PERSARAAN BULETIN EDISI KHAS 02 MAY 2024 PN. RUHANA & PN. AZIMAH DIRAIKAN DALAM MAJLIS PENUH GILANG GEMILANG CIKGU AZIMAH 34 TAHUN Berkhidmat dalam bidang pendidikan sejak Tahun1989 hingga 2024 BERJASA DALAM BIDANG PENDIDIKAN Terima kasih Cikgu di atas sumbangan dan bakti kalian pada anak bangsa…. GURU ICT Mengabdikan diri dalam dunia Pendidikan selama 25 Tahun . PUAN RUHANA
ATUR CARA MAJLIS 7.45 Pagi : Majlis bermula : Gimik punch kad terakhir : Perarakan masuk dewan yang dirai : Pemakaian Selempang : Bacaan Doa En. Mohd Supian bin Abd. Rahman : Ucapan wakil guru/staf En. Nazri bin Md Noor : Ucapan Guru Besar SK Pauh Sembilan En. Mohd Shamsudin bin Mat Deris @ Ab Rahman : Tayangan Montaj Dalam Kenangan Biodata & Sejarah Perkhidmatan : Ucapan yang dirai Puan Ruhana binti Mohd Zain & Puan Azimah binti Abd. Rahman : Penyampaian hadiah dan cenderamata : Acara memotong kek persaraan : Bersalaman & lambaian terakhir kepada murid-murid 10.00 pagi : Majlis bersurai ( PDPC berjalan seperti biasa ) 1.15 ptg. : konvoi pulang yang dirai & jamuan makan
BIODATA & PENDIDIKAN AWAL PUAN RUHANA BT MOHD ZAIN Biodata Diri Seorang insan yg bernama RUHANA dilahirkan oleh pasangan Khadijah bt Ibrahim dan Mohd Zain bin Deris di Kg Dewan Beta, Kota Bharu Kelantan pada tanggal 08 Februari 1966. Beliau selesa dipanggil dengan panggilan manja Kak Na. Puan Ruhana merupakan anak sulong dari 11 orang adik beradik. Beliau telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1989 dengan pasangan pilihan hatinya iaitu Encik Fauzi Bin Omar yang juga merupakan seoang guru. Pasangan ini telah dirahmati dengan anugerah seorang cahaya mata Perempuan yang bernama Sarah Sofea pada tahun 2011. Pendidikan Awal Beliau mendapat Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Dewan Beta pada tahun 1973 sehinggalah tahun 1978. Beliau mendapat Pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok pada tahun 1979 hingga 1981. Beliau kemudian dapat bersekolah di Sekolah Menengah Ismail Petra (SMIP) pada tahun 1982 hingga tahun 1983. Pada tahun berikutnya, beliau dapat melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti tempatan iaitu UITM Shah Alam pada tahun 1984 dalam bidang Diploma In Computer Science.
SEJARAH PERKHIDMATAN PUAN RUHANA BT MOHD ZAIN Sejarah Perkhidmatan Pada tahun 1996, beliau telah mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Diploma di Institut Perguruan Darul Aman (IPDA) di Negeri Kedah dalam bidang Teknologi Maklumat. Beliau di arahkan untuk melaporkan diri sebagai seorang guru di SMK Kamil Pasir Puteh pada tanggal 06 Januari1997 dan mula bertugas di situ sehingga tahun1999. Pada tahun 2000 beliau diarahkan untuk bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor, dan berkhidmat disitu sehingga tahun 2002. Pada Tahun 2003, beliau sekali lagi mendapat arahan untuk bertukar ke Sekolah Kebangsaan Pauh Sembilan dan mula bertugas disitu sehinggalah sekarang, April 2024. Sewaktu sedang berkhidmat di SK Pauh Sembilan, beliau ditawarkan untuk mengikuti program pengsiswazahan guru (PPG) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) secara PJJ dalam jurusan Matematik pada tahun 2012 sehingga tahun 2016. Puan Ruhana merupakan seorang guru penyelaras ICT sekolah yang sangat komited dan berdedikasi denagn tugas-tugasnya semenjak tahun 2003 sehinggalah tamat perkhidmatan pada bulan Mei 2024. (21 tahun)
MEMORI TERUKIR KEKAL ABADI BERSAMA PUAN RUHANA MOHD ZAIN
BIODATA & PENDIDIKAN AWAL PUAN AZIMAH BINTI ABD. RAHMAN Biodata Cikgu AZIMAH dilahirkan oleh pasangan Habsah binti Salleh dan Ab. Rahman bin Ahmad di Kg.Kemal, Pasir Puteh, Kelantan pada tanggal 04 Mei 1964 Selesa dengan panggilan manja oleh rakan-rakan dengan panggilan Kak Mah, beliau merupakan anak ke 3 dari 10 orang adik beradik. Beliau bertemu jodoh dengan jejaka pilihan hati iaitu Saari bin Che Yunus yang kini bergelar suaminya. Mereka sehingga kini bermustautin di Kg Perupok, Bachok Kelantan. Hasil daripada perkahwinan tersebut pasangan ini telah dikurniakan 10 orang cahaya mata. 8 daripada10 orang anak mereka adalah mantan murid SK Pauh Sembilan. Pendidikan Awal Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Canggai, Pasir Puteh Kelantan pada tahun 1971 hingga 1974, kemudian berpindah ke Sekolah Kebangsaan Legeh, Ayer Lanas, Jeli pada tahun 1974 – 1976 atas alasan mengikut keluarga berpindah. Beliau menyambung persekolahan di peringkat menengah di SMK Gaal, Pasir Puteh pada tahun 1977 sehingga 1981 dan mengulangi SIJIL SPM di Akademi Rahmah Kenali Kubang Kerian pada tahun 1982. Beliau meneruskan pelajaran ke peringkat menengah tinggi di SMK Kamil, Pasir Puteh pada tahun 1985 sehingga 1986. Pada tahun 1987 beliau menerima tawaran mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan dalam bidang Pendidikan Sekolah Rendah (PSR) Jurusan Pengajian Melayu.
SEJARAH PERKHIDMATAN PUAN AZIMAH BINTI ABD. RAHMAN Sejarah Perkhidmatan Pada tahun 1989 beliau melaporkan diri sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Perupok pada tanggal 01. Januari 1989. Semasa di Sekolah Kebangsaan Perupok, beliau telah mengikuti Kursus Guru Pelapis Prasekolah pada tahun 1992. Kemudian pada tahun 1993 bermulalah perkhidmatan beliau dalam bidang Prasekolah sehinggalah ke akhir perkhidmatan. Pada tahun 1995 beliau bertukar ke Sekolah Kebangsaan Bukit Abal Pasir Puteh dan berkhidmat di sana sehingga tahun 2003. Kemudian pada tahun 2004, beliau kembali bertugas di bawah naungan PPD Bachok, dan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pauh Sembilan sehingga bulan Mei 2024. Puan Azimah telah berkhidmat selama 20 Tahun di SK Pauh Sembilan. Semasa dalam tempoh beliau berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Pauh Sembilan, Puan Azimah telah menerima tawaran untuk mengikuti Pengajian Jarak Jauh (PJJ) di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang bermula pada tahun 2008 sehingga 2012
MEMORI TERUKIR KEKAL ABADI BERSAMA PUAN AZIMAH ABD. RAHMAN
JAWATANKUASA INDUK PENGERUSI : MOHD SAMSUDIN BIN MAT DERIS @ AB RAHMAN (GURU BESAR) TIMBALAN PENGERUSI : ROHARIANI BINTI JAAFAR (GPK KOKURIKULUM) NAIB PENGERUSI I : MOHD NASIR BIN ABDULLAH (GPK PENTADBIRAN) NAIB PENGERUSI II : AFANDI BIN IBRAHIM (GPK HAL EHWAL MURID) NAIB PENGERUSI III : NUR EZIANI BT YUSOFF @ CHE SOF (GPK PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI) SETIAUSAHA : NURUL ERINI BINTI MUSA BENDAHARI : AZYYATI BINTI ARIFFIN
JAWATANKUASA PELAKSANA PENGACARA MAJLIS En Razali bin Che Rus Pn Radina binti Musa BACAAN DOA En. Mohd Supian bin Abd Rahman JK PA SISTEM/SIARAYA En. Mohd Sanusi bin Ismail En. Rosli bin Mohd Zain JK BUKU PROGRAM Pn. Yazmeen bt Wahid pn. Nurul Erini binti Musa JK BUNTING En Nordin bin Deraman JK HIASAN PENTAS Pn. Hamidah binti Omar Pn. Rosmarizam bt Samsudin Pn. Siti Fatimah binti Mat Hussin Pn. Norizan bt Mat Seman Pn. Siti Mariam bt Yusoff Pn. Athikah binti Idris Pn. Fatimah bintiIdrus Pn. Hamidah binti Mamat En. Shazimi bin Othman En. Nazi bin. Hj. Ahmad En. Nazri bin Md Noor En. Wan Nuriali bin Wan Ismail En. Muhammad Shafik bin Razali JK PERSIAPAN DEWAN En. Wan Hassan bin Mohd Nawi En. Amirzan bin Mohd Nawi En. Rozaidi bin Abd. Ghani En. Roslan bin Zakaria En. Ahmad Mustakimi bin Mohd Saud En. Mohd Rahimi bin Ibrahim En. Che Nordin bin Jusoh Pn. Norryati binti Mat Yaacob Pn. Nur Dini binti Din Pn. Nursyazana binti Ahmad Pn. Rosemah binti Awang Pn. Samsurai binti Ali Pn. Ani bt Seman JK BUNGA MANGGA, FLOWER GIRL, HULUBALANG(MURID) Pn. Sham Siah bt Ismail Pn. Raziah bt Yaakub Pn. Nor Hazani bt Ngah Pn. Suriati binti Mohd Abdul Ghani Pn. Rohani bt Hussin Pn. Zam Zuriyana bt Ismail Pn. Hazaa Salaha bt Ishak Pn. Sumayah binti Awang Pn. Zahariza binti Umar JK KERETA BERHIAS Pn. Rohariani bt Jaafar Pn. Halimah bt Mat Pn. Hayati binti Omar Pn. Noralyzahasizah Pn. Noraini bt Mustaffar Pn. Zurina bt Mat Husain Pn. Nooraida bt Md Yusof Pn. Zamariah binti Jaafar Pn. Zuraila binti Mat Daud JK PENGIRING YANG DIRAI Pn. Rufsyanin Fadwa bt Abdul Rashid Pn. Rosmawati bt Muhammad Pn. Rosmaiza bt Ab. Ghani Pn. Siti Rahimah bt Md Noor Pn. Azyyati bt Ariffin Pn. Nuraihan binti Shamsuddin JK PAR HANTARAN Pn. Nur Eziani bt Yusof Pn. Wan Zubairah bt Wan Jusof Pn. Rohaya binti Nawi Pn. Nordiana bt Abdullah Pn. Siti Zuraini bt Salleh Pn. Ishoohana bt Mamat Pn. Wan Nazilah bt Wan Abdullah Pn. Norafida binti Mohd Yaakub Pn. Norakmal binti Ab Rahman Pn. Norhidayah binti Mohd Nasir JK KAWALAN MURID Semua guru JK HADIAH / CENDERAMATA Pn. Norawana bt Safi’i Pn. Normayusnita bt Ahmad Pn. Marhana bt Md Nor Pn. Norafina bt Abdullah Pn. Nur Illyana binti Ab. Rahman Pn. Hanisah bt Muhamad JK TAYANGAN MONTAJ Pn. Siti Rahimah bt Md Noor Guru Praktikum JK KEK PERSARAAN Pn. Zawiah bt Ibrahim Pn. Azni bt Ibrahim Pn. Norlidawati bt Ab Lah JK ANDAMAN Pn. Marlini bt Zakaria Pn. Nur Nadia Natasya bt Abd. Pn. Noor Hasimah bt Yazid Pn. Suziana bt Yunoh Pn. Che Suriani bt Che Nasir JK SELEMPANG Pn. Roziah bt Abdul Rashid Pn. Noor Aini bt Saud JK PERARAKAN KOMPANG Pn. Roslina binti Dollah Pn. Bazlina bt Ab Hamid Pn. Ruzila binti Osman Pn. Salmiah binti Salleh Pn. Sharifah binti Osman Pn. Siti Najmah binti Ismail JK FOTOGRAFI & DOKUMENTASI Pn. Siti Noor bt Ismail Pn. Azimah bt Ibrahim Pn. Nurdayana bt Abdullah Pn. Nor Aisyah binti Hasbullah Pn. Nor Sapiah binti Mamat
GURINDAM JIWA SANTUNAN BUDI
PENGHARGAAN Terima Kasih