e-Buletin Sri Rajang Bilangan 2 April-Jun 2023 Terbitan: Biro Teknologi Maklumat dan Penerbitan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2023/2024
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Rajang harum mewangi. Alhamdulillah, ribuan penghargaan ditujukan kepada semua Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam proses penerbitan e-Buletin Sri Rajang yang kedua pada tahun 2023 ini. Saya yakin dan percaya, banyak idea dan usaha yang telah dicurahkan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan penerbitan e-Buletin ini. Dengan ini, semua siswa pendidik telah mengorak satu langkah ke hadapan untuk menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perguruan ini. Penerbitan e-Buletin Sri Rajang ini dapat dilihat sebagai salah satu inisiatif untuk memupuk budaya IPG yang sentiasa mementingkan kegiatan aktif siswa pendidik dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sama ada di peringkat kampus ataupun antarabangsa. Hal ini dikatakan demikian kerana, e-Buletin Sri Rajang ini diterbitkan untuk melakar memori indah sepanjang pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang disertai oleh siswa Pendidik Rajang. Dengan itu, saya berharap agar eBuletin Sri Rajang pada tahun ini akan terus mendapat sambutan dalam kalangan warga kampus agar terus relevan dalam memacu misi dan visi IPG. DR. ABANG ISMAIL BIN HAJI ABANG JULHI Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang e-Buletin Sri Rajang SEKAPUR SIRIH BIL. 2/2023 Akhir kata, saya mendoakan agar semua warga IPGK Rajang dilimpahkan kesejahteraan dan turut berganding bahu menjayakan agenda pendidikan negara dalam usaha melahirkan guru-guru yang berintergriti untuk membina generasi masyarakat Malaysia yang terbilang pada masa hadapan. Sekian dan terima kasih.
Salam hormat dan Salam Rajang Mewangi kepada semua pembaca e-Buletin Sri Rajang. Pertama sekali, bersyukur ke hadrat Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan izinNya, pihak penerbitan berjaya menerbitkan sekali lagi e-Buletin Sri Rajang bagi Edisi Kedua pada tahun 2023 ini yang merangkumi pelaksanaan aktiviti di IPG Kampus Rajang pada bulan Mei sehingga bulan Jun. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pihak penerbitan iaitu Biro Teknologi, Maklumat dan Penerbitan JPP Sesi 2023/2024, yang telah bertungkus lumus menjayakan penerbitan e-Buletin pada kali ini. Tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada warga Rajang, khususnya siswa pendidik yang telah bergiat aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang tiga bulan ini. Sesungguhnya, ini merupakan sesuatu perkara yang perlu dibanggakan. Justeru, saya berharap agar semua siswa pendidik dapat mengekalkan momentum yang baik sepanjang menuntut ilmu di IPG Kampus Rajang. Bukan itu sahaja, saya juga menggalakkan siswa pendidik agar membuat perancangan masa dengan teliti bagi menyeimbangkan masa belajar dan aktiviti riadah mahupun sosial. Meskipun sibuk dan terikat dengan tugasan yang diberikan, jangan sesekali mengabaikan kesihatan diri, minat serta keperluan diri. Akhir sekali, saya berharap agar e-Buletin ini akan sentiasa memberikan manfaat kepada semua warga Rajang khususnya siswa pendidik, bukan sahaja sebagai memori bersama sepanjang tahun-tahun pengajian di IPGKR tetapi juga menyumbang kepada pembangunan insaniah pelajar. ENCIK INGGIT ANAK BARAU Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang e-Buletin Sri Rajang SEKAPUR SIRIH BIL. 2/2023
Salam sejahtera, salam Malaysia Madani dan salam Rajang Harum Mewangi. Bersyukur kita ke hadrat Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan izin-Nya e-Buletin Bil. 2/2023 dapat diterbitkan. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam e-Buletin kampus kali ini. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Biro Teknologi Maklumat dan Penerbitan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2023/2024 atas kejayaan menerbitkan eBuletin yang sungguh istimewa buat warga kampus. Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan buletin ini terutamanya jurugambar yang membantu dalam merakamkan detik-detik sepanjang program berlangsung. Segala program dan kenangan sebelum ini dapat dirakamkan dan menjadi sumber inspirasi kepada semua warga kampus. Para siswa pendidik diharapkan sentiasa melibatkan diri dengan program yang dianjurkan baik itu dalam kampus atau luar kampus. Hal ini demikian kerana pengalaman itu sangat berharga dan membuka peluang kepada anda semua bergelar seorang guru. Diingatkan juga agar siswa pendidik tidak lupa untuk mengisi senarai penglibatan anda dalam sistem mySMP pada bahagian Aktiviti e-INSANIAH (8K). Akhir kata, saya menyeru kepada semua warga kampus untuk sentiasa melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang akan dianjurkan pada masa hadapan. Banyak program yang anda dapat sertai baik itu dari aspek kepimpinan, kerohanian, kesukarelawan, kemahiran, kejurulatihan, kepegawaian, kepengelolaan, dan kenegaraan yang dapat menambah pengalaman baharu kepada anda semua. Semoga bulletin ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Sekian terima kasih. EDWIN EKAU ANAK BIJI Yang Di-Pertua Pelajar JPP Sesi 2023/2024 Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang e-Buletin Sri Rajang SEKAPUR SIRIH BIL. 2/2023
Salam Rajang harum mewangi, Salam Malaysia Madani, Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan kepada saya untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua editor e-Buletin Sri Rajang pada tahun ini. Jutaan penghargaan yang tidak terhingga diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan melalui perkongsian bahan untuk dimuatkan ke dalam e-Buletin pada kali ini. Diharapkan agar semua siswa pendidik sentiasa menyertai dan menyokong aktiviti - aktiviti yang dianjurkan di dalam atau di luar kampus bagi menambahkan pengalaman dan ilmu serta dapat dikemas kini FABIAN KALUNG ANAK DANIEL Pengerusi Biro Teknologi Maklumat dan Penerbitan JPP Sesi 2023/2024 Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang e-Buletin Sri Rajang Kata pengantar penyunting e-Buletin Sri Rajang BIL. 2/2023 Saya juga ingin mengungkapkan sekalung apresiasi kepada Jawatankuasa e-Buletin yang telah bertungkus lumus menyiapkan e-Buletin kali ini. Pihak kami juga menggalakkan untuk siswa pendidik memberi cadangan bagi menambah mutu dan kualti penerbitan e-Buletin pada masa yang akan datang. Sekian terima kasih.
TI APRIL “Memory is the treasure house of the mind wherein the monuments there of are kept and preserved."
Program ini disertai oleh 39 orang siswa pendidik yang mengambil kursus elektif teras Sejarah. Di antara tempat yang dikunjungi sempena program ilmiah ini termasuklah Lamin Dana, Sapan Buloh, Galeri Warisan Melanau Oya dan Taman Kelideng Dalat. Program 1 Pelajar 1 Muzium Jabatan Sains Sosial telah berjaya melaksanakan sebuah program iaitu Program 1 Pelajar 1 Muzium. Pensyarah pengiring bagi program ini merupakan Dr. Roziah bt. Mohamad Ali ditemani Puan Wong Mee Ling. TARIKH : 1-2 APRIL 2023 TEMPAT : MUKAH
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jabatan Pengajian Bahasa Iban penganjuran bengkel tersebut. Diharapkan siswa pendidik memperoleh ilmu dan boleh digunakan pada masa hadapan. BENGKEL GENDANG PAMPAT TARIKH : 5 APRIL 2023 TEMPAT : DEWAN KENANGA, IPGK RAJANG Bengkel ini merupakan sebuah bengkel Jabatan Pengajian Bahasa Iban. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kemahiran memainkan alat musik iban iaitu Gendang Pampat kepada peserta bengkel dalam aktiviti bergendang pampat ini. Gendang pampat ini telah disertai oleh siswa lelaki daripada pengajian bahasa Iban.
A g i h a n B u b u r K a p u r T A RIK H : 6 A P RIL 2 0 2 3 / T E M P A T : K a f e t a r i a
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jabatan Pengajian Bahasa Iban penganjuran bengkel tersebut. Diharapkan siswa pendidik memperoleh ilmu dan boleh digunakan pada masa hadapan. Program ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Bahasa Iban. Bengkel ini dilaksanakan sepanjang 2 malam dan disertai oleh 71 orang siswa pendidik. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai lmu dan kemahiran menulis lirik dan menggubah lagu Iban dengan cara yang betul. BENGKEL NENGKEBANG LAGU IBAN TARIKH : 11-12 APRIL 2023 TEMPAT : IPGKR
Pelancaran Program Menu Rahmah " 13 APRIL 2023
Majlis Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Pengarah IPG Kampus Rajang, YBrs. Dr. Abang Ismail Bin Haji Abang Julhi. Pertandingan ini berlangsung di Dewan Sri Rajang. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan, iaitu Kategori Pensyarah dan Kategori Siswa Pendidik secara berkumpulan.. Pertandingan Kreativiti Dan Inovasi 2023 Jabatan Perancangan, Penyelidikan & Inovasi (JPPI), IPG Kampus Rajang telah menganjurkan Program Pertandingan Kreativiti dan Inovasi 2023 peringkat IPGK Rajang pada 13 Mac 2023. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran kreativiti dan inovasi dalam kalangan pensyarah dan siswa pendidik di IPG Kampus Rajang. TARIKH : 13 APRIL 2023 TEMPAT : DEWAN SRI RAJANG, IPGK RAJANG
TARIKH : 14 APRIL 2023 TEMPAT : IPGKR Program ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Biro Kerohanian, Moral dan Disiplin. Semua pelajar termasuk yang bukan muslim akan bersama-sama berbuka puasa di padang IPGKR mengikut masa berbuka puasa yang telah ditetapkan. Objektif utama program yakni mengeratkan hubungan dan mengukuhkan perpaduan kaum dalam kalangan warga Rajang. Selain menanam pembudayaan ilmu keusahawanan dan perniagaan, program ini turut menyajikan pelbagai pilihan menu dan juadah berbuka puasa kepada semua warga kampus. PROGRAM JUH BERAMBEH SUNGKEI RAJANG ANJURAN JPP 2023/2024
Bengkel Deklamasi Puisi Bahasa Iban telah berjaya dikelolakan oleh Jabatan Pengajian Bahasa Iban bertempat di Dewan Kenanga, Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang. BENGKEL DEKLAMASI PUISI BAHASA IBAN TARIKH : 15 APRIL 2023 TEMPAT : DEWAN KENANGA, IPGK RAJANG Seramai 85 orang siswa pendidik PISMP Bahasa Iban telah menyertai bengkel yang menyaksikan En. Ngabong Anak Katoi dan En. Bejamin Anak Liam sebagai penceramah. Objektif program ialah memberi pendedahan dan bimbingan kepada siswa pendidik tentang puisi (leka main) sebelum mereka ditauliahkan sebagai guru.
PISMP TSLB1 AMBILAN JUN 2021-MEI 2025 It was her. It took me a long time to admit that this could be love. I just assumed the word was too strong for this. But I could never tell her. Instead, I showed to her. It was difficult for me to conceal it. But I had no choice. Gwen Stefani Anak Beko tAJUK KARYA: "hER" January 8, 1994 The day I will always cherish. The day when I first laid my eyes on her, I possessed affection for her instantly. There is an immediate chemical of attraction. Her eyes. Her nose. Her lips. She had a seductive, enigmatic, and intense gaze. Her curved lips make me ponder how it tastes, makes me want to go exploring further. Everything about her is impeccable.
She walked slowly, swaying her curved frame to display her delectably creamy skin beneath that provocative dress. I couldn’t stop myself from approaching her. She started to speak, which was unusual for her. It sounded euphonic. I could listen to her words all day. "HER" Gwen Stefani Anak Beko “Hello” she greeted. “Hi” I responded. She bit the bottom lip of her mouth. “How are you?” she asked. “I’m fine,” I replied. “Thank you for asking.” “You want to get out of here?” I asked. “It would be better to go outside. Family events is not my thing.” “So, what is your thing then?” she questioned. I said, “Let’s find out together, shall we?” We went outside and headed towards the bench situated in front of the lake. We seated down and didn’t exchange any words. The energy was palpable. I’m sure she felt the same way. To loosen up the mood, I took out my cigarette, lit it then placed it between my lips. “Do you smoke?” she asked. “Yes. Would you like some?” I responded to her. “I never had one. But I would love to try it. Could you please show me how to do it?” “Sweetheart, I could show you a lot more than that.” My mind spoke. My mouth, on the other hand, said the contrary. “It would be an honour.” I spoke.
Taking out the cigarette, I paused, smiling as I eyed her mischievously. She smiled innocently. I swear to God, that smile could kill me. I lit the cigarette and placed it between her heavenly curved lips, never taking my eyes off of her beautiful eyes. Perhaps I looked into her eyes for too long because she began to speak. "HER" Gwen Stefani Anak Beko “Why are you staring at me like that?” she asked. “Your eyes. Your green eyes remind me of a deep forest. Caught myself immersed within your eyes. It’s very alluring.” Her angelic voice sounded, “Along with your lips, your face is lovely too.” After she said those words, my pulse starts to beat faster. We locked lustful gaze with one another. She began to move closer to my face, closing the distance between us. She then pressed her lips against mine. My lips were gently kissed by her warm, gentle lips. Our bodies were pressed heatedly against one another. Breathing deeply as our lips touched. As we breathed each other in, I could feel her breath tickling my nose.
“Stop.” She ordered while putting her both hands on my chest. We both stopped to catch our breath. “We can’t do this. We shouldn’t be doing this. It was a mistake.” She admitted. “Why?” I asked. “I lost control of myself. I’m sorry.” She was genuinely remorseful. "HER" Gwen Stefani Anak Beko Just as I was about to speak, I heard my mother’s voice. “You have failed me. You shouldn’t be doing this, either of you.” “Lily, Emily. THIS IS SO DISHONOURABLE.”
PISMP BMMB2 AMBILAN JUN 2021/MEI 2026 Nur Insyirah Hanany Binti Zakaria tAJUK KARYA: "Terbuang" Apa rasanya terbuang oleh insan yang aku sayang? aku berjalan mengelilingi kota, kadang singgah ke pasar raya. suara aku perlahan minta perhatian, memohon sedikit makanan. Apa rasanya terbuang oleh insan yang aku sayang? aku beban yang dibuang, jauh dari pandangan yang aku sangat sayang. jauh disudut hati aku ingin pulang, biarlah berpanas hingga tapak kakiku terasa kering sekali, aku cuma mahu pulang ke riba yang tersayang. Tuan yang aku sayang, aku cuma makhluk Tuhan yang tak berakal. aku tiada tempat untuk bergantung harap, jika tiada persiapan sebelum aku dibuang. bagaimana aku ingin mencari makan?
Tuan yang aku sayang, tidak bolehkah aku kembali ke pangkuan tuan? aku tidak siap untuk berhadapan dengan dunia luar. aku tidak siap untuk bertemu musuh dan melawan. luka dibadanku terasa pedih sekali terkena cakaran. "TERBUANG" Nur Insyirah Hanany Binti Zakaria “Tuan yang aku sayang, sekiranya aku bisa berkata seperti manusia, ingin aku bertanya kepada tuan yang kusayang, apa salahku hingga terbuang begini, menjadi haiwan jalanan yang tersakiti. Tuan yang aku sayang, aku boleh menahan bahangnya mentari dan sejuknya hujan, semata mahu pulang ke pangkuan tuan. pedih dek luka dibadan, tak bisa menandingi rasa rindu yang kutahan.
AKTIVITI MEI "TAKE CARE OF ALL YOUR MEMORIES. FOR YOU CANNOT RELIVE THEM" MEMORIES LAST FOREVER
2 - 1 2 M e i 2 0 2 3 / D e w a n S r R a j a n g P e p e r i k s a a n A k h i r M e i 2 0 2 3
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pensyarah Penyelaras Program Hari Jaku Tangkai Mengandai, Puan Nancy Anak Guyang, 21 orang siswa pendidik PISMP Bahasa Iban Ambilan Jun 2020 yang menjadi tulang belakang sepanjang program diadakan, juga turut hadir para pemenang bagi aktiviti yang telah dianjurkan. Penyampaian Hadiah Hari Jaku Tangkai Mengandai Jabatan Pengajian Bahasa Iban bersama PISMP Bahasa Iban Ambilan Jun 2020 telah mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi aktiviti yang telah dianjurkan sempena Hari Jaku Tangkai Mengandai. TARIKH : 5 Mei 2023
1 1 M e i 2 0 2 3 / C e m p a k a P e p e r i k s a a n M U E T M e i 2 0 2 3
Syawal Nan Indah : Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang 1444H/2023M. Ayu Si Dara Kebaya Nan Merah, Menjeling Teruna Segak Nan Sasa, Indah Ramadhan Berlalu Sudah, Hangatnya Syawal Semerbak Terasa. Syukur, tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Didoakan agar kita semua kekal sihat, ceria dan bahagia menuju Ramadhan dan Syawal seterusnya. Salam Rajang Harum Mewangi... Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2023 11 MEI 2023
PROGRAM JOM BACA BERSAMA 18 MEI 2023
Bengkel Perancangan Kurikulum Semester III sesi Mei-Julai Bengkel ini melibatkan semua Pensyarah Akademik dan Pegawai Pengurusan. Turut hadir YBrs. Dr. Abang Ismail bin Hj. Abang Julhi, Pengarah IPGKR dan Timbalan beliau, En. Salahuddin bin Mohamed Nor @ Nor. TARIKH : 22 HINGGA 24 2023 Bengkel selama 3 hari ini padat dengan pengisian yakni reka bentuk penyampaian kurikulum, pengisian ATP 4.0 Versi 1.5, penyediaan CDL, CCQI dan rumusan laporan CDL Peperiksaan Mei 2023, penyediaan JST, soalan tugasan dan rubrik pemarkahan, perkongsian maklumat MQA dan penggubalan soalan peperiksaan, pembinaan dan pembentangan kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna (KPPB) dan objek pembelajaran digital (OPD-KPPB).
K e p u t u s a n T A R I K H : 3 0 M e i 2 0 2 3 P e p e r i k s a a n M e i 2 0 2 3
PISMP BIB AMBILAN JUN 2021-MEI 2026 Julianna Lennie Anak Jannis tAJUK KARYA: "HAPPINESS" Happiness is subjective. Some may find it in having a wealthy lifestyle, buying branded brands, traveling abroad, attending boy band concerts while some find it in having a simple lifestyle, living with their loved ones and doing everything that they are really passionate about. Happiness cannot be described by words. It was a true emotion which can be portrayed by expression. For me, happiness is coming from within. Every obstacle that we faced in life should not be a boundary to achieve happiness. I found happiness in doing everything that I really loved, having a healthy relationship with people around me and overcoming every every obstacle successfully. Here, I want to share about some ways to be happy.
The first thing that I do in order to be happy even though there are many obstacles that we might face is do not keep your emotions bottled up. Try to talk to your family or trusted friends. Talking to your trusted ones about your feelings is essential as they can help you. In addition to that, you need to validate your feelings. If you disagree with something, voice it out in a mannerly way. I know it's hard for some people to tell their problems to other people as they do not trust outsiders. Instead, try to do journaling. By taking the time to reflect on our thoughts and feelings, we can gain a better understanding of ourselves and our emotions, which can lead to greater happiness and fulfillment by journaling. This is also a method to fully understand what you really felt. "HAPPINESS" Julianna Lennie Anak Jannis
Secondly, you need to take a rest if you find yourself having stress and burnout. If you find difficulties while doing your task, take a rest and do what you really love and the things that make you happy. For example, if I find myself unable to concentrate while doing my task, I will watch my favourite dramas, variety shows and listen to my favourite songs. If you find that going to a beach is a happiness for you, then go to the nearby beach. Doing something that you really love is beneficial to lighten up your day and boost up your mood. These positive emotions can lead to a greater sense of well-being and a more positive outlook on life. After you find happiness and have motivation in completing a task, then continue doing the task. "HAPPINESS" Julianna Lennie Anak Jannis
Lastly, focus on the present moment in order to achieve happiness. Do not mumble over the things that have already happened in the past and worry too much about the future. Everything that has happened in the past is a lesson to keep learning and growing up. I know it was a common feeling in a cycle of going back to the past and jumping to the future. The thing is, enjoy every moment in your life. Focusing in the present moment is a way to build yourself stronger. Not all the questions have an answer. Despite searching for an answer why we do that in the past, try to learn that whatever we did in the past is as a learning. By that, you will notice everything happened with a reason. "HAPPINESS" Julianna Lennie Anak Jannis
To sum up, happiness is a personal journey while finding your true self. To have a happy life, doing everything that you love, validate your own feelings and be kind to yourself. Appreciate every moment. Do not dwell over the past and future because we cannot change what has happened in the past and predict the future. The thing that we can do is living in the present. As a saying that, happiness is a choice. You can choose to be happy. There’s going to be stress in life, but it’s your choice whether you let it affect you or not. "HAPPINESS" Julianna Lennie Anak Jannis
tAJUK KARYA: "FIRST AND LAST DANCE" Putri Nurul Alexsha Binti Mohammad Hadly PISMP TESL2 AMBILAN JUN 2021- MEI 2025
OLIVIA WILSON WORKBOOK AKTIVITI JUN "YANG BERLALU JANGAN HANYA DIJADIKAN KENANGAN, TAPI JUGA JADI PELAJARAN." Pahatkan Memori Bersama
Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi TARIKH : 7 JUN 2023 TEMPAT : DSR
Taklimat Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM Kualiti @ Sekolah) Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Kualiti@Sekolah (SKPM Kualiti@Sekolah) - Satu taklimat berkaitan telah diadakan pada 8 Jun 2023 (Khamis) di IPG Kampus Rajang kepada semua pensyarah dan pegawai pengurusan. TARIKH : 8 JUN 2023 Ucapan terima kasih ditujukan khas kepada penceramah jemputan, Dr. Ting Jing Jing, Ketua Nazir Cawangan, Jemaah Nazir Cawangan Sibu atas perkongsian ilmu yang diberikan. Pengetahuan dan pemahaman berkaitan SKPM Kualiti@Sekolah yang lebih mendalam telah diperoleh selepas menghadiri taklimat tersebut.
Perhimpunan BIL. 2/2023 "Cebi san kenangan abadi yang ditingal kan dalam kehidupan akan menjadi kenangan yang pal ing indah" JABATAN HAL EHWAL PELAJAR 9 JUN 2023
Showcase Kapasiti Pedagogi Pembelajaran bermakna 2023 Tahniah saudari Gabriela Gumba (PISMP BIB 2 Jun 2021/Mei 2025) dan saudari Aliyana Hamiezah (PISMP BMMB 2 Jun 2021/Mei 2025) kerana telah berjaya membentang di dalam Showcase Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna 2023. Showcase yang bertemakan 'Transformasi Pendidikan Inovatif Berfokuskan Masa Hadapan' telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Rosli bin Yacob, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia. Fokus pembentangan mereka adalah kursus PJMS 3092 Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan di bawah bimbingan Pensyarah Pembimbing En. William Ak Ajan. TARIKH : 12 JUN 2023 Tahniah dan syabas Ustaz Mohamed Azizi bin Omar di atas kejayaan membentang di dalam Showcase Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) 2023. Pembentangan beliau memfokuskan interdisplinari antara kursus EDUP3073 Budaya Dan Pembelajaran dengan EDUP3063 Pentaksiran Dalam Pendidikan. The Big Idea yang mendasari keseluruhan interdisplinari kursus ialah "Pentaksiran Mesra Budaya Pemangkin Kecemerlangan Murid". TARIKH : 13 JUN 2023
Bengkel Pemantapan dan Pembugaran Modul 3 TS25 12-14 Jun 2023 : Bengkel Pemantapan dan Pembugaran Modul 3 TS25 bagi Sekolahsekolah Kohort 7 di PPD Julau, PPD Kanowit, PPD Meradong dan PPD Saratok telah berjaya dilaksanakan. Bengkel bermula seawal 7.00 pagi dan berakhir 4.30 petang itu dijalankan di Dewan Sri Rajang dan Dewan Kenanga, IPG Kampus Rajang. TARIKH : 12-14 JUN 2023 Seramai 9 orang fasilitator, 4 orang urus setia, 10 orang pegawai PPD dan 106 orang peserta daripada kalangan Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan terlibat sepanjang tiga hari bengkel dilaksanakan. Tahniah dan syabas...
Sempena dengan Hari Guru 2023 Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dengan kerjasama Biro Sukan dan Rekreasi telah menganjurkan pertandingan renang antara warga IPG yang terdiri daripada staf, pensyarah, AKP dan siswa pendidik. Pertandingan ini dapat mencungkil bakat warga IPG dalam acara renang sekali gus membina semangat kesukanan. Aktiviti yang dianjurkan dapat ditambahkan ke dalam mySMP pelajar pada bahagian aktiviti. Pertandingan Renang Antara Pelajar Sempena Hari Guru Tahun 2023 16 JUN 2023
MAJLIS ILMU DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH PENDIDIKAN SARAWAK TAHUN 2023 Siswa pendidik Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang turut membuat 3 persembahan menarik yang dipimpin oleh En. Ngabong Ak. Katoi, En. Samuel Ak. Bayang dan Pn. Dayang Madini bt. Awang Jemat. Muhamad Hafiz bin Azman (PISMP BMMB 2 Jun 2021) turut diberi amanah mengemudi acara ditemani Dr. Rabahyah binti Tahir. Tahniah semua 19 Jun 2023 : Majlis Ilmu & Penyampaian Anugerah Pendidikan Sarawak telah berlangsung dalam suasana meriah di Dewan SMK St. Anthony, Sarikei. Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2023 dan Anugerah Tokoh Guru Sarawak 2023 telah disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier 1 Sarawak. TARIKH : 19 JUN 2023 TEMPAT : DEWAN SMK SAINT ANTHONY
PERSIDANGAN PENYELIDIKAN & INOVASI PENDIDIKAN (PPIP) PERINGKAT KEBANGSAAN Siswa pendidik dan pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang juga turut memperoleh beberapa anugerah dalam pertandingan tersebut. Sebanyak 65 penyelidikan dan 125 inovasi melibatkan pensyarah, anggota kumpulan pelaksana dan siswa pendidik, telah berjaya dibentangkan sepanjang persidangan. Tahniah dan syabas kepada semua kumpulan penyelidik dan inovasi. Persidangan Penyelidikan & Inovasi Pendidikan (PPIP 2023) Peringkat Kebangsaan telah berlangsung meriah di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching. Penganjur bersama persidangan ini ialah IPG Kampus Tun Abdul Razak, IPG Kampus Rajang dan IPG Kampus Sarawak. Persidangan ilmiah selama dua harii itu telah ditutup dengan rasminya oleh YBrs. Dr. Lambat Anak Lindong, Pengarah IPG Kampus Batu Lintang pada 23 Jun 2023. TARIKH : 22-23 JUN 2023 TEMPAT : IPGK BATU LINTANG
PERTANDINGAN E-SPORT MOBILE LEGENDS RAJANG Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak penganjur, para peserta dan siswa pendidik yang menyokong pertandingan ini mahu pun secara langsung dan tidak langsung, Berikut merupakan senarai pemenang ; Johan : Mystique Villains Naib Johan : BOT7 Ketiga : Gamang e-Sport Keempat : Kuman e-Sport Kelima : Unity Squad Pertandingan ini telah disertai oleh tujuh buah pasukan yang terdiri daripada Gamang e-Sport, Kuman e-Sport, SPEEC Castle, Mystique Villains, Santai Dibantai, BOT7 dan Unity Squad. Pertandingan ini telah bersiaran langsung di halaman rasmi Facebook JPP IPG Kampus Rajang dan telah mendapat sambutan yang memberansangkan. TARIKH : 24-25 JUN 2023 Anjuran Biro Teknologi Maklumat & Penerbitan bersama Biro Sukan & Rekreasi
ALBUM PASUKAN BAGI PERTANDINGAN E-SPORT MOBILE LEGENDS RAJANG
CINEMA RAJANG NIGHT (CIRANI) Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak penganjur kerana telah melaksanakan aktiviti yang dapat membuang rasa bosan dan tekanan emosi siswa pendidik yang sedang bertungkus lumus menyiapkan tugasan. Biro Keusahawanan dan biro kediaman telah menganjurkan Cinema Rajang Night. Pihak penganjur telah menjual tiket sebanyak RM 1 bagi setiap satu pembelian. Terdapat juga reruai jualan makanan yang telah dibuka agar penonton dapat menikmati wayang sambil makan makanan yang sedap. TARIKH : 26 JUN 2023 Anjuran Biro Keusahawanan dan Biro Kediaman
PISMP TESL 2 AMBILAN JUN 2021- MEI 2025 Siti Noratikah Binti Merasin tAJUK KARYA: "WHAT IS THERE TO CARE?" Signorelli. Dante Alighieri. One kind of an unhealed wound One that treats also one that traces In many of those slammer places In which destiny has yet to be found In letting go of all tangled messes In each of those caging phrases Where the undeserving be throned the crown Where a crux is neither a fool nor a clown. As how Rome was not built in a day At times all you need is to claw your way That is just, how you play.
PISMP BMMB3 JUN 2021- MEI 2025 Nur Ermie Shahirah Binti Romie tAJUK KARYA: "sajak : musafir rindu" Dingin terasa hembusan bayu mata bundar terbuntang luas seperti hari-hari biasa tangkas bangkit persiapkan diri Terdengar seruan takbir bergema memecah sunyi pada fajar hari ternyata lebaran kembali menyapa kemeriahan dahulu tidak ku rasa Daku teringat yang jauh di mata suara bonda lembut memanggil senyuman ayah terukir indah hangatnya salam masih terasa disulami tawa riang saudara-mara Namun kini realiti menerpa kenangan indah semakin pudar tenggelam dalam kabus takdir hanya bergelut dalam nestapa menahan rindu mencengkam jiwa begitulah lebaran sang musafir.
Terbitan Kumpulan Editor Fabian Kalung Anak Daniel Mark Vrandah Anak Moses Goffrednoah Sujang AnakJimbai