SENARAI TUGAS
JAWATANKUASA INDUK PSS
•Merancang kewujudan PSS dan merangka peranan, kepentingan
dan strategi perkembangannya.
•Menentukan sumber kewangan PSS.
•Mengagih dan menyelaraskan peruntukan dalam pembelian
bahan-bahan PSS seperti bahan cetak (buku dan lain-lain), media
teknologi dan bahan-bahan bantu mengajar/ belajar.
•Melakukan anggaran perbelanjaan mengurus PSS yang
dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja.
•Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan. Contohnya:
menentukan jadual tugas, jadual waktu penggunaan PSS,
peruntukan masa pinjaman dan lain-lain.
•Merangka strategi perkembangan PSS iaitu membuat unjuran
mengenai keperluan-keperluan di masa akan datang. Contoh-
contohnya: keperluan fizikal, keperluan bahan-bahan dan
kegiatan-kegiatan lain seperti pameran dan sebagainya.
•Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak
tertentu dalam bentuk moral dan material. Contohnya: wang
tunai, buku-buku, bahan bantu mengajar, bahan media teknologi,
kepakaran tertentu dan sebagainya.
SENARAI TUGAS
JAWATANKUASA KERJA PSS
• Menyelaraskan semua program media yang dirancang dan
dilaksanakan.
•Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan
pembangunan Pusat Sumber.
•Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS untuk dimajukan
ke Jawatankuasa Induk.
•Menyediakan laporan tahunan Pusat Sumber Sekolah.
•Merancang dan melaksanakan program perkembangan kakitangan.
•Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang
memerlukan.
•Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai media
pendidikan yang terdapat di Pusat Sumber.
•Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-
agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan
dengan aktiviti Pusat Sumber.
SENARAI TUGAS
KETUA BIDANG/KETUA PANITIA
•Membantu J/Kuasa PSS memilih dan mendapatkan alat
dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
untuk kegunaan guru dan pelajar
•Membantu J/Kuasa PSS menilai keberkesanan alat dan
bahan media yang dibeli atau dihasilkan sendiri
•Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan
oleh Pengetua
•Merancang pembangunan koleksi bahan mengikut mata
pelajaran.
•Membantu menyusun, mempromosi dan menyediakan
senarai alat/bahan mengikut kemudahan guru-guru.
SENARAI TUGAS
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
•Merancang dan mengajar matapelajaran antara 6 hingga 8
waktu seminggu.
•Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan
Pusat Sumber Sekolah.
•Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber
Sekolah.
•Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang
komprehensif, seimbang dan kemaskini.
•Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat
dan perkhimatan Pusat Sumber Sekolah yang menyokong
pengajaran dan pembelajaran.
•Merancang dan mengurus program pembacaan (Program
NILAM) dan pembudayaan ilmu bersama Jawatankuasa NILAM.
•Merancang, melaksanakan dan menyelaras program
pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung
dengan Pusat Sumber Sekolah.
•Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber
Sekolah.
•Bekerjasama dengan guru-guru dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber
•Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan
Negeri / Perpustakaan Negara / Perpustakaan Awam untuk
meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber
Sekolah.
•Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber
Sekolah.
•Menyelia dan mengedar minit mesyuarat Jawatankuasa
Pusat Sumber Sekolah.
•Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat
Sumber Sekolah.
•Melaksanakan tugas semakan stok dan invertori
peralatan Pusat Sumber Sekolah.
•Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan /
Pusat Sumber Sekolah Negeri.
•Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung
dengan Pusat Sumber Sekolah.
•Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan
pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta
kewangan Pusat Sumber Sekolah.
•Menghantar data dan laporan pelaksanaan program Pusat
Sumber Sekolah dan NILAM kepada Sektor Sumber
Teknologi Pendidikan (SSTP) melalui Unit Sektor Teknologi
Pendidikan (USTP) dan Pusat Sumber Pendidikan
Negeri(PSPN) pada bulan Oktober setiap tahun.
•Menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh Pengeua
dari semasa ke semasa.
SENARAI TUGAS
SETIAUSAHA
•Membantu dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan.
•Mentadbir, menyelaras perkhidmatan PSS.
•Merancang skim latihan untuk guru-guru PSS, guru-guru lain,
Kerani PSS dan Pengawas PSS.
•Memilih dan melatih Pengawas PSS, Pelajar dan Pembantu PSS.
•Menyediakan Bibliografi untuk kegunaan guru dan pelajar.
•Merancang bersama AJK PSS segala aktiviti PSS untuk sepanjang
tahun.
•Menyediakan laporan, taklimat dan memaklumkan kepada
semua pihak yang berkenaan mengenai perkhidmatan PSS.
•Menguruskan mesyuarat-mesyuarat J/Kuasa Induk dan Kerja
PSS.
•Menyediakan perancangan dalam penggunaan dan
pembangunan PSS dan mengemukakannya kepada J/Kuasa Induk
pentadbiran PSS.
•Mengurus perbelanjaan dan rekod kewangan PSS.
•Merangka dan menghasilkan Program Lima Tahun PSS bersama
AJK PSS.
•Menjadi Setiausaha J/Kuasa pentadbiran PSS.
•Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Pengetua/GPK 1.
•Bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod dan fail
berkaitan PSS.
•Memastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan dan
dilaksanakan mengikut perancangan.
SENARAI TUGAS
PENGAWAS PUSAT SUMBER
•Membantu dalam pengedaran bahan buku (peminjaman
dan pemulangan).
•Membantu dalam penyusunan bahan-bahan di rak dan
lain-lain.
•Menyimpan dan menyusun bahan-bahan yang telah
digunakan oleh para pengguna ketempat asal.
•Menjaga kebersihan PSS termasuk tugas kemas-
mengemas.
•Membantu melakukan kerja memproses bahan-bahan
seperti melabel, cop hak milik dan sebagainya.
•Membantu dalam penyemakan buku-buku, majalah,
akhbar yang diterima daripada pembekal.
•Membantu menguruskan fail tegak/buku skrap.
•Membantu menguruskan alat pandang dengar termasuk
perkakasan dan bahan perisian.
•Membantu mempromosikan PSS.
•Seranta dan mewujudkan perhubungan dengan para
pengguna.
•Membantu pelanggan dalam penggunaan PSS.
•Membantu membaikpulih bahan-bahan rosak.
•Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
PSS.
SENARAI TUGAS
GURU PANITIA MATAPELAJARAN / PENASIHAT KELAB
•Membantu J/Kuasa PSS memilih dan mendapatkan alat dan
bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk kegunaan
guru dan pelajar.
•Membantu J/Kuasa PSS menilai keberkesanan alat dan bahan
media yang dibeli atau dihasilkan sendiri.
•Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh
Pengetua.
• Merancang pembangunan koleksi bahan mengikut mata
pelajaran.
• Membantu menyusun, mempromosi dan menyediakan senarai
alat/bahan mengikut kemudahan guru-guru.
SENARAI TUGAS
GURU NILAM
•Merancang dan melaksanakan program galakan membaca
peringkat sekolah dengan kerjasama guru - guru lain.
•Mengedarkan buku NILAM kepada semua pelajar melalui guru -
guru tingkatan.
•Memeriksa buku NILAM dan membuat pemilihan pelajar untuk
wakil sekolah ke pertandingan NILAM peringkat daerah dan
seterusnya.
•Menghadiri kursus dan mesyuarat NILAM dari semasa ke
semasa.
•Menyediakan laporan NILAM dua kali setahun untuk diserahkan
kepada USTP melalui Penyelaras Pusat Sumber dengan kelulusan
Pengetua.
•Mengumpul bayaran buku NILAM untuk diserahkan kepada
kemeterian melalui kerani kewangan sekolah.
•Menyertai aktiviti NILAM di peringkat daerah, negeri atau
kementerian.
•Menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh Pengetua dari
semasa ke semasa.
SENARAI TUGAS
GURU ALAT BANTU MENGAJAR
• Mengadakan dan mengemaskini buku stok ABM ( Bukan
Elektronik ) dalam Pusat Sumber Sekolah.
• Memilih dan memastikan bahan - bahan cetak dan bukan cetak
yang sesuai untuk ABM dengan kerjasama guru - guru lain.
•Mengkatalog bahan - bahan ABM.
•Menyusun atur bahan - bahan ABM supaya mudah dikesan oleh
pengguna.
•Memilih dan membaik pulih bahan yang rosak.
•Menyediakan senarai bahan yang baru diperolehi untuk
makluman pengguna.
•Menyedia rekod penggunaan ABM.
•Menyediakan dan melaporkan rekod penilaian penggunaan
ABM kepada Pengetua dan pihak yang berkenaan dua kali
setahun atau apabila diminta.
•Mengambil bahagian dalam kegiatan Pusat Sumber yang
dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan
Negeri atau Pejabat Pendidikan
Daerah.
SENARAI TUGAS
GURU MULTIMEDIA
•Mengadakan dan mengemaskinikan buku stok alatan dan
bahan dalam Bilik Tayang atau Bilik Multimedia (alat elektronik,
hardware dan software).
•Memilih dan memastikan alatan elektronik yang sesuai dibeli
untuk PSS.
•Menyusun atur bahan-bahan supaya mudah dikesan oleh
pengguna.
•Membuat kerja pemilihan dan baik pulih bahan-bahan yang
rosak.
•Merancang dan menjaga keceriaan Bilik Tayang / Multimedia
untuk membuatnya tempat yang menarik untuk digunakan.
•Menyelaraskan penjadualan waktu penggunaan bilik dan alat-
bahan bukan cetak seperti OHP,radio,TV,VCD player dan alat-alat
elektronik yang lain.
•Merancang dan menjalankan latihan penggunaan alat elektronik
untuk guru dan Pengawas Pusat Sumber.
•Menyediakan rekod penggunaan Bilik Tayang /
Multimedia,penggunaan alatan hardware dan software oleh guru
dan pelajar.
•Membuat dokumentasi album atau digital peristiwa penting
sekolah.
•Menyediakan persembahan multimedia jika perlu.
•Menyedia dan membentangkan laporan penilaian penggunaan
alat teknologi pendidikan kepada pengetua dan pihak yang
berkenaan dua kali setahun atau apabila
diminta.