The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mfared.arshad, 2022-03-17 10:16:51

HANDBOOK KKSS

BUKU PANDUAN PELAJAR

Keywords: BUKU PANDUAN,HANDBOOK,STUDENT LIFE,KOLEJ KOMUNITI,KKSS,KKCL

Student
Handbook

BUKU PANDUAN PELAJAR

BUKU PANDUAN PELAJAR

KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT
KOLEJ KOMUNITI CAWANGAN LENGGONG








Edisi 1










UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR
KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT

SENARAI KANDUNGA
N:

PERKARA M/S UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN 14

SIDANG REDAKSI 1 UNIT LATIHAN INDUSTRI 15

TINTA PENGARAH 2 BAHAGIAN SOKONGAN AKADEMIK 17

SEJARAH KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT 3 UNIT PENGAMBILAN 18

MISI DAN VISI 4 UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR 20

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN 5 PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR 22

KEMUDAHAN DI KAMPUS 6 BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI (BKPKK) 25

KOLEJ KOMUNITI CAWANGAN LENGGONG 7 INSURANS TAKAFUL BERKELOMPOK 26

BAHAGIAN AKADEMIK 8 JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) 27

SIJIL PENGEMBARAAN PELANCONGAN(SPL) 10 BRISK & PISPA 28

SIJIL SERVIS KENDERAAN RINGAN(SKR) 11 UNIT PSIKOLOGI DAN KERJAYA 29

SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK(SKE) 12 UNIT PERPUSTAKAAN 30

SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT(STM) 13 SUKAN DAN KOKURIKULUM 31

SIDANG

REDAKSI

PENAUNG
ZULKIFLI BIN KAMARUDIN 1


PENASIHAT
ABDUL KADIR BIN IBRAHIM
MOHD ZAIRULNIZA BIN JALUDIN


KETUA EDITOR
MOHD EFENDI BIN AHMAD


EDITOR
RASHIDAH BINTI BAKAR
MOHAMAD FARED BIN MOHD ARSHAD
AHMAD SYUKRI BIN AHMAD TAJUDIN
ZALEHA BIN RIDZWAN


REKA BENTUK & GRAFIK
MOHAMAD FARED BIN MOHD ARSHAD

TINTA PENGARAH Kolej Komuniti Sungai Siput dan Kolej Komuniti Cawangan
Lenggong sejak penubuhan bermula tahun 2004 sehingga kini
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. sentiasa memberi fokus dan komitmen yang tinggi dengan tujuan
menghasilkan graduan TVET yang holistik dan kompeten serta
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t berkemampuan menyumbang kepada pembangunan negara dengan
kerana dengan limpah kurniaNya Buku Panduan Pelajar Kolej Komuniti menyenaraikan matlamat organisasi seperti berikut :
Sungai Siput dan Kolej Komuniti Cawangan Lenggong telah berjaya
disiapkan. 1. Menghasilkan graduan TVET yang diyakini dan menjadi rebutan
majikan untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara
Saya berbesar hati dan mengucapkan setinggi tahniah atas usaha dan
komitmen Unit Pembangunan Pelajar dalam mengetuai proses 2. Mengukuhkan kerelevanan dan keresponsifan program pengajian di
menyediakan Buku Panduan Pelajar ini di samping semua pihak yang institusi untuk memenuhi keperluan industri
terlibat secara langsung dan tidak langsung.
3. Melahirkan warga sejagat kearah kepimpinan serta kemakmuran
Dengan wujudnya Buku Panduan Pelajar Kolej Komuniti Sungai Siput, saya global
berharap ia akan dapat membantu para pelajar mendapatkan maklumat
yang diperlukan sepanjang tempoh pengajian di Kolej Komuniti Sungai Justeru itu, dengan penghasilan Buku Panduan Pelajar ini diharap
Siput dan Kolej Komuniti Cawangan Lenggong. akan dapat membantu melahirkan graduan yang TVET yang berdaya
saing dan berkemahiran tinggi selaras dengan matlamat kewujudan
Kolej Komuniti di Malaysia ini.

Pengarah 2
Kolej Komuniti Sungai Siput
Kolej Komuniti Cawangan Lenggong

SEJARAH Kolej Komuniti Sungai Siput mula beroperasi pada Mac 2003 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah, Sungai
Siput. Pengambilan pelajar kumpulan pertama adalah pada Jun 2003. Kursus yang mula-mula ditawarkan di sini ialah Sijil
KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT Teknologi Maklumat yang jumlah pelajarnya 60 orang. Pada Julai 2004, Kolej Komuniti Sungai Siput telah berpindah ke
kampus tetap di Sungai Sejuk. Seterusnya Kursus lain seperti Sijil Kenderaan Ringan (SKR), Sijil Teknologi Elektrik (SKE) dan
Sijil Pelancongan dan Pengembaraan (SPL) mula ditawarkan.

Bermula tahun 2018 Sijil Pelancongan dan Pengembaraan telah dipindahkan ke Kolej Komuniti Cawangan Lenggong oleh pihak
jabatan atas keperluan kursus. Kolej Komuniti Sungai Siput merupakan kolej induk kepada Kolej Komuniti Cawangan
Lenggong dimana semua pentadbiran dan kewangan masih lagi dibawah kendalian kolej induk.
Kolej Komuniti Sungai Siput ditubuhkan untuk melahirkan lulusan yang mempunyai kemahiran praktikal, pengetahuan
akademik serta kemahiran generik dalam bidang kejuruteraan, multimedia, khidmat sosial dan perniagaan di peringkat sijil
sebelum memasuki alam pekerjaan atau sebagai asas kepada peningkatan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.

Kolej Komuniti Sungai Siput juga menyediakan pendidikan dan latihan sepanjang hayat kepada masyarakat setempat bagi

meningkatkan lagi kualiti hidup. Antara kursus dan latihan sepanjang hayat yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Kursus Pelbagai Jenis Masakan

Kursus Kecantikan

Kursus Asas Komputer

Kursus Pengurusan Lawatan

Kursus Pengendalian Elektrik

Kursus Membaiki Kenderaan

Pelbagai lagi kursus dan latihan yang bersesuaian mengikut permintaan dan permohonan dari masyarakat dan agensi 3
kerajaan.

VISI OBJEKTIF

MENJADI PENERAJU INSTITUSI TVET YANG UNGGUL MENYEDIAKAN PENDIDIKAN YANG BERKUALITI, BERTEKNOLOGI TINGGI DAN
HOLISTIK DENGAN:
MISI
MENYEDIAKAN LALUAN ALTERNATIF KEPADA PELAJAR LEPASAN
MENYEDIAKAN AKSES YANG MELUAS KEPADA MENENGAH DAN PELAJAR YANG TERCICIR DARIPADA PENDIDIKAN
PROGRAM TVET BERKUALITI DAN DIIKTIRAF FORMAL UNTUK MENGIKUTI LATIHAN DAN PENGAJIAN DALAM BIDANG-
BIDANG TEKNIKAL DAN VOKASIONALTERMASUK PERDAGANGAN,
MEMPERKASA KOMUNITI MELALUI PEMBELAJARAN PERTANIAN, KESIHATAN DAN LAIN-LAIN;
SEPANJANG HAYAT MENYEDIAKAN PENDIDIKAN SEUMUR HIDUP KEPADA INDIVIDU DAN
MASYARAKAT SETEMPAT BAGI MENINGKATKAN KUALITI KEHIDUPAN
MELAHIRKAN GRADUAN HOLISTIK, BERCIRI MASYARAKAT;
KEUSAHAWANAN DAN SEIMBANG MEMBOLEHKAN SYARIKAT-SYARIKAT SWASTA MENGGUNAKAN
KHIDMAT KOLEJ KOMUNITI UNTUK MEMBERI LATIHAN KEPADA
MEMANFAATKAN SEPENUHNYA PERKONGSIAN PINTAR PEKERJA MEREKA;
DENGAN PIHAK BERKEPENTINGAN MEWUJUDKAN KERJASAMA YANG ERAT DI ANTARA AHLI MASYARAKAT,
KERAJAAN TEMPATAN DAN SEKTOR SWASTA BAGI MEMAJUKAN
KAWASAN SETEMPAT;
MENYELARAS LATIHAN DAN KEMAHIRAN YANG DISEDIAKAN OLEH
PELBAGAI KEMENTERIAN SUPAYA DAPAT MEMENUHI KEPERLUAN
PASARAN DAN PENDUDUK SETEMPAT;
MEMBERI PELUANG KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT UNTUK
MENGGUNAKAN KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN KOLEJ KOMUNITI; DAN
MEMBERI KHIDMAT NASIHAT / KAUNSELING KEPADA MASYARAKAT

4SETEMPAT BAGI MEMPERTINGKATKAN TAHAP PENGETAHUAN DAN

PERKEMBANGANKERJAYA MEREKA.

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN

KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT & KOLEJ KOMUNITI CAWANGAN LENGGONG

TIMB.PENGARAH AKADEMIK PENGARAH PID/AUDIT DALAMAN
ROSNI BINTI HAMAT
MOHD ZAIRULNIZA BIN ZULKIFLI BIN KAMARUDIN
TIMB.PENGARAH PENGURUSAN
JALUDIN KETUA PROGRAM SPL (KKCL) ABDUL KADIR BIN IBRAHIM
MOHAMAD FARED BIN MOHD ARSHAD

UNIT PEPERIKSAAN & UNIT AKADEMIK & UNIT JADUAL WAKTU UNIT LATIHAN & UNIT JAMINAN KUALITI UNIT PENYELIDIKAN & UNIT PEMEGANG TARUH UNIT E-LEARNING
PENILAIAN PENDIDIKAN PEMBANGUNAN STAF (AKADEMIK) INOVASI INSTITUSI
BERTERUSAN ZAHARAH BINTI ALANG SALINA BINTI ABU BAKAR
HAFIZAH BINTI OMAR AHMAD HISAMUDIN BIN MAT SOM MAZLINI MASTURA BINTI CHOW KHOON KEAT MAZLINI MASTURA BINTI
SITI HAFIZA BINTI OTHMAN YUSOF YUSOF
KPRO SPL/SKR/SKE/STM

UNIT PEMBANGUNAN UNIT PENGURUSAN UNIT KOLABORASI & UNIT KEUSAHAWANAN UNIT PEMBANGUNAN UNIT PENTADBIRAN & UNIT PENGURUSAN ASET UNIT JAMINAN KUALITI
PELAJAR MAKLUMAT & KORPORAT LATIHAN INDUSTRI KEWANGAN (BKN AKADEMIK)
RAFIDAH BINTI MOHD MOHD ZAIDI BIN ABD RAZAK ZAHARAH BINTI ALANG
MOHD EFENDI BIN AHMAD ASHMAN BIN AHMAD @ AHMAD SYUKRI BIN BASIR JAMALUDIN BIN AHMAD TAHIR AHMAD ROSNI BINTI HAMAT
YUSLIZA BINTI YUSOP WAHAB AHMAD TAJUDDIN
5
NORHASMAH BINTI KASIM NOR HAFIZAH BINTI
NORHANA BINTI MOHD ISMAIL ABU BAKAR

MOHAMAD KHAIRUL BIN
ZAKARIA

KEMUDAHAN YANG
TERDAPAT DI KAMPUS




6

KOLEJ KOMUNITI 7
CAWANGAN LENGGONG

Kolej Komuniti Cawangan Lenggong telah dirasmikan dengan secara rasmi pada 13 April 2018
oleh YB Dato’Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia.Beralamat di Jalan Alang
Iskandar, Lenggong, premis ini merupakan bangunan sewaan milik Majlis Daerah Lenggong.
Institusi ini merupakan cawangan kepada Kolej Komuniti Sungai Siput dimana
pengoperasiannya di Lenggong bermula pada Sesi Disember 2018. Kolej ini merupakan kolej
komuniti ke 13 yang ditubuhkan di negeri Perak.

Program Sijil Pengembaraan Pelancongan merupakan kursus yang ditawarkan di kolej ini,
Dahulunya program ini dikenali sebagai Program Sijil Pelancongan & Pengembaraan dan
merupakan satu-satunya Program Sijil Pengembaraan Pelancongan yang ditawarkan di negeri
Perak. Program Sijil Pengembaraan Pelancongan ditawarkan di Lenggong kerana Lenggong
merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Selain melatih lebih ramai pelajar dalam bidang
pelancongan, ini merupakan usaha untuk mempromosikan Lenggong sebagai destinasi
pelancongan bagi pelancong tempatan dan luar negara. Selain dari itu juga, kolej ini juga
menawarkan Kursus Pendek seperti kursus Komunikasi Berkesan, Pengurusan Pelancongan,
Asas Komputer dan pelbagai lagi kursus lain mengikut keperluan dan permintaan masyarakat
setempat. Objektif penawaran kursus ini adalah untuk membudayakan Pembelajaran Sepanjang
Hayat kepada masyarakat di Lenggong.

BAHAGIAN AKADEMIK

8

PROGRAM SEPENUH MASA YANG
DITAWARKAN

SIJIL SIJIL SERVIS SIJIL SIJIL
PENGEMBARAAN KENDERAAN TEKNOLOGI TEKNOLOGI
PELANCONGAN ELEKTRIK MAKLUMAT
RINGAN
CAWANGAN LENGGONG

INFORMATION
TECHNOLOGY

9

SIJIL PENGEMBARAAN
PELANCONGAN

Program ini direka bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada keperluan tenaga kerja yang
terkini berdasarkan permintaan industri. Melalui program ini, pelajar akan memperolehi pengalaman
dalam melaksanakan dan mengendalikan aktiviti berkaitan industri pelancongan. Antara kandungan
pengajian yang diperkenalkan dalam program ini ialah seperti Asas Pelancongan Malaysia,
Pengenalan kepada Industri Pelancongan dan Hospitaliti, Interpretasi Pelancongan, Pertolongan
Cemas, Perkhidmatan Pelanggan Pelancongan, Pemasaran Pelancongan, Rekreasi Pelancongan,
Pemanduan Pelancongan, Operasi Agensi Pelancongan, Pengangkutan Pelancongan, Tempahan dan
Tiketan, Geografi Pelancongan, Operasi Acara, Pembangunan Profesional dan Pengurusan Acara
Sosial.

Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan kursus am dimana pelajar akan dibekalkan dengan
kemahiran keusahawanan. Di samping tugasan dan ujian, pelajar juga akan dinilai melalui amali dan
juga praktikal bagi membolehkan kemahiran yang dipelajari dapat diaplikasikan secara berkesan.
Program sijil ini ditawarkan selama empat (4) semester termasuk latihan industri pada semester
akhir bertujuan meningkatkan kemahiran dan kecekapan pelajar sebagai persediaan untuk
memasuki pasaran kerja. Lulusan program ini akan bersedia menyahut cabaran dunia sebenar dalam
bidang pelancongan

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pelancongan yang boleh

diaplikasikan pada pelbagai jenis kerjaya dalam industri pelancongan. Pengetahuan dan kemahiran

yang diperolehi pelajar dari program ini membolehkan mereka meneroka peluang pekerjaan

sebagai:

a. Pemandu Pelancong Bandar (City Guide) g. Pegawai Pelancongan

b. Pemandu Pelancong Alam Semula Jadi (Nature Guide) h. Penyelia Rekreasi

c. Pemandu Pelancong Setempat (Onsite Guide) i. Pengendali Acara

d. Kerani Tempahan j. Pegawai Khidmat Pelanggan 10

e. Perunding Lawatan k. Wakil Pemasaran dan Jualan

f. Koordinator Lawatan l. Usahawan

SIJIL SERVIS 11
KENDERAAN RINGAN

Program ini direkabentuk bertujuan untuk menghasilkan graduan holistik yang mempunyai
ilmu pengetahuan dan kemahiran kompeten dalam memenuhi permintaan tenaga kerja dalam
sektor industri automotif. Dalam program ini merangkumi pembelajar dan pengajaran
mengenai komponen kenderaan, enjin, roda, brek, stereng, elektrik kenderaan, gantungan,
transmisi dan penyamanan udara kenderaan. Selain itu mengenai Keselamatan dan Kesihatan
Pekerja (Occupational Safety & Health), Khidmat Pelanggan, Teknologi Hijau, Pengurusan
Enjin, Servis Asas Kenderaan, Rombak Rawat Enjin dan Teknologi Woksyop.

Program ini menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi
automotif. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui program ini akan membolehkan
pelajar memulakan kerjaya sebagai:

a. Mekanik
b. Juruteknik servis kenderaan
c. Penasihat servis (Service Advisor)
d. Pengusaha bengkel servis
e. Pengusaha bengkel tayar
f. Pengusaha bengkel elektrik automotif
g. Operator Pemasangan Automotif
h. Detailing Car Wash Attendant
i. Pemeriksan Kenderaan
j. Pengusaha E-Dagangan Automotif
k. Pengusaha Pusat Aksesori Kenderaan
l. Pengusaha Alat Ganti Kenderaan
m. Pengusaha Pusat Servis Penghawa Dingin Kenderaan

SIJIL TEKNOLOGI
ELEKTRIK

Program Sijil Teknologi Elektrik (dahulunya dikenali Sijil Pemasangan Elektrik) direkabentuk
bertujuan memperkenalkan pelajar kepada teknologi elektrik pada masa kini. Pelajar akan
memperolehi pengetahuan dan latihan kemahiran berkaitan elektrik dan elektronik. Pelajar
berkemampuan untuk mengendalikan kerja-kerja pemasangan dan perkhidmatan berkaitan
industri elektrik dan elektronik. Program ini menawarkan kursus teras Teknologi Elektrik, Alat
Pengukuran, Peranti Semikonduktor, Sistem Digit, Lukisan Terbantu Komputer, Motor Elektrik
Satu Fasa, Pemasangan Elektrik Satu Fasa, Motor Elektrik Tiga Fasa, Pemasangan Elektrik
Tiga Fasa, Pengawal Logik Bolehaturcara, Sistem Automasi Bangunan, serta kursus Sistem
Keselamatan dan Penyamanan Udara. Selain itu, kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
juga ditawarkan sebagai teras umum selain Matematik dan Sains. Pelajar juga akan didedahkan
dengan elemen soft skills melalui kursus wajib yang menerapkan kemahiran insaniah dan
pembelajaran kendiri melalui tugasan serta projek. Di samping itu, lulusan daripada program ini
juga akan mempelajari teknik-teknik keusahawanan sebagai nilai tambah bagi menyahut
cabaran dunia sebenar keusahawanan dalam bidang elektrik dan elektronik.

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang teknologi elektrik yang
boleh menepati keperluan kerjaya seperti berikut:

a. Penolong Jurutera Gred JA29
b. Juruteknik Elektrik / Elektronik
c. Penolong Juruteknik Elektrik / Elektronik
d. Juru Elektrik

12

SIJIL TEKNOLOGI
MAKLUMAT

Program Teknologi Maklumat bertujuan melahirkan individu yang berpotensi mengadaptasi
penggunaan teknologi dan bertanggungjawab dalam sistem komputer dan teknologi rangkaian bagi
menghadapi cabaran baharu bidang teknologi maklumat selaras dengan keperluan negara. Pelajar
berpeluang menimba ilmu berkaitan sistem komputer dan rangkaian secara teori dan praktikal. Ia
membantu untuk memastikan mereka memperoleh wawasan yang luas tentang IT. Program ini juga
memerlukan pelajar menjalani Latihan Industri bagi memastikan pelajar mendapat persekitaran
kerja yang sesuai serta berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Pengajaran dan pembelajaran program ini dijalankan secara teori dan amali. Menjelang akhir
program ini, pelajar harus berpengetahuan dan arif untuk mengendalikan tugasan berkaitan IT
daripada kursus yang diambil dalam program ini. Perkara ini akan membantu para pelajar
melaksanakan tugas mereka dengan cekap dalam persekitaran kerja. Program ini dapat
melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan kursus yang
dicapai seperti: 1. Kursus Teknikal: Matematik Diskret, Seni Bina & Pemasangan Komputer, Asas
Pangkalan Data, Penyelesaian Masalah & Reka Bentuk Program, Perisian Aplikasi, Etika &
Keselamatan Digital, Rangkaian & Komunikasi Asas, Sistem Operasi, Keusahawanan Digital, Asas
Pengaturcaraan, Pembangunan Web, Asas Multimedia, Pengaturcaraan Berorientasikan Objek,
Pengenalan kepada Internet Perkara, Aplikasi Mudah Alih dan Projek.

Program ini memberi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat yang boleh
dilaksanakan untuk kerjaya dalam teknologi maklumat. Pengetahuan dan kemahiran yang
ditetapkan dalam bidang ini akan membolehkan graduan memulakan kerjaya dalam pelbagai bidang
seperti:

a. Juruteknik Komputer e. Pembantu Pengaturcara 13
b. Usahawan Teknologi Maklumat f. Pentadbir IT
c. Pembangun Laman Web g. Sokongan Projek IT
d. Sokongan Meja Bantuan h. Juruteknik Perkhidmatan IT

UNIT Unit Peperiksaan dan Penilaian adalah merupakan SISTEM GRED DI KOLEJ KOMUNITI
PEPERIKSAAN suatu pusat yang bertanggungjawab untuk
& PENILAIAN melaksanakan segala urusan dan aktiviti 14
peperiksaan dan penilaian. Unit ini diketuai oleh
Pegawai Peperiksaan dan dibantu oleh Penyelaras
Peperiksaan bagi setiap program.

Unit Peperiksaan dan Penilaian berfungsi untuk :

1. Merancang, menyedia dan menyelaras aktiviti-
aktiviti bagi memastikan semua arahan dan
peraturan peperiksaan dipatuhi

2. Menerima, merekod dan menyimpan semua
dokumen-dokumen berkaitan dengan peperiksaan
dan penilaian bagi menjamin keselamatan dan
kerahsiaan.

3. Menyediakan laporan keputusan peperiksaan
untuk menentusahkan gred pencapaian pelajar.

4. Menguruskan dokumen keputusan peperiksaan,
transkrip dan sijil bagi memastikan capaian
pelajar terhadap keputusan peperiksaan.

UNIT LATIHAN KOD PROGRAM DEFINISI LATIHAN INDUSTRI
INDUSTRI SLI 4018 Latihan Industri (Li) merujuk kepada penempatan pelajar di

sesebuah organisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang
diselia oleh pihak industri yang dipilih, sama ada di luar ataupun di
NAMA PROGRAM dalam negara, dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum mereka
LATIHAN INDUSTRI dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti,Latihan Industri adalah satu


MATLAMAT
SEMESTER DITAWARKAN Matlamat LI ialah untuk membolehkan pelajar mendapat
pengalaman di industri, firma atau jabatan kerajaan yang berkaitan
SEMESTER 4 bagi melahirkan graduan yang mempunyai kompeten dan berdaya

saing bagi memenuhi keperluan semasa negara.

TEMPOH LATIHAN INDUSTRI
16 MINGGU



NILAI KREDIT
8



PRA-SYARAT
PELAJAR PERLU LULUS SEMUA

MODUL /KURSUS.

15

UNIT LATIHAN OBJEKTIF
INDUSTRI Objektif LI ialah untuk:
• mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan dalam bidang masing-masing;
• mendedahkan pelajar kepada teknologi terkini dan juga pengetahuan yang terbaru di pasaran;
• mendapat pengalaman bekerja di industri / organisasi berkaitan bidang masingmasing;
• mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran akademik dalam alam pekerjaan yang sebenar;
• mengukuhkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi secara berkesan di semua peringkat di tempat kerja;
• memupuk semangat bekerja secara berkumpulan;
• menghayati nilai / etika kerja seperti jujur, amanah, berdisiplin, dan bertanggungjawab;
• mengamalkan peraturan keselamatan dan amalan baik di tempat kerja;
• menyediakan laporan teknikal berkaitan bidang masing-masing;
• meningkatkan peluang pekerjaan

SKOP LATIHAN INDUSTRI
Pihak Kolej Komuniti perlu merangka skop latihan berpandukan kepada kurikulum program untuk memudahkan pihak industri merangka
rancangan LI pelajar. Walau bagaimanapun, pihak industri berhak mengubah skop latihan bersesuaian dengan aktiviti dan keperluan mereka
selaras dengan skop yang telah dikenalpasti oleh pihak Kolej Komuniti.
Antara skop program LI adalah memberi:
• pendedahan pelbagai jenis pekerjaan dalam industri dengan melakukan kerja yang berkaitan di bawah penyeliaan

seperti mengumpul data, membuat ujikaji, menyenggara dan membaik pulih, mereka bentuk, membangun sistem,
mengurus sumber dan lain-lain;
• kefahaman mengenai proses dan operasi sesuatu sistem secara menyeluruh. Contohnya kerja operasi pengeluaran,
pemeriksaan dan penganalisaan; dan
• latihan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran mengikut pengkhususan yang diambil. Sebagai contoh, melatih
pelajar dalam projek berkumpulan.

Hasil Pembelajaran: 16
Setelah mengikuti latihan industri ini, pelajar akan dapat:
1. Menggunakan kemahiran teknologi yang digunakan di tempat kerja yang sebenar (PLO 2) P3
2. Mengamalkan peraturan keselamatan dan amalan baik di tempat kerja (PLO 4) A2
3. Mengukuhkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi secara berkesan (PLO 5) A3

BAHAGIAN SOKONGAN
AKADEMIK

17

UNIT PENGAMBILAN PERANAN UNIT PENGAMBILAN
1. Menguruskan promosi dan pengambilan pelajar baharu
2. Menguruskan pendaftaran pelajar 18
3. Menguruskan sistem CCMS
4. Memantau aktiviti mengemaskini maklumat Fail Peribadi

Pelajar oleh Penasihat Akademik
5. Menguruskan urusan hal-hal pelajar seperti penangguhan,

berhenti pengajian, pertukaran kolej dan pertukaran
program.
6. Memantau pembayaran yuran Pengajian oleh pelajar.

YURAN PENGAJIAN DI KOLEJ KOMUNITI SUNGAI
SIPUT
• Yuran pengajian rm200 setiap semester kecuali semester

latihan industri
• Pembayaran yuran boleh dilaksanakan melalui pelbagai

cara iaitu wang pos atas nama Pengarah Kolej Komuniti
Sungai Siput dan pembayaran melalui JOMpay.
• Perlu dijelaskan sebelum sesi pengajian bermula bagi
memudahkan urusan pendaftaran pelajar.
• Yuran pelbagai untuk semester 1 sahaja
• Pembayaran dibuat secara tunai

PENGURUSAN PERTUKARAN KOLEJ PENGURUSAN PENANGGUHAN/
BERHENTI PENGAJIAN

CARTA ALIRAN
KERJA

19

UNIT PEMBANGUNAN
PELAJAR

PERANAN UNIT PEMBANGUNAN
PELAJAR

1. Merancang, mengurus dan menyelaras program kecemerlangan pelajar
termasuk kebajikan, kesukarelawanan dan pembangunan sahsiah pelajar secara holistik
termasuk pelajar antarabangsa.

2. Merancang, mengurus dan menyelaras program pembangunan pelajar berdasarkan
garis panduan termasuk untuk program mobiliti pelajar dan pendidikan fleksibel
termasuk pelajar antarabangsa.

3. Mengurus dan memantau penguatkuasaan peraturan-peraturan yang terkandung
dalam Akta 174 bagi mengawal tatatertib pelajar.

4. Merancang dan mengurus program dengan kerjasama agensi yang berkaitan dengan
pembangunan pelajar dari aspek sahsiah.

5. Bertanggungjawab sebagai urus setia kepada pelbagai jawatankuasa yang
berkaitan dengan pembangunan pelajar dari aspek sahsiah.

20

PANDUAN &
PERATURAN
AM
PELAJAR

21

PENGURUSAN Pelajar adalah tertakluk kepada Akta Institusi-
DISIPLIN PELAJAR Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta


174) dan pindaan-pindaannya serta dibaca
bersama dengan Garis Panduan Pengurusan

Hal Ehwal Kolej Komuniti edisi terkini.

22

23

KESALAHAN JENAYAH

Mana-mana pelajar yang dituduh atau didapati bersalah atas kesalahan
jenayah, tindakan yang boleh diambil adalah sebagaimana berikut:

i. Digantung menjadi pelajar Kolej Komuniti [Subseksyen 14(1)].
ii. Diberhentikan menjadi pelajar Kolej Komuniti [Subseksyen 14(2) dan 14(3)].
iii. Dalam masa menunggu keputusan perbicaraan, ia tidak boleh berada di
dalam atau memasuki kampus Kolej Komuniti

Mana-mana kes jenayah yang diambil tindakan oleh mahkamah luar atau
mahkamah syariah perlu disusuli dengan penggunaan Akta 174 yang akan
melibatkan tindakan penggantungan atau pemberhentian pelajar dari Kolej
Komuniti.

Kolej Komuniti perlu mendapatkan maklumat jelas mengenai hukuman
mahkamah tersebut sebelum sebarang tindakan diambil mengikut Akta
174. Antara contoh kesalahan jenayah:

i. Mencuri
ii. Merogol, mencabul
iii. Khalwat, perlakuan sumbang
iv. Dadah
v. Lain-lain jenis kesalahan jenayah yang dikenakan hukuman mengikut kanun
keseksaan

24

BANTUAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN BKPKK.
KEWANGAN PELAJAR
Pelajar perlu menyerahkan dokumen kepada Penyelaras/Pensyarah Kelas seperti berikut:
KOLEJ KOMUNITI 1. Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga - BKPKK/B/02-1
2. Salinan Slip Gaji Terkini atau Borang Pengesahan Pendapatan BKPKK/B/02-2 (bagi yang tiada slip gaji)
3. Salinan kad pengenalan pelajar
4. Salinan kad pengenalan ibu bapa/ penjaga
5. Akaun bank persendirian yang aktif

Surat Tawaran akan dikeluarkan kepada pelajar yang layak dan diluluskan. Selepas itu, pelajar akan memeterai

perjanjian (mengisi dua borang perjanjian dan mematikan setem) dan pembayaran kepada pelajar dibuat selepas

dokumen dilengkapkan. 25

INSURANS TAKAFUL SESEORANG PELAJAR HENDAKLAH MENDAPATKAN SKIM
BERKELOMPOK PERLINDUNGAN INSURAN BERKELOMPOK.


PERLINDUNGAN INSURAN INI BERTUJUAN UNTUK
MENYEDIAKAN MANFAAT DALAM BENTUK BANTUAN

KEWANGAN JIKA PELAJAR YANG DILINDUNGI
MENINGGAL DUNIA ATAU MENDERITA KEILATAN KEKAL
ATAU KECEDERAAN ANGGOTA BADAN SAMA ADA AKIBAT
KEMALANGAN ATAU PENYAKIT (RUJUK KEPADA POLISI

INSURAN).



PENYELARAS INSURAN DAN KEBAJIKAN (PIK) KOLEJ
KOMUNITI SUNGAI SIPUT AKAN MENGURUSKAN DAN

MENYELARAS PEMBAYARAN INSURANS DAN JUGA
TUNTUTAN PELAJAR. PARA PELAJAR AKAN DILINDUNGI

OLEH SKIM INSURANS INI SEPANJANG BERGELAR
PELAJAR KOLEJ KOMUNITI DAN LAYAK MENUNTUT
BAYARAN PAMPASAN BERDASARKAN MANFAAT YANG

DILINDUNGI.

TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA

26

JAWATANKUASA Seksyen 7 Bahagian III, Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 memperuntukkan
PERWAKILAN bahawa sesuatu institusi hendaklah mempunyai suatu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang diwakili
PELAJAR (JPP) oleh sebilangan pelajar yang ditentukan oleh Pengarah. Pemilihan JPP adalah melalui proses Pilihanraya
Kampus yang di adakan satu tahun sekali.

OBJEKTIF:

a. Menjadi platform dalam mengasah serta memperkembangkan bakat kepimpinan dan sahsiah diri
pelajar ke arah pelapis pemimpin masa depan yang berkaliber, berakhlak serta berkebolehan.

b. Memperkukuhkan semangat muhibah, perpaduan dan integrasi nasional selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan selari dengan penerapan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

c. Menjadi perantara di antara pihak pelajar dan pihak pengurusan Kolej Komuniti dalam memastikan
masalah dan pandangan pelajar dapat disalurkan dan diambil tindakan yang sewajarnya.

Pencalonan JPP terbuka kepada semua pelajar yang berdaftar di Kolej Komuniti KECUALI :

a. Pelajar yang belum pernah menduduki peperiksaan pertama di Kolej Komuniti (pelajar Semester 1).

b. Pelajar yang HPNMnya kurang daripada 2.75.

c. Pelajar yang pernah mengulang semester.

d. Pelajar yang sedang menunggu keputusan perbicaraan tatatertib.

e. Pelajar yang pernah dikenakan tindakan tatatertib. 27

BRISK DAN PISPA BRISK PISPA

Briged Sukarelawan Kolej Komuniti merupakan persatuan PISPA merupakan singkatan bagi Pasukan
yang utama di Kolej Komuniti Sungai Siput. Keahlian Institusi Pertahanan Awam Kolej Komuniti.
persatuan ini adalah secara automatik kepada semua PISPA bertujuan untuk membantu pihak
pelajar yang mendaftar di Kolej Komuniti Sungai Siput. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia untuk
Matlamat utama BRISK adalah memupuk dan menjalankan tugas- tugas kesukarelawan
membudayakan aktiviti kesukarelawan dalam diri semua diseluruh Malaysia. Pelajar yang ingin
pelajar Kolej Komuniti seluruh Malaysia. Pelbagai aktiviti menganggotai PISPA perlu mendapat
kesukarelawan yang telah dilaksanakan dalam banyak pengtauliahan dari pihak Angkatan Pertahanan
peringkat sama ada untuk komuniti setempat, daerah, Awam Malaysia di mana semua pelajar perlu
negeri, negara dan antarabangsa. Antara aktiviti yang menghadiri latihan Pertahanan Awam dan akan
dijalankan adalah sperti berikut : mendapat Sijil Latihan Kemahiran, Pengurusan
Pusat Pemindahan, Medik dan Melawan
a) Gotong Royong Kebakaran.
b) CSR selepas bencana alam seperti banjir
c) Program bersama anak yatim, orang tua dan OKU 28
d) Program konservasi Alam Sekitar
e) Memasak dan Sedekah Bubur Lambuk
f) Pelbagai lagi aktiviti kesukarelawan.

UNIT PSIKOLOGI & KERJAYA

Unit Psikologi melaksanakan perkhidmatan sesi kaunseling bagi membantu pelajar dalam menangani masalah atau stress

dalam kehidupan sebagai seorang pelajar. Disamping itu, unit ini juga turut menganjurkan program-program peningkatan

kecemerlangan pelajar bagi membantu pelajar dalam meningkatkan jati diri dan motivasi untuk menjadi pelajar yang

cemerlang dan berjaya.




Jenis Perkhidmatan yang disediakan:




• Kaunseling Individu / Kelompok

• Intervensi Krisis

• Pengurusan Stress

• Ujian Psikologi / Psikometrik

• Program-program motivasi dan peningkatan kecemerlangan pelajar 29
• Program RICH
• PRISS

UNIT • Mula beroperasi pada tahun 2004 dI Aras 2 Blok C
PERPUSTAKAAN • Merupakan sebuah Perpustakaan Khusus (Gunasama) yang berperanan

sebagai salah satu unit sokongan kepada proses Pengajaran Dan

Pembelajaran (PdP).
• Menggunakan Sistem Pengkelasan – Dewey Decimal Classification (DDC)
· Mampu menampung seramai 100 orang pelawat dalam satu-satu masa.
• Kemudahan yang terdapat di Perpu
stakaan:

a) Depository b) Pertanyaan Rujukan c) Sirkulasi

d) Bilik Rujukan e) E- Learning f) Wifi

30

SUKAN & Kolej Komuniti Sungai Siput mempunyai pelbagai kemudahan sukan yang boleh digunakan oleh semua pelajar
KOKURIKULUM untuk beriadah. Semua pelajar yang menggunakan kemudahan sukan perlu menjaga kemudahan tersebut
dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan sebarang kerosakan. Antara kemudahan sukan yang terdapat di
kampus Kolej Komuniti Sungai Siput adalah seperti berikut:
1. Padang Bolasepak/Ragbi
2. Gelanggang Futsal
3. Gelanggang Bola Tampar
4. Gelanggang Sepak Takraw
5. Gelanggang Bola Jaring
6. Dewan Badminton
7. Laman Woodball
8. Outdoor dan Outdoor Gym

Semua kemudahan sukan ini merupakan kemudahan gunasama antara kakitangan dan pelajar. Sehubungan
dengan itu, terdapat kemudahan seperti Indoor Gym perlu mendapatkan kebenaran dari Pegawai Belia dan
Sukan Kolej Komuniti Sungai Siput sebelum boleh digunakan.
Selain daripada kemudahan sukan, para pelajar juga dapat memperkembangkan bakat dalam bidang sukan
dengan penganjuran pelbagai aktiviti sukan di Kolej Komuniti Sungai Siput. Antara kejohanan sukan yang
dianjurkan setiap tahun adalah Kejohananan Sukan Kolej Komuniti Sungai Siput (SUKOSS). Terdapat pelbagai
jenis aktiviti sukan yang dipertandingkan dalam kejohanan SUKOSS ini antaranya adalah seperti Futsal, Sepak
Takraw, Bola Tampar, Badminton, Woodball dan Bola Jaring.
Para pelajar yang berkelayakan dan berbakat juga berpeluang untuk bertanding ke peringkat yang lebih tinggi.
Antara Kejohanan sukan yang boleh disertai oleh pelajar adalah Kejohanan Sukan Kolej Komuniti yang
dianjurkan setiap tahun. Selain dari itu juga, para pelajar berpeluang untuk bertanding dalam kejohanan Sukan
Intitusi Pengajian Tinggi (Sukipt) yang dianjurkan secara dwitahunan dan juga kejohanan Sukan Institusi
Pendidikan Malaysia (SIPMA).

31

KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT (SUKOSS)

32

HUBUNGI KAMI ALAMAT KKSUNGAISIPUT
KOLEJ KOMUNITI CAWANGAN LENGGONG
KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT
KAMPUNG SUNGAI SEJUK KKSUNGAISIPUT
PETI SURAT 390,31100 SUNGAI SIPUT (U) KOLEJKOMUNITICAW.LENGGONG
PERAK DARUL RIDZUAN
KKSUNGAISIPUT
KOLEJ KOMUNITI CAWANGAN LENGGONG
JALAN ALANG ISKANDAR
33400 LENGGONG
PERAK DARUL RIDZUAN

WEBSITE

https://kksungaisiput.mypolycc.edu.my/v1

NO. TELEFON KKSUNGAISIPUT
KKSUNGAISIPUT
05-5971440 KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT
05-7671153 KOLEJ KOMUNITI CAW.LENGGONG

NO. FAX KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT
KOLEJ KOMUNITI CAW.LENGGONG
05-5982157
05-7671154

33


Click to View FlipBook Version