Bab Pengenalan
1 kepada Penyiasatan
Saintifik
Apakah Sains?
Apakah kuantiti fizik?
Bagaimanakah cara untuk
mengukur ketumpatan?
Marilah kita mengkaji: Penggunaan alat pengukur, kejituan,
kepersisan, kepekaan dan ralat
Sains adalah sebahagian
daripada kehidupan harian Ketumpatan
Langkah dalam penyiasatan saintifik
Makmal sains anda
Kuantiti fizik dan unitnya Sikap saintifik dan nilai murni dalam
menjalankan penyiasatan saintifik
2 Bab 1
BPeanbg41e:nPaelanmngbekinaeakplaandnakPepenaydiaasPaetnayniaSsaaitnatnifiSkaintifik
BULETIN SAINSASAL USUL SAINS
PfysmdeBkaapa anetieanaannojlgdgauatmakaidkdfypieeeiiumziaakrepngakknnteaaumyiaagrrnntnat.cteaaaebanaMrnpearkegyssknuraedeaesbmnnbraaSbpeeunhuapaeutkt.uukiternan.ibMllsmtmu.suuemHaerdkaemlehnsnaapmmaeyaklemsmleubeinendnmeaecygbairnraaerbeihmriktrmudaaadakeatahesnaimetrukirsliskpeeaapbatkemennreaoksnamdlfkaieajamesheeahnneljaptkpalaiopneakausdmerlnaliiukmmananeapnnidnae,tteaiheanapsnpanhagergaenomtlmilunaiksaLnmuasuuemanghasltpaitilnksmciuandjeaselanemearjd“mgarannSieukdgudkdcslaiaalaaeaiahanennptjsnaaeueftdranintaiksid.”utpiOorreirr.mlaannitggois
Fenomena alam semula jadi Pemboleh ubah
Ralat sistematik Unit S.I.
Pemerhatian dan Hipotesis
eksperimen sistematik Imbuh an
Kerjaya sains In ferens
Sesaran air Ralat rawak
Simbol amaran Nilai murni
Bab 1 3
Sains adalah Sebahagian daripada
1.1 Kehidupan Seharian
• Menghubungkan aktiviti seharian dengan sains.
• Mengitlak maksud sains.
• Merumuskan kepentingan bidang sains tersebut dalam kehidupan seharian.
• Memerihalkan bidang sains.
• Berkomunikasi mengenai kerjaya dalam bidang sains.
• Menghubung kait subjek yang perlu dipelajari dengan kerjaya bidang sains yang diminati.
• Memerihalkan inovasi teknologi.
Apakah Sains?
Cuba lihat fenomena di sekeliling anda.
fenBoamgeanima atenraskeabhustebteiarplaku?
Gambar foto 1.1 Fenomena alam sekitar
Untuk memahami faktor dan cara fenomena ini berlaku, maka kajian sains perlu
dijalankan. Sains ialah disiplin ilmu yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen
yang sistematik terhadap fenomena alam semula jadi.
4 Bab 1
BPeanbg14e:nPaelamnngbekinaeakplaandnakPepenaydiaasPaetnayniaSsaaitnatnifiSkaintifik
Lihat aktiviti kehidupan seharian kita.
Gambar foto 1.2 Aktiviti dalam kehidupan seharian
Adakah sains mengubah atau mempengaruhi aktiviti dalam kehidupan seharian
anda? Berikan beberapa contoh lain aktiviti dalam kehidupan seharian yang berkaitan
dengan sains.
Apakah Kepentingan Sains dalam Kehidupan Seharian?
Contoh-contoh kepentingan sains dalam kehidupan seharian ditunjukkan dalam rajah
di bawah.
Kepentingan sains dalam kehidupan seharian
Bangunan tinggi Satelit TV
Menyumbang kepada bidang kejuruteraan Penciptaan satelit menyebabkan komunikasi
seperti pembinaan bangunan pencakar langit menjadi lebih cepat dan efektif.
yang canggih.
Kaedah hidroponik Vaksin
Meningkatkan hasil tanaman dengan Penemuan vaksin dan antibiotik dalam bidang
penemuan baja, racun serangga dan perubatan membantu mengawal penyakit
penggunaan kaedah hidroponik. berjangkit dan mengurangkan kadar kematian
Rajah 1.1 Contoh-contoh kepentingan sains dalam kehidupan seharian
Bab 1 5
6 Bab 1 Bidang Sains
Sains boleh dibahagikan kepada banyak bidang. Peta pokok di bawah ini menunjukkan beberapa bidang sains yang penting
berserta contoh.
Bidang sains
Fizik Biologi Kimia Geologi Astronomi Meteorologi
Kajian tentang Kajian tentang Kajian tentang Kajian tentang Kajian tentang
tenaga dan benda hidup jirim dan tindak batuan, tanih perubahan cuaca
kesannya balas yang berlaku dan mineral
Contoh: dan iklim
terhadap jirim Zoologi, Contoh: Contoh:
mikrobiologi, Farmakologi, Geokimia, Kajian tentang Contoh:
Contoh: fisiologi, botani forensik, toksikologi geomorfologi planet, bintang dan Hidrometeorologi
Kejuruteraan, dan geofizik
tenaga elektrik objek lain dalam
alam semesta
Contoh:
Astrofizik
Rajah 1.2 Pengelasan bidang sains
BPeanbg41e:nPaelanmngbekinaeakplaandnakPepenaydiaasPaetnayniaSsaaitnatnifiSkaintifik
Kerjaya dalam Sains
Apakah cita-cita anda setelah dewasa kelak? Senaraikan pengetahuan sains yang perlu
anda kuasai untuk mencapai cita-cita anda ini.
Saya hendak Saya pula hendak
menjadi jurutera. menjadi doktor. Apakah
subjek yang perlu saya
Apakah subjek
yang perlu saya pelajari?
pelajari?
Rajah 1.3 Cita-cita murid
Beberapa contoh kerjaya sains yang berkaitan dengan subjek yang perlu dipelajari
ditunjukkan dalam peta pokok di bawah.
Kerjaya dalam sains
Fizik Biologi Kimia Geologi
Ahli astronomi Doktor perubatan Ahli farmasi Ahli geologi
Ahli oseanografi Ahli botani Ahli oseanografi Guru
Ahli zoologi
Guru Guru Guru
Ahli meteorologi Ahli forensik
Ahli oseanografi
Jurutera Ahli mikrobiologi Ahli kimia
Ahli fizik
Ahli biologi
Rajah 1.4 Kerjaya dalam bidang sains
Jurutera Doktor Ahli farmasi Ahli geologi
Bab 1 7
Gambar foto 1.3 Kerjaya dalam bidang sains
Inovasi Teknologi
Kebanyakan mesin dan alat
yang kita gunakan setiap hari
ialah hasil reka cipta sains,
contohnya kereta, kapal terbang,
telefon, komputer dan sebagainya.
Mesin dan alat tersebut membantu
kita menyelesaikan masalah dalam
kehidupan seharian kita.
1.1 Gambar foto 1.4 Perkembangan teknologi Abad
21 KMK
Tujuan: Contoh inovasi teknologi dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian
Arahan
1. Secara berkumpulan, cari maklumat tentang contoh inovasi teknologi untuk
menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. Maklumat boleh diperoleh
daripada Internet, majalah, surat khabar, atau sumber-sumber lain.
2. Bincangkan maklumat yang telah dikumpulkan dan bentangkan hasil
perbincangan kumpulan anda di dalam kelas dengan menggunakan multimedia,
contohnya Powerpoint.
3. Bincangkan cara-cara robot dapat membantu kita dalam kehidupan seharian.
Perhatikan Rajah 1.5.
Saya boleh Saya boleh
membantu tuan membantu tuan
saya mengemas saya membaiki
rumah. alat elektrik.
Rajah 1.5 Robot digunakan dalam kehidupan seharian
Tahukah anda?
Hadiah Nobel diberikan kepada ahli sains yang
cemerlang dalam beberapa bidang sains setiap
tahun di Stockholm, Sweden. Layari laman web
yang berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Hadiah nobel Gambar foto 1.5 Hadiah Nobel
http://www.nobelprize.org
8 Bab 1
BPeanbg41e:nPaelamnngbekinaeakplaandnakPepenaydiaasPaetnayniaSsaaitnatnifiSkaintifik
1.1
1. Tandakan (✓) pada proses yang merupakan fenomena alam semula jadi.
Pertumbuhan bayi Pembinaan bangunan pencakar langit
Penemuan ubat baharu Kejadian siang dan malam
2. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
(a) Kajian sains melibatkan dan yang
sistematik terhadap fenomena alam semula jadi.
(b) Penemuan vaksin untuk menangani jangkitan denggi baru-baru ini merupakan
pengetahuan sains yang diaplikasikan dalam bidang oleh
ahli mikrobiologi.
3. Senaraikan beberapa bidang sains dan kerjaya yang berkaitan dengannya.
1.2 Makmal Sains Anda
• Mengenal pasti dan menyatakan fungsi radas.
• Mengenal pasti simbol dan contoh bahan berbahaya di dalam makmal.
• Melukis dan melabel radas yang biasa digunakan di dalam makmal dan membuat pengelasan
berdasarkan kegunaannya.
• Mewajarkan peraturan dan langkah keselamatan di dalam makmal.
Makmal sains ialah satu bilik yang dikhaskan untuk menjalankan kajian atau
eksperimen saintifik. Di dalam makmal, terdapat pelbagai bahan dan radas.
Contohnya, silinder penyukat, kaki retort, pipet dan lain-lain.
Gambar foto 1.6 Makmal sains Bab 1 9