EDISI 2/2022 [MEI - OGOS 2022] NUR AZWA Tidak Kekok Pandu dan Kendali Ambulans CEO NIBM Tinjau Fasiliti serta Perkembangan Pembangunan Vaksin sempena Kunjungan Hormat ke Kampus Kesihatan USM HFMD: Apa Yang Perlu Anda Tahu
Kompilasi Informasi Ekspesi Peristiwa Liputan elip Penaung Prof. Dr. Shaharum Shamsuddin Pengarah Kampus Kampus Kesihatan USM Penasihat Prof. Dato’ Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman Pengarah Hospital USM Ketua Editor Amyrulhan Azhari Editor Lailatul Hafiza Abdul Rashid Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Reka Grafik Ahmad Fansuri Salleh Mohamad Zaini Baharom Mohd Asrar Mohd Rokeman Fotografi 1 Abdul Hasib Abdul Rahman Tugas-tugas Khas R Alia Fazni R. Azmi Kamaruzaman Yusof Sidang Redaksi Hak cipta Buletin KELIP Kampus Kesihatan USM dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, logo dan susunannya serta bahan-bahannya adalah hak milik Universiti Sains Malaysia. Tiada mana-mana bahagian buletin ini boleh diubah, disalin, diedar, disiar, dipamer, diterbitkan semula, dilesenkan, dipindah, disimpan, dijual atau mencipta karya terbitan daripada mana-mana maklumat atau bahagian buletin, serta diuruskan bagi tujuan komersial dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Universiti Sains Malaysia. Sidang Redaksi Buletin KELIP: PUSAT MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM Blok Pentadbiran Hospital USM, 16150 Kota Bharu, Kelantan. Tel: 09-767 1010 / 1011 / 1055 Faks: 09-767 1060 Emel: [email protected] Majlis Pelancaran Buletin KELIP edisi 1/2022
64 KANDUNGAN 10 14 22 46 10 22 46 KEPAKARAN 6 HFMD: Apa Yang Perlu Anda Tahu 8 Waspada Penyakit Cacar Monyet BERSAMA KOMUNITI 10 Program KRIS KPT dan Hospital USM beri Pendedahan Penjagaan Asas Kesihatan kepada Masyarakat Orang Asli 12 Konsulat Jepun di Pulau Pinang Melawat Tapak Projek OKU USM - JKM 13 Cakna Komuniti: Pensyarah USM Kongsi Informasi HFMD 14 RRM Hospital USM Beri Manfaat kepada Lebih 1,000 Keluarga Setelah Tiga Tahun Beroperasi 16 USM Bantu Golongan Pradiabetes Luar Bandar 18 Shaharum Seru Warga Kampus Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail 20 Program KKKK Platform Bentuk Karakter Mahasiswa Cakna Masyarakat 22 Penjagaan dan Pemulihan Golongan OKU Antara Fokus Program KRIS Hospital USM Masuk Kampung 24 Santuni Komuniti Pulau Perhentian: USM Adakan Pemeriksaan Mata kepada Pelajar 25 Program Pendidikan Kesihatan Seksual dan Reproduktif Didik Remaja OKU Jaga Keselamatan Diri SEMBANG SIHAT 26 Suku-suku Separuh: Kekal Sihat di Bulan Syawal 28 Cegah HFMD: Kenali Punca dan Simptom Jangkitan 30 Vaksin dan Sistem Pertahanan Badan 32 Pendakap Gigi VS Pembedahan Rahang Muka: Apa Kaitannya? 34 Kanser Payudara Kesan Sebelum Kesal 36 Bengkak di Leher Perlu Perhatian Lebih Serius Elak Kanser Tiroid 38 Kepentingan Tingkah Laku Senaman Terhadap Kesihatan 40 Rawatan Ortodontik Interseptif: ‘Braces’ untuk Kanak-kanak KISAH INSPIRASI 42 Garapan Kisah Zulpakar Bersama Ambulans dan Van Jenazah 44 Mat Hussin Wira Tidak Didendang Derma Darah 125 Kali Sejak UPT Ditubuhkan 46 Nur Azwa Tidak Kekok Pandu dan Kendali Ambulans 14
SOROTAN 48 Beraya di Kampus 1 Syawal Dirai Penuh Kesyukuran 49 Raya Fasa Peralihan ke Endemik: Petugas Kesihatan Komited Tunai Tanggungjawab 50 Kelab Muzik Kampus Kesihatan Anjur '48 Hours Non Stop Indoor Golf Driving Relay', Catat Kejayaan dalam ‘Malaysia Book Of Records’ 52 PADU Sumbang ‘Nasal High Flow System’ untuk Pesakit NICU Hospital USM 53 Jadikan Pensyarah Sebagai Idola Kavitha Graduan Cemerlang Sains Senaman Sukan Konvokesyen USM Ke-59 54 Nur Azlina Buktikan Aktif Pelbagai Bidang Bukan Halangan Capai Kecemerlangan 56 Jururawat: Nadi Keutuhan Hospital USM 58 Pemangku Pengarah Kampus Mohon Warga Kampus Kesihatan Fahami Peranan dan Fungsi Ombudsman 60 USM dan NARINAR Group Meterai Perjanjian Geran Penyelidikan Kongsi Kepakaran dalam Kemajuan Teknologi Perubatan 62 Kemahiran Melaksanakan Proses Penyiasatan Ultrasound yang Tepat antara Fokus Hospital USM 63 Braster Pro, Peranti Teknologi Saringan Awal Kanser Payudara Bakal Digunakan oleh Hospital USM 64 Immersion@ppsk Laman Pelajar Berkarya dan Diskusi 66 USM dan CASEMIX Solutions Meterai Perjanjian Sambung Kerjasama untuk Komersilkan Produk Penyelidikan 67 MAIK - USM Meterai Perjanjian Usahasama Tabung Wakaf 68 WHO Bekerjasama dengan USM Kukuhkan Kapasiti Penjujukan Genom Virus SARS-CoV-2 70 Dentech Johan Kategori Teknikal Konvensyen KIK Peringkat USM 71 USM Ungguli Kejohanan Futsal dan Bola Jaring IPT Pantai Timur 2022 72 Trek Basikal Pupuk Budaya Bersukan Warga Kampus 74 Pengarah Kampus Ucap Terima Kasih Peniaga Kafe Sahut Saranan Kerajaan Tawarkan Harga Makanan Serendah RM3.50 kepada Pelajar 76 Penyusuan Susu Ibu: Peranan Semua Pihak Didik dan Sokong Para Ibu 78 CEO NIBM Tinjau Fasiliti serta Perkembangan Pembangunan Vaksin Sempena Kunjungan Hormat ke Kampus Kesihatan USM 80 AOFS 2022: Platform Terbaik Bincang Isu Seksualiti Semua Peringkat Umur 82 Sudut Profesor Platform Kongsi Hasil Penyelidikan dan Pengkomersilan Produk SELAUT BUDI, SERIBU MEMORI 84 Kakitangan Bersara 87 Belasungkawa 56 64 78 81 78 64 56
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, erima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya mencoretkan sepatah dua kata dalam Buletin KELIP edisi kali ini. Tahniah dan syabas kepada sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan Buletin KELIP edisi 2/2022. Saya percaya kerjasama yang padu daripada jabatan yang terlibat dalam menerbitkan buletin ini mampu merakamkan peristiwa penting sepanjang tahun 2022. Semoga penerbitan buletin ini menjadi platform perkongsian maklumat yang lebih meluas kepada semua warga Universiti Sains Malaysia (USM) khususnya dan masyarakat umum amnya. Selain itu, saya juga yakin buletin ini akan menjadi sumber rujukan atau bukti bertulis tentang suatu peristiwa atau program yang pernah berlangsung di Kampus Kesihatan USM. Sepanjang tahun ini, kita telah melalui pelbagai cabaran termasuk peralihan fasa ke endemik dalam berhadapan virus COVID-19. Pelbagai aktiviti dirancang selepas kerajaan mula memberikan pelbagai kelonggaran, khususnya penganjuran program secara bersemuka dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP). Kelonggaran-kelonggaran yang diberi merupakan antara usaha untuk negara keluar dari kemelut pandemik dan secara beransur-ansur kehidupan rakyat disasarkan kembali kepada normal. Warga Kampus Kesihatan USM yang sedang berkhidmat diseru untuk lebih bersedia mendepani alaf baharu dengan kecanggihan teknologi terkini dan sentiasa berusaha melakukan perubahan yang lebih baik selaras dengan keperluan semasa yang sentiasa berubah supaya kekal relevan. Di samping itu, saya juga ingin menekankan aspek menjaga etika dan integriti semasa bekerja selain turut berharap agar warga staf sentiasa mamatuhi peraturan yang ditetapkan, menguruskan sesuatu projek mengikut ketepatan masa dan memastikan aspek penyampaian perkhidmatan diurus dengan baik. Akhir kata, saya menyeru semua pihak untuk menyumbangkan bahan atau laporan berhubung aktiviti yang berlangsung di Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing untuk kita sama-sama menatijahkan penerbitan buletin KELIP yang dapat kita tatapi agar lebih mantap dan sentiasa terkini dari segi pengisiannya. Sekian, terima kasih. KATA-KATA ALUAN PROFESOR DR. SHAHARUM SHAMSUDDIN Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM fi
yukur kepada Allah SWT kerana dengan berkat dan limpah kurnia-Nya, Buletin KELIP edisi kedua bagi bulan Mei – Ogos berjaya diterbitkan. Keluaran kedua buletin ini diharap dapat memberi input yang berguna kepada semua pihak dalam usaha mengetengahkan USM ke persada antarabangsa. Buletin ini juga dihasilkan sebagai salah satu medium menyalurkan maklumat terkini kepada semua warga Kampus Kesihatan amnya dan USM khususnya. Sidang redaksi mengharapkan kerjasama semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) untuk menyumbang idea atau cadangan dalam menambahbaik penerbitan buletin ini untuk edisi berikutnya. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua penyumbang dan mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam penerbitan Buletin KELIP ini. Sekian, terima kasih. ff Assalamualaikum dan salam sejahtera. DARI MEJA KETUA EDITOR AMYRULHAN AZHARI Ketua Editor Buletin KELIP Pengurus Operasi Pusat Media & Perhubungan Awam (MPRC) Kampus Kesihatan USM
KEPAKARAN 6 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau lebih dikenali sebagai ‘Hand, Foot and Mouth Disease’ (HFMD) sedang dalam trend peningkatan akhir-akhir ini. HFMD disebabkan oleh virus daripada kumpulan enterovirus khususnya coxsackie A16, coxsackie A6 , enterovirus 71 dan beberapa virus lain. Menurut Pakar Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Zakuan Zainy Deris, HFMD lazimnya berlaku dalam kalangan kanak-kanak khususnya yang berusia lima (5) tahun ke bawah. “Tanda-tanda atau gejala bagi penyakit ini adalah ringan dengan simptom demam diikuti ruam berisi air (blister) atau melepuh pada tangan, kaki, mulut dan lidah. Apabila ‘blister’ tersebut pecah, kanak-kanak yang dijangkiti HFMD biasanya kurang selera makan dan minum disebabkan kesakitan yang dialami sehingga menyebabkan kekurangan air dalam badan. “Penyakit ini juga boleh merebak melalui sentuhan apabila tangan pesakit yang mengalami ‘blister’ pecah (lelehan air) dan menyentuh kanak-kanak lain, maka virus boleh berpindah dan menjangkiti kanak-kanak lain. HFMD: Apa Yang Perlu Anda Tahu “Selain itu, virus ini juga boleh merebak melalui cecair mulut dan najis ,” katanya. Zakuan yang juga Ketua Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan, berkata, penyakit HFMD dikesan melalui tanda-tanda penyakit tersebut contohnya kulit yang melepuh pada tapak tangan, tapak kaki dan dalam mulut. “Untuk mendiagnosis penyakit tersebut, letusan atau cecair ‘blister’ dalam mulut, pada tapak tangan atau pada kaki atau air liur dan najis akan diambil dan perlu dilakukan ujian ‘Polymerase Chain Reaction’ (PCR) bagi mengenalpasti kehadiran virus. “Langkah pengawalan dan pencegahan bagi melindungi kanak-kanak dari dijangkiti HFMD ialah dengan menjaga kebersihan persekitaran, sentiasa mencuci tangan, mengurus lampin pakai buang dengan betul dan sekiranya kanak-kanak mempunyai gejala demam atau tanda-tanda HFMD, ibu bapa dinasihatkan agar tidak menghantar anak mereka ke taska, rumah pengasuh atau tadika bagi mengelak jangkitan dan berlakunya wabak,” ujarnya lagi. Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel
KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 7 buletinKELIP Edisi 2/2022 (Mei - Ogos 2022) Tambah Zakuan, ibu bapa atau penjaga juga dinasihat agar merehatkan anak-anak yang dijangkiti HFMD di rumah sehingga gejala penyakit itu pulih sepenuhnya kerana tiada vaksin khusus untuk mencegah HFMD buat masa ini. “Bagi pesakit yang mempunyai gejala ringan, rawatan yang diperlukan hanyalah berehat di rumah dan pastikan pengambilan air mencukupi dan yang paling penting pesakit perlu dikuarantin supaya virus tidak merebak. “Walau bagaimanapun, bagi kanak-kanak yang mengalami gejala teruk, mereka perlu dirawat di Hospital kerana lawatan lanjut perlu diberikan. Adalah penting untuk ibu bapa merujuk ke hospital dengan segera sekiranya mendapati gejala HFMD ini semakin teruk,” jelasnya lanjut. Menurut Zakuan lagi, tempoh inkubasi (iaitu selepas pendedahan kuman sehingga mendapat gejala) adalah antara tiga (3) hingga lima (5) hari. Pengidap HFMD ini berisiko untuk menjangkiti kanak-kanak lain semasa bergejala. “Kanak-kanak yang dijangkiti penyakit HFMD boleh menyebarkan virus dan menjadi punca jangkitan sehinggalah ruamnya kering dan majoriti kes biasanya sembuh sekitar tujuh (7) hari. Walaupun begitu, terdapat juga keadaan di mana virus berterusan dikeluarkan melalui najis beberapa minggu selepas sembuh. “Gejala HFMD boleh berulang dan menjangkiti kanak-kanak yang sama sekiranya ia dijangkiti oleh strain virus yang berbeza. Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih berumur juga boleh dijangkiti HFMD tetapi biasanya tidak teruk,” ujar beliau. Zakuan sangat menekankan ibu bapa agar sentiasa menjaga kebersihan khususnya dalam pengurusan najis dan lampin anak-anak serta sentiasa menjaga kebersihan tangan. “pastikan pengambilan air mencukupi dan yang paling penting pesakit perlu dikuarantin supaya virus tidak merebak.” Profesor Dr. Zakuan Zainy Deris Pakar Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM)
CACAR MONYET KEPAKARAN 8 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Penularan wabak cacar monyet atau lebih dikenali sebagai ‘monkeypox’ di beberapa buah benua sekarang pastinya menimbulkan kerisauan dalam kalangan orang awam. Penyakit cacar monyet adalah sejenis jangkitan 'zoonosis' (jangkitan daripada haiwan kepada manusia) oleh virus jenis orthopoxviruses dan merupakan penyakit endemik di beberapa buah negara Afrika seperti Republik Demokratik Congo, dengan lebih 1,000 kes disyaki setiap tahun. Menurut Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi), Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Wan Mohd Zahiruddin Wan Mohammad, terdapat beberapa kaedah penularan virus ini sama ada secara langsung (direct) atau tidak langsung (in-direct). “Virus boleh ditularkan daripada haiwan yang dijangkiti kepada manusia melalui gigitan atau sentuhan langsung dengan darah haiwan tersebut atau cecair badan dan luka haiwan yang dijangkiti. “Virus juga boleh disebar melalui titisan sekresi pernafasan dan menular melalui kontak langsung dengan cecair daripada ruam makulopapular di badan orang yang dijangkiti atau objek yang tercemar dengan virus seperti tempat tidur atau pakaian. “Selain itu, terdapat laporan yang mengatakan virus ini juga boleh menular melalui hubungan seksual,” ujarnya semasa ditemubual. Tambah Wan Mohd Zahiruddin, gejala dan tanda-tanda jangkitan ‘monkeypox’ biasanya mirip seperti penyakit cacar (smallpox), iaitu demam, keletihan, sakit kepala serta ruam makulopapular yang bermula di bahagian muka kemudian merebak ke tapak tangan dan tapak kaki, diikuti oleh bahagian-bahagian tubuh yang lain. “Pesakit juga mungkin mengalami lenguh tubuh badan, WASPADA PENYAKIT sakit bahagian belakang badan atau sendi, kejang otot dan pembengkakan kelenjar limfa. “Tempoh inkubasi biasanya antara enam (6) hingga 13 hari tetapi boleh berjulat dari lima (5) hingga 21 hari dan pesakit yang dijangkiti ‘monkeypox’ biasanya akan mengalami gejala selama dua (2) hingga empat (4) minggu,” jelasnya lagi. Beliau berkata, secara umumnya, ‘monkeypox’ kurang berbahaya dan ‘self-limiting’. Ianya tidak tersebar dengan kadar yang tinggi seperti COVID-19 atau campak. “Kadar kematian di negara endemik ‘monkeypox’ juga rendah, dianggarkan 3 hingga 6% sahaja. Walau bagaimanapun, kanak-kanak dan individu yang mempunyai tahap immuniti rendah mempunyai risiko dengan gejala lebih serius dan boleh membawa maut sekiranya dijangkiti ‘monkeypox’,” katanya. Ditanya sama ada penyakit ini mempunyai risiko menjadi wabak dalam negara kita, Wan Mohd Zahiruddin memberitahu, sehingga kini tiada laporan kes dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melibatkan jangkitan dalam Malaysia. “Risiko jangkitan kepada orang awam dan menular menjadi wabak (seperti COVID-19, HFMD atau lain-lain) adalah sangat rendah kerana secara umumnya, cacar monyet tidak mudah merebak antara manusia. “Pakar - pakar Kesihatan Awam dan Epidemiologi berpendapat ‘monkeypox’ merebak melalui kontak rapat yang berpanjangan dan tidak mudah menular dalam persekitaran sosial biasa kecuali jika mereka mempunyai sejarah kontak yang jelas dengan haiwan dijangkiti ataupun kontak langsung dengan pesakit yang dijangkiti ‘monkeypox virus’. “Walau bagaimanapun, dengan adanya laporan kes di negara ‘non-endemic’ serta kes-kes yang tiada sejarah kontak, risiko ‘monkeypox’ berlaku di Malaysia tetap ada,” ulasnya lanjut. Wan Mohd Zahiruddin berkata, KKM sentiasa memantau perkembangan situasi ‘monkeypox’ melalui laporan ‘World Health Organization’ (WHO) dan pemantauan kes disyaki di semua Pintu Masuk Antarabangsa. “Selain itu, penasihatan perjalanan untuk pengembara ke kawasan-kawasan yang terdapat kejadian ‘monkeypox’ juga dilakukan agar mereka mengambil langkah berjaga-jaga. “Jika ada kontak, mereka perlu mengasingkan diri dan memantau simptom selama 21 hari selepas terdedah,” katanya. Wan Mohd Zahiruddin turut berpesan kepada orang ramai agar sentiasa menjaga kebersihan diri termasuk mencuci tangan dengan kerap selepas pergi ke tandas atau apabila tangan kotor. “Elakkan daripada sentuhan langsung dengan luka pada mereka yang dijangkiti ‘monkeypox’ sama ada manusia mahupun haiwan, serta objek yang mungkin tercemar dengan cecair tubuh pembawa virus seperti pakaian kotor yang digunakan oleh orang yang dijangkiti. “Elakkan juga bersentuhan dengan haiwan liar atau makan dagingnya yang tidak cukup masak,” tegasnya lagi. Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel
KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 9 buletinKELIP Edisi 2/2022 (Mei - Ogos 2022) Penularan wabak cacar monyet atau lebih dikenali sebagai ‘monkeypox’ di beberapa buah benua sekarang pastinya menimbulkan kerisauan dalam kalangan orang awam. Penyakit cacar monyet adalah sejenis jangkitan 'zoonosis' (jangkitan daripada haiwan kepada manusia) oleh virus jenis orthopoxviruses dan merupakan penyakit endemik di beberapa buah negara Afrika seperti Republik Demokratik Congo, dengan lebih 1,000 kes disyaki setiap tahun. Menurut Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi), Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Wan Mohd Zahiruddin Wan Mohammad, terdapat beberapa kaedah penularan virus ini sama ada secara langsung (direct) atau tidak langsung (in-direct). “Virus boleh ditularkan daripada haiwan yang dijangkiti kepada manusia melalui gigitan atau sentuhan langsung dengan darah haiwan tersebut atau cecair badan dan luka haiwan yang dijangkiti. “Virus juga boleh disebar melalui titisan sekresi pernafasan dan menular melalui kontak langsung dengan cecair daripada ruam makulopapular di badan orang yang dijangkiti atau objek yang tercemar dengan virus seperti tempat tidur atau pakaian. “Selain itu, terdapat laporan yang mengatakan virus ini juga boleh menular melalui hubungan seksual,” ujarnya semasa ditemubual. Tambah Wan Mohd Zahiruddin, gejala dan tanda-tanda jangkitan ‘monkeypox’ biasanya mirip seperti penyakit cacar (smallpox), iaitu demam, keletihan, sakit kepala serta ruam makulopapular yang bermula di bahagian muka kemudian merebak ke tapak tangan dan tapak kaki, diikuti oleh bahagian-bahagian tubuh yang lain. “Pesakit juga mungkin mengalami lenguh tubuh badan, sakit bahagian belakang badan atau sendi, kejang otot dan pembengkakan kelenjar limfa. “Tempoh inkubasi biasanya antara enam (6) hingga 13 hari tetapi boleh berjulat dari lima (5) hingga 21 hari dan pesakit yang dijangkiti ‘monkeypox’ biasanya akan mengalami gejala selama dua (2) hingga empat (4) minggu,” jelasnya lagi. Beliau berkata, secara umumnya, ‘monkeypox’ kurang berbahaya dan ‘self-limiting’. Ianya tidak tersebar dengan kadar yang tinggi seperti COVID-19 atau campak. “Kadar kematian di negara endemik ‘monkeypox’ juga rendah, dianggarkan 3 hingga 6% sahaja. Walau bagaimanapun, kanak-kanak dan individu yang mempunyai tahap immuniti rendah mempunyai risiko dengan gejala lebih serius dan boleh membawa maut sekiranya dijangkiti ‘monkeypox’,” katanya. Ditanya sama ada penyakit ini mempunyai risiko menjadi wabak dalam negara kita, Wan Mohd Zahiruddin memberitahu, sehingga kini tiada laporan kes dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melibatkan jangkitan dalam Malaysia. “Risiko jangkitan kepada orang awam dan menular menjadi wabak (seperti COVID-19, HFMD atau lain-lain) adalah sangat rendah kerana secara umumnya, cacar monyet tidak mudah merebak antara manusia. “Pakar - pakar Kesihatan Awam dan Epidemiologi berpendapat ‘monkeypox’ merebak melalui kontak rapat yang berpanjangan dan tidak mudah menular dalam persekitaran sosial biasa kecuali jika mereka mempunyai sejarah kontak yang jelas dengan haiwan dijangkiti ataupun kontak langsung dengan pesakit yang dijangkiti ‘monkeypox virus’. “Walau bagaimanapun, dengan adanya laporan kes di negara ‘non-endemic’ serta kes-kes yang tiada sejarah kontak, risiko ‘monkeypox’ berlaku di Malaysia tetap ada,” ulasnya lanjut. Wan Mohd Zahiruddin berkata, KKM sentiasa memantau perkembangan situasi ‘monkeypox’ melalui laporan ‘World Health Organization’ (WHO) dan pemantauan kes disyaki di semua Pintu Masuk Antarabangsa. “Selain itu, penasihatan perjalanan untuk pengembara ke kawasan-kawasan yang terdapat kejadian ‘monkeypox’ juga dilakukan agar mereka mengambil langkah berjaga-jaga. “Jika ada kontak, mereka perlu mengasingkan diri dan memantau simptom selama 21 hari selepas terdedah,” katanya. Wan Mohd Zahiruddin turut berpesan kepada orang ramai agar sentiasa menjaga kebersihan diri termasuk mencuci tangan dengan kerap selepas pergi ke tandas atau apabila tangan kotor. “Elakkan daripada sentuhan langsung dengan luka pada mereka yang dijangkiti ‘monkeypox’ sama ada manusia mahupun haiwan, serta objek yang mungkin tercemar dengan cecair tubuh pembawa virus seperti pakaian kotor yang digunakan oleh orang yang dijangkiti. “Elakkan juga bersentuhan dengan haiwan liar atau makan dagingnya yang tidak cukup masak,” tegasnya lagi. “Virus juga boleh disebar melalui titisan sekresi pernafasan dan menular melalui kontak langsung dengan cecair daripada ruam makulopapular di badan orang yang dijangkiti atau objek yang tercemar dengan virus seperti tempat tidur atau pakaian” Profesor Madya Dr. Wan Mohd Zahiruddin Wan Mohammad Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi), Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM)
Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi turun padang menyantuni masyarakat Orang Asli Pos Balar menerusi Program Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) pada 8 hingga 10 Jun lalu. Ketua Jabatan Perubatan Kecemasan Hospital USM merangkap Pengarah Projek, Profesor Madya Dr. Shaik Farid Abdull Wahab berkata, program itu diadakan bertujuan untuk membangunkan sukarelawan terlatih dalam kalangan Orang Asli berkait ilmu asas pertolongan cemas seperti 'cardiopulmonary resuscitation' (CPR), mengatasi masalah tercekik makanan, penjagaan asas kesihatan dan balutan luka serta pemerkasaan penjagaan kesihatan oral. PROGRAM KRIS KPT DAN HOSPITAL USM BERI PENDEDAHAN PENJAGAAN ASAS KESIHATAN KEPADA MASYARAKAT ORANG ASLI BERSAMA KOMUNITI 10 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Teks: Wan Mohd Rashidi Wan Mood
“Inisiatif ini juga bertujuan untuk menjadikan sebilangan kecil penduduk dari suku kaum Temiar sebagai perawat asas untuk kira-kira 800 masyarakat Orang Asli di pos terbabit ekoran keadaan faktor muka bumi yang berbukit-bukau dan hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda sahaja untuk keluar masuk yang mana memakan masa perjalanan antara enam hingga lapan jam menyebabkan masyarakat orang asli di sini sukar untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran. “Pakar Perubatan Kecemasan akan mengenalpasti sukarelawan yang terpilih untuk mengikuti kursus jangka pendek di Jabatan Trauma dan Kecemasan Hospital USM yang dijadualkan berlangsung selama tujuh hari pada bulan September nanti,” ujarnya. Tambah Shaik Farid, kursus di bawah program KRIS 2022-2023 ini diharap dapat membantu masyarakat 10 kampung di Pos Balar sekiranya mengalami kecemasan sementara menunggu bantuan perubatan khusus tiba. “Melalui kursus jangka pendek ini, mereka akan diberi pendedahan kepada cara merawat luka, membuat CPR, penjagaan selepas bersalin dan kesihatan oral (pergigian),” katanya lagi. Program kali ini disertai oleh 43 orang peserta menggunakan 20 buah kenderaan pacuan empat roda yang terdiri dari Pakar Perubatan Kecemasan, Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Jururawat, Pembantu Perawatan Kesihatan, Pembantu Pembedahan Pergigian serta pelajar Program Perubatan USM Kampus Kesihatan. Menurut Shaik Farid, pihaknya kerap masuk perkampungan Orang Asli di Gua Musang sebelum ini melalui misi kemanusiaan tetapi ia tiada kesinambungan kerana mereka sekadar menghantar bekalan ubat, memberi rawatan pemeriksaan percuma serta bantuan makanan. "Kelainan program pada kali ini adalah kami ingin memberi sesuatu yang bersifat kekal kepada masyarakat orang Asli iaitu dengan menyediakan ilmu rawatan dan perubatan asas sekiranya berlaku kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 11 buletinKELIP Edisi 2/2022 (Mei - Ogos 2022)
BERSAMA KOMUNITI Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kelantan, menerima kunjungan daripada Konsul Jeneral Jepun, Mr. Orikasa Hiroyuki (Konsulat Jeneral Jepun di Pulau Pinang) bagi meninjau perkembangan projek 'Empowerment of Young Adults With Intellectual Disabilities Through Integrated Agriculture And Livestock' bertempat di Rumah Seri Kenangan, Taman Kemumin, Pengkalan Chepa. Projek ini dibiayai melalui dana kerajaan Jepun berjumlah RM295,624.99 di bawah skim 'Grant Assisstance for Grass-roots Human Security Projects' (GGP) bagi membiayai pembinaan infrastruktur projek. Menurut Pengerusi Kluster Orang Kelainan Upaya (OKU) USM yang juga Ketua Projek, Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim, projek pertanian yang akan dijalankan adalah berkonsepkan pertanian bersepadu yang meliputi projek tanaman cendawan, penternakan ayam dan kambing serta sistem pertanian akuaponik. "Program ini adalah hasil kerjasama di antara JKM dan USM melalui Unit Transformasi OKU, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Koperasi Cakna OKU Kelantan serta Persatuan Pertanian Alami Kelantan dalam menyediakan program latihan bagi memperkasa golongan OKU untuk meneruskan kehidupan disamping memberi pendedahan kepada golongan tersebut mempelajari cara menjana pendapatan sendiri melalui program yang ditawarkan. 12 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA KONSULAT JEPUN DI PULAU PINANG MELAWAT TAPAK PROJEK OKU USM - JKM "Projek ini mensasarkan dapat memberi peluang pekerjaan kepada sekurang-kurangnya (8) lapan orang pekerja OKU dan memberi kemudahan latihan kepada 45 buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dari seluruh Kelantan daripada modul yang dibangunkan oleh USM," katanya ketika memberi penerangan kepada Konsul General Jepun yang turut fasih berbahasa Melayu. Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pemangku Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin dan Pengarah JKM Kelantan, Said Sidup
CAKNA KOMUNITI: PENSYARAH USM KONGSI INFORMASI Penyakit tangan, kaki dan mulut atau lebih dikenali dengan HFMD yang menular sekarang ini menimbulkan kegusaran bukan sahaja kepada ibu bapa malahan turut menimbulkan keresahan kepada guru-guru memandangkan ianya adalah penyakit yang menjangkiti golongan kanak-kanak. Pakar Mikrobiologi Klinikal yang juga Pensyarah Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Nik Haszroel Hysham Nik Hashim berkongsi berkenaan penyakit tersebut dalam program 'Jalinan Mesra SK SABAK dan Hospital USM' hari ini. Beliau berkongsi maklumat berkaitan punca dan pencegahan HFMD khususnya bagaimana ia menjangkiti kanak-kanak, gejala yang dihidapi serta cara menjaga kebersihan diri agar dapat menghindari jangkitan. Salah seorang pelajar yang ditemui selepas sesi ceramah tersebut, Muhammad Aazim Azlan, 12, berkata, beliau lebih memahami apa sebenarnya penyakit HFMD selepas mendengar ceramah yang disampaikan. Sementara itu, Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) Sekolah Kebangsaan Sabak, Aliza Draman berkata, beliau mewakili Guru Besar sangat berterima kasih kepada pihak USM kerana sudi menerima jemputan untuk berkongsi maklumat tersebut. "Bagi pihak SK Sabak, saya berbesar hati apabila Hospital USM sudi bekerjasama dengan pihak sekolah dalam usaha memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang bahaya penyakit HFMD serta apa yang perlu dilakukan untuk mengelak daripada dijangkiti. "Saya juga sangat menghargai usaha pihak Hospital USM yang turut menyelitkan soalan-soalan kuiz ringkas untuk melihat kefahaman murid-murid terhadap ceramah yang disampaikan dan nampak keberkesanannya apabila mereka dapat menjawab soalan-soalan yang diajukan. Itu menandakan mereka fokus kepada ceramah yang disampaikan", ujarnya. Aliza turut mengharapkan sesi perkongsian seperti ini dapat diadakan lagi untuk isu kesihatan yang bersesuaian. Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 13 buletinKELIP Edisi 2/2022 (Mei - Ogos 2022)
BERSAMA KOMUNITI 14 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Setelah tiga tahun memberi manfaat kepada lebih 1,000 buah keluarga, Rumah Ronald Mc’Donald (RRM) Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) masih lagi mengekalkan kadar bayaran penginapan sebanyak RM5 kepada keluarga pesakit yang menginap di rumah berkenaan. RRM Hospital USM dibina bertujuan untuk menyediakan penginapan selesa kepada keluarga pesakit kanak-kanak yang sedang menerima rawatan di Hospital USM terumatanya golongan yang kurang berkemampuan. Menurut Timbalan Dekan Libatsama Industri – Komuniti dan Pembangunan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM yang mewakili Pemangku Pengarah Kampus, Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam, RRM di Hospital USM benar-benar membantu keluarga pesakit kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan kerana menawarkan penginapan dengan kadar bayaran yang sangat rendah. BERI MANFAAT KEPADA LEBIH 1,000 KELUARGA SETELAH TIGA TAHUN BEROPERASI RRM HOSPITAL USM Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel
KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 15 buletinKELIP Edisi 2/2022 (Mei - Ogos 2022) keraian dapat diadakan bagi meraikan anak-anak yang menginap di situ. “Kolaborasi yang dijalinkan ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dengan komuniti selain turut memperkenalkan fungsi dan kemudahan yang ditawarkan RRM Hospital USM,” katanya. “Bilik penginapan yang selesa serta pelbagai kemudahan yang disediakan nyata memberi kelegaan kepada keluarga kurang berkemampuan untuk berulang-alik sepanjang anak mereka menerima rawatan di wad Hospital USM. “Selain itu, RRM memudahkan pasukan perawat untuk berhubung serta berbincang dengan keluarga pesakit, kerana jaraknya yang dekat dengan hospital” ujarnya ketika menyampaikan ucapan sempena Sambutan Ulang Tahun ke-3 RRM Hospital USM. Tambah Wan Hazabbah, USM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada 'Ronald McDonald House Charities' (RMHC) Malaysia kerana memilih USM sebagai lokasi kedua RRM yang mana pembinaannya menelan belanja lebih RM4 juta. "USM sangat mengalu - alukan kerjasama seperti ini dan berharap gemblengan tenaga sebegini dapat diteruskan demi manfaat semua pihak. "Saya berharap kemudahan yang disediakan ini dapat meringankan beban keluarga khususnya mereka yang datang dari jauh kerana penginapan di sini hanya dikenakan bayaran sebanyak RM5.00 untuk satu malam," ujarnya. Sementara itu, Pengerusi RRM Hospital USM, Profesor Madya Dr. Che Maraina Che Hussin, pula berkata, RRM merupakan hasil kerjasama strategik pelbagai pihak dalam membantu waris pesakit khususnya golongan terkebawah yang menemani anak mereka menjalani rawatan di wad pediatrik. “Ia dilengkapi dengan 18 buah bilik tidur serta ruang makan, ruang istirehat, dapur, bilik dobi, bilik permainan, dan lain-lain kemudahan untuk penghuni selain turut memiliki bilik sensori yang menyediakan peralatan multi deria khas untuk membantu perkembangan kanak-kanak istimewa yang mendapat rawatan di Hospital USM. "RRM Hospital USM yang mula beroperasi pada 23 Jun 2019 dibina untuk memberi kemudahan kepada keluarga pesakit kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah bagi membolehkan mereka sentiasa berada bersama anak mereka yang menerima rawatan di Hospital USM, "jelasnya. Che Maraina turut berharap agar dengan adanya RRM di Hospital USM pelbagai program kesedaran dan Prof. Madya Dr. Che Maraina Che Hussin Pengerusi RRM Hospital USM
Pradiabetes merupakan keadaan yang berlaku sebelum seseorang disahkan menghidap penyakit diabetes dan ianya terjadi apabila kandungan gula dalam darah melebihi paras normal tetapi tidak mencapai tahap untuk dikategorikan sebagai diabetes. Walau bagaimanapun, individu berkenaan cenderung untuk mendapat penyakit diabetes jenis dua (2) dalam masa terdekat atau beberapa tahun kemudian, malah lebih cenderung untuk terkena penyakit jantung dan juga strok. Menurut Timbalan Pengarah Klinikal, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria, Program ‘Saya Tak Okay Dengan Pradiabetes’ (MySTOP) merupakan salah satu daripada Program KPT Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) anjuran USM untuk memperkasakan kesihatan penduduk setempat luar bandar. “Program KRIS - MySTOP ini menumpukan kepada program intervensi 12 minggu (tiga bulan) secara bersemuka dan atas talian bagi individu yang mengalami masalah pradiabetes di Gunong, Bachok dan Pengkalan Kubur. “Adalah sangat penting untuk doktor mengesan tahap pradiabetes seseorang individu itu berada di peringkat boleh dicegah atau boleh “reverse” supaya diabetes kekal tidak berlaku dan individu tersebut akan kembali sihat seperti sediakala,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian di Pusat Aktiviti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Gunong. Zaidi turut menyeru orang ramai supaya mengambil peluang keemasan menyertai program KRIS - MySTOP PROGRAM KRIS Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel BERSAMA KOMUNITI 16 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA MYSTOP USM Bantu Golongan Pradiabetes Luar Bandar
untuk mendapat maklumat yang tepat daripada pakar bagi meningkatkan kesihatan dan kecergasan diri supaya penyakit diabetes (kencing manis) dapat dicegah secepat mungkin. Sementara itu, Pengarah Program KRIS – MySTOP yang juga merupakan Pensyarah, Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Profesor Madya Dr. Rohana Abdul Jalil, pula menyatakan bahawa melalui program KRIS – MySTOP, beberapa sesi pendidikan dan praktikal setiap dua (2) minggu selama 3 bulan akan dijalankan dalam kalangan peserta yang telah dikenalpasti melalui saringan kesihatan oleh sukarelawan kawasan rukun tetangga KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 17 buletinKELIP Edisi 2/2022 (Mei - Ogos 2022) (KRT) Gunong dengan kerjasama Klinik Kesihatan Gunong. “Setiap sesi akan memberikan peserta pengetahuan tentang pradiabetes, diikuti dengan sesi praktikal makan suku-suku separuh dan mulakan langkah aktif serta mempelajari teknik menyelesaikan masalah gaya hidup yang akan dibimbing oleh pakar dalam pemakanan dan aktiviti fizikal. "Peserta akan diberikan pinggan sihat supaya mengamalkan penggunaan pinggan sihat sebenar bukan hanya sekadar secara ‘visual’ serta ‘smartwatch’ untuk pemantauan aktiviti fizikal secara berterusan," jelasnya. Tambah Rohana, selain dijalankan secara bersemuka mengikut prosedur operasi standard (SOP) sewaktu pandemik mengikut pembahagian kumpulan kecil secara bergilir, peserta juga berpeluang mengakses bahan pendidikan yang dipelajari secara melalui pelantar ‘Massive Open Online Courses’ (MOOC). "Program KRIS - MySTOP juga diharap dapat mencegah dewasa sihat yang mempunyai tanda amaran awal pradiabetes dari mendapat penyakit diabetis kekal tanpa disedari," ujarnya lagi. "Peserta akan diberikan pinggan sihat supaya mengamalkan penggunaan pinggan sihat sebenar bukan hanya sekadar secara ‘visual’ serta ‘smartwatch’ untuk pemantauan aktiviti fizikal secara berterusan," - Rohana
00 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA BERSAMA KOMUNITI
KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 19 “Warga Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) dan komuniti sekitar diseru untuk menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail bersempena Hari Raya Aidiladha tahun ini”, demikian kata Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin ketika menyampaikan ucapan perasmian Program Ibadah Korban Peringkat Kampus Kesihatan. Menurut Shaharum, kisah dan sejarah pengorbanan agung Nabi Ibrahim dan anakanda Baginda Nabi Ismail harus dijadikan iktibar yang perlu sentiasa dihayati oleh seluruh umat Islam dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian. “Kita perlu bersyukur kerana diberi setahun lagi peluang untuk hidup dan merasai nikmat-nikmat pengorbanan bukan sahaja pengorbanan yang kita telah lalui bersama ibu bapa dan keluarga, tetapi juga pengorbanan untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan ekonomi dan suasana sukar kerana masih lagi dikelilingi virus COVID-19, cuaca yang sukar ekoran banjir melanda tanpa musim dan sebagainya. “Namun, anggaplah itu semua pengorbanan hakiki yang perlu kita tempuhi dalam meneruskan hidup yang semakin mencabar kini,” ujarnya. Tambah Shaharum, jadikanlah pengorbanan Nabi Ibrahim yang menyembelih anaknya Nabi Ismail sebagai iktibar bagi menghindarkan segala dugaan dan bisikan syaitan sewaktu berkira-kira untuk menyembelih anakandanya ketika itu. Shaharum turut mendoakan semoga ibadah korban semua warga Kampus Kesihatan tahun ini diterima oleh Allah S.W.T. “Sesungguhnya, ibadah ini merupakan tanda ketaatan, ketakwaan dan kehambaan kita kepada Allah. “Raikanlah Aidiladha secara bersederhana sebagaimana tuntutan syariat dan hayatilah erti pengorbanan di sebalik Aidiladha pada kali ini,” katanya. Sebanyak lapan (8) ekor lembu dan enam (6) ekor kambing disembelih dalam program tahunan anjuran Pusat Islam Kampus Kesihatan pada tahun ini. Program tersebut bertujuan memberi kesedaran serta peluang kepada warga kampus dan komuniti sekitar untuk menunaikan tuntutan ibadah korban selain berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan terutamanya warga kampus dalam kalangan asnaf, golongan B40 dan ahli kariah Masjid Mukim Kampus Kesihatan di samping mengeratkan ukhwah dan silaturrahim antara staf dan orang awam. Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Shaharum Seru Warga Kampus Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail buletinKELIP Edisi 2/2022 (Mei - Ogos 2022)
“objektif program ini adalah untuk membina kemahiran insaniah bagi membentuk graduan Doktor Perubatan USM yang berorientasikan komuniti kelak”. Buat kesekian kalinya residensi komuniti dalam Program Kajian Komuniti dan Kes Keluarga (KKKK) yang merupakan salah satu kurikulum akademik utama bagi kursus Doktor Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) diadakan semula setelah dihentikan seketika sepanjang negara dilanda pandemik COVID-19. Program KKKK yang melibatkan seramai 150 pelajar Tahun 4 bermula Jun lalu bukan sekadar program baktisiswa atau OPKIM (khidmat masyarakat) tetapi merupakan satu pakej akademik bertujuan mendedahkan pelajar kepada disiplin kesihatan awam dan perubatan pencegahan di samping memberi peluang mereka bergaul dengan masyarakat luar. Bagi sidang akademik 2021/2022, Program KKKK telah diadakan di Daerah Sungai Pinang, Tumpat yang melibatkan lima (5) buah kampung iaitu Kampung Kok Keli, Kampung Gerong, Kampung Laut, Kampung Kok Pasir dan Kampung Sungai Pinang. Menurut Pengerusi Program KKKK, Profesor Madya Dr. Wan Mohd Zahiruddin Wan Mohamad, objektif program ini adalah untuk membina kemahiran insaniah bagi membentuk graduan Doktor Perubatan USM yang fifffflffifffl Platform Bentuk Karakter Mahasiswa Cakna Masyarakat Majlis Penghargaan dan Penutup di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid BERSAMA KOMUNITI 20 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA
berorientasikan komuniti kelak. "Sepanjang tempoh residensi, pelajar berjaya melaksanakan pelbagai projek intervensi kesihatan komuniti yang sesuai kepada masalah-masalah kesihatan yang telah mereka kenalpasti. "Projek ini memberi impak kepada penduduk kampung, ianya jelas dilihat apabila kajian semula dibuat oleh pelajar, didapati tahap kesedaran dan pengetahuan berkaitan penyakit yang difokuskan di setiap komuniti atau kampung meningkat", katanya. Sementara itu, Timbalan Dekan Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa, PPSP, Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sepanjang program tersebut berlangsung di kampung masing-masing. "Program ini merupakan satu bentuk promosi kesihatan secara lebih agresif dalam memberi kesedaran kepada penduduk kampung agar lebih cakna kepada keperluan mencegah penyakit. "Apa juga penyakit, ianya boleh dicegah dan disebabkan itulah pencegahan amat penting kerana apabila ramai yang mengidap penyakit, kos rawatan dan perubatan akan meningkat serta membebankan masyarakat sendiri", ujar beliau dalam ucapan aluan mewakili Dekan, PPSP. Tambah beliau, kaedah 'experiental learning' atau pembelajaran melalui refleksi yang terhasil berdasarkan pengalaman yang diterapkan dalam program KKKK ini merupakan salah satu pendekatan utama USM bagi membina karakter, sahsiah dan kematangan pelajar universiti dalam mengharungi cabaran abad ke-21. Sebagai tanda terima kasih kepada pihak yang terlibat, PPSP telah mengadakan Majlis Penghargaan dan Penutup di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat. Penyampaian penghargaan dan saguhati kepada Penyelia dalam komuniti yang terdiri daripada penggawa dan Ketua-ketua Kampung serta para pensyarah yang terlibat telah disempurnakan oleh Ketua Jajahan Tumpat, Tuan Hj. Rusydee Abdullah. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Jabatan Perubatan Masyarakat, PPSP, Profesor Madya Dr. Kamarul Imran Musa serta para pensyarah PPSP. KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 21 buletinKELIP Edisi 2/2022 (Mei - Ogos 2022)
Kempen memasyarakatkan kesihatan menjadi fokus utama program Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM). Buat kesekian kalinya, Pasukan KRIS Hospital USM, terus menyantuni masyarakat di sekitar negeri Kelantan dengan menjadikan Kampung Kok Pasir, di sini sebagai destinasi bagi merealisasi aktiviti bersama komuniti khususnya golongan orang kelainan upaya (OKU). Bertemakan 'Lestari Kesihatan Komuniti Golongan OKU' ia mensasarkan golongan istimewa tersebut yang memerlukan rawatan serta penjagaan lebih rapi di samping pendedahan kepada keluarga berkenaan teknik penjagaan bersesuaian dengan pesakit. Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin dalam ucapan perasmiannya berkata, sebagai salah sebuah Hospital Pengajar Universiti, Hospital USM telah mendapat dana dari KPT untuk melaksanakan Program KRIS. BERSAMA KOMUNITI 22 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid PENJAGAAN DAN PEMULIHAN GOLONGAN OKU ANTARA FOKUS PROGRAM KRIS HOSPITAL USM MASUK KAMPUNG 'Lestari Kesihatan Komuniti Golongan OKU' Program Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM).
"Inisiatif ini diterjemahkan dengan pelaksanaan program ‘outreach’ dan perkhidmatan kesihatan secara percuma kepada komuniti terutama bagi golongan sasar di luar bandar dan B40. "Suka saya nyatakan bahawa program 'masuk kampung' hari ini adalah antara inisiatif bagi memupuk kesedaran dalam komuniti tentang kepentingan saringan pemeriksaan kesihatan supaya masyarakat boleh mengenal pasti penyakit dan mendapatkan rawatan lebih awal bagi mengelak berlakunya komplikasi yang lebih teruk. "Hospital USM berbesar hati membawa kepakaran daripada Unit Perubatan Pemulihan serta Unit Transformasi OKU, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) bagi memberi peluang dan kemudahan kepada golongan OKU yang memerlukan di mana mereka boleh mendapatkan khidmat nasihat dalam proses pemulihan cara kerja, bantuan pengubahsuaian kerusi roda ikut keperluan serta peluang pembelajaran menerusi Program Latihan Pekerjaan OKU Intelek", katanya. KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 23 buletinKELIP Edisi 2/2022 (Mei - Ogos 2022) Beliau juga menasihatkan orang ramai khususnya ibu bapa membuang rasa malu kerana mempunyai anak OKU. "Ibu bapa sepatutnya lebih cakna kerana golongan OKU juga mempunyai hak untuk menjalani kehidupan seperti orang biasa dan perlu diberi peluang pembelajaran, latihan serta pekerjaan yang sesuai dengan kemampuan mereka," jelasnya lagi. Lawatan ke rumah pesakit juga diadakan selain pemeriksaan saringan kesihatan, turut diadakan juga ceramah kesihatan, pertandingan mewarna kanak-kanak bertemakan kemerdekaan serta cabutan bertuah pelbagai barangan menarik tanda penghargaan dan terima kasih kepada penduduk kampung. Turut hadir semasa majlis perasmian ialah Timbalan Pengarah Klinikal merangkap Pengerusi KRIS Hospital USM, Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria, Penghulu Mukim Kok Pasir, Zakaria Yasad dan ahli jawatankuasa Masjid Mukim Tok Selehor, Kampung Kok Pasir mewakili Imam Tua, Ustaz Hushaimi Hussain.
Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) sekali lagi turun padang menyantuni komuniti Pulau Perhentian dengan mengadakan pemeriksaan mata dan saringan penglihatan kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian, Besut, Terengganu. Program yang berlangsung pada 30 Jun lalu itu merupakan Program ‘Outreach’ tajaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Program KPT Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS). Menurut Ketua Pasukan Program yang juga Pensyarah dan Pakar Oftalmologi, Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual, PPSP USM, Dr. Shahidatul Adha Mohamad, program tersebut bertujuan mengesan masalah rabun mata dan masalah mata malas dalam kalangan pelajar sekolah luar bandar berusia tujuh (7) hingga 12 tahun sekaligus memberi rawatan terbaik kepada mereka. “Untuk siri pertama, seramai 153 orang pelajar telah disaring dan 19 orang pelajar mendapat cermin mata percuma manakala dua (2) lagi pelajar yang mengalami masalah mata malas telah dirujuk ke Hospital USM untuk rawatan selanjutnya. “Untuk siri kedua dan berikutnya, pasukan kami akan ke Sekolah Kebangsaan Pulau Redang pada penghujung bulan Julai dan Sekolah Kebangsaan Pulau Tioman pada penghujung bulan September untuk program yang sama,” ujarnya. Tambah Shahidatul, semoga usaha murni pasukan USM dapat mengurangkan beban keluarga pelajar-pelajar dan secara tidak langsung memberi kesedaran tentang kepentingan penglihatan yang baik untuk kecemerlangan pendidikan anak-anak mereka. BERSAMA KOMUNITI 24 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel USM ADAKAN PEMERIKSAAN MATA KEPADA PELAJAR
Golongan orang kelainan upaya (OKU) khususnya remaja sentiasa terdedah dengan pelbagai masalah seksualiti seperti kecenderungan mereka kepada penderaan seksual, risiko eksploitasi seksual dan juga perkembangan tingkah laku seksual yang tidak sesuai. Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin dalam ucapannya di Majlis Perasmian Penutupan Program Pendidikan Kesihatan Seksual dan Reproduktif bagi Remaja Kurang Upaya, berkata, isu seksualogi dan reproduktif dalam kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) agak jarang dibincangkan dan ramai ibu bapa masih kurang jelas dalam isu ini. “Pendidikan kesihatan seksual amat penting bagi memastikan ibu bapa dan keluarga tahu mengenai kaedah untuk memberi kefahaman serta mendidik konsep seksual kepada anak-anak istimewa agar mereka boleh menjaga keselamatan diri sendiri," ujarnya. Tambah Shaharum, program sebegini juga dapat membantu serta membolehkan semua remaja kurang upaya mendapat pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi berkaitan pendidikan kesihatan seksualiti sebagai usaha memastikan golongan ini berpengetahuan dalam pengurusan seksual dan menjalani kehidupan yang lebih selamat. “Masyarakat biasanya beranggapan remaja kurang upaya tidak mempunyai nafsu dan ia bermakna mereka tidak mempunyai keupayaan seksual atau menggesa nafsu. "Hal ini sangat berbahaya bagi remaja kurang upaya dan mereka lebih terdedah kepada penderaan seksual serta mendorong mereka mempunyai tingkah laku seksual yang tidak sesuai,” jelasnya lagi. Shaharum berkata, seksualiti adalah topik yang susah dan mempunyai pantang larang serta sukar untuk dibualkan bagi sesetengah masyarakat. Namun, remaja kurang upaya juga mempunyai keperluan untuk belajar berkaitan seksualiti dan mempunyai pengetahuan serta kemahiran kesihatan untuk mengawal tingkah laku serta perbuatan mereka. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dekan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak; Timbalan Dekan Libatsama- Industri, Komuniti dan Pembangunan mewakili Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam; Timbalan Pengarah Klinikal merangkap Pengerusi Program KPT Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS), Hospital USM, Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria, Ketua Orang Kelainan Upaya dan Warga Emas Kelantan, Dr. Rusmalaini Aziz dan Pensyarah Perubatan merangkap Pengarah Program Pendidikan Kesihatan Seksual dan Reproduktif Bagi Remaja Dengan Masalah Kurang Upaya, Nur Adibah Solihin Sulaiman KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 25 buletinKELIP Edisi 2/2022 (Mei - Ogos 2022) PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN SEKSUAL DAN REPRODUKTIF DIDIK REMAJA OKU JAGA KESELAMATAN DIRI Teks : Wan Salizawati Wan Ismail
DI BULAN SYAWAL SUKU-SUKU SEPARUH: KEKAL SIHAT Apabila tibanya lebaran, pelbagai juadah enak seperti lemang, ketupat, rendang, kuah kacang, sate dan biskut raya menjadi hidangan wajib ketika meraikan Aidilfitri dan ternyata agak sukar untuk menahan selera dari menikmati juadah yang dihidangkan. Sudah pasti ada yang merungut berat badan semakin naik, selera makan bertambah, apatah lagi bermacam-macam juadah disediakan di rumah terbuka menyebabkan kita terleka dalam menjaga kuantiti pengambilan makanan yang seimbang. Menurut Pegawai Dietetik, Unit Pemakanan dan Dietetik, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Nor Syarahani Jusoh, terdapat pelbagai kaedah yang boleh diamalkan untuk memastikan berat badan terkawal dan pengambilan makanan secara seimbang. "Antaranya dengan mengamalkan prinsip pinggan sihat Malaysia iaitu suku-suku separuh. "Suku-suku separuh sebenarnya adalah salah satu konsep pemakanan yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Program Pinggan Sihat Malaysia. "Konsep ini adalah terjemahan daripada Panduan Diet Malaysia dan Piramid Makanan Malaysia bagi membantu rakyat Malaysia mengamalkan tabiat makan secara sihat dengan merancang hidangan seharian mereka," jelasnya semasa menjadi tetamu rancangan Sembang Sihat Radio Kelantan FM. Tambah Nor Syarahani, konsep suku-suku separuh mudah untuk difahami, iaitu suku bahagian pinggan diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi atau roti, suku pinggan lagi diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging dan kekacang manakala separuh pinggan diisi dengan sayur-sayuran dan buah-buahan. "Panduan Diet Malaysia atau 'The Malaysian Dietary Guidelines' (MDG) diperkenalkan pada tahun 1999, disemak semula pada tahun 2010 dan semakan kedua pada tahun 2020 mempromosikan makan secara sihat dan gaya hidup sihat bagi pencegahan masalah pemakanan termasuk 'Non - Communicable Disease' (NCD) melalui pendidikan. SEMBANG SIHAT 26 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Nor Syarahani Jusoh Pegawai Dietetik Unit Pemakanan dan Dietetik, Hospital USM Teks: Mohamad Hairol Rasli
"NCD adalah penyakit tidak berjangkit yang kronik berkembang secara perlahan-lahan dan berpanjangan atau ia boleh mengakibatkan kematian mengejut seperti sesetengah penyakit strok. "Ia juga termasuk penyakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang kronik dan osteoporosis. Selain itu, berat badan berlebihan serta obesiti juga merupakan risiko utama bagi kematian sejagat dan menjadi masalah utama kesihatan awam," ujarnya lagi. Nor Syarahani berkata, bagi memudahkan orang ramai mengamalkan pemakanan secara sihat, Pinggan Sihat Malaysia telah dihasilkan sebagai alat visual untuk merancang pengambilan makanan bagi setiap hidangan. "Ia menunjukkan jumlah makanan yang perlu dimakan bagi setiap kumpulan makanan tertentu dan tidak perlu takut untuk menikmati juadah hari raya jika kita dapat mengambilnya dalam hidangan suku-suku separuh. "Dalam usaha menjadikan hidangan suku - suku separuh ini sebagai amalan, mungkin anda boleh mulakan dengan satu langkah yang anda rasa mudah dahulu. Sebagai contoh, jika anda rasa suku pinggan nasi itu adalah sangat sedikit kerana kebiasaan anda makan adalah satu pinggan penuh, mungkin anda boleh mulakan dengan menambah sajian sayur-sayuran dahulu. "Kurangkan nasi dan tinggalkan lebih ruang untuk sayur-sayuran berbanding hari biasa, cuba lakukan selama satu hingga dua minggu. Seterusnya, kurangkan lagi jumlah nasi dan tambah jumlah sayur dan teruskan hingga nasi dapat dikurangkan ke suku pinggan," katanya. Nor Syarahani turut menasihatkan agar tidak melakukan diet secara drastik bagi mengelakkan emosi anda terasa seperti tidak kenyang, tidak cukup dan tidak bertenaga. "Tips utama yang perlu diikuti adalah buat sedikit demi sedikit, tetapi berterusan. Tetapkan matlamat mengapa anda mahu ubah gaya pemakanan dan berusaha ke arah yang lebih baik seperti untuk menurunkan berat badan, kekal sihat dan sebagainya. "Kita sedia maklum kesihatan adalah berpunca daripada pemakanan sihat dan seimbang serta gaya hidup yang sihat dan aktif," ulasnya lanjut. Terdapat lima mesej utama yang perlu ada untuk menyokong perancangan makan mengikut Pinggan 1) Makan tiga (3) hidangan utama yang sihat dalam sehari. 2) Makan satu (1) hingga dua (2) snek (makanan ringan atau ringkas) yang sihat di antara waktu makan jika perlu. 3) Makan sekurang-kurangnya separuh daripada sumber bijirin sebagai bijirin penuh. 4) Pilih hidangan tidak bergoreng dan tanpa santan setiap hari. 5) Makan makanan yang dimasak di rumah lebih kerap. Sihat Malaysia iaitu: Konsep suku-suku separuh adalah bagi memudahkan visualisasi dalam pinggan yang menunjukkan jumlah makanan bagi setiap kumpulan makanan yang harus dimakan dalam sesuatu hidangan agar mencapai diet yang seimbang dan sihat. Kesihatan diri perlu dititikberatkan agar berat badan tidak bertambah secara mendadak dan diri kita terhindar daripada sebarang risiko penyakit yang berbahaya. buletinKELIP Edisi 2/2022 (Mei - Ogos 2022) KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 27
SEMBANG SIHAT Kenali Punca dan Simptom Jangkitan CEGAH HFMD: Penularan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau ‘Hand, Foot and Mouth Disease’ (HFMD) dalam kalangan masyarakat mampu dicegah sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing. Umum mengetahui bahawa HFMD boleh menjangkiti kanak-kanak khususnya yang berumur lima tahun ke bawah. HFMD merebak melalui sentuhan apabila tangan pesakit menyentuh kanak-kanak lain, maka virus boleh berpindah kepada kanak-kanak yang disentuh. Virus ini juga merebak melalui permukaan objek dan barang-barang peribadi yang disentuh oleh pesakit. Kajian mendapati bahawa virus tersebut boleh hidup di atas permukaan objek sehingga tiga (3) hari. Selain itu, virus juga boleh tersebar oleh titisan (droplet) dari mulut sewaktu kanak-kanak batuk dan tersebar melalui najis pesakit. Terdapat juga kajian bahawa virus boleh didapati dalam najis pesakit sehingga tiga (3) minggu lepas jangkitan. Menurut Pakar Mikrobiologi Klinikal, Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Nik Haszroel Hysham Nik Hashim, langkah pencegahan yang boleh diambil antaranya, kuarantin pesakit di rumah, membasuh tangan dengan sabun dan melakukan pembasmian kuman atau disinfeksi persekitaran dengan bahan disinfektan berasaskan klorin. “Penekanan terhadap pencucian tangan dengan sabun perlu dititikberatkan terutamanya selepas menukar lampin pesakit. “Begitu juga dengan persekitaran pesakit dan permukaan objek serta barang-barang peribadi yang disentuh oleh pesakit. "Kita perlu pastikan lampin pakai buang diuruskan dengan cara yang betul dan tidak dibuang merata-rata,” katanya semasa menjadi tetamu rancangan Sembang Sihat, Kelantan FM. Tambah Nik Haszroel Hysham, ibu bapa atau penjaga perlu memastikan anak-anak yang mempunyai tanda-tanda HFMD 28 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Teks: Mohd Hafiz Ya’acob Dr. Nik Haszroel Hysham Nik Hashim Pakar Mikrobiologi Klinikal / Pensyarah Perubatan Jabatan Mikrobiologi & Parasitologi Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan, USM
buletinKELIP Edisi 2/2022 (Mei - Ogos 2022) KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 29 jangkitan jangkitan TERUSKAN BERWASPADA PENYAKIT TANGAN KAKI DAN MULUT (HFMD) Disebabkan oleh Enterovirus iaitu majoritinya Coxsackie Virus A16 (CA16) dan Enterovirus 71 ( EV 71) Kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis & cecair lepuh dari orang yang dijangkiti Kebiasaannya, menjangkiti kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah TETAPI orang dewasa juga boleh dijangkiti tidak dihantar ke taska, rumah pengasuh atau tadika bagi mengelak jangkitan dari merebak kepada kanak-kanak yang lain. “Kebanyakan pesakit HFMD akan mengalami gejala ringan seperti demam yang diikuti ruam berisi air (vesicle) pada tangan, kaki, mulut dan lidah. "Kanak-kanak ini juga mungkin kurang selera makan kerana rasa sakit tekak yang dialaminya," jelasnya lagi. Beliau berkata, adalah sangat penting bagi semua penjaga melakukan kuarantin di rumah apabila terdapat tanda-tanda sebegini pada anak mereka. “Ini kerana kebanyakan kes yang berlaku tersebar dengan cepat akibat kecuaian ibu bapa atau penjaga yang tetap menghantar anak mereka ke tadika atau rumah pengasuh walaupun bergejala. "Ini mengakibatkan kanak-kanak lain turut mendapat jangkitan HFMD," ujarnya lanjut. Nik Haszroel Hysham berkata, sekiranya hal tersebut berlaku, tadika atau taska terbabit perlu menjalani proses dekontaminasi dengan bahan disinfektan berasaskan klorin bagi mengelak jangkitan berlaku dalam kalangan kanak-kanak lain di pusat tersebut. Nik Haszroel Hysham turut menjelaskan bahawa rawatan bagi pesakit HFMD adalah bergantung kepada tahap keseriusan pesakit. “Bagi yang mempunyai gejala ringan, rawatan yang diperlukan hanyalah berehat di rumah dan pastikan pengambilan air mencukupi kerana tiada vaksin khusus untuk mencegah HFMD buat masa ini. "Di samping itu, kanak-kanak yang telah dijangkiti, adalah penting bagi ibu bapa atau penjaga untuk melihat tanda-tanda amaran (warning signs) yang menandakan bahawa pesakit mungkin perlu menerima rawatan lanjut di Hospital. "Tanda-tanda tersebut termasuklah demam tinggi melebihi 38.5°C, demam berterusan melebihi 48 jam, pergerakan luar kawal (myoclonic jerk), perubahan kesedaran dan sawan," katanya. Menurut Nik Haszroel Hysham lagi, tanda-tanda tersebut menunjukkan bahawa kemungkinan jangkitan telah merebak ke sistem saraf dan pesakit mungkin mengalami komplikasi seperti aseptic meningitis dan encephalitis. "Komplikasi seperti ini mungkin berlaku kepada segelintir pesakit yang dijangkiti virus Enterovirus 71. "Amat penting untuk ibu bapa berwaspada dan segera bertindak membawa pesakit ke hospital untuk mendapatkan rawatan , " ujarnya. Pesakit yang pernah menghidap penyakit HFMD juga boleh mendapat jangkitan kali kedua sekiranya dijangkiti oleh 'strain' virus yang berbeza.
Vaksin merupakan bahan yang dapat merangsang sistem pertahanan badan untuk menghasilkan antibodi bagi melawan kuman atau penyakit tertentu. Menurut Pensyarah Imunologi Program Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) , Dr. Maryam Azlan, kandungan vaksin terdiri daripada bahan yang telah dinyahaktif serta tidak bersifat merbahaya. “Penghasilan vaksin perlu melalui ujian klinikal yang sangat ketat serta penilaian risiko terhadap manusia sebelum diluluskan untuk pemasaran dan penggunaan yang meluas. “Pemberian vaksin telah lama dijalankan di Malaysia melalui Program Imunisasi Kebangsaan ," katanya ketika menjadi tetamu rancangan sembang Sihat Di Radio Kelantan FM. Tambah Maryam, vaksin bersifat spesifik iaitu sejenis vaksin hanya untuk mencegah sejenis kuman atau penyakit sahaja. "Walau bagaimanapun, dengan kecanggihan teknologi masa kini, terdapat beberapa vaksin yang digabungkan dalam 1 dos seperti vaksin DTap-IPV-HepB-Hib iaitu kombinasi vaksin yang memberi perlindungan terhadap difteria, tetanus, pertussis, polio, hepatitis B dan haemophilus influenza type B. "Dengan adanya gabungan beberapa vaksin dalam 1 dos, ia membantu memudahkan proses pemberian suntikan serta mengurangkan kekerapan mendapatkan suntikan," ujarnya lagi. Maryam berkata, vaksin juga merupakan salah satu cara untuk melatih badan menghasilkan antibodi tanpa perlu mengalami sakit. "Terdapat pelbagai jenis vaksin yang bertindak dengan cara yang berbeza-beza dan vaksin memperkenalkan badan seseorang kepada virus bagi mengarah sistem pertahan badan untuk menghasilkan antibodi yang akan melawan jangkitan kuman dan mengelak daripada jangkitan bertambah merebak. "Jangkitan semulajadi juga menyebabkan penghasilan antibodi oleh badan dan berisiko terkena jangkitan penyakit yang teruk kerana badan seseorang biasanya menghasilkan antibodi pada paras yang sedikit pada jangkitan pertama dan akan Dr. Maryam Azlan Pensyarah Imunologi Program Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Kampus Kesihatan, USM AKSIN DAN SISTEM PERTAHANAN BADAN SEMBANG SIHAT 30 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Teks: Anawiah Abdul Aziz
menghasilkan antibodi yang lebih banyak selepas jangkitan kali kedua," ujarnya. Maryam turut menjelaskan, antibodi seseorang juga boleh terhasil melalui suntikan vaksin yang mana ia dapat melindungi badan, mengelak penyakit merbahaya serta antibodi yang dihasilkan akan mencegah penularan kuman sebelum badan seseorang dijangkiti penyakit. "Dalam sesetengah kes, seseorang itu tetap dijangkiti tetapi hanya sakit yang ringan sahaja. "Vaksin perlu diberi dalam beberapa dos, ada yang perlu dua (2) dos dan ada yang perlu tiga (3) dos, bilangan dos setiap vaksin bergantung kepada tahap antibodi dalam badan sama ada cukup untuk memberikan perlindungan yang optimum atau yang terbaik terhadap setiap penyakit," katanya. Menurut Maryam lagi, dalam sesebuah populasi, majoritinya adalah individu yang sihat serta layak menerima vaksin. "Namun, terdapat sebahagian kecil di antara kita yang tidak boleh menerima vaksin kerana mempunyai penyakit tertentu seperti kanser, individu yang mempunyai pertahanan badan yang lemah dan ada sesetengah vaksin yang tidak boleh diberikan kepada bayi dan kanak-kanak serta menyebabkan sebahagian golongan kecil ini terdedah kepada bahaya penyakit. "Apabila majoriti populasi telah mendapat vaksin, secara amnya golongan kecil ini juga akan mendapat perlindungan tetapi sekiranya imuniti kelompok atau penduduk tidak mendapat vaksin, keseluruhan populasi termasuk golongan kecil tidak akan mendapat perlindungan daripada penyakit tersebut," ulasnya lanjut. Maryam turut memberitahu bahawa di Malaysia, melalui Program Imunisasi Kebangsaan, terdapat kurang daripada 20 jenis vaksin sedangkan penyakit merbahaya dan yang memerlukan vaksin amat banyak serta masih terdapat banyak lagi penyakit-penyakit yang masih belum ditemukan vaksinnya. "Bagi melindungi diri dan keluarga, setiap individu perlu mengambil vaksin yang telah disediakan di Malaysia dan selebihnya bagi penyakit yang belum ada vaksin hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat seperti mengambil makanan yang berkhasiat serta bersenam untuk memastikan sistem pertahan badan sentiasa dalam keadaan baik bagi melawan sebarang penyakit," katanya. buletinKELIP Edisi 2/2022 (Mei - Ogos 2022) KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 31
Dr. Norma Ab Rahman Pensyarah Pergigian & Pakar Ortodontik Pusat Pengajian Sains Pergigian, Kampus Kesihatan, USM Pendakap gigi atau lebih dikenali sebagai 'braces' merupakan alat yang dipasang oleh Pakar Ortodontik pada gigi seseorang menggunakan bahan dan peralatan pergigian tertentu yang dikhaskan. Ia dipasang bertujuan menyusun atur gigi ke posisi gigitan yang lebih baik untuk memperbetulkan gigitan dan rahang serta menambahbaik kesihatan pergigian secara keseluruhannya. Pembedahan rahang muka pula ialah pembedahan yang dilakukan pada rahang muka sama ada rahang atas atau bawah atau kedua-duanya yang secara amnya untuk tujuan fungsi dan estetik. Menurut Pensyarah Pergigian dan Pakar Ortodontik, Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Norma Ab Rahman, tujuan sebenar pemakaian pendakap gigi adalah bagi memperbetul kedudukan serta penjajaran gigi dan rahang yang tidak normal untuk menghalang sebarang bentuk komplikasi yang lebih teruk. "Ia juga bertujuan bagi membetulkan maloklusi gigi yang jongang, gigi yang tidak rapat atau berjarak, gigitan bersilang atau 'crossbite', gigitan terbuka, gigitan mendalam serta gigi yang terimpak, klef bibir dan lelangit. Pembedahan Rahang Muka: Pendakap Gigi Apa Kaitannya? 32 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Teks: Mohamad Hairol Rasli & Dr. Norma Ab Rahman SEMBANG SIHAT
"Manakala rawatan pembedahan rahang muka pula diperlukan apabila terdapat kes-kes di mana rahang yang tidak harmoni, muka yang tidak simetri atau senget dan masalah maloklusi yang terlampau atau terlalu teruk. "Pembedahan rahang adalah berbeza dari pembedahan plastik untuk kecantikan. Pembedahan rahang muka atau pembedahan ortognatik adalah pembedahan yang dilakukan untuk memperbaiki masalah biasanya berkaitan dengan rahang serta masalah maloklusi yg serius," katanya ketika ditemubual dalam Rancangan Sembang Sihat di Radio Kelantan FM. Norma berkata, bagi kes maloklusi yang terlampau atau terlalu teruk di mana apabila pembetulan menggunakan pendakap gigi sahaja tidak cukup dan tidak dapat memberikan hasil yang sempurna, maka rawatan pembedahan rahang muka diperlukan untuk hasil yang lebih baik. "Ada sesetengah kes jika pesakit menolak untuk melakukan pembedahan rahang muka bagi membetulkan masalah maloklusi mereka, rawatan pendakap gigi juga tidak dapat dijalankan kerana dibimbangi susunan ideal gigi tidak akan dapat dilakukan disebabkan pemakaian pendakap gigi untuk situasi tersebut akan menjejaskan lagi keadaan pesakit. "Kebaikan dan faedah yang diperoleh apabila pesakit menerima kedua-dua rawatan adalah sangat banyak. Antaranya ialah ia dapat membetulkan kedudukan gigi yang tidak teratur, sesak atau jarak, memperbaiki keadaan kesihatan oral, percakapan, pengunyahan serta pernafasan, " jelasnya lagi. Tambah Norma, rawatan tersebut akan turut membantu memperbaiki keadaaan rupa paras dengan mengembalikan keharmonian dan keseimbangan wajah dengan bantuan pembedahan rahang muka sekali gus menambahkan keyakinan diri pada pesakit. “Amat membimbangkan segelintir remaja kini yang menjadikan 'braces' sebagai satu fesyen dan mengikut trend, sedangkan gigi mereka dalam keadaan baik dan tidak mempunyai masalah maloklusi. "Ini kerana komplikasi atau kesan buruk yang akan timbul sekiranya penjagaan gigi semasa mendapatkan rawatan tersebut diabaikan oleh si pemakai. "Elakkan penggunaan 'fake braces' kerana ianya lebih memberi impak negatif kepada individu yang mempunyai gigi sihat sedia ada dan komplikasi yang paling teruk kesan pemakaian ‘fake braces’ ini adalah sehingga boleh menyebabkan kanser dan kematian," tegasnya. Norma turut menasihatkan agar pesakit yang mengalami masalah maloklusi mendapatkan rawatan yang sepatutnya di Hospital atau Klinik Kesihatan yang sah berdasarkan nasihat Pakar Ortodontik dan Pakar Pembedahan Oral. "Ianya bagi membantu pesakit untuk memahami keperluan serta keberkesanan sebelum melakukan kedua-dua rawatan ini ke atas diri mereka,” ujarnya lagi. buletinKELIP Edisi 2/2022 (Mei - Ogos 2022) KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 33
Apa yang dapat kita katakan mengenai ‘kesan sebelum kesal’ apabila barah payudara dapat dikesan awal berbanding barah lain? Menjawab persoalan tersebut, penyakit barah usus sebagai contohnya apabila pesakit mengalami simptom seperti mengeluarkan darah semasa membuang najis, tidak lawas membuang najis, hal itu menunjukkan barah atau ketumbuhan tersebut telah berada dalam keadaan yang sudah lewat untuk menerima rawatan. Berbeza pula dengan barah payudara, simptom lazim bagi barah ini ialah ketulan di payudara dan pesakit mudah untuk mengesannya seawal ketulan sebesar kacang. Menurut Pakar Perunding Bedah merangkap Penyelaras Klinikal 'Breast Cancer Awareness and Research' (BestARI), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Wan Zainira Wan Zain, kebolehsembuhan pesakit barah payudara bergantung kepada tahap kanser yang dihidapinya. "Jika kanser dikesan awal, ketumbuhan mungkin masih lagi kecil dan belum merebak kemana-mana, keboleh sembuhan pesakit daripada penyakit kanser adalah jauh lebih tinggi daripada pesakit yang datang dalam keadaan ketumbuhan yang sudah besar dan telah merebak ke organ-organ lain di dalam badan. “Jika pesakit datang dalam keadaan penyakit kanser yang sudah merebak ke organ lain, perawat yang akan merawat tidak dapat membantu dalam memberikan rawatan dan hayat pesakit mungkin akan tidak lama," ujarnya semasa ditemubual dalam rancangan Sembang Sihat, Radio Kelantan FM. Tambah Wan Zainira, kaum hawa perlu lebih cakna dengan payudara masing-masing bagi mengesan kanser payudara pada peringkat awal. "Kita perlu melakukan pemeriksaan jika mempunyai perubahan pada payudara danwanita yang masih kedatangan haid dinasihatkan supaya melakukan pemeriksaan seminggu sebelum atau seminggu selepas kedatangan haid setiap bulan. "Sekiranya pemeriksaan dijalankan terlalu dekat dengan waktu haid, payudara wanita ketika itu sedang “engorged” dan akan rasa seperti semua kawasan berketul-ketul serta menimbulkan Dr. Wan Zainira Wan Zain Pakar Perunding Bedah & Penyelaras Klinikal BestARI Jabatan Surgeri Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan, USM Teks: Wan Salizawati Wan Ismail Kanser Payudara Kesan Sebelum Kesal 34 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA SEMBANG SIHAT
ketidakpastian sama ada ketulan tersebut adalah bahaya atau ketulan biasa," jelasnya lagi. Wan Zainira berkata, bagi wanita yang sudah putus haid pula dinasihatkan untuk menetapkan tarikh sebulan sekali secara tetap untuk melakukan pemeriksaan terhadap payudara mereka. “Pemeriksaan boleh dilakukan di hadapan cermin semasa mandi dengan melihat dan memerhati perubahan pada payudara masing-masing. "Kebanyakan wanita memiliki payudara yang ukurannya tidak sama besar (payudara kanan lebih besar atau lebih kecil daripada yang sebelah kiri). “Ketidaksamaan saiz kanan dan kiri itu biasanya normal, tetapi jika terdapat perbezaan yang ketara, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan lanjut," ulasnya. Menurut Wan Zainira, pemeriksaan juga boleh dilakukan dengan cara berdiri dengan posisi lengan dibiarkan lurus ke bawah dan perhatikan bentuk, ukuran, permukaan, warna kulit, bentuk puting payudara serta lihat sama ada terdapat perubahan atau tidak sambil memicit perlahan puting sekiranya ada cecair yang keluar daripada puting. Wan Zainira turut menjelaskan bahawa kajian mendapati penghidap kanser payudara adalah wanita yang terdedah kepada tahap estrogen yang tinggi sama ada secara natural atau external. "Bagi penghidap kanser payudara secara natural mereka biasanya terdiri daripada wanita yang tidak pernah mengandung, melahirkan anak pada usia selepas 30 tahun, tidak menyusukan anak, haid pertama awal iaitu ketika umur kurang 12 tahun dan putus haid lambat iaitu melebihi 55 tahun. Bagi kategori external pula, mereka biasanya terdiri daripada wanita yang mengamalkan pengambilan hormon pil perancang dan menerima rawatan terapi hormon gentian,” kata Wan Zainira lagi. Menurut beliau, sekiranya pesakit datang ke hospital bagi mendapatkan rawatan, pihaknya akan menjalankan pemeriksaan tiga (3) serangkai iaitu pemeriksaan klinikal, pemeriksaan imej (mamogram dan ultrasound) serta pengambilan tisu. "Perawatan kanser payudara bergantung kepada tahap kanser itu dan seperti yang semua tahu, kanser buletinKELIP Edisi 2/2022 (Mei - Ogos 2022) KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 35 payudara ada empat (4) tahap. “Dari segi prognosis kajian perubatan, tahap satu tempoh survival untuk lima (5) tahun adalah 98%, tahap dua (2) tempoh hayat dalam lima (5) tahun adalah 93%, dan tahap tiga (3) ialah 72%. "Apa yang menyedihkan apabila pesakit datang dengan tahap empat (4) kerana ia mencatatkan hanya 28% tempoh hayat hidup pesakit dalam masa lima (5) tahun," ujarnya. Wan Zainira memberitahu, dari segi rawatan, sekiranya pesakit datang mendapatkan rawatan pada tahap awal, mereka berkemungkinan tidak perlu menjalani pembedahan besar. "Doktor hanya perlu membuang kawasan yang ada ketulan beserta sedikit tisu di sekelilingnya sahaja. “Sekiranya pesakit datang pada tahap tiga (3) dan empat (4), rawatan kemoterapi akan diberi bagi mengurangkan risiko penyakit berulang dan selepas kemoterapi awal yang dinamakan 'neoadjuvant chemotherapy' barulah pembedahan ke atas pesakit boleh dilakukan. “Selain kemoterapi, selepas pesakit melakukan pembedahan, kebanyakan pesakit akan meneruskan rawatan radioterapi di kawasan pembedahan yang telah sembuh untuk memastikan penyakit kanser setempat tidak berulang,” jelasnya. Wan Zainira turut berpesan agar semua wanita melakukan pemeriksaan awal bagi mengesan kanser payudara dan mereka juga digalakkan hadir secara terus ke Klinik BestARI Hospital USM untuk mendapatkan rawatan awal bagi mencegah kanser yang lebih teruk.
Bengkak dileher adalah perkara biasa kita dengari tetapi tahukah anda bengkak di leher ini mempunyai faktor penyebab hingga boleh mengakibatkan kanser. Oleh itu, pengesanan awal amat penting jika terasa perbezaan luar biasa pada tubuh kita. Pensyarah dan Pakar Perubatan Nuklear, Jabatan Perubatan Nuklear, Radioterapi dan Onkologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Wan Fatihah Wan Sohaimi berkata, bengkak di leher kebiasaannya bermula daripada kulit, kelenjar air liur, kelenjar limfa dan tiroid akibat jangkitan kuman. “Terdapat tiga jenis bengkak di leher iaitu bengkak kelenjar air liur yang bersifat sementara malah tidak berbahaya serta akan surut dalam tempoh satu hingga dua minggu, kedua bengkak disebabkan ketumbuhan contohnya lipoma dan beguk yang bengkaknya berpanjangan dan tidak perlu risau tetapi memerlukan rawatan dari doktor dan bengkak akibat kanser. BENGKAK DI LEHER PERLU PERHATIAN LEBIH SERIUS ELAK fifffflffifl Teks: Muhd Zulkifli Zakaria SEMBANG SIHAT 36 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Dr. Wan Fatihah Wan Sohaimi Pensyarah dan Pakar Perubatan Nuklear Jabatan Perubatan Nuklear, Radioterapi & Onkologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan, USM
“Salah satu kanser yang mempunyai fizikal sama dengan bengkak di leher adalah kanser tiroid di mana kebanyakan masyarakat kita beranggapan bahawa kanser adalah sejenis penyakit yang akan mengalami kesakitan yang teruk tapi sebenarnya ia tidak sakit dan oleh sebab itu ramai yang mengambil mudah hal tersebut tanpa mendapatkan rawatan lanjut sehingga kanser berada pada tahap yang membimbangkan,” katanya ketika ditemubual di konti Radio Kelantan FM. Tambah Wan Fatihah, mengikut data Pendaftaran Kanser Negara, kanser tiroid adalah kanser kelapan tertinggi di Malaysia terutama dalam kalangan wanita berbanding lelaki. “Kanser tiroid terbahagi kepada dua jenis iaitu tidak agresif dan agresif di mana kanser tidak agresif akan dirujuk mengikut kategori umur iaitu umur 55 tahun ke bawah dikira tahap satu (1) dan dua (2) walaupun kanser tersebut telah merebak tetapi masih boleh dirawat serta mempunyai harapan untuk sembuh. “Rawatan utama kanser tiroid adalah melalui pembedahan dan rawatan kedua pula, pesakit perlu mengambil ubat hormon sepanjang hidupnya dan akan dirujuk ke Jabatan Perubatan Nuklear untuk rawatan seterusnya iaitu 'Radioaktif Iodin' yang hanya terdapat di USM bagi negeri di kawasan Pantai Timur,” katanya lagi. Menurut Wan Fatihah, 'Radioaktif Iodin' adalah rawatan istimewa yang akan diberikan mengikut risiko pesakit dan rawatan kanser tiroid ini tidak seperti kanser lain kerana ia tidak memerlukan rawatan kimoterapi. Beliau turut menasihatkan dan berharap orang ramai atau ahli keluarga dapat menjadi ajen kepada doktor memandangkan ramai yang beranggapan bahawa bengkak di leher adalah biasa dan kesedaran rakyat di Malaysia umumnya berkaitan kanser tiroid masih rendah serta membimbangkan. “kanser tiroid adalah kanser kelapan tertinggi di Malaysia terutama dalam kalangan wanita berbanding lelaki.” buletinKELIP Edisi 2/2022 (Mei - Ogos 2022) KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 37
Umum mengetahui tentang kebaikan aktiviti fizikal atau bersenam terhadap kesihatan tubuh badan manusia. Dengan bersenam, risiko penyakit kronik seperti obesiti, darah tinggi atau kencing manis dapat dielak. Namun, masih ramai individu dewasa yang tidak melakukan aktiviti fizikal atau senaman dengan secukupnya. Pensyarah Program Sains Senaman dan Sukan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Adam Abdul Malik berkata, antara punca utama berlakunya permasalahan ini adalah sikap dan tingkah laku seseorang. “Tingkah laku seseorang mempunyai hubung kait dengan tahap kesihatan secara keseluruhan. "Perubahan tingkah laku senaman adalah perkara yang sukar untuk dimulakan dan ia boleh menjadi lebih mencabar untuk mengekalkannya dalam jangka waktu panjang. "Proses pembentukan tingkah laku senaman adalah sesuatu yang kompleks dipengaruhi oleh faktor luaran seperti sokongan sosial, keadaan cuaca dan kemudahan lebih cenderung untuk mempengaruhi pembentukan tingkah laku disokong oleh faktor dalaman seperti berasa gembira atau nikmat terhadap senaman yang dilakukan dan kawalan kendiri terhadap pemilihan senaman yang boleh mengekalkan perubahan tingkah laku dalam jangka waktu yang panjang jika dibandingkan dengan faktor luaran,” katanya ketika ditemubual di konti Radio Kelantan FM. Menurut Adam, pelbagai strategi boleh dilakukan dengan menumpukan terhadap faktor dalaman untuk menggalakkan amalan bersenam atau aktiviti fizikal dalam kalangan orang dewasa. Tambah Adam, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), golongan dewasa berusia 18 tahun dan ke atas perlu melakukan 150 minit aktiviti fizikal yang berintensiti sederhana setiap minggu. Kepentingan Tingkah Laku Senaman terhadap KESIHATAN SEMBANG SIHAT 38 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Teks: Mohamad Hairol Rasli Dr. Adam Abdul Malik Pensyarah Program Sains Senaman dan Sukan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Kampus Kesihatan, USM
"Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mendapati satu (1) daripada empat (4) orang dewasa adalah tidak aktif fizikal. “Antara alasan utama yang sering digunakan untuk tidak melakukan aktiviti fizikal atau senaman ialah tiada masa untuk bersenam, tiada tenaga dan berasa letih untuk melakukan aktiviti senaman serta kurang motivasi untuk bersenam," ujarnya. Adam berkata, kajian menunjukkan hampir 50% peserta yang terlibat dengan sebarang program senaman akan menarik diri selepas tiga (3) hingga enam (6) bulan berpunca daripada perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh alasan-alasan tersebut. Menurut beliau, manusia mempunyai satu kecenderungan untuk memilih sesuatu aktiviti yang boleh membawa keselesaan dan keseronokan serta tidak membebankan dan mengelak mana-mana aktiviti yang boleh membawa kemudaratan terhadap diri mereka sendiri. "Kecenderungan ini akan menyebabkan pengekalan atau konsistensi terhadap tingkah laku dalam jangka buletinKELIP Edisi 2/2022 (Mei - Ogos 2022) KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 39 masa yang panjang dan aktiviti yang menyeronokkan akan meningkatkan motivasi seseorang untuk mengulangi tingkah laku tersebut dari semasa ke semasa. "Antara strategi yang boleh dilakukan ialah dengan mendengar muzik sewaktu bersenam, memilih intensiti senaman yang sesuai semasa bersenam, memilih jenis senaman mengikut minat dan melakukan aktiviti senaman secara berkumpulan," katanya. Beliau turut menekankan kepentingan aktiviti fizikal dan senaman adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh. "Individu yang cergas mampu melakukan pelbagai perkara daripada mengangkat barang yang berat hinggalah menaiki tangga tanpa sebarang masalah. "Malah, bukan itu sahaja, senaman juga mempunyai pelbagai kebaikan terhadap kesihatan mental, sistem kardiovaskular, sistem pernafasan dan kondisi fizikal seseorang pada masa hadapan," ulasnya lanjut.
Dr. Umi Mardhiyyah Mat Ali Pensyarah Pergigian & Pakar Ortodontik Unit Ortodontik Pusat Pengajian Sains Pergigian Kampus Kesihatan, USM ‘Braces’ Rawatan Ortodontik Interseptif: untuk Kanak-kanak Rawatan Ortodontik Interseptif atau pintasan merupakan rawatan awal yang diberikan kepada kanak-kanak untuk menghapus atau mengurangkan keterukan maloklusi atau susunan gigi apabila mereka dewasa kelak. Rawatan ini melibatkan pemakaian pendakap gigi yang lebih popular dengan panggilan ‘braces’ dan ia terdapat dalam dua bentuk sama ada boleh tanggal atau tetap. Menurut Pensyarah Pergigian dan Pakar Ortodontik, Program Ortodontik, Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Umi Mardhiyyah Mat Ali, maloklusi terjadi disebabkan oleh beberapa faktor. “Antaranya faktor tulang rahang, tisu lembut seperti bibir, lidah, pipi atau faktor setempat seperti gigi itu sendiri semasa pembentukan gigi kekal dan akibat tabiat menghisap jari dalam kalangan kanak-kanak. “Antara contoh maloklusi ialah gigitan terbalik atau gigitan silang, gigi kekal lambat tumbuh atau terimpak dan kehilangan awal gigi susu,” katanya ketika ditemubual dalam Rancangan Sembang Sihat bersama Kelantan FM. Tambah Umi, masa yang sesuai mendapatkan rawatan Ortodontik Interseptif adalah semasa kanak-kanak berada dalam fasa kegigian campuran. “Kebiasaannya fasa ini bermula ketika kanak-kanak berumur lima (5) hingga enam (6) tahun, di mana gigi kekal pertama mulai tumbuh dan berakhir pada umur tiga belas (13) tahun apabila gigi susu terakhir tertanggal. “Ibu bapa perlu membawa anak-anak untuk menjalani pemeriksaan gigi secara berkala dan tidak hanya menunggu mereka mengadu sakit gigi baharu membuat pemeriksaan,” katanya lagi. SEMBANG SIHAT 40 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Teks: Mohd Hafiz Ya’acob
Jelas beliau, rawatan Ortodontik Interseptif yang ditawarkan oleh Klinik Pakar Ortodontik, Hospital USM merangkumi pemakaian pendakap gigi ‘braces’ sama ada yang boleh tanggal atau pendakap gigi tetap yang ringkas. “Pendakap gigi boleh tanggal perlu dipakai setiap masa, namun boleh ditanggalkan pada waktu makan atau ketika memberus gigi, sebaliknya bagi pendakap gigi yang tetap, ia tidak boleh ditanggalkan. "Contoh lain bagi rawatan Ortodontik Interseptif ini ialah pemakaian alat seperti ‘twin block’ atau ‘headgear’ untuk masalah pembentukan rahang dan buletinKELIP Edisi 2/2022 (Mei - Ogos 2022) KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 41 juga alat untuk menghentikan tabiat menghisap jari. “Di Hospital USM, rawatan Ortodontik Interseptif ditawarkan di bawah Unit Ortodontik dan juga pergigian kanak-kanak,” jelasnya. Umi berkata, pesakit yang datang ke Hospital USM perlu menjalani sesi penilaian maloklusi terlebih dahulu dan didiagnos sebelum disyorkan pelan rawatan yang bersesuaian dengan kes mereka. Beliau turut menasihati ibu bapa supaya membawa anak mereka mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor pergigian yang bertauliah sekiranya mempunyai masalah maloklusi gigi.
Bila saya bawa pesakit atau hantar jenazah, itu merupakan satu kepuasan untuk diri saya bukan sahaja kerana komitmen kerja malah secara tidak langsung saya dapat menolong masyarakat", demikian luahan hati Zulpakar Mahmood, salah seorang pemandu di Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset (JPPA), Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM). Zulpakar yang melapor diri sebagai Pemandu pada 1 Jun 2006, ternyata gembira dengan kerjaya yang disandang. Berkongsi pengalaman sepanjang tempoh perkhidmatan, bapa kepada dua (2) orang anak ini mempunyai pengalaman luas dalam bidang pemanduan termasuk pernah bekerja sebagai pemandu bas ekspres. "Pengalaman bekerja sebelum ini banyak membantu saya dalam menjalani proses kerja di USM yang mana pada peringkat awal bekerja, saya bertanggungjawab untuk membawa tetamu luar atau pengurusan tertinggi universiti yang datang ke Kampus Kesihatan. Tetapi selepas lapan (8) bulan, saya memohon untuk bekerja secara shif pula. "Kebetulan pada masa itu, ada kekosongan untuk pemandu ambulans dan saya menerima penempatan tersebut dengan lapang dada kerana sebagai pemandu ambulans, saya bekerja mengikut shif yang ditetapkan oleh penyelia," ujarnya ketika ditemubual. Berkongsi cerita sepanjang beliau menjadi pemandu ambulans, pelbagai kenangan manis, getir dan mendebarkan pernah dilalui semasa menghantar pesakit dan jenazah sama ada bersendirian mahupun ditemani keluarga pesakit atau rakan pemandu yang lain. "Pernah satu hari, saya ditugaskan untuk hantar pesakit yang balik ke rumah ditemani oleh ibu beliau. Dalam perjalanan, si ibu memberitahu tiada sebarang respon daripada anak beliau, dan pada waktu itu, saya terus memberhentikan ambulan bagi memeriksa apa yang sedang berlaku sebagaimana yang dimaklumkan oleh si ibu. 42 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Bersama Ambulans dan Van Jenazah fifffflffffiffflff fifffflffiflfl Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid KISAH INSPIRASI
"Setelah diperiksa, ternyata pesakit tidak lagi bernafas dan tiada denyutan nadi. Disebabkan pesakit memang mempunyai penyakit kronik dan tidak ada harapan untuk sembuh, ibu beliau menerima apa yang berlaku serta terus menghubungi keluarga untuk membuat persiapan sepatutnya," cerita beliau lagi. Menurut Zulpakar, perjalanan diteruskan tanpa sebarang kata. Dalam situasi sebegitu, beliau dapat melihat kesedihan si ibu dan merasakan perjalanan untuk sampai ke rumah pesakit terlalu jauh. "Setibanya di destinasi, saya bersama-sama ahli keluarga mengusung 'jenazah' naik ke rumah dan diletakkan di atas tilam yang telah disediakan. Sebaik sahaja diletakkan, 'jenazah' bangun dan meminta air dari kakak beliau. Apalagi, semua yang ada terkejut dan pada masa yang sama, saya terus turun dari rumah, hidupkan enjin ambulans dan pecut balik ke hospital KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 43 tanpa berhenti di mana-mana pun. "Dalam fikiran saya pada saat itu, hanya mahu cepat sampai di ofis, kalau perjalanan pergi tadi saya dapat rasakan jalan yang berlubang, bersimpang-siur, tetapi semasa pulang setelah insiden berkenaan, tidak terasa ada lubang-lubang atau lopak walaupun melalui jalan yang sama," laju bicaranya bercerita sambil ketawa mengingati semula insiden tersebut. Menyoroti pelbagai kenangan yang dilalui, hakikatnya tugas tersebut banyak memberi peluang untuk Zulpakar menyumbang kepada masyarakat. "Saya pernah menguruskan jenazah hingga ke liang lahad kerana ahli keluarga si mati kebanyakannya adalah wanita dan menjadi tanggungjawab saya untuk membantu. "Sememangnya kerja ini memberi ruang yang sangat luas untuk saya membantu mereka yang memerlukan kerana saya suka bercampur dengan masyarakat dan menolong setakat yang termampu," jelasnya. Dalam komitmen memikul tanggungjawab di pejabat, Zulpakar sangat berterima kasih kepada isteri dan anak-anak yang memahami situasi kerja beliau dan sentiasa memberi sokongan. "Selain keluarga yang sentiasa menjadi tulang belakang, saya juga bersyukur kerana dikelilingi rakan-rakan setugas yang saling menyokong serta membantu pada bila-bila masa. "Ini juga menjadi kekuatan kepada saya dalam melaksanakan tugas harian dengan penuh semangat. "Kepada mereka yang baru mendapat pekerjaan, berlapang dada menerima tugasan yang diberikan kerana dengan cara itu, kita akan sentiasa rasa gembira dengan kerjaya kita," ujar beliau mengakhiri perbualan. buletinKELIP Edisi 2/2022 (Mei - Ogos 2022)
KISAH INSPIRASI 44 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Pengorbanan kepada negara boleh terlahir dalam pelbagai cara. Pejuang serta pemimpin terdahulu berkorban memerdekakan tanah air. Lain pula bagi Mat Hussin Yusoff, 58, pengorbanan beliau terzahir menerusi perbuatannya yang suka menderma darah. Beliau tidak pernah mengharapkan jasanya disanjung, jauh sekali diberi anugerah atau pingat, namun bagi lelaki bersosok tubuh kecil ini kehidupannya bagaikan tidak lengkap sekiranya beliau tidak menderma darah. Sejak pertama kali melangkah ke alam pekerjaan dan mendaftar diri sebagai staf Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) pada 15 Ogos 1984, beliau memasang niat ingin menjadi penderma darah kepada pesakit Hospital USM kerana beranggapan itu sahaja khidmat atau sumbangan yang beliau mampu berikan kepada pesakit. Niatnya itu dilunaskan apabila Hospital USM menubuhkan Unit Perubatan Transfusi (UPT) atau lebih dikenali ‘tabung darah’ sebagai tempat untuk menderma darah. Sepanjang 38 tahun perkhidmatannya di Hospital USM, Mat Hussin yang bakal bersara pada 20 September nanti telah menderma darah sebanyak 125 kali dan memiliki lima (5) buah buku rekod derma darah. Bercerita mengenai sikapnya yang suka menderma darah, Mat Hussin yang bertugas di Seksyen Melipat, Bahagian Perkhidmatan Dobi, Unit Pentadbiran dan Kemudahan Am, Hospital USM, memberitahu, setiap orang perlu mengenalpasti platform yang boleh menyumbang bukan sahaja wang, tenaga dan masa tetapi keperluan yang boleh membantu menyelamatkan nyawa orang lain. “Saya tidak pernah terpikir untuk diangkat sebagai wira atas sumbangan kecil saya ini, namun saya berasa sangat bangga kerana dapat menunaikan tanggungjawab serta membantu mereka yang memerlukan. Derma Darah 125 Kali Sejak UPT Ditubuhkan Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel
KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 45 buletinKELIP Edisi 2/2022 (Mei - Ogos 2022) “Menderma darah tidak perlu mengeluarkan modal tetapi ia sedikit sebanyak membantu para penderma mengesan penyakit lain lebih awal sebelum ianya memudaratkan kesihatan dan menjadi lebih parah,” ujarnya. Bapa kepada enam cahaya mata ini berhasrat untuk terus menderma darah selagi termampu bergantung kepada tahap kesihatannya walaupun telah bersara nanti. “Apabila bergelar penderma darah tetap, saya merasakan kehidupan saya bagaikan tidak lengkap sekiranya tidak menderma darah setiap tiga (3) bulan sekali. “Sesibuk manapun saya bekerja, saya tetap akan meluangkan masa sekurang-kurangnya satu (1) jam untuk ke UPT bagi menderma darah kerana hanya ini sahaja sumbangan yang mampu saya berikan dan saham untuk bekalan akhirat,” jelasnya lagi. Mat Hussin yang bakal menamatkan khidmatnya sebagai Pembantu Awam H14 turut berpesan agar generasi muda khususnya staf- staf baharu Hospital USM menyedari kepentingan menderma darah untuk kesihatan badan masing-masing. "Badan akan sentiasa berasa sihat apabila kita sering menderma darah dan pada masa yang sama kita boleh menyelamatkan tiga nyawa hasil daripada setiap pek darah yang didermakan. “Alhamdulillah, saya dikurniakan kesihatan yang baik dan tidak mengalami sebarang masalah setiap kali menderma darah,” katanya. Mat Hussin yang merupakan penderma darah jenis A berkata, sebanyak 450 milimeter darah diberikan setiap kali menderma. “Setiap kali UPT membuat hebahan kekurangan stok darah, saya mula berasa gelisah dan akan mewar-warkan kepada rakan-rakan untuk tampil membantu menderma darah. "Saya juga menyarankan kepada masyarakat untuk mengambil peluang bergelar penderma darah kerana sumbangan kita ini pastinya sangat membantu mereka yang memerlukan darah,” rayunya lagi.
NUR AZWA Tidak Kekok Pandu dan KendaliAmbulans KISAH INSPIRASI Mungkin seakan tidak percaya apabila melihat kaum wanita mampu mengendalikan ambulans kerana tugas ini biasanya digalas oleh kaum lelaki, namun itu adalah tanggungjawab yang perlu digalas oleh Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di Jabatan Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM). Tugas yang diberi sedikitpun tidak mematahkan semangat PPP wanita untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab sama seperti PPP lelaki dalam memberikan khidmat terbaik kepada pesakit. Menyelusuri kisah salah seorang PPP wanita yang mampu mengendalikan ambulans sebagai pemandu selain turut bertindak sebagai paramedik, Nur Azwa Saiful Bahrin, 30, memberitahu, berbekalkan keazaman yang tinggi, beliau menyahut cabaran yang dipertanggungjawab kepadanya dengan hati terbuka selepas melapor diri sebagai PPP di Jabatan Kecemasan, Hospital USM pada tahun 2015. “Bermula tahun 2018, setiap kali mendapat panggilan kecemasan dan ditugaskan untuk ke tempat kejadian, saya biasanya digandingkan dengan seorang lagi PPP bertanggungjawab untuk memeriksa dan memastikan ambulans serta beg peralatan kecemasan dalam keadaan baik dan sedia untuk digunakan kerana kebanyakan kes trauma atau medikal perlu diberikan rawatan segera di tempat kejadian atau di dalam ambulans. “Pelbagai cabaran, suka duka, pahit manis, cacian dan hinaan dilalui apabila berhadapan dengan pelbagai kategori masyarakat dan itu sudah menjadi asam garam hidup saya tetapi pengalaman inilah yang mematangkan saya dalam membuat keputusan bagi menyelesaikan sesuatu kes,” ujarnya semasa ditemubual. Menurut Azwa, pada peringkat awal mengendalikan ambulans, penerimaan masyarakat apabila melihat dua orang PPP wanita yang tiba di tempat kejadian seakan tidak yakin dengan kemahiran dan Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel 46 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA
kepakaran kami. “Namun, apabila kami menguruskan pesakit daripada memberikan rawatan, mengangkat dan menyorong pesakit masuk ke dalam ambulans, mereka terkesima melihat kudrat kaum hawa juga mampu melaksanakan tugas yang sebelum ini dimonopoli oleh kaum adam. “Terima kasih kepada pihak pengurusan USM kerana memberi peluang dan tanggungjawab melaksanakan skop tugas yang sama kepada PPP wanita agar kami mampu bersaing dan berada sebaris dengan PPP lelaki yang lain,” kata anak kelahiran Senawang, Negeri Sembilan ini. Azwa turut berterima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberi semangat serta galakan untuk beliau meneruskan tugasnya menabur bakti kepada masyarakat. Sementara itu, menurut Pensyarah Kanan, Jabatan Perubatan Kecemasan, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM yang juga Penyelaras Perkhidmatan Pra-hospital, Dr. Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah, Hospital USM merupakan pelopor di Malaysia yang memperkenalkan PPP (wanita dan lelaki) sebagai pemandu dan pada masa yang sama memberi perawatan (paramedik) dalam sesebuah ambulans. “Tercetusnya idea untuk memperkenalkan sistem ini selepas banjir besar pada tahun 2014 dan kami merasakan perkhidmatan ambulans perlu dinaiktaraf. buletinKELIP Edisi 2/2022 (Mei - Ogos 2022) “Kalau dahulu, perkhidmatan ambulans dikendalikan oleh seorang pemandu, seorang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK), seorang PPP dan seorang Pegawai Perubatan iaitu memerlukan empat (4) orang kakitangan dalam satu masa untuk mengendalikan satu kes panggilan ambulans. “Bermula 15 Mac 2017, Hospital USM mula melaksanakan sistem baharu yang mana dua (2) orang PPP ditugaskan untuk mengendalikan sebuah ambulans termasuklah memandu dan merawat mangsa," katanya. Beliau yang juga Penyelaras Pusat Pengurusan Bencana, Kampus Kesihatan USM, berkata, sistem ini merupakan cetusan idea daripada Pengarah Hospital USM, Profesor Dato’ Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman yang ketika itu merupakan Ketua Jabatan, Jabatan Perubatan Kecemasan USM. “Beliau memanggil saya bersama dua lagi Penyelia PPP iaitu PPP Rozlan Yaacob dan PPP Mohd Zainuddin Berhim untuk berbincang dan menghasilkan kertas kerja sebelum dibentangkan kepada pengurusan tertinggi universiti mengetengahkan cadangan untuk mengimplementasi PPP sebagai pemandu dan pemberi rawatan dalam sesebuah ambulans. “Cadangan kami diterima sepenuhnya oleh pengurusan tertinggi kerana ia tidak melibatkan kos selain turut menjimatkan sumber manusia,” ujarnya lagi. Tambah beliau lagi, sejak menggunakan sistem ini, implikasi terbesar yang direkodkan ialah berjaya mengurangkan sela masa panggilan ambulans untuk sampai ke lokasi kejadian daripada 28.7 minit kepada 11.3 minit sehingga kini. “Selain itu, ia juga berjaya mengurangkan aduan daripada masyarakat yang menerima perkhidmatan kami. “Bertepatan dengan moto USM iaitu ‘We Lead’, USM sentiasa menjadi yang terawal melakukan sesuatu perubahan dan saya berharap sistem ini diamalkan secara berterusan selain menjadi penanda aras kepada hospital lain di seluruh Malaysia dengan mengambil kira model yang dilaksanakan di Hospital USM di dalam Perkhidmatan Pra-hospital khususnya," ulasnya. KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 47
Teks : Mohamad Iqmal Mathlan 1 Syawal Dirai Penuh Kesyukuran Meskipun sambutan 1 Syawal pada tahun ini amat bererti kepada seluruh umat Islam kerana telah dibenarkan menyambutnya berbanding tahun sebelum ini ekoran pandemik COVID-19, namun ada juga pelajar yang terpaksa beraya di kampus. Di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), sebilangan pelajar berada di kampus pada hari lebaran terutama pelajar antarabangsa, pelajar tahun akhir dan pelajar pasca siswazah yang memilih untuk beraya di kampus. Sehubungan itu, sempena kedatangan 1 Syawal, Pusat Islam Kampus Kesihatan dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) mengambil inisiatif meraikan sambutan hari raya dengan menyediakan pelbagai juadah seperti satay, nasi hujan panas serta kuih muih kepada pelajar yang dibungkus dan diagihkan oleh sukarelawan bertugas. Menurut Pemangku Timbalan Pengarah Pusat Islam Kampus Kesihatan, Amira Abd Sattar @ Ismail, menu juadah hari raya ini merupakan inisiatif Pusat Islam dan BHEPA dan diharap ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan perasaan sedih kerana tidak dapat balik beraya dan juga mengambil peluang meraikan 1 Syawal di dalam kampus setelah dua tahun kita tidak meraikan suasana raya sepanjang tempoh PKP. Salah seorang pelajar antarabangsa yang tidak balik beraya, Altamimi Mouayyad, 23, dari Arab Saudi yang sudah dua tahun tidak balik beraya bersama keluarga tercinta berkata, suasana sambutan hari raya di dalam kampus bersama rakan-rakan yang lain dapat mengubati perasaan rindu kepada keluarga. "Saya jadikan pengorbanan ini sebagai satu titik permulaan dalam persediaan menempuh alam kerjaya dalam bidang perubatan agar dapat mendepani dugaan dan cabaran yang akan mendatang kelak, ” kata pelajar perubatan tahun empat ketika ditemui usai solat sunat Aidilfitri di Masjid Mukim Kampus Kesihatan. SOROTAN PROGRAM DI KAMPUS KESIHATAN 48 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA fifffflffiflffiffi