KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3 2021
TAJUK :
KAJIAN GUNA TANAH DI TAMAN PULASAN,JITRA
NAMA : SYURFA BINTI RIDZUAN
TINGKATAN : 3 SAKINAH
NAMA GURU PUAN ARHAMNI BINTI ROBIAN
TARIKH HANTAR : 11 NOVEMBER
ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
Bil PERKARA
1
1. Tajuk kajian 2
2. Senarai kandungan 3
3. Penghargaan 4
4. Pendahuluan 5
5. Objektif kajian 6
6. Kawasan kajian 7
7. Kaedah kajian 8
8. Dapatan kajian 8
9
Latar belakang kawasan kajian
Melukis peta lakar dan mentafsir peta lakar
Mengenalpasti guna tanah utama di kawasan kajian dan huraikan faktor yang 11
mempengaruhi guna tanah
Mengenal pasti dan huraikan 3 kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar yang telah 12
dikaji
Tiga cadangan usaha-usaha mengatasi kesan guna tanah tersebut 13
14
9. Rumusan 15
16
10. Rujukan
11 Lampiran
.
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Zaiton binti Ismail selaku pengetua Maktab Mahmud Alor
Setar kerana telah memberi keizinan kepada saya menggunakan segala peralatan dan kemudahan yang diperlukan bagi
melaksanakan tugasan ini.
Tidak ketinggalan guru mata pelajaran Geografi saya, Puan Arhamni binti Robian atas segala bimbingan,tunjuk
ajar,teguran dan nasihat yang amat berguna serta telah banyak menolong saya dan rakan-rakan saya bagi
menyempurnakan tugasan ini.
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kpada ibu bapa saya iaitu Encik Ridzuan bin Hashim dan Puan Siti
Khadijah binti Haji Abd Ghani kerana telah banyak memberi sokongan moral dan dorogan kepada saya serta sudi
mengorbankan masa mereka untk menolong saya mengumpulkan maklumat-maklumat tentaang kajian guna tanah yang
saya sedang kaji.
Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada rakan-rakan sekelas saya kerana telah memberi saya
banyak pendapat dan idea.
PENDAHULUAN
Instrumen pelbagai bagi memenuhhi syarat yang ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia
bagi subjek Geografi. Saya merupakan salah seorang pelajar Tingatan 3 di Maktab Mahmud Alor Setar.
Saya telah memilih tajuk kajian KESAN GUNA TANAH PETEMPATAN DI TAMAN PULASAN
Tujuan saya memilih kawasan Taman Pulasan ,Jitra ini adalah kerana kawasan ini merupakan kawasan tempat tinggal
saya.Ekoran itu,kawasan ini memudahkan lagi saya untuk menjalani kajian.
Tempoh kajian yang diberikan kepada saya dan rakan-rakan yang lain telah dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk mengumpul
maklumat bagi menyiapkan kajian tentang guna tanah ini.
Saya telah menemu ramah dan menyoal selidik sekurang-kurangya seramai 3 orang respden yang terpilih untk mendapatkan
maklumat tentang latar belakang kawasan kajian disamping mengenal pasti jenis guna tanah utama dikawasan kajian serta
menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah di kawasan kajian dan kesan guna tanah tersebut pada alam sekitar.
Selain itu,saya juga turut mendapatkan cadangan usaha-usaha menangani kesan guna tanah tersebut daripada responden.
Kesemua mereka memberikan respon dan kerjasama yang baik kepada saya.Kerjasama yang diberikan kepada saya telah
membantu dan menjimatkan saya untuk melengkapkan dan menjalankan kajian ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Objekif utama kajian ini dilakukan adalah untuk memenuhi kehendak tugasan kajian peta melalui aspek dan perkara-
perkara seperti berikut :
a) Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar tentang latar belakang kawasan kajian iaitu Taman
Pulasan,Jitra
b) Melukis dan mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian.
c) Mengenal pasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna
tanah berkenaan
d) Mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar di kawasan kajian.
e) Memberi cadangan dan pendapat terhadap usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut.
KAWASAN KAJIAN
Negeri Kedah mempunyai 11 buah daerah.Daerah Kota Setar adalah Ibu negeri bagi negeri
Kedah.Kawasan kajian yang saya pilih ialah Taman Pulasan, yang terletak di Jitra.
Jitra merupakan mukim terbesar di Kubang Pasu dan merupakan kawasan terletaknya pusat pentadbiran
daerah.Secara kseuruhannya,Jitra merupakan kawasan petempatan dan kawasan tumpuan penduduk.
Kebanyakan kawasan di Jitra dibangunkan dengan tujuan petempatan dan perindustrian.Kawasan
petempatan amat penting untuk perlindungan dan tempat berteduh bagi manusia.
Antara kawasan petempatan yang ada di Jitra ialah kawasan kajian yang saya pilih iaitu Taman Pulasan.
KEDAH KAJIAN
Saya menggunakan beberapa kaedah untuk menyiapkan kajian ini.Antaranya ialah kaedah
pemerhatian di kawasan kajian iaitu Taman Pulasan.Dengan kaedah ini saya dapat melihat
kawasan perumahan dan bangunan-bangunan iaitu tempat kegiatan ekonomi di kawasan kajian
iaitu Taman Pulasan.Saya juga mengambil gambar pembinaan bagi fasa baharu Taman Pulasan
yang sedang dijalankan.
Seterusnya saya menggunakan kaedah bimbingan guru.Melalui kaedah ini saya dapat
menyiapkan kajian saya dengan lebih mudah berdasarkan makmulamat-maklumat yang diberikan
dan dicadangkan oleh guru saya kepada saya dan rakan-rakan yang lain.
Akhir sekali, saya menggunakan kaedah merujuk bahan sumber iaitu sumber internet daripada
tiga laman sesawang.Dengan merujuk laman sesawang saya dapat mengetahui lebih banyak
maklumat dan pengetahuan-pengetahuan baharu.
DAPATAN KAJIAN
1)Latar Belakang Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya iaitu di Taman Pulasan adalah lebih kepada kediaman.Kawasan ini dahulunya merupakan
kawasan tanah bukit yang telah diratakan dan tanah bukit tersebut digunakan untuk projek penambakan di
Kuala Kedah.Pembinaan bagi fasa baharu untuk Taman Pulasan masih dijalankan dan masih banyak penduduk
yang baharu pindah ke kawasan ini.
Taman Pulasan juga merupakan kawasan perindustrian kecil dimana terdapat perniagaaan terancang seperti
kedai runcit,kedai peralatan rumah (Hardware) dan restoran/warung-warung kecil. Serta guna tanah institusi
dan kemudahan masyarakat seperti surau,perpustakaan awam dan dewan serbaguna.Dengan ini,penduduk dapat
meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk dan dapat membuka peluang pekerjaan.
Taman Pulasan mempunyai keluasan yang agak besar.Tambahan pula,pembinaan bagi fasa Taman Pulasan yang
baharu masih dijalankan.
Taman ini mempunyai penduduk yang ramai.Hampir separuh daripada penduduk di taman ini merupakan kaum
Melayu dan sebahagiannya ialah Cina,Siam dan lain-lain.
2) Peta Lakar
P.E Pencawang eletrik
3)Tafsiran Peta Lakar
Peta menunjukkan kawasan Taman Pulasan dan kawasan sekitarnya yang berada di kawasan
tanah tinggi.Terdapat beberapa jenis perumahan di kawasan Taman Pulasan.Iaitu
teres,kembar dua dan banglo.
Hutan merupakan tumbuhan semula jadi yang terdapat di dalam peta di bahagian Barat
Daya dan Barat Laut.Di Kawasan Taman Pulasan mempunyai satu blok perniagaan dimana
terdapat 4 buah kedai runcit.
Selain itu,kawasan ini terdapat tanah lapang yang djadikan surau,trek jogging dan dua
taman permainan.Di kawasan itu juga terdapat pencawang eletrik dimana bekalan elektrik
diberikan kepada penduduk Taman Pulasan.Terdapat kontour di bahagian berdekatan dengan
surau
Terdapat sebuah loji kumbahan di sebelah Selatan.Seterusnya kawasan petempatan yang
besar di sekitar Taman Pulasan.Jika dilihat di sebelah Barat Laut terdapat dua restauren kecil
bersebelahan antara satu sama lain.
4) Mengenal pasti guna tanah di kawasan kajian dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah
i) Infrastruktur
Kemudahan yang ada di kawasan ini mempengaruhi pembangunan guna tanah petempatan.Contohnya seperti jalan
raya,taman permainan,lampu jalan,surau,kedai makan dan lain-lain. Kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik
yang tersedia juga merupakan factor guna taah petempatan.
ii) Keselamatan
Faktor keselamatan merupakan perkara yang amat pentng dan perlu dititkberatkan.Kawasan kejiranan yang
tersusun dan mempunyai jiran berdekatan jga memastikan keselamatan tejamin.Kawasan kajian juga merupakan
kawasan tanah tinggi di mana risiko banjir amat rendah.
iii) Estetika
Kawasan Taman Pulasan merupakan kawasan tanah tinggi di mana kawasan yang mempunyai keindahan dan
kecantikan yang dipenuhi dengan flora dan fauna.Ia daapat menenangkan fikiran dan memberikan kita ketenangan
sekaligus membuatkan kita kekal aktif dan sihat.
5)Kesan-kesan guna tanah terhadap alam sekitar
Antara kesan-kesan guna tanah petempatan terhadap alam sekitar adalah hakisan tanah.Pemotongan bukit dan
pembersihan hutan di lereng-lereng bukit untuk tujuan petempatan menyebabkan hakisan tanah.Proses penyahutanan
juga dijalankan.Ini akan menyebabkan kepupusan flora dan fauna serta meningkatkan kesan rumah hijau akibat
kandungan karbon dioksida yang berlebihan di dalam udara kerana tidak dapat diserap oleh tumbuh-tumbuhan.
Selain itu,risiko tanah runtuh untuk berlaku juga amat tinggi kerana kawasan kajian berada di kawasan
bukit.Penebangan hutan untuk membina kawasan perumahan merupakan faktor utama.Aktiviti ini kana melonggarkan
strutur tanah dan mendedahkan tanah kepada air hujan .
Kesan guna tanah petempatan terhadap alam sekitar seterusnya adalah pencemaran alam sekitar termasuk pencemaran
udara,air,bau dan bunyi.Pencemaran udara berlaku punca daripada pelepasan asap kenderaan bermotor yang digunakan
oleh penduduk petempatan.Pencemaran air pula berpunca daripada pembuangan sisa domestic dan sisa kumbahan oleh
penduduk.
Pencemaran bunyi berlaku disebabkan oleh aktiviti manusia yang semakin bertambah di kawasan petempatan yang
menjadikan kawasan tersebut bising dan hingar.Pembuangan sisa seperti sampah dan air sampah menyebabkan
berlakunya pencemaran bau.Pertambahan penduduk di kawasan tersebut juga menghasilkan jumlah pembuangan sisa
pepejal yang tinggi.
Cadangan-cadangan untuk menangani guna tanah petempatan akan saya nyatakan pada halaman seterusnya
6)Cadangan untuk mengatasi masalah guna tanah
Antara usaha untuk mengatasi kesan guna tanah petempatan ialah dengan melakukan aktiviti penghutanan
semula atau menanam lebih banyak tumbuh-tumbahan di kawasan petempatan.Dengan itu,pokok yang ditebang
dapat digantikan dengan pokok-pokok baharu
Selain itu,kita juga dapat melakukan aktiviti gotong-royong bersama penduduk.Aktiviti ini dapat mengatasi
masalah longkang tersumbat atau berbau.Aktiviti ini juga akan mengurangkan masalah nyamuk aedes dan
banyak pekara lagi.
Kesan guna tanah juga dapat diatasi dengan mengadakan kempen alam sekitar supaya dapat memupuk
kesedaran menjaga alam sekitar untuk mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar.Pihak atasan juga
perlu menyediakan kemudahan asas seperti tong sampah bagi memudahkan penduduk atau peniaga untuk
membuang sisa pepejal ke dalam tong sampah tersebut.
RUMUSAN
Berdasarkan kerja lapangan Geografi ini terdapat banyak nilai murni yang saya dapat.Antaranya
ialah nilai menghargai alam sekitar.Contohnya ialah kita perlu mengurangkan atau mengelakkan
melakukan kegiatan ekonomi yang dapat merosakkan alam sekitar.Saya juga lebih menghargai
alam sekitar selepas melkukan tugasan ini.
Selain itu,saya turut mempelajari nilai murni kerjasama.Tanpa kerjasama yang diberikan oleh
pihak responden saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini.Kerjasama antara penduduk Taman
Pulasan juga membantu menjaga dan memelihara alam sekitar di kawasan Taman Pulasan ini.
Saya juga berasa amat gembira semasa menjalankan kajian kerana banyak benda baharu yang
saya perolehi seperti latar belakang Taman Pulasan.Saya berharap kemajuan ekonomi di kawasan
Taman Pulasan semakin berkembang seiring dengan usaha menjaga dan mengekalkan keindahan
alam sekitar di Taman Pulasan.
SUMBER MAKLUMAT
Responden
1) Ridzuan bin Hashim(penduduk)
2) Siti Khadijah bt Haji Abd Ghani(penduduk)
3) Muhammad Adib bin Ridzuan(penduduk)
Laman sesawang(internet)
1) https://ms.wikipedia.org/wiki/Bandar_Jitra
2) https://www.permohonan.my/kesan-guna-tanah/
3) https://www.permohonan.my/jenis-guna-tanah-di-kawasan-kajian/
LAMPIRAN