Muka Surat PERMOHONAN DAN KELULUSAN 1 PENETAPAN TARIKH, MASA DAN TEMPAT PROGRAM 2 JEMPUTAN 2 - 6 ATUR CARA 7-8 TEKS UCAPAN 9 PENGACARA MAJLIS 10 BACAAN DOA 10 PERSEMBAHAN 11 PENGURUSAN SAMBUTAN 12-13 KESELAMATAN 14 KEPERLUAN TEKNIKAL DAN KEMUDAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 15 - 16 BAHAN PROMOSI (Kain Rentang (Banner), Bunting, Backdrop) 17 HEBAHAN DAN PUBLISITI 18 MEDIA 19 CENDERAMATA 20 GIMIK MAJLIS/ PERASMIAN 20 BUKU PROGRAM 20 TAYANGAN VIDEO & MULTIMEDIA 21 JURUKAMERA FOTO/VIDEO 21 PROTOKOL 21 LIPUTAN OLEH PUSAT MEDIA DAN PERHUBUNGAN AWAM (MPRC) 22 LAMPIRAN 23-30 ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA BUTIRAN TINDAKAN 1 PERMOHONAN DAN KELULUSAN Pengarah Kampus Pengarah Hospital 1. Program/ aktiviti peringkat kampus dan hospital melibatkan organisasi luar atau orang awam, permohonan perlu diperolehi daripada: Penganjur 2. Jika program/aktiviti peringkat jabatan (dalaman), kelulusan hanya perlu diperingkat Dekan atau Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ). Majukan surat pemakluman kepada Pengarah Kampus. 3. Permohonan mestilah selewat-lewatnya satu bulan sebelum tarikh program. 2 PENETAPAN TARIKH, MASA DAN TEMPAT PROGRAM 1. Program dengan kehadiran Pengarah Kampus/Pengarah Hospital dan ke atas. · Jabatan/PTJ perlu mendapatkan tarikh dan masa sesuai daripada pejabat yang berkaitan. 2. Program tanpa kehadiran Pengarah Kampus/Pengarah Hospital dan ke atas. · Tarikh, masa dan tempat mengikut Jabatan/ PTJ. · Mendapatkan tarikh, masa yang sesuai dengan perasmi yang dijemput (jika ada) Penganjur Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC) 1
BIL PERKARA BUTIRAN TINDAKAN 3 JEMPUTAN A. Kategori Jemputan Penganjur perlu menentukan senarai jemputan yang merangkumi: i. Jemputan Perasmi – menggunakan surat rasmi. ii. Jemputan Kenamaan – menggunakan kad atau surat. iii. Jemputan Tetamu – menggunakan kad atau surat. iv. Peserta – menggunakan kad atau surat. v. Lain-lain (mahasiswa) – menggunakan kad atau surat. B. Perasmi Penganjur i. Penganjur dinasihatkan untuk merujuk kepada Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC) sebelum mengeluarkan jemputan kepada perasmi atau penceramah bagi mengelak sebarang isu-isu berbangkit yang boleh menjejaskan nama baik universiti. ii. Selain itu perasmi atau penceramah yang dipilih hendaklah mengikut kesesuaian dan skala majlis. iii. Penganjur juga boleh berhubung dengan pihak perasmi terlebih dahulu berkenaan tarikh yang bersesuaian. 2
BIL PERKARA BUTIRAN TINDAKAN Samb 3 JEMPUTAN C. Jemputan kepada senarai berikut perlu ditandatangani oleh Naib Canselor : i. Kerajaan Persekutuan : Ketua Setiausaha Kementerian, Timbalan Menteri dan ke atas (termasuk Kerabat Diraja) ii. Kerajaan Negeri : Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri(termasuk Kerabat Diraja) iii.Institut Pengajian Tinggi : Naib Canselor dan ke atas. iv. Jika Naib Canselor berada di luar negara, surat jemputan boleh ditandatangani oleh Pemangku Rasmi Naib Canselor selepas dimaklumkan kepada Timbalan Pendaftar Kanan, Pejabat Naib Canselor. v. Bagi jemputan kepada Ahli Lembaga Pengarah Universiti, surat jemputan hendaklah ditandatangani oleh Pendaftar. D. Tempoh jemputan i. Jemputan kepada perasmi (Pengurusan Tertinggi USM) hendaklah dikeluarkan selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh acara. ii. Setiap jemputan untuk pihak luar bagi menghadiri majlis hendaklah dikeluarkan sekurang-kurangnya 21 hari / tiga (3) minggu sebelum tarikh majlis. Penganjur 3
BIL PERKARA BUTIRAN TINDAKAN Samb 3 JEMPUTAN iii. Setiap jemputan kepada pihak luar untuk merasmikan majlis hendaklah dikeluarkan sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum majlis. (Contoh: Menteri) E. Bentuk Jemputan i. Jemputan untuk pihak luar merasmikan majlis yang ditandatangani oleh Naib Canselor hendaklah menggunakan surat rasmi bersama atur cara dan brosur berkaitan program yang dirangka oleh penganjur dan diserahkan kepada Pejabat Pengarah Kampus untuk urusan seterusnya dalam tempoh 2 bulan sebelum majlis. ii. Jemputan untuk pihak luar untuk menghadiri majlis boleh menggunakan surat atau kad yang direka oleh penganjur yang telah disahkan rekaannya oleh Pusat Media Dan Perhubungan Awam. iii. Borang jawapan kehadiran hendaklah disertakan bersama surat jemputan dan atur cara. iv. Pelekat khas kenderaan boleh disertakan untuk majlis utama universiti. v. Jadual pergerakan perasmi, jemputan dan peserta bermula dari ketibaan sehingga bertolak pulang perlu disediakan dan diedarkan kepada Jabatan Keselamatan. Penganjur 4
BIL PERKARA BUTIRAN TINDAKAN Samb. 3 JEMPUTAN F. Kandungan Dalam Surat dan Kad Jemputan 1. Surat Jemputan Perkara berikut hendaklah dimasukkan dalam surat jemputan: Tujuan jemputan sama ada untuk hadir sahaja atau hadir dan merasmikan majlis. i.Nama penuh beserta jawatan terkini tetamu jemputan hendaklah dirujuk kepada pejabat tetamu berkenaan atau merujuk kepada laman sesawang organisasi yang telah dikemaskini. ii.Jemputan hendaklah jelas sama ada seorang atau bersama pasangan (suami/isteri). iii.Nyatakan latar belakang dan objektif majlis. iv.Waktu tetamu kenamaan perlu tiba di majlis beserta tarikh, hari dan tempat yang spesifik (contohnya jika dibuat di hotel, hendaklah dinyatakan dewan @ bilik yang tepat). v.Tema pakaian. vi.Nama pegawai yang boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan. vii.Tandatangan *Contoh surat jemputan seperti di Lampiran A Penganjur 5
BIL PERKARA BUTIRAN TINDAKAN Samb . 3 JEMPUTAN 2. Kad Jemputan Perkara berikut hendaklah dimasukkan dalam kad jemputan : i. Nama organisasi/ fakulti / jabatan / kelab yang menjemput ii.Nama penerima iii.Nama majlis iv.Tarikh v. Masa vi.Tempat vii.Atur cara viii.Etika pakaian ix. No. telefon dan emel yang boleh dihubungi untuk pertanyaan dan pengesahan kehadiran. x. Reka bentuk dan jenis kertas untuk kad jemputan perlu dirujuk kepada polisi reka bentuk dan grafik. Contoh kad jemputan seperti di Lampiran B G. Pengesahan Kehadiran i.Setiap jemputan yang melibatkan kenamaan. ii. penganjur perlu membuat panggilan susulan bagi memastikan mereka telah menerima jemputan. iii. Ia juga hendaklah dilakukan untuk mengesahkan kehadiran jemputan kenamaan ini dalam majlis tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab penganjur untuk memastikan kehadiran tetamu memenuhi sekurang kurangnya ¾ daripada kapasiti dewan / lokasi majlis. Penganjur 6
BIL PERKARA BUTIRAN TINDAKAN 4 ATUR CARA Negaraku Menara Ilmu wakil penganjur wakil organisasi luar (jika ada) perasmi i. Atur cara adalah perkara yang mesti disediakan dalam penganjuran sesebuah majlis. la mengandungi perkara- perkara berikut: a. Waktu ketibaan tetamu b. Waktu ketibaan perasmi c. Lagu rasmi (bergantung pada jenis majlis) d. Tayangan video (jika ada) e. Bacaan doa (bergantung pada jenis majlis) f. Ucapan ; (Dalam sesuatu majlis perasmian, pembaca ucapan dihadkan kepada dua atau tiga orang sahaja). g. Gimik pelancaran. h. Tayangan multimedia (jika ada) i. Penyampaian cenderamata/cenderahati j. Sesi fotografi k. Sidang media (bergantung kepada jenis program/ acara) l. Jamuan m. Bersurai Penganjur 7
BIL PERKARA BUTIRAN TINDAKAN Samb. 4 ATUR CARA ii. Bagi majlis yang mengandungi persembahan seperti nyanyian, bacaan doa adalah tidak digalakkan. iii. Bagi majlis yang melibatkan kehadiran kenamaan (seperti senarai di bawah), atur cara hendaklah dirujuk kepada MPRC : a. Kerabat Diraja. b. Pegawai Tinggi Kerajaan Persekutuan (Timbalan Ketua Setiausaha [(TKSU) dan ke atas] c. Pengurusan Tertinggi Kerajaan Negeri (Exco dan ke atas) d. Pegawai Kanan USM (Naib Canselor dan ke atas) iv. Atur cara majlis perlu disediakan oleh Jabatan/PTJ. v. Penganjur perlu hantar atur cara khusus untuk majlis perasmian sahaja kepada MPRC. *Contoh atur cara program boleh dirujuk di Lampiran C Penganjur 8
BIL PERKARA BUTIRAN TINDAKAN 5 TEKS UCAPAN i. Pihak penganjur bertanggungjawab menyediakan teks ucapan untuk perasmi dan wakil universiti. ii. Draf teks ucapan untuk menteri atau wakil kerajaan negeri perlu mengandungi dasardasar kerajaan serta perkara yang berkaitan dengan bidang majlis dan perlu diserahkan kepada MPRC selewat-lewatnya 14 hari bekerja sebelum majlis berlangsung untuk semakan sebelum diserahkan semula kepada penganjur untuk dihantar kepada pihak yang berkenaan. iii. Teks ucapan untuk Naib Canselor atau wakil rasmi universiti perlu mengandungi dasar-dasar universiti berkaitan dengan majlis serta perkembangan terbaru dan pencapaian terbesar universiti dalam tempoh 6 bulan. Teks berkenaan perlu diserahkan kepada MPRC untuk pemurnian dan akan dihantar terus ke Pejabat Naib Canselor atau mana-mana yang berkaitan. *Contoh teks ucapan boleh dirujuk di Lampiran D Penganjur Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC) 9
BIL PERKARA BUTIRAN TINDAKAN 6 PENGACARA MAJLIS Pelantikan pengacara majlis yang berpengetahuan dan berpengalaman adalah penting bagi memastikan kelancaran majlis: i. Jika majlis melibatkan kenamaan iaitu Ketua Setiausaha Kementerian, Timbalan Menteri dan ke atas (termasuk kerabat diraja), pengacara dan penganjur hendaklah menyediakan skrip dan merujuk kepada MPRC untuk semakan. ii. Bagi majlis anjuran bahagian, fakulti, penganjur boleh terus melantik pengacara atau merujuk kepada MPRC untuk cadangan. Penganjur Pusat Media dan Perhubun gan Awam (MPRC) 7 BACAAN DOA i. Bacaan doa tidak digalakkan dibaca dalam majlis yang mengandungi elemen-elemen hiburan. Contohnya: tari menari dan persembahan muzik . ii. Doa yang dibaca hendaklah tidak terlalu panjang tetapi padat. Penganjur Pusat Media dan Perhubung an Awam (MPRC) 10
BIL PERKARA BUTIRAN TINDAKAN 8 PERSEMBAHAN 1. Perancangan yang teratur sebelum persembahan berlangsung amat perlu bagi memastikan kelancaran sesebuah majlis. Perkara berikut perlu diambil kira sebelum persembahan berlangsung: i. Penganjur perlu mengenal pasti jenis majlis sama ada memerlukan persembahan atau sebaliknya. Penganjur perlu menghubungi pihak yang akan membuat persembahan. ii. Penganjur juga hendaklah mengenal pasti dan menghubungi pihak yang akan membuat persembahan. iii. Penganjur juga hendaklah mendapatkan pengesahan dan persetujuan serta keperluan untuk membuat persembahan. iv. Penganjur hendaklah memastikan keperluan persembahan tersedia (termasuk ketika raptai dan sepanjang majlis berlangsung) 2. Jika terdapat sebarang permintaan untuk persembahan khas dari pengurusan tertinggi universiti, mesyuarat penyelarasan perlu diadakan dan satu keputusan secara bertulis perlu dibuat mengenai pembayaran, corak persembahan dan hal berkaitan. Penganjur Pusat Media dan Perhubung an Awam (MPRC) 11
BIL PERKARA BUTIRAN TINDAKAN 9 PENGURUSAN SAMBUTAN Bagi majlis yang melibatkan kehadiran peserta atau tetamu yang ramai atau perasmi di dalam kalangan menteri dan ke atas, penganjur perlu melantik sejumlah pegawai dan staf yang berkelayakan untuk menjadi petugas sambutan bagi memastikan kelancaran majlis. Bahagian sambutan ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu petugas sambutan tetamu (kenamaan dan tetamu biasa) dan pegawai pengiring. Petugas sambutan Petugas sambutan (dari pihak penganjur/PTJ) untuk kenamaan perlu dilantik dalam kalangan pegawai dan staf yang mempunyai sekurang - kurangnya pengalaman dan pengetahuan asas dalam bidang etiket dan protokol. Penganjur Jabatan Keselamatan USMKK Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC) 12
BIL PERKARA BUTIRAN TINDAKAN Samb 9 PENGURUSAN SAMBUTAN Tetamu bertaraf ahli lembaga pengarah universiti dan ke atas sahaja layak diberikan keistimewaan untuk mendapat khidmat pegawai pengiring. Pegawai pengiring yang dilantik hendaklah sekurang kurangnya telah berkhidmat kepada universiti tidak kurang dari tiga tahun, mempunyai sedikit pengalaman serta pengetahuan mengenai etiket dan protokol sebagai pegawai pengiring. Pegawai yang dilantik juga hendaklah mengetahui serba sedikit mengenai perkembangan terkini universiti seperti fakulti, mahasiswa, dasar-dasar terbaru, majlis-majlis besar yang telah dan akan berlangsung dan lain-lain lagi. Pegawai Pengiring Penganjur Jabatan Keselamatan USMKK Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC) 13
BIL PERKARA BUTIRAN TINDAKAN 10 KESELAMATAN i. Penganjur Majlis atau Pusat Tanggungjawab hendaklah memaklumkan kepada Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan secara rasmi melalui surat atau emel mengenai majlis dan program yang akan dilaksanakan. Maklumat yang perlu dikemukakan hendaklah mengandungi: a. Nama majlis b. Tarikh, masa dan tempat c. Senarai nama dan jawatan lengkap kenamaan, jenis dan warna kenderaan serta nombor pendaftaran kenderaan (tetamu luar) d. Keperluan pengiring atau "outriders" (sekiranya perlu) ii. Penganjur juga hendaklah menyatakan keperluan dan jumlah tempat letak kenderaan tetamu sekiranya majlis tersebut melibatkan jumlah jemputan luar yang ramai. iii. Penganjur perlu menyediakan penunjuk arah untuk tindakan selanjutnya oleh Jabatan Keselamatan. vi. Maklumat lanjut mengenai bantuan yang boleh diperolehi bagi keperluan keselamatan dan trafik boleh terus berhubung dengan: Timbalan Pengarah Keselamatan Jabatan Keselamatan Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan 16150 Kubang Kerian, Kelantan Tel:09-7673280 / 3282 Penganjur Jabatan Keselamatan USMKK Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC) 14
BIL PERKARA BUTIRAN TINDAKAN 11 KEPERLUAN TEKNIKAL DAN KEMUDAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Keperluan teknikal meliputi audio, siaraya merupakan salah satu elemen penting dalam penganjuran sesebuah majlis. Adalah menjadi tanggungjawab penganjur untuk memastikan perkara berikut: i. Memastikan keperluan teknikal seperti sistem audio, siaraya dan liputan internet mencukupi serta menepati keperluan majlis. ii. Bagi penganjuran majlis majlis utama di USM, kebanyakan dewan seperti Dewan Utama, Dewan Peperiksaan USM, Dewan Persidangan Kampus, Auditorium telah mempunyai set sistem audio dan kemudahan internet. iii. Tempahan dewan boleh dibuat dengan menghubungi : Unit Kemudahan Akademik &Sokongan Teknikal (UKAST) Pejabat Pengarah Kampus Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan 16150 Kubang Kerian, Kelantan Tel : 09-7671080 / 1081 Penganjur UKAST PPKT Jabatan Bendahari MPRC 15
BIL PERKARA BUTIRAN TINDAKAN Samb 11 KEPERLUAN TEKNIKAL DAN KEMUDAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT iv. Jika majlis atau program diadakan di sekitar kawasan kampus yangtidak mempunyai kemudahan sistem audio, permohonan mendapatkan ‘system audio portable’ boleh terus dari UKAST/TAVA. v. Jika sesuatu majlis memerlukan sistem audio pada skala besar dan berkapasiti tinggi, penganjur boleh melantik pihak luar untuk penyediaan keperluan ini mengikut syaratsyarat dan prosedur perolehan yang ditetapkan Jabatan Bendahari USM. vi. Sebelum sebarang maj|lis bermula, penganjur bertanggungjawab untuk memastikan segala kemudahan dansistem audio telah berfungsi dengan baik seperti dengan mengadakan raptai bagi mengelak sebarang masalah ketika majlis berlangsung. Penganjur UKAST PPKT Jabatan Bendahari Pusat Media dan Perhubung an Awam (MPRC) 16
BIL PERKARA BUTIRAN TINDAKAN 12 BAHAN PROMOSI (Kain Rentang (Banner), Bunting, Backdrop) 1. Disediakan oleh pihak penganjur. 2. Mempunyai maklumat acara seperti berikut : i. Nama majlis ii. Masa iii. Tarikh iv. Tempat 3. Susunan logo mengikut protokol. 4. Ringkas dan mudah difahami. 5. Semua draf bahan promosi seperti buku program, poster, banner, bunting dan latar belakang (backdrop) perlu dihantar kepada MPRC untuk semakan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum dicetak atau disiarkan. 6. Untuk penggantungan banting dan kain rentang, perlu mendapatkan kelulusan dengan mengisiborang permohonan di Pejabat Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC) 7. Penggantungan yang menghadap jalan raya dan melibatkan penganjuran di luar USM, penganjur perlu mendapatkan kelulusan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB). Contoh ‘Banner’ seperti di Lampiran F Penganjur Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC) 17
BIL PERKARA BUTIRAN TINDAKAN 13 HEBAHAN & PUBLISITI 1. Jika program melibatkan warga kampus, penganjur boleh membuat hebahan dan promosi sendiri melalui emel. 2. Jika terbuka kepada orang luar, hebahan boleh dibuat melalui platform – platform media sosial rasmi dengan menghantar permohonan rasmi kepada MPRC melalui surat atau emel ([email protected]) 3. Hebahan yang akan disiarkan tertakluk kepada syarat- syarat yang ditetapkan. 4. Kekerapan hebahan adalah bergantung kepada keperluan dan kesesuaian yang akan ditentukan oleh MPRC. Penganjur Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC) 18
BIL PERKARA BUTIRAN TINDAKAN 14 MEDIA i. Pihak media hanya akan dipanggil untuk acara tertentu yang boleh menaikkan imej universiti. Pemohon boleh merujuk kepada pegawai di Pusat Media dan Perhubungan Awam. ii. Terdapat dua perkara utama yang berkaitan dengan media iaitu penyediaan kenyataan media dan jemputan media. iii. Penganjur perlu menyiapkan draf kenyataan media dan diserahkan kepada Pejabat Pusat Media dan Perhubungan Awam dalam tempoh 7 hari bekerja sebelum majlis. iv. Penganjur perlu menyediakan Kit Media yang mengandungi bahan berikut: -Kenyataan media -Teks ucapan -Salutasi -Buku Program -Atur cara majlis -Token (jika perlu) Penganjur Pusat Media dan Perhubung an Awam (MPRC) 19
BIL PERKARA BUTIRAN TINDAKAN 15 CENDERAMATA i. Penganjur hendaklah menyediakan cenderamata/cenderahati yang bersesuaian. ii. Jika melibatkan tetamu luar, penganjur boleh hubungi pejabat yang berkenaan untuk dapatkan cenderamata/cenderahati yang sesuai. iii. Digalak memberi cenderamata berupa bahan-bahan ilmiah. Penganjur Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC) 16 GIMIK PERASMIAN/ MAJLIS i. Penganjur perlu menyediakan gimik yang kreatif dan berbeza dari kebiasaan. ii. Namun ia perlu bersesuaian, tidak keterlaluan dan berisiko sehingga boleh menyebabkan sebarang kemudaratan. Penganjur 17 BUKU PROGRAM Penganjur program hendaklah menyediakan isi kandungan buku program yang mengandungi latar belakang majlis, objektif dan perkara berkaitan. Mohon rujuk lampiran di Lampiran E Penganjur Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC) 20
BIL PERKARA BUTIRAN TINDAKAN 18 TAYANGAN VIDEO & MULTIMEDIA Sebarang tayangan video atau montaj kepada pihak luar terutamanya tetamu berprofail tinggi hendaklah dimaklumkan kepada Pusat Media dan Perhubungan Awam. Penganjur Pusat Media & Perhubungan Awam 19 JURUKAMER A FOTO/VIDEO i. Jurukamera foto dan jurukamera video rasmi universiti akan membuatl iputan untuk sebarang majlis rasmi universiti atau permohonan oleh penganjur. Pihak penganjur perlu mohon khidmat jurukamera daripada UKAST. Penganjur Pusat Media & Perhubungan Awam 20 PROTOKOL 1. Aspek protokol merangkumi: i. Susunan tempat duduk ii. Aturan ketibaan iii. Perjalanan Majlis iv. Salutasi – Penganjur perlu sediakan senarai tetamu khas (nama penuh dan jawatan) yang telah mengesahkan kehadiran untuk penyediaan salutasi oleh Pusat Media dan Perhubungan Awam. Susunan sesi jamuan Penganjur Pusat Media & Perhubungan Awam 21
BIL PERKARA BUTIRAN TINDAKAN 21 LIPUTAN OLEH PUSAT MEDIA DAN PERHUBUNGAN AWAM (MPRC) i. MPRC akan membuat liputan rasmi jika program dirasmikan oleh Pengarah Hospital, Pengarah Kampus, Timbalan Naib Canselor, Naib Canselor lain-lain Pengurusan Tertinggi USM dan pemimpin negeri/negara. ii. Permohonan membuatliputan oleh pihak penganjur. Bergantung kepada jadual tugasan MPRC. iii. Laporan liputan sediakan oleh penganjur mengikut format yang disediakan seperti berikut : https://forms.office.com/r/wEtuF7HPb1 Penganjur Pusat Media & Perhubungan Awam 22
LAMPIRAN A SURAT JEMPUTAN CONTOH 23
LLAAMMPPIRIARNANB B CONTOH KAD JEMPUTAN CONTOH 24
LLAAMMPPIRIARNANC B CONTOH ATUR CARA MAJLIS CONTOH 25
LAMPIRAN D CONTOH TEKS UCAPAN CONTOH 26
SAMBUNGAN LAMPIRAN D CONTOH TEKS UCAPAN CONTOH 27
sambungan LAMPIRAN D SAMBUNGAN LAMPIRAN D CONTOH TEKS UCAPAN CONTOH 28
LAMPIRAN E BUKU PROGRAM 29
SAMBUNGAN LAMPIRAN E BUKU PROGRAM 30