The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-04138848, 2022-09-28 08:21:24

SEJAYA 2 EDISI KE 9 2021

MAJALAH SEKOLAH VERSI PDF

KANDUNGAN

1. Kata Alu-aluan
2. Sidang Redaksi
3. Sejarah Sekolah
4. Lencana, Bendera, Visi, Misi, Piagam

dan Lagu Sekolah
5. Enrolmen Sekolah
6. Takwim Peperiksaan dan

Program 2021
7. Pentadbir, Staf Akademik dan

Staf Sokongan
8. Patah Tumbuh Hilang Berganti
9. AJK PIBG
10. Kepimpinan Pelajar:

• Lembaga Pengawas Sekolah
• Pengawas Perpustakaan
• Pembimbing Rakan Sebaya
• Ahli Lembaga Koperasi
11. Pencapaian Guru
12.Analisis Peperiksaan:
• Pencapaian SPM 2019 & 2020
• Pelajar Cemerlang SPM 2019 & 2020
• Tokoh Pelajar Cemerlang SPM 2020
• Analisis Peperiksaan Tahun 2021
13. Program Akademik / HEM / Kokurikulum
14. Karya Pelajar
15. Album Kokurikulum / Sukan Permainan /
Kelab Persatuan
16. Album Aktiviti Sekolah
17. Album Kelas

1

Kata Alu-aluan

2

Secangkir Kata

PENGARAH PENDIDIKAN JPNNS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Salam ABC 2.0 ; Ambil Peduli, Bina Hubungan, Cipta Kejayaan.

Tahniah atas kelahiran Majalah Sejaya 2 Edisi 2021 ini. Saya berasa
bersyukur dan berbangga dengan usaha gigih pihak terutama Sidang Redaksi
Majalah Sejaya 2 2021 ini. Usaha menerbitkan majalah sekolah setiap tahun
sebagai wadah ilmuan yang juga selaras dengan usaha Kementerian Pendidikan
Malaysia dan menepati kehendak negara yang mah rakyatnya berkemahiran dalam
pelbagai bidang. Saya yakin segala penat lelah telah lenyap setelah melihat hasil
penerbitan majalah ini.

Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi kemajuan pesat telekomunikasi
merupakan cabaran dalam bidang pembangunan minda generasi alaf baru.
Sehubungan itu, institusi pendidikan menjadi tunjang utama dalam pembentukan
nilai dan jati diri remaja yang menjadi benteng kukuh kebejatan sosial.

Cabaran dalam sistem pendidikan kini menuntut komitmen semua pihak
terutamanya guru-guru yang menjadi ibu bapa kedua bagi anak-anak. Peranan
guru kini bukan sahaja sebagai pendidik malah mengasuh anak-anak agar menjadi
insan terdidik dan gemilang. Pihak sekolah diharapkan sentiasa berkolaborasi
dengan seluruh masyarakat dan ibubapa dalam menangani segala bentuk ancaman
minda dan gejala sosial di kalangan pelajar. Oleh yang demikian, pihak Jabatan
Pendidikan Negeri Sembilan sentiasa menyokong sebarang program anjuran SMK
Seremban Jaya 2 kerana melalui aktiviti kokurikulum juga dapat membanteras
segala salah laku dan aktiviti pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar.

Tuntasnya, usaha penerbitan majalah sekolah sebegini perlu diteruskan dan
diperbaharui dari setahun ke setahun dengan wajah dan idea baharu. Dalam hal
ini, semua pihak mestilah mengambil peluang memajukan diri terutama dalam era
alam siber seiring dengan perkembangan dan kemajuan yang dimiliki oleh anak-
anak. Saya menyeru agar seluruh warga sekolah melakukan anjakan paradigma
dalam pemikiran dan tindakan ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang,
berakhlak terpuji dan berkualiti menjunjung aspirasi negara. Kepada semua murid
SMK Seremban Jaya 2, saya memohon agar anda memartabatkan sekolah ini ke
peringkat yang tertinggi.

Sekian, terima kasih.

(HAJI MD FIAH BIN MD JAMIN A.N.S.)
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
#Up Nogoghi!

3

Secangkir Kata

PENGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEREMBAN

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T kerana
berkesempatan untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah Tahunan
Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya 2 edisi ke-9 ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada sidang redaksi atas kejayaan
menerbitkan majalah yang sungguh menarik ini. Segala peristiwa dan kenangan
sepanjang tahun 2021 dapat dirakam menjadi sumber rujukan dalam sejarah
sekolah ini. Saya amat yakin kejayaan ini adalah hasil komitmen yang tinggi dan
kerjasama erat daripada warga sekolah telah menatijahkan penerbitan majalah ini.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam penerbitan
majalah ini.

Kemunculan majalah ini semestinya amat dinanti-nantikan oleh para
pelajar kerana menjadi medan untuk mereka mencoretkan karya masing-masing
dalam mengasah bakat serta keterampilan diri. Hasil karya yang dihasilkan sudah
pastinya menjadi kenangan manis serta menjadi lipatan sejarah setelah
meninggalkan alam persekolahan nanti.

Saya berharap agar warga sekolah akan menjadikan amalan ‘4i’ laitu Ikhlas,
Insan, Itqan, Istiqamah dalam menjalankan amanah yang diberikan seiring dengan
transformasi pendidikan negara. Oleh itu,insan yang lahir dari sistem Pendidikan
yang berteraskan amalan ini akan menerbitkan sifat-sifat kemanusiaan yang terpuji
seperti berkasih-sayang, hormat-menghormati, dan berkeperibadian tinggi.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak atas
usaha yang dicurahkan untuk penerbitan majalah ini. Saya berharap agar usaha ini
akan sentiasa diberkati Allah S.W.T dan mendapat rahmat daripada-Nya.

"PPD Seremban Peneraju Kecemerlangan, Sehati Sematlamat"
"Ikhlas, Ihsan, Itqan, Istiqamah“

Sekian, terima kasih

HAJI NORAZAM BIN HAJI NAYAN A.N.S.
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Seremban

4

Secangkir Kata

PENGETUA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh dan Salam Sejahtera.
Setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya bertemu

kita lagi dalam majalah sekolah tahun ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada
warga sekolah khususnya sidang redaksi majalah atas kejayaan menerbitkan
majalah sekolah pada tahun ini. Semoga majalah sekolah boleh meningkatkan rasa
kecintaan para pelajar kepada SMK Seremban Jaya 2. Melalui majalah sekolah ini
dapat kita terapkan watak dan budaya sekolah kepada para pelajar.

Sepanjang tahun 2020 hingga kini, kita semua menempuh krisis penularan
Covid-19, dengan pelbagai cabaran, namun saya yakin cabaran ini tidak menjadi
penghalang kepada semua warga sekolah untuk menghadapi kejayaan dan
kecemerlangan. Pada masa yang sama kita perlu mengimbangi segala hasrat
dengan memastikan sekolah kekal menjadi institusi yang selamat untuk semua
warga sekolah. Cabaran dan perubahan yang kita lalui sepanjang krisis ini menjadi
titik permulaan norma kerja baharu bagi kita semua di sektor pendidikan. Kita
telah berubah kepada cara belajar, cara mengajar, cara berfikir dan cara bekerja
atas tuntutan keperluan semasa. Pemikiran kerja kita menjadi lebih kreatif dan
inovatif untuk memberi didikan kepada anak bangsa. Dalam anugerah kualiti PPD
Seremban tahun ini, sekolah kita telah memenangi dua anugerah iaitu
peningkatan gred purata sekolah SPM dan cemerlang pengurusan kewangan serta
audit tahunan. Tahniah saya ucapkan atas kecemerlangan kerja buat semua guru,
staf dan para pelajar sekolah. Saya berharap kecemerlangan budaya kerja
sepasukan seperti ini dapat diteruskan pada tahun mendatang. Saya doakan Allah
SWT akan membalas jasa baik dan pengorbanan tuan-tuan dan puan-puan semua
sebagai saham akhirat.

Majalah sekolah merupakan satu wadah yang amat penting dalam
memupuk semangat kecintaan yang tinggi terhadap sekolah. Terima kasih kepada
pelajar, para guru dan jawatankuasa yang terlibat kerana dapat merealisasikan
penerbitan majalah sekolah pada tahun ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan
khususnya kepada sidang redaksi atas usaha gigih menerbitkan majalah pada
tahun ini. Semoga majalah SEJAYA 2 menjadi kebanggaan semua warga sekolah.

Sekian, terima kasih.

MUHAMMAD BIN HJ MOHD NOR
Pengetua
SMK Seremban Jaya 2

5

Secangkir Kata

YANG DIPERTUA PIBG SMK SEREMBAN JAYA 2

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia
Sebelum meneruskan bicara, ingin saya mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan dan menerbitkan
majalah sekolah pada kali ini. Terima kasih juga kerana memberikan kesempatan
untuk saya melakarkan kata alu-aluan. Tahniah diucapkan kepada AJK Sidang
Redaksi Sejaya 2.

Kejayaan ini merupakan kesinambungan tradisi yang berlangsung selama
ini dan memberikan pengertian yang besar kerana menerusi majalah sekolah,
kita dapat merakamkan peristiwa suka duka dan pahit manis yang mewarnai
pengalaman kita. Saya pasti semangat juang dan dedikasi warga sekolah dapat
melahirkan generasi yang cemerlang dalam aspek akademik mahupun sahsiah.

Pemuafakatan antara ibu bapa dan guru merupakan tunjang penting
melahirkan kejayaan anak-anak. Semangat kerjasama ibarat aur dengan tebing
akan menyediakan landasan yang kukuh untuk anak-anak meletakkan diri
mereka sebelum mereka melakar kejayaan. Kejayaan dan komitmen yang jitu ini
akan mampu membuahkan hasil yang optimum dalam pembentukan kejayaan
anak-anak sama ada dalam kurikulum mahupun kokurikulum. Jelaslah di sini,
komitmen semua pihak mampu menjayakan wawasan negara yang berfalsafah
rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Justeru, saya menyeru agar para pelajar sentiasa berusaha memperbaiki
pencapaian diri dan berpegang teguh pada akujanji yang dilafazkan. Kegigihan
serta ketabahan pelajar mampu membentuk modal insan yang mempunyai
minda kelas pertama.

Akhirul kalam, saya mendoakan SMK Seremban Jaya 2 sentiasa beroleh
kejayaan dan segala usaha akan diberkati Allah SWT. Semoga terus berjaya dalam
segala bidang.

Sekian, terima kasih.

ROHIZAD BIN ABD RAHMAN
YDP PIBG
SMK Seremban Jaya 2

6

Mutiara Kata

KETUA PELAJAR
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sidang Redaksi
majalah sekolah yang telah berusaha menjayakan penerbitan Majalah Sejaya 2
2021 Edisi ke-9. Majalah ini yang dipenuhi pelbagai kenangan, baik yang manis
mahupun yang pahit merupakan hasil daripada dedikasi dan kesungguhan ahli-
ahli Sidang Redaksi. Saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada
Sidang Redaksi majalah sekolah kerana membenarkan saya mencoretkan
pengalaman dan harapan saya sebagai ketua pelajar pada muka surat ini.

Tanpa disedari, saya telah meranum akal dan mematangkan fikiran di sekolah
ini selama 5 tahun. Sepanjang menuntut ilmu, terlalu banyak ilmu yang dikutip
yang telah membentuk saya supaya menjadi seorang pelajar yang berdisiplin dan
berketerampilan dalam semua aspek sama ada fizikal atau mental, terutamanya
tugas sebagai ketua pelajar amatlah mencabar kerana kematangan dan kesabaran
yang tinggi diperlukan untuk menghadapi pelbagai situasi yang mencabar. Terima

kasih kepada pihak sekolah, guru-guru yang telah memberikan tunjuk ajar dan
pengalaman yang sememangnya tidak dapat dijual beli di mana-mana sekaligus

menjadikan saya seorang yang komited dan amanah terhadap tugas yang
diberikan. Setinggi-tinggi penghargaan buat semua guru di SMK Seremban Jaya 2.

Kepada semua warga SMK Seremban Jaya 2, berusahalah bersungguh-sungguh
kerana setiap usaha yang berterusan Inn Shaa Allah akan diberikan ganjaran yang
setimpal dengannya. Dengan penuh rasa rendah diri, saya mewakili suara-suara
pelajar tingkatan 5 ingin memohon maaf andai kata ada tersilap bahasa, terlanjur

kata dan mengguris hati guru-guru. Semoga visi dan misi sekolah kita dapat
dilaksanakan agar dapat melahirkan modal insan kelas pertama pada masa akan
datang.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan
mereka menentukan sendiri. Akhir kalam, sentiasalah menghormati guru dan
tuntutlah ilmu kerana Allah. Semoga SMK Seremban Jaya 2 bertambah
cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sekian, terima kasih.

MUHAMMAD AMRIN BIN SHAMRUDIN
Ketua Pelajar
SMK Seramban Jaya 2

7

Kata -Kata Aluan

KETUA EDITOR

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat
Ilahi kerana dengan izin-Nya sekali lagi SEJAYA 2 edisi ke-9 dapat menemui
pembaca khususnya warga SMK Seremban Jaya 2. Saya selaku Ketua Editor
mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru, ahli Sidang Redaksi serta
semua pihak yang bersama-sama bekerja keras dalam menerbitkan majalah yang
sentiasa berada di hati para pelajar SMK Seremban Jaya 2.

Penghargaan yang tidak terhingga dihulurkan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung atas bantuan dan dorongan sehingga
majalah SEJAYA 2 dapat diterbitkan dengan jayanya. Tujuan majalah ini dihasilkan
adalah untuk memaparkan dengan lebih jelas tentang segala hal yang berlaku
sepanjang tahun di sekolah ini. Majalah ini, turut memberi peluang kepada para
pelajar untuk mengasah bakat masing-masing dalam menghasilkan karya-karya
yang bermutu.

Saya mewakili Sidang Redaksi Majalah SEJAYA 2 memohon ampun dan
maaf andai terdapat kelemahan dan kekurangan dalam kandungan majalah. Saya
amat berharap semua pembaca akan berpuas hati dengan hasil majalah ini. Buat
rakan seperjuangan pada masa akan datang didoakan agar kalian dapat
menghasilkan majalah SEJAYA 2 dengan lebih kreatif.

Sekian, terima kasih.

NURIZZATI SYAHIRA BINTI JAMIL
Ketua Editor
Majalah Sejaya 2 2021

8

9 SIDANG R











••



REDAKSI






SEJARAH PENUBUHAN
SMK SEREMBAN JAYA 2

Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya 2 merupakan sekolah menengah

kebangsaan yang terletak di Taman Seremban Jaya. Sekolah ini, telah dibuka pada 3
Januari 2007 dengan menumpang premis di SMK Seremban Jaya. Warga sekolah
ketika itu terdiri daripada Pengetua yang diterajui oleh Puan Hajjah Fadhilah Binti
Shahurain (2007 – 2010), tiga orang Penolong Kanan, 14 orang guru, tiga orang staf
sokongan dan 218 orang pelajar. Walaupun serba kekurangan dari segi kemudahan
peralatan, bilik darjah, makmal dan bengkel, namun warga SMK Seremban Jaya 2
berjaya meraih kecemerlangan dalam peperiksaan awam yang pertama iaitu PMR
2009 dengan gred purata sekolah 2.96. Kecemerlangan ini diteruskan lagi pada tahun
2010 dengan gred purata sekolah 2.57 sehingga SMK Seremban Jaya 2 mendapat
pengiktirafan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia atas kecemerlangan ini
dengan mendapat Bai’ah pada tahun 2011.

Budaya Kecemerlangan ini diteruskan pula oleh Puan Hajjah Raja Hasmiah
Binti Raja Sirajudin (2010-2012). Pada 10 November 2011, SMK Seremban Jaya 2
dengan bilangan pelajar seramai 559 orang (tingkatan 1 hingga tingkatan 3) telah
berpindah ke premis baru yang terletak di pinggir bandar Seremban dan merupakan
sekolah model baru. Walaupun dikategorikan sebagai sekolah Gred B dengan 6 blok
bangunan dan 24 buah bilik darjah, sekolah ini dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan dan peralatan.

Pada tahun 2012, bilangan pelajar telah bertambah kepada 811 orang
(tingkatan 1 hingga tingkatan 4) dengan 48 orang guru dan lapan staf sokongan. Pada
tahun 2013, sekolah ini mempunyai pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dengan
jumlah 1,080 orang pelajar dan merupakan tahun pertama mempunyai calon
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pada tanggal 3 September 2011, SMK Seremban Jaya 2 sekali lagi menerima
pengetua baharu iaitu Tuan Mohammad Radzi Bin Haji Abdul Wahab dengan 54
orang guru, sembilan orang staf sokongan dan 1,082 orang pelajar. Warga SMK
Seremban Jaya 2 yakin dan percaya di bawah kepimpinan baru, terus mengorak
langkah kecemerlangan dan berusaha menjadi sebuah institusi yang unggul dari segi
akademik, sahsiah dan kokurikulum serta menjadi contoh kepada sekolah harian lain.
Ini selari dengan moto sekolah `Kami Cemerlang’.

Pada 14 Ogos 2015, SMK Seremban Jaya 2 menerima seorang pengetua
baharu yang berwibawa iaitu Puan Hajah Ipun Binti Shamsudin. Beliau telah
membuat satu pembaharuan dengan memperkenalkan SBC (Subject Based
Classroom) suatu sistem penyusunan kelas mengikut mata pelajaran, bagi menyahut
seruan era pendidikan menuju abad ke-21. Seterusnya beliau juga telah menukar
setiap nama kelas kepada nama-nama tokoh Islam yang terkenal. Semasa sekolah
dibawah naungan beliau banyak kejayaan telah dicapai. Sebagai contoh, dalam
pertandingan Musolla, Sejaya 2 telah memenangi tempat pertama di peringkat negeri.
Pembinaan surau baharu juga telah siap untuk digunakan pada bulan November 2017.

10

Pada 7 Januari 2019, SMK Seremban Jaya 2 menerima seorang lagi pengetua
baharu yang berwibawa iaitu Tuan Adam @ Karim Bin Haji Abd Malek. Beliau
merupakan seorang pengetua yang aktif dalam bidang pengacaraan dan memiliki aura
berbicara yang mendapat perhatian ramai. Sepanjang berada dibawah naungan beliau,
sekolah mendapat peningkatan dalam keputusan SPM 2019. Namun pada 11 Oktober
2020, beliau mendapat watikah perpindahan menjadi Pengetua ke SMK Puteri,
Seremban.

Pada 12 Oktober 2020, SMK Seremban Jaya 2 menerima seorang pengetua
baharu yang berwibawa iaitu Tuan Haji Muhammad Bin Haji Mohd Nor. Beliau
merupakan pengetua yang aktif dalam bidang kokurikulum terutama Kadet Polis
Negeri. Beliau juga seorang pengetua yang menyayangi warga SMK Seremban Jaya 2
dengan sifat penyayang tapi dalam masa yang sama tegas. Galakan yang berterusan
kepada warga Sejaya 2 telah menghasilkan pelajar dan guru yang dapat mengharumkan
nama sekolah dalam pelbagai bidang walaupun negara dilanda wabak Covid-19.

Kejayaan terindah buat SMK Seremban Jaya 2, tercatat pada 13 Mac 2018.
Musolla sekolah telah meraih Naib Johan dalam pertandingan Anugerah Surau Imarah
Sekolah-sekolah di peringkat kebangsaan. Pusat Sumber Sekolah juga, mula berwajah
baharu dengan adanya bilik Galeri Sejarah dan Bilik PAK 21. Semoga kejayaan demi
kejayaan terus diraih oleh SMK Seremban Jaya 2.

Bil Pengetua Tahun berkhidmat

1 Puan Hajjah Fadhilah Binti Shahurain 2007 – 2010

2 Puan Hajjah Raja Hasmiah Binti Raja 2010 – 2012
Sirajudin

3 Tuan Mohammad Radzi Bin Haji Abdul 2021 – 2015
Wahab

4 Puan Hajah Ipun Binti Shamsudin 2015 – 2019

5 Tuan Adam @ Karim Bin Haji Abd 2019 – 2020
Malek

6 Tuan Haji Muhammad Bin Haji Mohd 2020 – kini
Nor

11

LENCANA DAN BENDERA

12

Misi visi moto
Lagu ikrar pelajar piagam

13

ENROLMEN SEKOLAH MENENGAH

14

KEBANGSAAN SEREMBAN JAYA 2

TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2021

BIL PERKARA TINDAKAN TARIKH
1. Taklimat PBS Kepada Murid Tingkatan 1 Minggu Orientasi Murid
2. Taklimat Pendaftaran PT3 AJK PBS
Ting 1
3. Taklimat Pendaftaran SPM SU PT3 / G.Mentor/ G. MP Mac 2021
waktu berkenaan
4. Pelaksanaan PBS SU SPM Januari 2021
5. Pendaftaran PT3
6. Pendaftaran SPM G.Mentor/ G. MP waktu Bermula Januari 2021
berkenaan Mac 2021

Semua Guru Januari 2021
SU PT3

SU SPM

7. Pelaksanaan Kerja Kursus, PLBS, ULBS oleh Guru Mata Pelajaran Januari – Julai 2021
calon SPM Guru Mata Pelajaran Mac – Oktober 2021

8. Pelaksanaan Kerja Kursus, PLBS, ULBS oleh Jawatankuasa PBS Januari 2021
calon PT3

9. Mesyuarat Jawatankuasa PBS Bil 1

10. Program Penetapan Target SPM & PT3 Semua Guru Mac 2021
Semua Guru Mac – April 2021
11. Ujian Bulanan 1 Guru Mata Pelajaran
Jawatankuasa PBS April 2021
12. Tarikh Akhir Kemasukan Markah ke SAPS & ISIS Jun 2021
Semua Guru i) Jun 2021
13. Mesyuarat Jawatankuasa PBS Bil 2 ii) Jun 2021
Jawatankuasa Kurikulum iii) Jun 2021
Peperiksaan Pertengahan Tahun : Semua Guru Julai 2021
i)Tingkatan Menengah Rendah Julai 2021
Semua Guru
14. ( Ting. 1 – Ting 3 ) Ogos 2021
ii)Tingkatan Menengah Atas SU SPM/Guru Mata
Pelajaran Oktober 2021
( Ting. 4 – Ting. 5 ) September 2021
iii)Tarikh Akhir Kemasukan Markah ke SAPS Jawatankuasa PBS September 2021
SU PT3 & SU SPM/ Guru
15. Mesyuarat Post Mortem Peperiksaan Oktober 2021
Pertengahan Tahun Mata Pelajaran Oktober 2021
SU PT3/Guru Tingkatan 3
16. Perjumpaan Tiga Penjuru Jawatankuasa Kurikulum

Ujian Lisan Bertutur & Ujian Lisan Mendengar

PT3

17. 28) Bertutur Bahasa Melayu
ii) Bertutur Bahasa Inggeris

iii) Mendengar Bahasa Melayu
iv) Mendengar Bahasa Inggeris

18. Memasukkan markah Kerja Kursus dan ULBS
calon SPM secara on-line

19. Mesyuarat Jawatankuasa PBS Bil 3

20. Peperiksan Percubaan PT3 & SPM

21. Peperiksaan PT3

22. Mesyuarat Post Mortem Peperiksaan
Percubaan SPM

Peperiksaan Akhir Tahun:

23. i) Tingkatan Menengah Rendah ( Ting.1-2) Semua Guru i) Nov 2021
ii) Tingkatan Menengah Atas (Ting.4) ii) Nov 2021
iii) Nov 2021
iii)Tarikh Akhir Kemasukan Markah ke SAPS

24. Peperiksaan SPM 2021 SU SPM/Guru Tingkatan 5 Nov- Dis 2021

15

PROGRAM-PROGRAM SEKOLAH
TAHUN 2021

BIL PROGRAM TARIKH
1. Pendaftaran Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 dan KAA 16 Januari 2021 (Sabtu)
2. Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4
3. Merentas Desa 20-27 Januari 2021 (Rabu – Rabu)

4. Dialog Prestasi SPM 5 Februari 2021 (Jumaat)

5. Program Kecemerlangan Sahsiah 5 ALJ/ 5 ALK - 5 Mac 2021
6. Penetapan Target SPM & PT3 5ALF/ 5 IBB - 12 Mac 2021
7. ‘Road to Straight A’ 5 IBS/ 5 IBK - 26 Mac 2021
8. Kejohanan Sukan Sekolah
9. Tuisyen ‘Kami Cemerlang’ (Jumaat)
10. Program Norma Baharu
18 Mei 2021
11. Program Mentor Mentee 20 Mac 2021 (Sabtu)

12. Program Kecemerlangan KAA April – Okt 2021

13. Program Murid Berisiko Cicir 28 Feb 2021 (Ahad)

14. Program Kecemerlangan Sahsiah 5 April – Sept 2021

15. Program Permata 80 (II) 8 Mac 2021

16. Cuti-cuti Latih Tubi 22 Mac 2021
Isnin
17. Program Penyampaian Keputusan SPM
9 April 2021
18. Mesyuarat Agung PIBG & Hari Anugerah Jumaat
Kecemerlangan Akademik 2021
Mac - Oktober 2021
19. Program Kem Transformasi Remaja
18 Mei, 24 Ogos 2021
20. Kursus Kepimpinan Kokurikulum
21. Karnival Bulan Akademik 13 Mac 2021
22. Pertandingan Kawad Kaki Beruniform
26 Mac, 28 Mei 2021

Jun 2021

20 Mac 2021
(Sabtu)

19 - 21 Februari 2021
(Jumaat – Ahad)

19 - 21 Februari 2021
(Jumaat – Ahad)

4 Mei 2021

24 Mac 2021

16

PROGRAM-PROGRAM SEKOLAH
TAHUN 2021

BIL PROGRAM TARIKH
23. Program Ihya Ramadan 13 April 2021 (Selasa)
24. Program Fajar Ilmu 2 September – Okt 2021
25. Majlis Sambutan Hari Raya 21 Mei 2021 (Jumaat)

26. Program Immersion 15 Mac 2021
16 Julai 2021 (Jumaat)
27. Perjumpaan Tiga Penjuru
9 Disember 2021
28. Program Gotong-Royong Perdana
9-11 April 2021
29. Program Perkhemahan Perdana Badan
Beruniform 9 Julai – 11 Julai 2021
14 Julai 2021 (Rabu)
30. Program Menggilap Bintang II
25 Ogos 2021
31. Pertandingan Senamrobik 28 Ogos 2021 (Sabtu)
Siri I : 12 Julai 2021
32. Program E Sport Siri II : 4 Oktober 2021

33. Festival Permainan Tradisional 7 Mei 2021
2 Ogos 2021 (Isnin)
34. Program Perkampungan Ilmu 3 September – 5 September 2021
( Siri I & Siri II )
Oktober
35. Program Tarbiah Bani Banat / Moral Julai – Oktober 2021
September/Oktober 2021
36. Bulan Kebangsaan Feb- Oktober 2021

37. Program Menggapai Bintang III 11 Ogos 2021
30 Oktober 2021
38. Program Selepas PT3
39. Program Intervensi

40. Program Restu Ilmu

41. Program/ Bengkel Teknik Menjawab soalan

42. Pertandingan Kelab dan Persatuan

43. Majlis Graduasi

44. Majlis Solat Hajat/ Program Pelajar Moral SPM 18 Februari 2021 (Khamis)
2020/2021 Oktober 2021

45. Hari Kualiti dan Kecemerlangan HEM & 13 November 2021
Kokurikulum 20 Oktober 2021

46. Karnival Kokurikulum

17

teras

PENTADBIR SMK SEREMBAN JAYA 2

19

KETUA BIDANG SMK SEREMBAN JAYA 2

20

SENARAI NAMA GURU MENGIKUT GRED DAN OPSYEN
TAHUN 2021

Bil Nama Guru Gred Jawatan Opsyen
1 Muhammad Bin Hj Mohd Nor Dg52 Pengetua Bahasa Melayu
2 Roslan Bin Aziz Dg54 Pkp & Akademik Bahasa Inggeris
3 Roslan Bin Omar Dg52 Pk Hem Geografi
4 Razali Bin Talib Dg52 Pk Kokurikulum Bahasa Melayu
5 Zurida Binti Othman Dg52 Gkmp Sains & Matematik Matematik
6 Haliza Binti Ab Karim Dg44 Gkmp Tek & Vok Prinsip Akaun
7 Abdul Razak Bin Husin Dg48 Gkmp Bahasa Bahasa Melayu
8 Asmawani Bt Abdul Wahab Dg48 Gkmp Kemanusiaan Pendidikan Islam
9 Raguraman A/L Subramaniam Dg48 Kaunselor Bimbingan & Kaunseling
10 Nordiana Binti Liki Dg44 Kaunselor Bimbingan & Kaunseling
11 Ain Faradilla Bt Hj Azmi Dg48 Kp Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris
12 Asalina Binti Musa Dg48 Su Koperasi Perniagaan
13 Banu A/P Subramaniam Dg48 Su Nilam Bahasa Inggeris
14 Faridatul Asma Binti Saidin Dg41 Su Cocostar Matematik
15 Hazana Binti Harun Dg48 Su Pengurusan Aset Bahasa Inggeris
16 Hazani Bin Mohd Dg52 Su Pibg Pendidikan Islam
17 Khatijah Binti Md Khatib Dg44 Kp Bahasa Arab Bahasa Arab / Pend Islam
18 Malathi A/P Mariappan Dg48 Kp Bahasa Tamil Bahasa Tamil
19 Marzura Bt Hassan Dg48 Su Kesihatan Bahasa Melayu
20 Mass Ruhaiza Binti Ali @ Hamid Dg44 Penyelaras Dewan Sains
21 Mastura Binti Ab Rahman Dg44 Su Pt3 Bahasa Melayu
22 Mimi Suryati Binti Pungut Dg48 Kp SK & ASK Sains Komputer
23 Mohd Fitri Bin Zaini Dg41 Pen.Su Sukan Sains Sukan
24 Mohd Khuzairi Bin Zainal Dg44 Su Spm Prinsip Akaun
25 Mohd Zin Bin Borhan Dg52 Pengerusi Kelab Guru Dan Staf Bahasa Inggeris
26 Nazaruddin Bin Yahya Dg41 Su Segak Pendidikan Seni Visual
27 Nirmala A/P Krishnan Younee Dg48 Su Mbmmbi Bahasa Inggeris
28 Noor Fatimah Binti Abdul Muti Dg41 Bendahari Pibg Matematik
29 Noorliza Bt Sidek Dg52 Kp Sejarah Bahasa Melayu
30 Norazurah Binti Ali Dg44 Su Kokurikulum Matematik
31 Nordina Binti Zakaria Dg44 Guru Pss Sains Rumahtangga
32 Norhaslin Binti Abu Kassim Dg48 Kp Biologi Biologi
33 Norhayati Binti Shaari Dg48 Su Biasiswa Sains Pertanian
34 Nur Fathanah Binti Kamis Dg44 Kp Perniagaan Perniagaan
35 Nur Hudha Binti Mazlan Dg44 Kp Kimia Kimia
36 Nur Ilyana Binti Ahmad Dg48 Su Pbs & Su Pbd Sains
37 Nurul Syafika Binti Mat Yasin Dg41 Pen Su Spbt Geografi
38 Rasidah Binti Mohd Ali Dg44 Guru Data Matematik
39 Ratna Dewi Binti Mohd Rasid Dg41 Su Pibk Perdagangan
40 Rocita Binti Aman Dg48 Guru Media Bahasa Melayu
41 Rosmah Binti Abdul Latif Dg52 Kp Pendidikan Islam Pendidikan Islam
42 Rozanah Binti Jas Dg44 Su Pentadbiran & Kurikulum Sejarah
43 Rozita Binti Mad Tahir Dg48 Kp Sains Sains
44 Ruslina Binti Ibrahim Dg48 Ketua Unit Disiplin Sains
45 Esah Binti Manap Dg48 Guru Akademik Biasa Sains
46 Sarimah Binti Musa Dg52 Su Hem Geografi
47 Shamsiah Binti Sulaiman Dg44 Su Jadual Waktu Matematik
48 Singaravel A/L Samiayyah Dg48 Su Sukan Pjk
49 Sulaini Binti Mohamad Samin Dg44 Kp Psv Pendidikan Seni Visual
50 Syafawati Anisa Binti Nor Adzman Dg41 Kp Rbt Perniagaan
51 Vasanthy A/P Chindan Nair Dg52 Kp Pendidikan Moral Bahasa Melayu
52 Zawariah Binti Ab. Rahim Dg48 Kp Bm Bahasa Melayu
53 Zaleha Binti Ahmad Dg52 Su Peperiksaan Dalaman Sains
54 Mohamad Alif Ijaz Bin Mohd Zaharim Dg41 Guru Akademik Biasa Sains Sukan
55 Thamil Chelvi A/P Guna Segaran Dg44 Kp Matematik Tambahan Matematik
56 Mohamad Asri Bin Suboh Dg48 Guru Akademik Biasa Kemahiran Hidup

21

BARISAN PENDIDIK SMK SEREMBAN JAYA 2

22

BARISAN PENDIDIK SMK SEREMBAN JAYA 2

23

BARISAN PENDIDIK SMK SEREMBAN JAYA 2

24

Staf sokongan SMK SEREMBAN JAYA 2

Bil Nama Gred Jawatan
1 Pn. Sinorita Lina Binti Kamaruzaman N22 Ketua Pembantu Tadbir
2 Pn. Yuslina Binti Yusof N19 Pembantu Tadbir
3 Pn. Noor Hafizah Binti Jas N19 Pembantu Tadbir
4 Pn. Rohayah Binti Yusop N11 Pembantu Operasi
5 En. Aminudin Bin Ujang C22 Pembantu Makmal
6 Pn. Norliza Binti Ibrahim C22 Pembantu Makmal
7 Pn. Hamidah Binti Latip C22 Pembantu Makmal
8 Pn Noor Shalawati Binti Mohd Arif C22 Pembantu Makmal
9 Pn. Mazni Binti Adnan C19 Pembantu Makmal

25

PATAH
TUMBUH
HILANG
BERGANTI

27

28

SELAMAT DATANG

KE
SMK SEREMB AN JA YA 2

29

SEKALUNG AL- FATIHAH

Mereka menemui Pencipta dengan meninggalkan jasa

30

PIBG

AjK PIBg SMK SEREMBAN JAYA 2

32

33

Kepimpinan pelajar

35










36







37

38

guru

PENCAPAIAN GURU

SMK Seremban Jaya 2
Melalui Usaha Gigih Memartabatkan Pendidikan

40

PENCAPAIAN GURU

SMK Seremban Jaya 2
Melalui Usaha Gigih Memartabatkan Pendidikan

41

PENCAPAIAN GURU

SMK Seremban Jaya 2

42

ANALISIS PEPERIKSAAN

SIJIL PELAJARA
PRESTASI MA

44

AN MALAYSIA 2019
ATA PELAJARAN


Click to View FlipBook Version