The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yechieng, 2019-03-21 22:11:50

PEMBESTARIAN SEKOLAH

PEMBESTARIAN SEKOLAH

PEMBESTARIAN SEKOLAH

ditulis oleh: Fadzliaton Zainudin, Sektor Perancangan & Penyelarasan Bestari

Pengenalan
Globalisasi dan perubahan teknologi yang pesat telah mewujudkan ekonomi baharu yang dipacu
oleh pengetahuan. Sehubungan itu, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and
Communications Technology – ICT) telah menjadi pengupaya penting ekonomi berasaskan
pengetahuan bagi kebanyakan negara. Kerajaan di seluruh dunia sememangnya mengakui kesan
positif ICT terhadap pembangunan sosial dan ekonomi masyarakatnya. Justeru, semakin banyak
kerajaan telah mula membuat pelaburan yang ketara dalam ICT untuk membangunkan modal
insan agar mereka mampu menangani cabaran dalam era digital dan maklumat.

Pelaksanaan ICT dalam Pendidikan Melalui Penubuhan Sekolah Bestari dan Konsep
Pembestarian Sekolah
ICT dalam Pendidikan bermula dengan pelancaran Aplikasi Perdana Sekolah Bestari, iaitu salah
satu daripada tujuh aplikasi utama dalam Koridor Raya Multimedia (MSC), pada tahun 1997,
oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Sekolah Bestari
merupakan institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran (PDP) serta pengurusan sekolah melalui penggunaan teknologi
pendidikan termasuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sesuai dengan
perkembangan semasa yang bertujuan meningkatkan minat, kreativiti, pengetahuan dan
kemahiran murid.

Komponen Sekolah Bestari
• Pengajaran dan Pembelajaran

P&P Sekolah Bestari, “jantung” atau “nadi” sekolah adalah berkaitan dengan kurikulum,
pedagogi, bahan P&P dan pentaksiran untuk membantu murid belajar dengan cekap dan
berkesan.

• Pengurusan dan Pentadbiran
Pengurusan dan pentadbiran sekolah berbantukan teknologi sebagai “pemandu” atau “pemacu
pengoperasian” Sekolah Bestari memastikan pengurusan yang cekap dan berkesan di sekolah.

• Modal Insan, Kemahiran dan Tanggungjawab
Modal insan yakni guru, pentadbir dan staf sokongan, ibu bapa, komuniti serta agensi swasta
memainkan peranan secara aktif untuk membangun profesionalisme dan pengetahuan warga
sekolah demi peningkatan prestasi sekolah.

• Proses
Sekolah Bestari dibekalkan dengan pelbagai sumber (input) untuk menjana keberhasilan
(outcomes) yang dikehendakki.

• Teknologi
Teknologi digunakan sebagai pengupaya dalam P&P, pengurusan dan pentadbiran serta
komunikasi dengan pihak luar.

• Dasar
Dasar diwujudkan untuk keperluan Sekolah Bestari dan Pembestarian Sekolah.

Ciri-Ciri Sekolah Bestari
Ciri-ciri Sekolah Bestari adalah seperti berikut:

• Guru berperanan sebagai pemudah cara atau fasilitator
• Murid belajar secara akses kendiri, terarah kendiri, dan kadar kendiri menjurus kepada

pembelajaran sepanjang hayat
• Pengajaran dan pembelajaran (PdP) menarik, berkesan dan berpusatkan murid
• Sekolah membudayakan penggunaan ICT dalam pengurusan dan PdP
• Sekolah mewujudkan rangkaian dan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak

Pembestarian Sekolah
Pembestarian Sekolah ialah proses memperluaskan konsep Sekolah Bestari ke semua sekolah
dengan mengambil kira manfaat (leveraging) semua inisiatif ICT yang sedang dilaksanakan oleh

KPM. Proses ini dijalankan secara berterusan untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan
sekolah serta PDP secara interaktif berasaskan ICT.

Pembestarian Sekolah telah memanfaatkan (leveraging) semua inisiatif ICT yang telah dan
sedang dijalankan oleh KPM seperti Projek SchoolNet, Projek Makmal Pengkomputeran,
Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), TV
Pendidikan melalui web (EduWebTV), Pusat Akses Sekolah, Pusat Sumber Sekolah dan lain-
lain inisiatif.
Matlamat
Matlamat Pembestarian Sekolah adalah seperti berikut:

• Meningkatkan kadar pembelajaran berpusatkan murid
• Membangunkan modal insan yang berkemahiran ICT untuk memenuhi keperluan masa

hadapan;
• Menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
Tahap Bestari Sekolah diukur berasaskan Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance
Indicator)melalui aplikasi Smart School Qualification Standards (SSQS). Lima(5) domain utama
SSQS ialah modal insan (pembangunan kompetensi ICT pentadbir, guru dan murid), penggunaan
ICT (integrasi ICT dalam pengurusan serta PDP), aplikasi (sistem yang digunakan di sekolah),
infrastruktur (teknologi sedia ada di sekolah) dan Pusat Sumber Sekolah (pengurusan sumber
pendidikan).
Fokus Dan Hala Tuju Pembestarian Sekolah
Fokus dan hala tuju Pembestarian Sekolah dilaksanakan berpandukan kepada beberapa dasar
pendidikan seperti berikut:

1. Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) digubal untuk memastikan kecemerlangan sistem
pendidikan bagi melahirkan generasi berilmu yang berupaya menyumbang ke arah pembangunan
negara.

Aspek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang terkandung dalam DPK menyatakan
bahawa ICT sebagai faktor penting untuk membantu pencapaian pembangunan pendidikan dan
seharusnya diintegrasikan dalam P&P serta pengurusan pendidikan. Pernyataan dasar ini
meliputi perkara berikut:

• ICT untuk semua murid
• ICT sebagai alat P&P, sebagai komponen mata pelajaran dan sebagai mata pelajaran
• ICT digunakan untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem

pengurusan
2. Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pendidikan

Dasar ICT dalam Pendidikan yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B. Tan Sri
Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin pada 12 Oktober 2010 menyarankan kerangka
untuk menyusun transformasi sistem pendidikan negara melalui penggunaan ICT di
sekolah, penglibatan dan kerjasama kelompok pakar, perkongsian dengan sektor awam dan
swasta serta penglibatan komuniti.

Matlamat Dasar ICT dalam Pendidikan adalah untuk melahirkan modal insan yang
berkeupayaan untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baru bagi menjana kekayaan
negara.

Asas-asas Dasar ICT dalam Pendidikan melibatlkan perkara berikut:

• Pembangunan modal insan secara berterusan selaras dengan keperluan kemahiran abad ke-21,
• Penggunaan teknologi yang bersesuaian untuk mengintegrasikan inisiatif ICT sedia ada dalam

pendidikan, dan
• Transformasi proses P&P dan pengurusan pendidikan di sekolah melalui penggunaan

teknologi sebagai pengupaya.
3. Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020

Pelan Strategik Interim Kementerian Pelajaran Malaysia 2011- 2020 digunapakai sementara
menantikan blueprint Hala Tuju dan Transformasi Pendidikan Negara yang sedang dibangunkan
siap sepenuhnya. Pelan Strategik ini merangkumi 14 inisiatif strategik atau teras strategik untuk
mencapai visi dan misi KPM.

Bagi memastikan matlamat ini dicapai, dua (2) pendekatan utama dalam Pelan Strategik telah
dikenal pasti iaitu:

• Pemantapan pengupaya inisiatif sedia ada untuk memacu perubahan dalam sistem pendidikan
• Pembaharuan dan lonjakan dimensi-dimensi baharu bagi mencapai kecemerlangan

KPM berpandangan bahawa penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
pengajaran dan pembelajaran serta dalam bidang pentadbiran dan pengurusan sekolah dan
institusi pendidikan adalah prasyarat bagi Malaysia untuk menjadi negara yang berpendapatan

tinggi. Juteru, keperluan mewujudkan ruang belajar baru, iaitu ruang belajar maya perlu
ditekankan.

Pembelajaran Maya ialah pembelajaran secara online yang diperoleh pada bila-bila masa di mana
juga (ubiquitous learning). Pembelajaran bentuk ini menggalakkan semua guru dan murid
menggunakan teknologi berasaskan web untuk mengajar dan belajar. Fokus utama e-
pembelajaran ialah murid perlu berdikari dan bertanggungjawab ke atas pembelajarannya.
Suasana e-pembelajaran mendorong murid memainkan peranan lebih aktif dalam
pembelajarannya.

4. Pelan Strategik ICT KPM 2011-2015
KPM melihat ICT sebagai wadah yang menyumbang kepada pembangunan modal insan supaya
dapat merancakkan lagi kemajuan negara. Selain daripada keperihatinan KPM berkaitan ekuiti
dan akses, ICT merupakan wahana kepada penyampaian dan penerimaan maklumat secara
pantas dan penyediaan kaedah yang lebih cekap dan berkesan dalam pelaksanaan tugas. ICT juga
dapat menyediakan persekitaran P&P yang dinamik, mengurangkan jurang digital dan
menyediakan peluang pendidikan untuk semua.

ICT Dalam pendidikan akan mengukuhkan lagi kapasiti sumber manusia, menggalakkan
kreativiti dan inovasi, pemikiran kritis san pembuatan keputusan yang secara langsung akan
membina keupayaan individu untuk mengenal pasti kemampuan dirinya dalam ekonomi
berasaskan teknologi. Penggunaan meluas ICT dalam pendidikan juga akan mengoptimumkan
pengurusan dan pengoperasian KPM dalam usaha menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada
rakyat Malaysia.

Pelan Strategik ICT KPM dirangka untuk tempoh lima tahun (2011-2015) berteraskan kepada
lima inisiatif yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan ke arah
melaksanakan perancangan pendidikan yang telah digariskan dalam Bidang Keberhasilan Utama
(National Key Result Area – NKRA). Program dan aktiviti ICT akan berdasarkan skop Projek
Perkhidmatan 1BestariNet.

Lima Inisiatif Utama Pelan Strategik KPM 2011-2015
5. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025)

Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan
negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan
Pendidikan yang baharu. Kementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan
bagi menghasilkan perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia. Setiap anjakan
perlu memberikan impak kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem,
seperti akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan.

Anjakan khusus untuk ICT dalam Pendidikan termaktub dalam Anjakan ke-7
iaituMemanfaatkan ICt Bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran Di Malaysia. Fokus
anjakan ini mencakupi perkara berikut:
• Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi

semua 10,000 sekolah menjelang 2013
• Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan

perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal pada
2013
• Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri untuk
meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus
Status Semasa Pelaksanaan Pembestarian Sekolah

Beberapa inisiatif ICT baharu KPM sedang rancak dilaksanakan di seluruh negara. Kesemua
inisiatif ini merupakan lonjakan perdana Pembestarian Sekolah dalam Fasa Kestabilan dan
Kelestarian menjelang 2020.

1. Perkhidmatan 1BestariNet
1BestariNet merupakan perkhidmatan rangkaian “End To End”(E2E) bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran bagi 10,000 sekolah di Malaysia.

Perkhidmatan yang dilaksanakan di bawah projek 1BestariNet KPM adalah seperti berikut:

• Capaian Lebar Jalur 2 sehingga 4 Mbps setahun
• Capaian Lebar Jalur 4 sehingga 10 Mbps setahun
• Capaian Labar Jalur sehingga 50 Mbps setahun (hanya di BTP sahaja – 1 lokasi)
• Persekitaran Pembelajaran Maya (PPM)
• Penyenggaraan Aplikasi PPM
• Perkhidmatan Keselamatan Terurus
• Perkhidmatan Hosting Terurus
• Project Management Office
2. Persekitaran Pembelajaran Maya (PPM)

Persekitaran Pembelajaran Maya (PPM) atau Virtual Learning Environment
(VLE) mengupayakan PdP di mana-mana dan pada bila-bila masa. Pelantar pembelajaran yang
mantap ini:
• Berupaya membantu KPM melaksanakan student profiling bagi tujuan psikometrik
• Berupaya menjadi pelantar perkongsian dan kolaborasi PdP
• Mengupayakan guru untuk membangunkan objek pembelajaran yang interaktif
• Mempunyai keupayaan antaramuka perisian aplikasi atau application programming

interface(API) bagi pengintegrasian dengan aplikasi KPM sedia ada
• Keserasian dengan piawaian teknologi e-pembelajaran
3. Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu
Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat
sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan
data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid
(SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin
Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS). Penyeragaman sistem-sistem

berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor
Awam (DDSA).
• Nota: SPS kini di bawah pentadbiran BPPDP
4. Makmal Bahasa
Dasar MBMMBI ialah satu dasar yang penting dan berhasrat untuk melahirkan warga Malaysia
yang petah berkomunikasi dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Oleh itu, pelaksanaan
dasar dasar ini bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang fasih dan yakin untuk
menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris standard dalam komunikasi, urusan rasmi,
penerokaan ilmu, dan alam kerjaya.
Tumpuan juga diberi dalam pembinaan modal insan yang berminda kritis, kreatif dan inovatif
serta mampu mengakses pelbagai media seperti teknologi maklumat dan komunikasi. Individu
ini akan mempunyai jati diri yang kuat, progresif, dinamik dan mampu bersaing pada peringkat
antarabangsa ke arah mencapai negara maju.

5. Penggunaan MBMMBI
Bahan CD digital MBMMBI dibekalkan di sekolah rendah dan juga sekolah menengah bagi
mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digunakan semasa PDP di dalam bilik
darjah. Sementara Perisian Makmal Bahasa MBMMBI dibekalkan di sekolah yang mempunyai
makmal bahasa yang lebih menekankan kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.

6. Hala Tuju Pembestarian Sekolah
Bagi menghadapi pembelajaran abad ke-21, kemahiran spesifik perlu dikuasai melaui PDP
berteraskan pengetahuan kandungan, kepakaran dan literasi ICT dengan sokongan sistem
inovatif. Justeru Pembestarian Sekolah ialah satu usaha berterusan KPM untuk melengkapkan
generasi muda dengan kemahiran abad ke-21 supaya mereka dapat bersaing dalam dunia tanpa
sempadan, dan berfungsi sebagai k-workers bagi menjana ekonomi berasaskan pengetahuan.
Dengan itu, kelestarian Pembestarian Sekolah amat bergantung kepada usaha-usaha berikut:

• Menyediakan infrastruktur ICT yang terkini dan sesuai dengan tujuan PDP
• Memastikan capaian internet tersedia untuk semua sekolah
• Bahan sumber pembelajaran tersedia untuk guru dan murid
• Pembelajaran sepanjang hayat dan ubiquitous diutamakan dalam sekolah dan luar sekolah
• Membangun modal insan yang holistik, berpengetahuan serta berfikiran, kreatif, kritis dan

berinovatif
• Menanda aras amalan terbaik peringkat antarabangsa untuk melonjak kecemerlangan

pembestarian
Penutup

KPM akan terus berusaha menjadikan ICT sebagai alat / sumber pendidikan untuk meningkatkan
keberkesanan pelaksanaan pengurusan sistem pendidikan negara. Perancangan rapi yang diikuti
dengan strategi pelaksanaan yang utuh dan bersepadu diharap dapat memastikan aspirasi ini
dapat dicapai bagi merealisasikan matlamat untuk melahirkan warganegara yang seimbang dari
segi rohani dan jasmani, berpengetahuan dan berkemahiran menggunakan ICT.

Pembestarian Sekolah ialah satu usaha berterusan KPM untuk menyediakan generasi muda
dengan kemahiran abad ke-21 supaya mereka dapat bersaing dalam dunia tanpa sempadan dan
seterusnya menyediakan k-workers bagi menjana ekonomi berasaskan pengetahuan. Kelestarian
(sustainability) Pembestarian Sekolah amat bergantung kepada sokongan, sumbangan serta
komitmen semua pihak.


Click to View FlipBook Version