Pada suatu pagi yang damai, ketika
semua penghuni di Hutan Balau masih
tidur, tiba-tiba kedengaran bunyi riuh-
rendah.
Penghuni Hutan Balau menjadi gempar
kerana kawasan mereka telah
dimasuki oleh sekumpulan
monyet liar yang diketuai oleh
Si Komeng.
1
Monyet-monyet liar itu telah membuat
kacau di Hutan Balau. Mereka juga telah
mengganggu penghuni hutan yang lain.
Tidak ada seekor pun penghuni Hutan
Balau yang berani menasihati monyet-
monyet itu. Jika mereka berbuat demikian,
mereka akan dilontarkan
dengan buah-buah busuk atau
apa sahaja yang dipegang
2 oleh monyet-monyet itu.
Pada suatu hari, monyet-monyet itu
telah mengganggu sarang Sang Burung.
Sang Burung dan isterinya ketika itu keluar
mencari makanan. Anak-anak Sang Burung
telah diganggu oleh Si Komeng dan kawan-
kawannya. Mereka telah melontar
anak-anak Sang Burung ke
tanah. Sarang Sang Burung
pula dimusnahkan.
3
“Mengapa kamu kelihatan sedih, Sang
Burung?” tanya Sang Siput kepada Sang
Burung.
“Oh, Sang Siput! Aku berasa sedih
kerana anak-anakku dilontar oleh Si
Komeng dan kawan-kawannya itu ke tanah.
“Mujurlah anak-anakku tidak mati,” kata
Sang Burung dengan sedihnya sambil
memungut anak-anaknya.
“Bersabarlah, Sang Burung. Tiada
siapa yang berani melawan
monyet-monyet itu,” kata Sang
4 Siput, memujuk Sang Burung.
Semakin lama, Si Komeng dan kawan-
kawannya menjadi semakin nakal. Mereka
sudah berani mencuri makanan haiwan-
haiwan lain. Makanan yang disimpan di
tempat tinggal haiwan-haiwan itu
pasti akan dicuri oleh Si Komeng
dan kawan-kawannya.
5
Pada suatu petang, Sang Kancil keluar
berjalan-jalan di tepi hutan. Tiba-tiba, dia
ternampak Si Komeng dan kawan-
kawannya sedang mencuri buah
pisang yang ditanam oleh
Si Tupai. Buah pisang itu
6 sedang masak ranum.
Sang Kancil terus memerhatikan Si
Komeng dan kawan-kawannya. Mereka
makan kesemua buah pisang itu. Selepas
itu, mereka mencabut pokok
pisang itu pula. Mereka berasa
sungguh gembira apabila
berbuat begitu. 7
“Komeng, mengapa kamu mencuri buah
pisang kepunyaan Si Tupai? Tahukah
kamu bahawa perbuatan kamu ini salah?”
tegur Sang Kancil.
Si Komeng dan kawan-kawannya
tidak mempedulikan nasihat
Sang Kancil. Malah, mereka
membaling kulit pisang ke arah
8 Sang Kancil.
“Tak guna menasihati haiwan yang
degil. Buang masa sahaja,”
rungut Sang Kancil. Dia segera
berlalu dari situ dengan
perasaan marah. 9
“Apa yang kamu rungutkan itu, Sang
Kancil?” tanya Sang Gajah.
“Si Komeng dan rakan-rakannya itu
sudah melampau! Aku dibalingnya dengan
kulit pisang. Sudahlah mencuri, tidak
mendengar nasihat orang pula,” kata Sang
Kancil dengan geram.
Sang Gajah kasihan melihat Sang
Kancil. Dia mula mencari akal
untuk menghalau Si Komeng
10 dan kawan-kawannya.
“Sang Kancil, nampaknya kita tidak
boleh membiarkan perbuatan Si Komeng
dan kawan-kawannya itu,” kata Sang Gajah
setelah lama terdiam.
“Tetapi bagaimana? Kebanyakan
haiwan di dalam hutan ini takut untuk
berjumpa dengan mereka.
Apatah lagi mahu menasihati
mereka,” kata Sang Kancil
lagi. 11
“Memang betul kata kamu itu, Sang
Kancil. Sebab itulah kita harus bersatu hati
untuk menentang mereka,” Sang Gajah
memberikan pendapat.
“Baiklah, pada malam ini kita panggil
semua penghuni hutan berkumpul
untuk membincangkan masalah
12 kita ini,” kata Sang Kancil pula.
Pada malam itu, semua penghuni Hutan
Balau datang berkumpul di tempat Sang
Gajah. Mereka datang secara senyap-
senyap kerana bimbang Si
Komeng dan kawan-kawannya
tahu rancangan mereka.
13
“Wahai rakan sekalian, tujuan aku
memanggil kamu semua berkumpul pada
hari ini adalah untuk mencari jalan
bagaimana mahu menghalau monyet-
monyet liar itu,” kata Sang Gajah kepada
semua penghuni hutan.
Semua haiwan yang ada di situ
tekun mendengar kata-kata
14 Sang Gajah.
Setelah lama berbincang, akhirnya
mereka bersetuju untuk bersama-sama
menghalau Si Komeng dan kawan-
kawannya.
Pada malam itu, semua haiwan itu
pulang dengan perasaan berdebar-debar.
Mereka berharap pada
keesokan harinya mereka akan
berjaya menghalau Si
Komeng pergi dari hutan itu. 15
Pada keesokan harinya, semua
penghuni Hutan Balau yang diketuai oleh
Sang Gajah menuju ke tempat Si Komeng
dan kawan-kawannya.
Si Komeng yang sedang bermain
bersama-sama kawan-kawannya itu
tidak mempedulikan Sang Gajah
yang datang bersama-sama
16 penghuni hutan yang lain itu.
“Komeng, kami semua mahu kamu dan
kawan-kawan kamu meninggalkan Hutan
Balau,” kata Sang Gajah dengan tegas.
“Tidak, kami tidak akan
meninggalkan Hutan Balau ini,”
kata Si Komeng dengan
sombong. 17
“Baiklah, jika kamu mahu terus tinggal
di sini, kamu harus mengubah sikap kamu
yang buruk itu,” kata Sang Gajah lagi.
“Tidak. Kami tidak akan mendengar
nasihat kamu,” jawab Si Komeng lagi. Si
Komeng dan rakan-rakannya mula
membaling batu ke arah Sang
Gajah dan haiwan-haiwan lain.
Sang Gajah segera menepis
18 batu itu.
Tiba-tiba, batu itu terkena kepala Si
Komeng. Kepalanya telah berdarah.
Dia menjerit kesakitan. Kawan-kawannya
yang berasa takut, segera lari
meninggalkan Si Komeng
sendirian. Si Komeng
menangis kesakitan. 19
Sang Gajah dan haiwan-haiwan yang
lain berasa sangat kasihan melihat Si
Komeng. Mereka membawa Si Komeng
pulang. Si Komeng telah dirawat
dan dijaga dengan baik oleh
Sang Gajah dan penghuni
20 hutan yang lain.
Si Komeng berasa insaf dan amat
menyesal dengan perbuatannya. Dia
meminta maaf daripada Sang Gajah dan
penghuni hutan yang lain.
Sejak hari itu, dia tidak nakal lagi. Si
Komeng juga tidak mahu berkawan dengan
kawan-kawannya lagi. Mereka
telah meninggalkan Si Komeng
sewaktu dia dalam
kesusahan.
21
“Selepas membaca cerita ini,
murid-murid tentu sudah tahu bahawa
sikap bekerjasama dan tolong-menolong
amat penting diamalkan.
Murid-murid juga hendaklah menjauhi
sikap yang tidak baik. Orang yang berhati
batu, suka mencuri, dan suka mengganggu
orang lain tidak disukai oleh kawan-kawan.
Kita juga harus memilih kawan yang baik.
Kawan yang baik akan menolong kita
sekiranya kita berada dalam kesusahan.
”Simpulan Bahasa
Hati batu ◗ Degil dan tidak mendengar
nasihat orang lain
Ayat contoh ◗ Si Komeng yang berhati
batu itu tidak mahu
mendengar nasihat haiwan-
haiwan lain.
22