SK PEKAN II , W.P.LABUAN
SK PEKAN II,W.P.LABUAN
TEKS PENGACARA
MAJLIS PENUTUPAN
PROGRAM TRANSISI
TAHUN 1
2021
SK PEKAN II , W.P.LABUAN
TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN 1
SK ……………………………
1. Tarikh: ……………………………
Ketibaan Masa: ……………………………
jemputan Tempat: ……………………………
dan ibu bapa Diumumkan ketibaan Yang Dipertua PIBG ………… diiringi Guru Besar ……….. ke tempat
duduk utama. Semua hadirin dipersilakan berdiri.
Bagi memulakan acara, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku dengan
iringan muzik.
** Semua hadirin dipersilakan duduk.
2. Menadah tangan tanda kerendahan,
Bacaan Doa Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan
bacaan doa yang akan diketuai oleh ………………... Dipersilakan.
** Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
bacaan doa sebentar tadi.
3. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1
Pembukaan / Malaysia
Yang Berbahagia, ………………………., Yang Dipertua PIBG
Aluan Yang Berusaha, …………………………, Guru Besar SK ……………………..
Guru-guru Penolong Kanan,
AJK PIBG SK …………………,
Guru-guru,
Ibu Bapa,
Seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Lenggang bertapak seni memandang
Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudi tuan ke majlis kami.
Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya
kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Penutupan Program Transisi
dan Guru Penyayang Tahun 1 SK ………………… bagi tahun 2021. Pihak sekolah mengalu-
SK PEKAN II , W.P.LABUAN
alukan kedatangan para jemputan, ibu bapa, dan murid-murid ke majlis pada hari ini.
Tujuan Program Transisi Murid Tahun 1 adalah untuk membantu kanak-kanak
menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau di tadika
kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dengan terlaksananya
program ini, murid-murid diharap telah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran
sekolah, guru-guru, dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
4. Hadirin yang dihormati,
Ucapan Guru Tak molek jika alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika payung tiada perahunya,
Besar Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.
Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ……………………… selaku Guru
Besar SK ………………….. untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan alu-
aluan sebentar tadi.
5. Pergi ke kota beli selasih,
Ucapan Sayang si dara senyum tertawa,
Perasmian Kata azimat simpulan kasih,
Oleh YDP Sulamkan mesra satukan jiwa.
PIBG Untuk tidak melengahkan masa, marilah kita sama-sama mendengar ucapan
perasmian penutupan daripada Yang Berbahagia …………………………………., Yang
Dipertua SK ……………….. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.
**Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada pagi ini. Majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian ………………………………
menyampaikan ucapan perasmian sebentar tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan oleh murid Tahun Satu.
6. Persembahan 1: Sajak
Persembahan Persembahan 2: Bacaan Buku Cerita
Murid Persembahan 3: Nyanyian Bahasa Arab
Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menarik sebentar tadi.
Bagi menyempurnakan majlis, dijemput Yang Berbahagia ……………………………. ke
pentas untuk menyampaikan anugerah.
Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada semua peserta PTGP Thn 1.
Anugerah seterusnya ialah Anugerah Penguasaan Literasi Terbaik
SK PEKAN II , W.P.LABUAN
7. Anugerah Penguasaan Numerasi Terbaik
Penyampaian Anugerah Murid Paling Kemas
Anugerah Murid Paling Aktif
Hadiah Anugerah Kumpulan Paling Aktif
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada semua peserta Minggu
Orientasi Prasekolah. ** Anugerah seterusnya ialah;
Anugerah Murid Paling Kemas -
Anugerah Murid Paling Menonjol Akademik -
Anugerah Murid Paling Berdikari -
Anugerah Murid Kreatif Melukis -
** Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada YDP………………atas
kesudian beliau menyampaikan anugerah sebentar tadi.
8. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Nyanyian lagu “The Fruits Song” oleh
Persembahan murid Tahun Satu. Dipersilakan.
Murid ** Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menghiburkan hati sebentar tadi.
Kerjasama tuan puan sangat dihargai,
Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.
9. Merdu bertingkah alunan suara,
Penutup & Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Jamuan Serendah hati kemaafan dipinta.
Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua
tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Penutupan Program Transisi dan
Guru Penyayang Tahun 1, para ibu bapa dan mereka yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.
Sebelum majlis melabuhkan tirainya, semua hadirin diminta berdiri untuk
menyanyikan lagu Ibu Pertiwiku.
Ibu bapa dipersilakan untuk menikmati jamuan yang disediakan.
Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.