SK DESA PETALING
TAMAN DESA PETALING, 57100, KUALA LUMPUR
MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI KE-21
2022
‘ IBU BAPA CEMERLANG, SEKOLAH GEMILANG ’
Tarikh : 25 JUN 2022
Masa : 8.00 pagi
Tempat : DEWAN TERBUKA SKDP
1
ISI KANDUNGAN BUKU MINIT MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE – 21
BIL PERKARA HALAMAN
1. Surat Perkeliling Ikhtisas Bil 5/2001 3-4
Balasan Kuasa PIBG Sekolah 5
6
2. Kata-kata Aluan Penasihat PIBG/Guru Besar 7
En Shamsukamal Bt Anifar 8
3. Kata-kata Aluan Yang Dipertua PIBG 9 - 11
En Fauzi Bin Ahmad Marzuki 13-20
4 Notis Jemputan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 20 22 - 23
24
5. Aturcara Majlis
6. Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG Kali ke –20 26 - 27
8. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke – 19
29 - 35
9. Laporan Tahunan PIBG
• Laporan Program / Aktiviti Sesi 2020/2021
• Laporan Kehadiran Mesyuarat AJK
10. Laporan Kewangan
• Penyata Kewangan PIBG
11. Usul /Pembentangan
2
3
4
KATA-KATA ALUAN
PENASIHAT
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK DESA PETALING, KUALA LUMPUR.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian saya rafakkan ke hadrat Ilahi atas kudrat dan
idea yang telah dikurniakan kepada saya selaku Penasihat Persatuan Ibu bapa dan Guru,
SK Desa Petaling untuk mencoretkan secebis bicara dalam buku program ini.
Di kesempatan ini, saya ingin menyeru agar semua warga SK Desa Petaling
mewujudkan gandingan kerjasama yang jitu bagi menjamin kecemerlangan sekolah ini.
Kerjasama dalam menjayakan setiap tugasan dan aktiviti yang diberi perlu menjadi
budaya yang berterusan agar ianya dapat memberikan kejayaan dan kecemerlangan
yang diharapkan. Justeru, pihak sekolah memohon kerjasama dan sokongan yang jitu
daripada warga sekolah terutama ibu bapa bagi turut serta dengan para guru dan pelajar
sekolah ini demi menyempurnakan sebarang aktiviti dan program yang memberi manfaat
kepada kecemerlangan sekolah ini.
Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli
Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa dan Guru Sesi 2021/2022 di bawah pimpinan Yang
Di Pertua, En Fauzi Bin Ahmad Marzuki yang telah banyak menyumbangkan tenaga,
masa, idea dan kewangan kepada aktiviti dan program yang dijalankan di sekolah ini.
Mudah-mudahan ganjaran daripada Allah s.w.t yang Maha Pengasih dan Penyayang
diberikan kepada mereka sekalian.Harapan saya agar semangat kerjasama dan
keperihatinan yang diamalkan oleh Ahli Jawatankuasa sebelum ini akan diteruskan oleh
Ahli Jawatankuasa Sesi 2022/2023. Ini bagi merealisasikan hasrat memperkasakan
sekolah ini dan menjana modal insan kelas pertama demi membina negara yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sekian, Terima Kasih.
…………………………………………………………
(SHAMSUKAMAL BIN ANIFAR)
Penasihat,
Persatuan Ibu bapa dan Guru,
SK Desa Petaling, Kuala Lumpur.
5
KATA-KATA ALUAN
AYssAalaNmGuaDlaIikPuEmRwT.Ub.At dPaInBsaGlam sejahtera,
APlEhaRmSdAulTilUlahA, NberIsyBuUkuBr AsaPyaAkDe hAaNdraGt AUlRlaUh s.w.t kerana izin-Nya
SK DESA PETALING, KUALA LUMPUR.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana izin-Nya dapat kita
sekali lagi bersama dan bertemu dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibu bapa dan Guru
SK Desa Petaling Kali Ke-21 ini. Saya amat berterima kasih kerana diberi kesempatan
memberikan prakata dalam buku program ini.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua
ibu bapa, penjaga dan guru-guru kerana memberikan kerjasama dengan jitu bagi
menjayakan majlis ini. Saya amat merasakan bahawa tanpa kerjasama dan
tanggungjawab sebegini, majlis ini tidak akan dapat dijalankan dengan lancar, baik dan
memuaskan.
Di kesempatan ini juga, saya berharap agar mesyuarat yang dijalankan pada hari
ini menjadi pemangkin dalam menjana idea dan mencari titik keserasian dalam mencapai
matlamat menjadikan sekolah ini cemerlang pada masa hadapan.
Di sini saya ingin menegaskan kepada ibu bapa bahawa Persatuan Ibu bapa dan
Guru perlu menjadi komuniti bersama kepada kecemerlangan sekolah ini. Keperluan
ikatan dan kesefahaman yang amat baik dalam komuniti Persatuan Ibu bapa dan Guru
adalah perlu bagi menjamin kejayaan yang kita idamkan terhadap anak-anak di sekolah
ini. Keperluan pendidikan anak-anak perlulah menjadi keutamaan demi menjadikan
mereka bangsa yang berjaya di tanah air mereka sendiri pada masa hadapan.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
guru-guru, ibu bapa, penjaga dan warga sekolah yang lain amnya kerana penglibatan
dan kerjasama yang diberikan kepada Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa dan Guru Sesi
2021/2022 yang telah diterajui oleh saya. Adalah menjadi harapan saya agar
Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa dan Guru Sesi 2022/2023 akan meneruskan
semangat kerjasama ini bagi menjadikan sekolah ini sebuah sekolah yang cemerlang
pada masa akan datang.
Sekian, Terima kasih.
(FAUZI BIN AHMAD MARZUKI)
Yang Di Pertua,
Persatuan Ibu bapa dan Guru,
SK Desa Petaling, Kuala Lumpur
6
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PETALING
DESA PETALING, 57100 KUALA LUMPUR.
Tel: 03-90576614 / Faks : 03-90576634
Ruj. Kami : SKDP.PIBG.100-13/1/4(1)
Tarikh : 07/06/2022
Ibubapa/Penjaga
_______________________________________________
Tuan/Puan,
NOTIS JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21 2022/2023
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-21 akan
diadakan pada ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 25 JUN 2022
Masa : 08.00 pagi
Tempat : DEWAN TERBUKA SKDP
3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir ke mesyuarat tersebut.Pihak
tuan/puan perlu mengisi makluman kehadiran dan usul yang akan dikemukakan di dalam
mesyuarat tersebut secara online melalui pautan https://forms.gle/iYRdi6pnDcP8k1or9
sebelum atau pada 16 JUN 2022 (KHAMIS)
4. Untuk makluman pihak tuan/puan, setiap usul yang ingin dikemukakan hanya akan
diperbincangkan sekiranya pencadang usul hadir ke Mesyuarat Agung tersebut.
5. Kerjasama dan kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan
terima kasih.
Sekian, terima kasih.
” IBU BAPA CEMERLANG, SEKOLAH GEMILANG”
Saya yang menjalankan amanah,
(SASHIKALA KULASINGAM)
Setiausaha Kehormat PIBG
Sek. Keb. Desa Petaling
57100 Kuala Lumpur
7
ATURCARA MAJLIS
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-21
SK DESA PETALING, KUALA LUMPUR.
7.30 Pagi
• Pendaftaran Guru
8.00 Pagi
• Pendaftaran Ibu Bapa
8.30 Pagi
• Slot Ceramah Keibubapaan
• Bacaan Doa oleh En. Mohd Azlan Bin Muhd Ghazali
• Ucapan alu-aluan oleh Encik Shamsukamal Bin Anifar
Guru Besar SK Desa Petaling (Penasihat PIBG SK Desa Petaling)
• Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21 oleh Encik Fauzi Bin Ahmad
Marzuki
Yang Dipertuan PIBG SK Desa Petaling
10.00-10.30 Pagi
• Rehat
10.30 Pagi
• Agenda Mesyuarat
1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG 2021/2022
2.0 Membentang dan menerima/mengesahkan minit mesyuarat PIBG Kali Ke-20
3.0 Membentang laporan aktiviti PIBG sesi 2021/2022
4.0 Membentang dan menerima/meluluskan penyata kewangan PIBG sesi 2021/2022
5.0 Pembentangan/Perbincangan Usul
6.0 Pembubaran AJK PIBG sesi 2021/2022
7.0 Penyampaian sijil dan cenderamata kepada AJK PIBG sesi 2021/2022
8.0 Pelantikan Pengerusi Sementara
9.0 Pelantikan AJK PIBG sesi 2021/2022
9.1 Setiausaha (dilantik oleh pihak sekolah)
9.2 Naib setiausaha ( dilantik oleh pihak sekolah)
9.3 Bendahari (Dilantik oleh pihak sekolah)
9.4 AJK PIBG dikalangan guru/ 5 Orang (dilantik oleh pihak sekolah)
9.5 Juruaudit dikalangan guru (seorang)
10.0 Penangguhan Mesyuarat
• Cabutan Bertuah
• Bersurai
8
JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE – 21
SK DESA PETALING
TARIKH : 25 Jun 2022
MASA : 8.00 PAGI – 12.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN TERBUKA, SK DESA PETALING
Penasihat : En. Shamsukamal Bin Anifar - Guru Besar
Ex-Officio : En. Mahendran a/l Subramaniam - GPK T&K
Pn. Halimatun Sa’adiah Binti Bakar - GPK HEM
Yang Dipertua Pn. Nor Akhirah Binti Awang Kechik - GPK Kokurikulum
Naib Yang Dipertua Pn Syahida bt Mohamed Mokhtar - GPK Pend. Khas
Setiausaha Kehormat : En Fauzi Bin Ahmad Marzuki
Naib Setiausaha : En Norhisham Bin Khalil
Bendahari Kehormat : Pn.Sashikala Kulasingam
Pn.Anita Bte Abdullah
En.Mustakim Juhdi B Mohamad
JAWATANKUASA KERJA NAMA BIDANG TUGAS
AHLI JAWATANKUASA
Buku Program Pn.Sashikala Kulasingam (K) Menyediakan buku program &
Pn.Anita Bte Abdullah Takwim Minit Mesyuarat.
Pendaftaran Ibubapa / Pn. Fathimah Nurhanisah Binti Zailani Membuat pendaftaran ibubapa
Penjaga & Guru (Guru) (K) dan guru-guru yang hadir serta
Pn. Rohana Binti Mohamad Salleh mengedarkan buku minit
(Ibubapa) mesyuarat.
Pn.Sumathy a/p Anbarasen (Ibubapa)
Pn.Suriani Bt Kasim (Ibubapa)
Pn. Noor Azilawati Binti Mohamad
Noor (Ibubapa)
Bacaan Doa En. Mohd Azlan Bin Muhd Ghazali Membaca Doa ketika majlis
bermula.
Ceramah Keibubapaan Pn.Noor Effa Farah Bt Abdul Ali (K) Memberi ceramah
Pn Noor Azliza Bt Abdul Aziz keibubapaan kepada ibubapa
yang hadir
Sijil / Cenderahati Cik,Thamil Chelvi a/p Elengowan (K) Menyediakan Sijil /
Jawatankuasa PIBG Pn.Nuraini Binti Baharom Cenderahati untuk
2019/2020 Pn.Nur Adni Binti Mohd Ezani Jawatankuasa PIBG
Pn.Nur Hazwani Bt Rahim 2021/2022
Pn.Nurhanani Binti Mohd Ghazali
9
Cabutan Bertuah En.Darman Bin Dolhaji (K) Menyediakan hadiah cabutan
Pengerusi Majlis En.Mohd Hasbun Nur Bin Mohzan bertuah serta nombor cabutan.
Pengira Undi Pn. Norsiah Binti Hashim
Siaraya / Peralatan En. Farish Effendy Bin Samrat Mengalu-alukan kehadiran ibu
Pn.Mariati Binti Yusuf bapa. Menguruskan Majlis
Pn.Suzana Binti Abd Hamid Penyampaian Sijil dan
Pn.Faridah Noor Binti Mohamed Cenderamata.
Pn.Nor Lida Binti Mat Isa (K)
En.Mohamad Azrai Bin Rasdi
En.Mohamad Shahrizal Bin Salleh (K) Menjalankan tugas mengira
Pn.Noor Shafawati Bt Wahab undi semasa pengundian
Pn.Rozilawati Binti Abd Rahim pemilihan jawatankuasa
En.Naim Bin Hussin Lee dilakukan.
En.Ariff Idzuddin Bin Mohd Zuki
En.Abdul Samad Bin Abdoll Aziz (K) Menyediakan peralatan P.A
En.Ahmad Zaini Bin Mohd Nor Sistem, pembesar suara dan
En.Mohd Mahadi Bin. Mohd Nawi mikrofon bagi kegunaan
En.Muhammad Ikram Bin Karim mesyuarat di meja utama dan
En.Mohamad Bin Jamal tempat duduk ibubapa
Jamuan VVIP/ Ibubapa/ Pn.Norlita Binti Khamis (K) Menyediakan makanan dan
guru-guru Pn.Hanizawaty Binti Abdullah minuman untuk ibu
Pn.Norsuraya Binti Mohamed bapa/penjaga, guru-guru dan
Pn.Siti Aisyah Binti Mohamad jamuan bagi jemputan serta
Pn.Siti Azwina Binti Mohamed jawatankuasa PIBG yang
Zainudin hadir.
Pn.Norhafizah Bt Lamit
Membuat catatan minit semasa
Pencatat Pn.Kasturi a/p Letchumenon (K) mesyuarat dan perbahasan usul
Pn.Fauziah Binti Hashim dijalankan.
Pn. Sawani Binti Abdul Wahab
Persiapan Dewan En.Mohd Naili Bin Mohd Nawi (K) Menyediakan kerusi / meja
Sebelum dan Selepas En.Ahmad Nailan Bin Rosli utama jawatankuasa PIBG
En.Mohd Adi Aizad Bin Ismail dihadapan pentas, kerusi para
En.Musa Bin Abdul Kadir ibu bapa/ penjaga dan guru
En.Sukadi Bin Jusoh Sebelum dan Selepas.
Menyediakan papan putih
pencatat undi bersama dengan
‘white board’ marker serta
LCD.
10
Hiasan Meja Mesyuarat Pn.Shaline a/p Vijayan (K) Menghias meja mesyuarat dan
Pn.Nurul Sa’adah Bt Mat Zian melabelkan
Persiapan Pn.Nurul Shahira Bt Mohd Raffi jawatan-jawatan AJK PIBG
Pentas/Backdrop. Pn.Rashida Bt Md Rashid
Pn.Siti Zahrani Bt Mat Jusoh Menyediakan hiasan pentas
Juru Kamera dan backdrop.
En.Muhammad Hafiz Bin Ramle (K)
Laporan Mesyuarat En Muhd Naem Bin Che Ismail
Agung Kali ke -21 En.Sirajuddin Bin Abdul Kadir
En.Muhd Amirol Ariff Bin Baharun
Pn.Nurhanani Binti Mohd Ghazali
Pn.Sharifah Noraini Binti Sayed Zin
Pn. Nor Atiqah Binti Muhammad (K) Menangkap gambar mesyuarat
En. Muhammad Hazwan Bin Khairil sebelum dan semasa majlis.
Khalid
Setiausaha PIBG sesi 2022/2023 Menyediakan laporan
mesyuarat dan senarai
jawatankuasa PIBG sesi
2022/2023 ke JPN Wilayah
Persekutuan.
11
MINIT MESYUARAT AGUNG
PIBG SK DESA PETALING KALI
KE 20 SESI 2021/2022
12
Tarikh MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK DESA PETALING
Masa
Tempat KALI KE 20 SESI 2021/2022
Kehadiran
: 10 Oktober 2021
: 8.00 pagi
: Bilik Mesyuarat SK Desa Petaling
: Guru dan Ibu bapa
Kehadiran:
KEHADIRAN : MOHD ADI AIZAD BIN ISMAIL
NORLITA BINTI KHAMIS
SHAMSUKAMAL BIN ANIFAR MUSA BIN HJ ABDUL KADIR
NOOR AZILAWATI BINTI MOHAMAD NOOR FATHIMAH NURHANISAH ZAILANI
ABDUL SAMAD ABDOLL AZIZ NAIM BIN HUSSIN LEE
FARIDAH BINTI ABUU KASIM MUHAMMAD IKRAM BIN KARIM
NORZULAIKHA BT NOR AZMI SUMATHY A/P ANBARASEN
ANITA BINTI ABDULLAH NOR LIDA BINTI MAT ISA
MOHAMAD SHAHRIZAL BIN SALLEH SOLEHAH BINTI ROSLAN
MOHD NAILI BIN MOHD NAWI MUHAMMAD HAZWAN BIN KHAIRIL KHALID
SITI AZWINA BT MOHAMED ZAINUDIN NURUL SA’ADAH BT MAT ZIAN
NOOR SHAFAWATI BINTI WAHAB NOR AZLIZA BINTI ABDUL AZIZ
SASHIKALA KULASINGAM NORSHAHIDA BINTI ABDUL LATIFF
FAUZIAH HASHIM MUHAMMAD ARIFF IDZZUDDIN BIN MOHD ZUKI
HANIZA BT KERIA@ZAKARIA MAHENDRAN A/L M SUBRAMANIAM
MUHD NAEM BIN CHE ISMAIL SHALINE A/P VIJAYAN
SIRAJUDDIN BIN MOKHTAR NURUL HUSNA BINTI ABDULLAH
ROSLINA BINTI ZAINOL MUHD AZLAN BIN MUHAMMAD GHAZALI
MOHD MAHADI BIN MOHD NAWI SURIANI BINTI KASIM
NURAINI BINTI BAHAROM AHMAD NAILAN BIN ROSLI
AHMAD ZAINI BIN MOHD NOR SAWANI BT ABDUL WAHAB
SYAHIDA MOHAMED MOKHTAR NURUL SHAHIRA BINTI MOHD RAFFI
SITI AISYAH BINTI MOHAMAD KASTURI LETCHUMENON
NOR AKHIRAH BINTI AWANG KECHIK ROZILAWATI BINTI ABD RAHIM
HALIMATUN SA'ADIAH BINTI BAKAR THAMIL CHELVI ELENGOWAN
MD RONI BIN AWANG MUSTAKIM JUHDI B MOHAMAD
AMIRUL IZZAMIL BIN SAMSURI SAIFUDDIN BIN MOHAMAD
NURHANANI BT MOHD GHAZALI NURUL ASHIKIN BINTI SHAARI
HANIZAWATY BINTI ABDULLAH NORSURAYA BINTI MOHAMED
SUKADI BIN JUSOH FAZIAH BINTI ADENAN
NUR HAZWANI BINTI RAHIM NURZATUL IYLIA BINTI MOHD NAZRI
AZIYAN BIN KAMAROZAMAN RUPIDAH BINTI YUSOF
HAZRITA BINTI AHMAD NORIDAH DAUD
MIOR FAZIL BIN NORDIN MOHD FAIRUZ YUSOF
MIOR FAZIL BIN NORDIN
MOHD TAJUDDIN TAJAN
13
SAKURA BINTI YAHYA SITI ZUBAIDAH BINTI OSMAN
NOR HAZWANI BINTI ABD HAMID TENGKU NAZIAH BT TENGKU ABDUL KHALID
SHARIFAH NOR AINI BINTI SAYED ZIN SAIYIDAH UMMMU KALSUM BT SUDIN
SITI HAJAR ROSLI NORZATUN NAJAHAH BINTI ZAINI
ELISA BINTI ESA MADZNI BINTI AHMAD
ZAINAB BINTI ABU BAKAR NORAINI MOHAMMAD
AZIMAH BINTI A RASID MAZREEN BINTI MOHD RAIS
AZIAHANIS BINTI ABD SAMAD WAN AZIZAN BINTI WAN YUSOF
NORSHAZATULSHIMA BT MOHD NOOR MARIATI YUSUF
NORHISHAM KHALIL NORHANITA BINTI NASIR
AMALIA ESSYA UTAMI NOR FAZLINA BINTI BAHARIN
FADZILAH OSMAN SITI ROHAYATI BT YAHAYA
MAZNAH BINTI ABDUL JALIL MOHD HASBUN NUR BIN MOHZAN
NORHAZWANI BINTI AMIN NOOR ASMIDAR BINTI MOHD ABDUL WAHAB
SURIANI BINTI KASIM FATIMAH BINTI ADNAN
MUNIRAH BINTI MUSTAFFA MOHD REDZUAN BIN MD AZMI
SUZANA AB HAMID MOHAMAD FAQRUDDIN BIN SHAMSUDDIN
MOHAMAD RASHWAN SHAH BIN MD ROM IANA BINTI SUMAR
NURUL HERZILAH NORDIN NORSYARIZAN IBRAHIM
MURNI YAZID HASWAD BIN ABDUL HALIM
NOORLAILY BINTI AZIZ HASLEENA BINTI HISHAM
NUR SOFIA ANIESYA BINTI DAUD MOHD RAHEMI BIN MOHD ISA
MUHAINI BT. KASBI SITI NURADILAH BINTI EDROS
EIKHA FARIZAN BIN MOHD LAZAN NORHALIDA BINTI MAT NAWI
SITI AZNIDA BINTI MAT ADAM NOR AZUAN BIN MAYIDIN
MOHD NOORHAIRY BIN ABD JALIL MUHAMMAD 'AZIZI BIN CHE SULAIMAN
ADHA BIN GHAZALI ZOLFADLI BIN OMAR
ROSHAIDA RAJAB DAUD BIN ABDUL HAMID
MAHFUZ BIN NORDIN NOOR AFISHAH ABDUL AZIZ
TAMRIN BIN MOHD HARI ASMALIZA BINTI AHMAD
NORMILAWATI BT MD NOR ROGAYAH. BINTI GHAZALI
NARJIS KHATOON BINTI ABDULLAH ROSMIZAWATEE AZMI
MOHD YUSUF BIN DAUD NUR ZAKIYAH MAHTAR
ROSMINI BINTI IDRIS LIZA BINTI ABDUL RAHMAN
NORIZA BINTI DAUD SUHAILA BINTI ABDULLAH
MOHD HISAM BIN ABBAS MOHD HAIKAL BIN MOHD HASHIM
NOORLIA BINTI AHMAD RAHIAH BINTI ISMAIL
HAMIZAN BIN NIH KHADIJAH BINTI ABDUL AZIZ
SABARUDDIN B. NARAWI AISHAH
NOOR ASMIDAR BT MD ABDUL WAHAB JAGATHISWARY
MOHD SABRI BIN MOHD NOR SRI SUWARTI BT MASHUR
NURUL AIDA BT JOHARI ZAIDATUL SHIMA BINTI ZAMRI
NOR HASLINDA BINTI HAMIDON NORAZALI BIN MUHD NOOR
NORAZALI BIN MUHD NOOR NAZATUL SHIMA
ROSLIZA BT RAMLI WARDATI ARIFAH BINTI OTHMAN
NUR SYUHADA BT MD RADAI SAKURA BINTI YAHYA
NATRAH BINTI ABDULLAH MOHD AZRAMSYAH
14
AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan Yang Dipertua PIBG 2021/2022
2. Ucapan Pengerusi sementara (En.Mahendran a/l Subramaniam)
3. Ucapan Penasihat PIBG/Guru Besar
4. Membentang dan menerima/mengesahkan minit mesyuarat PIBG sesi 2020/2021
5. Membentang dan menerima/mengesahkan laporan aktiviti PIBG sesi 2020/2021
6. Membentang dan menerima/mengesahkan laporan Kewangan PIBG 2020/2021.
7. Pembentangan/Perbincangan Usul
8. Penangguhan Mesyuarat
1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG sesi 2020/2021– Encik Fauzi Bin Ahmad Marzuki
1.1 Pengerusi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
semua yang hadir.
1.2 YDP menyatakan bahawa kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat PIBG sangat
mengalakkan.
1.3 Pada tahun ini pengerusi berharap agar lebih ramai sukarelawan daripada kalangan
ibu bapa tampil bagi membantu sekolah dalam menjayakan program yang dirancang
demi masa depan anak-anak.
1.4 Beliau memaklumkan bahawa walaupun sekolah belum dibuka, tetapi aktiviti-aktiviti
Kokurikulum masih dijalankan secara online.
1.5 Ibubapa juga diminta untuk mengingatkan anak-anak tentang penjagaan SOP di
dalam dan di luar sekolah.
1.6 Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK PIBG sesi 2020/2021 yang
telah bertungkus lumus dalam menjayakan setiap program kelolaan PIBG dan
sekolah. Sekalung penghargaan juga buat ibu bapa yang sudi membantu secara
langsung atau tidak langsung.
2.0 Ucapan Penasihat PIBG/Guru Besar
2.1 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru dan ibubapa yang
hadir ke mesyuarat Agung Tahunan Sesi 2021/2022 secara online dan bersemuka
serta berharap mesyuarat akan berjalan dengan lancar dan teratur.
2.2 Ucapan penghargaan turut disampaikan kepada YDP dan AJK PIBG 2020/2021.
2.3 Beliau juga berharap AJK PIBG 2021/2022 dapat memberikan kerjasama dalam
menjalankan tugas.
2.4 Guru besar menekan tentang pentingnya menjaga hubungan baik antara ibu bapa dan
pihak sekolah agar dapat membentuk kemenjadian murid.
2.5 Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibubapa yang telah memberi kerjasama dan
komitmen dalam menjaga dan memantau anak-anak sewaktu PDPR dijalankan di
rumah.
2.6 Guru Besar juga telah memberi taklimat tentang pembukaan sekolah secara
berperingkat mengikut Fasa.
15
3.0 Membentang dan Menerima/Mengesahkan Minit Mesyuarat PIBG kali ke-20 sesi
2021/2022
3.1 Encik Fauzi Bin Ahmad Marzuki selaku YDP PIBG sesi 2021/2022 membentangkan
Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 19 untuk diterima dan disahkan.
3.2 Minit mesyuarat Agung PIBG kali ke 19 diterima dan disahkan
3.2.1 Cadangan oleh : En. Mohd Azramsyah
3.2.2 Sokongan oleh : En. Haswad Bin Abdul Halim
4.0 Membentang dan Menerima/Mengesahkan Laporan aktiviti AJK PIBG kali ke-20 sesi
2021/2022
4.1 Puan Sashikala Kulasingam selaku Setiausaha Kehormat PIBG sesi 2021/2022
melaporkan dan membentangkan aktiviti AJK PIBG sepanjang sesi 2020/2021.
5.0 Membentang dan Menerima/Mengesahkan Laporan Kewangan PIBG sesi 2020/2021
5.1 En.Mustakim Juhdi B Mohamad selaku bendahari kehormat PIBG sesi 2021/2022
membentangkan dan melaporkan kewangan PIBG sesi 2020/2021 untuk diterima dan
disahkan.
5.2 Laporan kewangan diterima dan disahkan
Cadangan Oleh : En.Mohd Azramsyah
Sokongan Oleh : Pn.Liza Bt Abdul Rahman
6.0 Membentang, Membahas dan Menerima Usul
Sebanyak 13 usul telah diterima tetapi hanya 9 usul yang dibentang dan dibincangkan. Usul
yang dibincangkan adalah seperti berikut :
6.1 Nama : Mohd Rahemi bin Mohd Isa
Usul :
1. Penambahbaikan daripada segi peralatan di dalam kelas.Contoh kerusi meja tidak
seragam dan kipas yang tidak diselenggara dengan baik.
Jawapan oleh YDP,Tuan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Tadbir dan
Kurikulum:
1. Kerusi dan meja yang rosak akan diselenggara dalam masa yang terdekat dan akan
disusun mengikut
kesesuaian.
2. En.Mahendran berkata bahawa tiada peruntukan yang mencukupi untuk memperbaiki
kipas
yang bergoyang dan rosak.
3. Beliau juga memohon kerjasama ibubapa untuk memberi sumbangan kewangan atau
peralatan kepada pihak PIBG dan sekolah untuk memperbaiki alatan dan perabot yang
rosak. Beliau juga manyatakan bahawa jika ada sebarang aduan tentang alatan dan
perabot yang rosak,ibubapa boleh memaklumkan tentang masalah tersebut kepada guru-
guru kelas atau pihak sekolah dan tidak perlu menunggu sampai Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG diadakan.
16
6.2 Nama : Zolfadli bin Omar
Usul :
1. Cadangan saya adalah pihak sekolah dapat membenarkan anak-anak membawa telefon
bimbit (jenis lama, bukan touch screen; harga murah) agar ibu/bapa dapat hubungi anak
untuk mengetahui anak-anak telah balik dengan selamat menaiki van atau bas sekolah.
Sekiranya mereka tertinggal van atau bas sekolah, mereka dapat menghubungi kami.
Namun begitu, tanggungjawab menjaga telefon berkenaan adalah di bawah murid-murid
itu sendiri. Terima kasih
Jawapan Guru Besar:
1. Murid-murid tidak diberikan kebenaran untuk membawa telefon bimbit ke sekolah.
Peraturan ini ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Sekolah boleh membantu murid-murid untuk menghubungi ibubapa jika ada
masalah.
3. Murid-murid juga boleh pergi ke pejabat dan meminta kebenaran untuk
menggunakan telefon pejabat untuk menghubungi ibubapa jika ada sebarang
masalah.
6.3 Nama : Siti Hajar Ahmad
Usul :
1. Laluan berbumbung hingga ke pagar sekolah dan tempat menaiki dan turun bas
sekolah, bagi mengelakkan murid basah terkena hujan sementara sekolah masih belum
dibuka.
Jawapan Guru Besar :
1. Beliau menyatakan cadangan ini adalah satu cadangan yang bagus dan akan
dibincangkan dan dipertimbangkan dalam masa yang terdekat.
6.4 Nama : Zulkarnain Muhamad Hussin
Usul :
1. Apa sebabnya sesetengah kelas admin block group wsap ibaratkn ibubapa tidak boleh
komen dalam group tersebut. Sekiranya ibubapa perlu penjelasan ibubapa harus PM
kepada guru kelas. Kalau PM, terus balas tidak mengapa. Selepas beberapa lama baru
guru tersebut baru balas, ibubapa faham mungkin guru tersebut sibuk. Admin pun kena
faham adakah guru sanggup membalas mesej sebanyak 40 kali kepada ibubapa soalan yg
sama. Sedangkan guru boleh jimat masanya untuk membalas mesej tersebut.
Jawapan Guru Besar :
1. Sesetengah admin block group whats apps kelas untuk megelakkan ibubapa tercicir
maklumat yang dikongsi dalam group tersebut.
2. Ini juga untuk mengelakkan individu membuat iklan jualan barang dalam group
tersebut.
3. Namun,ibubapa boleh PM guru-guru kelas untuk mendapat maklumat atau jika ada
sebarang masalah. Guru-guru akan sentiasa membantu ibubapa tersebut.
17
6.5 Nama : Muhammad 'Azizi bin Che Sulaiman
Usul :
1. Menetapkan jadual kelas online secara mingguan.
Jawapan Guru besar :
1. Pihak sekolah akan berbincang dengan guru-guru tentang perkara di atas.
6.6 Nama : Norzatun Najahah Binti Zaini
Usul :
1. Kekerapan jadual waktu online kelas.Pemberitahuan awal sama ada kelas
berlangsung mengikut jadual atau ditukar kepada offline.Ini amat membantu
ibubapa yg berkerja untuk memberitahu kepada anak atau pun penjaga/pengasuh
agar anak tidak terlepas kelas online.Kami memahami sekiranya ada kekangan kelas
online oleh guru, tetapi amatlah dihargai sekiranya diberitahu awal.Sekurangnya
persediaan dibuat dan pelajar tidak tertunggu.Berdasarkan pengalaman dan
permerhatian jadual waktu PDPR. Ada guru-guru yg konsisten membuat kelas
online, ada juga yg jadual online nya bertukar-tukar tidak mengikut ketetapan jadual
waktu.Ini yg meyukarkan ibu bapa dan anak anak bersedia utk kelas online.Harap
dapat diberi perhatian.
Jawapan Guru besar :
1. Kadang-kadang guru-guru terpaksa membatalkan kelas online mereka kerana mereka
dipanggil untuk taklimat atau mesyuarat dari Pihak JPWKL pada waktu pagi tanpa
diberitahu lebih awal. Ini menyebabkan jadual guru terganggu.
2. Pihak sekolah juga akan berbincang dengan guru-guru yang terlibat dan
menyelesaikan masalah kelewatan link kehadiran dan google meet yang dihantar
dalam group kelas sewaktu PDPR dijalankan.
6.7 Nama : Amalia Essya Utami
Usul :
1. Mohon pihak sekolah memberi kebenaran aktiviti sukan berdiri seperti taekwondo
dan karate yg tidak bersentuhan dibuka semula.
Jawapan YDP :
1. Masih belum dapat kebenaran dari KPM untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti
demikian untuk dijalankan di kawasan sekolah sewaktu PKP. Keputusan tidak diambil
oleh pihak sekolah.
2. Tarikh pembukaan aktiviti-aktiviti tersebut akan dimaklumkan kepada ibubapa
selepas mendapat kebenaran dari KPM.
18
6.8 Nama : Zaremah binti Kudus
Usul :
1. Persekolahan 2 sesi,pagi dan petang
Jawapan Guru Besar dan YDP:
1. Persekolahan 2 sesi masih dalam perancangan.
6.9 Nama : Muhammad Syafiq Samsuri
Usul :
1. Perbanyakkan penggunaan buku aktiviti sekolah.
2. Tidak menggunakan youtube sepenuhnya untuk pembelajaran.
Jawapan Guru Besar :
1. Guru-guru menggunakan buku teks,buku aktiviti dan juga youtube sewaktu PDPR
dijalankan.
2. Pembelajaran melalui youtube dijalankan sebab ia adalah menarik.
3. Pembelajaran Youtube juga adalah salah satu cara Pembelajaran Digital yang wajib
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
7.0 Tiada sumbangan PIBG pada tahun 2021.
7.1 Tiada pemilihan AJK PIBG yang baru pada tahun ini. Berikut adalah AJK PIBG tahun 2021:
7.1.1 Penasihat : Encik Shamsukamal Bin Anifar
7.1.2 Yang Di Pertua : Encik Fauzi Bin Ahmad Marzuki
7.1.3 Naib Yang Di Pertua : Encik Norhisham Bin Khalil
7.1.4 Setiausaha : Pn.Sashikala Kulasingam
7.1.5 Naib Setiausaha : Puan Anita Binti Abdullah
7.1.6 Bendahari : Encik Mustakim Juhdi Bin Mohamad
7.1.7 AJK (Guru)
7.1.7.1 Encik Abdul Samad Bin Abdoll Aziz
7.1.7.2 Encik Mohd Naili Bin Mohd Nawi
7.1.7.3 Puan Nor Azliza Binti Abdul Aziz
7.1.7.4 Cik Thamil Chelvi A/P Elengowan
7.1.7.5 Puan Shaline A/P Vijayan
7.1.8 AJK (Ibu Bapa )
7.1.8.1 Encik Farish Effendy Bin Samrat
7.1.8.2 Encik Darman Bin Dolhaji
7.1.8.3 Encik Mohd Hasbun Nur Bin Mohzan
7.1.8.4 Puan Suzana Binti Abd Hamid
7.1.8.5 Puan Mariati Binti Yusuf
7.1.8.6 Puan Norsiah Binti Hashim
7.1.9 Juru audit (Ibu Bapa) : Puan Faridah Noor Binti Mohamed
7.1.10 Juru audit (Guru) : Puan Nur Adni Binti Mohd Ezani
19
7.1.11 Ex-Officio Encik Mahendran a/l Subramaniam – GPKT&K
7.1.11.1 Puan Halimatun Saadiah Binti Bakar – GPK HEM
7.1.11.2 Puan Nor Akhirah Binti Awang Kechik –
7.1.11.3
GPK Kokurikulum
7.1.11.4 Puan Syahidah Binti Mohamed Mokhtar –
GPK Pend.Khas
7.2 AJK PIBG akan kekal selama 2 tahun iaitu tahun 2020 dan 2021.
8.0 Hal-hal lain
8.1 Guru besar memaklumkan bahawa beliau akan memastikan guru-guru menyemak
latihan murid yang diberikan sewaktu PDPR.
8.2 Beliau juga memaklumkan bahawa pihak pentadbir akan sentiasa memantau PDPR
guru-guru.
8.3 Ibubapa telah mencadangkan Program Robotic dan Coding dijalankan di sekolah dan
cadangan ini diterima oleh pihak sekolah dan akan dilaksanakan pada masa yang
terdekat.
9.0 Ucapan Penangguhan oleh Yang Dipertua PIBG sesi 2021/2022 – En Fauzi Bin Ahmad
Marzuki
9.1 YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga sekolah dan ibu bapa
kerana melantik beliau serta diberi kepercayaan untuk memimpin PIBG sekolah pada
tahun ini.
9.2 Beliau berharap agar ibu bapa dapat memberi sokongan terhadap aktiviti yang
dilakukan oleh AJK dan pihak sekolah.
9.3 Selain itu berliau berharap agar pihak ibu bapa dapat menubuhkan satu kumpulan yang
erat bagi memudahkan perhubungan serta bertukar pandangan dan fikiran.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.
Disediakan Oleh Disemak Oleh Disahkan Oleh:
(SASHIKALA KULASINGAM) (EN FAUZI BIN AHMAD MARZUKI)
Setiausaha Kehormat Yang Dipertua
PIBG Sesi 2020/2021 PIBG Sesi 2020/2021
Sk Desa Petaling SK Desa Petaling
20
LAPORAN TAHUNAN
PIBG SESI 2021/2022
21
LAPORAN PROGRAM / AKTIVITI SESI 2021/2022
Berikut merupakan senarai aktiviti sekolah sepanjang tahun 2021/2022 yang mendapat
sokongan, dorongan dan kerjasama yang padu daripada pihak PIBG :-
Bil. Aktiviti Tarikh /Tahun
1. UNIT KOKURIKULUM :
SK DESA PETALING TELAH DIPILIH SEBAGAI 2021
Pusat pembangunan Akar Umbi Hoki Kebangsaan
{NHDP} 2021
2. 3 orang murid SKDP berjaya terpilih mewakili KL ke 2021
Kejohanan Hoki dalam Talian peringkat MSSM 2022
3. Naib Johan Kejohanan Hoki bawah 13 tahun 2022
4. Tempat ketiga bersama Kejohanan Liga Hoki
Pembangunan Remaja bawah 12 tahun MBPJ 2022 2022
5. 2 orang murid terpilih ke Sekolah Sukan Bukit Jalil 2022
SSBJ Melaka
Seorang murid telah terpilh ke Sekolah Sukan Tunku
Makhota Ismail SSTMI
6. 2 orang murid SKDP terpilih ke SMK Titiwangsa
SSNKL
7. Mendapat tempat ke 4 dalam kejohanan NHDP u -10
tahun
8. PROGRAM PANITIA PENDIDIKAN ISLAM :
- Israk Mikraj 12 Mac 2021
- Ceramah Ambang Ramadan 9 April 2021
- Program Ihya Ramadan 9 April – 7 Mei
- Bacaan Yasin Dan Motivasi Pagi 30 Julai 2021
- Penyertaan Pertandingan Aadab Dan Nilai Julai – Ogos
Dalam Talian
- Majlis Bacaan Yaaasin Dan Ambang Merdeka 30 Ogos 2021
- Amalan Penerapan Kbat Dalam Pdp 27 Ogos 2021
- Slot Jumaat Atas Talian
16 Julai, 6 Ogos, 20 Ogos, 27
Ogos, 3 Sept, 10 Sept, 24
Sept, 8 0kt, 15 Okt, 29 Okt
- Apresiasi Peserta-Peserta ADNI September
- Kem Bestari Solat 29 Nov – 10 Disember
9. AKTIVITI PPKI April 2021
Sepanjang PKP
1. Bulan Kesedaran Autisme Sepanjang PKP
2. Amalan PDPR PPKI April 2021
3. Anugerah murid aktif dalam PDPR
4. E-Bercerita peringkat daerah
22
5. E-Hafazan peringkat daerah April 2021
6. Virtual Run Peringkat Negeri
7. SeLoTi (Senamrobik/lompat tali/Timbang Bola) April 2021
8. E-Sukan Peringkat Negeri Mac – April 2021
9. E-KOKO (Nyanyian SOLO) Mac 2021
10. E-Stacking Ogos 2021
April 2022
10. PEMULIHAN :
1. Perjumpaan Ibubapa/Penjaga April 2021
murid-murid pemulihan Julai 2021
2. Program Mentor Cilik Sepanjang tahun
3. Penyerahan sumbangan duit raya kepada murid 28 April 2022
pemulihan khas
11. GEROBOK REZEKI Sepanjang tahun
12. Taklimat pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 3 Jun 2022
2022/2023 kali pertama
13. Taklimat pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 22 Jun 2022
2022/2023 kali kedua
14. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI 25 Jun 2022
KE 21
23
LAPORAN KEHADIRAN MESYUARAT / TAKLIMAT AHLI PIBG SK DESA
PETALING
SESI 2021/2022
BIL NAMA AHLI JAWATANKUASA 3 JUN 2022 22 JUN 2022
1. EN FAUZI BIN AHMAD MARZUKI Mesyuarat/ Mesyuarat/
2. EN SHAMUKAMAL BIN ANIFAR Taklimat Kedua Taklimat Ketiga
3. EN NORHISHAM BIN KHALIL
4. PN.SASHIKALA KULASINGAM / /
5. PN.ANITA BT ABDULLAH / /
6. EN MUSTAKIM JUHDI BIN MOHAMAD THB /
7. EN.ABDUL SAMAD BIN ABDOLL AZIZ / /
8. EN.MOHD NAILI BIN MOHD NAWI / /
9. PN. NOR AZLIZA BINTI ABDUL AZIZ THB /
10 CIK THAMIL CHELVI A/P ELENGOWAN / THB
11 CIK SHALINE A/P VIJAYAN THB /
12 EN DARMAN BIN DOLHAJI THB /
13 EN MOHD HASBUN NUR BIN MOHZAN / /
14 PN NORSIAH BINTI HASHIM / /
15 PN MARIATI BINTI YUSUF THB THB
16 PN SUZANA BINTI ABD HAMID THB THB
17 PN.NUR ADNI BINTI MOHD EZANI THB THB
18 PN FARIDAH NOOR BINTI MOHAMED THB /
19 EN MAHENDRAN A/L SUBRAMANIAM THB THB
20 PN HALIMATUN SA’ADIAH BT BAKAR THB /
THB THB
21 PN NOR AKHIRAH BINTI AWANG KECHIK / /
22 PN SYAHIDAH BINTI MOHAMED / /
23 EN.FARISH EFFENDY B SAMRAT
THB THB
THB : Tidak Hadir Bersebab THB THB
/ /
24
LAPORAN KEWANGAN
PIBG 2021/2022
25
PENYATA KEWANGAN PIBG 2021
1 JANUARI 2021 HINGGA DISEMBER 2021
PENDAPATAN
BIL PERKARA JUMLAH (RM)
Baki 2020 RM 31,283.71
1 Kutipan 2021 RM 0.00
Sumbangan Luar / KONTRA RM 6990.00
DARIPADA DAP & BSN
RM 4700.00
2 SUMBANGAN COVID DRP IBU BAPA RM 1790.00
KELAB KITAR SEMULA
YAYASAN MARA RM 200.00
RM 300.00
3 Pulangan Balik RM 0.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 38,273.71
PENGELUARAN JUMLAH
RM 1550.00
BIL PERKARA RM 6990.00
1 PIBG (TEST KIT & MEETING JK) RM 8540.00
2 Pengeluaran Sumbangan / Kontra
3 JUMLAH PERBELANJAAN RM 8540.00
RM 38,273.71
Jumlah Perbelanjaan RM 29,733.71
Jumlah Pendapatan
Baki Akhir Pada 31 Disember 2021
26
SUMBANGAN PIBG JUMLAH
RM 1500.00
BIL PERKARA
1 Test kit & meeting AJK RM 1500.00
JUMLAH
PERBELANJAAN PEMBANGUNAN
BIL PERKARA JUMLAH
1 Tiada JUMLAH RM 0.00
RM 0.00
PENGELUARAN KONTRA
BIL PERKARA JUMLAH
2 Sumbangan JUMLAH RM 6990.00
RM 6990.00
Jumlah keseluruhan Disember 2021 RM 29,733.71
Acc tumpang Dettol yang masih ada Rm 21,058.00
Baki Bersih PIBG Rm 8675.71
27
USUL
PEMBENTANGAN
28
Usul-usul daripada Ibu Bapa Mesyuarat Agung PIBG 2021/2022
Bil Usul Catatan
1 Nama : AQIDAH BINTI BAKRI
Nama Anak : ADAM ZAFUAN BIN ZAKIMUDDIN
Tahun : 5 USM
Usul :
Bayaran PIBG
2 Nama : ROZIMA BT ISHAK
Nama Anak : MUHAMMAD NAUFAL BIN ABDULLAH
Tahun : 3 UPM
Usul :
Yuran PIBG
3 Nama : SITI FARASURI BT MUHAMAD
Nama Anak : NUR AUNI BASYIRAH BT MUHAMAD FAZRUL IZUAN
Tahun : 1 UKM
Usul :
Mesyuarat PIBG
4 Nama : NOR SHAIMAA BINTI ALI
Nama Anak :PUTERI AQEELA RANIA BT MOHD KHAIRUL NASARUDDIN
Tahun : 3 UKM
Usul :
Perjumpaan ibu bapa Dan guru ( mungkin setahun sekali)
5 Nama : SITI NOOR SAPINAR BINTI SULAIMAN
Nama Anak : NUR SYAFIYATUl SHAFHAH BINTI MOHD SAMSUDIN
Tahun : 1 UTM
Usul :
Mohon diadakan hari terbuka secara bersemuka bagi membincangkan
perkembangan akademik anak2.
6 Nama : MASYITA BINTI MOHD TAHIR
Nama Anak : WAN NAYLI QAISARA BINTI WAN MOHD FAKHZAN
Tahun : 2 UTM
Usul :
Bolehlah sekolah mengadakan ujian atau kuiz untuk setiap subjek pada
skala kecil memandangkan KPM tidak lagi mewajibkan peperiksaan besar
diadakan untul tahap 1.
Tujuan hanyalah untuk melihat kefahaman anak pada pembelajaran
mereka. Dan juga pada anak saya ujian sebegini membuatkan dia
bersemangat lebih untuk belajar dan melihat markah akhirnya.
7 Nama : NOORLELA BINTI RAMLI
Nama Anak : ISKANDAR ZULQARNAIN BIN MAZLAN
Tahun : 1 UPM
Usul :
Silibus terlampau tinggi tidak bersesuaian dengan tahap umur pelajar. Ini
melahirkan pelajar yg sakit jiwa bukan bijak pandai.
29
8 Nama : NURUL LIYANA AHMAD SUBRI
Nama anak : ANAQI FIRDAUS BIN MOHD SUKRI
Tahun : 2 UTM
Usul :
1. Silibus pelajaran yang sukar difahami. Soalan yg sukar saya sendiri
faham apatah lagi untuk diajarkan kepada anak2 sewaktu selesaikan
tugasan.
2. Takwim perhimpunan badan beruniform. Mohon pihak sekolah
sediakan takwim tarikh kerana kiraan minggu adalah mengelirukan.
9 Nama : FARIDAH NOOR MOHAMED
Nama anak : SABRINA
Tahun : 6 UPM
Usul :
1) Pewakafan book box untuk menyelesaikan masalah beg berat.
2) Memperkasakan budaya bersenam di kalangan murid. senaman ringan
pun tak apa. (aerobik 10 minit setiap pagi misalnya)
3) Menyediakan portal yang boleh diakses bila-bila masa oleh ibu bapa bagi
membolehkan aduan disalurkan.
10 Nama : AMALIA ESSYA
Nama Anak : LUQMAN YUSUF
Tahun : 2 UKM
Usul :
1. Kelas tambahan robotic class di SKDP
2. Makanan yang dijual di kantin hendaklah mengikut persyaratan dari MOH,
tiada junkfood, syrup dan makanan yang tak berkhasiat lainnya.
11 Nama : AHMAD HUSYNEE BIN MOHD SALIM
Nama Anak : NOR ADELYA BATRISYA
Tahun : 4 UKM
Usul :
Cadangan pelajar masih boleh makan di dalam kelas untuk mengelakkan
kesesakan di kantin
12 Nama : FARID BIN YAAKOP
Nama Anak : MUHAMMAD FIRAS
Tahun : 2 UTM
Usul :
Menyediakan air masak secara percuma di kantin
13 Nama : FATIMAH BT ADNAN
Nama Anak : NUR AFINA AULIA BINTI NURHASLAN
Tahun : 2 UPM
Usul :
Berkaitan makanan di kantin.
14 Nama : FAUZIAH BINTI ARIFFIN
Nama Anak : NUR FARISYA ALEESYA BINTI SHAFARI
Tahun : 5 USM
Usul :
Naik taraf kantin.
30
15 Nama : WAN AZIZAN BINTI WAN YUSOF
Nama Anak : DARWISH HAZIQ
Tahun : 2 UTM
Usul :
Pelbagaikan lagi makanan di kantin.
16 Nama : SAIYIDAH SUDIN
Nama Anak : NUR ADLINA DAMIA BT MOHD IZZAD
Tahun : 3 UPM
Usul :
Persekitaran kantin berbau sgt busuk, mohon pihak sekolah buat sesuatu
untuk tangani masalah in.
17 Nama : ROSMAWATI BT IBRAHIM
Nama Anak : RABIATUL SYARAFANA BT MOHD SHUHAIDI
Tahun : 5 UTM
Usul :
Makanan di kantin tidak sesuai dengan harga
18 Nama : DARMAN DOLHAJI
Nama Anak : MUHAMMAD HAKIMI DANISH BIN DARMAN
Tahun : 5 USM
Usul :
1. Penambahbaikan faciliti i.e. toilet flush, sinki bocor di tandas & meja, kipas
di kelas
2. Memastikan kecukupan stok barangan perlu di koperasi sekolah setiap
masa i.e. baju sukan, baju koko (tidak dpt dibeli di mana2 premis luar)
3. Sentiasa memantau penjualan makanan di kantin utk sentiasa menyajikan
makanan berkhasiat dan bkn makanan sejuk beku yg diproses i.e. sosej
ditukar kepada sandwich telur / tuna
4. Menempatkan pengawal keselamatan utk menjaga lalulintas di depan sek
pada waktu puncak (ada dilaksanakan sewaktu zaman saya di bangku sek
dahulu)
19 Nama : NUR HAZWANI BINTI MOHD ZUKI
Nama Anak : NIK NUR SAFWAH BINTI NIK SAIFUL AZLAN
Tahun : 2 UTM
Usul :
Harap baju sukan dan baju kokurikulum dapat diperolehi dalam masa
terdekat. Kesian anak saya pakai baju tahun lepas yang dah ketat.
20 Nama : MOHD FADZLI BIN ABDUL RAHMAN
Nama Anak : NUR AISYAH SOFEA BT MOHD FADZLI
Tahun : 2 UPM
Usul :
1. Operasi kedai buku sekolah hanya pada waktu rehat atau pada waktu-
waktu tertentu sahaja. Murid khususnya tahap 1 akan banyak membuang
masa ( ada ketikanya semasa sesi pembelajaran, pura-pura ke tandas tetapi
ke kedai buku) dan membazir wang dikedai buku sehingga menimbulkan
masalah meminta /meminjam duit rakan dan seterusnya mendatangkan
masalah kepada ibu bapa yang menbuat aduan sesama mereka.
31
2. Jualan di kedai buku hanya terhad kepada buku-buku dan alat tulis
berkaitan keperluan disekolah sahaja tanpa perlu menjual mainan dan
benda-benda lain yang tidak berkaitan. Ini menarik perhatian murid
khususnya tahap 1 untuk membeli sehinnga kehabisan wang dan tidak
makan sewaktu rehat. Timbul juga masalah meminta/meminjam wang dari
rakan dan masalah serupa seperti di atas.
3. Saya sentiasa bertanya petugas kedai buku untuk membeli berkaitan baju
kokurikulum dan baju rumah sukan untuk anak saya. Makluman dari petugas
kedai buku, baju kokurikulum (biru) dan baju rumah sukan untuk murid
perempuan masih tiada stok bekalan daripada pembekal sehingga kini.
Cadangan saya, sekiranya boleh melantik syarikat pembekal baju yang lain
tanpa bergantung kepada satu pembekal sahaja dalam mempercepatkan
stok baju kerana baju ini amatlah penting.
21 Nama : NOORLELA BINTI RAMLI
Nama Anak : ISKANDAR ZULQARNAIN BIN MAZLAN
Tahun : 1 UPM
Usul :
Mohon pihak koperasi sekolah tidak berurusniaga dengan pelajar
tahun 1 & 2 melainkan dengan Ibubapa/ penjaga sahaja.
22 Nama : NURAZWAN BIN ARIFFIN
Nama Anak : AULIA NURNAILA BINTI NURAZWAN
Tahun : 1 UPM
Usul :
Kelengkapan peralatan dan barangan di bookshop
23 Nama : ADAM BIN AHMAD
Nama Anak : AL-NIEZARIEF MUKHRIDZ BIN ADAM
Tahun : 5 UKM
Usul :
Penambahbaikan barangan di kedai buku untuk keperluan pelajar-pelajar
24 Nama : MOHAMAD HAFIZ SALAAM BIN ZAMIN
Nama Anak : MUHAMMAD AKID ESHAN BIN MOHAMAD HAFIZ SALAAM
Tahun : 1 UTM
Usul :
Stok Baju ko-kurikulum sangat terhad dan terlalu lama menunggu.
25 Nama : MARIATI YUSUF
Nama Anak : MUHAMMAD AMZAR BIN MOHD NORUL HISHA
Tahun : 1 UPM
Usul :
Mencadangkan pihak sek mengadakan sistem loceng sekolah. Sistem
loceng ini menandakan waktu permulaan, perubahan kelas dan waktu akhir
yg tepat pd hari persekolahan.
26 Nama : MOHD IKHSAN FAHMI BIN ISMAIL
Nama Anak : MUHAMMAD AL-FATEH NAUFAL
Tahun : 4 UKM
Usul :
Wajibkan kelas agama seperti KAFA atau sebagainya untuk memudahkan
urusan pelajar mendapat ilmu asas agama di sekolah kebangsaan. Cara ini
32
dapat mengurangkan kos kepada ibu bapa yang kurang berkemampuan dan
keselamatan pelajar lebih terjamin.
27 Nama : MUHAMMAD IKRAM BIN KARIM
Nama Anak : MUHAMMAD IZZ NUFAIL
Tahun : 1 UPM
Usul :
Sekolah memohon kepada pihak Jawi untuk mengadakan Kelas KAFA
memandangkan sekolah agama sedia ada tidak dapat memenuhi kapasiti
murid-murid. Disamping itu,separuh daripada murid SKDP didapati tidak
menghadiri kelas KAFA samada disebabkan kekangan kewangan atau
masalah-masalah lain.
28 Nama : NURUL HAYATI BINTI MATSEH
Nama Anak : NURUL SYAFIYAH BINTI MUHAMMAD SOLIHEN
Tahun : 2 USM
Usul :
Anak saya tidak tahu membaca dan mengenal huruf.
29 Nama : JAGATHISWARY A/P KANNIAPPAN
Nama Anak : MATHIALAGAN A/L RAJASEGARAN
Tahun : 5 USM
Usul :
Pembelajaran dan pemahaman kanak-kanak
30 Nama : MOHD YUSUF B. DAUD
Nama Anak : MUHAMMAD AMSYAR QUSHAYYI
Tahun : 1 UTM
Usul :
Keselamatan anak-anak semasa di sekolah.
31 Nama : ZAREMAH BINTI KUDUS
Nama Anak : MUHAMMAD SAIFUDDIN
Tahun : 4 UTM
Usul :
Sekolah pagi 2 sesi. Kerana penduduk semakin padat
32 Nama : SHARMILA NAGESWARAN
Nama Anak : DIVAKAR
Tahun : PK1 JUPITER
Usul :
Meletakkan parking yang lebih
33 Nama : ZUIDAYU BINTI ZAINAL ABIDIN
Nama Anak : HAFIENA ZALFA BINTI MOHAMMAD HAFIZUL
Tahun : 3 UKM
Usul :
Tambah bumper di depan sekolah supaya kenderaan tidak boleh bawa laju
di hadapan sekolah
33
34 Nama : AHMAD HUSYNEE BIN MOHD SALIM
Nama Anak : NOR AISYA AZZAHRA
Tahun : 1 UKM
Usul :
Cadangan membuat bumbung dilaluan pejalan kaki di depan sekolah untuk
memudahkan semua murid dan ibubapa sewaktu hujan. Mewujudkan zebra
crossing
35 Nama : MOHD SHARIF BIN ISMAIL
Nama Anak : MUHAMMAD YUSOFF BIN MOHD SHARIF
Tahun : 5 UKM
Usul :
Menambah baik tempat/ruangan menunggu murid-murid
untuk keselamatan dan kelancaran waktu mengambil murid-murid.
36 Nama : SIYI HARNANI BINTI SARBINI
Nama Anak : NURHAN EMIR AYMAN BIN HASZRUL
Tahun : 3 UKM
Usul :
Limitkan jumlah subject harian agar anak tidak terbeban membawa beg
sekolah yg berat.
37 Nama : WAN HAPSAH BINTI WAN HASAN
Nama Anak : MUHAMMAD HARIZ BIN FAIZUL HAFIZI
Tahun : 2 UTM
Usul :
Mohon kurangkan lagi buku teks setiap hari.
Macam tiada banyak perubahan walaupun sudah menggunakan jadual
baharu.
38 Nama : NOOR FAKHRULLAH BIN NORODEN
Nama Anak : ZARA QISTINA AZZALEA
Tahun : 2 UPM
Usul :
Buku yang dibawa ke sekolah terlalu banyak dan berat untuk murid-murid.
39 Nama : SUWAIDA BINTI MOHAMMAD YUSOFF
Nama Anak : QISYA AMANDA BINTI MUHD SYAHIR
Tahun : 3 UPM
Usul :
Beg sekolah masih berat lagi.
40 Nama : NIK MOHD SHAHREEN
Nama Anak : NIK QAIRINA HUMAIRAH
Tahun : 2 UPM
Usul :
Mengenai pelajaran melalui app telegram
41 Nama : RAMZAN/NURNABILAH
Nama Anak : NUR ZARRA ZANDRA
Tahun : 2 UPM
Usul :
1) Berkenaan murid
2) Berkenaan guru di sekolah.
34
42 Nama : MOHD SHAHRULNIZAM BIN SHAMSUDIN
Nama Anak : NUR QALEESHA QAISARA BINTI MOHD SHAHRULNIZAN
Tahun : 2 UPM
Usul :
1. Adakan group telegram untuk semua subjek dan guru2 perlu update
homework yg perlu dibuat setiap hari supaya pelajar tidak ketinggalan dan
mengelakan pelajar terlepas pandang homework yg diberi.
2) Guru2 perlu memberitahu ibu bapa setiap kali adanya salah laku di
kalangan pelajar di sekolah..
35
PENGHARGAAN
JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, SK DESA PETALING BAGI SESI
2021/2022
INGIN MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN
UCAPAN TAHNIAH
KEPADA :
GURU BESAR SK DESA PETALING
TETAMU KEHORMAT
GURU-GURU PENOLONG KANAN SKDP
GURU-GURU & STAF SOKONGAN SKDP
SEMUA IBU BAPA/PENJAGA PELAJAR SKDP
ORGANISASI DAN INDIVIDU
DI ATAS SEGALA KERJASAMA DAN SUMBANGAN YANG TELAH
DIBERIKAN KEPADA PIHAK KAMI UNTUK MENJAYAKAN AKTIVITI
YANG TELAH DIRANCANG DAN DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA
SEKIAN, TERIMA KASIH
36