The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

WEBINAR ANTARABANGSA KESUSASTERAAN ISLAM SEBAGAI PEMANGKIN KEBUDAYAAN MASYARAKAT SERANTAU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norayuni378, 2022-06-08 01:12:10

BUKU PROGRAM WEBINAR ANTARABANGSA KESUSASTERAAN ISLAM SEBAGAI PEMANGKIN KEBUDAYAAN MASYARAKAT SERANTAU

WEBINAR ANTARABANGSA KESUSASTERAAN ISLAM SEBAGAI PEMANGKIN KEBUDAYAAN MASYARAKAT SERANTAU

WEBINAR ANTARABANGSA KESUSASTERAAN ISLAM SEBAGAI PEMANGKIN KEBUDAYAAN
MASYARAKAT SERANTAU
KANDUNGAN

LATAR BELAKANG WEBINAR
……………………………………………………………………………………………………………
KATA UCAPAN DEKAN DR. HANISA BINTI HASSAN
-
……………………………………………………………………………………………………………
KATA UCAP TAMA PROF. MADYA DR. NIK RAFIDAH NIK MUHAMAD AFFENDI (UPM)
-
……………………………………………………………………………………………………………
AHLI JAWATANKUASA
……………………………………………………………………………………………………………
TENTATIF PROGRAM
……………………………………………………………………………………………………………

WEBINAR ANTARABANGSA KESUSASTERAAN ISLAM SEBAGAI PEMANGKIN KEBUDAYAAN
MASYARAKAT SERANTAU

BUKU PROGRAM
WEBINAR ANTARABANGSA
KESUSASTERAAN ISLAM SEBAGAI
PEMANGKIN KEBUDAYAAN
MASYARAKAT SERANTAU

WEBINAR ANTARABANGSA KESUSASTERAAN ISLAM SEBAGAI PEMANGKIN KEBUDAYAAN
MASYARAKAT SERANTAU

LATAR BELAKANG WEBINAR

Program Webinar ini merupakan satu usaha awal dalam membina hubungan
diplomatik antara pihak UMK dengan universiti universiti di peringkat antarabangsa. Program
ini merupakan satu cadangan kolobrasi bersama antara pihak FTKW. Secara amnya,
pemilihan universiti dari luar negara adalah kerana universiti tersebut ada menawarkan kursus
Ijazah Sarjana Muda kesusasteraan.

Selain itu juga para panel yang dijemput untuk program Webinar ini merupakan ahli
akademik dan juga aktivis dalam melestarikan bahasa dan bidang kesusasteraan di Malaysia
secara amnya. Amat membanggakan lagi, panel yang dijemput juga terkenal di antara
beberapa universiti terpilih dan merupakan golongan yang berpendidikan dalam bidang Ijazah
Kedoktoran kesusasteraan Melayu. Kemunculan bidang kesusasteraan pada masa kini
merupakan sebuah wadah khusus buat ahli akademik untuk berkongsi ilmu dan kepakaran.

Selari dengan peredaran zaman berteknologi tinggi, setiap ahli akademik dan juga
para pelajar dilihat perlu melengkapkan diri dengan ilmu baharu dan terkini dalam wacana
warisan dan budaya. Rentetan berlakunya pandemik Covid 19 ini satu kaedah kolobrasi dan
transformasi ilmu secara atas talian telah wujud. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk
menghasilkan platform ilmiah dan hubungan diplomatik berbentuk seminar secara atas talian
bagi berkongsi idea, ilmu dan kepakaran bersama khususnya dalam kalangan pelajar.

WEBINAR ANTARABANGSA KESUSASTERAAN ISLAM SEBAGAI PEMANGKIN KEBUDAYAAN
MASYARAKAT SERANTAU

UCAPAN DEKAN FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN DR. HANISA BINTI
HASSAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua hadirin, para panel dan peserta ke
webinar Antarabangsa Kesusasteraan Islam Sebagai Pemangkin Kebudayaan Masyarakat
Serantau anjuran kursus SCH 2093 Sastera Islam, Elektif Kesusasteraan Warisan, Fakulti
Teknologi Kreatif & Warisan, Universiti Malaysia Kelantan. Program ini merupakan kolaborasi
bersama Kelab Ilmuwan Warisan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan Walailak
University, Thailand, Universiti Putra Malaysia (UPM), dan Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI). Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada YBrs. Prof. Madya Dr. Nik Rafidah binti
Nik Muhamad Affendi selaku Ketua Jabatan, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia (UPM) kerana telah sudi menerima jemputan sebagai penyampai
Ucaptama dan sebagai perasmi Program Webinar Antarabangsa Kesusasteraan Islam
Sebagai Pemangkin Kebudayaan Masyarakat Serantau tahun 2022.

Sekadar perkongsian, objektif bagi program webinar ini adalah untuk memperkasakan wadah
ilmu serta pengetahuan dalam bidang kesusasteraan Islam secara berterusan kerana
dipercayai mampu menjadi tulang belakang kepada pemerkasaan warisan budaya Melayu
dipersada global. Dalam konteks negara Malaysia, sastera Islam bukan sekadar nama yang
hanya memenuhi prasyarat keragaman jenis dan bentuk kesusasteraan atau kepengarangan,
malah merujuk kepada keperibadian seseorang insan atau sesebuah masyarakat dalam
kesusasteraan Melayu itu sendiri. Dengan adanya persidangan ini diharapkan menjadi
penanda aras untuk membina jaringan yang lebih kukuh antara penyelidik dan ahli akademik
di rantau Asia.

Akhir kata, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada jawatankuasa kerja dan semua yang
telah menyokong usaha fakulti dalam merealisasikan persidangan ini. Diharapkan webinar ini
dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sekian, Terima kasih.

Dr. Hanisa binti Hassan

Dekan

Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan

WEBINAR ANTARABANGSA KESUSASTERAAN ISLAM SEBAGAI PEMANGKIN KEBUDAYAAN
MASYARAKAT SERANTAU

KATA UCAP TAMA PROF. MADYA DR. NIK RAFIDAH NIK MUHAMAD AFFENDI (UPM)
Bismillahirrahmanirrahim…
Terima kasih kepada saudara/ri pengacara majlis
Yang berbahagia,
Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, YBhg. Dr. Hanisa binti Hassan.
Yang dihormati,
para panel jemputan bagi Program Webinar Antarabangsa Kesusasteraan Islam Sebagai
Pemangkin Kebudayaan Masyarakat Serantau bagi Tahun 2022, serta hadirin dan hadirat
sekalian.

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Asaalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, dan salam sejahtera kepada semua.
Alhamdulillah hirobbil A’lamin segala puji ke hadrat Illahi dengan kelapangan dan
keizinanNya jua, dapat kita sekali lagi bersama-sama berkumpul bagi menjayakan Program
Webinar Antarabangsa Kesusasteraan Islam Sebagai Pemangkin Kebudayaan Masyarakat
Serantau bagi tahun 2022 ini. Dengan ini bersama-samalah kita memanjatkan kesyukuran
dengan kurniaNya di atas segala limpahan kenikmatan yang telah diberikan.
Saya sebagai Ketua Jabatan Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia ingin
mengambil kesempatan bagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur
bagi program webinar ini terutamanya Dr. Mohd Firdaus bin Che Yaacob selaku pensyarah
bagi subjek SCH 2093 iaitu subjek Sastera Islam, para panel jemputan yang dikasihi, serta
kesemua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan
program webinar ini di atas kesudian bersama bagi menyerikan lagi program kita pada hari
ini.

WEBINAR ANTARABANGSA KESUSASTERAAN ISLAM SEBAGAI PEMANGKIN KEBUDAYAAN
MASYARAKAT SERANTAU

Para hadirin yang dihormati sekalian,

1. Kesusasteraan Islam yang diketengahkan dalam program webinar ini adalah penting
bagi melahirkan sebuah kehidupan masyarakat yang hidup dalam budaya harmoni. Program
ini juga sedikit sebanyak secara tidak langsung bertujuan untuk menambah serta meluaskan
lagi pengetahuan mengenai bidang kesusasteraan terutama dalam konteks kesusasteraan
islam.

2. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membawa bersamanya pelbagai karya-
karya Islam yang pada akhirnya diminati oleh masyarakat Tanah Melayu kini. Apabila Islam
telah mula diterima serta disebarkan, maka beberapa perubahan telah berlaku terutama
dalam adat, budaya, dan kesusasteraan Melayu. Menurut pandangan kritis Mohd Affandi
Hassan (1992) terhadap Sastera Islam, iaitu sastera yang selari dengan garis panduan
Islam. Usaha dalam menyerlahkan ilmu secara tuntas dalam karya sastera inilah yang dilihat
sejajar dengan tuntutan Islam yang amat menitik-beratkan soal ilmu pengetahuan yang
benar, apatah lagi yang bersumberkan wahyu Ilahi. Hanya dengan ilmu yang benar,
khalayak pembaca dan masyarakat secara umumnya akan terpandu dengan mengenali
Pencipta serta dapat menjalani kehidupan yang berasaskan budaya yang harmoni.

3. Shahnon Ahmad (1981) berpendapat bahawa sastera Islam adalah sastera kerana
Allah S.W.T. untuk manusia sejagat. Sastera Islam juga dikatakan sebagai sebuah medium
dakwah. Hal ini dikatakan kerana dalam era abad ke-21 ini dunia dakwah merupakan satu
cabaran baru kepada segenap lapisan pendakwah. Fenomena kecelaruan masyarakat
dalam mendekati Islam dan menghayatinya berlaku di semua peringkat kehidupan manusia.
Kepentingan sastera Islam sangat penting dalam menyumbang kepada pembentukan
akhlak masyarakat. Hal ini demikian kerana teks sastera Islam tidak lagi terbatas kepada
cerita para nabi dan lain-lain.

4. Sebelum mengakhiri ucapan saya, ingin saya menyeru kepada hadirin dan hadirat
sekalian supaya memberi perhatian berat khususnya terhadap bidang kesusasteraan Islam.
Hal ini demikian kerana, ia sekaligus sedikit sebanyak mampu memberi pendedahan serta
pengetahuan luas kepada khalayak tentang ilmu kesusasteraan Islam. Usaha murni ini
bertujuan memartabatkan lagi kehidupan masyarakat serantau dalam menjalani hidup
berbudaya berteraskan konsep Islam.

WEBINAR ANTARABANGSA KESUSASTERAAN ISLAM SEBAGAI PEMANGKIN KEBUDAYAAN
MASYARAKAT SERANTAU

5. Saya berbesar hati ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas sekali lagi
kepada semua barisan urusetia yang terlibat dalam menjayakan program berbentuk
keilmuan ini bagi meningkatkan kesedaran serta meluaskan pengetahuan semua pihak dan
pelaksana khususnya dalam kalangan pelajar. Saya amat menghargai usaha murni ini dan
sentiasa menyokong penuh sebarang usaha pembentukan masyarakat berbudaya.

6. Saya berharap agar program ini dapat memberikan manfaat kepada semua terutama
dalam meluaskan lagi bidang kesusasteraan ini terutamanya dalam bidang sastera Islam.
Selain itu, program yang dijalankan ini juga diharapkan mampu memberikan kebaikan dan
kelebihan yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan masa akan datang.

7. Akhir kalam dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya
merasmikan Program Webinar Antarabangsa Kesusasteraan Islam Sebagai Pemangkin
Kebudayaan Masyarakat Serantau.

Sekian, terima kasih.

WEBINAR ANTARABANGSA KESUSASTERAAN ISLAM SEBAGAI PEMANGKIN KEBUDAYAAN
MASYARAKAT SERANTAU

AHLI JAWATAN KUASA

Penasihat 1 : Dr Hanisa Binti Hasan

Penasihat 2 : Dr. Raja Iskandar Bin Raja Halid

Penyelaras Program : Dr Mohd Firdaus bin Che Yaacob

Pengerusi : Fatah Aswadi Bin Nasri

Naik Pengerusi : Nadwatun Najihah Bt Najmuddin

Setiausaha : Mumtaz Farhani Binti Mohamad

Bendahari : Dania Putri Elisa Binti Riyasnil

Penyelaras Sijil & Saguhati : Nor Aisyah Alysa Bt Azhar

Penyelaras Tempat : Nur Ameliya Binti Roslan

Penyelaras Teknikal : Mohd Sharul Nizam Bin Madin

Penyelaras Promosi : Sakinah Harumi Binti Zulhazmi

Penyelaras Protokol : Naizatul Nazirah Binti Abdul Aziz

Penyelaras Publisiti : Niroshan Vharmhan Nair

Penyelaras Hubungan Luar : Abdul Rahman Bin Nizal

Penyelaras Grafik : Muhammad Firdaus Bin Kamaruzaman

Penyelaras Pengangkutan : Muhammad Azrahin Azra Bin Rosli

Penyelaras Makanan : Wiliemiena Nily Anak Gading

Moderator 1 : Sakinah Harumi Binti Zulhazmi

Moderator 2 : Mohamad Mustaqiim bin Ayob

WEBINAR ANTARABANGSA KESUSASTERAAN ISLAM SEBAGAI PEMANGKIN KEBUDAYAAN
MASYARAKAT SERANTAU

ATUR CARA

PROGRAM WEBINAR ANTARABANGSA KESUSASTERAAN ISLAM SEBAGAI
PEMANGKIN KEBUDAYAAN MASYARAKAT SERANTAU

15 JUN 2022 BILIK 202T DAN 202S
UMK BACHOK

7.00 Pagi : Persiapan teknikal

8.00 Pagi : VIP dan peserta masuk dalam ruangan streamyard

8.45 Pagi : Nyanyian Lagu Negaraku
Nyanyian Lagu Terbilang UMK

9.15 Pagi : Bacaan Doa
Tayangan Montaj

9.45 Pagi : Kata aluan Dekan oleh:
YBHg. Dr. Hanisa binti Hassan
Dekan Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan

10.45 pagi : Ucap Tama oleh :
Ybhg. Prof Madya Dr. Nik Rafidah binti Nik Muhammad Affendi
Ketua Jabatan Bahasa Moden Dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia (UPM)

11.15 Tenghari : Sesi 1: Ilham Asmaul Husna dalam Kreativiti Karya Sastera
Moderator: Sakinah Harumi binti Zulhazmi
Panel 1 : Prof Madya Dr. Kamariah binti Kamarudin
(Universiti Putra Malaysia, UPM)
- Sesi soal jawab

WEBINAR ANTARABANGSA KESUSASTERAAN ISLAM SEBAGAI PEMANGKIN KEBUDAYAAN
MASYARAKAT SERANTAU

1.15 Petang : Sesi 2: Penerapan Nilai Islam dalam Sastera Kanak-Kanak
Moderator: Sakinah Harumi binti Zulhazmi
Panel 2 : Prof Madya Dr. Nik Rafidah
binti Nik Muhammad Affendi (Ketua Jabatan Fakulti Bahasa
Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia)
- Sesi soal jawab

2.15 Petang : Persembahan Nyanyian

2.30 Petang : Sesi 3 : Pembudayaan Persuratan Melayu Islam dalam Abad
ke-21

Moderator : Mohd Mustaqiim bin Ayob
Panel 3 : Dr. Hasrina binti Baharum (Universiti Pendidikan Sultan
Idris, UPSI)
- Sesi soal jawab

3.30 Tengahari : Sesi 4 : Daripada ‘Sastera’ kepada ‘Persuratan’ Melayu Islam
dalam Abad ke-21
Moderator : Mohd Mustaqiim bin Ayob
Panel 4 : En. Abdul Razak Panaemalae (Walailak University)
- Sesi soal jawab

4.30 Petang : Persembahan Nyanyian
5.00 Petang : Tamat

WEBINAR ANTARABANGSA KESUSASTERAAN ISLAM SEBAGAI PEMANGKIN KEBUDAYAAN
MASYARAKAT SERANTAU

NOTA


Click to View FlipBook Version