The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lowkc2091, 2021-10-07 12:15:41

SEJARAH KEMERDEKAAN

YOONG JIA XIN

● Sejarah Malaysia bermula pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi.

● Pada masa kegemilangannya, wilayah kesultanan
ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan
Pantai Timur Sumatera.

● Melaka merupakan sebuah kerajaan yang gemilang
kerana kedudukannya yang strategik.

● Melaka terletak di antara Asia Timur dengan Asia Barat
di mana kedudukan Melaka mempunyai potensi untuk
dijadikan pusat perdagangan utama khususnya bagi
perdagangan rempah di Asia Tenggara.

● Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar
dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana
rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.



● Zaman penjajahan Tanah Melayu bermula pada 1511 di
mana Melaka telah jatuh ke tangan Portugis.

● Tanah Melayu dijajah oleh portugis selama 130 tahun
(kalau tak silap)...

● Pada tahun 1641 Melaka jatuh ke tangan penjajahan
Belanda setelah portugis tewas dengan Belanda.

● Pada tahun 1824 Belanda menyerahkan Melaka kepada
British melalui perjanjian Inggeris-Belanda.

● Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama.
British telah mencampuri semua urusan pentadbiran
Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-
Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar
negeri.

● Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati
dalam kalangan penduduk dan pembesar tempatan.

● Hal ini telah menimbulkan beberapa buah penentangan daripada
pembesar-pembesar tempatan contohnya Dol Said, Tok Janggut,
Datuk Maharajalela dan ramai lagi.

● Kesannya, pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu
mempunyai kesedaran untuk mendapatkan pendidikan. Maka muncul
golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat
nasionalisme. Mereka menggunakan pelbagai cara untuk menyampaikan
ideologi mereka.

● Dalam usaha mereka untuk bebas daripada tangan penjajah, mereka
dikejutkan dengan kedatangan Jepun pada tahun 1941. Namun
disebabkan berlaku pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki telah
menyebabkan Jepun menyerah kalah pada tahun 1945.

● Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM)
untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan
membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya
sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu dari
tahun 1948 hingga 1960.

● Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali
berkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba
memperkenalkan Malayan Union.

● Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh
daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO
telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai
bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.

● Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada
perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya
membentuk Parti Perikatan mula membuka mata British untuk membenarkan
pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya.

● Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah
menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8
Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Tanah Melayu akan
merdeka pada 31 Ogos 1957.

● Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan
penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura.

● Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei,
Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk
sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.


Click to View FlipBook Version