The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jannah, 2023-02-02 00:59:54

E-BOOK PROJEK ANALISIS - Kumpulan 5

E-BOOK PROJEK ANALISIS - Kumpulan 5

I S U S E M A S A B E R K A I T A N I N S T I T U S I P E N D I D I K A N I S L A M P E R I N G K A T R E N D A H D A N M E N E N G A H D I M A L A Y S I A Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia KEPERLUAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH AGAMA DIABAIKAN: FAKTA @ AUTA? I Z Z U D D I N . F I R D A U S . M U H A M M A D . A Z I M A H . J A N N A H . N A J A T I . A N I Q U R Y A N I E . H A Z I Q A H . F A Z L I N . A L W A S E B U A H B U K U Y A N G D I T U L I S O L E H


AHMAD IZZUDDIN BIN FADLEE (17200535/2) MUHAMMAD FIRDAUS BIN GHAZALI (17200562) MUHAMMAD BIN ISMAIL (17199629) NUR AZIMAH BINTI MUHAMMAD AZIZ (17199359) NURUL JANNAH BINTI CHE SAAD (17200051) NUR NAJATI BINTI HAMDIN (17182819) ANIQURYANIE BINTI ABU BAKAR (17117477/3) HAZIQAH NADHIRAH BINTI DERUS (17136409/3) NOOR FAZLIN NATASHA BINTI MASLI (17091864/3) SITI ALWA BINTI JUATA (17078901/3) DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN 5


ISI KANDUNGAN B E L A K A N G T A B I R P E N G H A S I L A N V I D E O A N A L I S I S 01 K A N D U N G A N V I D E O D O K U M E N T A R I 02 R U M U S A N S W O T 03 R U J U K A N 05 R E F L E K S I S E T I A P A H L I K U M P U L A N 04


01 B E L A K A N G T A B I R P E N G H A S I L A N V I D E O A N A L I S I S


01 BELAKANG TABIR PENGHASILAN VIDEO ANALISIS Dalam penghasilan video rakaman analisis, kami telah membuat perbincangan tentang pembahagian isi bagi setiap ahli kumpulan terlebih dahulu. Sebahagian daripada ahli kumpulan mengikuti perbincangan melalui dalam talian sahaja, sementara ahli yang lain pula mengikuti perbincangan secara fizikal. Dalam perbincangan tersebut, terdapat ahli kumpulan yang mengalami masalah dalam mencari isi, maka ahli kumpulan lain bersama-sama untuk mencari isi atau hujah bagi ahli yang belum mendapatkan isi hujah. Setelah selesai, kami semua bersedia untuk mencari isi huraian masing-masing yang akan disampaikan dalam rakaman video nanti.


BELAKANG TABIR PENGHASILAN VIDEO ANALISIS Bagi kumpulan kami, kami telah merakam video perbincangan ini di Akademi Pengajian Islam iaitu di dalam bilik kuliah tambahan. Hal ini disebabkan bilik tersebut tidak digunakan pada hari rakaman dan mempunyai kemudahan seperti penyaman udara yang menjadikan bilik tersebut selesa untuk digunakan. Tempoh masa yang kami ambil untuk merakam video dan perbincangan SWOT sedikit lama iaitu lebih kurang 2-4 jam kerana untuk proses rakaman bukanlah sekali rakam sahaja akan tetapi perlu rakam beberapa kali untuk mendapatkan hasil rakaman yang terbaik, Manakala perbincangan SWOT pula turut mengambil sedikit masa untuk memikirkan isi yang difikirkan sesuai. 01


02 K A N D U N G A N V I D E O D O K U M E N T A R I


Pada sesi permulaan saya memperkenalkan kesemua 9 orang ahli panel. Kemudian, memberi definisi infrastruktur iaitu infrastruktur merujuk kepada kemudahan asas dan sistem yang digunakan bagi sesebuah negara, bandar atau kawsaan. Jika kita melihat kepad aaspek sekolah,Infrastruktur yang baik penting untuk persekitaran berkualiti kepada pelajar dan pihak sekolah sebagai asas kepada pembangunan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, sahsiah mahupun intelek. Seterusnya, saya bertanya soalan kepada para poanel. Bentuk persoalan yang saya tanya adalah daripada penyokong seterusnya kepada pembangkang. Saya memberi persoalan kepada panel secara bergilir-gilir. Kumpulan kami terdiri daripada 5 penyokong dan 5 pembangkang. Akhir sekali, saya merumuskan keseluruhan analisis iaitu daripada perbincangan kita pada hari ini, tidak dinafikan terdapat beberapa kekurangan prasarana sekolah-sekolah agama namun pihak-pihak yang berwajib sebenarnya tidak mengabaikan tanggungjawab mereka dalam memperkasakan dan memajukan sekolah-sekolah agama. Janganlah kita menunding jari menyalahkan sesama sendiri, akan tetapi kita perlualah berganding bahu dalam menyelesaikan isu ini agar dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada para pelajar. 02 KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI Moderator


02 KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI Bilik darjah merupakan tempat yang paling penting proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana murid banyak menghabiskan masa di dalam bilik darjah untuk menimba ilmu. Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Manakala menurut Akta Pendidikan, murid atau pelajar merupakan seseorang yang menerima pendidikan atau latihan. Sebaliknya guru bermakna seorang yang mengajar murid-murid di sekolah atau institusi pendidikan atau menyediakan bahan pelajaran atau menandakan skrip jawapan di sesebuah sekolah. Pengurusan bilik darjah antara perkara yang penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran guru dalam manipulasi saiz dan ruang bilik darjah akan menjadikan ruang yang sedia ada relevan dan menarik untuk keperluan pelajar. Penyokong Kekurangan Kelengkapan LCD Projector Dalam Bilik Darjah Pendidikan Islam kini seolah-olah merupakan satu pembelajaran yang bersifat fasif dengan kaedah kuliah dan ceramah merupakan kaedah yang dominan. Berdasarkan daripada dapatan kajian (Ab. Halim et. al. 2004), didapati guru-guru pendidikan Islam mengakui bahawa kaedah yang mereka sering gunakan adalah kuliah/penerangan dalam pengajaran Tilawah, Hadith, Akidah, Ibadah, Sirah dan Tamadun, serta Adab dan Akhlak. Kajian yang dilakukan oleh pelbagai institusi dan penyelidik juga membuktikan bahawa guru Pendidikan Islam masih tertumpu dengan kaedah pengajaran tradisional yang berpusatkan guru berbanding pelajar khususnya kaedah syarahan. Menurut Zawawi Haji Ahmad (1992) dalam konteks pendidikan kaedah merupakan satu perancangan yang sistematik untuk menyampaikan bahan pengajaran. Ia menerangkan cara menguruskan sesuatu dengan menggabungkan teknik-teknik pengajaran, isi kandungan dan bahan bantuan mengajar agar objektif sesuatu pengajaran dapat dicapai. Isu kekurangan kelengkapan Projektor LCD selalu dipinggirkan kerana mindset sesetengah pihak yang mengatakan bahawa tidak perlu kepada teknologi sebegini dan cukup kepada pengajaran biasa. Akan tetapi, ianya mempengaruhi kepada minat pelajar lebih-lebih lagi generasi baharu sudah mula terdedah dengan kemajuan tekonologi.


Salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kelas ialah dengan menggunakan kaedah audio visual. Media Audio Visual merupakan media yang terdiri dari audio dan visual. Media ini berkaitan dengan pancaindera manusia iaitu pendengaran dan penglihatan. Asyhar (dalam Hidayati dkk, 2011, hlm.2) menjelaskan bahawa “Media audio visual adalah jenis media yang digunakan dalam proses pembelajaran dengan melibatkan pendengaran dan penglihatan sekaligus dalam satu proses atau kegiatan”. Salah satu contoh media audio visual iaitu video, televisyen, media filem, media berasaskan computer dan lain-lain. Melalui kaedah pengajaran ini, kita dapat lihat bahawa betapa pentingnya kelengkapan projector LCD dalam setiap bilik darjah. Akan tetapi, kita sendiri mengetahui bahawa bukan semua sekolah mampu menyediakan kelengkapan projector LCD dalam setiap bilik darjah. Walaubagaimanapun, ianya bukan alasan untuk langsung tidak memberi sekurang-kurangnya satu mini projector mudah alih yang boleh dibawa kemana sahaja. Jika dilihat, selalunya berlaku isu kekurangan kelengkapan bilik darjah seperti kelengkapan projector LCD ini berlaku kepada sekolah luar bandar, namun disini kami memberikan contoh yang mana Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu, Sabah merupakan sekolah yang terletak ditengah-tengah pekan Kota Marudu juga mengalami isu ini. Ini daripada pengalaman salah seorang ahli kumpulan kami yang mana beliau yang berada dikelas aliran agama, dan ustazah mereka terpaksa membeli projector LCD sendiri dengan harga yang sedikit mahal kerana menginginkan suasana pembelajaran yang lebih aktif kerana menurut beliau kaedah pengajaran menggunakan syarahan akan mengurangkan minat pelajar lebih-lebih lagi untuk subjek Pendidiakan Islam. 02 KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam yang diaplikasikan oleh GPI harus seiring dengan kemajuan teknologi masa kini. Dalam kajian Ab. Halim et al. (2006) bahawa lebih 80% daripada 717 GPI yang terlibat dalam kajian tidak pernah menggunakan LCD, perisian Pendidikan Islam dan laman web semasa pengajaran Pendidikan Islam. Sepertimana menggunakan kaedah media audio visual, tidak hanya tertumpu kepada alat pandang dan dengar yang biasa seperti televisyen dan radio sahaja. Melalui penggunaan multimedia dalam pendidikan sudah menjadi satu lumrah dewasa ini. Menggunakan multimedia dalam pendidikan bermakna menggunakan pelbagai media yang merangsang penglihatan dan pendengaran untuk menbantu proses P&P.


02 KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI Zarina Abd Malek, (2004) menyatakan bahawa pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya dikikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat. Ini kerana kebanyakkan pelajar kurang berminat dengan teknik pengajaran yang hanya melibatkan penulisan nota atau pengajaran secara tradisional iaitu hanya menggunakan papan hitam semata-mata tanpa ada elemen-elemen yang lebih menarik seperti animasi, grafik, bunyi dan sebagainya. Jika dibandingkan kesan pengajaran dengan menggunakan radio, pengajaran menggunakan televisyen,video adalah lebih berkesan (Barrow & Westly, 1970). Kelebihan televisyen atau video kerana ia melibatkan pendengaran dan penglihatan sekaligus manakala radio hanya melibatkan pendengaran sematamata. Pengajaran video juga boleh mengekalkan minat kerana ia mempunyai warna, bunyi, gerak dan cahaya yang dapat mempengaruhi deria (Romiszowski, 1988; Nairn, 1988). Pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah audio visual ini dapat menimbulkan minat murid dalam kelas. Andre Rinanto (1982: 53-56) mengemukakan beberapa manfaat penggunaan media audio visual dalam pembelajaran. Media audio visual dapat mengatasi keterbatasan pengalaman yang dimiliki oleh murid. Media ini juga dapat melampaui batasan ruang dan waktu bahkan dengan menggunakan kaedah media audio visual ini turut membangkitkan keinginan dan minat baru di kalangan pelajar.Kajian yang dijalankan oleh Ab. Halim dan Zaradi Sudin (2007) yang menunjukkan penggunaan peralatan media seperti kad suara, audio dan grafik, video, animasi, persembahan bergambar dan perisian persembahan yang lebih menarik seperti 3D akan memberikan kesan yang lebih baik kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pelajar tidak berasa bosan dan pengajaran Pendidikan Islam akan lebih diminati oleh pelajar. Contohnya dalam subjek Pendidikan Islam dibawah tajuk Sirah Nabi (sejarah), zaman sekarang sudah banyak video-video atau animasi yang boleh guru paparkan kepada murid supaya mereka lebih jelas dan mudah memahami sesuatu kisah berbanding dengan syarahan semata-mata. Sudah jelas, penggunakan Projektor LCD sangat memainkan peranan yang penting kerana bukan semua pelajar mempunyai liputan internet yang kuat dirumah untuk melihat video-video atau animasi tersebut.


02 KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI Ramai guru Pendidikan Islam menggunakan slaid PowerPoint sebagai alat paparan sewaktu mengajar disebabkan oleh kemudahan yang sedia ada dengan menggunakan perisian yang terdapat di dalamnya. Sudah semestinya penggunaan slaid ini juga memerlukan kepada kelengkapan Projektor LCD. Seperti yang telah dimaklumi, slaid PowerPoint adalah versi digital transparensi overhed atau edaran bercetak digunakan untuk membentangkan suatu topik, senarai konsep dan teori, gambar, rajah, jadual dan sebagainya. Oleh itu, kita boleh mendapatkan yang terbaik melalui PowerPoint dengan menggunakan keupayaan mengesan untuk menarik minat dan perhatian pelajar. Di samping itu, untuk memaparkan teks dan angka, PowerPoint boleh dimuatkan dengan klip audio dan video, pelbagai animasi dan simulasi sekaligus dapat dihubungkan kepada pelbagai sumber dari Internet. Semua kemudahan ini mampu merangsang dan menarik minat pelajar (Lucas & Bernstein, 2005). Wasilahnya, inisiatif yang boleh dilaksanakan oleh pihak kerajaan atau pihak sekolah ialah dengan menyediakan kelengkapan Projektor LCD untuk setiap sekolah di seluruh Malaysia terutama kepada sekolah agama kerana selalunya sekolah agama dipinggirkan dan dipandang rendah kerana merasakan bahawa tidak perlu kepada kemajuan tekonologi dan cukup dengan pengajaran tradisional sahaja. Jika pihak kerajaan/sekolah tidak mampu membekalkan Projektor LCD dalam setiap kelas, cukup dengan menyediakan dalam kelas-kelas tertentu ataupun menyediakan sekurang-kurangnya lima Projektor LCD mudah alih disetiap sekolah bagi kegunaan harian secara bergilir-gilir.


KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI Penyokong Isu Kelengkapan Surau yang Kurang Sempurna Surau dari segi bahasa bermaksud tempat beribadah, iaitu sembahyang, belajar agama dan lain-lain yang berkaitan dengan ibadah (Kamus Dewan DBP 2002). Surau atau ‘suro’ adalah dalam bahasa batak yang bermaksud masjid kecil yang tidak digunakan untuk solat pada hari Jumaat (Samsu Adabi, 2006). Berdasarkan kepada sesetengah pendapat, konsep surau ialah sebuah tempat beribadah yang tidak dibenarkan untuk mengerjakan solat Jumaat, berbeza dengan perkataan musolla yang mana perkataan ini membawa maksud suatu ruang yang khusus digunakan untuk musafir solat dan tidak memiliki qori’ah tersendiri (Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, 1999). Walau bagaimanapun, kini di Malaysia perkembangan zaman dan perkembangan Islam yang pesat telah mengubah konsep ini, di mana terdapat banyak surau yang turut mengerjakan solat Jumaat disebabkan oleh bilangan Jemaah yang ramai. Pada tahun 1998, Kementerian Pendidikan telah memberikan definisi surau sebagai satu bangunan yang terpisah daripada bilik darjah dan terletak dalam kawasan sekolah serta digunakan untuk solat dan kegiatan pendidikan Islam oleh semua warga sekolah. Perbezaan antara surau dengan musolla adalah daripada aspek pembinaan bangunan. Musolla didefinisikan sebagai bilik sembahyang yang dibina bersambung dengan bangunan sekolah. Dapat difahami bahawa surau adalah bangunan tersendiri yang terpisah dengan bangunan sekolah dan digunakan oleh warga sekolah untuk tujuan ibadah, pelaksanaan dan aktivitiaktiviti pendidikan Islam di sekolah manakala musolla terletak di dalam bangunan sekolah sama ada kecil atau besar. Pembinaan surau di sekolah bertujuan untuk mengukuhkan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) pendidikan Islam serta meningkatkan penghayatan Islam dalam kalangan para pelajar. KementerianPendidikan (1989) telah menetapkan bahawa surau-surau sekolah bukan sahaja sebagai tempat pelajar untuk menunaikan sembahyang, tetapi lebih kepada untuk menjadi “Pusat Pendidikan Rohani”. Semua aktiviti yang berbentuk kurikulum dan ko-kurikulum diharapkan dapat dilaksanakan di dalam surau sekolah bagi melaksanakan teori-teori yang diajar di dalam bilik darjah. Ia juga boleh digunakan sepanjang masa oleh para pelajar dan guru bagi aktiviti-aktiviti pendidikan Islam. 02


Fungsi utamanya ialah sebagai tempat melaksanakan ibadah solat dan melaksanakan aktiviti amali pendidikan Islam untuk menanamkan semangat mencintai agama dan menghayati ajaran Islam serta membina ruh persaudaraan Islam dalam kalangan guru-guru dan para pelajar Islam (BPI 1989). Fungsi ini dapat dihuraikan dengan lebih terperinci seperti berikut : a) Tempat untuk guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan yang beragama Islam menunaikan ibadah solat. b) Tempat untuk menjalankan kegiatan amali berkaitan ibadah seperti ambil wuduk, solat, mandikan jenazah, bersuci dan ibadah fardhu ain yang lain. c) Tempat latihan membaca al-Quran, bertadarus dan khatam al-Quran. d) Tempat syarahan, ceramah, dan kuliah agama terutamanya pada waktu selepas solat Maghrib dan Subuh bagi sekolah-sekolah berasrama. e) Tempat untuk melaksanakan majlis-majlis hari kebesaran Islam seperti majlis Maulidur Rasul, Israk Mikraj dan lain-lain. f) Tempat untuk solat Jumaat sekiranya diperlukan. Berdasarkan fungsi-fungsi surau yang telah dinyatakan seperti di atas, dapat diketahui bahawa pembinaan surau di sekolah, sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah bukan sekadar tempat menjalankan ibadah solat semata-mata bahkan juga berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah. 02 KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI


Pada dasarnya proses pengajaran dan pembelajaran di masjid atau surau sekolah menjadi lebih efektif dan berkesan kerana semua isi pelajaran yang disampaikan oleh guru dapat diaplikasikan dan diamalkan secara terus oleh pelajar seperti adab-adab masuk ke masjid, solat Tahiyatul masjid di masjid, menjaga kebersihan masjid dan sebagainya. Ini akan meninggalkan kesan dan ingatan yang lebih lama kepada mereka berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran secara teori sahaja di bilik darjah. Ini selaras dengan pandangan Ab. Halim et al. (2003), menyatakan bahawa surau sekolah bukan sahaja berfungsi sebagai tempat pelajar menunaikan ibadah solat tetapi ia penting sebagai ‘makmal Pendidikan rohani’ dalam pendidikan Islam sama ada aktiviti kurikulum atau ko-kurikulum. Keutamaan pendidikan menekankan pentingnya surau sekolah mengukuhkan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk kurikulum, ko-kurikulum dan aktiviti kerohanian. Namun begitu, terjadinya beberapa isu yang salah satunya berkaitan tentang kemudahan dan infrastruktur sekolah seperti surau atau bilik agama berada pada tahap yang sederhana. Hal ini berdasarkan kepada sebuah kajian lapangan di sekolah pedalaman. Walaupun PdPc Pendidikan Islam di sekolah itu berlangsung dengan baik namun kelengkapan yang kurang sempurna mengakibatkan permasalahan dalam pengajaran guru. Surau di lokasi kajian yang dilaksanakan itu didapati bahawa tempat berwuduk yang sedia ada bersifat terbuka dan tidak mempunyai dinding dan berpenutup. 02 KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI Hal yang demikian merumitkan guru untuk mengajak pelajar-pelajar asrama menunaikan solat secara berjemaah di surau kerana pelajar-pelajar memberikan alasan kemudahan berwuduk yang kurang sempurna. Pelajar-pelajar perempuan mengambil wuduk di tempat tersebut secara terbuka dan mudah dilihat oleh pelajarpelajar lelaki dan warga sekolah yang lalulalang di kawasan wauduk. Selain itu, kedudukan surau di sekolah itu kurang strategik kerana ia terletak bersebelahan dengan perpustakaan sehingga menyebabkan aktiviti yang dilaksanakan di perpustakaan dan pelajar berlari-lari kedengaran hingga ke surau. Hal ini berpunca daripada keseluruhan lantai sekolah di bangunan tersebut diperbuat daripada kayu yang boleh menyebabkan bunyi hentakan kaki yang kuat kedengaran.


KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI Keadaan menjadi lebih kritikal apabila hujan membasahi bangunan sekolah. Ini disebabkan oleh kedudukan surau yang terletak di hujung bangunan, tempias daripada hujan menyebabkan kelembapan surau yang akhirnya membentuk kulapuk. Bukan itu sahaja, didapati bahawa pintu utama surau di sekolah mereput dan air bertakung di bawah tikar getah. Situasi ini menimbulkan kesan bau yang kurang menyenangkan dan para pelajar tidak berasa selesa untuk menggunakan kemudahan surau tersebut. Isu yang berkaitan dengan surau di sekolah juga termasuklah kesulitan untuk dijadikan PdPc. Hal ini kerana, surau di sekolah mula rosak dan tidak dipulihkan seperti bumbung. Keadaan syiling di dalam surau juga membahayakan dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada pengguna. Ini kerana syiling surau tersebut rosak dan berlubang-lubang kerana ditembuk oleh sejenis burung berwarna hitam dan bermata merah seperti burung gagak yang kecil. Najis burung tersebut juga berselerak di kawasan syiling yang dirosakkan oleh burung tersebut yang dijadikan tempat habitat burung tersebut. Pengkaji bagi isu ini juga kerap melihat anjing liar berkeliaran di kawasan surau. Hal ini berpunca daripada pagar yang menutupi kawasan surau berlubang-lubang dan berkarat. Walaupun terdapat usaha pihak sekolah dan pelajar asrama memperbaiki pagar tersebut, permasalahan ini tetap berulang seolah-olah disengajakan oleh individu yang kurang bertanggungjawab. Hal ini turut diperbincangkan di peringkat pentadbiran sekolah namun masih kurang campur tangan yang dilihat oleh pengkaji untuk menyelesaikan masalah ini. Berdasarkan kepada analisis dokumen yang dijalankan oleh seorang pengkaji, beliau mendapati bahawa kemudahan dan infrastruktur sekolah khususnya bagi subjek Pendidikan Islam masih kurang memberangsangkan. Pengkaji mendapati rekod inventori yang disimpan dalam fail panitia dan ditampal di dinding bilik agama lebih sedikit berbanding bilik-bilik khas yang lain, perpustakaan, bilik mesyuarat, bengkel dan makmal. Ini berpunca daripada pendaftaran pelajar Islam yang sedikit. Di samping itu, surau di sekolah tersebut juga diletakkan di bawah pengurusan asrama. Keadaan ini menyebabkan peruntukan untuk kemudahan surau sangat sedikit. Lebih menyedihkan, di bangunan utama sekolah tidak ada kemudahan surau untuk kegunaan warga sekolah dan juga pelawat. 02 Kesimpulannya, sebagai langkah penyelesaian bagi isu ini, pihak yang bertanggungjawab seharusnya memainkan peranan yang penting dalam memajukan infrastruktur sekolah, khususnya kelengkapan surau agar terhasilnya PdPc yang berkesan dalam kalangan pelajar bagi subjek Pendidikan Islam.


Perkataan “Komputer” pada asalnya daripada bahasa Yunani iaitu " Computare" yang membawa maksud “memperhitungkan” atau “menggabungkan bersama-sama”. Perkataan “com” bermakna “menggabungkan dalam pikiran” atau “secara mental”, Manakala “putare” pula bermakna “memikirkan perhitungan” atau “penggabungan”. Di dalam bahasa Inggris, " To Compute" bermakna “menghitung”. Pada asalnya komputer digunakan untuk merujuk kepada orang-orang yang dalam pekerjaan mereka terdapat pengiraan operasi Aritmetik, akan tetapi seiring dengan kemajuan pembangunan, istilah komputer berubah kepada mesin sebagai alat pengiraan. Kemudian, komputer moden pada hari ini merujuk kepada siri peranti elektronik yang memiliki pelbagai tugas dan fungsi. 02 Terdapat para ahli yang telah menyimpulkan pendapat mereka tentang definisi komputer antaranya V.C Hamacher yang mengatakan bahawa komputer adalah mesin penghitung elektronik yang pantas menerima maklumat input digital, memprosesnya sesuai dengan program yang tersimpan dalam memorinya dan mampu menghasilkan output informasi. Manakala Donald H. Sanderes (1985) mengatakan bahawa komputer adalah sistem elektronik yang memiliki kemampuan memanipulasi data dengan pantas dan tepat serta dirancang dan diorganisasikan supaya secara automatik dapat menerima dan menyimpan suatu data input, kemudian memprosesnya dan menghasilkan output dibawah pengawasan langkah-langkah instruksi program (OS/Operating System) yang tersimpan dalam penyimpannya (store program). KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI Penyokong Kekurangan Kemudahan Makmal Komputer di Sekolah Melalui hasil daripada satu tinjauan kajian yang telah dijalankan di tiga buah sekolah agama berasrama penuh di Malaysia iaitu di Kolej Islam SultanAlam Shah, Kelang, Sekolah MenengahAgama Persekutuan, Kajang dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu.


Seramai 40 orang guru bahasaArab daripada ketiga-tigabuah sekolah tersebut telah menyertai tinjauan ini. Hasil daripada tinjauan tersebut menunjukkan bahawa dari segi skop penggunaan komputer dalam kelas sangatlah minimum disebabkan oleh 50% daripada para guru di sekolah tersebut mengatakan bahawa tiada prasarana ataupun kemudahan yang mencukupi yang disediakan di sekolah seperti kekurangan komputer dan kekurangan kakitangan dalam mengendalikan kerja-kerjateknikal. 02 Tambahan pula, Hasil kajian dan pemerolehan data yang diperolehi telah menunjukkan bahawa walaupun skop penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab pada tahap minimum, akan tetapi guru-guru bahasa Arab mempunyai persepsi yang sangat baik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berbantukan komputer di mana 100% daripada para guru percaya bahawa PBBK (pembelajaran bahasa berbantukan komputer) dapat meningkatkan mutu pengajaran mereka dan meningkatkan kemahiran pelajar dalam subjek bahasa Arab dan lebih 90% mengatakan bahawa mereka percaya yang PBBK dapat menjimatkan masa dan tenaga dan memudahkan proses pengajaran mereka. KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI Kemudian, dalam kajian ini juga terdapat beberapa pendapat yang menyatakan kelebihan penggunaan komputer ini dalam pdpc antaranya pendapat daripada Kamarudin Ibrahim (2013) yang mengatakan bahawa penggunaan ABBM (alat bahan bantu mengajar) berasaskan multimedia dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam memahami subjek bahasa Arab. manakala Anas (2013) pula mengatakan penggunaan media pengajaran berasaskan multimedia bukan sahaja akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan, malahan ia adalah suatu pendekatan yang lebih moden dalam meningkatkan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara sebab lain perlunya penggunaan komputer kerana ia merupakan salah satu faktor penting dalam meningkatkan kualiti pembelajaran dan prestasi anak murid dan ianya sangat efektif dan sesuai dengan peredaran zaman yang semakin canggih.


02 KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI Sebagai contoh bagaimana makmal komputer boleh digunakan dalam pengajaran pendidikan islam adalah ayat al-Quran boleh dipasang secara terus dihadapan para pelajar atau dimasukkan ke dalam komputer atau dengan cara yang lebih mudah guru boleh memainkan bacaan al-Quran secara online. Selain itu, untuk mengajar subjek hadis guru boleh mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan hadis melalui rangkaian internet kerana terdapat berbagai jenis website atau laman web yang dapat membantu para guru dalam pengajaran mereka. Disamping itu, rujukan yang terdapat di internet bukan sekadar teks sahaja tetapi merangkumi elemen yang melibatkan penggunaan berbagai medium seperti audio, video, animasi, teks dan grafik ke dalam satu medium yang lebih menarik tetapi penuh dengan maklumat penting. Oleh hal yang demikian, pihak yang terlibat sewajarnya mengambil kira beberapa aspek yang berkaitan dengan penambahbaikan infrastruktur dan prasarana sekolah seperti penyediaan bilik khas seperti makmal komputer dengan selengkapnya. Manakala, kementerian pendidikan pula hendaklah berusaha melengkapkan sekolah dengan kemudahan prasarana yang secukupnya bagi menjana teknologi maklumat supaya para pelajar dan guru memperoleh manfaat yang semaksimumnya dalam pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan arus pada zaman sekarang.


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Internet ini merupakan rangkaian komputer antarabangsa yg membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia- memasukkan data, maklumat dan sebagainya ke dalam rangkaian Internet dan menyebarkannya melalui Internet. Secara umumnya Internet merupakan satu rangkaian bersifat global yang menghubungkan lebih dari seorang pengguna dari seluruh dunia yang membolehkan pertukaran maklumat berlaku. Pada zaman modernisasi ini, Internet ini amat penting dalam setiap hidup manusia. Setiap pekerjaan, destinasi untuk pergi dan sebagainya memang memerlukan Internet apatah lagi rumah yang telah dipasang alat peranti 'Alexa', 'Google' dan sebagainya memang memerlukan jaringan tersebut. Internet bukanlah lagi menjadi kehendak pada masa kini tetapi ianya telah menjadi salah satu keperluan asas bagi setiap masyarakat yang bekerja, belajar mahupun bagi seorang tenaga pelngajar selain makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal yang selesa. Kita mengimbau kembali pada masa yang dimana Covid-19 membelenggu negara kita yang menyebabkan sekolah terpaksa ditutup hampir dua tahun akibat pandemik tersebut. Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi ucapan rasmi secara langsung di televisyen dan secara rasmi mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 pada 16 Mac 2020 jam 9 malam waktu Malaysia. Pada 18 Mac 2020, Kerajaan Malaysia menguatkuasakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana kita semua diberi perintah untuk membuat 'self-kuarantin' di tempat kediaman masing-masing. Semua pergerakan dan perhimpunan ramai dilarang untuk memutuskan rangkaian wabak ini. 02 KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI Penyokong Masalah Capaian Internet dan Kekurangan Peranti di sekolah. Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin Kes Covid-19 (18 Mac 2020)


KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI Kita mengimbau kembali ke dalam berita Harian Metro pada 16 Jun 2020, dimana video tular di media sosial tentang seorang penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin yang terpaksa memanjat pokok di Kpgnya di Pitas, Sabah demi mendapatkan talian internet untuk menduduki peperiksaan atas talian. Sumber : Harian Metro (16 Jun 2020) Daripada keratan akhbar diatas, kita dapat lihat betapa pentingnya Internet pada masa tersebut. Hal ini demikian, semua sekolah dan universiti menjalankan kelas secara dalam talian kerana wabak Covid-19 tersebut masih berleluasa ketika itu. Zaman semakin moden, Malaysia telah beralih daripada fasa pandemik kepada fasa endemik dimana kehidupan kita tidak boleh lari daripada kehadiran virus tersebut dan kita harus belajar hidup bersama-sama dengan virus ini seiring dengan pembukaan semula sektor ekonomi, pendidikan dan sebagainya mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sektor pendidikan iaitu sekolah dan universiti pun telah dibuka secara berperingkat dan mengikut SOP yang diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Langkah-langkah perlu dipatuhi jika bergejala (TRIIS) Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia 02


KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI Di sekolah, memang sudah begitu banyak fasiliti yang disediakan, akan tetapi ramai yang terlepas pandang akan capaian internet. Pelajar sekolah amat memerlukan sumber rujukan untuk membuat kerja-kerja sekolah terutamanya subjek yang memerlukan bahan bacaan yang banyak seperti subjek Sejarah. Sampai bilakah pelajar ingin bergantung kepada perpustakaan sekolah yang tidak dikemaskini yang terkini dan bahan bacaan yang tidak mencukupi. Menurut Utusan borneo Online, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie berkata, "Kadangkadang kita dapati, bahan bacaan yang disediakan di perpustakaan tidak mencukupi terutama untuk rujukan pelajar sekolah dan universiti. Mereka ini memerlukan buku-buku yang khusus untuk dikaji dalam mendapatkan maklumat yang tepat". Sumber : Utusan Borneo Jadi kita boleh mengambil inisiatif untuk menambahkan lagi bahan bacaan supaya pelajar sekolah boleh mengakses maklumat yang mereka perlu. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menyediakan capaian internet yang baik dengan membuat kolaborasi dengan syarikat-syarikat telco seperti telekom (Unifi), maxis dan yang berkaitan dengannya. Jika internet sudah elok akan tetapi peranti di sekolah kurang, jadi kita boleh mangambil langkah untuk menambahkan peranti sekolah seperti Pusat Sumber dan Makmal komputer. Pusat Sumber Makmal Komputer 02


KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI Lagi-lagi untuk pelajar sekolah agama dimana mereka memerlukan makmal komputer yang telah lengkap dengan peralatan teknologi untuk kelas kemahiran membaca dan menghafaz Al-Quran (KKQ). Oleh kerana, ia dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Hal ini demikian, pelajar dapat mendengar sebutan makhraj, hukum tajwid, qiraat dan taranum dengan betul dengan menggunakan headphone. Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dijalankan dengan menggunakan aplikasi CD Rom Interaktif dimana ia merupakan bahan bantu mengajar untuk memudahkan guru-guru menyampaikan maklumat dengan pelbagai pendekatan yang dapat memberi manfaat kepada pelajar di mana pelajar boleh menerima, memproses, mengingat, menyimpan dan melahirkan semula segala yang dipelajari. Kesimpulannya, kita sudah dapat lihat bahawa isu capaian internet dan kekurangan peranti amatlah penting di sesebuah sekolah. Hal ini kerana dapat memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Setiap sekolah akan mengalami pelbagai bentuk isu prasarana sama ada cukup ataupun sebaliknya. Jadi, sampai bilakah pelajar sekolah kena hadapi isu ini? Generasi akan datang yang membantu? Atau pihak yang bertanggungjawab yang menangani? Jadi, renung-renungkan lah. Penyokong Isu Ketiadaan Kelas agama khas untuk golongan OKU didalam sekolah agama biasa 02 OKU adalah seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat.(Jabatan Kebajikan Masyarakat) Didalam penulisan ini, saya akan menerangkan isu yang golongan OKU hadapi dari segi pendidikan yang mereka terima.


KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI Timbul isu infratruktur kepada pelajar OKU sejak dahulu kala lagi. Tidak semua golongan OKU ini tidak berkeupayaan untuk menutut ilmu, akan tetapi ada juga segelintir golongan OKU yang berupaya untuk menggunakan minda mereka ketahap yang maksimum. Hal ini demikian kerana, golongan OKU ini adalah antara kelompok masyarakat yang mempunyai potensi dan dinamika tersendiri. Dahulunya golongan Orang OKU dianggap sebagai golongan yang tidak mampu menyumbang kepada pembangunan negara dan cuma mengharap belas ihsan semata-mata. Namun kini, pandangan tersebut tidak lagi relevan, bahkan golongan OKU tidak boleh ketinggalan dalam membangunkan negara walaupun mereka mengalami ketidakupayaan dari sudut fizikal dan pancaindera. Ketidakupayaan mereka tidak boleh disamakan seperti insan normal yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara samada melalui kemahiran fizikal ataupun intelektual. Tambahan lagi, terdapat statistik daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat pada akhir Disember 2022 bahawa sudah 633,653 orang OKU telah berdaftar dan ia lebih kurang tiga peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. 02


KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI Tambahan lagi, negara kita juga telah memperuntukkan hak dan perlindungan ekslusif kepada golongan OKU dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008. Justeru itu, menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga telah menyatakan bahawa kerajaan juga telah membangunkan pelbagai kaedah advokasi serta intervensi untuk memanfaatkan dan menggilap keistimewaan yang sedia ada pada golongan ini. Akan tetapi, terdapat isu bagi golongan pelajar OKU dimana mereka tidak disediakan atau diberi inisiatif untuk mempelajari Pendidikan agama Islam secara formal dan teratur didalam kelas yang khas untuk mereka. Isu ini berdasarkan laporan yang dibuat pada April, 2018. Maklumat ini diperoleh daripada keratan akhbar dalam talian Selangor Kini. Hal ini telah terjadi di negeri Selangor, dimana terdapat ketiadaan kelas khas bagi pelajar OKU untuk mempelajari Pendidikan agama Islam. Ini akan menunjukkan bahawa wujudnya ketidaksamarataan yang akan berlaku terhadap golongan ini. Hal ini demikian kerana, golongan OKU ini juga mempunyai potensi dan kebolehan yang tersendiri untuk dimajukan dan digilapkan. Tambahan lagi, pendidikan agama Islam amat perlu dipelajari dan diajari oleh semua umat Islam supaya dapat mengukuhkan dan menguatkan keimanan dan ketaqwaan mereka serta mampu untuk melahirkan generasi yang bertetapan dengan garis syariat Islam. 02


KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI Justeru itu, dengan ketiadaan kelas agama khas bagi pelajar OKU ini, ia akan menyukarkan mereka untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan mempraktikkan ilmu tersebut secara menyeluruh khususnya dalam ilmu agama Islam. Tambahan lagi, sekiranya isu ini berlarutan ia akan memberi kesan negatif kepada pelajar OKU dalam meningkatkan dan menggunakan intelektual mereka ketahap yang maksimum. Ini kerana, setiap pelajar OKU itu mempunyai potensi yang perlu dibangunkan salah satunya adalah melalui kelas agama khas ini supaya mereka memperoleh taraf ilmu pengetahuan sama sepertimana pelajar biasa yang lain. Pengabaian terhadap pelajar OKU ini sepatutnya tidak berlaku kerana mereka juga mempunyai hak yang sama seperti pelajar biasa dalam menuntut ilmu agama dan mereka ini mempunyai potensi untuk digilapkan lagi kemahiran-kemahiran sedia ada mereka yang dimana kadang, pelajar biasa tidak mempunyai bakat sebagaimana pelajar istimewa ini. Contohnya dalam konteks pendidikan ilmu agama ini adalah seperti bakat taranum, menjadi daie, membaca al-quran dengan makhraj dan tajwid yang betul dan sebagainya. Sudah terang lagi bersuluh bahawa isu ini perlu diberikan perhatian oleh pihak yang bertangggungjawab dalam menguruskan hal pendidikan khususnya bagi golongan istimewa ini supaya tahap pendidikan terutamnya dalam pendidikan agama Islam diuruskan secara adil dan saksama bagi melahirkan umat Islam yang holistik. Tuntasnya, kemudahan kelas agama khas untuk pelajar OKU ini amat diperlukan bagi membina dan menghasilkan tahap pendidikan yang diharapkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 02


KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI sebanyak 400 buah Sekolah Agama Rakyat yang terdiri daripada Sekolah Tahfiz, KAFA, Madrasah dan Pondok telah menerima bantuan; sebanyak 111 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan termasuk 4 buah Sekolah Menengah Persendirian Cina; sebanyak 97 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil menerima bantuan; dan yang terkini sebanyak 5 buah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan 23 buah sekolah mubaligh turtu diberikan Banyak peruntukan dan dana yang telah disalurkan kepada sekolah agama untuk menaik tarafkan insfratruktur sekolah. Jika kita lihat kepada negeri Selangor iaitu pada Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018 yang bertarikh 23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018 telah menorak langkah dengan Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan Program Bantuan Sekolah bermula sejak tahun 2009 sehingga tahun ini. Program ini merupakan bantuan dana untuk penambahbaikan infrastruktur sekolahsekolah di Negeri Selangor agar lebih selamat dan kondusif. Oleh itu sepanjang pelaksanaannya agihan bantuan yang telah diberikan kepada sekolah-sekolah seperti berikut : Bantuan ini diagihkan mengikut keperluan sekolah-sekolah. Keutamaan yang menjadi pertimbangan pihak Kerajaan Negeri ialah isu-isu yang berkaitan keselematan dan keselesaan dalam pembelajaran. Pembangkang Terdapat banyak Peruntukkan disalurkan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 02


KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI Jika kita lihat kepada bantuan bilangan buah sekolah yang diberikan oleh kerajaan negeri,sekolah agama merupakan sekolah yang banyak menerima bantuan ini berbanding dengan sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Menengah. Tambahan,Bantuan ini diperuntukkan berdasarkan keperluan sekolah dalam menaiktarafkan infrastruktur sekolah-sekolah. Antaranya termasuklah Kantin, Surau, Kelas ,Tandas, Bumbung Bocor , Dinding, Susur Gajah , Pagar Sekolah ,Pintu Kelas, Tandas, Gelanggang Bola Keranjang, Bilik Guru, Perpustakaan ,Longkang/Perparitan ,Makmal Sains, Makmal Komputer , Bangunan Sekolah , Bangunan Asrama Mengecat Bangunan Sekolah,Kerusi/Meja,Saluran Paip Air,Pendawaian Elektrik,Tingkap dan banyak lagi. Berikut merupakan data berkaitan dengan bantuan sekolah rendah agama Selangor : Carta Bar 02


KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI Sekolah Agama Sungai Tiram yang menerima dana sebanyak RM 44,000 untuk menaik taraf bangunan sekolah. Sekolah Agama Bandar Ulu Tiram mendapat dana sejumlah RM 65,000 supaya membaiki bangunan sekolah serta pembelian 100 unit kerusi dan meja untuk murid yang baru. Sekolah Agama Desa Cemerlang memperoleh peruntukkan bernilai RM 25,000 bagi membeli kerusi dan meja sebanyak 100 unit kepada pelajar. Sekolah Agama Taman Mount Austin pula menerima dana sebanyak RM 30,000 untuk pembelian kerusi dan meja sebanyak 100 unit kepada pelajar dan juga satu unit komputer. Sekolah Agama Sabilul Muhtadin terletak di Taman Puteri Wangsa mendapat peruntukkan dana sebanyak RM 84,000 untuk membaiki lantai bilik darjah,membaik pulih dewan terbuka dan tempat menunggu pelajar. Tidak hanya di Negeri Selangor, jika kita telusuri lebih jauh di negeri JOHOR BAHRU – Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tebrau mengagihkan bantuan dana berjumlah RM248,000 kepada lima Sekolah Agama (SA) dalam Parlimen berkenaan . Ahli Parlimennya, Steven Choong Shiau Yoon berkata, bantuan yang disalurkan menerusi inisiatif Peruntukan Mesra Rakyat itu bertujuan membantu warga sekolah berkenaan membaiki kemudahan yang rosak. Menurutnya, ia juga bagi membolehkan pihak sekolah mendapatkan barangan serta kelengkapan baharu bagi sesi pembelajaran murid-murid di sekolah berkenaan. Bantuan ini diberikan kepada pihak sekolah bergantung kepada keadaan infrastuktur dan kerosakan serta jumlah bantuan yang diminta oleh sekolah berkenaan. Antara sekolah yang menerima inisiatif Peruntukan Mesra Rakyat ini termasuklah: Parlimen Tebrau agih bantuan 02


02 KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI Di samping itu, Inisiatif daripada Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Kewangan menyerahkan peruntukan sebanyak RM25 juta untuk digunakan bagi menaik taraf dan menyelenggara Sekolah Agama Rakyat (SAR) serta Sekolah Agama Persendirian yang berdaftar. Menurut Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, ia adalah tambahan kepada RM652 juta yang diluluskan dalam Belanjawan 2019 bagi semua sekolah di negara ini. Tambahan ,Kementerian Pendidikan melalui satu jawatankuasa akan mengenal pasti sekolah-sekolah yang berpotensi untuk diberikan keutamaan mendapatkan dana tersebut. Dengan tercetusnya inisiatif satu jawatankuasa ini dapat menambah keupayaan dalam memberikan dana kepada sekolah-sekolah yang lebih memerlukan. Kesimpulannya kita dapat lihat, banyak dana yang berbentuk wang dan duit telah diperuntukkan untuk merealisasikan hasrat dalam menaiktaraf insfratuktur sekolah-sekolah agama. Semua pihak yang bertanggungjawab peka dan teliti akan isu ini termasuklah Kerajaan pusat dan Kerajaan Negeri. Maka ingin saya tegaskan bahawa, kenyataan infrastuktur sekolah agama diabaikan adalah tidak benar apabila melihat kepada usaha pihak berkenaan dalam menangani masalah ini. Janganlah kita menunding jari menyalahi sesama sendiri sebaliknya kita perlulah bersama-sama berganding bahu dan berkerjasama dalam menyelesaikan isu dan masalah infrastuktur sekolah-sekolah terbabit. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik


Skim pertama melibatkan peruntukan sebanyak RM21 juta untuk diagihkan kepada semua sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) pada 2019 dan 2020 bagi tujuan pembelian peralatan pembelajaran dan pengajaran (PdPR).“Pihak LZNK menyerahkan sepenuhnya kepada pengurusan sekolah untuk mencari pelajar yang tidak dapat mengikuti sesi PdPR untuk diagihkan bantuan peralatan digital seperti telefon pintar, tablet dan komputer riba termasuk pakej langganan data dan internet mengikut kesesuaian. Skim kedua melibatkan peruntukan dana sebanyak RM650,000 kepada tiga buah sekolah zakat Kedah yang menempatkan 370 pelajar asnaf bagi melaksanakan program i-Digital dengan menyediakan kemudahan telefon pintar serta data dan Internet selama setahun. Skim ketiga melibatkan memperuntukkan sejumlah RM561,000 untuk bantuan peralatan digital kepada 187 buah sekolah-sekolah yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK). Skim keempat pula, seramai 360 pelajar fakir dan miskin yang cemerlang di sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR) akan mendapat tajaan biasiswa membabitkan peruntukan sebanyak RM280,000 dan bantuan telefon pintar serta data dan Internet secara percuma selama setahun. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan antaranya ialah Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) memperuntukkan RM23 juta menerusi empat skim bantuan khas bagi mengurangkan jurang ‘kemiskinan digital’ dalam kalangan pelajar daripada golongan asnaf di negeri tersebut. KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI Menyediakan rangkaian internet percuma Pembangkang Peristiwa Covid 19 yang berlaku telah membuka mata semua pihak tentang kepentingan rangkaian Internet dan pembelajaran secara atas talian. Oleh hal yang demikian, pihak yang bertanggungjawab seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan tinggi, majlis agama negeri telah mula mengorak langkah dalam membantu golongan pelajar yang berkeperluan terutamanya dari kalangan b40 dengan menyediakan pelbagai inisiatif dan insentif kepada mereka. 02


Kerajaan negeri johor juga, akan melaksanakan pemasangan WiFi percuma di sekolah agama dan masjid di negeri johor secara berperingkat bermula awal tahun 2023 . Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, mengatakan bahawa pemasangan fasa pertama membabitkan 120 masjid dan 130 sekolah agama. Pemasangan wifi percuma di sekolah agama di Johor akan dimulakan secara berperingkat dengan 130 sekolah membabitkan 50 sekolah agama gred A dan 80 sekolah agama gred B. Ini bagi membolehkan sistem Johor Pendidikan Islam Digital (JPID) Albayen dapat dilaksanakan. Manakala di kawasan Borneo, Kerajaan negeri Sabah turut meluluskan RM15 juta untuk pembelian komputer riba di bawah program Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) bagi membantu seramai 10,000 pelajar yang memerlukan, khususnya yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI 02


KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mendapat per setujuan lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama, iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Telekom Malaysia (TM), untuk melanjutkan pemberian 1GB data harian PERCUMA kepada semua pelanggan bermula sejak April 2020, sehingga Julai 2021. Inisiatif 'Learn From Home (LFH) oleh YES turut dilanjutkan sehingga 30 September 2021 dan ia merangkumi semua penuntut IPT,dimana pakej istimewa ini menyediakan kad SIM percuma serta data sebanyak 40GB, untuk pelajar daripada keluarga B40. Manakala, antara langkah yang bakal dilaksanakan berpandukan bajet 2023,antaranya ialah inisiatif Jalinan Digital Negara (Jendela) akan disediakan RM700 juta untuk melaksanakan ketersambungan digital di 47 kawasan perindustrian dan hampir 3,700 buah sekolah.Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga merintis pelaksanaan Projek Internet Luar Bandar dengan mengoptimumkan jaringan kabel elektrik untuk menyediakan kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi yang akan memanfaatkan lebih 60,000 penduduk luar bandar dan disokong melalui geran sepadan sebanyak RM25 juta. Dalam pada itu, bagi tahun depan juga, Digital Nasional Berhad (DNB) akan memperluas rangkaian 5G di seluruh negara merangkumi 70 peratus kawasan berpendudukan tinggi. Kesimpulannya, perluasan kebolehcapaian Internet ini dilakukan secara berperingkat-peringkat agar semua masyarakat terutamanya murid di Malaysia, sama ada dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah dapat menikmati jaringan rangkaian Internet dengan mudah dan pantas. 02


02 KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI Terdapat lebih 130 sekolah Islam di negara ini, dengan populasi pelajar melebihi 200,000. Sekolah-sekolah ini mempunyai fungsi penting dalam mewujudkan hubungan antara masyarakat tempatan dan masyarakat Islam yang lebih luas. Mereka juga memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Malaysia memahami dan menghayati ilmu agama . Tidak dinafikan banyak sekolah Islam kekurangan kemudahan atau sumber untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti.Namun pihak berwajib tidak pernah mengabaikan mereka. Hal ini kerana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa mengambil pendekatan daripada pelbagai sudut bagi menambah baik kemudahan infrastruktur sekolah-sekolah agama di Malaysia. Pembangkang Pihak berwajib sentiasa memantau kebajikan dan keperluan sekolah. Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap pembangunan pelajaran termasuk pendidikan agama , kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Sebagai tanda komitmen kerajaan persekutuan terhadap pendidikan agama, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, kerjaan persekutuani menyampaikan geran bantuan kepada 23 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR). Selain itu, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mah Hang Soon berkata Kementerian Pendidikan (KPM) juga prihatin dan sedar bahawa kejayaan pelajar amat bergantung kepada kecekapan serta kreativiti guru menyampaikan pengajaran mereka. "Kami sememangnya telah dan akan melaksanakan pelbagai pembaharuan terutama dalam memastikan institusi pendidikan di bawah kementerian mempunyai prasarana dan infrastruktur yang lengkap bagi memenuhi kehendak era Pendidikan Abad Ke-21," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Malim dekat sini hari ini.


02 Seperti di Ipoh, Permohonan menyelenggara atau menaik taraf mana-mana sekola agama rakyat (SAR) yang sudah uzur infrastrukturnya boleh dikemukakan kepada kerajaan negeri dan persekutuan untuk pertimbangan. Ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Ipoh tidak memandang enteng keluhan dan permintaan sekolah-sekolah agama dinegeri tersebut. Kerajaan negeri Kedah juga tidak pernah menafikan hak Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang berada di bawah Hal Ehwal Sekolah Agama (HESA) seperti yang dinyatakan oleh media. Malah, kerajaan negeri kini lebih prihatin dan mengambil berat berbanding sebelum ini. Pengerusi HESA, Ustaz Ahmad Yahaya berkata, dakwaan bahawa kerajaan negeri Kedah mengabaikan sekolah-sekolah SAR adalah suatu pembohongan dan tidak benar. Kerajaan negeri kini berusaha bersungguh-sungguh membantu sekolah-sekolah agama dan sebelum dapat memerintah Kedah pun sudah berusaha ke arah itu. Katanya lagi, selain itu, kini sudah banyak sekolah yang ingin mendaftar dengan HESA. Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana berusaha tingkatkan kualiti sekolah-sekolah SAR. Menteri Besar sangat prihatin dan sering bertanya khabar berkenaan dengan HESA . Beliau seolah-olah menganggap sekolah-sekolah HESA seperti ‘anak emas’. Contohnya, sebelum ini Maktab Mahmud mempunyai banyak masalah yang berkaitan dengan pentadbiran contohnya seperti status guru yang tidak tetap. Namun, kini kerajaan negeri telah memastikan kira-kira 100 guru ini menjadi tetap. Ini bukti keprihtinan kerajaan negeri terhadap sekolah-sekolah agama. Selain itu, kerajaan negeri kini sedang berusaha mewujudkan Maahad Tahfiz Sains dan ianya merupakan suatu sejarah di Kedah kerana ianya tidak pernah diwujudkan sebelum ini. Sekolah-sekolah di bawah HESA adalah sebanyak 71 buah dan ianya dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu Sekolah Rendah Islam sebanyak 12 buah, Sekolah Menengah Islam (7 buah), Sekolah Integrasi (3 buah), Pondok Umumi (27 buah), Maahad Tahfiz (15 buah) dan Sekolah Pondok (6 buah). KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI


02 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengiktiraf peranan agensi luar dalam membantu sektor pendidikan khususnya berkenaan ICT di sekolah-sekolah dengan kerjasama syarikat-syarikat swasta. Melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia, jumlah sumbangan daripada syarikat swasta sejak tahun 2000 adalah mencecah ratusan juta ringgit, iaitu dari segi kos perkakasan makmal komputer, aplikasi, sekolah angkat, dan penyelesaian sistem pengurusan. Disini kita boleh lihat inisiatif daripada pelbagai pihak dalam memantapkan sistem pendidikan melalui ICT dan mewujudkan penyelerasan antara agensi-agensi kerajaan dalam pembangunan IT. Antara agensi luar yang memberi sumbangan kepada sektor pendidikan ialah Maxis, iaitu menerusi projek "MYbaikhati" yang telah dilaksanakan pada 19 Oktober 2021. Projek ini bertujuan untuk mengumpul dan membaik pulih komputer dan peranti terpakai yang disumbangkan oleh orang ramai. Seterusnya, selepas dibaik pulih peranti dan komputer ini diagihkan ke sekolah-sekolah yang memerlukan. Setakat ini sebanyak 100 unit desktop dengan adapter wifi diagihkan kepada 29 buah sekolah di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan Terengganu, Perak, Pahang, Negeri Sembilan Melaka dan Johor. Dan akan diagihkan lagi sebanyak 310 unit desktop di lokasi lain. KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI Pembangkang Agensi Luar (syarikat swasta) dan kerajaan negeri menyumbang keperluan dalam makmal komputer di sekolah-sekolah. Tidak dinafikan masih lagi terdapat isu kekurangan fasiliti dari segi ICT di sekolah-sekolah. Namun kita semua perlu ambil tahu bahawa telah banyak usaha kerajaan negeri dan pihak swasta dalam mengatasi masalah ICT ini.


02 KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI Selain itu, Lotus Store Malaysia bekerjasama dengan VSTECS Berhad telah menyumbangkan sebanyak 50 komputer riba ke Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam bagi menaik taraf makmal komputer sekolah tersebut. Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat Lotus’s Malaysia, Azliza Azmel, program yang dilaksanakan itu adalah sebahagian daripada program Sekolah Angkat #KitakanJiran. Sejak tahun 2016, Lotus’s Malaysia bersama Yayasan Pintar telah merangka pelbagai program dalam mempertingkatkan kehidupan pelajar di sekolah angkat, lebih 57,000 pelajar kurang bernasib baik telah menerima impak positif. Di Sabah pula, pada 18 Ogos 2022 Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah melaksanakan suatu program "Bantuan Ihsan Negeri Sabah". Bantuan ini adalah berbentuk Komputer, Desktop, Projektor dan Printer kepada 30 buah sekolah di seluruh daerah. Dalam fasa pertama, bantuan ini diagihkan kepada majoriti sekolah-sekolah kebangsaan yang berada di kawasan pedalaman Sabah iaitu SK Kaingaran, SK Malinsau, SK Kawiyan Sugut, SK. Mangkapoh, SK. Karagasan, SK. Badukan, SK. Bongkud, SK. Bundu Tuhan, SK. Gana-Gana, SK. Kampong Libang, SK. Kemburongoh, SK. Kananapon, SK. Keranaan, SK. Kimondou, SK. Kituntul, SK. Kundasang, SK. Longut, SK. Langsat, SK. Lipasu, SK. Lohan, SK. Matupang, SK. Maukab, SK. Marakau, SK. Miruru, SK. Mohimboyon, SK. Nalapak, SK. Nampasan, SK. Napong, SK. Narawang dan SK. Paginatan. Menurut Pegawai Pendidikan Ranau, Foo Lee Yen beliau menyatakan akan ada fasa kedua pengagihan kepada sekolah lain dan diminta sekolah-sekolah berkenaan untuk bersabar bagi fasa seterusnya.


02 KANDUNGAN VIDEO DOKUMENTARI Bukan itu sahaja, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI telah menyumbang 24 unit komputer kepada lapan sekolah Kelas al-Quran dan Fardu Ain Integrasi (Kafa-i) di Hulu Selangor. Antara sekolah yang menerima sumbangan tersebut ialah Kafa-i Seri Kledang, Kafa-i Kampung Serigala, Kafa-i Sungai Tengi Selatan dan Kafa-i Intifaqiah Lembah Beringin. Sebelum ini, MBI juga pernah memberi sumbangan bagi membaik pulih sekolah Kafa-i di negeri Selangor. Akhir sekali, Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah menyampaikan sumbangan komputer sebanyak 10 unit untuk kegunaan Program Pendidikan Dan Latihan Teknikal Dan Vokasional (TVET) kepada Sekolah Menengah Agama AsSiddiqiah, Padang Kerasak, Naka. Sumbangan ini disampaikan oleh Ustaz Muhammad Kamil Bin Husin mewakili Ketua Bahagian Baitulmal kepada Yang Berusaha Tuan Syeikh Hasbullah Bin Mokhtar, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah untuk diserahkan kepada Ustaz Sidek bin Junus, Pengetua Sekolah Menengah Agama As- Siddiqiah. Kesimpulannya, kerajaan negeri dan agensi luar sebenarnya mengambil perhatian dan prihatin dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah khususnya masalah kekurangan ICT. Sejak pandemik Covid-19, telah banyak alternatif dan sumbangan yang diberikan kepada sekolah-sekolah di seluruh negara bagi memudahkan program PdPc sekolah yang melibatkan keperluan peranti belajar untuk pelajar dan sekolah.


03 R U M U S A N S W O T


RUMUSAN SWOT Menyedarkan pihak yang bertanggungjawab dalam mengambil tindakan yang tepat Mengetahui inisiatif & program yang dijalankan untuk menangani isu yang berbangkit Dapat memberi pendedahan kepada masyarakat tentang keperluan yang diperlukan kepada sekolah. Kekuatan Kekurangan Membuka peluang kepada sekolah-sekolah pedalaman terutamanya untuk bersuara atau mengetengahkan isu ini. Membuka peluang kepada pihak NGO untuk memberikan dana tambahan. Pihak yang bertanggungjawab dapat memberikan kerjasama dan mengambil tindakan yang sewajarnya dengan cepat. Peluang Ancaman Menyebabkan berlakunya pertelingkahan antara dua pihak iaitu pihak kerajaan dan pihak sekolah. Dikhuatiri akan menimbulkan ketidaksefahaman antara Sekolah Jenis Kebangsaan dalam hakl prasana sekolah. Pihak kerajaan perlu mengeluarkan peruntukan dan dana yang lebih besar. Mengalami kesukaran dalam mencari maklumat yang berautoriti. Terdapat beberapa isu yang telah diselesaikan oleh pihak kerajaan. Mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan isu yang timbul. 03


04 R E F L E K S I S E T I A P A H L I K U M P U L A N


REFLEKSI SETIAP AHLI KUMPULAN Tugasan video yang kami hasilkan pada kali ini sedikit berbeza dengan tugasan video dokumentari kerana pada video ini, kami diarahkan untuk menganalisis isu semasa berkaitan institusi pendidikan Islam peringkat rendah dan menengah di Malaysia. Konsep pada video kali ini adalah seperti rancangan Analisis di TV Alhijrah yang mana ada moderator,penyokong dan pembangkang. Pada tugasan ini, saya merupakan salah satu daripada penyokong dan menurut pandanagn saya ianya serba sedikit konsep debat ala parlimen. Sebelum ini, saya mempunyai pengalaman mengikuti pertandingan debat ala parlimen dan menjadi salah seorang penyokong. Saya merasakan bahawa ianya sedikit sebanyak membantu saya untuk melaksankan tugasan video analisis ini. Meskipun ada sedikit persamaan dengan debat ala parlimen, akan tetapi konsep perbincangan analisis video ini lebih kepada santai meskipun kedua-dua pihak mempunyai pandangan yang berbeza. Dalam perbincangan video analisis ini, kami juga kelihatan santai dengan mengutarakan pendapat masing-masing tanpa ada perbalahan atau percanggahan yang serius antara dua pihak. Menurut saya, ini adalah antara penghasilan video yang agak mencabar kerana ianya bukan video biasa yang hanya memberikan maklumat tapi kami perlu mencungkil isi dan membuat huraian beserta bukti yang kukuh untuk menyokong isi kami. Pencarian maklumat juga sedikit sukar kerana isu yang saya pilih jarang dibahaskan ataupun kurang diberi perhatian. Walaubagaimanapun, saya tetap berpegang kepada isu yang saya pilih kerana saya ingin membuka mata masyarakat atau pandangan mereka tentang betapa pentingnya isu yang saya cuba sampaikan. Video analisis ini mengajar saya untuk berfikiran kritis kerana ianya lebih kepada memerahkan otak untuk menyampaikan sesuatu isi. Memberikan hujah dan bukti yang kukuh bukanlah perkara yang mudah. Akan tetapi saya berjaya mengutarakan hujah dan bukti saya dengan jelas dan tersusun sewaktu membincangan isu kami. Ianya sedikit sebanyak membantu saya sebagai bakal guru supaya lebih bersikap terbuka untuk menerima pendapat mana-mana pihak dalam menerangkan sesuatu perkara. Aniquryanie Binti Abu Bakar 04


Bagi tugasan IIR2003 Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia, kami diarahkan untuk membuat satu video analisis, yang mana dalam video tersebut kami diminta untuk membicarakan tentang isu semasa berkaitan institusi Pendidikan Islam peringkat menengah dan rendah di Malaysia. Pada mulanya, saya dan rakan-rakan yang lain tidak tahu tentang apa yang dimaksudkan dengan video analisis, seperti mana yang diminta oleh pensyarah. Kami merujuk kepada contoh video-video analisis yang terdapat di YouTube. Setelah menonton video-video tersebut, barulah kami faham sedikit sebanyak konsep video analisis ini. Saya memahami bahawa video analisis ini adalah sama seperti aktiviti perdebatan, yang mana adanya pihak penyokong dan juga pihak pembangkang. Pencarian isu berkaitan topik bagi kumpulan kami tidak begitu sukar kerana isuisu yang berkaitan dengan institusi Pendidikan Islam banyak terdapat di dalam artikel dan kajian lapangan yang telah dilaksanakan oleh para pengkaji. Walaubagaimana pun, saya berasa risau kerana saya tidak pernah terlibat dalam aktiviti perdebatan. Saya hanya memiliki pengalaman menjadi penonton sahaja dalam pertandingan debat ala parlimen. Semasa proses rakaman video, kami memilih lokasi rakaman di salah sebuah bilik seminar yang terdapat di Akademi Pengajian Islam. Hal ini kerana hanya lokasi tersebut yang sesuai dan mudah bagi setiap ahli kumpulan untuk datang ke lokasi tersebut. Hasil kerjasama daripada ahli kumpulan, kami berjaya menyiapkan rakaman video analisis ini walaupun ini merupakan tugasan pertama yang meminta kami untuk merakam video yang berbentuk analisis. Secara kesimpulannya, tugasan video analisis ini memberikan pengalaman baharu kepada saya untuk melibatkan diri dalam menganalisis isu yang berkaitan dengan institusi Pendidikan Islam peringkat menengah dan rendah di Malaysia. Ia juga memberikan kesedaran kepada saya bahawa bukan mudah untuk menjadi pihak penyokong mahupun pihak pembangkang dalam sesebuah perdebatan sekiranya cetek ilmu pengetahuan. REFLEKSI SETIAP AHLI KUMPULAN Haziqah Nadhirah Binti Derus 04


REFLEKSI SETIAP AHLI KUMPULAN Bagi kursus IIR2003 Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia, kami dikehendaki untuk menyediakan sebuah video analisis dimana kumpulan kami perlu membuat video analisis berkaitan isu semasa berlaitan institusi Pendidikan Islam peringkat menengah dan rendah. Pada awalnya saya dan ahli kumpulan tidak berapa jelas mengenai apa itu analisis. Kemudian, kami sama-sama mencari contoh-contoh video analisis di You Tube dan berkongsi link didalam group. Setelah melihat video analisis di tv Alhijrah saya mengetahui bahawa analisis ini adalah satu prbincangan mengenai isu-isu semasa yang berbangkit dimana panel yang dijemput adalah pakar dalam isu tersebut. Saya juga mendapat ilmu dan pengetahuan baru melalui tugasan ini. Selain itu, kumpulan kami juga mengalami masalah dalam memilih tajuk untuk video analisis kami. Kami telah melakukan perjumpaan sebanyak 2 kali iaitu secara alam maya dan juga hibrid. Perjumpaan pertama kami lakukan secara atas talian melalui aplikasi Google Meet, kami berbincang isu apa yang sesuai untuk tajuk kami. Masing-masing menyenaraikan isu yang untuk dijadikan tajuk kami. Kami telah sepakat untuk membuat isu berkaitan infrastruktur sekolah agama diabaikan: fakta atau auta? Kami juga membuat pembahagian kerja pada perjumpaan pertama iaitu menggunakan wheel of names, dan saya terpilih untuk menjadi moderator bagi kumpulan saya. perjumpaan kali kedua kami buat di API bagi memudahkan perbincangan dan ada yang masuk secara atas talian disebabkan ada kekangan tertentu. Pada perjumpaan kali kedua ini, kami berbincang mengenai tarikh merekod video, tempat untuk merekod dan membentangkan isi masing-masing. Saya berasa sangat teruja kerana nama saya terpilih untuk menjadi moderator. Hal ini demikian kerana, saya sangat suka untuk mencuba sesuatu yang baru walaupun saya seorang yang cepat gemuruh dan gelabah. Sewaktu membuat skrip untuk moderator saya merujuk kepada video analisis tv Alhijrah mengenai tajuk Silibus Tinggi: Presepsi Atau Realiti? Saya sangat suka dengan gaya moderator tersebut dan saya mendapat ilham membuat skrip saya melalui video beliau. Walaupun saya tidak berapa pandai dalam meniru gaya dan nada beliau tetapi saya sangat kagum dengan beliau. Saya meminta ahli kumpulan saya untuk menyemak skrip yang saya buat untukl pastikan skrip tersebut tiada kesilapan dan sesuai untuk digunakan. Tugasan membuat video ini berjalan dengan lancar kerana kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan sangat padu dan jitu walaupun ia agak mencabar pada saya. Kami berjaya menghasilkan video analisis yang pada saya agak menarik kerana kami semua tiada pengalaman dalam melakukan analisis sebelum ini. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada ahli kumpulan saya kerana telah memberi komitmen dan berkongsi idea dengan baik sewaktu melakukan tugasan ini. Nur Azimah Binti Muhammad Aziz 04


REFLEKSI SETIAP AHLI KUMPULAN Tugasan yang diberikan oleh pensyarah kami bagi subjek IIR 2003 Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia ialah perlu melakukan projek analisis bagi isu-isu tentang Pendidikan Islam. Kumpulan saya telah mendapat tajuk tentang Institusi Pendidikan Islam peringkat rendah dan menengah. Pada awalnya, saya kurang faham bentuk perbincangan yang bagaimanakah analisis ini. Kemudian, terdapat rakan sekumpulan saya yang berkongsi beberapa contoh video analisis yang terdapat di aplikasi Youtube. Saya juga baru ketahui bahawa telah wujud rancangan tv mengenai analisis ini seperti terdapat rancangan analisis di TV Al-Hijrah. Saya melihat video-video tersebut dan mencuba untuk memahami rentak dan cara perbincangan yang digunakan dalam program analisis tersebut. Ini bagi membantu saya untuk mendapatkan idea perbincangan bersama rakan sekumpulan nanti. Saya faham bahawa analisis ini lebih kurang debat ala parlimen dimana memerlukan pihak penyokong dan pembangkan. Akan tetapi perbincangannya tidaklah memerlukan kepada suasana yang terlalu serius. Pada awalnya, saya dan rakan sekumpulan mengalami kekeliruan juga dalam memilih topik isu yang ingin dianalisiskan. Akan tetapi setelah beberapa kali melakukan perbincangan dan meminta masing-masing untuk mencari dan membaca maklumat semasa tentang isu berkaitan institusi ini, kami telah mendapat idea untuk menganalisis isu berkaitan infrasturktur di sekolah agama. Seterusnya kami membahagikan peranan tugas samada sebagai penyokong atau pembangkang bagi isu ini. Hal ini kerana, seperti video-video yang telah kami rujuk mengenai pembuatan projek analisis ini, perbincangan bagi analisis ini memerlukan suasana provokasi dalam mengutarakan pendapat . Seterusnya, saya memilih spesifik isu berkaitan infrastruktur ini fokus kepada pelajar OKU. Hal ini demikian kerana, saya berasa terlalu banyak kekurangan yang diberikan dan dihadapi oleh golongan istimewa ini dalam konteks pendidikan. Dengan itu, saya beranikan diri untuk mengutarakan isu ini dalam analisis bersama rakan sekumpulan saya yang lain. Saya ingin mereka mengetahui juga bahawa wujud juga kekurangan yang golongan istimewa ini hadapi walaupun telah banyak inisiatif atau keperluan yang diberikan oleh golongan pelajar OKU ini. Tambahan lagi, semasa melakukan rakaman video analisis ini, kami bersepakat untuk melakukan rakaman di salah satu Bilik Seminar di Akademi Pengajian Islam. Kami dapat melakukan rakaman dengan lancar atas kerjasama yang baik yang telah diberikan oleh semua ahli kumpulan. Saya sangat teruja apabila mendengar pendapat-pendapat rakan sekumpulan saya dalam mengutarakan pendapat mereka tentang isu ini. Melalui tugasan projek analisis ini, banyak yang telah saya pelajari sebagai seorang bakal guru iaitu saya perlu berfikiran terbuka dalam menerima pendapat-pendapat orang lain serta berfikiran kritis dalam memikirkan sesuatu isu atau pandangan. Nurul Jannah Binti Che Saad 04


REFLEKSI SETIAP AHLI KUMPULAN IIR 2003 Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia adalah merupakan kursus yang memerlukkan saya dan ahli kumpulan untuk menjalankan analisis berkaitan dengan isu-isu pendidikan islam manakala kumpulan saya mendapat tugasan tentang isu yang berkaitan dengan "Institusi Pentadbiran Pendidikan Islam Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah ". Kami juga perlu melakukan tugasan e-book bagi kerja tugasan isu tersebut. Pada peringkat awalnya ,kami mengalami masalah untuk memahami konteks yang hendak dikentengahkan dalam kerja tugasan ini, namun apabila kami berbincang sesama sendiri melalui perjumpaan pertama di atas talian iaitu ' google meet' saya mulai paham tentang isu yang perlu diketengahkan. Semasa perbincangan ,kami menyenaraikan tajuk-tajuk yang sesuai untuk isu Institusi pendidikan Islam supaya dapat diterima tajuk perbincangan tersebut dengan capaian pensyarah. Akan tetapi, tajuk-tajuk yang tersenarai tidak menepati capaian pensyarah kecuali satu tajuk iaitu 'Keperluan Infrastuktur Sekolah Agama Diabaikan : Fakta atau Auta ? ' Seterunya, kami membahagikan tugas masing-masing dengan adil iaitu dengan menggunakan 'Spin Of Wheel' . Saya mendapat tugasan sebagai pembangkang. Pada awal saya mendapat tugasan sebagai pembangkang ,saya agak terpingapinga kerana saya tidak mengetahui apa konteks dan isi yang perlu saya bangkang. Oleh yang demikian, saya membuat carian isi yang sesuai untuk diketengahkan sebagai isi pembangkang,kemudian saya bertanyakan kepada ahli kumpulan tentang isi yang bakal saya ketengahkan dan alhamdulillah ahli kumpulan saya menerima isi yang saya ajukan. Akhirnya ,isi perbincangan yang saya ketengahkan adalah mengenai 'banyak dana dan peruntukkan yang telah diperuntukkan oleh pihak yang bertanggungjawab'. Saya mengetengahkan isi tersebut kerana banyak dana dan peruntukkan yang telah disalurkan oleh pihak bertanggugjawab kepada sekolah agama. Semasa pencarian maklumat tentang isi saya,saya tidak mengalami masalah ekoran daripada sumber rujukan yang banyak telah saya perolehi. Seterusnya , kami sepakat untuk merekod video pada minggu 14 pada hari jumaat di Bilik Seminar Akademi Pengajian Islam. Semasa berlangsungnya aktiviti rekod video tersebut, kami tidak mengalami masalah ekoran daripada setiap ahli kumpulan saya memberikan idea dan peranan masing-masing. Oleh yang demikian ,video tersebut dapat dijalankan dengan lancar dan baik. Akhir sekali, hasil daripada tugasan ini, saya dapat banyak ilmu pengetahuan mengenai Institusi Pendidikan Islam berkaitan dengan keperluan infrastuktur. Secara tidak langsung, ia memberikan saya pembakar untuk mendalami tajuk tersebut dengan lebih mendalam serta melahirkan saya idea-idea yang terbuka bagi menyelesaikan masalah mengenai isu yang berbangkit. Muhammad Bin Ismail 04


REFLEKSI SETIAP AHLI KUMPULAN Siti Alwa Binti Juata Dalam subjek Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia (IIR2003), tugasan yang diberikan oleh pensyarah adalah membuat video analisi dan E-book. Bagi kumpulan saya, tajuk yang kami pilih adalah “keperluan Infrastruktur Sekolah Agama Diabaikan: Fakta atau Auta?”. Setelah melakukan undian saya mendapat tugasan untuk menjadi penyokong bagi tajuk tersebut. Hujah atau isi saya sebagai penyokong adalah Kekurangan makmal komputer di sekolah agama. Pada awalnya, saya kurang memahami tentang bagaimana cara video analisis itu dibuat, akan tetapi setelah melihat contoh video analisis daripada rancangan TV Al-Hijrah, Alhamdulillah sedikit sebanyak saya mendapat gambaran dalam pelaksanaannya. Ditambah dengan contoh video daripada kumpulan yang lain. Bagi saya, aktiviti ini agak mencabar kerana ia merupakan pertama kali saya menyertai aktiviti seperti ini kerana perbincangan isu ini adalah seperti arena perdebatan namun untuk video analisis ini tidaklah seperti mana yang dilaksanakan dalam debat iaitu ada bangkangan ketika penyokong mengutarakan isi atau hujah mereka. Berbeza dengan analisis ini penyokong dan pembangkang hanya mengutarakan pendapat daripada persoalan yang dilontarkan oleh moderator. Dari segi, pencarian maklumat, saya mengalami sedikit kesukaran dalam mencari bahan maklumat disebabkan kurang faham, akan tetapi setelah berbincang dengan ahli kumpulan saya mendapat jalan untuk mencari maklumat. Namun disebabkan minggu-minggu yang sibuk, saya mengalami sedikit gangguan ketika proses mencari maklumat. Selesai mencari maklumat, saya terus mengedit isi yang perlu saya sampaikan dalam rakaman video bersama dengan ahli kumpulan saya yang lain. Tiba hari yang ditetapkan, kami mula merakam video bersama-sama. Rakaman video berjalan dengan lancar walaupun mengambil masa yang panjang untuk merakam. Sebelum bersurai, kami berbincang berkenaan dengan SWOT dalam isu ini. Kemudian, setelah selesai merakam video saya beralih kepada aktiviti yang terakhir iaitu membuat E-book berkaitan isu ini. Proses ini berjalan dengan lancar dan ianya tidak seberapa sukar kerana subjek sebelum ini juga membuat aktiviti yang sama. Oleh itu, saya sudah mempunyai pengalaman tentang proses membuatnya. Akhirul kalam, saya agak tertarik dengan aktiviti yang dilaksanakan ini kerana memberi peluang dan pengalaman yang baru bagi saya. Melalui tugasan dalam subjek ini saya berpeluang untuk merasai suasana perbincangan ala-ala perdebatan dimana perbincangannya tidaklah sama dengan peerbincangan biasa yang selalu dilakukan, Ianya juga membina keberanian untuk bercakap dihadapan orang ramai dengan menyatakan pendapat tentang isu yang dibincangkan. 04


REFLEKSI SETIAP AHLI KUMPULAN Nur Najati Binti Hamdin Tugasan untuk subjek IIR2003 Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia merupakan tugasan secara berkumpulan dimana ahli kami terdiri daripada 10 orang. Tugasan ini memerlukan kerjasama daripada setiap ahli kumpulan untuk membuat video seperti rancangan analisis di TV Al-Hijrah dan juga ebook berkenaan tajuk kami iaitu 'Keperluan Infrastruktur Sekolah Agama Diabaikan : Fakta atau Auta?'. Untuk menghasilkan video ini, kami bersepakat untuk membuat rakaman video pada tarikh yang ditetapkan iaitu pada hari jumaat, 27 Januari dimana pada tarikh tersebut, masing-masing ahli kumpulan kami mempunyai masa lapang. Jadi, kami mengambil keputusan untuk membuat perbincangan maklumat secara dalam talian iaitu melalui aplikasi 'Google Meet' dan juga secara fizikal. Pada awalnya, saya agak kurang faham tentang rancangan analisis seperti dalam TV Al-Hijrah disebabkan saya kurang menonton siaran tersebut. Jadi, saya ambil keputusan untuk mencari contoh untuk dijadikan rujukan dan juga bertanyakan kepada rakan-rakan ahli kumpulan saya serta kumpulan yang lain. Dalam menghasilkan video ini, saya mempunyai sedikit kesukaran dalam mencari maklumat berkenaan isu untuk saya kemukakan dalam video tersebut. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk mencari bahan tersebut dengan membaca isu-isu semasa yang sekolah-sekolah sedang hadapi dan juga bertanyakan kepada ahli kumpulan saya berkenaan isu yang ingin saya sampaikan. Saya memegang jawatan sebagai alumni sekolah SMK(A) Matang 2 iaitu sebagai penyokong serta saya mengemukakan tentang 'Masalah Capaian Internet dan Kekurangan Peranti di Sekolah'. Tambahan pula, sumber untuk dirujuk sukar dicari walaupun agak banyak di Internet akan tetapi kebanyakan nya dari 5 tahun yang lepas. Pada hari kejadian iaitu tarikh untuk kami merakam video, tempat untuk kami merakam terlalu bergema dan kami perlu merekod suara menggunakan telefon masing-masing. Akan tetapi sepanjang kami merakam video tersebut, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun mengambil masa yang agak lama. Seusai merekod video analisis, kami terus berbincang tentang Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman (SWOT) isu yang kami kemukakan. Perasaan saya dalam menyiapkan tugasan video analisis dan ebook ini adalah sedikit sukar akan tetapi dalam masa yang sama, saya dapat banyak mengumpul maklumat baru di dalam diri saya. Saya juga berasa seronok menyiapkan video dan ebook kerana ia telah merapatkan hubungan kami sesama ahli kumpulan dalam pada masa yang sama. Hal ini dapat memberikan pengalaman dan kenangan yang berharga untuk saya. Kepuasan yang saya berikan setelah selesai membuat video analisis dan ebook ini adalah 100%. Walaupun pada awalnya saya mengalami kesukaran untuk mencari sumber rujukan, namun selepas menyiapkannya saya berasa sangat berpuas hati dan tenang kerana sempat menyiapkan sebelum tarikh penghantaran. Tidak dilupakan juga, kerjasama yang diberikan oleh ahli kumpulan saya memudahkan lagi tugasan ini dan cukup memuaskan. Tambahan pula, ahli kumpulan saya amat menghormati pandangan ahli-ahli yang lain dalam setiap tugasan yang diberikan agar hasil tugasan yang dilakukan lebih berkualiti dan baik. 04


REFLEKSI SETIAP AHLI KUMPULAN Muhammad Firdaus bin Ghazali Tugasan bagi subjek IIR2003 Perkembangan pendidikan islam di Malaysia adalah berbentuk video analisis. Tugasan ini perlu dilakukan secara berkumpulan. Kumpulan kami yang terdiri daripada 10 orang ahli diberikan tugasan bertemakan "Institusi Pentadbiran Pendidikan Islam Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah ". Kami juga perlu menghasilkan e-book berdasarkan video analisis ini. Pada awalnya, saya agak keliru dengan tema video yang diberikan oleh pensyarah kepada kumpulan kami. Oleh hal yang demikian, kami melakukan perjumpaan secara fizikal dan atas talian bagi membincangkan tentang tajuk apakah yang sesuai bagi tugasan video analisis ini. Menerusi perbincangan ini, ahli kumpulan kami bersepakat untuk memilih tajuk 'Keperluan Infrastruktur Sekolah Agama Diabaikan : Fakta atau Auta?'. Kemudian kami membahagikan peranan masing-masing untuk video analisis ini. Saya telah dipilih untuk menjadi pembangkang yang keempat. Bagi pihak pembangkang, kami harus menyokong bahawa keperluan infrastruktur sekolah agama tidak diabaikan. Saya mengalami sedikit kesukaran untuk memilih isi yang sesuai dengan tajuk ini. Akan tetapi dengan bantuan dari rakan-rakan, saya memutuskan untuk memilih isi yang berkaitan dengan bantuan rangkaian internet di sekolah-sekolah agama. Seterusnya, saya mencari maklumat-maklumat berkaitan dengan isi saya. Kebanyakkan maklumat yang diperolehi adalah bersumberkan daripada keratankeratan akhbar dan laman web majlis agama negeri di Malaysia. Setelah selesai mencari bahan-bahan, Kami bersepakat untuk merekod video analisis pada hari Jumaat bertempat di bilik seminar tambahan. Sesi rakaman video analisis ini mengambil masa sekitar dua jam kerana video yang dirakam tidak diambil secara one shot, akan tetapi video diambil mengikut bahagian masing-masing. Proses merekod video analisis berjalan dengan lancar tanpa ada sebaran gangguan. Usai merekod video analisis, Kami terus melakukan perbincangan berkaitan dengan SWOT. Antara kandungan yang terdapat di dalam SWOT ialah kekuatan,kelemahan,peluang dan ancaman. Setelah selesai melakukan rakaman video analisis dan SWOT, kami mengadakan sesi fotografi sebelum pulang ke kediaman masing-masing. Saya berterima kasih kepada rakan-rakan kerana memberikan kerjasama yang baik dalam menyiapkan tugasan video analisis dan penghasilan e-book ini. 04


REFLEKSI SETIAP AHLI KUMPULAN 04 Noor Fazlin Natasha Binti Masli Pada kali ini, tugasan berkumpulan bagi subjek IIR2003 (Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia) adalah projek analisis. Kumpulan kami mendapat tajuk tentang isu semasa berkaitan institusi pendidikan Islam peringkat rendah dan menengah di Malaysia. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan video analisis berbentuk forum mengikut format rancangan analisis di TV Alhijrah. Selepas melihat contoh forum di Youtube, saya merasa gementar kerana saya tidak pernah mengikuti forum atau perdebatan selain ujian lisan MUET. Akan tetapi, perasaan gementar itu berkurangan selepas kami membuat perbincangan secara fizikal. Dengan bantuan daripada rakan sekumpulan, saya dapat maklumat dan penjelasan yang membantu saya menyediakan isi kandungan forum sebagai pembangkang. Isi saya adalah berkenaan masalah kekurangan komputer di sekolah-sekolah. Melalui pencarian saya mendapati telah banyak sumbangan berbentuk barangan terus seperti komputer, desktop, meja dan kerusi disumbangkan ke sekolah seluruh negara. Kebanyakan sumber yang saya jumpa adalah daripada keratan akhbar seperti Sinar Harian, Sabah News, dan laman web rasmi sekolah tersebut. Semasa pembuatan video, kumpulan kami lakukan rakaman di dalam bangunan Akademi Pengajian Islam. Kami mengemas dan menyusun kerusi-kerusi dalam bentuk separuh bulatan di dalam bilik kuliah. Rakan-rakan lain dapat menyampaikan hujah masing-masing dengan baik, namun saya menghadapi sedikit masalah dari segi penyampaian kerana saya tersekat-sekat dan memerlukan beberapa pengulangan rakaman. Akhirnya kami semua dapat menyelesaikan penyampaian isi kami selepas hampir 2 jam. Melalui projek analisis ini, saya dapat pengalaman baru iaitu mengikuti forum dan dapat mengetahui isu semasa berkaitan masalah yang dihadapi oleh sekolahsekolah. Saya juga dapat melihat sisi baik agensi swasta dan masyarakat luar dalam memberi sumbangan kepada sekolah secara langsung dan tidak langsung.


Click to View FlipBook Version