The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norismawatiishak01, 2022-07-17 22:36:44

MINIT JKS 1 2022/2023

MINIT JKS 1 2022/2023

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU KERTEH
24300 KERTEH KEMAMAN TERENGGANU
Tel: 09 8266088, FAX : 09 8263699

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH
BIL 1 2022 /2023

Tarikh : 17 Mac 2022 (Khamis)
Masa : 9:00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Kg Baru Kerteh

Kehadiran :
1 Cg Zainal Subari Bin Abu Bakar
2 Cg Suhani Binti Mansor
3 Cg Nor Azizah Binti Hassan
4 Cg Rosdi Bin Mamat
5 Cg Abd Wahid Bin Suhimin
6 Cg Ahmad Faris bin Jamaludin
7 Cg Amimah Binti Manaf
8 Cg Azini Binti Mohamad Zawawi
9 Cg Azlina Binti Mustafa
10 Cg Che Wan Samsiah Binti Cw Ibrahim
11 Cg Farrahida Binti Zakbah
12 Cg Haslina Binti Yusof
13 Cg Hasmah Binti Zakaria
14 Cg M.Z. Ida Kartini Binti Mohd Zin
15 Cg Marziana binti Muhammad
16 Cg Marzuki Bin Zakaria
17 Cg Mohd Zamri Bin Harun
18 Cg Mohd Zanuwar Bin Aidi
19 Cg Noor Hasana Binti Zainal Abidin
20 Cg Nor Khaiyisah Husna Binti Amran
21 Cg Siti Amirah binti Nazli
22 Cg Nora Binti Mohd
23 Cg Norismawati Binti Ishak
24 Cg Norma Binti Abdul Rahman

25 Cg Nur Wahdatul Asmaa Binti Alias
26 Cg Raja Salmiah Binti Raja Ngah
27 Cg Rohana Binti Bakar
28 Cg Rohani Binti Hussin
29 Cg Rohaya Binti Husain
30 Cg Rosina Binti Aziz
31 Cg Roslinda Binti Mohd Razali
32 Cg Salina Binti Ismail
33 Cg Siti Norazlin Binti Dintan
34 Cg Yenny Yuslinda Binti Yusoff
35 Cg Zahiran binti Zakaria
36 Cg Zaini Binti Hasin
37 Cg Zaliha bin Ghani

Tidak Hadir :
1. Cg Abu Suffian Bin Ibrahim
2. Cg Hakima Rahizan Binti Adenan
3. Cg Khalsom Binti Abu Sahid
4. Cg Mohamad Saberi Bin Wahab
5. Cg Nur Hidayatul Hakimah Binti Md Adnani
6. Cg Wan Suriah Binti Wan Zaharudin

1.0 UCAPAN PENGERUSI
PKP memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab al Fatihah. Beliau mengucapkan terima
kasih kepada PK HEM, PK KO dan semua guru yang hadir ke mesyuarat JKS Bil 1 untuk sesi
2022/2023. PKP turut mengucapkan terima kasih di atas kerja buat semua guru pada sesi
2021/2022. PKP berharap semua guru faham akan tugas yang perlu dibuat selepas ini.

Tindakan: Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT JKS BIL 1 2022/2023

Dicadangkan oleh : Cg. Marzuki

Disokong oleh : Cg. Abd Wahid Suhimin

3.0 PERKARA BERBANGKIT
Tiada

4.0 PANITIA
4.1 Pengurusan Fail
PKP mengucapkan tahniah kepada panitia Bahasa Melayu dan Sejarah kerana telah berjaya
mengemaskini dan menghantar fail panitia. Beliau berharap panitia lain dapat
melengkapkan dan menghantar fail panitia masing-masing.

Tindakan: Ketua panitia

4.2 Pengurusan panitia matapelajaran
PKP memaklumkan semua panitia agar mengadakan mesyuarat panitia 4 kali setahun dan
mesyuarat kali pertama perlu dijalankan pada minggu pertama/ kedua persekolahan.

Tindakan: Ketua panitia

4.3 Memperkasakan panitia:
PKP berharap semua panitia dapat memperkasakan panitia melalui:

a) Membuat agihan tugas panitia
b) Agihan belanja mengurus (kewangan panitia) -penerangan mengenai kewangan sekolah

akan dijalankan oleh kerani kewangan sekolah dan panitia perlu mengetahui jumlah
peruntukan yang diterima.
c) PBD
d) CUP3
e) Perancangan Strategik Panitia
f) Penggubalan RPT berdasarkan takwim & DSKP
g) ERPH
h) Agihan latihan & kerja murid
i) Penentuan penggunaan buku kerja, buku aktiviti & buku tulis – eviden murid di tampal di
dalam buku tulis murid.
j) Semakan buku tulis- KP perlu ada cop untuk semak buku tulis murid & perlu tentukan
jadual semakan buku tulis.
k) Penggubalan soalan PPT dan PAT
l) PLC & LADAP perlu dijalankan dengan kerap untuk membincangkan atau berkongsi idea
bersama ahli panitia.

Tindakan: Ketua panitia

5.0 TAKWIM PERSEKOLAHAN
PKP memberitahu bahawa sesi persekolahan akan bermula pada 21 Mac 2022 (Isnin) dan
takwim kurikulum akan diedarkan kepada semua ketua panitia sebagai rujukan untuk
menyiapkan RPT pada tahun ini.

Hari persekolahan pada tahun ini adalah selama 198 hari/ 43 minggu. Jadual waktu akademik
adalah selama 39 minggu dan 4 minggu pula adalah peruntukkan untuk aktiviti selain daripada
PdPC ujar PKP. Peruntukan masa minimum matapelajaran mengikut Surat Pekeliling Bil 8/2016
untuk mengelakkan defisit matapelajaran.

Bagi murid yang terlibat dengan penggiliran minggu (pembelajaran kendiri di rumah), guru
perlu membekalkan bahan kepada murid ujar PKP.

Tindakan: Makluman

6.0 ISU BEG BERAT
PKP menyarankan beberapa solusi untuk mengatasi isu beg berat murid antaranya:
a) Meminimumkan penggunaan buku latihan untuk setiap matapelajaran.
b) Memastikan murid membawa buku mengikut jadual waktu.
c) Guru perlu bijak merancang PdP dan mempelbagaikan aktiviti di dalam kelas (PAK21).

Cg Farra mencadangkan agar buku tulis murid di simpan di dalam kelas. PKP bersetuju dengan
cadangan beliau dan berharap agar guru kelas dapat menyediakan tempat yang sesuai untuk
murid menyimpan buku di dalam kelas.

Tindakan: Semua guru

7.0 JADUAL WAKTU
PKP memaklumkan jadual waktu terkini telah dijanakan, matapelajaran Bahasa Inggeris dijadikan
matapelajaran anjal untuk mengatasi isu beg berat.
Tindakan: Makluman

8.0 PENTAKSIRAN & PENILAIAN / PBD
PKP mengucapkan terima kasih kepada ketua panitia kerana telah berjaya mengisi dan
menghantar data PBD dengan lengkap baru-baru ini.

Bermula sesi ini, semua aktiviti penilaian dan pentaksiran dijalankan secara bersemuka.
Peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun adalah wajib bagi murid tahap dua
ujar PKP. Beliau menyatakan JPNT bakal mewujudkan portal PBD yang boleh di akses oleh guru
dan ibu bapa secara berpusat.

Tindakan: Makluman

PKP telah berkongsi laporan Analisa PBD akhir tahun sesi 2021/2022 kepada semua guru.
Secara keseluruhannya, keputusan PBD murid berada di tahap sederhana sahaja (TP4). Beliau
berharap agar semua guru dapat memikirkan cara untuk tingkatkan tahap penguasaan murid.
Beliau juga menyarankan agar menilai murid secara berperingkat mengikut tahap murid dan
hasil penilaian perlu direkod ke dalam borang rekod transit.

Tindakan: Panitia

9.0 CUP FASA 3
Selama 4 minggu, CUP 3 akan berjalan melibatkan matapelajaran BM, BI, SN dan MT bagi
Tahun 2, 3 & 4 sahaja. Murid-murid yang mendapat TP1, 2 & 3 terlibat dengan CUP 3 pada kali
ini. PKP mengarahkan guru-guru menggunakan pendekatan pembelajaran terbeza bagi murid-
murid yang ini. Data CUP 3 perlu diisi menggunakan template yang disediakan oleh pihak
sekolah.
Tindakan: Guru MP

10.0 RONDAAN PEMBELAJARAN (LW)
PKP meminta guru kelas menggunakan senarai semak keperluan kelas sebagai panduan untuk
menyediakan kelas ke arah kelas model TS25. Senarai semak tersebut perlulah di tampal di
dalam kelas masing-masing.
Tindakan: Guru Kelas

PKP turut mengarahkan semua guru agar dapat menulis OPKK di papan putih bermula minggu
hadapan dan OPKK dikongsi dan dibaca bersama-sama murid pada setiap waktu PdPC.

Tindakan: Semua guru

11.0 HAL-HAL LAIN
11.1 Fail murid

PKP memberitahu guru kelas agar menyimpan fail murid di dalam bilik fail dan dapat
mengemaskini maklumat muka hadapan fail murid. Bagi murid baru, beliau berharap agar guru
kelas dapat menyediakan fail murid mengikut standard fail sekolah yang seragam.

Tindakan: Guru Kelas

11.2 Buku Pengurusan Sekolah
PKP berharap agar semua guru dapat menyemak buku pengurusan sekolah sesi 2022/2023
terutamanya pada bahagian jadual pencerapan, penghantaran buku kerja, kumpulan semakan
eRPH & PBPPP.
Tindakan: Semua Guru

11.3 PBPPP
Beliau meminta semua guru agar dapat menetapkan sasaran pada borang keberhasilan
masing-masing pada sesi ini. Bagi borang peniaian kendiri Std4 SKPMg2, semua guru perlu
menghantarnya kepada penyelaras SKPMg sebelum 21 April ini.
Tindakan: Semua Guru

11.4 Buku Kerja Murid
Senarai harga buku kerja murid akan diedarkan kepada ibu/bapa selepas sesi persekolahan 2022/
2023 dibuka ujar PKP. Ustazah Haslina kan menguruskan agihan buku kerja ini.

Tindakan: Makluman

11.5 Tahun 1 dan murid Pra Sekolah
PKP memaklumkan ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah. Pada hari
pertama persekolahan, murid pra akn dibawa masuk ke kelas pra sekolah dan murid tahun 1
berkumpul di dewan bersama guru kelas.

Tindakan: Semua Guru

11.6 PSS
PKP mengumumkan Cg Marziana dilantik menjadi guru NILAM menggantikan Ustazah Rosina.
Cg Zaliha kekal sebagai GPM dan Ustazah Wan Suriah sebagai guru perpustakaan.

Tindakan: Makluman

12.0 PENUTUP
PKP mengucapkan terima kasih kepada semua guru di atas tugas dan tanggungjawab yang telah
dan sedang dijalankan, terutamanya kepada murid-murid. PKP juga meminta para guru sama-
sama berdoa agar sentiasa dirahmati dan dipermudahkan segala urusan dan kerja buat kita.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1:00 petang dengan bacaan surah al Asr dan tasbih kaffarah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................ ..................................
( NORISMAWATI BINTI ISHAK) (SUHANI BINTI MANSOR)
Setiausaha JKS Penolong Kanan Pentadbiran
SK Kampung Baru Kerteh SK Kampung Baru Kerteh


Click to View FlipBook Version