Kita perlu memahami dan menerima peraturan-
peraturan yang ditetapkan orang lain ini kerana mereka membentuk
sebahagian asas tentang bagaimana kita seharusnya berkomunikasi. Jika
kita tidak mengetahui peraturan suatu masyarakat atau menentang
mereka, kita boleh dianggap sebagai anti-sosial. Sebagai contoh, dalam
masyarakat Melayu, kanak-kanak yang berjalan berulang-alik di hadapan
orang tua mereka yang sedang bercakap dianggap sebagai tidak sopan atau
tidak menghormati orang tua mereka.
1.3.2 Penerima
Penerima dalam proses komunikasi merupakan sasaran sesuatu mesej. Penerima
boleh terdiri daripada seorang individu, sebuah kumpulan kecil, sesebuah
organisasi atau sebilangan besar orang. Dalam komunikasi massa, penerima
mesej dipanggil penonton. Penonton atau penerima biasanya mempunyai ciri-
ciri tertentu seperti kemahiran berkomunikasi, sikap, tahap pengetahuan, serta
kedudukan dalam sistem sosiobudaya.
Ciri-ciri seorang penerima mempunyai persamaan dengan sumber. Walaupun
sumber mesti mempunyai kemahiran mengenkod (kemahiran bertutur dan
menulis), penerima perlu mempunyai kemahiran untuk mendekod (mendengar
dan membaca) mesej.
14 X TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI
(a) Kemahiran dalam Berkomunikasi
Penerima perlu mempunyai kemahiran untuk berkomunikasi, iaitu
kemampuan untuk mentafsir mesej yang disampaikan kepadanya. Ini adalah
penting untuk mereka mengetahui kebaikan dan kelemahan sesuatu mesej.
(b) Sikap
Dalam berkomunikasi, penerima perlu juga mempunyai sikap yang positif
dalam mentafsir sesuatu mesej. Jika terdapat konflik disebabkan oleh
pertembungan dalam sikap sumber dan penerima maka komunikasi yang
berlaku tidak akan memberi sebarang manfaat.
Keberkesanan sesuatu mesej yang disampaikan sangat bergantung pada
sikap penerima terhadap sumber. Jika penerima selesa dengan sikap
sumber, ia mungkin mempertimbangkan mesej yang disampaikan oleh
sumber. Sebaliknya, jika penerima tidak selesa dengan sikap sumber, ia
mungkin tidak akan memberi perhatian kepada mesej tersebut.
(c) Tahap Pengetahuan
Tahap pengetahuan adalah penting bagi sumber dan penerima. Jika
penerima mempunyai pengetahuan tentang apa yang diperkatakan oleh
sumber, mesej akan mudah difahami. Jika penerima tidak mempunyai
pengetahuan awal tentang sesuatu perkara, ia adalah agak sukar atau
mustahil untuk memahami mesej yang disampaikan.
(d) Kedudukan dalam Sistem Sosiobudaya
Sebagaimana sumber, penerima juga perlu mengetahui norma, peraturan dan
budaya yang wujud dalam sistem sosial. Ini adalah untuk memastikan
bahawa tiada salah faham yang akan berlaku dan proses komunikasi dapat
berjalan lancar.
1.3.3 Mesej
Pernahkah anda menonton sebuah filem perang? Adakah anda tahu mesej
yang disampaikan apabila bendera putih dikibarkan?
Mesej adalah maksud yang terkandung dalam perkataan-perkataan atau simbol-
simbol yang digunakan oleh sumber untuk menyampaikan dan meluahkan
hasrat mereka. Ia adalah hasil daripada proses pengenkodan yang dilaksanakan
oleh sumber berdasarkan kepada pemikirannya.
Sesuatu mesej seharusnya mengandungi idea dan perasaan yang ingin
disampaikan kepada penerima. Mesej mengandungi idea serta perasaan yang
TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI W 15
ingin dikongsi antara sumber dan penerima. Namun, idea dan perasaan hanya
dapat dikomunikasikan menerusi simbol tertentu sama ada secara lisan, bukan
lisan, konkrit ataupun abstrak.
Secara ringkasnya, apa sahaja yang mempunyai makna boleh diistilahkan
sebagai mesej. Sebagai contoh, pengurus menunjukkan wajah yang serius semasa
mesyuarat apabila dia menerima laporan jualan yang menunjukkan penurunan
dalam jualan. Pastinya, mesej yang perlu difahami oleh kakitangan pemasaran
adalah bahawa mereka perlu memikirkan satu strategi promosi untuk
komunikasi pemasaran bersepadu yang berkesan.
Terdapat tiga ciri utama yang harus dimiliki oleh mesej jika ingin disampaikan
secara berkesan kepada penerima. Ia adalah:
(a) Kod Mesej
Kod adalah satu kumpulan simbol, yang boleh memberi makna apabila ia
disusun dengan betul. Ia digunakan dalam aktiviti harian untuk tujuan
komunikasi. Suatu kod mempunyai makna yang universal. Isyarat yang
sedia ada di lebuh raya, bangunan dan di kebanyakan tempat awam juga
adalah contoh-contoh kod (lihat Rajah 1.8). Malah, bahasa yang kita
gunakan untuk berkomunikasi antara satu sama lain adalah kod.
Perkataan dalam suatu bahasa adalah simbol lisan yang melambangkan
satu perkara atau idea tertentu. Simbol tanpa ungkapan lisan adalah satu
cara berkomunikasi tanpa menggunakan perkataan. Bahasa merupakan
kod paling penting yang pernah dicipta dan diterima oleh orang ramai di
seluruh dunia. Ia digunakan sebagai kemudahan untuk membantu kita
hidup lebih selesa kerana ia boleh difahami oleh semua yang melihat
(seperti dalam bahasa bertulis) dan mendengar (seperti dalam bahasa
pertuturan) kepadanya.
Rajah 1.8: Contoh mesej kod yang wujud di lebuh raya
16 X TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI
(b) Kandungan Mesej
Pernahkah anda menerima ÂmemoÊ daripada rakan sekerja? Rujuk kepada
memo dalam Rajah 1.9. Adakah anda boleh memahami mesej dalam memo
tersebut?
Komunikasi yang berkesan memerlukan mesej yang jelas isi
kandungannya. Kandungan mesej yang tidak jelas tidak akan difahami
oleh penerima. Isi kandungan di sini merujuk kepada maklumat yang
diperolehi dan didapati dalam mesej yang dienkodkan oleh sumber kepada
penerima. Isi kandungannya adalah terdiri daripada tajuk, topik, matlamat
dan jangkaan yang dirujuk sebagai mesej (lihat Rajah 1.9).
Rajah 1.9: Contoh kandungan mesej yang lengkap
(c) Pengolahan Mesej
Jika isi kandungan mesej tidak disediakan dengan betul, maka mesej tidak
akan difahami. Merangka atau mengolah sebuah mesej yang baik akan
menyumbang kepada pemahaman yang lebih jelas maksudnya. Rajah 1.10
merupakan satu contoh mesej yang tidak lengkap.
Dalam membentuk suatu mesej, sumber perlu memilih dan menguruskan
kod dan kandungan mesej. Bagaimana seseorang menyediakan mesej
bergantung pada beberapa faktor. Salah satu faktor tersebut adalah gaya
atau stail penyediaan mesej. Seseorang yang berhasrat untuk
berkomunikasi juga mempengaruhi penyediaan sesuatu mesej.
TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI W 17
Rajah 1.10: Contoh mesej tidak lengkap
SEMAK KENDIRI 1.2
Berdasarkan Rajah 1.10, mengapa anda fikir mesej adalah sukar
untuk difahami?
1.3.4 Saluran
Saluran boleh ditakrifkan sebagai satu alat atau perantara yang menyalurkan
mesej daripada sumber kepada satu atau lebih penerima. Pemilihan saluran
menentukan keberkesanan komunikasi. Setiap saluran mempunya kelemahan
dan kelebihan masing-masing. Untuk mendapatkan kesan yang baik, cara yang
paling berkesan ialah menggunakan beberapa saluran untuk menghantar
sesuatu mesej. Selain daripada itu, pilihan sesuatu saluran mesti mengambil kira
kesesuaian dengan situasi dan penerima. Secara umum, saluran boleh didapati
dalam bentuk berikut (lihat Rajah 1.11).
18 X TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI
Rajah 1.11: Saluran-saluran komunikasi
(a) Saluran Media
Media terdiri daripada:
(i) Media cetak seperti akhbar, majalah dan buku.
(ii) Media elektronik seperti televisyen, radio dan Internet.
(iii) Media tradisional seperti teater, wayang kulit dan opera.
(b) Saluran Bersemuka
Perbezaan yang jelas boleh dilihat antara kaedah menyalurkan maklumat
atau mesej menggunakan media massa. Saluran bersemuka melibatkan
interaksi secara langsung antara sumber dan penerima. Sumber dan
penerima adalah dalam situasi yang sama. Ini adalah jenis komunikasi dua
hala dan dikatakan lebih mesra secara semulajadinya. Dalam situasi
sebegini, proses menyalurkan mesej melibatkan maklum balas yang mana
kesannya adalah cepat dan segera. Contoh perantara yang biasanya terlibat
TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI W 19
dalam saluran mesej bersemuka termasuklah seorang individu dengan
jiran-jirannya, anggota masyarakat dan pemimpin mereka, dan sebagainya.
Dalam menentukan keberkesanannya, beberapa soalan perlu
dipertimbangkan semasa komunikasi.
(i) Penggunaan Saluran yang Bersesuaian
Sebelum menghantar suatu mesej, seseorang itu perlu
mempertimbangkan saluran yang paling sesuai atau tersedia untuk
digunakan bagi tujuannya agar penerima boleh menerima mesej yang
disampaikan dalam cara yang paling mudah diakses dan difahami.
(ii) Keupayaan Saluran yang Digunakan
Dalam memilih saluran untuk menghantar suatu mesej, sumber perlu
mempertimbangkan kesesuaiannya. Contohnya, televisyen bukanlah
satu saluran yang baik untuk menghantar mesej dalam bentuk ayat
yang panjang. Media elektronik mempunyai kemampuan yang
berbeza. Radio hanya mampu untuk menyalurkan mesej audio (kesan
suara) sementara televisyen boleh digunakan untuk menghantar
mesej visual dan juga audio. Sementara itu, akhbar dan majalah
adalah untuk mesej-mesej yang bertujuan untuk dibaca. Internet
merupakan saluran komunikasi yang paling canggih tanpa sebarang
batasan, tiada sempadan ruang dan masa tetapi perlu mudah diakses.
Perbezaan jenis-jenis media komunikasi ada kelemahan dan kelebihannya.
Oleh yang demikian, pemilihan saluran mestilah disesuaikan dengan
keupayaan penerima dan mesej. Pada masa ini, akses kepada teknologi dan
aplikasi merupakan topik-topik hangat yang diperbincangkan, kerana
wujudnya jurang digital dalam kalangan mereka yang mampu dan tidak
mampu, dan juga antara yang kaya maklumat dan yang miskin maklumat.
AKTIVITI 1.4
Pada pendapat anda, bolehkah kaedah menghantar mesej menerusi
Internet, seperti e-mel atau chat menggantikan komunikasi
bersemuka?
1.3.5 Gangguan
Gangguan adalah sebarang bentuk halangan yang wujud dalam proses
komunikasi. Kewujudan gangguan menghalang seseorang penerima daripada
20 X TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI
menerima mesej dengan jelas dan tepat. Bunyi bising enjin yang kuat (roaring)
contohnya boleh menghalang mesej daripada dihantar, diterima dan difahami
dengan tepat.
Gangguan dalam komunikasi boleh diklasifikasikan sebagai fizikal, mental atau
fisio-psikologi. Elemen gangguan merupakan yang pertama diperkenalkan oleh
Shannon dan Weaver menerusi model penyiaran pada tahun 1949. Ia berlaku
kerana beberapa faktor seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.12.
Rajah 1.12: Elemen-elemen gangguan
(a) Gangguan Fizikal
Gangguan fizikal berlaku apabila sumber gangguan berpunca daripada
persekitaran atau keadaan sekeliling. Contohnya: bunyi bising daripada
lalu lintas kenderaan semasa kita berbual dengan rakan. Ia mengganggu
tumpuan kita tentang makna mesej yang telah disampaikan.
(b) Gangguan Fisio-Psikologi
Gangguan sebegini berlaku disebabkan pengaruh tahap pengetahuan asas,
sikap terhadap mesej atau sumber dan keupayaan komunikasi kita.
Perbezaan budaya juga dianggap sebagai gangguan jika kita tidak
memahami budaya tersebut.
(c) Gangguan Mental
Gangguan mental berpunca daripada pemikiran kita sendiri. Contohnya,
fikiran yang terganggu dengan peperiksaan yang semakin hampir, masalah
kesihatan dan sebagainya.
TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI W 21
1.3.6 Maklum Balas
Maklum balas merujuk kepada respon yang berlaku apabila seorang penerima
memberikan reaksi atau tindak balas kepada mesej yang dihantar oleh sumber.
Dalam komunikasi antara individu, maklum balas adalah spontan. Misalnya, jika
sumber bertanya, „Apa khabar awak sekarang?‰ dan penerima membalas, „Baik,
terima kasih‰. Maklum balas mungkin juga ditunjukkan melalui riak wajah
sewaktu menjawab (lihat Rajah 1.13). Jawapan dan air muka yang terpamer di
wajah penerima adalah maklum balas kepada mesej yang dihantar oleh sumber.
Begitu juga dengan lawak A yang menyebabkan B tersenyum dan ketawa adalah
berkesan dalam mendapatkan maklum balas. Apabila maklum balas positif,
sumber mungkin meneruskan komunikasinya. Sebaliknya, jika maklum balas
yang diterima adalah negatif, ia mungkin akan menghentikan sahaja perbualan
tersebut.
Dalam proses komunikasi massa, maklum balas tidak sepantas seperti
komunikasi bersemuka. Maklum balas komunikasi massa adalah tertangguh
atau lewat dan lambat untuk diperolehi.
Maklum balas dalam konteks komunikasi massa akan dibincangkan kemudian.
Kepentingan maklum balas dilihat dalam tindakan yang mesti diambil oleh
seseorang individu. Selain itu, kepastian akan diperolehi terhadap idea atau
perasaan yang mana bertujuan untuk dikongsikan antara sumber dan penerima.
Perkembangan terkini dalam teknologi komunikasi maklumat membolehkan
maklum balas yang pantas, contohnya penggunaan e-mel dalam pencarian
maklumat menerusi Internet. Kini telefon bimbit boleh memberikan maklum
balas yang cepat.
Rajah 1.13: Maklum balas dalam komunikasi bersemuka atau menerusi telefon
22 X TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI
1.3.7 Rangka Rujuk
Rangka rujuk merupakan pengalaman atau pengetahuan tentang sesuatu yang
menjadi topik untuk berkomunikasi. Komunikasi tidak akan mempunyai
sebarang kesan jika sumber dan penerima tidak mempunyai rangka rujuk yang
sama. Katakanlah seorang individu yang mempunyai pengalaman bermain
luncur ais (ski) di luar negara bercerita dengan seorang sahabatnya di kampung
tentang cara dan pengalamannya bermain luncur ais di sana. Jika rakannya tidak
mempunyai pengalaman seumpamanya, dia tidak akan dapat menggambarkan
apa yang disampaikan kepadanya.
Seperti yang dilihat di sini, jika penerima kurang atau tiada pengetahuan tentang
apa yang dibincangkan, ia tidak mampu untuk memahami dan mengikut apa
yang dibincangkan oleh sumber. Justeru, komunikasi dalam kes ini telah gagal
dan adalah tidak berkesan. Untuk memastikan komunikasi berkesan, kedua-dua
sumber dan penerima perlu mempunyai rangka rujuk yang sama. Ini kerana
setiap individu yang terlibat dalam proses komunikasi mempunyai pengalaman
yang tersendiri.
Dengan itu, hanya mesej yang difahami oleh kedua-dua belah pihak boleh
membantu untuk menjayakan suatu komunikasi. Lebih luas ruang lingkup
rangka rujuk, lebih besar kemungkinan komunikasi menjadi berkesan.
1.3.8 Konteks
Komunikasi berlaku dalam konteks tertentu; ia tidak berlaku dalam
„kekosongan‰. Kadangkala ia berlaku dalam situasi yang semula jadi tanpa
disedari. Konteks komunikasi merujuk kepada situasi atau keadaan sekeliling di
mana berlakunya komunikasi. DeVito (2001) menyatakan bahawa komunikasi
berlaku dalam konteks tertentu yang mempengaruhi bentuk dan isi
kandungannya. Kadangkala konteks juga tidak jelas dan dalam keadaan tertentu
mendominasi (sama ada menstimulasi atau menghalang) mesej daripada
disampaikan. Setiap konteks ini adalah saling berkaitan dan mempengaruhi
antara satu sama lain, memberi kesan kepada apa yang dikomunikasikan. Ia juga
mempengaruhi persekitaran, tingkah laku dan tindakan selain menentukan
jenis-jenis komunikasi yang perlu digunakan.
AKTIVITI 1.5
Bincangkan elemen-elemen komunikasi dan bagaimana ia
memberi kesan kepada aspek-aspek sosiobudaya masyarakat.
TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI W 23
„Apakah kerja yang paling sukar di dunia ini? Fikirkan‰.
(Emerson, 1836).
1.4 FUNGSI-FUNGSI KOMUNIKASI
Pernahkah anda terfikir beribadah sebagai satu bentuk komunikasi? Apakah
fungsi-fungsi komunikasi individu yang lain? Adakah komunikasi membantu
anda dalam kehidupan seharian?
Fungsi komunikasi bergantung pada tujuan ia dilaksanakan. Ia dapat dilihat dari
perspektif yang berbeza. Jika ia dilihat dari perspektif sumbernya (penghantar
mesej), komunikasi mempunyai fungsi untuk memberitahu, menghiburkan,
belajar, memahami atau membuat keputusan tentang isu tertentu. Seandainya ia
dilihat dari perspektif sosial pula, komunikasi memainkan peranan-peranan
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.14 berikut.
Rajah 1.14: Beberapa peranan komunikasi dari perspektif sosial
Untuk memahami dengan lebih terperinci tentang fungsi-fungsi komunikasi,
cuba bayangkan beberapa situasi yang berlaku dalam kehidupan seharian kita.
Komunikasi memainkan peranan penting dalam semua aspek kehidupan kita,
sama ada di pejabat (menulis surat, memberi arahan, berkomunikasi melalui e-
mel) atau dimana-mana seperti di sekolah (mengajar dan belajar), atau di rumah
(berbual di ruangan siber), kita berkomunikasi untuk tujuan-tujuan tertentu.
24 X TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI
Cuba bayangkan bagaimana dan mengapa komunikasi berlaku. Seorang guru
berkomunikasi secara bersemuka dengan sekumpulan pelajar sekolah. Seorang
anak menelefon ibunya untuk bertanyakan berita tentang ayahnya di kampung
atau A menghantar mesej kepada kawan untuk berkongsi perasaan atau seorang
tua duduk dan termenung di tepi tasik. Dirancang atau sebaliknya, komunikasi
berlaku di mana-mana dan pada setiap masa. Dalam setiap situasi yang
digambarkan tadi, komunikasi memainkan peranan penting dalam
menghubungkan seseorang dengan yang lain, sama ada dalam diri mereka atau
antara individu atau sekumpulan manusia.
Sekumpulan pelajar berkomunikasi dengan guru mereka dalam proses
pembelajaran sesuatu; seorang ahli perniagaan berkomunikasi untuk
memperluaskan peluang perniagaannya ke luar negara (lihat Rajah 1.15); dan
seorang ibu berkomunikasi dengan anaknya untuk mengukuhkan ikatan
kekeluargaannya. Komunikasi membina perhubungan antara insan dan juga
memberikan mereka peluang untuk mengenali diri mereka dengan lebih baik.
Kemajuan dalam teknologi maklumat atau IT membolehkan komunikasi
dilaksanakan dengan lebih cepat dan pantas melalui rangkaian elektronik.
Seorang pengurus yang beroperasi dari jarak jauh dan ingin berkomunikasi
dengan rakan perniagaannya di negara lain boleh melakukan sedemikian
melalui email. Penggunaan komputer dan Internet membolehkan kita untuk
berinteraksi dengan orang lain di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Malah mesyuarat perniagaan antara individu dari bahagian negara atau dunia
yang berbeza boleh dijalankan melalui teknologi maklumat seperti tele-sidang.
Rajah 1.15: Perniagaan secara elektronik
TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI W 25
Proses komunikasi sangat berkait rapat dengan pencarian maklumat. Apabila
pengetahuan komunikasi dipelajari sebagai satu bidang atau disiplin, pakar-
pakar dan penyelidik-penyelidik komunikasi sering kali menganggap
komunikasi mempunyai fungsi yang berbeza. Rajah 1.16 menunjukkan fungsi-
fungsi komunikasi ini.
Rajah 1.16: Fungsi-fungsi komunikasi
1.4.1 Fungsi Memberitahu
Pada hari ini, orang ramai secara umumnya memperoleh berita dan maklumat
tentang hal ehwal semasa melalui surat khabar, radio dan televisyen. Di samping
itu, Internet juga menjadi semakin popular sebagai saluran bagi orang ramai
untuk mendapatkan maklumat dengan mudah.
Fungsi ini adalah salah satu fungsi komunikasi yang sering digunakan dalam
kehidupan orang ramai (lihat Rajah 1.17). Fungsi ini bertujuan untuk
memaklumkan kepada orang lain mengenai perkara-perkara tertentu yang
dirasakan oleh komunikator perlu diketahui oleh orang lain. Terdapat banyak
contoh komunikasi dijalankan untuk jenis fungsi ini, sebagai contoh: papan
tanda dengan tanda-tanda seperti "Jangan Merokok", "Sila Beratur", "Ke Kiri",
"Berhati-hati di jalan raya" dan sebagainya.
Fungsi memberitahu menumpukan kepada komunikator atau sumber
maklumat, manakala penghantaran mesej bertujuan untuk memaklumkan
orang ramai. Malah, maklumat adalah sesuatu yang sangat penting dalam
memberikan kita pengetahuan. Setiap individu memerlukan maklumat untuk
menguruskan kehidupan harian mereka. Maklumat adalah penting
26 X TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI
terutamanya dalam proses membuat keputusan. Ia juga membolehkan orang
ramai untuk mengambil tindakan tertentu. Tanpa maklumat, ia adalah sukar
bagi seseorang untuk membuat keputusan. Sudah tentu, anda mesti telah
mendengar mesej penyampai dalam program-program radio yang
memberitahu anda tentang keadaan jalan raya di bandar untuk hari tersebut.
Seseorang yang memandu kereta dari tempat kerja mungkin mendapati
maklumat ini berguna untuk membuat keputusan. Sebagai contoh, jika
terdapat banjir kilat atau kesesakan lalu lintas di hadapan, orang ramai boleh
membuat keputusan untuk menggunakan jalan alternatif dalam perjalanan
balik ke rumah mereka.
Berdasarkan penjelasan sebelum ini, komunikasi juga memainkan peranan
penting dalam proses mendapatkan maklumat. Melalui proses komunikasi,
maklumat diedarkan secara berterusan dan dikongsi bersama oleh
komunikator dan penerima untuk mewujudkan persefahaman. Walau
bagaimanapun, kita perlu memastikan bahawa maklumat yang dihantar boleh
difahami oleh penerima ă atau tidak ia akan menjadi sia-sia.
Rajah 1.17: Fungsi komunikasi untuk memberitahu
1.4.2 Fungsi Mendidik
Komunikasi juga memainkan peranan dalam menyampaikan bahan-bahan
pendidikan. Pendidikan/pembelajaran berlaku sejak zaman kanak-kanak
sehingga seseorang menjadi dewasa. Seorang pendidik menjadi pelakon utama
dalam menyumbang pengetahuannya dengan cara berinteraksi bersama guru
atau pelajar. Dalam kehidupan, kita tidak hanya belajar melalui pengalaman
peribadi tetapi juga daripada pengalaman orang lain. Sebagai contoh, seorang
pelajar yang belajar bersungguh-sungguh dan biasanya mencapai keputusan
yang baik mempunyai keyakinan terhadap guru, dan sanggup dan bersedia
untuk menerima ilmu. Dalam konteks ini, tujuan komunikasi adalah untuk
memindahkan pengetahuan kepada penerima. Fungsi mendidik menunjukkan
TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI W 27
kepentingan sumber dan penerima maklumat untuk memastikan fungsi yang
boleh dilakukan dengan cekap.
Terdapat banyak program yang disiarkan di televisyen yang mengandungi
unsur-unsur pendidikan yang bertindih dalam fungsi mereka untuk
memaklumkan dan menghiburkan. Program seperti "Discovery Science", "TVIQ"
dan "Art Attack" di ASTRO sebagai contoh, jelas melaksanakan fungsi
pendidikan, seperti yang dilakukan oleh klip "Teleinfo" yang menyediakan
penonton dengan pelbagai jenis maklumat. Pengetahuan yang diperoleh
daripada program-program ini boleh membantu seseorang untuk berfikir secara
kritis atau memahami mengapa perkara-perkara kompleks tertentu berlaku di
persekitarannya.
1.4.3 Fungsi Memujuk
Komunikasi memainkan peranan yang amat penting dalam proses pemujukan.
Fungsi komunikasi ini adalah berbeza daripada dua fungsi yang dibincangkan
sebelum ini. Fungsi pemujukan bertujuan mengubah sikap dan tingkah laku
seseorang. Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna bahawa dengan
menggunakan komunikasi kita dengan mudah dapat memujuk sesiapa sahaja
untuk melakukan apa yang kita mahu mereka lakukan. Jika kita merujuk kepada
buku-buku yang ditulis mengenai psikologi sosial, kita akan mengetahui bahawa
tidak semua orang boleh diyakinkan atau dipujuk untuk mengubah sikap
mereka. Terdapat banyak contoh pemujukan yang boleh dilihat dalam iklan dan
klip video yang disiarkan dalam media.
Sudah tentu, anda pernah melihat iklan-iklan di akhbar dan televisyen, atau
mendengarnya di radio. Tujuan utama iklan adalah untuk mempengaruhi kita
untuk membeli produk yang diiklankan. Pemujukan di sini bukan sahaja untuk
menyebarkan maklumat, malah ia dijangka akan menembusi dan memenangi
perasaan dan emosi khalayak sasaran. Sebagai contoh, iklan pembersih muka
yang digunakan oleh bintang filem popular menyebarkan mesej bahawa pencuci
tersebut adalah sebab mengapa kulitnya licin dan cantik. Seperti yang boleh
dilihat di sini, iklan memainkan emosi orang-orang yang menonton atau
mendengarnya. Implikasi yang dibawa ialah "jika pembeli mahu kulit yang
sedemikian, gunakan produk ini".
AKTIVITI 1.6
Apakah simbol yang anda lihat di sekeliling anda berfungsi untuk
menyampaikan mesej yang meyakinkan kepada penonton mereka?
28 X TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI
1.4.4 Fungsi Menghiburkan
Fungsi komunikasi menghiburkan adalah yang paling meluas dalam kehidupan
seharian. Pawagam, televisyen dan program radio, komedi, drama, lakaran,
komik dan kartun semua adalah contoh-contoh bagaimana komunikasi
digunakan untuk menghiburkan. Memandangkan orang ramai gemar dengan
program-program hiburan, fungsi komunikasi ini telah menjadi sangat popular
dan mendapat permintaan yang tinggi. Majalah-majalah hiburan misalnya
mempunyai ramai peminat dan mendapat jualan baik di pasaran. Program-
program drama komedi tempatan dan yang diimport telah menarik berjuta-juta
penonton. Radio juga menyiarkan lagu-lagu popular untuk menghiburkan
pendengar. Berbual-bual dengan rakan-rakan juga adalah satu bentuk hiburan.
Sebelum kewujudan televisyen dan radio, orang ramai menghiburkan diri
dengan mendengar cerita rakyat atau dengan menonton pertunjukan boneka.
Secara umumnya, keberkesanan fungsi ini boleh dilihat melalui reaksi seseorang
individu ketika berkomunikasi. Seseorang akan berasa gembira dan terhibur
apabila dia diminta untuk menceritakan tentang zaman kanak-kanaknya, zaman
sekolah atau saat manis sebagai seorang remaja. Ringkasnya, apabila seseorang
itu dibuat untuk melupakan kesedihan beliau, maka fungsi komunikasi untuk
menghiburkan telah dicapai. Oleh kerana fungsi hiburan ini popular, telah ada
usaha untuk memasukkan unsur-unsur pendidikan, maklumat dan pujukan
dalam hiburan. Oleh itu, kita kini boleh melihat kemunculan konsep baharu
dalam fungsi hiburan komunikasi seperti edutainment (gabungan pendidikan
dan hiburan) dan infotainment (gabungan maklumat dan hiburan).
Televisyen mempunyai banyak program yang menggabungkan fungsi hiburan
dan pemujukan komunikasi. Sebagai contoh, unsur-unsur perpaduan dalam
kalangan kaum yang digabungkan dalam drama-drama siri dan rayuan patriotik
yang terhasil dalam lagu-lagu seperti Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan
Malaysia Tanah Air Ku. Program kanak-kanak kini telah menjadi sasaran kedua-
dua konsep edutainment dan infotainment.
AKTIVITI 1.7
Buat senarai program televisyen yang menyalurkan mesej
menggunakan kedua-dua konsep edutainment dan infotainment.
TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI W 29
1.4.5 Mensosialisasikan Masyarakat
Fungsi komunikasi ini melibatkan keupayaan untuk membimbing anggota
masyarakat menggunakan kaedah atau tingkah laku yang sesuai dengan
kehidupan sosialisasi. Di sini juga kita boleh melihat pertindihan fungsi-fungsi
pembelajaran atau pendidikan yang telah dibincangkan di atas.
Dalam proses sosialisasi, anggota masyarakat mempelajari dan mengamalkan
aspek-aspek seperti kemahiran sosial, kepercayaan dan norma. Sebagai contoh,
ibu bapa mengajar anak mereka untuk menghormati orang yang lebih tua.
Fungsi komunikasi ini bertujuan untuk menggalakkan tingkah laku yang sesuai
dalam kalangan anggota masyarakat. Melaluinya, individu tersebut
mewujudkan hubungan dengan kawan-kawan, kumpulan kecil, ahli keluarga,
rakan sekerja dan juga anggota masyarakat yang lain.
Dalam situasi kehidupan sebenar, suatu proses komunikasi tidak tertumpu
kepada satu fungsi sahaja. Fungsi untuk mesosialisasikan anggota sesebuah
masyarakat melibatkan keupayaan individu untuk menyesuaikan diri mereka
dalam pelbagai konteks komunikasi. Bagaimana seseorang itu menyesuaikan diri
mereka dengan rakan-rakan, rakan sekerja, kumpulan sosial dan anggota
masyarakat tertentu ă semuanya melibatkan komunikasi.
SEMAK KENDIRI 1.3
1. „Dalam situasi komunikasi yang ideal, mesej diterima dan
difahami seperti yang dikehendaki. Walau bagaimanapun,
apabila mesej tidak dikomunikasikan seperti mana yang
dijangkakan, akan timbul konflik berkaitan mesej yang dihantar‰.
Bincangkan.
2. Terangkan kenyataan berikut:
(a) Komunikasi sebagai satu proses.
(b) Implikasi budaya terhadap komunikasi.
30 X TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI
x Beberapa pakar telah memberikan definisi komunikasi yang berbeza. Namun
demikian, tidak ada definisi yang cukup tepat untuk memberikan makna
khusus atau merangkumi makna sebenar komunikasi.
x Komunikasi melibatkan idea, pengetahuan, perasaan dan makna yang ingin
dikongsikan. Proses perkongsian makna tidak berlaku secara sehala.
x Dalam kebanyakan situasi komunikasi, perkongsian dua hala berlaku secara
tersurat atau tersirat melalui simbol-simbol yang mempunyai pelbagai tafsiran.
x Pada masa yang sama, wujud elemen gangguan yang memberi kesan kepada
keberkesanan komunikasi.
x Kesan keupayaan untuk menyesuaikan diri kita dalam pelbagai konteks
komunikasi merupakan satu suasana komunikasi yang harmoni dan berkesan.
x Elemen-elemen asas komunikasi terdiri dari sumber, penerima, mesej,
saluran, gangguan, maklum balas, rangka rujuk dan konteks.
x Fingsi-fungsi komunikasi adalah untuk memberitahu, mendidik, menghibur,
memujuk dan mensosialisasikan masyarakat.
x Biasanya, proses komunikasi akan melibatkan beberapa fungsi komunikasi
digabungkan bersama untuk menjana komunikasi yang lebih berkesan.
x Dalam mencapai komunikasi yang baik, seseorang harus mampu dan
bersedia untuk mengenal pasti gabungan fungsi-fungsi komunikasi yang
boleh membawa kejayaan dalam strategi komunikasi atau pelan untuk
dilaksanakan.
Gangguan Penerima
Komunikasi Rangka rujuk
Konteks Saluran
Maklum balas Sumber
Mesej