The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AMIERA FARHANA BINTI MAHMAD ZAHIR IPG-Pelajar, 2023-11-11 09:45:54

RPH AMIERA

RPH AMIERA

1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHAGIAN A: MATA PELAJARAN : MATEMATIK (MASALAH PEMBELAJARAN) TOPIK : MASA DAN WAKTU KELAS : 3 KREATIF MASA : 9:00 PAGI - 10:00 PAGI TARIKH : 14.09.23 HARI : KHAMIS STANDARD KANDUNGAN : MATEMATIK (MP) TAHUN 3 : 5.1 Waktu dalam unit jam dan minit MATEMATIK (MP) TAHUN 2 : 6.1 Masa dalam unit jam STANDARD PEMBELAJARAN : MATEMATIK (MP) TAHUN 3 : 5.1.2 Menyatakan suku jam, setengah jam dan tiga suku jam pada muka jam berdasarkan analog: (i) kedudukan jarum minit (ii) kedudukan jarum jam dan jarum minit MATEMATIK (MP) TAHUN 2: 6.1.5 Melukis jarum pendek berdasarkan waktu HASRAT PEMBELAJARAN : 1. Saya belajar menentukan waktu mengikut kedudukan jarum jam dan jarum minit pada pelbagai bentuk muka jam bagi suku jam, setengah jam dan tiga suku jam dengan yakin dan boleh dicontohi. 2. Saya belajar melukis dan menulis waktu dalam unit jam pada pelbagai KRITERIA KEJAYAAN : 1. Saya dapat menentukan waktu mengikut kedudukan jarum jam dan jarum minit pada pelbagai bentuk muka jam bagi suku jam, setengah jam dan tiga suku jam dengan yakin dan boleh dicontohi. 2. Saya dapat melukis dan menulis waktu dalam unit jam pada pelbagai bentuk


2 bentuk muka jam dengan yakin dan boleh dicontohi oleh rakan. muka jam dengan yakin dan boleh dicontohi oleh rakan. PERKEMBANGAN PELAJARAN: TAHUN 3: 5.1.2 Menyatakan suku jam, setengah jam dan tiga suku jam pada muka jam berdasarkan analog: (i) kedudukan jarum minit (ii) kedudukan jarum jam dan jarum minit TAHUN 2: 6.1.5 Melukis jarum pendek berdasarkan waktu STANDARD PRESTASI: TP 6 (TAHUN 3): Menentukan waktu mengikut kedudukan jarum jam dan jarum minit pada pelbagai bentuk muka jam bagi suku jam, setengah jam dan tiga suku jam dengan yakin dan boleh dicontohi. TP 6 (TAHUN 2): Melukis dan menulis waktu dalam unit jam pada pelbagai bentuk muka jam dengan yakin dan boleh dicontohi oleh rakan. PENTAKSIRAN: 1. Pentaksiran secara lisan. - Murid memberi maklum balas mengenai soalan yang diberikan oleh guru. - Melalui pertuturan serta sikap yang ditunjukkan oleh murid. 2. Pentaksiran secara pemerhatian. - Guru akan melihat sikap serta perlakuan murid berdasarkan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. - Melalui kemahiran belajar dan kemahiran bersosial murid.


3 3. Pentaksiran kendiri. - Murid akan melakukan pentaksiran kendiri melalui aktiviti pengukuhan secara berterusan. KONSEP UTAMA: Masa dan Waktu. BAHAN BANTU MENGAJAR: 1. Youtube 2. Canva 3. Model jam dinding 4. Wordwall 5. Lembaran kerja THE BIG IDEA: Masa itu emas. ESSENTIAL QUESTIONS: 1. Adakah anda dapat menggunakan waktu atau masa dengan sebaiknya? 2. Bagaimanakah cara untuk menyatakan dan melukis kedudukan jarum jam bagi suku jam, setengah jam dan tiga suku jam pada muka jam ?


4 BAHAGIAN B ISI KANDUNGAN AKTIVITI CATATAN SET INDUKSI (5 MINIT) Tayangan video lagu dari youtube (Didi & Friends). Pautan: https://www.youtube.com/watch ?v=hc3H7uoIikA&pp=yg UPZGlkaSBqYW0gdGlrdG9r 1. Apakah beza jarum panjang dan jarum pendek? 2. Berapakah minit yang bersamaan dengan satu jam? 3. Bagaimanakah cara untuk kita menyebut waktu mengikut jarum jam dan jarum minit dengan betul? 1. Murid menonton tayangan video lagu “Jam Tik Tok” dan menyanyi bersama-sama dengan guru. 2. Murid memberi respon terhadap soalan yang diajukan oleh guru. 3. Guru mengaitkan lagu dengan pembelajaran hari ini iaitu mengenal suku jam, setengah jam, dan tiga suku jam pada muka jam. Pendekatan: Induktif Strategi: Berpusatkan bahan Kaedah: Perbincangan EMK: Nilai murni: Dedikasi Kompetensi pembelajaran bermakna- 6c 1. Sahsiah (Character) 2. Komunikasi (Communication) Model RBP : Amalan Pedagogi LANGKAH 1 (20 MINIT) Pengenalan tentang suku jam, setengah jam dan tiga suku jam pada muka jam. 1. Murid melihat model jam dinding yang ditunjukkan oleh guru di hadapan kelas. 2. Murid diminta untuk menyatakan komponen jam (jarum jam, jarum minit, dan jarum Pendekatan: Deduktif Strategi: 1. Berpusatkan bahan 2. Berpusatkan guru


5 Pautan: https://www.canva.com/ design/DAFwd-2009Y/RWr 8N0ZfJg70i3paVI7QZw/edit? saat) yang terdapat pada model jam. 3. Murid melihat slaid nota digital (Canva) yang dipaparkan oleh guru menggunakan LCD. 4. Guru memberi penerangan dan murid memberi respon ke atas penerangan guru. Kaedah: 1. Demonstrasi 2. Soal jawab EMK: Nilai murni: Berdisiplin, Teliti Kompetensi pembelajaran bermakna- 6c 1. Sahsiah (Character) 2. Komunikasi (Communication) Model RBP: Memanfaatkan kemudahan Digital


6 utm_content=DAFwd2009 Y&utm_campaign =designshare&utm_medium= link2&utm_source=sharebutton LANGKAH 2 (15 MINIT) Wordwall Kuiz berbentuk permainan digital Kod Imbas (QR Code) 1. Murid melihat paparan kuiz yang ditunjukkan oleh guru di hadapan kelas menggunakan LCD. 2. Murid mendengar penerangan oleh guru tentang cara atau peraturan untuk bermain. 3. Setelah bersedia, setiap murid akan ke hadapan meja guru mengikut giliran untuk menjawab kuiz permainan digital menggunakan komputer riba. 4. Peneguhan (token ekonomi) akan diberikan kepada murid yang dapat menjawab kuiz dengan betul. 5. Guru akan membimbing murid yang didapati lemah. Pendekatan: Bersepadu Strategi: 1. Berpusatkan bahan 2. Berpusatkan murid Kaedah: 1. Kuiz – Interaktif 2. Belajar sambil Bermain – Parralel Play EMK: Nilai murni: Keberanian, Berdikari Kompetensi pembelajaran bermakna- 6c 1. Sahsiah (Character) 2. Pemikiran kritis (Critical thinking) Model RBP: Persekitaran Pembelajaran


7 LANGKAH 3 (15 MINIT) Lembaran kerja Aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan: Menjawab soalan latihan dalam lembaran kerja. 1. Guru mengagihkan lembaran kerja kepada setiap murid. 2. Murid diminta untuk melukis kedudukan jarum jam bagi suku jam, setengah jam dan tiga suku jam pada lembaran kerja yang diberikan oleh guru. 3. Murid dibenarkan melaksanakan tugasan lembaran kerja yang diarahkkan oleh guru secara berkumpulan. 4. Guru akan membimbing murid yang didapati lemah. 5. Murid memberi respon positif ke atas bimbingan guru. Pendekatan: Eklektik Strategi: 1. Berpusatkan tugasan 2. Berpusatkan murid Kaedah: Perbincangan EMK: Nilai murni: Kerajinan, Bekerjasama Kompetensi pembelajaran bermakna- 6c 1. Sahsiah (Character) 2. Kolaboratif (Collaboration) Terapi: psikomotor halus Model RBP: Rakan Pembelajaran


8 PENUTUP (5 MINIT) Rumusan isi pembelajaran. (picture exchange communication system) 1. Murid bersoal jawab bersama guru mengenai isi dan aktiviti pembelajaran yang telah dijalankan. 2. Setiap murid membuat rumusan tentang topik yang dipelajari. 3. Murid mengisi borang senarai semak di akhir kelas dengan bantuan guru sebagai refleksi (boleh menggunakan picture exchange communication system jika ada murid yang mengalami kesukaran untuk berbahasa). 4. Guru mengakhiri pengajaran dan pembelajaran dengan memberi salam. Pendekatan: Induktif Strategi: Berpusatkan murid Kaedah: Perbincangan EMK: Nilai murni: Berdisiplin Kompetensi pembelajaran bermakna- 6c 1. Sahsiah (Character) 2. Komunikasi (Communication) Model RBP: Rakan Pembelajaran REFLEKSI : TINDAKAN SUSULAN : Guru menyenaraikan tindakan yang perlu diambil untuk memperbaiki dan mengukuhkan pembelajaran murid.


9 PEMULIHAN PENGUKUHAN PENGAYAAN Murid diminta untuk melukis kedudukan jarum jam dan minit bagi suku jam, setengah jam dan tiga suku jam pada lembaran kerja yang diberikan oleh guru. Bagi murid yang lemah, guru akan membimbing. Murid diberi penerangan oleh guru melalui slaid nota digital (Canva) dan melihat model jam dinding secara realiti. Murid perlu menjawab kuiz berbentuk permainan digital iaitu Wordwall mengikut giliran masing-masing.


10 1.0 PENGENALAN Perancangan aktiviti pengajaran yang menarik adalah suatu keperluan untuk mendidik generasi muda pada zaman ini dengan lebih berkesan. Menurut Shafritz (1997); dalam Augustine Ngali (2019), beliau berpendapat bahawa pedagogi merupakan satu prinsip dan juga merupakan kaedah pengajaran. Definisi yang lebih tepat adalah pedagogi ini diertikan sebagai kemahiran mengajar yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam suatu bidang. Untuk memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) tersebut bermakna, seseorang guru perlu memiliki ilmu pedagogi yang amat baik. Seseorang guru perlu menguasai pedagogi untuk memudahkan guru dalam memilih kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan tahap penerimaan murid-muridnya. Misalnya, guru telah sedia maklum bahawa kemampuan murid tersebut sejauh mana, jadi dengan adanya ilmu atau kemahiran pedagogi tersebut, akan memudahkan seseorang guru merancang pengajaran harian dengan baik dan mudah. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mestilah dirancang dan disediakan dengan lengkap agar dapat meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran terutamanya bagi murid bermasalah pembelajaran. Oleh itu, guru perlu membuat perancangan dan keputusan mengenai matlamat dan objektif (yang perlu dicapai dan dikuasai murid), serta motivasi dan strategi pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif. 2.0 KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA (KPPB) Pembelajaran bermakna menggalakkan murid untuk membangunkan pemahaman yang mendalam tentang konsep atau subjek dengan melibatkan diri dalam pelbagai perspektif, menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis dan menggunakan pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah dalam dunia sebenar. Menurut Ellyza (2019), amalan pedagogi pendidik masa kini perlulah seiring dengan perkembangan semasa. Melalui pelaksanaan KPPB, dapat menunjukkan PdP dapat dimanfaatkan secara digital apabila murid tidak lagi menghadapi masalah masa dan ruang ketika membina pengetahuan baru. Hal ini kerana, pedagogi terkini memanfaatkan kemudahan digital di mana-mana dan bila-bila masa untuk mempercepat dan memperdalam pembelajaran. Guru menggunakan Model Reka Bentuk Pembelajaran (RBP) yang mengandungi empat elemen yang terdiri daripada amalan pedagogi, rakan pembelajaran, persekitaran pembelajaran, dan pemanfaatan digital. Malah, elemen ini saling melengkapi antara satu sama lain dan perlu dilaksanakan oleh guru secara berterusan untuk menyokong pembentukan pembelajaan bermakna. Guru menggunakan Youtube untuk menyanyi bersamasama murid dan mengaitkan lagu “Jam Tik Tok” dengan pembelajaran hari tersebut iaitu mengenal suku jam, setengah jam, dan tiga suku jam pada muka jam. Guru turut mewujudkan


11 komunikasi dua hala dalam kalangan murid-muridnya melalui soalan yang diajukan oleh guru. Pada langkah kedua pula, guru memanfaatkan kemudahan digital iaitu murid melihat slaid nota digital (Canva) yang dipaparkan oleh guru menggunakan LCD yang dapat menggantikan buku teks. Penggunaan teknologi digital dalam amalan di bilik darjah adalah untuk memacu, membugar dan nilai tambah terhadap pembelajaran. Elemen persekitaran pembelajaran pula adalah dengan menggunakan WordWall sebagai kuiz berbentuk permainan yang dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran interaktif di mana murid terlibat aktif dan bermakna. Elemen rakan pembelajaran pada langkah ketiga, iaitu murid dibenarkan melaksanakan tugasan lembaran kerja yang diarahkkan oleh guru secara berkumpulan. Seterusnya, Kompetensi Pembelajaran Bermakna 6C adalah suatu konsep yang dirancang untuk meningkatkan hasil belajar melalui pengembangan kompetensi yang berterusan. Guru menggunakan amalan pedagogi yang terkini dan menarik melalui Pembelajaran Abad Ke21 untuk mencapai kompetensi murid 6C dalam kapasiti pembelajaran bermakna (Karim, 2019). Konsep ini berfokus pada enam kompetensi yang berbeza. Dalam RPH yang dirancang, guru mampu menerapkan elemen tersebut iaitu kolaboratif, komunikasi, kreativiti, pemikiran kritis, sahsiah dan kewarganegaraan. Dalam set induksi, elemen 6C yang terlibat ialah sahsiah dan komunikasi. Hal ini kerana, murid mempraktikkan pembelajaran bermakna dan memiliki sifat kegigihan terutama semasa menyanyi lagu dengan bersungguh-sungguh bersama guru, menunjukkan sikap dan contoh yang baik. Dari segi komunikasi pula, murid berkomunikasi dengan berkesan melalui pelbagai gaya dan termasuk alatan digital. Contohnya, murid memberi respon terhadap soalan yang diajukan oleh guru, berkomunkasi melalui media iaitu murid boleh mengisi borang senarai semak dan boleh menggunakan picture exchange communication system jika ada murid yang mengalami kesukaran untuk berbahasa. Elemen pemikiran kritis pula dapat diterapkan semasa di langkah ketiga, iaitu murid membina pengetahuan yang bermakna. Contohnya, murid dapat berfikir dan menganalisis jawapan yang betul bagi soalan kuiz yang dimainkan oleh mereka kemudian menerapkannya dalam situasi sebenar. Elemen kolaboratif pula semasa murid menjawab soalan latihan dalam lembaran kerja bersama rakanrakan secara berkumpulan atau murid yang lemah akan dibimbing oleh guru. Guru memainkan peranan pada peringkat ini di mana guru akan membimbing murid sehingga dapat mencapai standard prestasi yang ditetapkan pada tahap 6.


12 3.0 PENDEKATAN PENGAJARAN Nasiba Hasanova, et al (2021) menyatakan bahawa pendekatan adalah satu set prinsip, kepercayaan dan idea mengenai pembelajaran yang diterjemahkan ke dalam bilik darjah. Pendekatan pengajaran menentukan fokus dan akan memberi keselesaan serta keseronokkan kepada murid dalam aspek emosi dan membina keyakinan diri. Murid akan lebih mudah memahami apa yang hendak disampaikan oleh guru semasa proses PdP dijalankan jika guru menggunakan pendekatan yang sesuai dengan suatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya. Guru menggunakan pendekatan induktif untuk set induksi dan penutup, iaitu melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Antara prinsip-prinsip dalam pengajaran menggunakan pendekatan induktif ialah aktiviti pembelajaran yang melibatkan penggunaan deria-deria murid seperti penglihatan dan pendengaran, jadi sesuai dengan aktiviti menyanyi sebagai set induksi. Murid akan memperoleh pembelajaran mereka sendiri apabila mereka meneroka, meneliti dan mengkaji, kemudian mengemukakan rumusan hasil dari pembelajaran seperti pada penutup iaitu rumusan isi pembelajaran sebelum kelas berakhir. Pendekatan deduktif ditakrifkan sebagai suatu pendekatan mengajar yang bermula daripada prinsip, hukum, teori atau peraturan diikuti dengan contoh-contoh yang khusus. Menurut Seaton (1982), pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum ke spesifik. Pendekatan ini juga bercorak pengajaran guru yang membimbing murid. Contohnya pada langkah pertama, guru memaparkan slaid nota digital kemudian memberi penerangan daripada fakta atau konsep yang diberi secara umum atau generalisasi, kemudian bergerak kepada contoh-contoh atau kaedah yang diberikan oleh guru. Pada langkah kedua, guru menggunakan pendekatan bersepadu iaitu menjawab soalan kuiz WordWall yang menggabungjalinkan beberapa pendekatan, kaedah seperti belajar sambil bermain dan kuiz interaktif, strategi berpusatkan bahan dan murid, serta teknik. Pada langkah ketiga, guru memberikan latihan dalam bentuk lembaran kerja kepada murid, iaitu menggunakan pendekatan eklektik. Pendekatan ini sesuai digunakan untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai kebolehan dan digunakan dalam aktiviti pemulihan serta pengayaan. Pendekatan ini juga memerlukan latihan yang banyak dan murid diberi peluang untuk mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari seperti dapat menyatakan waktu dengan betul.


13 4.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Terdapat empat strategi yang digunakan iaitu berpusatkan guru, berpusatkan murid, berpusatkan bahan, dan berpusatkan tugasan. Strategi yang digunakan berpusatkan bahan adalah dalam set induksi (Youtube), langkah pertama (Canva), dan langkah kedua (WordWall). Hal ini kerana, guru menggunakan bahan yang canggih iaitu komputer untuk multimedia, lagu nyanyian serta permainan kuiz. Pembelajaran berpusatkan bahan adalah penting untuk membantu guru memenuhi keperluan murid yang pelbagai. Strategi berpusatkan guru pula digunakan dalam langkah pertama, iaitu guru memainkan peranan untuk bertindak sebagai sumber informasi utama dan murid dianggap sebagai penerima pengetahuan yang pasif. Strategi berpusatkan murid pula digunakan pada langkah kedua, langkah ketiga, dan penutup. Murid seharusnya berperanan aktif dalam pembelajarannya di dalam kelas dan guru hanya bertindak sebagai fasilitator. Strategi berpusatkan tugasan digunakan pada langkah ketiga iaitu guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid dan dikehendaki berkerjasama untuk menyelesaikan tugasan demi mencapai matlamat yang sama. Malahan mereka juga saling berganding bahu antara satu sama lain untuk memperoleh sesuatu ganjaran bersama. Secara tidak langsung, mendorong murid untuk mengumpulkan maklumat dan berbincang bersama-sama dengan menggunakan kemahiran sosial masing-masing. Kelebihan yang dibentuk menerusi aktiviti ini ialah dapat membina hubungan interaksi sosial yang lebih baik. Hal ini meningkatkan potensi diri dan memberi keyakinan untuk bercakap serta mula bersikap aktif dalam kumpulannya. Selain itu guru menggunakan aspek menggabung jalin supaya pembelajaran bermakna ini dapat dilaksanakan dengan baik. Guru menggabungjalin strategi pengajaran dengan pemusatan bahan, tugasan dan murid di mana setiap daripadanya berkait antara satu sama lain. Ini kerana guru mengambil kira persekitaran pembelajaran murid agar tidak berlakunya keciciran murid atau tidak menyiapkan tugasan yang diberikan guru disamping dapat mengawal tingkah laku murid melalui peneguhan. 5.0 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Kaedah PdP berbeza-beza bergantung kepada matlamat pembelajaran dan gaya pembelajaran murid. Dalam set induksi, langkah ketiga dan penutup, guru menggunakan kaedah perbincangan iaitu antara guru dan murid atau murid dengan murid ataupun persekitarannya. Contohnya, dalam langkah ketiga murid-murid boleh berbincang dengan rakan lain secara berkumpulan semasa menjawab lembaran kerja serta murid yang lemah akan dibimbing oleh guru. Dalam langkah pertama, guru menggunakan kaedah demonstrasi dan soal jawab. Kaedah


14 demonstrasi melibatkan aktiviti penerangan dan demonstrasi guru bersama murid yang melibatkan aktiviti penglihatan seperti guru menunjukkan model jam dinding di dalam kelas agar murid dapat melihat sendiri bahan maujud dan melihat bagaimana jam tersebut berfungsi. Guru akan mengajar terlebih dahulu kemudian murid diminta untuk menjawab soalan kuiz pada langkah kedua. Seterusnya, pada langkah kedua guru menggunakan kaedah kuiz. Kuiz dapat membantu murid untuk mengingati pembelajaran secara berkesan termasuk kuiz secara dalam talian. Guru dapat mengukur kemajuan murid dalam pembelajaran dan mengenal pasti kelemahan serta kekuatan murid dalam topik tersebut. Kuiz yang disediakan oleh guru mengikut tahap pengetahuan dan kebolehan murid terutama bagi murid bermasalah pembelajaran. Kuiz yang digunakan ialah kuiz interaktif dengan menggunakan aplikasi “WordWall”. Dengan ini, secara tidak langsung juga berkait dengan kaedah belajar sambil bermain yang dapat menimbulkan keseronokkan dan meningkatkan kemahiran. Permainan sosial yang digunakan dalam langkah ini ialah Parralel Play, iaitu murid akan bermain benda yang sama tetapi setiap orang akan bermain secara bersendirian dan apa yang dilakukan oleh seorang murid tidak bergantung kepada apa yang dilakukan oleh murid-murid lain. 6.0 RUMUSAN Kesimpulannya, seseorang guru perlulah mempunyai pengetahuan tentang pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran agar guru dapat merancang aktiviti PdP yang menarik, bermakna dan bersesuaian dengan tahap kebolehan setiap murid. Pemilihan strategi dan kaedah pengajaran yang tepat dapat membantu untuk mengoptimumkan pembelajaran murid. Di samping itu, Kapasiti pembelajaran ini agak mencabar terutama dengan perubahan amalan PdP yang sentiasa berubah mengikut perubahan semasa. Namun, sebagai seorang guru cabaran ini perlu dipikul dengan memahami kontemporari pembelajaran bermakna secara keseluruhan dan inklusif agar guru dapat memberikan yang terbaik kepada murid serta dapat melaksanakan rancangan pengajaran harian berdasarkan kapasiti pembelajaran bermakna yang dirancang dengan berkesan. (1486 Patah Perkataan)


15 RUJUKAN Augustine Ngali. (2019). Kepentingan Pedagogi untuk Guru. ResearchGate:https://www.researchgate.net/publication/336374930_Kepentingan_Peda gog_untuk_guru. Chin Mei Keong, Liza Isyqi Ramli, Rafidah Ruhani & Salmawati Mohd Diah. (2023). Pedagogi. Local Publications (M) Sdn bhd. Chew, F. P., & Ismail, M. F. (2020). Pelaksanaan pendekatan bermain dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu murid prasekolah: The implementation of play approach in teaching and learning of Malay language for preschool students. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 9(1), 14-25. Ellyza Karima. (2019). Reka bentuk pembelajaran dalam kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna di IPG Kampus Pendidikan Teknik. Jurnal Refleksi Kepimpinan. Jilid I Oktober 2019. 144-159. Hasanova, N., Abduazizov, B., & Khujakulov, R. (2021). The main differences between teaching approaches, methods, procedures, techniques, styles and strategies. JournalNX, 7(02), 371-375. Karim, E. (2019). Reka Bentuk Pembelajaran dalam Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna di IPG Kampus Pendidikan Teknik. Jurnal Refleksi Kepemimpinan, 2, 144- 159. Mokhlis, S. (2021). Persepsi dan Pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Terbeza Dalam Kalangan Guru Prasekolah. Borneo International Journal eISSN 2636-9826, 4(3), 9-18. Mantihal, S., & Maat, S. M. (2020). Pengaruh pembelajaran abad ke-21 (pak21) terhadap minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran matematik: satu tijauan sistematik. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(1), 82-91.


16 Seaton, B. (1982). A Handbook of English Language Teaching Terms and Practice. Macmillan Press. Voon, S. H., & Amran, M. S. (2021). Pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam pembelajaran Matematik.


Click to View FlipBook Version