The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB1104 TUGASAN 1 NURUL AINA BT AHMAD KHAIDIR F2J

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 835-3-aina, 2022-03-26 06:17:48

BMMB1104 TUGASAN 1 NURUL AINA BT AHMAD KHAIDIR F2J

BMMB1104 TUGASAN 1 NURUL AINA BT AHMAD KHAIDIR F2J

KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU

BMMB1104

OLEH: NURUL AINA BT AHMAD KHAIDIR F2J

ISI KANDUNGAN

TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU 1-2


JENIS, BENTUK DAN CIRI-CIRI

KESUSASTERAAN MELAYU



PROSA TRADISIONAL 3
NARATIF LISAN 4
i.Mitos 5
ii.Legenda 6
iii. Cerita Rakyat
NARATIF TULISAN 7-8
PROSA MODEN 9-10
i.Cerpen
ii. Novel

iii. Drama 11
PUISI TRADISIONAL 12
i.Pantun 12
ii. Gurindam

iii. Syair 13
iv. Seloka 14
PUISI MODEN 14
15
16

ISI KANDUNGAN

FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU 17-20
MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI

TRADISIONAL


MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN 21-23
MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM SYAIR 24-25
MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM SELOKA 26-27
MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM 28-29
GURINDAM


PENUTUP

30
RUJUKAN

31-32

TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU

Kesusasteraan ialah ciptaan seni yang disampaikan

melalui bahasa. Ampaa
nbailkaaldaituatpuarbkialan dikenali sebagai
sastera tulisan ditulis dikenali

sebagai sastera tulisan. Dalam pada itu, sastera

mempunyai keindahan dari segi makna atau gaya

pengucapannya (Hashim Awang, 1985).

Perkataan kesusasteraan berasal daripada perkataan
sanskrit yang disebut sastra, bererti kitab suci.
Awalan su- bermaksud baik atau indah . Manakala
sas- bererti mengajar, mengarahkan atau memberi
petunjuk. Kemudian imbuhan ke- dan -an bererti
maksud yang menyeluruh iaitu susastera yang bererti
kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah.

1

Menurut kamus pula, kesusasteraan bermaksud hasil
seni, karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang
mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu.

Dari skeagryi apaesnadlidyiak
nagn pula, kesusasteraan Melayu
ialah ditulis dalam Bahasa Melayu

yang mengandungi keindahan dan kehalusan dalam

bentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional

atau puisi tradisional untuk mengimbangkan intelek,

rohani, emosi dan jasmani sekaligus menunjuk nilai

kemanusiaan.

Di samping itu, sastera dianggap sebagai gambaran
peribadi dalam bentuk pengalaman, perasaan, idea,
semangat atau keyakinan dalam bentuk konkrit yang
menonjolkan keperibadian melalui bahasa.

2

JENIS, BENTUK DAN CIRI-CIRI KESUSASTERAAN
MELAYU

PROSA TRADISIONAL

Prosa tradisional ad
alah bentuk kesusasteraan yang

masih kekal hingga ke hari ini dan menjadi sumber
pengetahuan, amalan, pengajaran atau pengenalan
masyarakat Melayu kepada masyarakat luar (Azman
Rahmat et. al., 2022). Prosa ini berbeza dengan sastera
lama kerana sastera lama mempunyai sifat tidak kekal
iaitu apabila muncul yang baru, maka yang lama akan
terhapus. Namun, prosa tradisional mempunyai sifat
yang diwarisi secara turun-temurun.

Maka, prosa tradisional merupakan hasil karya seni yang
disampaikan melalui pengantar bahasa yang bertujuan
untuk menyatukan falsafah pencipta dan penerimanya.
Prosa tradisional terbahagi kepada kepada dua iaitu,
sastera rakyat (lisan) dan sastera istana (tulisan).

3

NARATIF LISAN

Sastera rakyat adalah karya-karya milik masyarakat

tradisional kerana bentuk penyampaiannya melalui lisan

iaitu sdeapreirtmi pualunttukne,
mulut. Contoh diwariskan secara
lisan nyanyian, rakyat, dan cerita rakyat.

Sastera ini berfungsi untuk memberi pengajaran serta

penulisannya bersifat sederhana, spontan dan mungkin

agak kasar.

Kemudian, sastera rakyat terbahagi kepada dua iaitu,
naratif dan bukan naratif. Naratif lisan terbahagi kepada
mitos, legenda dan cerita rakyat. Cerita rakyat pula
dikategorikan kepada cerita binatang, cerita penglipur
lara, cerita jenaka dan cerita teladan. Manakala, sastera
bukan naratif terdiri daripada puisi rakyat.

4

i. Mitos

Mitos ialah cerita yang dianggap betul-betul terjadi dan
dianggap suci oleh masyarakat yang mendukungnya. Mitos
merupakan naratif lisan yang paling tua yang menceritakan
tentang kejadian alam semesta, manusia, binatang, tumbuh-

tumbuhan, bentuk m
uka bumi, dewa-dewi dan berunsur

keagaamaan.

Terdapat mitos asal usul, mitos institusi dan mitos politik. Mitos
asal usul terjadi pada masa lampau dan dianggap suci oleh
masyarakat yang melahirkannya. Mitos ini mempengaruhi cara
pemikiran yang bersifat mistik dan berkaitan dengan rahsia
serta magis. Contohnya, mitos yang menceritakan tentang asal-
usul kejadian bentuk-bentuk kejadian bintang.

Kemudian, mitos institusi sosial merupakan cerita berkenaan
asal-usul sesebuah institusi sosial dalam masyarakat Melayu.
Contohnya, mitos kedatangan Islam.
Mitos politik pula menceritakan tentang struktur pemerintahan
dan kerajaan. Contohnya, mitos penubuhan sesebuah kerajaan
seperti kerajaan Pasai.

5

ii. Legenda

Legenda ialah cerita tentang watak manusia yang pernah
hidup atau dipercayai pernah hidup dan mempunyai
hubungan dengan sejarah. Ciri-ciri legenda termasuklah

sejenis komunikasi lis
an yang bercorak cerita berasaskan

kisah-kisah tokoh atau pahlawan.

Selain itu, legenda keagamaan yang berkenaan orang alim
dan penyebar agama seperti Tok Kenali. Kemudian, legenda
alam ghaib yang bertujuan untuk mengukuhkan kebenaran
berkaitan dengan sesuatu kepercayaan. Contohnya,
pengalaman memasuki alam bunian. Seterusnya, legenda
perseorangan yang berkaitan dengan tokoh-tokoh tertentu.
Contohnya, cerita berkaitan kepimpinan tokoh Hang Tuah.
Legenda tempat pula berkenaan asal usul nama sesuatu
tempat seperti asal usul Melaka. Dalam pada itu, legenda
berunsur tanda-tanda alam atau bentuk muka bumi seperti
dinamakan Batu Gajah kerana bentuk batu berupa gajah.
Akhir sekali, terdapat legenda tokoh seperti Mahsuri.

6

iii. Cerita Rakyat

Cerita rakyat merupakan rekaan dan disampaikan secara
lisan daripada satu generasi ke satu generasi. Cerita rakyat
merupakan sumber hiburan, menegakkan kebenaran dan

mengandungi moral
atau sindiran. Cerita jenis ini

merupakan hasil tinggalan nenek moyang, tidak
diketahui penciptanya dan dianggap sebagai milik bersama.

Cerita binatang yang mempunyai gambaran sikap dan
tingkah laku manusia seperti Sang Kancil yang
menggunakan tipu helah untuk menghalau gergasi dan
mencapai ketenteraman.

Seterusnya, cerita penglipur lara yang mempunyai ciri-ciri
dituturkan secara lisan dari satu generasi ke generasi lain
dengan tokok tambah. Cerita penglipur lara mengandungi
panduan seperti buat baik dibalas baik, unsur magis dan
bersifat kronologi seperti Hikayat Malim Dewa.

7

Cerita jenaka pula cerita yang menimbulkan rasa geli
hati dan gembira. Unsur kelucuan disampaikan
melalui jalinan cerita dan melalui dialog yang
diujarkan. Contohnya, watak bodoh cerita Pak

Kaduk, Pak Belalan
g dan Pak Pandir.

Akhir sekali, cerita teladan adalah cerita yang penuh
dengan unsur moral. Ciri-ciri cerita teladan ialah
watak manusia yang mengalami cabaran pada
pemulaan cerita namun diakhir cerita dapat
memperoleh kegembiraan. Contohnya, Bawang Putih
Bawang Merah.

8

NARATIF TULISAN

Sastera hikayat terbahagi kepada tiga jenis

berdasarkan unsur-unsur yang terdapat di dalamnya

iCaoitnutohunnyas,uHr ikaHyiant
dSue,ri Islam dan Hindu-Islam.
Rama.

Sastera undang-undang dijadikan sebagai bahan
kajian tentang sistem pemerintahan, sistem
pentadbiran dan susun lapis masyarakat lama.
Terdapat dua kumpulan iaitu, Adat Temenggung dan
Adat Perpatih. Contohnya, Hukum Kanun Melaka.

Sastera epik pula dikenali sebagai sastera pahlawan
kerana memfokuskan kepada ciri kepahlawanan yang
unggul. Terdapat dua jenis iaitu, epik kebangsaan
seperti Hikayat Hang Tuah dan epik yang mempunyai
unsur agama seperti Hikayat Amir Hamzah.

9

Seterusnya, sastera panji adalah karya yang
menceritakan tentang kisah pengembaraan,
percintaan dan peperangan. Contohnya, Hikayat
Cendawan Putih.

Akhir sekali, saste
ra agama mementingkan cerita-

cerita yang menggambarkan kepimpinan Nabi
Muhammad SAW dalam menyebarkan agama
Islam. Contohnya, Hikayat Bulan Berbelah.

10

PROSA MODEN

Prosa moden ialah karya sastera yang dihasilkan selepas
tahun 1800 Masihi (Annas Haji Ahmad, 1988). Ia
merupakan karya sastera Bahasa Melayu yang bebas

dalam ciptaan, meng
gambarkan pengalaman, pemikiran,

situasi, persoalan isu atau kehidupan sebenar dalam
bentuk tulisan karya bagi menyampaikan mesej tersirat.
Ciri-cirinya ialah bebas, mempunyai mesej tersirat,
bersifat keterbukaan dan kreatif

i.Cerpen

Cerpen ialah suatu bentuk prosa naratif yang
mempunyai satu tema dan plot yang ringkas. Ia juga
tidak mengisahkan semua kisah wataknya malah
menggambarkan sikap, perasaan dan pandangan
pengarang. Kesannya, pembaca dapat membaca dengan
mendalam dan menarik.

11

ii. Novel

Novel adalah karangan berbentuk fiksyen yang mengisahkan
watak dan perwatakan kehidupan manusia. Novel juga tidak
terikat dengan sebarang bentuk atau format dan terdiri

mengandungi unsur
penceritaan, sudut pandangan dan

dialog. Malah, novel mempunyai kaitan erat dengan
masyarakat seperti Pahlawan Rimba Malaya (1946) yang
menceritakan tentang semangat pejuang gerila Melayu
menentang penjajah Jepun.

ii. Drama

Drama ialah suatu kisah yang diceritakan dalam bentuk
lakonan oleh para pelakon. Aksi dan dialog adalah penting
dalam drama maka skrip dirancang untuk dipentaskan.
Ciri-ciri drama adalah mempunyai konfliks, aksi, tidak
terlalu panjang dan harus dilakonkan.

12

PUISI TRADISIONAL

Puisi adalah genre sastera paling awal bagi semua

bangsa dalam dunia. Genre dalam puisi tradisional

ialah pantun, syair,
gurindam, seloka, peribahasa dan
sebagainya.

i.Pantun

Pantun ialah kaedah rangkapan yang tertua dan milik
masyarakat Melayu yang digunakan untuk menyampaikan
pemikiran dan perasaan yang gembira, rindu, marah dan
sebagainya. Antara ciri-cirinya ialah rangkapnya berasingan
dan boleh berdiri dengan sendiri sebagai satu idea, terbina
daripada baris atau kerat yang berpasangan, bilangan suku
kata ialah antara 8 hingga 12, rima akhir adalah sejajar bagi
pantun dua kerat adalah 'a', 'a' manakala pantun empat kerat
adalah 'a', 'b', 'a', 'b'. Pantun berfungsi untuk menghibur,
menduga akal, meluahkan perasaan, berjenaka, percintaan,
perpisahan dan sebagainya.

13

ii. Gurindam

Gurindam ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang telah
diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui “Gurindam Dua Belas”
yang dikarang pada tahun 1846. Gurindam adalah terikat terdiri

daripada dua baris sera
ngkap mengandungi tiga hingga empat

patah perkataan dengan skema rima a;a. Bahasa yang
digunakan adalah bernas dan serius dan isinya mengandungi
pengajaran, nasihat, kebenaran serta percintaan.

iii. Syair

Syair adalah ciptaan dan milik oarng Melayu menerima
pengaruh dari Parsi dan Arab yang dibawa masuk bersama-
sama kedatangan Islam. Ciri-cirinya adalah mempunyai
empat baris serangkap dan rima akhirnya sama iaitu aa;aa,
jumlah perkataan dalam setiap baris adalah tiga hingga lima
patah perkataan, satu baris terdapat satu hentian yang
ditandai dengan jeda, mempunyai awalan dan akhiran dan
sebagainya.

14

iv. Seloka

Seloka berasal daripada perkataan shloka yang bererti

berseloroh, berjenaka atau menyindir (Harun Mat

pPeiarhu,mp1a9a8n9).yanSgelomk
eanglaenbdihungkiepuandsaur pepatah atau
jenaka, gurau

senda dan sindiran. Namun, sindiran tersebut

dijadikan pengajaran dan teladan. Ciri-cirinya adalah

ditulis dalam bentuk bebas dan setiap barisnya

menjadi isi seperti Seloka Pak Kaduk, terbahagi kepada

unit pembayang (induk kalimat) dan unit maksud

(anak kalimat) dan karangan berangkap yang memakai

pertentangan bunyi rima hujung yang bebas.

15

PUISI MODEN

Genre yang terdapat dalam puisi moden hanyalah sajak.

Ia lebih bebas dan tidak terikat pada jumlah baris,

rangkap, rima dan sebagainya. Sajak lebih berfokuskan
kepada pengucapa
n perasaan
yang berkesan

berdasarkan pemilihan dan penggunaan kata-katanya di

dalamnya mengandungi fikiran dan tanggapan .

Fungsinya sebagai mendidik dan menghibur,

meninggalkan kesan intelektual kepada pembaca,

memperkayakan bahasa, menawarkan pengalaman

estetik dengan keindahan bahasa dan sebagainya.

16

FUNGSI KESUSASTERAAN
MELAYU

i. Alat Pendidikan

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), fungsi kesusasteraan
adalah sebagai pendidikan. Di Malaysia, mata pelajaran


Kesusasteraan Melayu dikenalkan sejak tahun 1957 yang

bertujuan untuk membolehkan pelajar atau masyarakat di
Malaysia menerapkan unsur dan nilai murni dari segi
kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan, kewarganegaraan
dan menanam perasaan bangga dan cinta akan tanah air. Di
peringkat sekolah, Kesusasteraan Melayu memainkan peranan
sebagai satu cabang ilmu yang dapat berkembang dalam
disiplin ilmu selaras dengan konsep bahasa merentas
kurikulum.

Manakala di peringkat pengajian tinggi pula, pelajar
didedahkan dengan teknik penulisan ilmiah, rencana,
penerbitan dan penyiaran yang bertujuan untuk
membudayakan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan. Hal
ini bertepatan dengan konsep membina 'modal insan'.

17

ii. Usaha Pengayaan Khazanah llmu dan
Persuratan Bahasa Melayu

Proses pengayaan khazanah ilmu dan persuratan bahasa
Melayu adalah proses yang berterusan dan menjadi agenda
utama dasar pentadbiran negara. Menurut A. Samad Said

(1997), fungsi sast
era adalah sebagai rakaman dan

renungan interaksi insan seni dengan masyarakat dan
masalah mereka diolah dalam bentuk karya kreatif yang
indah sifatnya.

iii. Dakwah

Persuratan Melayu-Islam di alam Melayu digerakkan
berpunca dari pengaruh dakwah yang meluas pada abad 13- 16
Masihi. Maka, cereka Islam menekankan kepentingan fungsi
dan amanat cereka tersebut. seperti amanah keimanan dan
ketakwaan kepada Allah SWT. Sastera Islam memberi
sumbangan dalam pembentukan akhlak masyarakat Melayu.
Contohnya, karya Hamzah Fansuri dalam Syair Perahu
berbentuk puisi kerohanian.

18

iv. Instrumen Perpaduan

Sastera dijadikan instrumen penting bagi mewujudkan
semangat kekitaan atau 'esprit de corp" dikalangan rakyat
dalam usaha untuk membina sebuah negara bangsa yang

bpeerrspaatduuanpaduun.tukMadk
ikao, ngssaistberearsammean. itOiklebheraittuk,ansasnteilraai

yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar dapat memartabat bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan

v. Kepuasan Estetik

Penulis cerita akan merasa aman dan harmoni apabila
dapat menghasilkan sesuatu cerita yang menyentuh
perasaannya. Pembaca pula akan mendapat kepuasan
apabila membaca karya yang menggambarkan keindahan
yang tidak digambarkan dalam dirinya.

19

vi. Alat Kawalan Sosial Dalam Kehidupan
Seharian

Sastera menjadi alat kawalan sosial dalam kehidupan seharian
melalui cerita rakyat (Aripin Said, 1996). Misalnya, cerita Si
Tanggang yang mempunyai mesej supaya tidak derhaka kepada


ibu bapa atau dia akan ditimpa akibatnya. Kesannya,cerita

tersebut akan terlekat di hati dan mengambil iktibar
daripadanya.

vii.Hiburan

Sastera Melayu digunakan bagi mengisi masa lapang dan
dijadikan hobi seperti Seloka Pak Pandir bukan saja memberi
pengajaran tetapi juga menyeronokkan. Malah pada zaman
dahulu cerita-cerita rakyat akan diceritakan pada waktu
lapang bagi menghilangkan kebosanan pada waktu malam.

20

Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi
Tradisional

21

Manifestasi Akal Budi Dalam Pantun

Pantun adalah manifestasi terbaik seni sastera milik orang
Melayu yang digunakan untuk menyampaikan perasaan dan
pemikiran. Maka, menerusi pantun struktur sosial bangsa
Melayu lama, akal budi, sikap, pemikiran dan aktiviti kehidupan

mereka dapat dikaji. Co
ntoh pantun:

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebijik di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Berdasarkan contoh pantun tersebut, terdapat dua aspek iaitu
keindahan luaran yang merujuk kepada gaya bahasa, intonasi
suara, penggunaan bahasa yang berirama dan berentak.
Keduanya, keindahan dalaman iaitu isi kandungan yang
mengandungi unsur-unsur emosi dan sebagainya.

Aspek pemikiran dalam pantun ini dilihat melalui frasa "hutang

emas boleh dibayar" menunjukkan pemikiran bahawa kita perlu

melangsaikan semua hutang-hutang yang ada. Frasa "hutang

emas" pula merujuk kepada bahan yang dimiliki oleh seseorang di

dunia ini. 22

Seterusnya, frasa "hutang budi dibawa mati" bererti
kebaikan yang kita telah lakukan kepada orang lain akan
dibalas oleh Allah SWT apabila kita sudah meninggal
dunia.

Kesimpulannya, ak
al budi dalam pantun ini mendidik

masyarakat supaya membayar segala hutang yang ada
walaupun emas sekalipun dan berbuat baik kepada orang
lain kerana akan mendapat ganjarannya kelak. Maka,
ketinggian akal budi dalam pantun ini jelas dengan cara
menasihatkan masyarakat supaya berbudi bahasa dan
mempunyai jati diri yang baik.

23

Manifestasi Akal Budi Dalam Syair

Syair Melayu tidak beracuankan syair daripada tradisi Arab
dan diperkenalkan oleh Hamzah Fansuri dalam karya
seperti 'Syair Perahu' sekitar abad ke-16 yang bertujuan
untuk mengajarkan agama Islam. Contoh Syair Perahu:




RANGKAP 3
Hai muda arif budiman,
Hasilkan kemudi dengan pedoman;
Alat perahumu jua kerjakan,
Itulah jalan membetuli insan.

Dari aspek akal budi, Hamzah Fansuri mencipta syair

bertujuan untuk menegakkan perjalanan hidup manusia di

dunia agar mendapat keredhaan Allah dan bahagia di

akhirat kelak. Rangkap ketiga dalam syair tersebut

mengandungi mesej bahawa seseorang tidak akan sesat

dalam melayari bahtera kehidupan yang terlalu banyak

dugaan yang perlu dilalui, jika seseorang itu mempunyai

iman yang mantap dan berpegah teguh dengan al-Quran

dan as-Sunnah. 24

Kesimpulannya, tingginya akal budi masyarakat Melayu
dapat dilihat dalam Syair Perahu karya Hamzah Fansuri
yang meletakkan tingginya nilai iman dan kepercayaan
yang teguh kepada agama Islam sehingga diibaratkan
sebagai alat pelayaran yang membantu bahtera kehidupan

supaya tidak terumba
ng-ambing dek ombak duniawi.

25

Manifestasi Akal Budi Dalam Seloka

Seloka adalah bercorak karangan berangkap atau bahasa

berirama yang mengandungi pepatah, bidalan atau

perumpamaan yang mempunyai unsur jenaka, gurau

senda, olokan terddaan
patsintdairriaknan. Wujudnya genre ini
menunjukkan cerita lelucuan yang

merentasi pelbagai budaya. Contohnya, seloka Pak Kaduk:

Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Aduhai malang pak kaduk.

26

Akal budi yang terdapat dalam seloka Pak Kaduk ialah
menyindir terhadap manusia yang mengutamakan orang lain
atau melakukan sesuatu yang merugikan diri sendiri. Di
samping itu,penulis menyindir kebodohan merugikan diri
sendiri dan sikap ini perlu dijauhkan supaya tidak membawa

malang kepada diri se
ndiri. Malah, sikap mengutamakan ahli

keluarga perlulah didahului bukannya orang luar. Buktinya,
Pak Kaduk mengabaikan isterinya dan bertindak secara melulu
malah mempercayai kata-kata orang luar yang terdapat dalam
frasa 'ada nasi dicurahkan' dan 'ada isteri dibunuh'.

Selain itu, pengarang menyindir sikap Pak Kaduk yang tidak
pandai mengurus hartanya malah mengamalkan perjudian
yang menyebabkan kerugian. Buktinya, frasa 'ayamnya menang
kampung tergadai"

Kesimpulannya, isi seloka Pak Kaduk menyindir sinis tentang
sebahagian daripada masyarakat Melayu yang berkelakuan
buruk. Watak Pak Kaduk mewakili sikap sebahagian
masyarakat Melayu yang perlu diberi teguran supaya dapat
berubah menjadi lebih baik.

27

Manifestasi Akal Budi Dalam Gurindam

Gurindam adalah satu bentuk puisi yang terdiri daripada dua baris dan

mempunyai isi yang membawa pengajaran (Kamus Dewan, 1984).

Manakala, menurut Zaa'ba (1965), gurindam adalah sejenis syair melarat

yang mempunyai sukatan tetap rangkapnya. Contoh Gurindam Dua Belas

Fasal Ketiga:


Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

28

Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah pelihara kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.


Akal budi yang terdapat dalam fasal ketiga ini adalah pengarang

menasihatkan pembaca supaya memelihara anggota badan diri
sendiri dan berbudi pekerti. Seseorang yang menjaga penglihatan,
pendengaran, tutur kata, tangan, nafsu dan kaki akan mendapat
banyak manfaatnya. Di samping itu, akal budi masyarakat juga
dapat dilihat dalam konteks falsafah dan pemikiran puisi tersebut
iaitu perbincangan mengenai persoalan kehidupan manusia.
Contohnya, persoalan berkenaan manfaat memelihara penglihatan
dalam kehidupan, memelihara tutur kata, sentiasa bersemangat
dalam kehidupan dan menjaga nafsu ketika makan agar tidak
mendatangkan kemudaratan.

Kesimpulannya, fasal yang ditulis oleh Raja Ali Haji ini menyentuh
kesedaran dalam jiwa masyarakat malah menunjukkan nilai-nilai
murni yang perlu diterapkan dalam diri. Nilai-nilai yang terdapat
dalam Gurindam Dua Belas ini mencerminkan diri setiap insan
sebagai insan yang memiliki jati diri yang indah dan sempurna.

29

PENUTUP

Konklusinya, nilai keindahan dan pengajaran yang terdapat

dalam sastera Melayu menjadi suatu wadah pemikiran

masyarakat Melayu. Malah, kaum Melayu mempunyai

keunikan pdearnkekmelebbainh
gaannnyakeybaundgaytearasnenddiarni yang menbawa
ke arah kesusasteraan

Melayu. Sastera Melayu bertukar konsep mengikut zaman

seperti kedatangan Islam yang menyebabkan berlaku

perkembangan sastera Melayu-Islam. Dalam pada itu,

keunggulan kebudayaan kesusasteraan Melayu

mencerminkan kreativiti dan gaya hidup masyarakat

Melayu. Justeru itu, masyarakat Malaysia kaum Melayu

terutamanya mestilah memelihara warisan kebudayaan dan

kesusasteraan Melayu supaya tidak hilang dari sejarah dan

dilupakan oleh masyarakat.

30

RUJUKAN

Annas Haji Ahmad. (1988). Sastera Melayu: Lama dan
Baru. Masa Enterprise.

Aripin Said. (1996). Prosa Warisan. Dewan Bahasa dan


Pustaka.

A. Samad Said. (1997). Lantai T. Pinkie: Sebuah drama
nostalgia. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsuddin Abu
Bakar, Abdul Rani Hassan, Hasnah Awang. (2022).
Pengenalan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu.
Pustaka Al-Ehsan.

Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Hashim Awang. (1985). Mendekati Kesusasteraan Melayu.
Fajar Bakti Sdn. Bhd.




31

RUJUKAN

Kamus Dewan Edisi Ketiga. (1984). Kamus Dewan.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Azi
z. (2011). Bahasa Melayu I edisi kedua.

Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Za'ba. (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Dewan Bahasa

dan Pustaka.




32


Click to View FlipBook Version