The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amitaxy9, 2024-01-09 12:06:18

Polisi Operasi Perkhidmatan Radiologi Negeri Selangor Edisi Kedua 2023

Polisi untuk kegunaan hospital di Negeri Selangor

POLISI OPERASI PERKHIMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR E d i s i K e d u a - 2 0 2 3


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR 2023 Edisi Pertama 2013 Edisi Kedua 2023 Diterbitkan oleh, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Tingkat 9,10,11 & 17 Wisma Sunway, Jalan Persiaran Kayangan, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor HAK CIPTA TERPELIHARA. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa juga sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin daripada penerbit.


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 2 POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR 2023 Ini mengesahkan polisi ini telah diluluskan untuk digunakan sebagai rujukan dan panduan di semua Hospital dan Klinik Kesihatan di Negeri Selangor. Diluluskan oleh: DATO’ INDERA DR. SHA’ARI BIN NGADIMAN No. Pendaftaran penuh MPM: 26842, NSR: 127761 Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Tarikh:


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 3 ISI KANDUNGAN BIL TAJUK MUKASURAT i. Kata-Kata Aluan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor 5 ii. Kata-Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) 6 iii. Kata-kata Aluan Ketua Perkhidmatan Radiologi Negeri Selangor 7 iv. Senarai Jawatankuasa Penyediaan Polisi Perkhidmatan Radiologi Negeri Selangor 8-10 1.0 Pengenalan 11 2.0 Organisasi 11-12 3.0 Visi 12 4.0 Misi 13 5.0 Objektif 13 6.0 Skop Perkhidmatan 13 6.1 Peringkat Hospital 13-14 6.2 Peringkat Klinik Kesihatan 14 7.0 Polisi Operasi 14 7.1 Polisi Am 14-16 7.2 Penjadualan Pemeriksaan dan Persediaan Pesakit 16-17 7.3 Menjalankan Pemeriksaan 17-18 7.4 Pemeriksaan Radiografi Am 18-19 7.5 Pemeriksaan Ultrasound 19-20 7.6 Pemeriksaan CT Scan 20 7.7 Pemeriksaan MRI 21 7.8 Pemeriksaan Mammografi 21-22 7.9 Pemeriksaan Fluoroskopi 22 7.10 Pemeriksaan Bone Mineral Densitometri 23 7.11 Pemeriksaan Radiografi Pergigian 23 7.12 Pemeriksaan Intravenous Urography (IVU) 23 7.13 Pemeriksaan Radiologi Intervensi 23-24 7.14 Pemeriksaan Radiologi Forensik 24


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 4 ISI KANDUNGAN BIL TAJUK MUKASURAT 8.0 Penjagaan Pesakit 23-26 9.0 Pelaporan Dan Pengendalian Imej/Filem 26 10.0 Keselamatan dalam Pengimejan 26 10.1 Keselamatan Sinaran 26-27 10.2 Keselamatan MRI 27-28 10.3 Keselamatan Bagi Pesakit Dan Pekerja Sinaran Yang Mengandung 29 10.3.1 Keselamatan Sinaran Mengion ke atas Pesakit Yang Mengandung 29 10.3.2 Keselamatan Sinaran Mengion ke atas Pekerja Sinaran Yang Mengandung 29 10.3.3 Keselamatan MRI ke atas Pesakit Mengandung 30 10.3.4 Keselamatan MRI ke atas Pekerja Sinaran Yang Mengandung 30 10.4 Keselamatan Peralatan, Radas Pengimejan dan Fasiliti Berkaitan 30-31 10.5 Keselamatan Kontras Media 31-32 11.0 Pemeriksaan Untuk Pesakit Dengan Keperluan Khas 32 12.0 Kawalan Infeksi 32 13.0 Pelaporan Insiden (Incident Reporting) 32 14.0 Latihan/ CME 33 15.0 Rujukan 34 16.0 Lampiran 35-63


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 5 KATA-KATA ALUAN PENGARAH JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahatera, Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Radiologi Negeri Selangor dan semua pihak yang terlibat kerana berjaya menghasilkan dan menerbitkan buku panduan Polisi Perkhidmatan Radiologi Negeri Selangor Edisi Kedua (2). Seperti yang disedia maklum, Perkhidmatan Radiologi diperingkat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor adalah bertanggungjawab dalam memastikan perkhidmatan Radiologi di semua fasiliti seluruh Selangor termasuk Klinik Kesihatan berjalan dengan teratur dan lancar. Justeru itu, dengan adanya polisi ini, diharapkan dapat memberi panduan kepada semua pihak berkenaan dengan perkhidmatan Radiologi dan menyumbang kepada langkah-langkah penyeragaman amalan. Diharapkan polisi ini juga dapat menjadi rujukan bagi melahirkan warga kerja di Jabatan Radiologi yang berkualiti, berketerampilan, mempunyai tahap amalan profesionalisma yang tinggi, berpengetahuan, kesedaran keselamatan sinaran mengion dan berkemahiran dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada semua Ahli Jawantankuasa Perkhidmatan Radiologi Negeri Selangor kerana berjaya menghasilkan buku polisi ini. Seharusnya pujian diberikan kepada semua ahli jawantankuasa yang diketuai dan dibimbing oleh Dr. Sharifah @ Mastura binti Syed Abu Bakar di atas dedikasi dan komitment yang berterusan. Syabas dan tahniah. Ybhg Dato’ Indera Dr. Sha’ari bin Ngadiman Pengarah Kesihatan Negeri Selangor


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 6 KATA-KATA ALUAN TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI (PERUBATAN) Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahatera, Saya ingin mengucapkan syabas kepada Ahli Jawatankuasa Radiologi Negeri Selangor dan semua pihak yang terlibat kerana berjaya mengemaskini dan menerbitkan Edisi Kedua (2) berkenaan Polisi Perkhidmatan Radiologi Negeri Selangor. Radiologi telah berkembang dengan pesat sejak penemuan sinar-x pada 8 November 1895 oleh Profesor Wilhelm Conrad Roentgen. Jenis modaliti dalam perkhidmatan Radiologi juga turut bertambah dari tahun ke tahun sejajar dengan perkembangan teknologi semasa serta perkhidmatan diagnostik dan evolusi Radiologi Intervensi di dalam pengurusan pesakit di fasiliti kesihatan kerajaan. Perkhidmatan yang diberikan juga harus berkualiti dan warga kerja di Jabatan/ Unit Radiologi juga harus cekap dalam memastikan keselamatan pesakit dijaga dengan baik. Penerbitan polisi ini adalah sesuai dijadikan sebagai rujukan yang mementingkan prinsip dan budaya kerja yang efisen. Sekian, Terima kasih. Dr. Faizal bin Mat Ariffin Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan)


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 7 KATA-KATA ALUAN KETUA PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya Perkhidmatan Radiologi telah berjaya mengemaskini Polisi Perkhidmatan Radiologi Negeri Selangor Edisi Kedua (2). Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Radiologi Negeri Selangor yang telah bertungkus lumus mengembleng tenaga dalam penyediaan polisi ini. Matlamat dokumen polisi ini adalah bertujuan untuk mewujudkan garis panduan dan rujukan yang bersesuaian dengan semua hospital dan klinik kesihatan di negeri Selangor. Diharapkan polisi ini dapat membantu di dalam mengurangkan sebarang kekeliruan atau kemusykilan di dalam Perkhidmatan Radiologi Negeri Selangor. Polisi ini juga menitikberatkan isu berkaitan dengan pesakit dan warga kerja radiologi supaya ianya menjadi rujukan utama dalam amalan perkhidmatan radiologi yang tepat dan selamat. Polisi ini tidak akan lengkap tanpa sumbangan dan komitmen padu dari semua ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus menyiapkanya. Akhir sekali, saya berharap agar polisi ini dapat digunakan dengan sebaiknya dalam melaksanakan tugas harian dan meningkatkan nama Perkhidmatan Radiologi di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor secara khususnya. Sekian, terima kasih. Dr. Sharifah @ Mastura binti Syed Abu Bakar Ketua Perkhidmatan Radiologi Negeri Selangor (2018-2023)


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 8 AHLI JAWATANKUASA JABATAN RADIOLOGI HOSPITAL NEGERI SELANGOR Dr Sharifah @ Mastura binti Syed Abu Bakar Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan Radiologi Gred Khas B Hospital Sultan Idris Shah, Serdang Dr Yusri bin Mohammed Pakar Perunding Radiologi Gred Khas C Hospital Sultan Idris Shah, Serdang Dr Siti Jusna @ Siti Sharifah binti Muhamad Pakar Perunding Radiologi UD56 Hospital Sultan Idris Shah, Serdang Dr Ruwaida binti A. Rahim Pakar Perunding Radiologi UD56 Hospital Sultan Idris Shah, Serdang Siti Normasitah bt Masduki Pegawai Sains (Fizik) C48 Nur Syahida bt Mohammad Ketua Juru X-Ray U44 Hospital Sultan Idris Shah, Serdang Normiza Syam binti Samsudin Juru X-Ray U44 Hospital Sultan Idris Shah, Serdang Noor Hasyifah binti Abdullah Pegawai Sains (Fizik) C44 Hospital Sultan Idris Shah, Serdang Khatijah binti Ali Juru X-Ray U42 Hospital Sultan Idris Shah, Serdang Bakhtiar bin Mohd Ramadhan Pegawai Sains (Fizik) C41 Hospital Sultan Idris Shah, Serdang Hospital Sultan Idris Shah, Serdang Dr Siti Aspalekha binti Jayus Pakar Perunding Radiologi dan Ketua Jabatan UD56 Hospital Kajang Dr Noorasikin binti Abd Halim Pakar Radiologi UD56 Hospital Kajang Nurul Aida Nusairah binti Mohd Yusri Pegawai Sains (Fizik) C41 Hospital Kajang Khairulzaman bin Abd Razak Ketua Juru X-Ray U41 Hospital Kajang Fazilah binti Jamaludin Juru X-Ray U32 (TBK) Hospital Kajang Dr Mohamad Asnawi bin Soroni Pakar Perunding Radiologi UD56 dan Ketua Jabatan Hospital Shah Alam Mohd Hiduan bin Daud Ketua Juru X-Ray U42 Hospital Shah Alam Nafizatul Khairiah binti Mohd Shamsuri Pegawai Sains (Fizik) C41 Hospital Shah Alam Dr Azlina binti Abdul Manan Pakar Perunding Radiologi Gred Khas C dan Ketua Jabatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 9 Dr Zamzami Noor Arifah binti Zakaria Pakar Perunding Radiologi UD56 Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Dr Lee Sien Mei Pegawai Perubatan Radiologi UD52 Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Khairun Nisa’a binti Khairul Zaman Ketua Juru X-Ray U44 Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Surani binti Ibrahim Pegawai Sains (Fizik) C44 Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Siti Nor Salmi binti Said Juru X-Ray U42 Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Dr Rofiah binti Ali Pakar Perunding Radiologi Gred Khas C dan Ketua Jabatan Hospital Sungai Buloh Dr Noor Aida binti Mat Daud Pakar Radiologi UD 56 Hospital Sungai Buloh Amita Kaur Kartar Singh Ketua Juru X-Ray U44 Hospital Sungai Buloh Norafatin binti Khalid Pegawai Sains (Fizik) C41 Hospital Sungai Buloh Dr Emelianah binti Saidil Pakar Radiologi UD56 Hospital Ampang Dr Noorakmal binti Abdullah Pakar Radiologi UD56 Hospital Ampang Dr Norhaslinda binti Kamiso Pakar Radiologi UD56 Hospital Ampang Sharmila binti Mohd Imran Pegawai Sains (Fizik) C48 Hospital Ampang Norasikin binti Ismail Ketua Juru X-Ray U44 Hospital Ampang Mohd Fauzie bin Shamsudin Juru X-Ray U41 Hospital Ampang Mohd Izwan bin Mamat Razmi Pegawai Sains (Fizik) C41 Hospital Ampang Dr Abdul Muhaymin bin Mazeni Pakar Radiologi UD54 Hospital Selayang Suratey binti Sulaiman Pegawai Sains (Fizik) C44 Hospital Selayang Zainor Fariza binti Zinon Abidin Ketua Juru X-Ray U44 Hospital Selayang Mazlipah binti Ibraham Juru X-Ray U42 Hospital Selayang Mohd Azim bin Mohd Pilus Juru X-Ray U42 Hospital Selayang


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 10 Mohd Azhar bin Ramli Juru X-Ray U36 Hospital Selayang Dr Azirawati binti Muhammad Ghazi Pakar Perunding Radiologi UD56 dan Ketua Jabatan Hospital Cyberjaya Ridani binti Mohamad Ketua Juru X-Ray U44 Hospital Cyberjaya Mohd Rahimi bin Ab Rahman Juru X-Ray U32 Hospital Cyberjaya Muhammad Syafiq bin Shamsulnidza Juru X-Ray U29 Hospital Cyberjaya Dr Adib bin Amir Pakar Radiologi UD48 dan Ketua Jabatan Hospital Tanjong Karang Norasmah binti Bador Ketua Juru X-Ray U42 Hospital Tanjong Karang Nurain binti Borhan Pegawai Sains (Fizik) C44 Unit Kawalselia Radiasi Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Rohana binti Walid Penyelaras Juru X-Ray Klinik Kesihatan Klinik Kesihatan


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 11 1.0 PENGENALAN Perkhidmatan Radiologi Di Negeri Selangor mempunyai 13 buah hospital termasuk 1 Hospital Negeri, 7 Hospital Pakar Major, 2 Hospital Pakar Minor serta 3 Hospital Tanpa Pakar. Buat masa kini sehingga tahun 2023, terdapat 31 buah Klinik Kesihatan di seluruh Negeri Selangor yang menyediakan perkhidmatan Radiografi Am. Negeri Selangor mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, dengan itu memerlukan perkhidmatan kepakaran yang meluas. Perkhidmatan Radiologi mendokong perkhidmatan radiografi serta perkhidmatan pemeriksaan radiologi khas. Beberapa hospital di negeri Selangor merupakan pusat rujukan khusus peringkat tertiari. Perkhidmatan Radiologi Negeri Selangor diketuai oleh seorang Pakar Perunding Radiologi yang dilantik oleh Pengarah Kesihatan Negeri. Beliau akan dibantu oleh seorang Ketua Bidang Juru X-Ray (Diagnostik) Negeri dan Penyelaras Pegawai Sains Fizik Hospital yang juga dilantik oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. 2.0 ORGANISASI 2.1 Organisasi setiap Jabatan Radiologi ditentukan oleh kategori hospital, tahap penjagaan pesakit dan skop perkhidmatan yang disediakan. 2.2 Perkhidmatan Radiologi di Selangor diketuai oleh Pakar Perunding Radiologi yang dilantik oleh Pengarah Kesihatan Negeri. 2.3 Jabatan Radiologi diketuai oleh Pakar Radiologi yang dilantik oleh Pengarah Hospital. Bagi Hospital Tanpa Pakar, seorang Juru X-Ray Kanan akan dilantik oleh Pengarah Hospital untuk mengetuai unit berkenaan. Beliau memikul tanggungjawab berikut: 2.3.1 Bertanggungjawab ke atas pengurusan perkhidmatan klinikal radiologi dan pentadbiran jabatan di peringkat hospital. 2.3.2 Perancangan serta penggunaan optimum tenaga kerja dan memastikan aktiviti diagihkan sewajarnya mengikut kepada kedudukan, kemahiran dan kebolehan warga kerja.


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 12 2.3.3 Merancang dan melaksanakan belanjawan tahunan untuk jabatan. 2.3.4 Memastikan pembangunan profesional berterusan (CPD) termasuk latihan, aktiviti kualiti dan penyelidikan dijalankan secara berkala. 2.4 Ketua Juru X-Ray hospital bertindak sebagai pengurus jabatan dan membantu Ketua Jabatan dalam pengurusan pentadbiran serta penyeliaan sumber manusia. 2.5 Jabatan mempunyai wakil dalam Jawatankuasa Perlindungan Sinaran di peringkat hospital dan negeri serta pelbagai jawatankuasa yang berkaitan di peringkat kebangsaan, kementerian, negeri dan hospital. 2.6 Jabatan Radiologi berkemungkinan akan berinteraksi atau berhubung dengan kementerian/jabatan/agensi/unit lain berkenaan hal klinikal dan bukan klinikal (jika berkaitan). 2.7 Kategori sumber manusia di Jabatan Radiologi peringkat hospital berpakar. 2.7.1 Pakar Radiologi 2.7.2 Pegawai Perubatan 2.7.3 Pegawai Sains (Fizik) 2.7.4 Juru X-Ray 2.7.5 Jururawat 2.7.6 Pembantu Tadbir 2.7.7 Pembantu Perawatan Kesihatan 2.7.8 Pembantu Operasi 2.7.9 Personnel MyStep 3.0 VISI Perkhidmatan radiologi yang selamat, cekap dan berkualiti. 4.0 MISI Untuk menyediakan perkhidmatan radiologi yang berkualiti dan cemerlang melalui pasukan warga kerja profesional, prihatin dan berdedikasi.


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 13 5.0 OBJEKTIF 5.1 Menyediakan perkhidmatan diagnostik dan intervensi yang sesuai, berkesan dan cekap menggunakan teknologi semasa oleh warga kerja terlatih. 5.2 Mematuhi undang-undang, peraturan, piawaian dan garis panduan yang berkaitan untuk memastikan keselamatan terhadap pesakit, orang awam, warga kerja, peralatan dan fasiliti. 5.3 Menggalakkan pembangunan profesional berterusan, aktiviti peningkatan kualiti dan penyelidikan. 6.0 SKOP PERKHIDMATAN 6.1 Peringkat Hospital Jabatan Radiologi menyediakan perkhidmatan diagnostik dan intervensi untuk pesakit semua peringkat umur dan disiplin. Perkhidmatan mudah alih disediakan untuk pesakit kritikal dan tidak ambulatori. Perkhidmatan radiologi kecemasan beroperasi 24 jam. 6.1.1 Perkhidmatan Radiologi Hospital i) Radiografi Am ii) Ultrasound iii) Computed Tomography (CT Scan) iv) Magnetic Resonance Imaging (MRI) v) Mamografi vi) Angiografi vii) Fluoroskopi viii) Bone Mineral Densitometry (BMD) ix) Radiografi Pergigian (OPG/CBCT) x) Intravena Urografi (IVU) 6.1.2 Perkhidmatan Radiologi Hospital Mudah Alih i) Radiografi Am ii) Ultrasound


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 14 iii) Fluoroskopi Am Mudah Alih (C-Arm) 6.1.3 Perkhidmatan Radiologi Intervensi Hospital Perkhidmatan Radiologi Intervensi merupakan prosedur diagnostik dan terapeutik invasif minima berpandukan modaliti pengimejan. Bagi prosedur diagnostik dan teraputik invasif yang lebih kompleks, akan dirujuk ke hospital yang mempunyai Pakar Radiologi Intervensi. 6.1.4 Perkhidmatan Radiologi Periferi Hospital 6.1.5 Perkhidmatan Forensik Hospital 6.1.6 Perundingan bersama Pakar Radiologi 6.1.7 Pusat latihan berkaitan bidang Radiologi 6.2 Peringkat Klinik Kesihatan Perkhidmatan Radiologi Negeri menyelia Unit Radiologi di Klinik Kesihatan yang mempunyai modaliti Radiografi Am mengikut zon serta pembahagian daerah kesihatan awam. 6.2.1 Perkhidmatan Radiologi Klinik Kesihatan i) Radiografi Am 7.0 POLISI OPERASI 7.1 Polisi Am 7.1.1 Semua prosedur radiologi hendaklah dilakukan oleh warga kerja yang berkelayakan dan terlatih. 7.1.2 Semua kategori warga kerja hendaklah melaksanakan tugas khusus yang bersesuaian dengan tahap kemahiran dan kecekapan mereka.


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 15 7.1.3 Pemeriksaan atau prosedur radiologi hanya boleh dimohon oleh pengamal perubatan berdaftar. Permohonan tersebut hendaklah mengandungi maklumat klinikal untuk menjustifikasikan pemeriksaan tersebut. 7.1.4 Semua permohonan untuk pemeriksaan radiologi hendaklah disertakan dengan Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi (PER.SS/RA301 Pind1/2018) atau melalui sistem IT (termasuk borang keizinan dan senarai semak jika berkaitan). Permohonan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya data berikut: Nama, nombor kad pengenalan/ nombor pendaftaran pesakit, umur, jantina, wad/klinik, bahagian yang akan diperiksa/ prosedur, Last Menstrual Period (LMP) dan data klinikal yang berkaitan. 7.1.5 Keizinan pemeriksaan i. Semua pemeriksaan yang menggunakan media kontras intravena perlu mendapatkan keizinan dari pesakit atau waris/ penjaga menggunakan borang keizinan. (Rujuk: Lampiran 2 Borang Keizinan Bagi Pesakit Menjalani Prosedur Radiologi Yang Memerlukan Suntikan Media Kontras dan Surat Arahan Makluman Penggunaan Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi bagi Perkhidmatan Radiologi Yang Baharu di Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia. KKM.600-27/1/2 Jld.2 (23) 06 November 2018). ii. Pesakit yang tidak dapat memberi keizinan termasuk pesakit hamil (contoh: pesakit koma, trauma, tidak waras) perlu mendapatkan keizinan dari waris atau penjaga. Dalam situasi kecemasan dan ketiadaan waris atau penjaga, keizinan perlu diberikan oleh dua orang pakar. iii. Pesakit hamil yang memerlukan pemeriksaan Radiologi: a. Di hospital, borang keizinan yang telah ditandatangani oleh pesakit, perlu diperakukan dan ditandatangani oleh Pegawai Perubatan/ Pakar yang merawat serta disahkan oleh Pegawai Perubatan Radiologi/ Pakar Radiologi. b. Di klinik kesihatan, borang keizinan bagi pemeriksaan Radiografi Am yang telah ditandatangani oleh pesakit, perlu diperakukan dan ditandatangani oleh Pegawai Perubatan yang merawat serta disahkan oleh Pakar


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 16 Perubatan Keluarga/ Pegawai Perubatan yang menjaga. 7.1.6 Waktu operasi untuk semua jenis pemeriksaan pada waktu pejabat (8.00 pagi – 5.00 petang pada hari bekerja). 7.1.7 Pemeriksaan di luar waktu pejabat (selepas jam 5.00 petang hari bekerja, hujung minggu dan cuti umum) hendaklah dilaksanakan mengikut keperluan kecemasan atau polisi tempatan. 7.1.8 Pemeriksaan atau prosedur yang memerlukan sedasi atau bius am adalah di atas tanggungjawab primary team atau mengikut polisi tempatan. 7.2 Penjadualan Pemeriksaan dan Persediaan Pesakit 7.2.1 Pemeriksaan Radiografi Am dilakukan pada hari yang sama melainkan dinyatakan sebaliknya. 7.2.2 Pemeriksaan/ prosedur khas akan dijadualkan mengikut keutamaan atau temujanji. 7.2.3 Permohonan untuk pemeriksaan atau prosedur khas hendaklah dibuat oleh pakar. Walau bagaimanapun, pegawai perubatan boleh membuat permohonan selepas berunding dengan pakar. Permohonan boleh dibuat menggunakan Lampiran 1: Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi (PER.SS/RA301 Pind1/2018) atau melalui sistem IT. 7.2.4 Pegawai perubatan yang memohon hendaklah menyaring dan membuat persediaan pesakit untuk prosedur radiologi. Senarai semak dan borang keizinan yang berkaitan hendaklah dilengkapkan oleh pegawai perubatan yang memohon dan disemak semula oleh Jabatan Radiologi. 7.2.5 Bagi pemeriksaan berkontras, status fungsi renal perlu disertakan terutamanya untuk pesakit yang berisiko tinggi. Bagi pesakit yang mempunyai bacaan fungsi renal yang tidak normal (renal impairment) rujukan kepada Pakar Nefrologi/ Pakar Perubatan adalah disarankan mengikut polisi tempatan atau merujuk pada


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 17 dokumen National Radiology Intravascular Contrast Media SOP, 2023. 7.2.6 Penjadualan semula pemeriksaan radiologi mungkin boleh dilakukan dalam situasi berikut: i) Persediaan pesakit tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat tertentu di mana keselamatan pesakit mungkin terjejas. ii) Pesakit hadir lewat pada hari temujanji atau hadir pada tarikh yang salah atau tidak hadir. iii) Peralatan rosak/ tidak berfungsi dengan baik. 7.2.7 Permohonan pemeriksaan radiologi khas dari hospital tanpa pakar akan disaring dan diberikan temujanji oleh Jabatan Radiologi di bawah zon kluster hospital yang berkenaan. 7.2.8 Permohonan pemeriksaan radiologi khas dari klinik kesihatan juga akan disaring dan diberikan temujanji oleh Jabatan Radiologi di bawah hospital seliaan yang berkenaan. Jenis pemeriksaan yang boleh dimohon oleh Pakar Perubatan Keluarga di Klinik Kesihatan: i) Pemeriksaan Radiografi Am ii) Pemeriksaan Ultrasound iii) Pemeriksaan CT Scan tanpa kontras (CT Scan Brain dan CT Urografi sahaja) iv) Pemeriksaan saringan Mamografi 7.3 Menjalankan pemeriksaan 7.3.1 Setiap pemeriksaan hendaklah didaftarkan secara manual atau sistem IT. 7.3.2 Semua warga kerja hendaklah mengamalkan Universal Precaution pada setiap masa. 7.3.3 Setiap pesakit yang memerlukan pemeriksaan hendaklah disahkan identiti menggunakan sekurang-kurangnya dua (2) identifikasi seperti berikut:


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 18 i) Nama Penuh ii) Nombor Kad Pengenalan/ Nombor Pasport iii) Nombor Pendaftaran Hospital iv) Tag ID Hospital v) Kad Pendaftaran Hospital vi) Tarikh Lahir vii) Maklumat dari pengiring/ waris pesakit viii) Lain-lain dokumen rasmi 7.3.4 Setiap warga kerja hendaklah bertanggungjawab memastikan pemeriksaan yang tepat dilakukan untuk pesakit yang betul. 7.3.5 Juru X-Ray hendaklah bertanggungjawab untuk menghasilkan imej yang berkualiti dan bernilai diagnostik mengikut jenis pemeriksaan. 7.3.6 Prinsip dan polisi perlindungan sinaran hendaklah dipatuhi pada setiap masa. 7.3.7 Pemeriksaan ke atas pesakit wanita apabila dijalankan oleh petugas lelaki perlu dengan kehadiran chaperone. 7.4 Pemeriksaan Radiografi Am 7.4.1 Hanya individu tertentu dibenarkan berada di dalam bilik pemeriksaan x-ray semasa pemeriksaan dijalankan sekiranya diperlukan. Rujuk MS 838:2007. Malaysian Standard dan Kod Amalan untuk Perlindungan Sinaran - Diagnosis X-Ray Perubatan (Semakan Pertama). 7.4.2 Di dalam situasi apabila pesakit perlu dipegang atau ditemani, pemilihan individu adalah dipilih mengikut keutamaan berikut: i) Waris terdekat ii) Saudara yang mengiringi pesakit iii) Petugas kesihatan yang mengiringi pesakit 7.4.3 Individu yang memegang pesakit semasa pemeriksaan x-ray perlu diberikan apron plumbum (minimum bersamaan 0.25mm Pb atau yang setara) dan alat pelindung lain yang sesuai untuk dipakai. Pastikan tiada bahagian badan individu tersebut yang berada di kawasan dedahan utama (primary beam).


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 19 7.4.4 Wanita hamil atau individu di bawah umur 18 tahun TIDAK boleh mengiring atau menemani pesakit semasa pemeriksaan dijalankan. 7.4.5 Pemeriksaan perlu dijalankan mengikut protokol dan garis panduan yang ditetapkan. (Rujuk Lampiran 5: Carta Alir Pemeriksaan Radiografi Am dan Mudah Gerak) 7.4.6 Tiada persediaan pesakit yang khusus untuk semua pemeriksaan Radiografi Am. 7.4.7 Radiografi mudah gerak boleh dilakukan di wad, dewan bedah, Jabatan Kecemasan atau Jabatan Forensik dalam situasi berikut dan mengikut garis panduan tertentu. i) Pesakit yang tidak stabil dan tidak boleh dimobilisasikan. ii) Pesakit yang di dalam pengasingan/ isolasi. iii) Mayat atau bahagian anggota badan (body parts). 7.5 Pemeriksaan Ultrasound 7.5.1 Pemeriksaan Ultrasound akan dilakukan oleh Pakar Radiologi atau Pegawai Perubatan Radiologi. 7.5.2 Bagi hospital tanpa pakar, pemeriksaan ultrasound dijalankan oleh Pakar Radiologi (Visiting Radiologist) atau Pegawai Perubatan Radiologi mengikut zon kluster hospital atau ketetapan lain yang telah dipersetujui. 7.5.3 Persediaan pesakit untuk pemeriksaan ultrasound perlu mengikut garis panduan pesakit di hospital masing-masing. 7.5.4 Pemeriksaan hendaklah dijalankan mengikut protokol dan garis panduan yang ditetapkan. (Rujuk Lampiran 6: Carta Alir Pemeriksaan Ultrasound) 7.5.5 Pemeriksaan Ultrasound Mudah Alih i) Perkhidmatan Ultrasound Mudah Alih disediakan untuk pesakit yang kritikal dan pesakit non-ambulatori. Rujuk: Surat


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 20 Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Bil 44 dlm KKM-87 (P20/503) Bhg 8-24 Jun 2005. ii) Mesin Ultrasound Mudah Alih disediakan oleh primary team yang memohon pemeriksaan dan bergantung pada ketersediaan peralatan di hospital masing-masing. iii) Pemeriksaan Ultrasound Mudah Alih boleh dijalankan di dalam wad, unit rawatan rapi, dewan bedah dan Jabatan Kecemasan mengikut situasi dan juga garis panduan berikut; a. Pesakit yang tidak stabil b. Pesakit yang memerlukan isolasi c. Pesakit yang memerlukan pemeriksaan semasa pembedahan 7.6 Pemeriksaan CT Scan 7.6.1 Pemberian media kontras secara Intravena IV, oral atau rektal akan diberikan kepada pesakit mengikut jenis pemeriksaan yang akan dijalankan. 7.6.2 Pegawai Perubatan atau Jururawat perlu memastikan saiz branula yang bersesuaian dengan jenis pemeriksaan CT Scan berkontras dan memastikan sama ada branula perlu ditanggalkan selepas pemeriksaan selesai. 7.6.3 Pesakit akan dipantau sebelum dibenarkan pulang atau kembali ke wad untuk memastikan pesakit selamat dari kesan sampingan terhadap media kontras. 7.6.4 Pemeriksaan hendaklah dijalankan mengikut protokol dan garis panduan yang ditetapkan. (Rujuk Lampiran 7: Carta Alir Pemeriksaan CT Scan) 7.7 Pemeriksaan MRI 7.7.1 Pegawai perubatan yang memohon perlu : i) Melakukan saringan dan persediaan pesakit sebelum permohonan pemeriksaan MRI ii) Melengkapkan senarai semak MRI dan borang keizinan pesakit


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 21 iii) Jika pesakit mempunyai implan di dalam badan, Pegawai Perubatan yang merawat hendaklah mengesahkan tahap keselamatan implan sama ada MR SAFE, MR CONDITIONAL atau MR UNSAFE. 7.7.2 Pada hari pemeriksaan, Pegawai Perubatan Radiologi perlu meneliti senarai semak dan mengambil keizinan pemeriksaan pesakit. 7.7.3 Juru X-Ray MRI perlu membuat semakan kedua (double check) sebelum pemeriksaan dijalankan. 7.7.4 MRI Safety & Quality sila rujuk Magnetic Resonance Imaging Safety & Quality – College of Radiology, Academy of Medicine Malaysia. 7.7.5 Pemeriksaan hendaklah dijalankan mengikut protokol dan garis panduan yang ditetapkan. (Rujuk Lampiran 8: Carta Alir Pemeriksaan MRI) 7.8 Pemeriksaan Mamografi (termasuk Tomosintesis dan Pemeriksaan Digital Mamografi Berkontras) 7.8.1 Pemeriksaan Mamografi WAJIB dilaksanakan oleh Juru X-ray wanita sahaja. (Rujuk kepada Pekeliling Mengenai Keperluan Tambahan Perlesenan di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (AKTA 304) (19) dlm.KKM-153(13/172) Bhg 2 – 29 Februari 2000). 7.8.2 Pemeriksaan ultrasound payudara boleh dijalankan oleh Pakar/ Pegawai Perubatan/ Juru X-Ray wanita yang berkelayakan namun laporan ultrasound tersebut perlu disahkan oleh Pakar Radiologi. Pakar/ Pegawai Perubatan lelaki perlu mempunyai chaperone semasa melakukan pemeriksaan ultrasound payudara. 7.8.3 Pemeriksaan hendaklah dijalankan mengikut protokol dan garis panduan yang ditetapkan. (Rujuk Lampiran 9: Carta Alir Pemeriksaan Mamografi)


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 22 7.9 Pemeriksaan Fluoroskopi 7.9.1 Pemeriksaan hendaklah dijalankan mengikut protokol pengimejan khusus seperti yang disenaraikan di bawah. (Rujuk Lampiran 10: Carta Alir Pemeriksaan Fluoroskopi) i) Pemeriksaan Gastro Usus Atas (Upper GI studies) ii) Pemeriksaan Gastro Usus Bawah (Lower GI studies) iii) Pemeriksaan Saluran Urinari iv) Pemeriksaan Histerosalpingografi (HSG) v) Lain-lain (Pemeriksaan Dacryocystografi, Sialografi, Fistulografi dan Sinografi) 7.9.2 Semakan senarai semak dan borang keizinan hendaklah dibuat sebelum melaksanakan pemeriksaan. Pakar Radiologi/ Pegawai Perubatan Radiologi hendaklah berbincang dengan primary team yang memohon untuk pemeriksaan alternatif yang lebih sesuai sekiranya perlu. 7.9.3 Fluoroskopi Mudah Alih (Mobile C Arm) i) Pemeriksaan Fluoroskopi Mudah Alih perlu dimohon oleh pakar atau pegawai perubatan yang merawat (primary team). ii) Pemeriksaan hanya boleh dijalankan oleh Juru X-Ray. Sila rujuk Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 28 tahun 2010. iii) Pemeriksaan dijalankan di bilik yang ditetapkan mengikut peraturan dan piawaian keselamatan sinaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di dewan bedah, pusat rawatan harian dan Unit Rawatan Rapi Kardiak. iv) Pemeriksaan dijalankan mengikut protokol dan garis panduan yang ditetapkan. (Rujuk Lampiran 11: Carta Alir Pemeriksaan Fluoroskopi Mudah Alih) 7.10 Pemeriksaan Bone Mineral Densitometry (BMD) 7.10.1 Pemeriksaan hanya boleh dijalankan oleh Juru X-ay. Sila rujuk Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 28 Tahun 2010.


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 23 7.10.2 Bagi fasiliti yang tiada kemudahan BMD, pemeriksaan boleh dirujuk dengan memohon kepada Jabatan Radiologi hospital yang mempunyai modaliti tersebut. 7.10.3 Pemeriksaan hendaklah dijalankan mengikut protokol dan garis panduan yang ditetapkan. (Rujuk Lampiran 12: Carta Alir Pemeriksaan Bone Mineral Densitometry) 7.11 Pemeriksaan Radiografi Pergigian (OPG/CBCT) 7.11.1 Bagi fasiliti yang tiada kemudahan OPG/CBCT, pemeriksaan boleh dirujuk dari klinik/ hospital yang memohon sama ada ke hospital yang mempunyai modaliti tersebut. 7.11.2 Pemeriksaan OPG/CBCT hanya boleh dijalankan oleh Juru X-ray. Rujuk Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 28 Tahun 2010. 7.11.3 Pemeriksaan Intraoral adalah di bawah tanggungjawab dan seliaan Perkhidmatan Pergigian. Namun, pemantauan peralatan adalah di bawah kawal selia Pegawai Sains (Fizik) Negeri. 7.12 Pemeriksaan Intravenous Urography (IVU) 7.12.1 Pemeriksaan IVU (obsolete) tidak lagi menjadi pemeriksaan pilihan utama bagi kes-kes Genitourinari dan telah digantikan oleh pemeriksaan CT Scan Urografi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk polisi CT Scan. 7.13 Pemeriksaan Radiologi Intervensi 7.13.1 Permohonan untuk pemeriksaan Radiologi Intervensi hendaklah dibuat oleh pakar primary team. Walau bagaimanapun, pegawai perubatan boleh membuat permohonan selepas berunding dengan pakar dan memastikan permohonan pemeriksaan Radiologi Intervensi bersesuaian. Temujanji akan diberikan selepas persetujuan untuk menjalankan pemeriksaan. 7.13.2 Semua kes intervensi dan teraputik kompleks yang memerlukan perkhidmatan Pakar Radiologi Intervensi perlu merujuk kepada Surat Edaran Perlaksanaan Carta Alir Kerja bagi Kes-kes Rujukan


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 24 Radiologi Intervensi di Hospital-Hospital KKM (Ruj: JKNS (P) 244/1 (11) bertarikh 10 Oktober 2019 atau sebarang surat edaran yang terkini. 7.13.3 Primary team perlu melengkapkan senarai semak dan borang keizinan sebelum memohon pemeriksaan serta mempersiapkan pesakit mengikut prosedur pada atau sebelum tarikh pemeriksaan. 7.13.4 Sebelum prosedur dijalankan, borang keizinan intervensi perlu dilengkapkan oleh Pakar Radiologi atau Pegawai Perubatan Radiologi yang bertugas di Unit Angiografi. 7.13.5 Primary team bertanggungjawab dalam menguruskan sedasi serta permohonan bius am dengan Pakar Bius untuk pesakit yang memerlukan. 7.13.6 Pengurusan spesimen yang diperolehi dari prosedur perlu mengikut polisi tempatan. 7.13.7 Pemeriksaan hendaklah dijalankan mengikut protokol dan garis panduan yang ditetapkan. (Rujuk Lampiran 13: Carta Alir Pemeriksaan Radiologi Intervensi) 7.14 Pemeriksaan Radiologi Forensik 7.14.1 Radiologi forensik merujuk kepada pemeriksaan radiologi pada mayat atau bahagian anggota badan. 7.14.2 Pemeriksaan mudah gerak radiografi am forensik dijalankan di Jabatan Forensik atau lokasi yang ditetapkan. Waktu pemeriksaan dijalankan pada waktu pejabat kecuali bagi kes-kes medikolegal atau kes polis. (Rujuk Lampiran 14: Carta Alir Pemeriksaan Radiologi Forensik) 7.14.3 Semua prosedur perlu mematuhi piawaian yang ditetapkan untuk memelihara Chain of Custody. 7.14.4 Permohonan untuk pemeriksaan ke atas mayat/ anggota badan perlu dibuat oleh pakar atau pegawai perubatan yang bertanggungjawab.


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 25 7.14.5 Juru X-Ray tidak seharusnya mengalih/ mengambil sebarang objek yang berada pada mayat. Sebarang peralihan objek perlu dijalankan oleh warga kerja Jabatan Forensik sahaja. 7.14.6 Perkhidmatan Post Mortem CT (PMCT) tidak disediakan secara langsung di hospital tanpa kemudahan CT Scan yang khusus untuk kes forensik melainkan di dalam keadaan tertentu dengan persetujuan Ketua Jabatan Radiologi dan Ketua Jabatan Forensik. 8.0 PENJAGAAN PESAKIT 8.1 Pesakit yang tenat atau yang memerlukan perhatian rapi: 8.1.1 Hendaklah diiringi oleh warga kerja perubatan yang terlatih, yang akan bertanggungjawab untuk menjaga pesakit semasa berada di jabatan radiologi. 8.1.2 Hendaklah dikenal pasti dan diberikan keutamaan. 8.2 Sentiasa mengamalkan kerahsiaan, keselamatan dan keselesaan pesakit. 8.3 Warga kerja Jabatan Radiologi hendaklah memulakan resusitasi dan pengurusan awal sekiranya berlaku kecemasan di dalam jabatan (termasuk reaksi Kontras Media dan Ekstravasasi Kontras Media) dan mengaktifkan Code Blue sekiranya perlu. Pesakit akan dihantar semula ke wad, ke Jabatan Kecemasan atau dirujuk semula ke primary team untuk pengurusan lanjut. 8.4 Semua prosedur atau insiden yang berlaku perlu didokumentasi sama ada dalam rekod pesakit/ laporan Radiologi atau borang laporan insiden. 8.5 Untuk kes kematian yang berlaku di Jabatan Radiologi: 8.5.1 Punca dan masa kematian tidak diisytiharkan di Jabatan Radiologi. Pengesahan dan pengeluaran sijil adalah di bawah tanggungjawab primary team atau Jabatan Kecemasan. 8.5.2 Pesakit dalaman yang meninggal akan dihantar ke wad untuk pengesahan kematian pesakit serta prosedur last office. 8.5.3 Pesakit luar yang meninggal akan dihantar ke Jabatan Kecemasan untuk pengesahan kematian pesakit serta pengurusan ke Jabatan Forensik.


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 26 8.6 Peralatan pemantauan tanda vital dan troli resusitasi perlu tersedia di Jabatan Radiologi mengikut polisi tempatan. 9.0 PELAPORAN DAN PENGENDALIAN IMEJ/ FILEM 9.1 Semua pemeriksaan khas hendaklah dilaporkan oleh Pakar Radiologi/ Pegawai Perubatan Radiologi. 9.2 Laporan pemeriksaan am akan dilakukan sekiranya ada permohonan. 9.3 Pakar Radiologi/ Pegawai Perubatan Radiologi perlu memaklumkan penemuan yang signifikan kepada primary team. Setelah dimaklumkan, adalah menjadi tanggungjawab primary team yang merawat untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. 9.4 Salinan filem/CD/DVD/laporan Radiologi akan disediakan jika ada permohonan dari primary team atau Pejabat Rekod. 9.5 Filem/CD/DVD yang diterima atau diambil perlu direkodkan. 9.6 Semua warga kerja yang mempunyai akses kepada laporan/imej radiologi pesakit hendaklah mematuhi polisi dan peraturan ‘kerahsiaan pesakit’ serta tidak menyebarkan di media sosial. 9.7 Bagi hospital IT, segala permohonan hardcopy pesakit untuk tujuan rujukan perlu dibuat oleh pakar atau pegawai perubatan yang merawat mengikut polisi tempatan. 9.8 Permohonan filem dan laporan bagi tujuan kegunaan sendiri oleh pesakit perlu dibuat melalui Pejabat Rekod. 10.0 KESELAMATAN DALAM PENGIMEJAN (SAFETY IN IMAGING) 10.1 Keselamatan Sinaran (Rujuk kepada Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984) 10.1.1 Semua pemeriksaan yang menggunakan sinaran mengion perlu dijalankan mengikut prinsip asas dan sistem perlindungan sinaran iaitu justifikasi, pengoptimuman dan had dos.


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 27 10.1.2 Pengoptimuman langkah perlindungan dan keselamatan perlu diambil mengikut undang-undang, peraturan dan garis panduan sedia ada dan semasa. 10.1.3 Dedahan pekerjaan yang diterima oleh pekerja yang mengendalikan radas penyinaran perlu pemantauan secara berkala. 10.1.4 Penyiasatan menyeluruh perlu dijalankan sekiranya pekerja terdedah kepada sinaran yang melebihi had dos yang ditetapkan. 10.1.5 Polisi Perlindungan Sinaran secara terperinci dan menyeluruh boleh dirujuk kepada dokumen Polisi Manual Perlindungan Sinaran Negeri Selangor Edisi ke-3 tahun 2022. 10.2 Keselamatan MRI (Rujuk kepada dokumen Magnetic Resonance Safety & Quality, May 2008, collaboration between COR, AMM and MOH) 10.2.1 Semua fasiliti MRI hendaklah mematuhi piawaian dan peraturan keselamatan semasa yang melibatkan pemasangan, pengujian, pentauliahan dan penggunaan MRI. 10.2.2 Semua fasiliti MRI hendaklah mematuhi prinsip keselamatan 4 Zon untuk memastikan proses kerja mematuhi keperluan keselamatan yang ditetapkan. Setiap zon dan kawasan dalam MRI hendaklah ditanda dengan jelas dan dipisahkan dengan tanda/pemisah/halangan yang sesuai. (Rujuk Lampiran 15: Prosedur Operasi Standard Emergency Shutdown and Quench) i) Zon I : laluan untuk orang awam dan pesakit. Contoh: laluan pertama ke MRI Suite. ii) Zon II : Ruang saringan dan penyediaan pesakit MRI. Contoh: ruang menunggu pesakit MRI. iii) Zon III : Kawasan terhad hanya untuk pesakit yang telah disaring dan staf yang berkenaan sahaja. Contoh: Ruang kawalan MRI dan bilik teknikal MRI.


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 28 iv) Zon IV : Kawasan terhad hanya untuk pesakit yang telah disaring di bawah pengawasan staf MRI. Contoh: Bilik pemeriksaan MRI/bilik magnet/ Kabin MRI. 10.2.3Tanda amaran aras medan magnet 5 gauss (5 gauss line) hendaklah dilabel dengan jelas di dalam Zon IV (bilik magnet). 10.2.4 Warga kerja terlatih sahaja yang dibenarkan untuk mengendali radas dan aksesori MRI. Warga kerja mestilah mengikuti latihan yang berkaitan secara berterusan. 10.2.5 Untuk pesakit/waris/pengiring, warga kerja dan pekerja penyelenggaraan perlu: i) diberikan penerangan ringkas keselamatan MRI di Zon II. ii) dilakukan pengesanan ferromagnetik sebelum memasuki Zon IV. 10.2.6Peralatan sokongan yang digunakan di bilik MRI mesti dilabelkan sama ada MR CONDITIONAL atau MR SAFE seperti unit pemonitoran pesakit, mesin bius am (GA), tangki oksigen, troli dan kerusi roda. Peralatan MR CONDITIONAL yang diletakkan di Zon IV (bilik magnet) perlu ditentukan jarak selamat dari isocenter. 10.2.7Jika berlaku situasi kecemasan di mana pesakit memerlukan rawatan perubatan ketika pemeriksaan MRI sedang dijalankan, warga kerja yang bertugas perlu mengikuti prosedur yang telah ditetapkan mengikut situasi kecemasan berikut: i) Pesakit dari Zon IV perlu dibawa keluar dengan segera ke Zon III. ii) Situasi tidak melibatkan ancaman nyawa hendaklah dilaporkan segera kepada syarikat konsesi/ syarikat pembekal bagi menentukan tindakan sewajarnya. iii) Situasi yang melibatkan ancaman nyawa, emergency quenching atau penutupan sistem MRI sepenuhnya boleh dilakukan serta merta dengan syarat perlu mematuhi Rujuk Lampiran 16: Carta Alir Situasi Ancaman Nyawa Di Bilik Pemeriksaan Mri (Quenching Mri)


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 29 10.2.8Pekerja penyelenggara terlatih sahaja dibenarkan untuk menyelenggara radas dan aksesori MRI. 10.3 Keselamatan Bagi Pesakit Dan Pekerja Sinaran Yang Mengandung 10.3.1 Keselamatan Sinaran Mengion ke atas Pesakit Yang Hamil (Rujuk kepada Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 4 Tahun 1998: Garis Panduan Bagi Menjalankan Prosedur Diagnosis Perubatan Menggunakan X-ray Bagi Wanita Yang disyaki Mengandung) i) Pemeriksaan radiologi ke atas pesakit hamil yang melibatkan sinaran mengion ditangguh sehingga bersalin kecuali kes kecemasan atau justifikasi yang kukuh. ii) Bagi pesakit wanita dalam usia reproduktif, tarikh hari pertama mengalami kitaran haid yang terakhir (Last Menstrual Period, LMP) hendaklah dinyatakan dengan jelas semasa permohonan pemeriksaan. Rujuk Lampiran 17: Carta Alir Permohonan Radiologi bagi Pesakit Hamil atau Disyaki Hamil. iii) Peraturan 28 hari (28 Days Rule) hendaklah dipatuhi secara rutin kecuali pemeriksaan HSG yang perlu mematuhi Peraturan 10 hari (10 Days Rule). iv) Keizinan perlu diambil untuk semua pemeriksaan pada pesakit hamil. Rujuk Lampiran 13: Garis Panduan Kebenaran Menjalankan Prosedur Radiologi Pesakit Mengandung atau Kemungkinan Hamil KKM, 2018. 10.3.2 Keselamatan Sinaran Mengion ke atas Pekerja Sinaran Yang Hamil i) Setiap pekerja wanita yang disahkan hamil hendaklah memaklumkan kehamilan seberapa segera secara bertulis kepada penyelia supaya langkah yang sesuai boleh diambil untuk perlindungan sinaran yang mematuhi had dos yang ditetapkan. ii) Pekerja sinaran yang hamil masih boleh menjalankan tugas dalam kawasan kawalan. iii) Pemantauan dos dijalankan terhadap pekerja hamil menurut dokumen Polisi Perlindungan Sinaran Negeri Selangor.


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 30 10.3.3 Keselamatan MRI ke atas Pesakit Yang Hamil (Rujuk kepada MRI Code of Practice for Safety MS 2226:2009) i) Pemeriksaan MRI ke atas pesakit hamil masih dijalankan untuk kes kecemasan atau mempunyai justifikasi yang kukuh oleh pakar yang merawat. ii) Keizinan perlu diambil untuk semua pemeriksaan MRI pada pesakit hamil. Rujuk Garis Panduan Kebenaran Menjalankan Prosedur Radiologi Pesakit Mengandung atau Kemungkinan Hamil KKM, 2018. iii) Makluman dan persetujuan hendaklah diperolehi daripada pesakit dan juga pasangan. 10.3.4 Keselamatan MRI ke atas Pekerja Sinaran Yang Hamil Pekerja yang hamil atau disyaki hamil dibenarkan untuk masuk ke dalam bilik pemeriksaan MRI bagi tujuan persediaan pesakit, tetapi tidak dibenarkan berada di dalam bilik sewaktu pemeriksaan sedang dijalankan, selaras dengan peraturan dan garis panduan sedia ada. (Rujuk Malaysian Standard: Magnetic Resonance Imaging- Code of Practice for Safety MS2226: 2009). 10.4 Keselamatan Peralatan Biomedikal Radiologi dan Fasiliti Berkaitan 10.4.1 Peralatan biomedikal Radiologi, aksesori dan kemudahan berkaitan mesti diselenggara, dikalibrasi dan dijalankan ujian kawalan kualiti (QC) oleh syarikat konsesi atau syarikat yang dilantik mengikut perjanjian HSIP yang ditetapkan dan apabila perlu. Rekod yang berkaitan perlu didokumentasi dan disimpan dengan baik. (Rujuk Manual Perlaksanaan Program Jaminan Kualiti (QAP) dalam Perkhidmatan Radiologi) 10.4.2 Sebarang perolehan yang melibatkan radas penyinaran dan kemudahan berkaitan perlu mendapatkan konsultasi dari Jabatan Radiologi. 10.4.3 Semua peralatan biomedikal Radiologi dan kemudahan yang berkaitan perlu lulus sesi Pengujian, Pentauliahan dan Ujian Penerimaan.


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 31 10.4.4 Bagi radas penyinaran mengion, permohonan memasang dan kelulusan mengguna daripada BKRP KKM diperlukan sebelum penggunaan klinikal. 10.4.5 Juru X-Ray sahaja dibenarkan untuk mengendali mesin X-ray (termasuk fluoroskopi mudah alih dan CT Scan mudah alih) di kawasan yang ditetapkan apabila diperlukan. 10.4.6 Semua warga kerja Jabatan Radiologi perlu bertanggungjawab menjaga dan mengendali peralatan biomedikal Radiologi dan kemudahan berkaitan dengan baik. 10.4.7 Pegawai yang menjaga peralatan biomedikal Radiologi dan kemudahan berkaitan hendaklah memantau tempoh masa kerosakan dan pembaikan selepas aduan dibuat kepada syarikat konsesi dan direkodkan. 10.4.8 Aset yang rosak dan usang hendaklah dipertimbangkan untuk dilupuskan. Pelupusan perlu mengikut Tatacara Pelupusan Aset Alih Kerajaan. 10.4.9 Pelupusan radas penyinaran mengion perlu mengikut Tatacara Pelupusan Radas Penyinaran dan Peranti Yang Menggunakan Bahan Radioaktif yang dikeluarkan oleh Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP), KKM (2018). 10.5 Keselamatan Kontras Media 10.5.1 Pemeriksaan menggunakan kontras intravena boleh dijalankan setelah mempertimbangkan risiko dan manfaat. 10.5.2 Langkah-langkah perlu diambil untuk mengurangkan risiko reaksi terhadap kontras dan bersiapsiaga untuk merawat. 10.5.3 Pesakit yang berisiko mendapat reaksi kepada kontras perlu diberikan ubat pra medikasi steroid kecuali dalam situasi kecemasan (Rujuk dokumen National Radiology Intravascular Contrast Media SOP, 2023).


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 32 10.5.4 Piawaian protokol untuk pencegahan, penilaian dan pengurusan kes kontras extravasasi berpandukan Garis Panduan National Radiology Intravascular Contrast Media SOP, 2023. 11. PEMERIKSAAN UNTUK PESAKIT DENGAN KEPERLUAN KHAS Pesakit yang memerlukan layanan khusus akan diberikan keutamaan termasuk kes kritikal, kanak-kanak, orang kelainan upaya (OKU), orang kena tuduh (OKT)/ banduan, pesakit psikiatrik, warga emas, wanita hamil, penderma darah dan warga kerja kesihatan. 12. KAWALAN INFEKSI 12.1 Warga kerja perlu mematuhi: i. polisi kawalan infeksi hospital dan mengamalkan Universal Precaution setiap masa. ii. polisi pencegahan kecederaan jarum dan alatan tajam iii. penggunaan peralatan perlindungan diri (Personel Protective Equipment) yang sesuai apabila bersentuhan dengan pesakit yang diketahui atau disyaki mempunyai penyakit berjangkit. iv. tatacara pencucian dan nyahkuman peralatan radiologi yang disarankan. 12.3 Status biological hazard bagi setiap pesakit perlu dimaklumkan kepada warga kerja Jabatan Radiologi. Bagi pemeriksaan pesakit dengan penyakit berjangkit, ruang tersebut perlu dikosongkan dan pemeriksaan harus dilakukan sebagai kes yang terakhir bagi mengelak jangkitan kepada pesakit lain. 13. PELAPORAN INSIDEN (INCIDENT REPORTING) 13.1 Semua insiden yang berlaku di Jabatan Radiologi perlu dilapor dan dikendalikan mengikut Garis Panduan Pengurusan Pengendalian Insiden KKM. 13.2 Untuk insiden yang berkaitan sahaja perlu segera dilaporkan, disiasat, dibincangkan bersama warga kerja terbabit dan analisis punca (Root Cause Analysis) dikenalpasti. Tindakan penambahbaikan/ pembetulan perlu dilakukan dalam tempoh masa yang dipersetujui untuk mengelakkan insiden berulang.


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 33 13.3 Borang pelaporan kejadian hendaklah dilengkapkan dan diserahkan kepada Unit Kualiti Hospital. 14. LATIHAN/CME 14.1 Jabatan hendaklah menggalakkan warga kerja menghadiri pendidikan atau latihan berkaitan bagi mempertingkatkan pembangunan profesional berterusan (CPD). 14.2 Semua pekerja sinaran hendaklah menghadiri sekurang-kurangnya 4 jam Kursus/ Mesyuarat/ CME berkaitan topik Keselamatan Sinaran. 14.3 Warga kerja yang baru hendaklah menjalani program orientasi di jabatan.


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 34 15. RUJUKAN Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (AKTA 304) (19) dlm.KKM-153(13/172) Bhg 2 – 29 Februari 2000) Garis Panduan Kebenaran Menjalankan Prosedur Radiologi Pesakit Mengandung atau Kemungkinan Hamil KKM, 2018 Magnetic Resonance Imaging Safety & Quality – College of Radiology, Academy of Medicine Malaysia Magnetic Resonance Safety & Quality, May 2008, collaboration between COR, AMM and MOH) MRI Code of Practice for Safety MS 2226:2009 MS 838:2007. Malaysian Standard dan Kod Amalan untuk Perlindungan Sinaran - Diagnosis X-Ray Perubatan (Semakan Pertama) National Radiology Intravascular Contrast Media SOP, 2023 Polisi Manual Perlindungan Sinaran Negeri Selangor Edisi ke-3 tahun 2022. Surat Arahan Makluman Penggunaan Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi bagi Perkhidmatan Radiologi Yang Baharu di Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia. KKM.600-27/1/2 Jld.2 (23) 06 November 2018) Surat Edaran Perlaksanaan Carta Alir Kerja bagi Kes-kes Rujukan Radiologi Intervensi di Hospital-Hospital KKM (Ruj: JKNS (P) 244/1 (11) bertarikh 10 Oktober 2019. Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 28 tahun 2010 Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 4 Tahun 1998: Garis Panduan Bagi Menjalankan Prosedur Diagnosis Perubatan Menggunakan X-ray Bagi Wanita Yang disyaki Mengandung Surat Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Bil 44 dlm KKM-87 (P20/503) Bhg 8-24 Jun 2005


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 35 16. LAMPIRAN 1: Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi (PER.SS/RA301 Pind1/2018) 2: Borang Keizinan Bagi Pesakit Menjalani Prosedur Radiologi Yang Memerlukan Suntikan Media Kontras dan Surat Arahan Makluman Penggunaan Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi bagi Perkhidmatan Radiologi Yang Baharu di Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia. KKM.600-27/1/2 Jld.2 (23) 06 November 2018 3: Borang Keizinan Pesakit Mengandung atau Kemungkinan Hamil Menjalani Prosedur Radiologi 4: Borang Breast Imaging Survey 5: Carta Alir Pemeriksaan Radiografi Am dan Mudah Gerak 6: Carta Alir Pemeriksaan Ultrasound 7: Carta Alir Pemeriksaan CT Scan 8: Carta Alir Pemeriksaan MRI 9: Carta Alir Pemeriksaan Mammografi 10: Carta Alir Pemeriksaan Fluoroskopi 11: Carta Alir Pemeriksaan Fluoroskopi Mudah Alih 12: Carta Alir Pemeriksaan Bone Mineral Densitometri 13: Carta Alir Pemeriksaan Radiologi Intervensi 14: Carta Alir Pemeriksaan Radiologi Forensik 15: Carta Alir Keselamatan MRI 16: Prosedur Operasi Standard Emergency Shutdown and Quench. 17: Carta Alir Permohonan Radiologi bagi Pesakit Hamil atau Disyaki Hamil


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 36 Lampiran 1 Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi (PER.SS/RA301 Pind1/2018)


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 37


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 38 Lampiran 2 Borang Keizinan Bagi Pesakit Menjalani Prosedur Radiologi Yang Memerlukan Suntikan Media Kontras


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 39


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 40


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 41 Lampiran 3 Borang Keizinan Pesakit Mengandung atau Kemungkinan Hamil Menjalani Prosedur Radiologi


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 42


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 43


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 44 LAMPIRAN 4 Borang Breast Imaging Survey


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 45


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 46 LAMPIRAN 5 Carta Alir Pemeriksaan Radiografi Am dan Mudah Gerak


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 47 Lampiran 6 Carta Aliran Pemeriksaan Ultrasound


POLISI PERKHIDMATAN RADIOLOGI NEGERI SELANGOR Edisi Kedua - 2023 48 Lampiran 7 Carta Alir Pemeriksaan CT Scan


Click to View FlipBook Version