The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zafirahamisya, 2022-06-09 00:19:08

EFOLIO ETIKA (KESIHATAN DAN PERPADUAN)

EFOLIO ETIKA (KESIHATAN DAN PERPADUAN)

E-Folio

PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
(MPU21032)

SEMESTER II 2021/2022

JABATAN : JABATAN PELANCONGAN DAN
HOSPITALITI

KELAS : DUP 1A

DISEDIAKAN OLEH: 26DUP21F2018
NUR ZAFIRA HAMISYA BINTI MOHD 26DUP21F2004
ZULFADLI 26DUP21F2020
SITI NOR SYAMIMI BINTI CHE AB. 26DUP21F2019
HAMID
NURUL HIDAYAH KHUSNA BINTI
MOHD AZANI
ALIF HAIKAL BIN ABDUL HALIM

NAMA PENSYARAH : MADAM ZALEHA BINTI SULONG

1

BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Kata-kata aluan 3
2. Pendahuluan 4

i. Objektif kajian 5
3. Pengenalan 6
4. Apakah maksud kesihatan dan perpaduan 7
5. Kepentingan menjaga kesihatan 8
6. Perpaduan pada hari ini 9 - 10
7. Kesihatan dan perpaduan 11
8. Kesimpulan 12
9. Harapan 13
10. Lampiran 14
11. Sumber rujukan

2

KATA-KATA ALUAN
Assalamualaikum W.B.T ,
Selamat Sejahtera dan Salam PHT.
Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada kami untuk mencoret sepatah dua
kata dalam tugasan E-Folio kali ini. Bersyukur kami dengan limpah kurnianya dapat
juga kami menyiapkan tugasan E-Folio yang telah diamanahkan kepada kami.
Tugasan yang telah diberikan oleh Madam Zaleha Binti Sulong. Saya juga ingin
mengucapkan tahniah kepada semua ahli kumpulan yang telah memberi kerjasama
dalam menyiapkan tugasan E-Folio.
Akhir kata, kami memohon maaf andai terdapat kekurangan maklumat mengenai
tugasan E-Folio yang kami hasilkan. Harap dengan maklumat yang di paparkan dapat
memberi kita sedikit sebanyak maklumat mengenai Kesihatan Dan Perpaduan.
Sekian, Terima Kasih.

3

PENDAHULUAN

Pada era globalisasi, isu yang berkaitan dengan kesihatan dan perpaduan dalam
masyarakat malaysia sering kali menjadi bualan dalam media. Ini kerana negara
malaysia sedang membangun dengan pesat dalam aspek teknologi. Hal ini demikian
kerana masyarakat sekarang lebih cenderung menggunakan gajet berbanding bersukan
mengakibatkan kesihatan terjejas. Oleh itu, kita dapat melihat bahawasanya negara
Malaysia membangun dan mengikut sejajar dengan arus kemodenan.

Walau bagaimanapun, terdapat kesan baik dan juga buruk dalam pembangunan
teknologi kepada masyarakat. Contoh keburukan kepada kesihatan ialah seseorang itu
malas untuk melakukan senaman dan aktiviti yang menyihatkan tubuh badan. Contoh
kesan buruk kepada perpaduan kaum adalah seseorang lebih cenderung berinteraksi
menggunakan gajet berbanding berinteraksi secara bersemuka dengan orang
sekeliling.

Oleh itu, isu ini perlu dibincangkan dengan lebih mendalam bagi mengelakkan
perkara ini terus berleluasa. Mari ikuti kami dalam mengupas topik ini dengan lebih
mendalam.

OBJEKTIF KAJIAN
A. Mengenali dan memahami kesihatan dan perpaduan.
B. Mengetahui kepentingan menjaga kesihatan.
C. Memupuk perpaduan rakyat melalui kesihatan.

4

PENGENALAN
Definisi KESIHATAN menurut WHO, kesihatan adalah keadaan yang

sempurna, sihat dari segi fizikal, mental, rohani dan sosial. Kesihatan fizikal
merangkumi tujuh aspek iaitu sihat dan sempurna tubuh badan, keadaan dalam dan
persekitaran rumah yang bersih dan teratur, keadaan alam sekeliling yang tidak
menjejaskan hidupan tempat tinggal yang sempurna, pemakanan yang seimbang,
bekalan air yang bersih dan udara yang bersih.

5

1) APAKAH MAKSUD KESIHATAN DAN PERPADUAN
A. Apakah maksud Kesihatan?
"Keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, tidak hanya ketika ketiadaan sakit".
Kesihatan merupakan satu imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar
berada dalam keseimbangan (membolehkan pertumbuhan). Kesihatan juga membawa
erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.
B. Apakah maksud Perpaduan?
Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan
sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia perhubungan sosial yang
mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun
sains kemasyarakat. Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza (berlainan
kaum,bangsa dan agama). Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin
berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi.

6

2) KEPENTINGAN MENJAGA KESIHATAN.

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita mestilah menjaga kesihatan diri kita
agar tidak mendapat penyakit yang berbahaya. Kesihatan diri ini amat penting supaya
kita dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa. Salah satu kepentingan
menjaga kesihatan diri ialah kita dapat melakukan pelbagai jenis aktiviti yang kita
minati tanpa sebarang halangan. Contohnya, kita dapat melakukan aktiviti lasak
seperti berbasikal dan zipline dengan selesa. Dengan itu, aktiviti yang boleh kita
lakukan tidak akan terbatas dan kita dapat menikmati aktiviti yang kita lakukan.

Selain itu, kita mampu melakukan kerja-kerja secara langsung atau tidak
langsung seperti membantu setiap makhluk di muka bumi. Para pelajar juga dapat
memberikan tumpuan kepada pelajaran mereka tanpa rasa terganggu. Justeru,
kesihatan diri yang baik dan sihat dapat menjamin kemajuan diri dalam setiap pekara
yang ingin dicapai.

Di samping itu, terdapat halangan serta batasan untuk kita bergerak ke mana-
mana disebabkan oleh wabak Covid-19. Sebagai contoh, dunia kita semakin tenat
akibat jangkitan covid-19 yang semakin merebak secara berleluasa sehingga
menyebabkan kematian. Oleh itu, kita perlu mengikut arahan yang dikeluarkan oleh
pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) seperti memakai topeng muka,
menggunakan semburan pembasmi kuman dan melakukan penjarakan sosial sejauh 1
meter bagi mengelakkan jangkitan covid-19.

Kesimpulannya, kesihatan amat penting dalam menjalani kehidupan seharian.
Jika tubuh tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik, nescaya segala kegiatan atau
aktiviti tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Oleh itu bagi menjamin
kesejahteraan dalam kesihatan, kita tidak perlu mengejar kekayaan dan mengabaikan
aktiviti yang berfaedah seperti bersukan dalam kegiatan seharian.

.

7

3) PERPADUAN PADA HARI INI

Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat yang berbilang kaum.
Pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia pada abad ke-19
adalah kesan daripada kolonialisme yang mutlak. Pada awal abad ke-19, lebih 90%
penduduk di Tanah Melayu adalah bangsa Melayu. Namun pada pertengahan abad ke-
19, penghijrahan masuk kaum cina dan india secara beramai-ramai ekoran dasar
liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.
Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pebagai etnik yang dikategorikan
mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan. Kaum utama di
Malaysia terdiri daripada Melayu, Cina, India dan pelbagai etnik yang lain. Sebanyak
kira-kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah
Baba dan Nyonya, Kadazan dusun, Iban dan sebagainya.

Kebaikan masyarakat yang bersatu padu menyebabkan masyarakat kini hidup
harmoni kerana wujud masyarakat yang bermoral dan beretika. Selain itu, kebaikan
perpaduan di kalangan masyarakat dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu
semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri kerana masyarakat saling
memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang. Hal ini juga dapat
membangunkan ekonomi negara dan imej negara di mata dunia akan meningkat.

Kesan atau keburukan tidak bersatu padu pula menyebabkan masyarakat
saling benci membenci dan tiada rasa kasih sayang, tanggungjawab dan kerjasama di
dalam satu komuniti. Hal ini juga boleh menyebabkan berlakunya tunjuk perasaan,
perhimpunan dan aktiviti yang tidak sihat akn berterusan dan berleluasa. Berikutan itu,
nyawa setiap rakyat dalam keadaan tidak selamat dan terancam. Selain itu, wujudnya
salah faham dan pandangan buruk terhadap kaum-kaum lain kerana wujudnya sikap
perkauman. Hal ini menyebabkan aktiviti ekonomi tidak dapat berjalan dengan lancar
dan juga mungkin berhenti dengan serta merta. Ini akan menconteng arang terhadap
imej dan integriti Negara sebagai sebuah negara yang berdaulat dan mengamalkan
prinsip demokrasi.

8

4) KESIHATAN DAN PERPADUAN.

Dalam masyarakat yang tinggal di kawasan perumahan yang hidup berjiran,
kebersihan sering menjadi topik utama dalam perbualan setiap masyarakat mahupun
kaum. Jikalau ada kawasan perumahan yang tidak bersih atau berlaku pencemaran, ia
boleh menimbulkan penyakit yang berbahaya seperti demam denggi dan kencing tikus.
Oleh itu, ia boleh menyebabkan pergaduhan atau permusuhan antara kaum kerana
masyarakat akan saling menunding jari antara satu sama lain.

Seterusnya, perpaduan antara kaum semakin pudar. Disebabkan itu,
persekitaran yang bersih menjamin kehidupan yang sihat dn masyarakat hidup dengan
aman dan harmoni. Oleh itu, perbalahan mahupun pergaduhan antara kaum dapat
dielakkan. Dalam sektor ekonomi, ahli perniagaan tidak kira bangsa sama ada Melayu,
Cina atau India yang dermawan juga memberikan sumbangan yang besar dalam
kesihatan. Mereka berganding bahu bersama masyarakat dalam menjayakan sebuah
program sumbangan kebajikan kepada yang memerlukan. Contohnya, memberikan
perkhidmatan perbuatan, keperluan asas harian dan sedikit bantuan kewangan kepada
masyarakat yang memerlukan.

Selain itu, ahli perniagaan ini juga turut mengadakan ceramah pendedahan
tentang kesihatan bagi memupuk kesedaran di kalangan masyarakat berbilang kaum.
Hal ini sekaligus, dapat memperkukuhkan perpaduan masyarakat di samping
mengelakkan penularan penyakit berjangkit dan penyakit kronik serta dapat
meningkatkan kesejahteraan rakyat. Kajian menunjukan bahawa majoriti remaja B40
yang tinggal di kawasan perumahan rakyat mengakui bahawa mereka berasa gembira
berkawan dengan rakan berlainan bangsa dimana mereka juga mengakui bahawa
mereka bersama-sama jiran-jiran mereka saling menhormati. Malah mereka juga
boleh bertolak ansur dengan rakan-rakan berlainan bangsa serta mampu menjalankan
pelbagai aktiviti bersama-sama.

Hasil kajian ini dilihat selari dengan kajian yang dijalankan oleh Ruth etai
(2016) yang mendapati bahawa majoriti responden yang terlibat dalam kajian mereka
menunjukkan rasa selesa menjalankan tugasan merentas kaum, suka bergaul dengan
rakan yang berlainan kaum dan berasa selesa dibawah kepimpinan yang berlainan

9

kaum. Kesihatan yang baik adalah penting untuk meningkatkan kualiti hidup. Oleh itu,
kerajaan terus komited untuk mencapai akses sejagat kepada penjagaan kesihatan
berkualiti dalam tempoh rancangan dengan meneruskan usaha untuk menambah baik
asas system kesihatan. Setiap rakyat Malaysia akan mempunyai akses yang sama
kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti pada kos yang berpatutan
yang disediakan oleh penyelia perkhidmatan awam atau swasta. Aspirasi ini akan
direalisasikan melalui meningkatkan sokongan yang bersasar, khususnya bagi
masyarakat yang kurang mendapat akses kepada perkhidmatan.

Akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti, terutamanya di kawasan
dan masyarakat yang kurang mendapat liputan di bandar dan luar bandar akan
diperluas. Ini termasuk peluang perkhidmatan kepada isi rumah yang berpendapatan
rendah. Orang asli di semenanjung Malaysia, dan kawasan luar Bandar dan
pendalaman di Sabah dan Sarawak.

10

KESIMPULAN.
Kesimpulannya, kita haruslah menjaga kesihatan diri dan bertanggungjawab

menjaga kebersihan sekeliling kita dan dapat memupuk perpaduan antara kaum
dengan menjaga kebersihan bersama-sama dengan penduduk sekitar yang berbilang
kaum. Hal ini kerana kerjasama antara kaum menjaga kesihatan sejagat mengeratkan
lagi perpaduan kaum di Malaysia.
Seterusnya, kesimpulan yang dapat diolah adalah berkenaan diri kita sendiri. Kita
seharusnya cuba untuk memantapkan sahsiah diri kita supaya matlamat hidup tidak
terpesong.
Selain itu, kita mestilah berganding bahu dengan masyarakat sekeliling kita supaya
masalah yang bertimbun mampu diselesaikan dengan selamat dan berjaya. Disamping
itu, kita sewajarnya menanam semangat perpaduan yang amat mendalam bagi seorang
siswa/siswi untuk bekerjasama dalam bidang kesihatan.
Akhir sekali, kita mestilah berpegang teguh kepada ajaran agama masing-masing. Hal
ini dikatakan demikian kerana kita cuba untuk mengelakkan perkara berulang sekali
lagi.

11

HARAPAN.
Antara harapan yang ingin saya sampaikan ialah saya berharap perkara yang

telah dibincangkan dalam blog ini dapat membuka ruang dan minda seseorang betapa
pentingnya kesihatan dan perpaduan.

Selain itu, kami semua berharap agar negara Malaysia terus aman dan tenteram
seperti sekarang dan sehinggalah di masa akan datang.

Seterusnya, saya berharap generasi anak muda pada hari ini akan menjadi suri
teladan kepada generasi yang datang dengan menunjuk teladan dan etika yang
sepatutnya.

Akhir sekali, kami berharap agar perpaduan dan kesihatan kepada penduduk
Malaysia pada hari ini akan sentiasa dalam keadaan baik. Hal ini kerana sekiranya
berlaku persengketaan dapatlah ianya dielakkan untuk berlaku kali kedua.

12

LAMPIRAN

13

RUJUKAN
i. https://efoliokesihatandanperpaduan.blogspot.com/2020/10/efolio-kesihatan-dan-

perpaduan.html
ii. KESIHATAN DAN PERPADUAN (haziqahhannis17.blogspot.com)

14


Click to View FlipBook Version