Para graduan beratur untuk proses pendaftran sebelum memasuki dewan 49
Para akademik bersiap sedia mengenakan jubah dengan bantuan urusetia sebelum majlis bermula 50
Pengarah operasi sedang memberikan taklimat kepada Perasmi Majlis sebelum majlis graduasi bermula Barisan ahli akademik dan perasmi Majlis Graduasi bagi sidang petang bergambar kenangan sebelum majlis bermula. 51
Pembawa cokmar, perasmi dan ahli akademik bersiap sedia diluar dewan sebelum majlis bermula Pembawa cokmar mendahului perarakan masuk perasmi dan ahli akademik ke dalam dewan majlis 52
Majlis dimulakan dengan bacaan doa sebagai tanda kesyukuran dan memohon keberkatan bagi para graduan yang bakal menerima sijil mereka. Ucapan perasmian pembukaan majlis 53
Ceria dan penuh kebanggaan ! Momen terindah bagi para graduan dapat naik ke pentas menerima sijil mereka. Senyuman terukir di wajah para graduan yang teruja untuk naik ke pentas menerima sijil 54
Graduan tersenyum bangga sambil menunjukkan sijil mereka sebagai tanda pencapaian mereka dalam pengajian Persembahan khas daripada artis jemputan menghiburkan para graduan dalam suasana penuh kegembiraan 55
Semangat! Para graduan menyanyikan lagu KVSMT KPM dengan penuh semangat menandakan majlis akan bersurai 56
Para graduan mengambil kesempatan bergambar bersama pensyarah mereka diluar dewan Urus setia tidak melepaskan peluang untuk turut bergambar sebagai kenangan dan bukti menjalankan tugas 57
Rumusan Majlis Graduasi merupakan program yang diadakan setiap tahun bagi meraikan pelajar yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sijil Vokasional Malaysia. Tahun ini adalah tahun kedua majlis ini dilaksanakan dengan menggabungkan 10 buah Kolej Vokasional Selangor-Kuala Lumpur. Majlis Graduasi kali ini telah berjaya dijalankan dengan perancangan yang teliti. Berdasarkan laporan Borang Kepuasan Pelanggan, majlis yang dilaksanakan ini berada dalam ketegori memuaskan. Hal ini bermaksud, majlis ini boleh diteruskan pada masa akan datang, namun memerlukan penambahbaikan bagi beberapa elemen yang telah dilampirkan. Merujuk pada laporan Jawatankuasa Pelaksana juga menunjukkan bahawa ada perkara yang perlu diperbaiki terutama berkaitan kekangan masa, urusan kepakaran dan kemahiran, komunikasi dan sebagainya. Maklumbalas dari borang kepuasan pelanggan juga ada yang mencadangkan supaya Pemilihan lokasi untuk tahun-tahun mendatang perlu mengambil kira kemudahan parkir dan surau agar memudahkan semua urusan. Namun pada keseluruhannya, Majlis Graduasi Kolej Vokasional Zon Tengah Selangor-Kuala Lumpur tahun 2024 memerlukan komitmen dan perhatian serius semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung . Tarikh 25 dan 26 Januari 2025 telah menyaksikan bahawa kerjasama antara Jawatankuasa Pelaksana menjadi asas dorongan kepada muafakat sehingga mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu walaupun banyak kekangan yang terpaksa dilalui. Tahniah ! 58
LAMPIRAN BORANG KEPUASAN PELANGGAN 8 KATEGORI JANTINA NAMA KOLEJ 59
LAMPIRAN BORANG KEPUASAN PELANGGAN PENGISIAN MAJLIS 8 KESESUAIAN PENGISIAN MAJLIS SECARA KESELURUHAN KELANCARAN PENGANJURAN MAJLIS KEBERKESANAN PENGANJURAN MAJLIS SECARA KESELURUHANNYA KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN (TEMPAT MAKAN/TANDAS/SURAU 60
LAMPIRAN BORANG KEPUASAN PELANGGAN PENGISIAN MAJLIS 8 PENYEDIAAN TANDA ARAH TAHAP KESESAKAN TRAFIK DAN LALU LINTAS KUALITI AUDIO VISUAL DAN PENCAHAYAAN TAHAP KAWALAN KESELAMATAN TERMASUK PERTOLONGAN CEMAS 61
LAMPIRAN BORANG KEPUASAN PELANGGAN PENGISIAN MAJLIS PENGAMBILAN JUBAH SUSUN ATUR PELAJAR LAYANAN PENYAMBUT TETAMU PENILAIAN ANDA SECARA KESELURUHANNYA 8 62
LAPORAN POST MORTEM JAWATANKUASA PELAKSANA MAJLIS GRADUASI KOLEJ VOKASIONAL Kolej Vokasional Jawatankuasa Kekangan / Masalah yang dihadapi Cara mengatasi Cadangan penambahbaikan ERT Setapak Laporan dan Dokumentasi Bergambar Tiada Tiada Tiada Photobooth Tiada Tiada Tiada Kuala Selangor Urusetia (Disipin) • Terdapat pelajar lelaki yang tidak memakai songkok. Garis panduan hanya menyatakan galakkan Pemakluman pakaian perlu dimaklumkan kepada pelajar melalui penasihat kelas Wajibkan pemakaian songkok bagi pelajar lelaki Muslim Jawatankuasa Sambutan • Kurang jelas skop sebenar tugas JK. • Terpaksa menjalankan tugas AJK lain (AJK VVIP) • Memastikan skop tugas adalah jelas dan spesifik • Melaksanakan taklimat/meysuarat penyelarasan bersama AJK lain yang berkaitan. • Menyediakan protokol dan aturan tugas yang terperinci dan jelas. Menambahbaik penyelarasan di peringkat induk agar maklumat yang lebih jelas dan tepat dapat disampaikan dan sekaligus meningkatkan kelancaran majlis. Gombak Bacaan Doa & Muzik dan Persembahan Tiada Tiada Tiada Sepang Anugerah Pelajar Terbaik Program dan Sijil Tiada rubrik pemarkahan bagaimana anugerah pelajar terbaik dinilai Menyediakan sistem pemarkahan Contoh seperti sistem Anugerah Pelajar Terbaik Diploma Jemputan VVIP dan VIP Tiada Tiada Tiada Perarakan Perasmi dan Ahli Akademik Tiada Tiada Jika wakil yang senaraikan tidak dapat hadir, mohon pastikan wakilnya mesti hadir Kajang Pengurusan Graduan dan Ibu Bapa (Dalam Dewan) Pelajar KV Sungai Buloh tidak memakai songkok pada hari pertama, minta diselaraskan pemakaian setiap kv Pemakaian songkok dan rambut mesti kemas Pemakaian dan rambut mesti kemas 8 63
Kolej Vokasional Jawatankuasa Kekangan / Masalah yang dihadapi Cara mengatasi Cadangan penambahbaikan Klang Pengurusan Graduan dan Ibu Bapa (Luar Dewan) Tiada Tiada Tiada Urusetia Tiada Tiada Tiada Pengurusan Graduan dan Ibu Bapa (Luar Dewan) • Makluman tentang giliran pelajar dan map kedudukan perlu dimaklumkan awal kepada semua jawatankuasa. • Tiada perubahan last minute • Makluman kpd ibu bapa, perlu sama/selaras utk semua KV. Jangan ada makluman tambahan, ibu bapa confuse • ibu bapa tidak mendapat info daripada anak-anak • Makluman berkaitan hari graduasi perlu awal dan jelas - mudah untuk planning • Makluman di pas kehadiran ibu bapa/waris, maklumankan tatacara seperti bilangan kehadiran, anak bawah 12 tahun tak boleh masuk, pakaian dll - sda- Kita boleh....tahniah utk semua Jubah VVIP dan ahli akademik Tiada Tiada Boleh gunakan khidmat syarikat jubah ini pada masa akan datang. Pengurusan Graduan dan Ibu Bapa (Luar Dewan) Masih ada KV yang tak memaklumkan kepada penjaga bahawa anak di bawah 12 tahun tidak boleh masuk ke dalam dewan Harap arahan ini di maklumkan kepada penjaga kv masingmasing Tiada Pengurusan Graduan dan Ibu Bapa (Dalam Dewan) Tiada list nama pelajar utk rujukan Penasihat kursus perlu ada Tiada Pengurusan Graduan dan Ibu Bapa (Luar Dewan) Tiada Tiada Tiada Pengurusan Graduan dan Ibu Bapa (Luar Dewan) Pelan lantai pelajar lambat dapat Urusan pelajar luar dewan mesti seiring dengan pelan dlm dewan...perbincangan awal Tidak perlu graduasi SVM buat ikut zon Sungai Buloh Penyelaras Operasi Tiada Tiada Tiada Pengurusan Tempat dan Hiasan Pentas Tiada Tiada Tiada 8 64
LAMPIRAN Rajah 1 : Banner dan backdrop Majlis Graduasi Rajah 2: Pas Urus Setia Majlis Graduasi 65
LAMPIRAN Rajah 3: Pas masuk dewan khas untuk ibu bapa bagi pelajar mendapat Anugerah Pelajar Terbaik Program Rajah 4: Pas masuk parking & dewan untuk ibu bapa 66
LAMPIRAN Rajah 5: Laluan parking kenderaan Rajah 6: Penerangan tentang laluan parking kenderaan 67
LAMPIRAN Rajah 7: Penerangan tentang laluan parking kenderaan Rajah 7: Penerangan kepada ibu bapa 68
LAMPIRAN Rajah 8: Surat jemputan kepada ibu bapa/ penjaga graduan ke Majlis Graduasi 69
LAMPIRAN KOD ETIKA BERPAKAIAN KEPADA GRADUAN GRADUAN LELAKI 1. Memakai Baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok (digalakkan bersongkok) atau berkemeja lengan panjang dan bertali leher. 2. Memakai seluar berwarna hitam. Seluar ketat, seluar stail londeh atau half cut dan seluar jeans/ seluar sukan dilarang sama sekali. 3. Memakai kasut bertutup berwarna hitam/gelap dan berstoking. Kasut sukan, selipar, terompah atau capal dilarang sama sekali. 4. Rambut hendaklah kemas, pendek dan berminyak. Rambut yang panjang/berekor/ stail Mohawk/ punk/ berwarna warni tidak dibenarkan menyertai majlis konvokesyen. 5. Digalakkan memakai songkok berwarna hitam GRADUAN PEREMPUAN 1. Memakai pakaian rasmi dan bersopan (baju kurung atau kebaya labuh). 2. Graduan bukan Muslim boleh memakai blaus berlengan panjang, berkolar dan berskirt labuh potongan ‘A’. Skirt pendek/ skirt kembang tidak dibenarkan. 3. Memakai kasut bertutup dan bertumit tidak melebihi 3 inci dan berwarna hitam/ gelap. 4. Pakaian yang menjolok mata, ketat, terbelah atau berkain jarang tanpa lining adalah tidak dibenarkan 5. Graduan bukan Muslim, rambut perlu disisir rapi atau diikat kemas jika rambut panjang dan tidak menggerbang. 6. Memakai alat solek secara sederhana dan bersesuaian dengan majlis konvokesyen. 70