The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AMIERA FARHANA BINTI MAHMAD ZAHIR IPG-Pelajar, 2024-03-13 04:49:31

TEMAN SETAMAN

TEMAN SETAMAN

Teman Setaman amiera farhana binti mahmad zahir


Buku ini adalah sebuah siri bacaan yang menarik dan direka khusus untuk memupuk tabiat membaca dalam kolangan murid sekolah rendah. Buku ini juga sesuai digunakan untuk murid tahap 2. Penulis: Amiera Farhana binti Mahmad Zahir Teman Setaman siri kisah haiwan Amiera


1 Pada suatu ketika dahulu, di sebuah taman yang terpencil di hujung kampung tinggallah seekor rama-rama bersama seekor lebah. Rama-rama ini dikenali dengan sifatnya yang sering bermegah-megah tentang penampilan dirinya kerana mempunyai sayap yang begitu cantik dan indah. Manakala, lebah pula dikenali dengan sifat yang baik hati dan peramah.


2 Rama-rama seringkali menjadikan lebah sebagai sasaran untuk melepaskan amarahnya kerana dia seringkali dikatakan sombong dan angkuh oleh kawanan haiwan yang lain. Namun begitu, suatu peristiwa telah berlaku yang menyebabkan rama-rama mulai berubah.


3 Setiap hari, rama-rama akan berkawal di sekeliling kawasan tempat tinggal lebah. Tujuannya adalah untuk memastikan tidak ada haiwan lain berkunjung ke sarang lebah itu. Hal ini kerana, rama-rama tidak mahu haiwan lain datang untuk membantu lebah. "Saya tidak akan membiarkan si lebah ini lari, kalau lebah ini lari habislah bekalan madu saya" ujarnya di dalam hati.


4 Kemudian, lebah pun menegur akan perbuatan si rama-rama yang sering berkawal di kawasan tempat tinggalnya setiap hari. Si lebah pun berkata "Wahai rama-rama, apakah yang kamu mahukan daripada saya, sehingga sanggup berkawal setiap hari. Saya tidak cantik, saya tidak mempunyai sayap yang indah seperti kamu, saya juga hanya menghabiskan sisa untuk mengeluarkan madu" ujar si lebah.


5 Jika madu yang kamu mahukan, akan saya hantarkan segera ke rumah kamu dengan rela" tambahnya pula. Jawab si rama-rama, "Tidak! saya tidak akan berhenti mengawal kamu, kamu perlu mengeluarkan madu itu dengan lebih banyak lagi. Supaya saya lebih kenyang dan bertambah cantik". Maka, si lebah dengan rela hati meneruskan pekerjaannya.


6 Apabila malam menjelang, rama-rama ini kebiasaannya akan kembali ke rumahnya semula. Dia pun mulai melihat cermin, melihat sayapnya yang semakin bersinar kala memakan madu yang dibuat si lebah.


7 Sementara, lebah pula akan menghasilkan madu yang banyak kerana esok pagi rama-rama itu akan datang untuk meminumnya. Setelah selesai, lebah pun berehat kepenatan.


8 Hari menjelang pagi, datanglah rama-rama yang suka bermegah-megah itu. Dia pun meneruskan perbuatannya seperti biasa untuk berkawal di kawasan luar rumah lebah.


9 Lebah melakukan kerjanya seperti biasa. Kadangkala, dia memukul si lebah dan mempersendakannya kerana tidak memiliki sayap yang cantik seperti dirinya. "Kamu itu hanyalah lebah yang busuk dan hodoh. kamu sememangnya layak untuk berada di tempat kamu sekarang, biar saya yang menikmati segala usaha kamu ini. Ha! Ha! Ha!" ujar si rama-rama yang angkuh itu tadi.


Setelah penat berkawal, rama-rama berehat di atas bunga. Tidak lama kemudian, datang seorang budak lelaki mahu menangkap rama-rama. Lebah ternampak kejadian itu. Lebah segera memberitahu rama-rama untuk berhati-hati. 10


Rama-rama itu dengan bangganya mengatakan kepada lebah "Wahai lebah yang busuk dan hodoh, kamu tak perlu melindungi aku". Tiba-tiba, budak lelaki itu dapat menangkap sayap rama-rama. Rama-rama menangis kerana takut kehilangan sayapnya yang cantik. 11


12 Lebah meluru ke hadapan budak lelaki itu untuk melindungi sang rama-rama. Akibat terkejut, budak lelaki itu melarikan diri kerana takut disengat lebah dan melepaskan rama-rama.


13 Lalu dengan sayunya rama-rama pun berkata, "Wahai lebah, mengapa kamu melindungi saya, sedangkan saya sering berbuat jahat kepada kamu.”


14


15 Kata si lebah "Meskipun kamu selalu memarahi, mengawal pergerakan dan mengerahkan saya untuk bekerja namun kamu adalah sahabat dan peneman saya selama ini. Kesusahan yang awak alami, menjadi kesusahan saya juga. Kesenangan yang awak nikmati, saya turut tumpang gembira” ujar si lebah.


16 Rama-rama pun mulai menyesali perbuatannya selama ini. Rama-rama memohon maaf kepada lebah sebelum dia pergi dari situ. Namun, lebah menghalangnya. "Kamu tidak perlu pergi, tinggallah di sini sehingga sayap kamu pulih. Saya akan menyediakan madu yang banyak untuk kamu" ujar si lebah. kamu tidak perlu pergi…


17 Si rama-rama yang berasa malu itu pun akur dan menyedari tentang perbuatan jahatnya selama ni. Semenjak dari kejadian itu, mereka hidup bersama dalam keadaan aman dan harmoni. Mereka saling bekerjasama dan bersahabat baik antara satu sama lain.


18 Sesekali mereka menyanyi bersama… “ Dari ulat jadi kepompong Ia hidup dalam kelongsong Sampai masa kepompong pecah... Pommmm… Jadilah rama-rama yang indah. “


Pengajaran Jangan sesekali berbuat jahat kepada orang lain, kelak mereka mungkin akan menjadi penolong kita. Jangan sesekali menghina rupa paras atau fizikal seseorang, kerana apa yang kita miliki hari ini tidak akan kekal selamanya. Jangan bersangka buruk kepada orang lain sebelum mengenalinya. Kita hendaklah sentiasa bersabar dalam menghadapi ujian kerana di sebalik ujian itu pasti ada hikmah dan ganjarannya. Kita hendaklah mengamalkan sikap prihatin terhadap nasib orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri.


Kisah yang terdapat dalam buku ini disampaikan dengan begitu bersahaja, tetapi menarik dari segi ilustrasi berwarna dan watak haiwan yang digunakan untuk bacaan kanakkanak. Pemilihan perkataan dalam buku ini mengambil kira aras keupayaan pembaca. Buku ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk terus belajar membaca dan menguasai kemahiran asas literasi bahasa Melayu. Proses pembelajaran berlaku secara santai dan berkonsepkan didik hibur. Teman Setaman


Click to View FlipBook Version