The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hannahmunirah29, 2021-12-30 02:47:14

KAJIAN KES SEJARAH (1)

KAJIAN KES SEJARAH (1)

KAJIAN KES SEJARAH

TINGKATAN 4

TAJUK: ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN
DARURAT

(bab 6)

NAMA: NUR HANNAH MUNIRAH BT YUNUS
KELAS: 4 ABDUL QAYYUM
NAMA GURU: CIKGU SAHIRAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

BIL ISI KANDUNGAN 3
1 Objektif Kajian 4
2 Kaedah Kajian 5
3 Pengenalan 6
4 Laporan Kajian - 1 7
5 Laporan Kajian - 2 8
6 Laporan Kajian - 3 9
7 Rumusan

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian kes ini dilaksanakan bagi memenuhi beberapa
objektif iaitu:

1. Untuk mengetahui cara kemasukan komunis ke Tanah
Melayu

2. Untuk mengetahui tindakan yang dilakukan oleh
komunis yang menggugat keamanan dan kesejahteraan
negara

3. Untuk mengkaji mengapakah generasi muda pada hari
ini perlu menghayati dan mengambil iktibar perjuangan
pemimpin tempatan untuk kemerdekaan

KAEDAH KAJIAN

Bagi menyiapkan kajian kes ini, saya telah
menggunakan beberapa kaedah kajian iaitu:

 KAEDAH MELAYARI INTERNET
Saya telah melayari internet untuk mendapatkan
maklumat dengan lebih mendalam. Saya juga telah
memuat turun bahan yang berkaitan dengan tajuk ini
sebagai rujukan tambahan.

 KAEDAH PENYELIDIKAN
Saya telah merujuk pelbagai jenis buku rujukan Sejarah
untuk membuktikan kajian saya. Saya juga telah merujuk
Buku Teks Sejarah Tingkatan 4.

 BIMBINGAN GURU DAN RAKAN
Tanpa bimbingan guru dan rakan, sudah tentu saya tidak
akan berjaya melaksanakan kajian kes ini. Oleh itu, saya
telah mendapatkan bimbingan daripada guru iaitu Cikgu
Sahiran serta beberapa rakan saya.

PENGENALAN

Perkembangan pengaruh komunis di negara kita berlaku
sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua. Komunis melakukan
pelbagai tindakan untuk melumpuhkan ekonomi negara dan
menggugat kestabilan politik. Matlamat komunis adalah untuk
merampas kuasa daripada British dan menggantikannya
dengan sebuah Republik Komunis. Namun begitu, British
berjaya menawan hati dan fikiran rakyat untuk bersama-sama
membanteras ancaman komunis. Zaman darurat telah
membawa pelbagai kesan kepada politik, ekonomi dan sosial di
negara kita.

KRONOLOGI

 TAHUN 1948 – perisytiharan darurat, pengharaman PKM,
pendaftaran Kebangsaan dan Kad Pengenalan

 TAHUN 1949 – penubuhan MCA
 TAHUN 1950 – pelaksanaan Rancangan Briggs
 TAHUN 1951 – Penubuhan Sir Henry Gurney
 TAHUN 1952 - pelaksanaan Perang Saraf, penubuhan Parti

Perikatan
 TAHUN 1955 – perundingan Baling
 TAHUN 1960 – perisytiharan penamatan darurat

LAPORAN KAJIAN

1. CARA KEMASUKAN PENGARUH KOMUNIS DI NEGARA KITA

Kemasukan Pengaruh Komunis dari China

- Ideologi komunis mula dibawa masuk sejak 1920-an melalui cawangan
Parti Kuomintang (KMT).

- Tahun 1924, cawangan KMT ditubuhkan di negeri Melayu bagi
menyebarkan fahaman komunis.

- Main School juga bergerak dalam kalangan orang Hailam di bawah arahan
Parti Komunis China (PKC). Tahun 1927, KMT dan PKC berpecah. The
Communist International (Comintern) menubuhkan Parti Komunis
Nanyang (PKN) pada tahun 1928.

- PKN gagal , Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan.

Kemasukan Pengaruh Komunis dari Indonesia

- Tahun 1920, beberapa pemimpin komunis dari Indonesia seperti Tan
Malaka,Alimin,Moeso dll menyebarkan fahaman komunis di Seberang
Perai,Pulau Pinang,Perak Utara dan Kedah.

- Parti Komunis Indonesia (PKI) gagal menguasai Pulau Jawa dan beralih ke
Tanah Melayu.

- Usaha mereka tidak dapat sambutan orang Melayu kerana mereka
menggunakan kekerasan.

Penubuhan Parti Komunis Malaya

- PKM ditubuhkan di Kuala Pilah pada 30 April 1930 dan bergerak melalui
kesatuan kerja,pertubuhan,penerbitan akhbar dan sekolah cina.

- Sewaktu zaman pendudukan Jepun, PKM bertindak menjalinkan kerjasama
dengan British untuk memerangi Jepun.

- Malayan People’s Anti-Japanese Army atau Bintang Tiga dibentuk pada
tahun 1942 dan menerima banyak bantuan daripada pihak British.

LAPORAN KAJIAN

2. TINDAKAN YANG DILAKUKAN OLEH KOMUNIS YANG
MENGGUGAT KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA

Komunis Melumpuhkan Ekonomi

Sejak Undang-Undang Darurat dikuatkuasakan, lombong bijih timah dan lading getah menjadi
sasaran utama untuk melemahkan ekonomi. Komunis menyerang 80 lombong bijih timah
antaranya di Perak,Selangor dan Negeri Sembilan. Tindakan ini menyebabkan pekerja lombong
dan ladang getah menderita. Selain itu nyawa mereka juga terancam.

Komunis Merosakkan Infrastruktur

Komunis menjalankan sabotaj terhadap kemudahan asas, terutama sistem pengangkutan dan
perhubungan. Mereka mengebom,merosakkan dan mengalihkan landasan kereta api. Komunis
juga turut mensabotaj kemudahan telefon dan telegraf serta merosakkan paip air. Keadaan ini
menjejaskan kehidupan harian penduduk tempatan kerana infrastruktur tidak dapat
diselenggara dengan baik.

Komunis Mengancam Keselamatan Rakyat

Komunis melakukan pelbagai tindakan ganas yang menggugat keselamatan rakyat. Mereka
melakukan kekejaman, menganiaya, menculik, merampas, membakar harta benda dan
membunuh penduduk yang enggan bekerjasama. Contohnya, pada malam 5 Julai 1949,
komunis mencampakkan bom tangan di Sheum Circus,Kampar,Perak. Tindakan komunis ini
menyebabkan kesengsaraan dan penderitan kepada rakyat.

Komunis Mengancam Pasukan Keselamatan

Parti Komunis Malaya (PKM) menyasarkan pasukan keselamatan dan menyerang balai polis.
Tindakan ini dilakukan untuk mencetuskan keadaan huru-hara dan menunjukkan
ketidakupayaan kerajaan untuk melindungi keselamatan rakyat.

LAPORAN KAJIAN

3. MENGAPAKAH GENERASI MUDA PADA HARI INI PERLU

MENGHAYATI DAN MENGAMBIL IKTIBAR PERJUANGAN
PEMIMPIN TEMPATAN UNTUK KEMERDEKAAN

Generasi muda pada hari ini perlu menghayati dan mengambil iktibar
perjuangan pemimpin tempatan untuk kemerdekaan kerana untuk
mencapai kemerdekaan bukanlah suatu perkara yang senang. Pejuang
terdahulu harus bermati-matian untuk keamanan kita sekarang.

Selain itu, generasi muda perlu sedar bahawa keamanan dan kesejahteraan
negara yang mereka kecapi hari ini bukan datang secara percuma. Ia perlu
dibayar dengan harga yang mahal melalui peluh keringat, darah serta nyawa
pejuang negara terdahulu termasuk anggota pasukan keselamatan.

Di samping itu, generasi muda haruslah memupuk rasa cintakan tanah air
iaitu patriotisme dalam diri masing-masing bagi mengingati peristiwa-
peristiwa bersejarah sewaktu negara kita ingin mendapatkan kemerdekaan
daripada British. Perkara ini perlu dididik sejak kecil lagi.

Akhir sekali, generasi muda pada hari ini perlu menghayati dan mengambil
iktibar perjuangan pemimpin tempatan untuk kemerdekaan bagi
meningkatkan lagi nilai-nilai murni agar kita dapat hidup di negara aman dan
damai.

RUMUSAN

Kesimpulannya, kajian kes ini banyak memberikan kesan yang positif.
Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui tentang cara kemasukan
komunis ke negara kita dan tindakan-tindakan komunis yang dilakukan
ke atas negara kita. Kajian ini juga memberi saya maklumat mengapa
generasi muda pada hari ini perlu menghargai pejuang tempatan.
Peristiwa kemasukan komunis ke negara kita mestilah diingati dan
dijadikan iktibar. Pengorbanan dan jasa pemimpin terdahulu haruslah
kita hargai kerana dengan mereka Malaysia menjadi sebuah negara
yang aman dan damai.
Selain itu, peristiwa darurat juga perlu dijadikan sebagai pengajaran
untuk masa kini dan akan dating. Akhir kata, saya mengharapkan
supaya negara kita menjadi sebuah negara yang terkenal dengan nilai-
nilai murni yang baik dan disenangi oleh negara-negara lain.

- TAMAT -


Click to View FlipBook Version