KARYA AZMAH NORDIN PANTAI KASIH PENSYARAH: PUAN NORLIZA BINTI AHMAD KAMAL BMMB 1104 Kesusasteraan Dan Kebudayaan Melayu
NAMA: NUR SYAIRAH AYUNI BINTI MOHD ZAMRI KUMPULAN: PPS2-6 ANGKA GILIRAN: 2022172310014
Sinopsis Pendek PANTAI KASIH Mengisahkan tentang seorang doktor muda iaitu Raiha yang terpaksa melalui pelbagai cabaran sebelum bergelar seorang doktor bedah yang berjaya. Raiha mendapat tawaran bekerja bersama dengan mentornya, Doktor Uwang. Sepanjang bertugas di pusat rawatan Pantai Kasih, Raiha sering terganggu dengan komplikasi yang dihadapi oleh pesakit. Hal ini kerana ramai pesakit yang bertungkus-lumus mengumpul wang demi mendapatkan rawatan kesihatan. Perkara yang menambah musyikil apabila Raiha melihat X-Ray milik salah seorang pesakit yang tiada menunjukkan sebarang masalah. Selain itu, Raiha juga dihantui kisah silamnya bersama bekas suaminya.
DOKTOR RAIHA KARAKTER UTAMA DOKTOR UWANG DOKTOR SADIZ UNONG SIRON
APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KRITIKAN Kritikan merujuk kepada pendapat atau penilaian yang diberikan terhadap sesuatu hal, kegiatan, atau karya yang bertujuan untuk memberikan komen atau cadangan penambahbaikan. Kritikan yang diberikan boleh dalam bentuk positif seperti melalui pujian . Kritikan juga boleh datang dalam bentuk yang negatif iaitu melalui kelemahan dan kekurangan yang ada. Kritikan ini boleh disampaikan secara lisan atau bertulis, dan biasanya kritikan datangnya daripada seseorang yang mempunyai kepakaran atau pengetahuan dalam bidang berkaitan. BMMB 1104
KRITIKAN SANJUNGAN BMMB 1104
KENALI KRITIKAN SANJUNGAN Menurut Shamsudin Abu Bakar, Azman Rahmat & Arfah Ahamad (2022), Sanjungan bermaksud pernyataan rasa kagum atau senang terhadap orang lain. Dalam hal ini, setiap kritikan yang dilakukan adalah bersifat memuji karya dan pengarangnya yang berupaya menghasilkam pemikiran bernas, serta elemen karya yang menarik.
KRITIKAN SANJUNGAN BERDASARKAN NOVEL Plot yang sangat menarik, bermula dari bahagian permulaan, perkembangan, konfliks, klimaks dan peleraian. Setiap plot di perlihatkan dengan lancar dan menarik sehingga menjadikannya sebuah karya yang menghibur di samping menyampaikan nilainilai yang murni. Azmah Nordin memiliki kemampuan untuk mengembangkan karakter-karakter dalam novel dengan baik, sehingga pembaca dapat terhubung dengan karakter-karakter tersebut dan merasa terlibat dalam cerita. Setiap perhubungan antara bab ke bab itu ada kesinambungannya tersendiri. Dari sini pembaca boleh memahami dan memproses jalan cerita dengan baik.
KRITIKAN SANJUNGAN BERDASARKAN NOVEL Azmah Nordin juga berani mengekspresikan isu yang sensitif seperti dalam novel ini beliau ada mengutarakan tentang konflik rumah tangga antara Dr. Raiha dan Dr. Sadiz. Sikap tidak berperikemanusiaan Dr. Sadiz dapat membuka mata para pembaca untuk sentiasa berhati-hati dalam memilih pasangan hidup Novel Pantai Kasih memiliki beberapa pesan moral yang kuat dan terasa relevan dengan kehidupan pembaca pada saat ini serta membawa nilai-nilai positif dan inspiratif bagi pembaca. Contohnya, nilai ketabahan dapat dilihat apabila Doktor Raiha tabah meneruskan kehidupan walaupun menghadapi kematian anaknya dan diceraikan oleh suaminya . Selain itu, nilai bertanggungjawab dan sifat kasih sayang seorang ibu. Hal ini kerana emak Unong Siron sanggup berusaha bagi mendapatkan wang demi menampung kos rawatan anaknya.
KRITIKAN TEGURAN BMMB 1104
Kritikan yang dihasilkan mengandungi teguran atau memberi peringatan yang ikhlas dengan mengemukakan pandangan yang membina terhadap karya yang dikritik. Teguran dalam kritikan yang dibuat itu bukanlah tujuan untuk memburukburukkan sesuatu karya semata-mata tetapi dilihat dengan menggunakan kewajaran dan penuh rasional. KENALI KRITIKAN TEGURAN
KRITIKAN TEGURAN Watak sampingan yang terlalu kompleks Penulis terlalu banyak memasukkan watak sampingan yang berpotensi menganggu jalan cerita serta proses pemahaman pembaca terhadap sesuatu peristiwa. Menghindari stereotip yang negatif Terdapat beberapa karakter dalam novel ini mungkin memiliki sikap negatif yang dapat memengaruhi pembacaan yang tidak benar terhadap kelompok tertentu. Contohnya, Felicia Landosi kerap minum ubat batuk untuk melupakan masalah keluarga dan tekanan yang dihadapinya sehingga menyebabkan dia ketagihan. plot cerita yang agak perlahan dan lambat Hal ini kerana terdapat faktor yang mempengaruhi seperti gaya bahasa yang digunakan dalam cerita. Misalnya dalam novel ini terdapat istilah saintifik. seperti X-Ray, Clinical Year dan hemodialisis DALAM KARYA
KRITIKAN SARANAN BMMB 1104
Kritikan yang bertujuan untuk memberikan cadangan atau input yang membina bagi meningkatkan kualiti kerja atau tindakan. Kritikan ini ditujukan kepada pengarang dengan mengidentifikasi kelemahan karya agar mutu sesebuah karya dapat dipertingkatkan. KENALI KRITIKAN SARANAN
Penulis haruslah tetap menjaga fokus terhadap tema utama. Melalui hal ini, pesan moral yang ingin disampaikan dalam cerita dapat membantu menguatkan pesan tersebut dan membuat cerita menjadi lebih bermakna. Misalnya, tema utama karya ini ialah mengutarakan ketabahan seorang wanita yang menghadapi pelbagai dugaan dalam hidup. KRITIKAN SARANAN Lebih mengfokuskan cerita pada karakter-karakter utama akan membantu membentuk ikatan emosional yang lebih kuat dengan pembaca. Oleh karena itu, penulis boleh mengembangkan lagi karakter-karakter utama dengan adanya proses interaksi satu sama lain dan menghadapi konflik dalam cerita. Tahap konsistensi dalam jalan cerita perlu sempurna dan tidak bercabang-cabang agar pembaca mudah untuk mengikuti cerita dan tertarik. Salah satu caranya ialah dengan menilai setiap babak dan mempertimbangkan cara ia memacu keseluruhan jalan cerita
KRITIKAN PENDEKATAN BMMB 1104
PRIO Kritikan yang menggunakan pelbagai pendekatan atau cara atau suatu proses untuk mendekati sesuatu. Sesebuah karya dikritik dengan menggunakan pelbagai pendekatan. Pemahaman tentang konsep-konsep serta persediaan yang rapi harus dikuasai oleh pengkritik. KENALI KRITIKAN PENDEKATAN
Penulis mampu meningkatkan proses pengembangan karakter dalam novel Pantai Kasih ini terutamanya dalam perkara yang ada menunjukkan sisi emosional dan psikologi karakter yang lebih dalam serta kompleks. Dengan wujudnya sisi emosional, pembaca akan lebih terhubung dengan penceritaan tersebut. Tambahan pula apabila emosi diekspresikan itu bersesuaian dengan keadaan atau situasi yang sedang dialami oleh pembaca. Pengembangan Karakter: KRITIKAN PENDEKATAN Berdasarkan Novel
Ada beberapa latar belakang yang terdefinisi dengan baik dalam novel ini, seperti latar belakang sosial dan budaya. Oleh yang demikian , Azmah Nordin dapat lebih memperkaya latar belakang dalam novel dengan kepelbagaian budaya yang ada dalam kalangan masyarakat , sehingga pembaca dapat merasakan suasana dan konteks yang lebih kuat. Misalnya ada beberapa penerapan tentang kehidupan mewah Doktor Sadiz dan Doktor Raiha. Selain itu, Doktor Uwang yang mata duitan serta materialistik. Hal ini kerana, Doktor Uwang membeli peralatan murah dan berkualiti rendah untuk digunakannya dalam pembedahan terhadap pesakit kelas menengah bawah dan pertengahan untuk meraih keuntungan. Pengembangan Latar Belakang: KRITIKAN PENDEKATAN Berdasarkan Novel
Walaupun novel ini memiliki pesan moral yang kuat, Penulis boleh lebih meneroka tema-tema yang lebih mendalam dan kompleks, seperti tema identiti, kebebasan, atau hak asasi manusia. Hal ini dapat membantu meningkatkan kualiti karya dan memperkaya pengalaman membaca bagi pembaca. Misalnya, tema utama novel ini ialah tentang wanita yang tabah mengahadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam hidupnya. Setiap pengembangan cerita haruslah berkait rapat dengan tema yang diutarakan agar tidak menganggu plot penceritaan. Pengendalian Tema: KRITIKAN PENDEKATAN Berdasarkan Novel
KRITIKAN PENILAIAN BMMB 1104
Kenali Kritikan Penilaian Penilaian bermakna melakukan pemberian nilai tertentu kepada sesuatu teks sastera yang berkenaan tentang mutu. Kritikan ini melibatkan proses penilaian iaitu pandanga, kepuasan, dan keputusan terhadap sesebuah karya sama ada karya tersebut bermutu atau tidak Kritikan penilaian boleh membantu individu meningkatkan prestasi masa depan mereka dengan memberikan cadangan khusus dan boleh diukur, serta memberikan pandangan tentang perkara yang telah mereka lakukan dengan baik dan di mana mereka perlu menambah baik.
BMMB 1104 Kurangnya kerumitan karakter. Beberapa watak dalam novel itu mungkin kelihatan cetek dan tidak terlalu kompleks, yang menyebabkan ceritanya terasa kurang menarik. Misalnya, watak felicia landosi yang hanya mempunyai peran sebagai seorang individu yang bersubahat dengan peristiwa kematian anak Doktor Raiha Pengembangan Plot yang Menarik Dalam konteks ini, plot Pantai Kasih disusun secara kronologi. Misalnya peringkat permulaan pembaca diperkenalkan dahulu dengan watak Raiha yang mengalami konflik setelah meneliti sinar-X terbaharu milik pesakit Unong Siron. Raiha turut mengalami konflik jiwa akibat kematian anak tunggalnya. Melalui plot pada permulaan ini, konflik tentang kematian anak Doktor Raiha dihubungkan lagi diperingkat perkembangan, dimana wujudnya watak yang bersubahat atau telibat dengan peristiwa kematian anak Doktor Raiha. KRITIKAN PENILAIAN DALAM NOVEL:
KRITIKAN PENGANALISISAN BMMB 1104
KENALI KRITIKAN PENGANALISISAN BMMB 1104 Dalam hal ini, penganalisisan merupakan suatu proses menyelidik sesuatu karya bagi mengetahui keadaan yang sebenarnya, termasuklah menentukan kedudukan, prestasi atau pencapaian. Hal ini apabila seseorang pengkaji atau pengkritik melakukan penelitian terhadap sesuatu genre sastera, maka bererti peneliti itu sedang melaksanakan kerja penghuraian atau penganalisisan. Ketika menganalisis pengkritik melihat sesuatu aspek secara terperinci dan atau mendalam tentang bahasa figuratif, permulaan dan pengakhiran sesebuah cereka, motif, citra, watak, pemikiran, perlambangan, nilai, sudut pandangan, aliran dan ideologi yang menyerlah dalam karya sastera.
Gaya Bahasa Novel ini lebih cenderung kepada penggunaan bahasa yang mudah dan tidak kompleks untuk pembaca. Penggunaan gaya bahasa yang tepat dapat membantu pembaca memahami cerita dengan lebih mudah, serta dapat menambah nilai estetika dari cerita. Namun begitu, terdapat satu babak yang mengandungi kosa kata yang kurang sopan. Misalnya pada babak yang ada membawa unsur lucah iaitu ketika babak hubungan intim antara Doktor Raiha dan Doktor Sadiz. KRITIKAN PENGANALISISAN Penerangan Penerangan yang jelas tentang latar dan suasana ada terkandung dalam novel ini. Misalnya pada babak yang melibatkan Doktor Raiha dan bapanya . Ketika itu bapanya membangkang niat Doktor Raiha untuk menjadi pakar bedah. Hal ini kerana ayahnya beranggapan bahawa tugas seorang pakar bedah hanya boleh dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan fizikal dan mentalnya. Tidak hanya terhenti disini, penulis ada menerangkan berkait dengan bangkangan tersebut. BMMB 1104
SEKIANTERIMA KASIH SEMOGA BERJUMPA LAGI DI HARI YANG LAIN!