PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN MPU3183 IMPAK BUDAYA LUAR KEATAS MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA CIK AYU NOR AZILAH BINTI MOHAMAD IJAZAH SARJANA MUDA AL-QURAN DAN QIRAAT (BI04) KUMPULAN 4 SESI II 2022/2023
NAMA PELAJAR NOMBOR MATRIK AMIR SAFWAN BIN AZRI 22BI04010 MUHAMMAD HUSNUL FATHI BIN ZAKARIA 22BI04011 MUHAMMAD ISKANDAR BIN ABDUL MALEK 22BI04012 MAKLUMAT PELAJAR
ISI KANDUNGAN Pengenalan Budaya Definisi & Konsep Budaya Luar Budaya-Budaya Luar di Malaysia Faktor Penyebaran Pengaruh LGBT & Clubbing Impak Budaya LGBT & Clubbing Isu-Isu Semasa Berkaitan
PengenalanBudaya Budaya ialah perkara yang muncul akibat daripada proses manusia menyesuaikan diri dengan alam persekitaran. Proses penyesuaian ini menerbitkan gaya hidup sesuai dengan tuntutan persekitaran. Gaya hidup diterjemahkan melalui beberapa cara dan bentuk, sama ada dalam bentuk yang boleh dilihat dengan mata kasar atau tidak dapat dilihat dengan jelas. Gaya hidup inilah yang dinamakan sebagai budaya. Budaya sentiasa berubah mengikut peredaran zaman yang akan menyebabkan berlakunya proses-proses seperti asimilasi, akulturasi, dan akomodasi. Asimilasi ialah proses penyerapan unsurunsur budaya daripada satu budaya ke budaya yang lain sehingga menjadi budaya baharu. Akulturasi ialah proses di mana individu atau kumpulan menerima unsur budaya lain, tetapi penerimaan itu tidak menghapus identiti asal masyarakat tersebut. Akomodasi ialah proses menyedari dan menghormati nilai dan norma masyarakat lain, serta mengekalkan budaya sendiri. Perkataaan budaya dikatakan berasal daripada cantuman perkataan sanskrit 'budhi' dan 'daya'. 'Budhi' membawa maksud kecerdasan akal fikiran, manakala 'daya' bermaksud kekuatan kuasa, pengaruh dan tenaga. Budaya juga difahamkan sebagai tingkah laku manusia berhubung dengan akal dan budi pekerti. Budaya berkaitan dengan aktiviti dalam persekitaran manusia, seperti seni, peralatan, makanan, tarian, dan lain-lain perkara. Budaya ialah satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu, termasuk institusi sosial, organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, peraturan, undang-undang, sikap dan nilai.
DEFINISI BUDAYA LUAR Budaya luar diertikan sebagai budaya asing dan bersifat global dengan kandungan dan bentuk nilai yang berbeza daripada nilai yang telah wujud dan diamalkan oleh orang-orang di sesuatu kawasan tempatan, yang terserap masuk melalui pelbagai media, persatuan, pelancongan dan sebagainya. Adapun maksud budaya luar yang hendak dibawa di sini adalah budaya atau nilainilai luar yang terbit dalam masyarakat yang dianggap pelik atau bercanggah baik dalam masyarakat atau dalam ajaran Islam seperti corak budaya hubungan bebas antara jantina yang bertentangan, model pakaian yang tidak mematuhi sempadan aurat, tingkah laku ganas, imej lucah, dan sebagainya. Di atas adalah contoh budaya luar yang terlihat berkembang di negaranegara Islam hari ini, hal ini tersebar secara langsung seperti kedatangan bangsa asing ke dalam negara sejak zaman penjajahan lagi. Selain itu, berlaku juga penyebaran secara tidak langsung melalui teknologi dan pengaruh cerita dan filem daripada sumber luar. Budaya luar atau lebih spesifik dikenali sebagai budaya barat kerana kebanyakannya budaya ini berasal dari sana, iaitu Amerika, Eropah dan sebagainya. Ia adalah budaya yang telah masuk dan berkembang dalam Negaranegara timur atau negara-negara Islam hari ini. Budaya mereka yang negatif dan bertentangan dengan adat dan ajaran Islam boleh merosakkan susunan budaya atau adat istiadat masyarakat. Dalam perkembangan budaya dalam masyarakat majmuk di Malaysia, budaya barat semakin pesat berkembang dan meresap dalam gaya hidup komuniti. Nilai-nilai kehidupan sosial yang telah berkembang dalam masyarakat yang lebih sistematik yang berteraskan ajaran Islam dan nilai-nilai murni, tetapi apabila berjaya dipengaruhi oleh budaya barat, dikhuatiri menjadi permulaan kemusnahan bangsa dan pegangan masyarakat Islam.
LGBT ialah akronim untuk Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender, dan merupakan kumpulan yang melibatkan hubungan sejenis di luar kemanusiaan. Mereka juga yang menubuhkan pertubuhan bebas (NGO) di luar negara untuk membantu dan memperjuangkan hak kumpulan yang mengalami hubungan dan halangan jantina tersebut. Komuniti LGBT adalah satu kumpulan yang menghadapi kekeliruan identiti. Kebanyakan orang dari kelompok ini melihat diri mereka dalam masalah mengenai seks fizikal dan bukannya pemikiran dan perasaan mereka. Keyakinan ini mendorong sesetengah masyarakat untuk membuat keputusan pembedahan tukar jantina kerana terikat ego yang bercanggah daripada menerima jantina sendiri. LGBT juga boleh diklasifikasikan sebagai penyakit mental berdasarkan factor kecelaruan pemikiran yang dihadapi. Gangguan ini tidak terhad kepada jantina sahaja, akan tetapi merangkumi beberapa dimensi lain seperti warna kulit, umur, dan lain-lain kategori lagi. Budaya-Budaya luar di Malaysia
Clubbing Activities difahamkan sebagai dunia malam yang penuh dengan kebebasan. Ekspresi moden, teknologi, kepenggunaan dan metropolis menjanjikan kegembiraan dalam semua bentuk. Acara "Clubbing" yang biasanya diadakan di kelab malam ini merupakan salah satu aktiviti pilihan remaja masa kini. Status Orang dewasa yang mengejar kepuasan dan kebebasan hidup, dan remaja yang menyertai aktiviti "kelab malam" ini kebanyakannya adalah mereka yang tinggal di bandar, dan mereka sinonim dengan kehidupan sosial di metropolis. Aktiviti Clubbing adalah sinonim dengan muzik, alkohol, dadah, perhubungan bebas dan banyak lagi. Pemilik kelab malam selalunya tidak hanya menyediakan hiburan muzik, tetapi menjadikan saluran untuk penjualan dadah dan memberikan perkhidmatan seksual kepada kelas rendah dan tinggi.
FAKTOR PENYEBARAN PENGARUH KURANG HAYATI AGAMA PENGARUH MEDIA MASSA PENGARUH RAKAN SEBAYA KURANG KOMUNIKASI DENGAN IBUBAPA INDUVIDU - DIRI SENDIRI INGIN MENCUBA KERAJAAN - ASAS KENEGARAAN YANG LONGGAR
CLUBBING KURANG PENGAWASAN IBUBAPA Tidak seharusnya membiarkan anak-anak mereka terbiasa keluar malam, dan mengambil berat tentang keberadaan anakanak mereka apabila mereka keluar. PENGARUH RAKAN SEBAYA Ramai remaja kini cenderung memilih kelab malam sebagai aktiviti sosial negatif yang digemari kelompok remaja PENAWARAN AKTIVITI EKSTREM Seperti seks, alkohol, dadah dan sebagainya yang menjadi pilihan bagi golongan remaja dan dewasa PENGARUH MEDIA MASSA Terpaparnya iklan menarik tentang gaya hidup bebas yang disediakan oleh pihak kelab malam. Ilustrasi menunjukkan usaha pendakwah dalam membawa mereka ke jalan yang lurus
IMPAK BUDAYA LGBT DI MALAYSIA Pengaruh LGBT terhadap manusia adalah ancaman kepada keamanan dan keharmonian agama di Malaysia. Umat manusia sedang menghadapi krisis yang sangat besar dan serius dalam kehidupan apabila semakin ramai golongan LGBT. Di samping itu, semakin banyak kumpulan LGBT dalam masyarakat akan memesongkan agama mereka sendiri serta berfikiran liberal, kerana tidak ada agama yang menyokong kumpulan manusia seperti pengamal LGBT. Ini termasuk Islam yang melarang umatnya mendekati LGBT dan amalan maksiat yang lain. Keamanan dan keharmonian beragama juga tercemar apabila golongan LGBT ini melanggar segala yang diperintahkan oleh nasihat agama. Sebagai contoh, manusia tidak boleh menukar jantina mereka. Namun, sebahagian daripada golongan LGBT ini menukar jantina demi mengubah penampilan mereka. Sudah terbukti golongan LGBT ini telah mencemarkan agama dengan melanggar segala yang diperintahkan dalam agama mereka sendiri.
IMPAK BUDAYA LGBT DI MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia berkata 50 peratus kes HIV baharu yang direkodkan pada 2018 berpunca daripada aktiviti gay dan biseksual. Insiden keadaan ini semakin meningkat dalam kalangan golongan LGBT, meningkat secara mendadak daripada 63 pada 2000 kepada 3,293 pada 2018 atau kadar 10% bagi setiap 100,000 orang. Ia tidak mustahil. Jika golongan LGBT ini mendapat tempat di Malaysia, ia akan meningkat dari tahun ke tahun. Isu kesihatan seperti HIV telah muncul dalam kalangan penduduk LGBT kerana gaya hidup yang tidak betul dan tabiat seksual yang tidak wajar semakin berleluasa di Malaysia. Justeru, golongan LGBT ini tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja kerana ia akan mendatangkan lebih banyak kemudaratan dan masalah kepada masyarkat dan negara.
Pemikiran golongan LGBT ini boleh meruntuhkan asas tamadun dan budaya negara kerana gejala LGBT dapat mengancam sistem kekeluargaan melalui fitrah kejadian manusia. Hal ini kerana, golongan LGBT ini mendirikan rumah tangga mereka dengan cara yang tidak sah dan menghasilkan anak melalui cara yang salah. Hal ini menyebabkan keturunan keluarga bercampur aduk sekaligus meruntuhkan institusi keluarga. Isu LGBT ini juga dilihat mampu membawa kepada penceraian kerana umum mengetahui Islam merupakan agama rasmi di Malaysia. Menurut agama Islam sekiranya sesebuah perkahwinan itu terdiri daripada golongan LGBT, maka akan terbatal sesebuah perkahwinan tersebut kerana ia telah melanggar syarat sah nikah yang mana mereka perlu memastikan bahawa kelakian dan kewanitaan setiap pasangan itu sah dan tidak melawan lumrah manusia. IMPAK BUDAYA LGBT DI MALAYSIA
IMPAK BUDAYA CLUBBING DI MALAYSIA Salah satu kesan Clubbing di Malaysia ialah ia mampu merosakkan akidah dalam diri seseorang. Umum mengetahui bahawa agama Islam merupakan agama rasmi di Malaysia. Seperti yang terjadi pada tahun lepas apabila kerajaan mengumumkan pembukaan semula pub dan kelab malam pada 14 Mei 2022, hal ini tidak sepatutnya berlaku di Malaysia kerana ia membuka ruang kepada umat Islam di Malaysia untuk mengambil kesempatan. Jika hal ini tidak dibendung dengan segera, maka makin ramai umat Islam di Malaysia yang memasuki kelab malam sekaligus mendorong mereka untuk melakukan perkara-perkara yang maksiat. Hal ini sangat membahayakan umat Islam di Malaysia kerana ia akan menyebabkan akidah dan iman mereka menipis dan tidak terjaga.
IMPAK BUDAYA CLUBBING DI MALAYSIA Pergaulan yang bebas juga disebabkan oleh budaya clubbing di Malaysia. Pergaulan yang bebas antara lelaki dan perempuan akan mengakibatkan perlakuan seks bebas di mana mereka menganggap ianya suatu aktiviti keseronokan,,kebanggaan dan mengikuti trend semasa. Pada era yang serba moden ini, pergaulan yang bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah menjadi kebiasaan masyarakat. Oleh yang demikian, perzinaan juga mungkin akan berlaku sekiranya pergaulan bebas ini tidak terkawal. Sekiranya berlaku kehamilan luar nikah, mereka mungkin akan membuang atau membunuh bayi tersebut semata-mata untuk mengelakkan diri daripada menanggung sifat malu. Perbuatan ini tersangatlah keji malah ianya dipandang sebagai jenayah besar disisi agama mahupun masyarakat.
IMPAK BUDAYA CLUBBING DI MALAYSIA Seterusnya, budaya clubbing akan menyebabkan seseorang individu tersebut lebih terdedah dan cenderung untuk mengambil dadah dan bahan yang terlarang seperti alkohol, ganja, pil khayal dan lain-lain. Kebiasaannya pil ekstasi boleh didapati dengan mudah di pusat hiburan, kelab malam dan sebagainya. Pertambahan bilangan orang yang terlibat dengan masalah ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, masalah lain pula yang akan timbul akibat daripada kehilangan akal waras dan keinginan untuk mendapatkan duit dengan segera untuk membeli benda-benda tersebut. Maka dari itu, muncullah jenayah-jenayah susulan seperti mencuri, meragut, membunuh dan tambahan lagi munculnya suatu penyakit yang berbahaya.
Cerita Thor, Love and Thunder telah diharamkan oleh kerajaan dan tidak ditayangkan di Malaysia. Hal ini kerana terdapat babak LGBT seperti anak ada dua ayah dan cium sesama jantina. Selain itu, terdapat seorang pelakon dalam cerita itu yang bernama Tessa Thompson yang berlakon sebagai Valkyrie dalam cerita Thor, love and Thunder di mana beliau adalah tokoh LGBT dan dikatakan adalah bisexual. Beliau menyukai dan tertarik dengan kaum lelaki dan perempuan. Tindakan yang dilakukan kerajaan adalah pencegahan yang baik Salah seorang selebriti Malaysia iaitu Neelofa telah menjadikan salah satu kelab malam sebagai tempat untuk melancarkan tudung baharunya iaitu #BeLofa. Tempat pelancaran itu adalah di Kuala Lumpur iaitu Kelab Malam Zouk. Ianya berlaku pada 26 Februari 2018. Perkara ini sangat tidak wajar iaitu menjadikan kelab malam sebagai medium untuk mempromosikan produk jualan. Tambahan pula Hijab dan Kelab malam adalah dua benda yang bertentangan jauh antara yang baik dan yang buruk. Tudung terpromosi bersama arak dan dadah. Isu-isu Semasa Berkaitan
RUMUSAN Golongan muda khususnya mahasiswa diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dan membawa masuk budaya barat untuk dijadikan acuan dalam mencorakkan masa depan negara. Walaupun sesuatu perkara itu dianggap boleh diterima di barat, namun tidak semestinya ia sesuai diguna pakai di negara Malaysia. Ini kerana beberapa insan cenderung menjadikan nilai-nilai negatif sebagai acuan di negara ini kerana mengganggap nilai ketimuran merupakan sesuatu yang jumud atau konvensional. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yg prihatin kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan berwaspada terhadap budaya luar supaya masyarakat malaysia hidup dalam keadaan bahagia dan harmoni.
Rujukan • Hasnah Hussin. (2022). Penghayatan Etika dan Peradaban. Kuala Lumpur : MaxUnion Publication. • Jabatan Mufti Negeri Kedah. (2019, Januari). Isu Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender (LGBT). Dimuat turun daripada https://mufti.kedah.gov.my/images/PDF/Irsyadhukum/ISU-LESBIAN-GAY-BISEKSUAL-- TRANSGENDER-LGBT-dimampatkan.pdf • Khirul Muntanazar Ismail. (2022, Disember 14). Bahaya Normalisasi LGBT Disisi Islam. Dimuat turun daripada https://harakahdaily.net/index.php/2022/12/14/bahaya-normalisasi-lgbt-di-sisi-islam/ • Nor Hafizah et.al. (2016). Metodologi Dakwah Terhadap Golongan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT). Jurnal Pengajian Islam. Fakulti Pengajian Peradaban Islam. 9(1), 103-119. • Tyka, N. (2014, April 17). Definisi pengaruh budaya barat. Pengaruh budaya barat. Retrieved from http://budayabaratterrorism.blogspot.com/2014/04/