The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aqkylmuhammad, 2021-12-12 10:42:06

DASAR PERUBAHAN IKLIM NEGARA (MPU)

DASAR PERUBAHAN IKLIM NEGARA (MPU)

DASAR
PERUBAHAN
IKLIM NEGARA

MPU 2163

1

PENGHARGAAN

Setinggi penghargaan ucapan Alhamdulillah dan Terima Kasih kepada ahli kumpulan penerbitan
buku skrap yang bertajuk Dasar Perubahan Iklim Negara. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pihak yang telah menolong dan memberi kerjasama yang tidak ternilai dalam
menyiapkan buku skrap ini. Terlebih dahulu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan
pensyarah Pengajian Malaysia Kolej UNITI, Puan Faridah bt Mohd Tap atas semakkan draf dalam
membantu menghasilkan buku skrap yang terbaik ini.

Ahli kumpulan penerbitan buku skrap ini terdiri daripada Wan Imran Haqim bin Mohd Yusof, Nur
Natashah Bt Mohamed Rafik dan Muhammad Fahmi bin Nazri.

Akhir kata, dengan rendah dirinya kami menghasilkan buku skrap ini agar dapat berkongsi ilmu dan
meningkatkan lagi pengetahuan tentang dasar-dasar yang terdapat dalam negara Malaysia .

2

AHLI PENERBITAN

PUAN FARIDAH BINTI MOHD TAP NUR NATASHAH BT MOHAMED RAFIK
Pensyarah Kolej UNITI, Pelajar Diploma In IT Support System
Pensyarah PENGAJIAN MALAYSIA. Penolong ketua Pentadbiran buku skrap
Perangka Idea buku skrap.
WAN IMRAN HAQIM BIN MOHD YUSOF
Pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan MUHAMMAD FAHMI BIN NAZRI
Ketua kumpulan pereka buku skrap. Pelajar Diploma In IT Support System

3

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

BIL. ISI KANDUNGAN 5-6
7
1 PRAKATA 8
2 OBJEKTIF 9
3 RASIONAL 10
4 PRINSIP 11-12
5 DASAR PERUBAHAN IKLIM NEGARA 13-14
6 TINDAKAN-TINDAKAN STRATEGIK 15
6 TERAS STRATEGIK 16
7 TINDAKAN UTAMA 17
8 DAFTAR KATA
9 RUJUKAN

4

PRAKATA

Perubahan iklim merujuk kepada perubahan-perubahan di dalam iklim dunia yang
memberikan impak kepada manusia dan ekosistem sama ada secara langsug atau
tidak langsung. Adalah dijangkakan,kesan negatif perubahan iklim tidak dapat dielakkan
lagi sehingga beberapa dekad akan datang dan tindakan mitigasi yang diambil hanyalah
bertujuan untuk mengurangkan impak fenomena tersebut. Bagaimanapun, sekiranya
tiada langsung langkah mitigasi dilaksanakan, sistem semula jadi bumi tidak akan
mampu untuk menyesuai dengan kesan perubahan iklim. Di peringkat ini, sebarang
tindakan adaptasi yang diambil akan melibatkan kos social dan ekonomi yang amat
tinggi. Sehubungan itu, Dasar Perubahan Iklim Negara mengesyorkan supaya tindakan

adaptasi dan mitigasi dilaksanakan secara bersepadu dan menyeluruh.

5

PRAKATA

Dasar Perubahan Iklim Negara berperanan sebagai satu rangka kerja untuk
menggerak dan memberikan panduan kepada agensi kerajaan, industri,
komuniti dan juga pihak berkepentingan dalam menghadapi cabaran
perubahan iklim secara menyeluruh dan bersepadu. Dasar ini

menitikberatkan pengukuhan keupayaan negara agar impak perubahan iklim
dapat dikurangkan di samping menggalakkan langkah mitigasi yang boleh
mempertingkatkan pembangunan secara lestari.

Kerajaan sedar bahawa impak perubahan iklim merentasi semua
peringkat,sector,pihak serta kumpulan berkepentingan. Oleh demikian,
pengukuhan keupayaan institusi pelaksana perlu dipertingkatkan secara
berkesan melalui jalinan anatara sains dan pengetahuan tempatan. Ini akan
memastikan pembangunan yang berdaya tahan kepada perubahan iklim dan
pada masa sama memenuhi aspirasi negara untuk mencapai pembangunan

secara lestari.

6

OBJEKTIF

Objektif Dasar Perubahan Iklim Negara adalah untuk:

● Mengarusperdanakan perubahan iklim melalui
pengurusan sumber yang bijaksana dan
pemuliharaan alam sekitar yang dipertingkatkan
untuk memperkukuhkan daya saing ekonomi dan
kualiti hidup.

● Mengukuhkan keupayaan institusi dan
pelaksanaan untuk memanfaatkan peluang baru
dalam mengurangkan impak negative perubahan
iklim.

7

RASIONAL

Perubahan iklim dan cuaca keterlaluan telah mengakitbatkan bencana
alam, antaranya kenaikan paras laut, banjir, tanah runtuh, hakisan pantai
dan tanah, kemarau, kebakaran hutan dan jerebu, di samping memberi
kesan ke atas keselamatan dan kesihatan manusia, menggugat ekonomi
negara, dan juga menyebabkan perubahan kepada alam semula jadi dan

landskap binaan. Tambahan lagi, gangguan terhadap ekosistem akan
mengancam jaminan sumber air dan makanan. Kebergantungan ke atas
sumber-sumber tenaga konvensional telah menyumbang kepada pelepasan
gas rumah kaca dan menjadikan negara lebih terdedah kepada pergolakan

ekonomi di peringkat global. Daya saing ekonomi bergantung kepada
pengeluaran dan penggunaan tenga yang cekap.

8

PRINSIP

Menyedari hakikat kesan dan impak negatif perubahan iklim, Malaysia mengambil
tindakan untuk mengarusperdanakan respons nasional bagi memantapkan

matlamat pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar berdasarkan prinsip-
prinsip berikut:

Pelaksanaan Secara
Bersepadu

Pemuliharaan Alam Penglibatan Yang
Sekitar dan Sumber Asli Berkesan

Pembangunan Secara Tanggungjawab Sama
Lestari Beban Berbeza dan
Keupayaan Tersendiri

9

DASAR PERUBAHAN
IKLIM NEGARA

ini membantu untuk memastikan pembangunan
yang berdaya tahan terhadap perubahan iklim
bagi memenuhi aspirasi negara untuk mencapai
pembangunan lestari. Dasar ini terdiri daripada
lima prinsip, yang diperkukuhkan lagi dengan
sepuluh teras strategik, bagi menentukan hala
tuju negara dalam menangani cabaran
perubahan iklim.

10

TINDAKAN-TINDAKAN STRATEGIK

adalah diperlukan untuk mengukuhkan daya tahan negara
terhadap impak perubahan iklim. Ini termasuk :
•Mengarusperdanakan perubahan iklim.

•Menginterasikan respons adaptasi dan mitigasi secara
seimbang .

•Meningkatkan keupayaan institusi dan pelaksanaan melalui
penyelarasan tindakan-tindakan dasar yang bersepadu.

11

TINDAKAN-TINDAKAN STRATEGIK

Keutamaan hendaklah diberi kepada keupayaan untuk
menyesuaikan negara terhadap impak perubahan iklim sebenar

dan yang dijangka. Langkah mitigasi harus diterajui bagi
mempertingkatkan pencapaian adaptasi dan pembangunan
lestari. Impak perubahan iklim merentasi semua peringkat,
sektor, pihak dan kumpulan berkepentingan dan menuntut
langkah-langkah yang menyeluruh dan bersepadu. Keupayaan
institusi dalam pelaksanaan boleh dipertingkatkan secara
berkesan dengan penyertaan secara berkerjasama berasaskan

ilmu sains dan pengetahuan tempatan.

12

TERAS
STRATEGIK

Dasar Perubahan Iklim Negara akan dijadikan panduan dalam
mengintegrasikan isu perubahan iklim dalam perancangan dan
pelaksanaan program pembangunan dan proses membuat
keputusan; menggalakkan pertumbuhan ekonomi secara lestari
dan pembangunan insan; serta pemuliharaan alam sekitar.
Dasar ini melengkapi dasar yang sedia ada dan mengambil kira
prinsip-prinsip konvensyen antarabangsa di peringkat global.
Tindakan kerajaan mengenai perubahan iklim dalam semua
sector adalah berdasarkan kepada teras strategik seperti
berikut:

13

TERAS
STRATEGIK

ST1-P1: Menyelaras pengharmonian dasar-dasar yang sedia ada melalui pendekatan
adaptasi dan mitigasi perubahan iklim secara seimbang.

ST2-P1: Merangka pembangunan yang berdaya tahan perubahan iklim melalui ekonomi
rendah karbon bagi meningkatkan daya saing global dan mencapai pertumbuhan
sosioekonomi yang lestari.

ST3-P1: Menyokong pembangunan dan pelaburan termasuk pembangunan industri yang
berdaya tahan perubahan iklim dalam mencapai pertumbuhan sosioekonomi yang lestari.

ST4-P2: Menerap langkah-langkah adaptasi dan mitigasi secara seimbang untuk
mengukuhkan pemuliharaan alam sekitar dan menggalakkan kelestarian sumber asli.

14

Memperkukuhkan mekanisme TINDAKAN UTAMA Membangunkan sistem
penyelarasan untuk menyelia pengiraan karbon dan kajian
perancangan, pelaksanaan dan Membangunkan pelbagai model dasar bagi ekosistem hutan.
pemantauan pelbagai langkah unjuran iklim dan idroiklim untuk
perubahan iklim. mengenalpasti kemudahterancam
dan impak perubahan iklim yang

berpotensi.

Memperkukuhkan mekanisme penyelarasan Mengenalpasti sifat dan nilai
untuk menyelia perancangan, pelaksanaan ekosistem untuk diterapkan
dan pemantauan pelbagai langkah ke dalam proses perancangan
perubahan iklim. pembangunan.

15

Adaptasi DRAF KATA

✓ Tindakan yang diambil untuk membantu komuniti dan ekosistem menghadapi kesan sebenar
atau jangkaan perubahan iklim.

Mengimbangi Adaptasi dan Mitigasi

✓ Pendekatan holistik dan bersepadu untuk mengoptimumkan manfaat kedua-dua penyesuaian
dan mitigasi secara serentak.

Perubahan iklim

✓ Sebarang perubahan iklim dari semasa ke semasa yang secara langsung dan tidak langsung
menjejaskan manusia dan aktiviti mereka serta semula jadi sistem dan proses.

Teknologi Mesra Iklim

✓ Rujuk “Teknologi Rendah Karbon”.

Pembangunan Kalis Iklim

✓ Tindakan yang diambil untuk melindungi pembangunan daripada sebarang gangguan akibat
impak sebenar atau jangkaan iklim ubah.

Pembangunan Berdaya Tahan Iklim

✓ Pembangunan yang mengambil kira langkah menangani perubahan iklim dan cuaca ekstrem

16 selaras dengan keutamaan negara.

RUJUKAN :

https://www.pmo.gov.my/ms/2019/07/dasar-perubahan-iklim-negara/

17

OZONE PROTECTION PLANS

2021 2030 2050

Mars is actually a It’s the smallest Jupiter is the biggest
very cold place planet of them all planet of them all


Click to View FlipBook Version