The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Maryati Maharoff, 2021-01-12 18:13:02

BIDANG TUGAS KOKURIKULUM

SKTDN

BIDANG TUGAS PENGURUSAN KOKURIKULUM

DEFINISI KOKURIKULUM

Kokurikulum merupakan salah satu komponen pembelajaran yang berasaskan gerak
kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Justeru, aktiviti kokurikulum
dapat menyediakan peluang untuk murid untuk menambah, mengukuh dan
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam
bilik darjah. Gerak kerja kokurikulum merangkumi tiga bidang utama iaitu:

A. Badan Beruniform
B. Kelab & Persatuan
C. Sukan & Permainan

RASIONAL KOKURIKULUM

1. Mengamal dan mengukuhkan ilmu pengetahuan yang diperoleh di dalam bilik
darjah.

2. Memupuk dan mengeratkan hubungan dalam kalangan murid dan juga antara
sekolah dengan masyarakat.

3. Mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan
berfaedah, di samping memelihara kesihatan fizikal dan mental.

4. Membantu murid meningkatkan bidang akademik dengan memupuk
kesedaran tentang pemilihan kerjaya.

5. Memberi peluang kepada murid untuk melatih diri serta memupuk sikap yakin
kepada diri sendiri dan berdikari.

MATLAMAT KOKURIKULUM

Memperkembang potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu
meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang
seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

OBJEKTIF KOKURIKULUM

Kokurikulum bertujuan untuk membolehkan murid:

1. Membentuk murid berkualiti, berdaya maju, yakin dan berani menghadapi
cabaran.

2. Mempertingkatkan kecekapan kepimpinan dan dapat berkomunikasi dengan
baik serta berkesan.

3. Mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang
rasional, kritis dan kreatif.

1

4. Memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran serta dapat
mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

5. Menyedari tentang kepentingan kesihatan diri dan sentiasa berusaha untuk
memeliharanya.

TUGAS-TUGAS GURU PEMIMPIN/PENASIHAT KOKURIKULUM

1. Semua guru di sekolah wajib terlibat dalam menggerakkan kegiatan
kokurikulum. Setiap tugas hendaklah benar-benar difahami dan guru-guru
harus menentukan hala tuju kegiatan kokurikulum di bawah pimpinannya
benar-benar mendatangkan faedah kepada murid-murid yang menjadi ahli.

2. Semua guru harus memainkan peranan dalam bidang kokurikulum sama
ada memperoleh latihan khusus dalam bidang kokurikulum semasa di IPG
atau universiti mahupun sebaliknya. Kemahiran ini boleh didapati secara
bacaan, menghadiri kursus, lawatan, perbincangan mahupun dengan cara
“on the job training”, bersemuka atau secara dalam talian. Seseorang guru
akan menjadi serba boleh atau “versatile” dalam bidang kokurikulum jika
sentiasa positif, komited dan ikhlas dalam melaksanakan tugas.

3. Komitmen murid terhadap kokurikulum, kecemerlangan dan penyertaan yang
bersungguh-sungguh bergantung kepada peranan seseorang pemimpin,
jurulatih atau guru itu sendiri.

4. Semua guru/pemimpin/jurulatih berperanan menerapkan tentang kepentingan
aktiviti kokurikulum kepada murid selaras dengan saranan Kementerian
Pendidikan Malysia yang mahukan penglibatan dalam bidang kokurikulum
murid menjadi bonus dalam pemilihan untuk memasuki asrama penuh atau
institusi pengajian tinggi.

DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM

DASAR 1: GURU/PEMIMPIN/JURULATIH

1. Guru wajib hadir untuk memastikan kegiatan kokurikulum dilaksanakan tiga
jam seminggu.

2. Guru Pemimpin/Penasihat/Jurulatih bertanggungjawab terhadap tugasan
mereka. Kehadiran murid hendaklah diambil setiap kali aktiviti dijalankan.

3. Semua guru akan terlibat secara langsung atau tidak langsung berdasarkan
agihan tugas yang telah dibuat oleh JK Induk Kokurikulum yang dilantik oleh
pentadbir sekolah sebagai guru penasihat dalam:
i. Persatuan/Kelab
ii. Badan Beruniform
iii. Sukan dan Permainan

4. Guru-guru yang mempunyai kemahiran tertentu juga akan diberi keutamaan
untuk menjalankan aktiviti mengikut kepakaran mereka.

2

5. Semua guru yang terlibat dalam setiap kegiatan perlu melaksanakan aktiviti-

aktiviti berikut dalam unit masing-masing:

• Menggubal Perlembagaan
• Perancangan Strategik
• Rancangan Tahunan
• Melantik Jawatankuasa
• Merekod Kehadiran Murid
• Melaksanakan Aktiviti Dalam Perjumpaan
• Membuat Penilaian
• Menyediakan Laporan Tahunan

DASAR 2: PENYERTAAN MURID

1. Semua murid Tahun 4, 5 dan 6 wajib menyertai setiap satu kegiatan bagi
ketiga-tiga bidang berikut:
i. Persatuan/Kelab
ii. Badan Beruniform
iii. Sukan dan Permainan

2. Kedatangan murid adalah wajib dan mereka dikehendaki menyertai kegiatan
kokurikulum yang diambil/dipilih.

3. Pakaian yang digunakan hendaklah pakaian seragam khas atau pakaian
sukan yang dibenarkan sewaktu menjalani sesuatu gerak kerja sukan.

4. Murid yang mewakili sekolah dan memegang jawatan dalam kegiatan
kokurikulum sekolah akan memperoleh sijil.

5. Murid yang terlibat mewakili sekolah atau kegiatan luar mestilah mendapat
kebenaran ibu bapa/penjaga dengan menggunakan Surat Akuan
Kebenaran yang disediakan oleh pihak sekolah.

DASAR 3 : JADUAL AKTIVITI KOKURIKULUM

SELASA SUKAN & PERMAINAN
7.40 pagi – 8.40 pagi BADAN BERUNIFORM
PERSATUAN/KELAB
RABU
1.00 tengah hari – 2.00 petang

KHAMIS
1.00 tengah hari - 2.00 petang

3

DASAR 4 : PENYERTAAN KEGIATAN LUAR SEKOLAH

1. Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan di peringkat
daerah, atau negeri tertakluk kepada persiapan dan persediaan sesebuah
pasukan.

2. Penyertaan secara berpasukan atau individu perlulah bersedia dari aspek:
a) Pemilihan pemain/murid yang berkualiti
b) Latihan yang sistematik
c) Kelengkapan/alatan yang sempurna
d) Perlawanan persahabatan/pendedahan dalam sesuatu pertandingan

DASAR 5 : PENGHARGAAN

1. Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada murid yang
mengharumkan nama sekolah melalui kegiatan kokurikulum dalam bentuk:
a) Medal/barangan atau wang tunai
b) Sijil Penghargaan Sekolah

2. Mewujudkan anugerah khas kepada murid yang cemerlang dalam
kokurikulum.

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT PENGURUSAN
KOKURIKULUM

1. Agihan tugas tenaga pengajar

Semua guru diberikan tugas dan tanggungjawab untuk mengendalikan bidang
kokurikulum berikut:

i. Persatuan/Kelab
ii. Badan Beruniform
iii. Sukan dan Permainan
1.1 Panduan Pelaksanaan Kokurikulum diberikan kepada semua guru untuk
melaksanakan aktiviti.
1.3 Guru digalakkan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tentang
sesuatu aktiviti melalui :
i. Penyertaan kursus
ii. Bergiat secara aktif dalam sesuatu kegiatan

2. Penyertaan Murid
2.1 Semua murid tahap dua diwajibkan menyertai satu unit daripada setiap
bidang kegiatan kokurikulum yang ditawarkan iaitu:
i. Persatuan/Kelab
ii. Badan Beruniform
iii. Sukan dan Permainan

4

2.2 Semua murid diberi satu sahaja Badan Beruniform. Pilihan ini kekal
sehingga tamat persekolahan rendah.

2.3 Murid-murid boleh menyertai Pasukan Sekolah dalam mana-mana
pertandingan Sukan, Badan Beruniform dan Persatuan/Kelab tanpa had
setelah melalui proses pemilihan oleh jurulatih atau guru yang
menguruskan sesebuah pasukan.

2.4 Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum akan direkodkan dalam
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

3. Penjadualan Kegiatan
3.1 Masa kegiatan kokurikulum adalah seperti berikut:
a) Sukan & Permainan (7.40 pagi hingga 8.40 pagi setiap hari Selasa)
b) Badan Beruniform (1.00 tengah hari hingga 2.00 petang setiap hari
Rabu)
c) Kelab & Persatuan (1.00 tengah hari hingga 2.00 petang setiap hari
Khamis)

4. Penawaran aktiviti kokurikulum kepada murid
4.1 Murid tahun 4, 5 dan 6 ditawarkan aktiviti sukan & permainan berikut:
• Bola Sepak
• Bola Jaring
• Bola Baling (Lelaki & Perempuan)
• Badminton
• Kriket
• Hoki (Perempuan)
• Sepak Takraw
• Catur
• Futsal (KPKP)
• Petaque (KPKP)

4.2 Pertandingan-pertandingan lain yang ditawarkan dan diktiraf KPM seperti
olahraga, merentas desa, renang, ragbi, tenis dan sebagainya.

4.3 Murid tahun 4, 5 dan 6 ditawarkan Badan Beruniform seperti berikut:
• Pengakap
• Bulan Sabit Merah Malaysia
• Pandu Puteri Tunas
• Tunas Kadet Remaja Sekolah
• Pengakap (KPKP)

5

4.3 Murid tahun 4,5 dan 6 ditawarkan Kelab & Persatuan seperti berikut:
• Bahasa Melayu
• Bahasa Inggeris
• Matematik
• Sains
• Agama Islam
• Bahasa Arab
• Seni Visual
• Kelab Tunas Budaya
• Agama Islam (KPKP)
• KelabTunas Budaya (KPKP)

5. Peningkatan Kemudahan Fizikal

5.1 Menyediakan kemudahan fizikal yang lengkap seperti berikut:
• Padang dengan ukuran yang betul dan berkeadaan baik.
• Gelanggang permainan yang sentiasa diurus.
• Menyediakan peralatan yang mencukupi dan bermutu serta memenuhi
keperluan sejajar dengan jumlah murid.
• Menyediakan tempat penyimpanan alatan yang mudah diurus serta
mudah diambil apabila diperlukan.
• Setiap murid dan penasihat hendaklah bertanggungjawab menjaga
peralatan sukan dengan memastikan berada dalam keadaan baik dan
selamat untuk digunakan.

6. Penyertaan Murid Dalam Aktiviti Luar Sekolah

6.1 Memastikan sekolah tidak ketinggalan dalam menyertai apa jua aktiviti
pertandingan di peringkat daerah atau negeri.

6.2 Bagi menjamin kejayaan penyertaan, latihan pasukan sekolah yang
sistematik perlu dirancang dan dilaksanakan.

6.3 Guru-guru perlu memberikan komitmen yang tinggi bagi melahirkan murid
atau pasukan sekolah yang berkualiti dan cemerlang.

7. Penganugerahan

7.1 Bagi menarik perhatian semua murid, anugerah khas kokurikulum akan
diberi kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang kokurikulum.

7.2 Penganugerahan ini akan disampaikan pada Hari Anugerah Cemerlang.

6

PANDUAN PENGURUSAN SETIAP UNIT

Setiap unit Sukan & Permainan, Badan Beruniform, Persatuan & Kelab perlu
menyediakan:

1. Fail
Isi Kandungan
a) Carta Organisasi
b) Perlembagaan
c) Perancangan Strategik
d) Carta Gantt
e) Rancangan Aktiviti Setahun
f) Pelan Bertindak
g) Laporan Perjumpaan
h) Minit setiap perjumpaan
i) Laporan Tahunan

2. Buku Pengurusan Kewangan

Perlu diwujudkan sekiranya ada mengutip yuran keahlian atau yuran untuk
mengadakan sebarang aktiviti yang akan dijalankan.

2.1 Kutipan Yuran
• Yuran keahlian Badan Beruniform/ Persatuan/ Kelab adalah mengikut
perlembagaan masing-masing.
• Yuran khas (khusus untuk Badan Beruniform sekiranya ada)
• Semua yuran yang dikutip hendaklah dimaklumkan kepada murid melalui
Persatuan/Badan Beruniform/Kelab masing-masing dengan menghantar
surat pemberitahuan kepada ibu bapa/penjaga.

2.2 Pengurusan Kewangan Oleh Guru Pemimpin/Guru Penasihat
• Memberi maklumat yang tepat kepada semua ahli tentang jumlah kutipan
yuran.
• Mengedarkan surat pemberitahuan kepada ibu bapa/penjaga untuk
memaklumkan kepada mereka mengenai jumlah kutipan yuran dan
tujuannya. Surat pemberitahuan mestilah ditandatangani oleh Guru Besar
dan mempunyai nombor rujukan sekolah.

2.3 Pengurusan Kewangan Oleh Bendahari
• Merekod nama dan kelas ahli dalam Buku Pengurusan Kewangan
• Menyerahkan wang kutipan kepada Guru Pemimpin/Guru Penasihat
masing-masing

7

Mesyuarat
2.1 Merancang Rancangan Aktiviti Tahunan unit masing-masing.
2.2 Membuat pengagihan tugas dalam unit masing-masing.

PERANAN KHAS

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA KOKURIKULUM

1. Mengatur rancangan/jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan PPD,
JPN dan KPM sepanjang tahun.

2. Membahagikan murid mengikut Persatuan & Kelab.
3. Membantu Guru Besar dan GPK Kokurikulum menetapkan guru penasihat

Persatuan/Kelab serta membahagikan tugas Persatuan/Kelab kepada guru.
4. Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara Persatuan/Kelab

dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa dan tempat.
5. Menentukan tempat dan keperluan untuk acara-acara anjuran sekolah,

daerah dan negeri.
6. Mengatur rancangan lengkap untuk program utama kelab dan persatuan

seperti Hari Integrasi Kokurikulum, Perkhemahan Badan Beruniform dan
sebagainya.
7. Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan aktiviti Persatuan/Kelab
untuk tahun berkenaan.
8. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan
Koakademik dan Badan Beruniform yang dianjurkan oleh sekolah lain.
9. Mengawal dan menjaga alat Persatuan/Kelab/Badan Beruniform dalam
keadaan baik.
10. Mengemaskini buku stok Persatuan/Kelab/Badan Beruniform.
11. Mengatur guru pengiring, pengangkutan/kenderaan bagi pasukan sekolah
sekiranya perlu.
12. Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi
Persatuan/Kelab/Badan Beruniform sekolah.
13. Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum
sekolah.
14. Memastikan segala aktiviti kokurikulum direkodkan.
15. Memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah,
daerah,negeri, kebangsaan dan antarabangsa direkodkan.
16. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan yang patut dibeli dan
diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaan.
17. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
18. Menjadi setiausaha bagi setiap mesyuarat berkaitan dengan kokurikulum.

8

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SUKAN

1. Memastikan Majlis Sukan Sekolah dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri
dilaksanakan.

2. Aktiviti kokurikulum diselaraskan mengikut pembahagian.
3. Memanggil mesyuarat – Majlis Sukan Sekolah, JK Kerja Sukan, guru-guru

rumah sukan, guru-guru permainan dan jawatankuasa murid.
4. Menyediakan kertas kerja berkaitan sukan dan jadual latihan rumah sukan..
5. Mengurus peralatan bagi alat-alat permainan disimpan di tempat yang

selamat.
6. Anggaran perbelanjaan dan pendapatan disediakan mengikut peruntukan.
7. Mengurus dan menyemak urusan kewangan daripada guru-guru permainan

dan rumah sukan.
8. Memesan, menerima dan merekod peralatan sukan.
9. Menyimpan rekod perlawanan antara sekolah, daerah dan negeri (laporan).
10. Lain-lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan sekolah.

PERANAN GURU RUMAH SUKAN

1. Pembahagian AJK perlu mengikut pengalaman dan pengetahuan. Guru
Besar, GPK dan Setiausaha Sukan serta penolong tidak dimasukkan ke
dalam mana-mana rumah sukan.

2. Setiausaha Sukan menetapkan tarikh rumah sukan mengadakan mesyuarat.
3. Ketua guru rumah sukan perlu mempengerusikan mesyuarat rumah sukan

masing-masing.

PERANAN GURU SUKAN & PERMAINAN

1. Menguruskan permainan murid, melatih, mengadakan pemilihan pemain dan
mengatur perlawanan persahabatan.

2. Pengangkutan dan penyokong diuruskan untuk pasukan sendiri.
3. Disiplin perlu diberi perhatian walau di mana perlawanan dijalankan.
4. Membawa peralatan pertolongan cemas.
5. Surat kebenaran daripada penjaga perlu diberi apabila murid mewakili atau

terlibat dalam sesuatu acara.
6. Bertanggungjawab terhadap peralatan, membahagi dan mengumpul semula

alatan.
7. Menyediakan laporan pertandingan dan diserahkan kepada setiausaha

kokurikulum untuk direkodkan.

9

PERANCANGAN STRATEGIK PENGURUSAN KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DUSUN NYIOR

Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah merupakan satu aspek yang ditekankan
dalam Sistem Pendidikan. Murid-murid diwajibkan melibatkan diri dalam ketiga-tiga
bidang yang terdapat dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum ini. Justeru,
pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah bertujuan untuk mencapai matlamat-
matlamat berikut:

1. Penyertaan 100% murid Tahap Dua dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
2. Menjadikan sekolah sebagai platform murid untuk mempamer kebolehan

bakat dan kemahiran serta memupuk semangat juang yang tinggi.
3. Memastikan murid-murid bijak menggunakan masa lapang ke arah kegiatan

yang murni dan berfaedah.
4. Memastikan murid-murid mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pelbagai

jenis aktiviti kokurikulum.
5. Memastikan murid dapat bergaul dan memupuk semangat perpaduan yang

erat.
6. Memastikan murid-murid dapat menyesuaikan diri dalam mengharungi

kehidupan seharian serta bergaul sihat bersama-sama masyarakat majmuk
melalui penyertaan alam aktiviti-aktiviti berikut:

a) Sukan dan rekreasi
b) Kegiatan Badan Sukarela
c) Program-program yang berbentuk kemasyarakatan dan

kemenjadian murid
7. Memastikan sekolah mempunyai identiti dalam aktiviti kokurikulum melalui

pencapaian cemerlang dalam kokurikulum.
8. Menggalakkan seberapa ramai murid aktif dan menyertai pertandingan dalam

sebarang kegiatan kokurikulum dalam peringkat daerah, negeri atau
kebangsaan.
9. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam sebahagian besar aktiviti
kokurikulum dalam peringkat daerah atau negeri.

10


Click to View FlipBook Version