The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH MANJUNG 2022 - JK LAPORAN DOKUMENTASI SK SITIAWAN FULL QR CODE

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sofia Zabidin, 2022-09-29 14:25:53

LAPORAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH MANJUNG 2022 - JK LAPORAN DOKUMENTASI SK SITIAWAN FULL QR CODE

LAPORAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH MANJUNG 2022 - JK LAPORAN DOKUMENTASI SK SITIAWAN FULL QR CODE

Keywords: HARI GURU MANJUNG TERIMA KASIH CIKGU 2022

4949

5050

5151

5252

PROGRAM/AKTIVITI SAMBUTAN HARI GURU 20
PERINGKAT DAERAH MANJUNG
TAHUN 2022

APRIL 2022

PROGRAM ZIARAH
GURU

2.30 PETANG

MEI 2022 18
26
PELANCARAN GERAKAN MASSA
TERIMA KASIH CIKGU

2.30 PETANG

MAJLIS BACAAN YASIN &
SOLAT HAJAT

2.15 PETANG – 5.15 PETANG

BICARA PROFESIONAL 31
PENDIDIKAN 11

2.30 PETANG - 5.00 PETANG

JUN 2022

KESUKANAN & REKREASI: BOLING TENPIN

10.00 PAGI – 12.30 TENGAHARI

KESUKANAN & REKREASI: BERBASIKAL 14

8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI

KEMPEN DERMA DARAH 16

8.30 PAGI – 1.00 PETANG

53

53

9.00 PAGI – 12.30 TENGAHARI

54

54

1 LAPORAN PROGRAM & AKTIVITI
PELANCARAN GERAKAN MASSA
TERIMA KASIH CIKGU

18 MEI 2022 | 2.30 PETANG

Majlis pelancaran ini telah berjaya disempurnakan dan
dirasmikan oleh Encik Mohamad Akhir Bin Abdul Latiff,
Pegawai Pendidikan Daerah Manjung pada hari Rabu
18 Mei 2022, jam 2.30 petang bertempat di Dewan
Bestari, Pejabat Pendidikan Daerah Manjung.

Terdapat pelbagai program yang telah dirancang bersempena
meraikan Sambutan Hari Guru peringkat Daerah bagi tahun 2022.

Semasa majlis pelancaran ini, Encik Mohamad Akhir Bin Abdul Latif
menzahirkan hasrat beliau agar semua guru tetap menanam azam
yang gitu dalam menempuhi dunia pendidikan demi memartabatkan
profesion keguruan. Guru – guru digalakkan sentiasa menimba ilmu
pengetahuan bagi memantapkan penguasaan pedagogi mereka
dalam mendidik anak bangsa.

52

Imbas Kod QR untuk pautan gambar Majlis Pelancaran.
https://tinyurl.com/35mwmwy7

55

55

LAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI
SAMBUTAN HARI GURU

PERINGKAT DAERAH MANJUNG
TAHUN 2022

BIL PERKARA HURAIAN

1 Nama Program / Aktiviti Majlis Pelancaran Gerakan Massa: Terima Kasih Cikgu

2 Objektif Program / Aktiviti Menghebahkan program dan aktiviti yang akan diadakan

bersempena sambutan Hari Guru Peringkat Daerah

Manjung tahun 2022.

3 Pengisian Program / 1. Bacaan doa

Aktiviti 2. Ucapan Alu-aluan pengerusi majlis.

3. Ucapan Alu-aluan Yang Berusaha Encik

Mohamad Akhir Bin Abdul Latif, Pegawai

Pendidikan Daerah Manjung

4. Ucapan perasmian oleh Yang Berusaha Encik

Mohamad Akhir Bin Abdul Latif, Pegawai

Pendidikan Daerah Manjung

5. Gimik pelancaran perasmian

6. Sesi pelantikan Jawatankuasa Pelaksana

Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Manjung

tahun 2022.

4 Tarikh Pelaksanaan 18 Mei 2022 / Rabu
5 Masa 2.30 Petang
6 Tempat Dewan Bestari, PPD Manjung
7 Kaedah Pelaksanaan Bersemuka
8 Isu Pelaksanaan Tempoh masa yang singkat untuk persiapan teknikal

9 Kekuatan 1. Susunan dan pengisian program yang menarik
2. Kekuatan kerja berpasukan antara semua
10 Kelemahan
11 Cadangan jawatankuasa terlibat

penambahbaikan Tiada persembahan disediakan untuk majlis pelancaran
kerana kekangan masa.
12 Rumusan / Huraian
Program / Aktiviti 1. Masa persediaan dipanjangkan bagi membuat
perancangan terbaik.

2. Penambahan elemen persembahan agar majlis
tampak meriah.

Majlis pelancaran Gerakan Massa: Terima Kasih
Cikgu yang telah dikelolakan secara bersama oleh
Pejabat Pendidikan Daerah Manjung dan SJKC Uk Ing
berlangsung dengan jayanya pada 18 Mei 2022 (Rabu).

56

56

Bermula jam 2.30 petang, majlis dimulakan dengan
bacaan doa bagi keberkatan dan kelancaran acara.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan alu-
aluan oleh pengacara majlis serta ucapan alu-aluan oleh
Yang Berusaha Encik Mohamad Akhir Bin Abdul Latif,
Pegawai Pendidikan Daerah Manjung merangkap
pengerusi pengelola majlis.

Majlis bersambung dengan ucapan perasmian
oleh Yang Berusaha Encik Mohamad Akhir Bin Abdul
Latif, Pegawai Pendidikan Daerah Manjung diikuti gimik
perasmian sebagai tanda rasmi sambutan perayaan Hari
Guru kali ini.

Majlis diteruskan lagi dengan sesi pelantikan
jawatankuasa pelaksana Sambutan Hari Guru Peringkat
Daerah Manjung bagi tahun 2022.

Majlis berakhir dengan tayangan sorotan ucapan
“Selamat Hari Guru” dan “Terima Kasih Cikgu” yang telah
disediakan oleh pihak pengelola majlis.

Majlis yang turut dihadiri oleh guru besar dan
pengetua sekolah-sekolah daerah Manjung ini bersurai
pada jam 4.30 petang.
13 Gambar

a. Yang Berusaha Encik Mohamad Akhir Bin Abdul Latif menyempurnakan gimik
perasmian dengan paluan gong.

57

57

b. Encik Mohamad Akhir Bin Abdul Latif menguraikan ikatan banting sempena gimik
perasmian pelancaran Perayaan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Manjung
tahun 2022.

c. Banting Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Manjung tahun 2022 yang
memaparkan antara program dan aktiviti yang bakal diadakan bersempena Sambutan
Hari Guru.

d. Encik Mohamad Akhir Bin Abdul Latif dan pegawai-pegawai bergambar kenangan
bersama banting majlis perasmian.

58

58

2 LAPORAN PROGRAM & AKTIVITI
ZIARAH CAKNA WARGA
PENDIDIKAN DAERAH MANJUNG

20 APRIL 2022 | 2.15 PETANG

Program Ziarah Cakna ini telah dijalankan pada 20
April 2022 melibatkan kunjungan ziarah 3 warga
pendidikan (1 orang guru besar dan 2 orang pesara).
Mereka telah menerima sumbangan berupa hamper
produk makanan.

Program ini telah disertai oleh Encik Mohamad Akhir Bin

Abdul Latif, Pegawai Pendidikan Daerah Manjung,

timbalan-timbalan dan wakil PPD, YDP MGB dan MPSM,

wakil NUTP, wakil KGMMB, dan wakil KKGBM turut serta

melakukan aktiviti ziarah ke kediaman warga pendidikan

yang terlibat.

Imbas Kod QR untuk pautan gambar Program Ziarah Cakna:
https://tinyurl.com/4hmbz4mn

59

59

LAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI
SAMBUTAN HARI GURU

PERINGKAT DAERAH MANJUNG
TAHUN 2022

BIL PERKARA HURAIAN

1 Nama Program / Aktiviti Ziarah Cakna Warga Pendidikan Daerah Manjung

2 Objektif Program / Aktiviti 1. Membudayakan dan menyuburkan amalan ziarah

serta mengiktiraf peranan warga guru dalam

memartabatkan profesion keguruan sempena

Sambutan Hari Guru.

2. Berkongsi perkembangan keadaan semasa warga

pendidikan serta memberi sokongan emosi dan

psikologi kepada warga pendidikan dan

menghargai jasa pengorbanan mereka selama

dalam perkhidmatan.

3 Pengisian Program / 1. Taklimat ringkas sebelum bergerak ke kediaman
Aktiviti warga pendidik.

4 Tarikh Pelaksanaan 2. Menziarahi Puan Kok Chu Yuen (Victoria
5 Masa Cottage)

3. Menziarahi Encik Aw Peng Fatt (Taman Desa
Bintang)

4. Menziarahi Tuan Haji Md Saleh Bin Haji Muruni
(Taman Fasa 1E)

5. Sesi penyampaian sumbangan ikhlas kepada
warga pendidik yang diziarahi di kediaman
mereka.

Senarai nama warga pendidik yang diziarahi adalah
seperti berikut:

1. Tuan Haji Md Salleh Bin Haji Muruni
Pesara – Mantan Penyelia Pendidikan Islam, PPD
Manjung

2. Puan Kok Chu Yuen
Guru Besar SJKC Kok Ming

3. Encik Aw Peng Fatt
Pesara – Mantan Pengetua Cemerlang
SMK Ayer Tawar

20 April 2022 / Rabu
2.15 Petang – 5.15 Petang

60

60

6 Kaedah Pelaksanaan Bersemuka
7 Tempat Seperti tertera di atas
8 Isu Pelaksanaan Tiada isu
9 Kekuatan
1. Pelaksanaan berjalan dengan lancar hasil
10 Kelemahan kerjasama semua pihak khususnya pegawai
11 Cadangan penyelaras di PPD Manjung

penambahbaikan 2. Susunan dan pengisian program yang menarik.

12 Rumusan / Huraian Tiada
Program / Aktiviti 1. Program ini hendaklah diteruskan pada masa
akan datang sebagai tatapan pengorbanan dan
jasa warga pendidikan.
2. Penambahan bilangan penziarahan sekiranya
bajet ditingkatkan.

Majlis Ziarah Cakna Warga Pendidikan Daerah
Manjung ini telah dikelolakan oleh Pejabat Pendidikan
Daerah Manjung bersama SK Methodist (ACS) Sitiawan
dan telah berlangsung dengan jayanya pada 20 April
2022 bersamaan hari Rabu. Program ini dimulai dengan
taklimat ringkas berkaitan program serta sesi berkumpul
oleh para penziarah bertempat di lobi Pejabat Pendidikan
Daerah Manjung.

Seterusnya, rombongan penziarah yang terdiri
daripada 15 orang termasuklah Yang Berusaha Encik
Mohamad Akhir Bin Abdul Latif, Pegawai Pendidikan
Daerah Manjung serta timbalan-timbalan PPD, wakil,
YDP Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Manjung, YDP
Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) Daerah
Manjung, Kesatuan Perkhidmatan Keguruan
Kebangsaan (NUTP) Negeri Perak, Kesatuan Guru-guru
Melayu Malaysia Barat (KGMMB) Cawangan Perak
Selatan serta Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Besar
Malaysia cawangan Perak memulakan pergerakan ke
kediaman warga pendidikan.

Semasa sesi ziarah, penziarah turut
menyampaikan ucapan selamat serta terima kasih
kepada warga pendidikan yang telah menaburkan
khidmat bakti selama mereka berkhidmat. Mereka juga
sempat berkongsi kisah pahit manis sepanjang mereka
bergelar warga pendidik.Rombongan ziarah cakna ini
juga turut menyampaikan sumbangan ikhlas berupa
hamper produk makanan kepada ketiga-tiga warga
pendidikan ini.

Majlis bersurai pada jam 5.15 petang.

6611

13 Gambar

a. Yang Berusaha Encik Mohamad Akhir bersama para peserta program ziarah cakna
bergambar kenangan di hadapan Pejabat Pendidikan Daerah Manjung sebelum
bertolak untuk sesi ziarah.

b. Sepanduk Program Ziarah Cakna peringkat daerah sempena Sambutan Hari Guru
tahun 2022.

c. Buku program Ziarah Cakna yang telah disediakan oleh pegawai penyelaras
program di PPD.

62

62

d. Sesi Ziarah Cakna Puan Kok Chu Yuen (Guru Besar SJKC Kok Ming) di kediaman
beliau di Victoria Cottage, Sitiawan.

e. Puan Kok Chu Yuen menerima sumbangan ikhlas yang disampaikan oleh Yang
Berusaha Encik Mohamad Akhir Bin Abdul Latif.

f. Sesi temubual dan sokongan emosi kepada Puan Kok Chu Yuen di kediaman
beliau.

63

63

g. Sesi Ziarah Cakna Encik Aw Peng Fatt yang merupakan seorang pesara (Mantan
Pengetua Cemerlang SMK Ayer Tawar) di kediaman beliau di Taman Desa Bintang.
Encik Mohamad Akhir Bin Abdul Latif juga menyampaikan sumbangan ikhlas berupa
hamper produk makanan.

h. Sesi Ziarah Cakna Tuan Haji Md Salleh Bin Haji Muruni yang merupakan pesara
(Mantan Penyelia Pendidikan Islam, PPD Manjung) di kediaman beliau di Taman
Fasa 1E Seri Manjung.

64

64

i. Tuan Haji Md Salleh Bin Haji Muruni menerima sumbangan ikhlas berupa hamper
produk makanan yang disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Mohamad Akhir Bin
Abdul Latif, Pegawai Pendidikan Daerah Manjung.

6565

3 LAPORAN PROGRAM & AKTIVITI
MAJLIS BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT
SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU

26 MEI 2022 | 6.00 PETANG

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat telah berlangsung di
Masjid Ar-Raudah, Kampung Tersusun Batu 7, Lekir
dihadiri Encik Mohamad Akhir Bin Abdul Latif, timbalan-
timbalan PPD, guru-guru, anggota kumpulan pelaksana
serta jemaah warga setempat. Majlis ini mendapat
sambutan yang sangat menggalakkan.

Imbas Kod QR untuk pautan gambar Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat:
https://tinyurl.com/464n84ey

6666

LAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI
SAMBUTAN HARI GURU

PERINGKAT DAERAH MANJUNG
TAHUN 2022

BIL PERKARA HURAIAN

1 Nama Program / Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Sempena Sambutan Hari Guru
Aktiviti Peringkat Daerah Manjung

2 Objektif Program 1. Menyedarkan guru terhadap kewajipan dan tanggungjawab
/ Aktiviti mengamalkan nilai keIslaman dalam kehidupan seharian.

2. Menanam semangat cinta akan ilmu dan majlis ilmu itu sendiri agar
kelangsungan generasi pendidik dapat dikekalkan bagi mendepani
cabaran masyarakat global dan permasalahan-permasalahan
dalam bidang pendidikan

3. Mengeratkan ukhuwah Islamiyyah dalam kalangan guru serta pihak
masyarakat

3 Pengisian 05:30 petang : Ketibaan dif-dif Jemputan

Program / Aktiviti 05:45 petang : Ketibaan Tn PPD Manjung
06:7.00 Petang : Ceramah

Penceramah : Ustaz Hj Ahmad Nizam bin Amiruddin

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jab Agama

Islam Perak(JAIP)

07.30 Petang : Solat maghrib

07.50 Malam : Majlis Bacaan Yasin

08.20 Malam : Ucapan Tn PPD Manjung

08.40 Malam : Solat Isyak Berjemaah

09.00 Malam : Solat Hajat

09.15 Malam : Jamuan

09.30 Malam : Bersurai

4 Tarikh 26 Mei 2022 / Khamis

Pelaksanaan 6.00 petang – 9.30 malam
5 Masa

6 Tempat Masjid Ar- Raudah, Kg. Tersusun Batu 7, Lekir

7 Kaedah Bersemuka

Pelaksanaan

8 Pautan Tiada

9 Isu Pelaksanaan 1.Tiada peruntukkan budget untuk majlis ini. Sebaiknya majlis ini

diuruskan.

2 sekolah. Sebuah sekolah menguruskan kutipan dana dan sebuah

sekolah lagi menguruskan majlis Bacaan Yasin.

10 Kekuatan 1. Pelaksanaan berjalan dengan lancar hasil kerjasama semua pihak
11 Kelemahan terlibat.

2. Susunan dan pengisian program yang menarik.

Tiada

67

67

12 Cadangan 1. Maklumat tentang peruntukkan bajet pelaksanaan program
penambahbaikan dibentangkan semasa mesyuarat penyelarasan pertama.

13 Rumusan / Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat ini telah dikelolakan oleh

Huraian Program Pejabat Pendidikan Daerah Manjung bersama SMK Batu Sepuluh Lekir

/ Aktiviti dan telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Mei 2022 bersamaan hari

Khamis.

Seramai 400 jemputan telah hadir yang terdiri daripada tetamu
jemputan khas, pegawai dan penolong pegawai PPD Manjung, wakil guru
sekolah rendah kebangsaan, wakil guru sekolah rendah jenis kebangsaan
Cina, wakil guru sekolah jenis kebangsaan Tamil, wakil guru sekolah
menengah kebangsaan, wakil guru sekolah agama bantuan kerajaan,
wakil guru sekolah menengah jenis kebangsaan Cina, serta para Jemaah
masjid dan warga setempat.

Program ini dimulai dengan ceramah keagamaan pada jam 6.00
petang yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Haji
Ahmad Nizam Bin Amiruddin, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama
Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Selesai ceramah keagamaan, para Jemaah dan jemputan telah
menunaikan ibadah solat Maghrib secara berjemaah. Seterusnya, majlis
diteruskan dengan sesi bacaan Surah Yasin secara beramai-ramai pada
jam 7.50 malam.

Selesai sesi bacaan Yasin, Yang Berusaha Encik Mohamad Akhir
Bin Abdul Latif, Pegawai Pendidikan Daerah Manjung telah memberikan
ucapan berkaitan kepentingan para guru membentuk diri menjadi pendidik
yang berakhlak mulia, berintegriti menepati Standard Guru Malaysia (SGM)
disamping mampu untuk menjadi guru yang kreatif, berdaya saing dan
mempunyai pengetahuan serta kefahaman yang tinggi dalam hal ehwal
agama. Beliau juga berharap agar para pendidik cakna dengan keperluan
ilmu pengetahuan sehingga mampu menyampaikan mesej-mesej
keIslaman melalui pelbagai medium.

Pada jam 8.40 malam, para jemputan dan Jemaah menunaikan
ibadah solat Isyak serta Solat Hajat secara berjemaah. Majlis diakhiri
dengan sesi menjamu selera yang turut disertai oleh semua tetamu yang
hadir.

Majlis bersurai pada jam 9.30 malam.

68

68

14 Gambar

a. Paparan televisyen masjid tentang Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat beserta paparan
tentatif sepanjang majlis berlangsung.

b. Para tetamu jemputan dan Jemaah masjid yang hadir memeriahkan Majlis Bacaan Yasin dan
Solat Hajat peringkat daerah sempena Sambutan Hari Guru tahun 2022.

69

69

c. Sesi ceramah keagamaan yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Haji
Ahmad Nizam Bin Amiruddin, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam
Perak (JAIP).

d. Para jemputan dan Jemaah memberikan tumpuan semasa sesi ceramah keagamaan.

f. Imam Masjid Ar-Raudhah Batu 7 Lekir dan para Jemaah masjid.

7700

g. Para tetamu jemputan dan wakil sekolah-sekolah yang turut hadir semasa Majlis Bacaan
Yasin dan Solat Hajat.

d. Sesi Bacaan Yasin secara beramai-ramai.

i. Yang Berusaha Encik Mohamad Akhir Bin Abdul Latif, Pegawai Pendidikan Daerah Manjung
menyampaikan cenderahati kepada imam Masjid Ar- Raudhah.

71

71

4 LAPORAN PROGRAM & AKTIVITI
BICARA PROFESIONAL
PPD MANJUNG DAN UNIKL MIMET

31 MEI 2022 | 2.30 PETANG

Program Bicara Profesional sempena sambutan Hari Guru
Peringkat Daerah Manjung 2022 kelolaan SMK Ahmad
Boestamam dan Pejabat Pendidikan Daerah Manjung adalah
dengan kerjasama UniKL MIMET pada 31 Mei 2022
bersamaan hari Selasa. Semasa program ini, satu sesi
perkongsian profesioanl telah berlangsung di Dewan
Khatulistiwa, UniKL MIMET.

Bicara professional ini telah disertai oleh panel jemputan
iaitu Encik Abdul Sukur Bin Abdul Latif, ‘Head
Maintenance GF2 SJSAS’ merangkap YDP PIBG SMK
Ahmad Boestamam, 3 panel lain serta Encik Mohamad
Akhir Bin Abdul Latif, Pegawai Pendidikan Daerah
Manjung. Antara perkongsian dan pandangan yang
dikongsikan adalah guru-guru perlu meneruskan usaha
untuk memberi perkhidmatan dengan nilai-nilai positif
agar pelajar memperolehi banyak manfaat.

Imbas Kod QR untuk gambar Bicara Profesional:
https://tinyurl.com/73m94jza

7722

LAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI
SAMBUTAN HARI GURU

PERINGKAT DAERAH MANJUNG
TAHUN 2022

BIL PERKARA HURAIAN

1 Nama Program / Aktiviti Bicara Profesional Sempena Sambutan Hari Guru

Peringkat Daerah Manjung

2 Objektif Program / Aktiviti 1. Meningkatkan profesionalisme guru sebagai
tunjang sekolah sejahtera.

2. Meningkatkan kemahiran guru dalam bidang
teknologi pendidikan terkini.

3. Mewujudkan hubungan yang baik dengan ibu
bapa murid, komuniti, masyarakat dan institusi
pendidikan lain.

3 Pengisian Program / 2.00 Petang - Pendaftaran
Aktiviti 2.30 Petang – Kata alu-aluan pengacara majlis
2.40 Petang – Bacaan doa
2.45 Petang – Bicara Profesional Pusingan 1
3.30 Petang – Rehat (Slot UniKL)

3.40 Petang - Bicara Profesional Pusingan 2
4.25 Petang – Anugerah tokoh 2020/2021

- Penyampaian cenderamata

Kepada ahli panel/moderator

5.00 Petang - Bersurai

4 Tarikh Pelaksanaan 31 Mei 2022 / Khamis
5 Masa 2.30 Petang – 5.00 Petang
6 Tempat Dewan Khatulistiwa, UniKL MIMET
7 Kaedah Pelaksanaan Bersemuka
8 Isu Pelaksanaan 1. Masa yang diperuntukkan untuk membuat persediaan
sangat singkat.
2. Peserta yang tidak dapat hadir tiada pengganti.

9 Kekuatan 1. Pelaksanaan berjalan dengan lancar hasil
10 Kelemahan kerjasama semua pihak khususnya pegawai
penyelaras di PPD Manjung

2. Susunan dan pengisian program yang menarik.

Peruntukan kewangan terhad.

11 Cadangan 1. Masa membuat persediaan dipanjangkan supaya
penambahbaikan dapat membuat perancangan yang lebih baik.

2. Peruntukan kewangan yang bersesuaian.

7733

12 Rumusan / Huraian Bicara Profesional Sempena Sambutan Hari
Program / Aktiviti Guru Peringkat Daerah Manjung ini telah dikelolakan
oleh SMK Ahmad Boestamam dibawah anjuran Pejabat
Pendidikan Daerah Manjung dan UniKL Manjung. Ia
telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Mei 2022
bersamaan hari Khamis bertempat di Dewan
Khatulistiwa, UniKL MIMET Manjung.

Program ini disertai peserta terdiri dalam
kalangan guru kanan kemanusiaan, ketua panitia
sejarah, guru perpustakaan media dan guru rujukan
sekolah serta panel jemputan iaitu Ts. Dr. Wardiah Binti
Mohd Dahalan (Timbalan dekan Usahasama
Antarabangsa, Industri & Institusi UniKL MIMET), Ts.
Abdul Sukur Bin Abdul Latif (YDP PIBG SMK Ahmad
Boestamam) dan Pn. Hjh. Roslina binti Ishak (Pengetua
Cemerlang SNK Kpg Dato’ Haji Kamaruddin).

Bicara profesionalisme pusingan pertama bemula
dengan ahli panel mengupas definisi bagi tema yang
dibincangkan iaitu “Menelusuri Makna Guru Tunjang
Sekolah Sejahtera’.

Program diteruskan dengan pihak UniKL
memberi maklumat berkaitan pengajian di UniKL
MIMET. Seterusnya peserta mendengar ucapan alu-
aluan timbalan dekan berkaitan jalinan yang dibentuk
antara UniKL, PPD Manjung dan SMK Ahmad
Boestamam.

Program diteruskan dengan moderator dan ahli
panel mengupas lebih lanjut tema yang diberikan dalam
pusingan kedua.

Seterusnya adalah penyampaian Anugerah
Tokoh Guru PPD Manjung Thuan 2020/2021 dan Yang
Berusaha Encik Mohamad Akhir Bin Abdul Latif,
Pegawai Pendidikan Daerah Manjung menyampaikan
cenderamata kepada moderator dan ahli-ahli panel.

Sebelum program bicara profesional ini bersurai,
para tetamu jemputan khas bergambar kenangan
bersama penerima Anugerah Tokoh Guru, moderator
dan ahli panel Bicara Profesional Tahun 2022.

Program bersurai pada jam 5.00 petang.

74

74

13 Gambar

a. Perbincangan tapak program Bicara Profesional antara PPD Manjung, SMK
Ahmad Boestamam dan UniKL MIMET Manjung.

b. Semasa permulaan Bicara Profesional, moderator sedang bersedia untuk
menjemput para panel yang terlibat dalam Program Bicara Profesional.

c. Bicara Profesional pusingan pertama bermula dengan ahli panel mengupas definisi
bagi tema yang dibincangkan.

75

75

d. Ucapan alu-aluan oleh timbalan dekan UniKL MIMET di atas jalinan yang dibentuk
oleh UniKL, PPD Manjung dan SMK Ahmad Boestamam.

e. Moderator dan ahli panel mengupas lebih lanjut tema yang diberikan dalam
pusingan kedua.

f. Ketibaan Tuan PPD Manjung Encik Mohamad Akhir Bin Abdul Latif dan Timbalan
PPD Perancangan serta timbalan PPD Pembelajaran untuk majlis penyampaian
Anugerah Tokoh Guru dan Cenderamata kepada ahli panel dan moderator.

7676

g. Penyampaian Anugerah Tokoh Guru PPD Manjung Tahun 2020/2021 kepada
penerima iaitu Pn. Hajah Nooraini binti Ahmad Hadzri.

f. Penyampaian cenderamata kepada Moderator Bicara Profesional.

g. Foto kenangan bagi penerima Anugerah Tokoh Guru dan ahli panel serta
Moderator Bicara Profesional Tahun 2022.

7777

5 LAPORAN PROGRAM & AKTIVITI
KESUKANAN DAN REKREASI GURU
BERBASIKAL

14 JUN 2022 | 2.15 PETANG

Program Berbasikal ini telah dijalankan pada 14 Jun
2022 (Selasa) anjuran bersama oleh Pejabat
Pendidikan Daerah Manjung dan SK Seri Selamat.
Kayuhan berbasikal ini telah disertai oleh seramai
150 orang termasuk Encik Mohamad Akhir Bin
Abdul Latif, Pegawai Pendidikan Daerah Manjung,
pegawai-pegawai PPD, guru-guru, staf sokongan
dan wakil dari Kelab Berbasikal Manjung.

Kayuhan basikal bermula dari PPD Manjung
menuju ke Kg Pasir Panjang Laut melalui Kg. Koh
dan kembali semula ke PPD Manjung. Program
kayuhan basikal ini mendapat sambutan yang amat
memberangsangkan.

Imbas Kod QR untuk video Program Berbasikal:
https://tinyurl.com/yckvkavk

7788

LAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI
SAMBUTAN HARI GURU

PERINGKAT DAERAH MANJUNG
TAHUN 2022

BIL PERKARA HURAIAN

1 Nama Program / Aktiviti Program Kesukanan dan Rekreasi: Berbasikal

2 Objektif Program / Aktiviti 1. Membangkitkan semangat kesukanan dalam

kalangan warga pendidikan.

2. Menyeratkan hubungan silaturrahim dan jalinan

antara sesama warga pendidikan dan institusi

kerajaan yang lain.

3 Pengisian Program / 7.30 pagi : Pendaftaran peserta
Aktiviti 8.00 pagi : Sesi pemeriksaan basikal dan taklimat

4 Tarikh Pelaksanaan ringkas
5 Masa 8.15 pagi : Sesi regangan badan
6 Tempat 8.30 pagi : Kayuhan berbasikal melalui ‘checkpoint’
7 Kaedah Pelaksanaan 10.00 pagi : Berkumpul di Kg Pasir Panjang Laut
8 Isu Pelaksanaan 10.30 pagi : Kayuhan semula ke PPD Manjung
11.30 tengahari: Penyampaian Sijil Penghargaan
12.00 tengahari: Jamuan dan bersurai

14 Jun 2022 / Selasa
7.30 pagi – 12.00 tengahari
PPD Manjung – Kg. Koh – Kg Pasir Panjang Laut – PPD
Manjung

Bersemuka

Tiada isu

9 Kekuatan 1. Pelaksanaan berjalan dengan lancar hasil
kerjasama semua pihak khususnya pegawai
10 Kelemahan penyelaras di PPD Manjung
11 Cadangan
2. Susunan dan pengisian program yang menarik.
penambahbaikan
12 Rumusan / Huraian Tiada
Tiada
Program / Aktiviti
Program Berbasikal sempena Sambutan Hari
Guru Peringkat Daerah Manjung ini telah dikelolakan
oleh Pejabat Pendidikan Daerah Manjung bersama SK
Seri Selamat dan telah berlangsung dengan jayanya
pada 14 Jun 2022 bersamaan hari Selasa.

Program ini dimulai dengan pendaftaran peserta
kayuhan berbasikal pada jam 7.30 pagi dan diteruskan
dengan taklimat ringkas berkaitan kayuhan berbasikal

7799

dan laluan kayuhan yang diberikan oleh wakil Kelab
Basikal Manjung. Para peserta juga terlibat dalam sesi
regangan badan dan pemeriksaan basikal masing-
masing. Para peserta membawa bersama basikal
masing-masing lengkap bertopi keledar.

Seterusnya, Encik Mohamad Akhir Bin Abdul
Latif, Pegawai Pendidikan Manjung melepaskan para
peserta kayuhan dengan membunyikan hon angin.
Peserta kayuhan memulakan kayuhan di ruang parkir
hadapan PPD Manjung menuju ke Kampung Pasir
Panjang Laut melalui laluan Kampung Koh, Sitiawan.

Kayuhan berbasikal yang terdiri daripada 150
peserta ini telah diiringi oleh kereta peronda polis dari
Balai Polis Sitiawan dan juga Trafik Manjung. Peserta
kayuhan membuat kayuhan melalui 6 ‘checkpoint’ bagi
melengkapkan kayuhan mereka.

Program ini telah melibatkan kakitangan
kebajikan daerah, AJK kerajaan yang lain seperti polis,
Pejabat Belia Sukan Manjung, Majlis Perbandaran
Manjung, Jabatan Penerangan Manjung, Pejabat
Kesihatan Daerah Manjung dan Kelab Berbasikal
Manjung.

Selesai menamatkan kayuhan, program
diteruskan dengan sesi penyerahan sijil penghargaan
kepada semua peserta dan AJK yang terlibat. Sesi
menjamu selera juga diadakan.

Majlis bersurai pada jam 12.00 pagi.

13 Gambar

a. Peserta kayuhan berbasikal mendaftarkan penyertaan mereka di kaunter
pendaftaran di parkir SK Seri Selamat.

80

80

b. Yang Berusaha Encik Mohamad Akhir (Pegawai Pendidikan Manjung) bergambar
kenangan bersama gegantung program di hadapan PPD Manjung sebelum
memulakan kayuhan.

c. Peserta kayuhan berbasikal melakukan senaman regangan bagi memanaskan
badan di padang SK Seri Selamat sebelum memulakan kayuhan.

d. Para peserta merakam gambar kenangan bersama basikal masing-masing
sebelum memulakan kayuhan.

8811

e. Para peserta sedang membuat persediaan di kawasan parkir PPD Manjung
sebelum kayuhan dimulakan.

f. Encik Mohamad Akhir Bin Abdul Latif bersama basikal beliau sebelum memulakan
kayuhan.

g. Sebilangan peserta kayuhan berbasikal semasa melakukan kayuhan. Mereka
diiringi oleh Polis Trafik Manjung sepanjang kayuhan.

8282

h. Polis Trafik Manjung dan kereta bantuan yang mengiringi peserta kayuhan
berbasikal sepanjang laluan kayuhan.

i. Kereta bantuan yang membawa basikal tambahan bagi kes-kes kecemasan.

j. Peserta kayuhan berbasikal bergambar kenangan di Kampung Pasir Panjang Laut
sebelum meneruskan kayuhan pulang ke PPD Manjung.

8833

6 LAPORAN PROGRAM & AKTIVITI
KESUKANAN DAN REKREASI GURU
BOWLING

11 JUN 2022 | 10.00 PAGI

Kejohanan Bowling Tenpin Tertutup Edu Bowlers
Manjung 2022 ini telah diadakan pada 11 Jun 2022
bersamaan hari Sabtu bertempat di Ampang Superbowl
Seri Iskandar dan telah dikelolakan oleh PTPS Boling
PSKPP Manjung iaitu Encik Mazni Bin Othman.

Kejohanan ini telah diadakan secara tertutup dan
penglibatan penyertaan hanya terbuka kepada Edu
Bowlers Manjung. Kejohanan ini adalah secara individu
melibatkan setiap pemain telah bermain 4 permainan
seorang berterusan di lorong yang telah ditetapkan.
Seramai 23 orang warga pendidikan telah menyertai
kejohanan ini yang terdiri daripada 11 orang lelaki dan
12 orang perempuan.

Imbas Kod Qr untuk video Kejohanan Boling Tenpin:
https://tinyurl.com/5dudbm2e

84

84

LAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI
SAMBUTAN HARI GURU

PERINGKAT DAERAH MANJUNG
TAHUN 2022

BIL PERKARA HURAIAN

1 Nama Program / Aktiviti Program Kesukanan dan Rekreasi: Kejohanan Bowling

Tenpin Tertutup Edu Bowlers Manjung

2 Objektif Program / Aktiviti 1. Membudayakan amalan gaya hidup sihat

dikalangan warga pendidikan.

2. Mewujudkan jalinan mesra dikalangan warga

pendidikan melalui semangat kesukanan.

3. Menggalakkan kerjasama yang lebih erat antara
warga pendidikan.

4. Memupuk semangat berpasukan dalam setiap
pasukan yang bertanding.

3 Pengisian Program / 10.00 pagi : Pendaftaran peserta
Aktiviti : Taklimat kejohanan
: Undian lorong
: Kejohanan bermula

11.30 pagi : Penyampaian hadiah
12.30 tengahari: Bersurai

4 Tarikh Pelaksanaan 11 Jun 2022 / Sabtu
5 Masa 10.00 Pagi
6 Tempat Ampang SuperBowl, Seri Iskandar
7 Kaedah Pelaksanaan Bersemuka
8 Isu Pelaksanaan Tiada isu

9 Kekuatan 1. Pelaksanaan berjalan dengan lancar hasil
kerjasama semua pihak khususnya Edu Bowlers
10 Kelemahan Manjung.
11 Cadangan
2. Susunan dan pengisian program yang menarik.
penambahbaikan
12 Rumusan / Huraian Tiada
Tiada
Program / Aktiviti
Kejohanan Bowling Tenpin Tertutup Edu Bowlers
Manjung 2022 ini telah diadakan pada 11 Jun 2022
bersamaan hari Sabtu bertempat di Ampang Superbowl
Seri Iskandar dan telah dikelolakan oleh PTPS Boling
PSKPP Manjung iaitu Encik Mazni Bin Othman.

Kejohanan ini telah diadakan secara tertutup dan
penglibatan penyertaan hanya terbuka kepada Edu

8585

Bowlers Manjung sahaja dengan yuran penyertaan
sebanyak RM40. Kejohanan ini adalah secara individu
melibatkan setiap pemain telah bermain 4 permainan
seorang berterusan di lorong yang telah ditetapkan.
Seramai 23 orang warga pendidikan telah menyertai
kejohanan ini yang terdiri daripada 11 orang lelaki dan 12
orang perempuan.

Kejohanan dimulakan dengan para peserta
membuat pendaftaran dan pengesahan kehadiran
bermula jam 10.00 pagi. Kemudian, satu taklimat ringkas
berkenaan kejohanan dan peraturan permainan telah
diadakan.

Seterusnya, para peserta telah mendapat lorong
masing-masing melalui undian lorong. Permainan
bermula jam 10.30 pagi dengan setiap peserta
melengkapkan 4 permainan. Pemenang telah dipilih
berdasarkan jatuhan pin tertinggi.

Selesai permainan, satu sesi penyampaian hadiah
berupa trofi kejohanan telah diadakan. Hadiah – hadiah
adalah mengikut kategori iaitu Johan hingga Kesepuluh
(Lelaki dan Perempuan), Jatuhan Pin Tertinggi (Lelaki
dan Perempuan) serta Hadiah Misteri berupa hamper.
Program ini telah bersurai pada jam 12.30 tengahari.

13 Gambar

a. Para pemain membuat persediaan sebelum perlawanan bermula.

8686

b. Peserta lelaki sedang melakukan lemparan bola bowling untuk menjatuhkan pin
bowling.

c. Peserta wanita turut memeriahkan kejohanan Bowling Tertutup di Ampang
Superbowl, Seri Iskandar.

d. Encik Khairul Azhar bin Harun (SK Ladang Huntly) memerhatikan pihak lawan
sambil menunggu giliran beliau.

8877

f. Para peserta bergambar bersama semasa kejohanan berlangsung.
g. Trofi – trofi yang tersedia semasa kejohanan berlangsung.
h. Para pemenang bersama trofi kemenangan masing – masing.

8888

i. Para peserta merakamkan gambar kenangan bersama trofi yang dimenangi
masing-masing.

j. Sesi penyampaian hadiah berupa trofi kepada peserta yang menang perlawanan.

k. Para peserta wanita merakamkan gambar kenangan bersama bola bowling.

89

89

l. Wakil SK Nakhoda Muhammad Taib iaitu Encik Mohamad Khairuddin Mohamad
Noor berjaya menjadi Johan Kategori Lelaki dalam Kejohanan Bowling Tertutup Edu
Bowlers Manjung.

m. Makluman berkaitan Kejohanan Bowling Tertutup Edu Bowlers Manjung 2022
sempena Hari Guru 2022.

9090

7 LAPORAN PROGRAM & AKTIVITI
KEMPEN DERMA DARAH
DERMA DARAH

16 JUN 2022 | 8.30 PAGI

Program Kempen Derma Darah ini telah dilaksanakan
pada 16 Jun 2022 bersamaan hari Khamis. Ia adalah
dibawah anjuran PPD Manjung bersama Pejabat
Kesihatan Daerah Manjung.

Kempen ini dikendalikan oleh SK Sitiawan bertempat di
Dewan Bestari PPD Manjung bermula dari jam 8.30 pagi
hingga 1.00 petang. Seramai 52 orang terdiri daripada
warga pendidikan telah menyertai program ini.

Imbas Kod QR untuk gambar Kempen Derma
Darah:
https://tinyurl.com/bdftjcma

91

91

LAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI
SAMBUTAN HARI GURU

PERINGKAT DAERAH MANJUNG
TAHUN 2022

BIL PERKARA HURAIAN

1 Nama Program / Aktiviti Kempen Derma Darah

2 Objektif Program / Aktiviti 1. Memberi kesedaran kepada warga pendidik
tentang kepentingan dan kebaikan menderma
darah.

2. Melahirkan insan yang saying kepada nyawa dan
sanggup menolong antara satu sama lain.

3. Dapat memberi pengalaman untuk merancang,
mengurus dan mengelolakan Program Kempen
Derma Darah.

3 Pengisian Program / 4. Membantu mengatasi masalah kekurangan
Aktiviti tabung darah hospital kerajaan.

4 Tarikh Pelaksanaan 8.30 pagi : Pendaftaran peserta
5 Masa 9.00 pagi : Ujian saringan
6 Tempat
7 Kaedah Pelaksanaan : Sesi derma darah
8 Isu Pelaksanaan 12.00 t/hari : Sesi penyampaian sijil
1.00 petang : Bersurai
16 Jun 2022 / Khamis
8.30 Petang – 1.00 Petang
Dewan Bestari, PPD Manjung
Bersemuka
1. Persiapan tempat hanya dapat dibuat pada awal pagi
hari kejadian kerana Dewan Bestari masih digunakan
untuk mesyuarat hingga petang semalamnya.

9 Kekuatan 1. Pelaksanaan berjalan dengan lancar hasil
kerjaama semua pihak khususnya pegawai
10 Kelemahan penyelaras di PPD Manjung
11 Cadangan
2. Susunan dan pengisian program yang menarik.
penambahbaikan
Tiada
Tempat perlu diubah ke tempat yang kurang
penggunaan supaya persiapan tempat dapat dibuat
lebih awal, contohnya di PKG Ayer Tawar supaya pihak
urusetia mudah membuat persiapan.

92

92

12 Rumusan / Huraian Kempen Derma Darah Sempena Sambutan Hari
Program / Aktiviti Guru Peringkat Daerah Manjung ini telah dikelolakan
oleh Pejabat Pendidikan Daerah Manjung bersama SK
13 Sitiawan dan telah berlangsung dengan jayanya pada
16 Jun 2022 bersamaan hari Khamis. Kempen ini
bertempat di Dewan Bestari, PPD Manjung.

Program ini dimulai dengan pendaftaran peserta
pada jam 8.30 pagi dan sesi taklimat ringkas berkaitan
saringan darah dan kesihatan yang dikendalikan oleh
pihak kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Manjung
pada jam 9.00 pagi.

Kempen ini mendapat sambutan amat
menggalakkan kerana ramai golongan warga
pendidikan yang hadir untuk menderma darah.
Segelintir yang hadir iaitu seramai 52 orang sahaja yang
telah melepasi saringan kesihatan yang melayakkan
mereka untuk menderma darah.

Proses pengambilan darah dilakukan oleh
jururawat dan doktor terlatih dari Pejabat Kesihatan
Daerah Manjung dan mengambil masa lebih kurang 30
minit bagi setiap penderma.

Kempen ini diteruskan lagi dengan sesi
penyampaian sijil dan sumbangan makanan berupa set
hidangan McDonald ditaja oleh Sitiawan Rotary Club.

Kempen ini tamat pada jam 1.00 petang.

Gambar

a. Jururawat dan pegawai kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Manjung
membuat persiapan tempat di Dewan Bestari, PPD Manjung sebelum ketibaan
peserta.

93

93

b. Ketibaan peserta kempen yang mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran.

c. Pn. Norazimah binti Zainal (SK Sitiawan) semasa sesi soal selidik ujian saringan
kesihatan sebelum mendapat kelulusan untuk menderma darah.

d. Warga pendidikan yang hadir menunggu giliran semasa sesi saringan kesihatan
untuk memastikan mereka sihat bagi menderma darah.

94

94

e. Warga pendidikan yang hadir sedang memberikan makluman berkaitan tahap
kesihatan mereka kepada pegawai kesihatan yang bertugas.

f. Beberapa ujian dilakukan semasa saringan kesihatan termasuklah pemeriksaan
tekanan darah dan ujian jenis darah.

g. Penderma yang layak sedang melalui proses pengumpulan darah di kerusi khas
yang disediakan sambil dipantau oleh petugas kesihatan.

95

95

h. Penderma memberi maklum balas tahap kesihatan mereka kepada pegawai
kesihatan semasa menjalani proses pengumpulan darah.

i. Penderma dikehendaki menggenggam bola getah semasa proses pengumpulan
darah.

j. Penderma darah iaitu Pn. Normariyati binti Abd Rahman antara warga pendidikan
yang turut menyahut seruan kempen derma darah ini.

96

96

k. Sesi menerima sumbangan berupa set makanan McDonald’s selepas sesi
menderma darah.

l. Sesi menerima sumbangan berupa set makanan McDonald’s yang diserahkan
oleh Jawatankuasa Derma Darah SK Sitiawan.

9797

8 LAPORAN PROGRAM & AKTIVITI
PAMERAN PENDIDIKAN
SAMBUTAN HARI GURU

25 JUN 2022 | 9.00 PAGI

Program pameran ini telah berlangsung semasa Sambutan Hari Guru
peringkat daerah iaitu pada 25 Jun 2022 bertempat di Dewan
Persatuan Kebajikan Warga Emas, Kampung Cina, Sitiawan.
Ia adalah dibawah kendalian SMK Tok Perdana. Sebanyak 14 buah
sekolah terdiri daripada sekolah rendah dan sekolah menengah telah
menyertai pameran ini yang merangkumi ciptaan inovasi murid, guru
dan sekolah-sekolah terlibat.

Imbas Kod QR untuk gambar Pameran Pendidikan:
https://tinyurl.com/y6bf8x2w

98

98


Click to View FlipBook Version