The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM12-0620 Muhammad Adeb Irsyad Bin Zu, 2022-05-12 11:23:12

PENULISAN AKADEMIK EDUP3073

PENULISAN AKADEMIK EDUP3073

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3073)

Nama: Disediakan oleh:
No. Kad Pengenalan: MUHAMMAD ADEB IRSYAD BIN ZU
010729-11-0685
Angka Giliran: 2020192340109
Kumpulan/ Unit F6 AMBILAN JUN 2020
Nama Pensyarah: PUAN KHARSIAH BINTI MOHD NOR
Tajuk Tugasan Projek: PENULISAN AKADEMIK
Tarikh Penyerahan: 12 MEI 2022

Tarikh Menerima Maklum Tarikh:
Balas Daripada Pensyarah

Isi Kandungan
1.0 Pengenalan............................................................................................................................ 1
2.0 Langkah-Langkah Penyediaan Bilik Darjah Mesra Budaya .................................................. 1

2.1 Aspek Fizikal.................................................................................................................. 2
2.1.1 Kerusi dan Meja Murid ........................................................................................... 2
2.1.2 Sudut Budaya.......................................................................................................... 2

2.2 Aspek Emosi .................................................................................................................. 3
2.3 Aspek Sosial .................................................................................................................. 3
2.4 Aspek Sosiolinguistik ................................................................................................... 4
3.0 Rumusan ............................................................................................................................... 5
Rujukan ...................................................................................................................................... 6

1.0 Pengenalan

Budaya mempunyai perkaitan yang rapat dengan kehidupan masyarakat tanpa
mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Namun begitu, terdapat perbezaan
antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Dalam konteks
pendidikan semasa, budaya dilihat melalui budaya di sekolah yang disamakan atau
sebahagian daripada budaya masyarakat. Di sekolah, murid akan dididik untuk
berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam masyarakat
juga akan mempengaruhi budaya disesebuah sekolah. Sehubungan dengan itu,
sebagai seorang guru hendaklah mempunyai kesedaran tentang keunikan pelbagai
budaya dan adat resam dan ini boleh membantu seorang guru untuk melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam suasana bilik darjah yang mesra
budaya. Oleh itu, penulisan ilmiah ini akan memperincikan langkah-langkah yang
boleh digunakan oleh guru dalam menyediakan bilik darjah yang mesra budaya dari
aspek fizikal, emosi, sosial dan sosiolinguistik.

2.0 Langkah-Langkah Penyediaan Bilik Darjah Mesra Budaya

Lahir daripada latar belakang dan pengaruh persekitaran yang berbeza, pastinya
mempengaruhi pemikiran serta fahaman murid pada sesuatu perkara. Persekitaran
bilik darjah perlulah mesra budaya supaya suasana pembelajaran menjadi kondusif
untuk murid pelbagai latar bangsa dan budaya. Persekitaran mesra budaya turut dapat
mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang
harmonis dan aman di peringkat nasional dan global. Matlamat bagi guru adalah
mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakkan interaksi dan integrasi dalam
kalangan murid di dalam dan luar bilik darjah. Oleh itu, terdapat beberapa aspek yang
perlu dititikberatkan dalam pengurusan bilik darjah yang mesra budaya. Aspek-aspek
tersebut akan ditunjukkan dalam rajah 1.0 di bawah :-

Fizikal Emosi Sosial Sosiolinguistik

Rajah 1.0 : Aspek-Aspek Dalam Penyediaan Bilik Darjah Mesra Budaya

1

2.1 Aspek Fizikal

Konsep pengurusan fizikal harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan
prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran
fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif
dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan
sosial. Perancangan persekitaran fizikal ini terdiri daripada pelbagai kemudahan
prasarana yang wujud dalam bilik darjah seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.0
dibawah :-

Kerusi dan Meja Sudut Budaya
Murid

Rajah 2.0 : Perancangan Persekitaran Fizikal Dalam Bilik Darjah

2.1.1 Kerusi dan Meja Murid

Kerusi dan meja murid perlu disusun secara berkelompok di mana meja disusun
secara berempat yang terdiri daripada murid yang berlatar belakang sosiobudaya
berbeza. Susunan ini dapat menggalakkan interaksi antara murid semasa gerak kerja
kumpulan dan membolehkan murid berbincang, meluahkan pendapat, saling
membantu dan berkongsi bahan semasa gerak kerja berkumpulan. Rentetan itu,
meletakkan murid bercampur antara kaum boleh mewujudkan keserasian antara murid
menerusi kerja atau aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan. Kerjasama ini boleh
membentuk kesepaduan antara mereka dan proses penerimaan akan berlaku antara
pelbagai budaya

2.1.2 Sudut Budaya

Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru
seperti sudut budaya. Sudut budaya ini diwujudkan bagi mendedahkan murid-murid
kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai
kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilainilai
murni seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen
penting untuk mewujudkan perpaduan kaum. Sebagai misalan, di sudut budaya ini Ali
dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama Samy dan

2

sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas agar tidak menyentuh isu-isu
sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik. . Tindakan mewujudkan sudut-
sudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan
sedemikian “keep in mind to include a literacy center in your classroom to allow pupils
to explore, investigate and discover knowledge”.

2.2 Aspek Emosi

Emosi merupakan satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam
sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Dalam konteks bilik darjah,
aspek emosi akan mempengaruhi pembelajaran murid dan membolehkan murid
belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri
dalam bilik darjah. Peranan guru sangat penting dalam pengurusan emosi dengan
memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan murid untuk berinteraksi
dengan rakan di dalam kelas terutamanya bagi sebuah kelas yang mempunyai murid
yang berbeza budaya dan latar belakang .

Oleh itu, guru perlu memberi galakan dan pujian kepada murid semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi menyentuh perasaan afektif murid. Hal ini secara
tidak langsung boleh memberi semangat dan motivasi kepada murid untuk terus
terlibat aktif dalam aktiviti bilik darjah. Rentetan itu, seseorang guru juga perlu
mengelakkan dirinya mengeluarkan kata-kata negatif seperti kata-kata kesat ataupun
kata-kata yang boleh merundum emosi seseorang murid. Hal ini demikian disebabkan
situasi sebegini akan memberi impak negatif terhadap emosi murid- murid dan
akhirnya mereka akan berkelakuan pasif pada kelas yang akan datang.

2.3 Aspek Sosial

Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan
orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. Rentetam
itu, peranan guru sangat penting dalam pengurusan sosiol dengan memberi
penekanan kepada kebolehan dan keyakinan murid untuk berinteraksi dengan rakan
di dalam kelas terutamanya bagi sebuah kelas yang mempunyai murid yang berbeza
budaya dan latar belakang. Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang boleh
dilaksanakan oleh guru dalam memperkembangkan kemahiran sosial murid di dalam
bilik darjah bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif dan mesra
budaya.

3

Antaranya, guru seharusnya melaksanakan konsep komuniti pembelajaran di dalam
bilik darjah. Komuniti pembelajaran dapat diwujudkan melalui pembinaan persekitaran
bilik darjah yang prihatin dan penyayang. Dalam hal ini, murid yang terdiri daripada
pelbagai kaum mempunyai rasa tanggungjawab untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang sempurna dan berkesan. Menurut Noriati A. Rashid et al. (2014),
komuniti pembelajaran dalam dibina melalui pendekatan pembelajaran secara
koperatif yang mana murid diberi peluang untuk bekerjasama dalam mencapai
matlamat dan hasil pembelajaran. Menerusi kerjasama yang dilaksanakan, murid
tersebut dapat membina persefahaman sesama mereka dan saling menerima
pendapat antara satu dengan lain secara terbuka meskipun berbeza latar belakang.
Komuniti pembelajaran juga boleh diwujudkan menerusi perkongsian nilai yang
memupuk pemahaman dan kepercayaan terhadap nilai sehingga mampu mewujudkan
suasana bilik darjah yang harmoni.

2.4 Aspek Sosiolinguistik

Secara umumnya sosiolinguistik adalah satu bidang ilmu yang mengkaji ciri-ciri dan
fungsi variasi bahasa serta turut mengkaji pengaruh budaya terhadap sesuatu bahasa
yang digunakan. Seperti yang telah diketahui, Malaysia memiliki pelbagai etnik,
bahasa serta budaya dan ini merupakan cabaran terbesar kepada Negara dalam
membina rakyat bersatu padu. Hal ini menunjukkan bahawa sosiolinguistik di Malaysia
bukanlah perkara mudah dan merupakan satu bidang penting dalam menentukan
tahap keharmonian dan keamanan Negara (Noriati Rashid dan Boon, 2010).

Guru memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri murid yang menghayati
bahasa rasmi dan budaya di samping menerap nilai-nilai meghormati perbezaan
bahasa dan budaya semua etnik. Antara peranan yang dimainkan oleh guru ialah
mengadakan aktiviti bahasa, sastera dan budaya dalam kalangan murid-murid. Selain
itu, aktiviti yang memartabatkan bahasa kebangsaan boleh dijalankan di dalam bilik
darjah atau di luar bilik darjah. Tambahan, aktiviti kokurikulum merupakan saluran
terbaik dalam memartabatkan bahasa Melayu melalui kepelbagaian aktiviti dan projek
yang kreatif, menyeronokkan dan bermanfaat.

4

3.0 Rumusan
Natijahnya, terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil oleh guru dalam usaha untuk
mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya pada abad ke-21. Bilik darjah yang mesra
budaya adalah penting untuk merealisasikan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025) yang memberi fokus terhadap perpaduan sebagai salah satu
aspirasi sistem pendidikan negara. Bilik darjah mesra budaya dilihat sebagai medium
yang efektif dalam menjayakan hasrat murni Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025) tersebut. Hal ini disebabkan, bilik darjah mesra budaya
mengalakkan murid untuk mewujudkan konsep penerimaan dan persefahaman dalam
kalangan murid yang teridiri daripada latar belakang yang berbeza. Perkara tersebut
secara tidak langsung dapat menanamkan semangat perpaduan kaum dalam
kalangan murid pelbagai etnik. Oleh hal yang demikian, bilik darjah mesra budaya
seharusnya dipraktikan oleh guru dalam usaha untuk mewujudkan perpaduan dalam
kalangan murid.

5

Rujukan

Abdul Latif Abu Bakar. (1999). Konsep patriotisme dan nasionalisme. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.

Ahmad Ali Seman. (2011). Keberkesanan modul pengajaran dan pembelajaran
sejarah berteraskan perspektif kepelbagaian budaya terhadap pembentukan
integrasi nasional. Tesis Dr. Fal, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Atan Long. (1991). Psikologi pendidikan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Banks, J. A. (1993). An introduction to multiculture education. Boston, MA: Allyn &
Bacon.

Brand, R. E. (2007). Educators’ perceived preparedness regarding the needs of
culturally diverse students. Master of Science thesis, State University of New York.

Najeemah Mohd Yusof. (2005). Multicultural education practice among teachers in
National Secondary schools: A case study in Kedah. Jurnal Pendidik dan
Pendidikan, 20

Samsudin Suhaili. (2006). Pendidikan Pelbagai Budaya: Komik Mat Som sebagai
bahan bantu mengajar. Tanjung Malim, Malaysia: Universiti Pendidikan Sultan
Idris.

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub, & Mohd. Zohir Ahmad. (2003). Pedagogi
strategi dan kaedah mengajar dengan berkesan. Bentong, Malaysia: PTS.

Syed Ismail Syed Mustapha, & Ahmad Subki Maskom. (2010). Budaya dan
pembelajaran. Puchong, Malaysia: Penerbitan Multimedia.

Wubels, T., & Den Brok, P. (2008). Teacher profesionalism in multicultural classrooms.
Dlm. J. A. P. Ponte (pnyt.), The teaching profession in Dutch educational practice
(hh. 129-144). The Netherlands: Sense Publisher

6


Click to View FlipBook Version