K O L E J K O M U N I T I S U N G A I S I P U T Wa K d K S a S h
UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT WK a K d S S ah
HAK CIPTA TERPELIHARA. WADAH KKSS INI MERUPAKAN HAK MILIK MUTLAK KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT. TIDAK DIBENARKAN UNTUK MENGELUAR ULANG MANA-MANA BAHAGIAN DI DALAM KANDUNGAN EBUKU INI DALAM APA JUA BENTUK DAN APA CARA SEKALIPUN, SAMA ADA SECARA FOTOKOPI, MEKANIK, RAKAMAN, ELEKTRONIK ATAU APA-APA CARA LAIN SEKALIPUN SEBELUM MENDAPAT IZIN BERTULIS DARIPADA PENGARAH KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT. DITERBITKAN OLEH: KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI PETI SURAT 390, 31100 SUNGAI SIPUT (U), PERAK, MALAYSIA. TEL.: 05-5971440/ 5981195 FAKS.: 04-5982157
SENARAI KANDUNGAN: SIDANG REDAKSI 1 TINTA PENGARAH 2 SEJARAH KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT 3 MISI DAN VISI 4 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN 5 KEMUDAHAN DI KAMPUS 6 BAHAGIAN AKADEMIK 7 SIJIL PENGEMBARAAN PELANCONGAN(SPL) 9 SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF(SAU) 10 SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK(SKE) 11 SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT(STM) 12 PERKARA M/S BAHAGIAN SOKONGAN AKADEMIK 16 UNIT PENGAMBILAN 17 UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR 19 PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR 21 BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI (BKPKK) 24 INSURANS TAKAFUL BERKELOMPOK 25 JPP & PRISS 26 BRISK & PISPA 28 UNIT PSIKOLOGI DAN KERJAYA 31 UNIT PERPUSTAKAAN 32 SUKAN DAN KOKURIKULUM 33 HUBUNGI KAMI 35 IKRAR 36 LAGU POLYCC 37 UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN 13 UNIT LATIHAN INDUSTRI 14
SIDANG REDAKSI PENAUNG HAJI AHMAD RIZAL BIN OMAR PENASIHAT ABDUL KADIR BIN IBRAHIM MOHD ZAIRULNIZA BIN JALUDIN KETUA EDITOR MOHD EFENDI BIN AHMAD EDITOR RASHIDAH BINTI BAKAR MOHAMAD FARED BIN MOHD ARSHAD AHMAD SYUKRI BIN AHMAD TAJUDIN ZALEHA BINTI RIDZWAN NADIA BINTI ZAKARIA NORHASMAH BINTI KASSIM NOR HAFIZAH BINTI ABU BAKAR PENULIS MOHD EFENDI BIN AHMAD RASHIDAH BINTI BAKAR MOHAMAD FARED BIN MOHD ARSHAD REKA BENTUK & GRAFIK MOHAMAD FARED BIN MOHD ARSHAD 1
Kolej Komuniti Sungai Siput sejak penubuhan bermula tahun 2004 sehingga kini sentiasa memberi fokus dan komitmen yang tinggi dengan tujuan menghasilkan graduan TVET yang holistik dan kompeten serta berkemampuan menyumbang kepada pembangunan negara dengan menyenaraikan matlamat organisasi seperti berikut : 1. Menghasilkan graduan TVET yang diyakini dan menjadi rebutan majikan untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara 2. Mengukuhkan kerelevanan dan keresponsifan program pengajian di institusi untuk memenuhi keperluan industri 3. Melahirkan warga sejagat kearah kepimpinan serta kemakmuran global Justeru itu, dengan penghasilan Wadah KKSS diharap akan dapat membantu melahirkan graduan yang TVET yang berdaya saing dan berkemahiran tinggi selaras dengan matlamat kewujudan Kolej Komuniti di Malaysia ini. Haji Ahmad Rizal bin Omar Pengarah Kolej Komuniti Sungai Siput Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya Wadah KKSS telah berjaya disiapkan. Saya berbesar hati dan mengucapkan setinggi tahniah atas usaha dan komitmen Unit Pembangunan Pelajar dalam mengetuai proses menyediakan Wadah KKSS ini di samping semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Dengan wujudnya Wadah KKSS, saya berharap ia akan dapat membantu para pelajar mendapatkan maklumat yang diperlukan sepanjang tempoh pengajian di Kolej Komuniti Sungai Siput . TINTA PENGARAH
S E J A R A H K O L E J K O M U N I T I S U N G A I S I P U T Kolej Komuniti Sungai Siput mula beroperasi pada Mac 2003 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah, Sungai Siput. Pengambilan pelajar kumpulan pertama adalah pada Jun 2003. Kursus yang mula-mula ditawarkan di sini ialah Sijil Teknologi Maklumat yang jumlah pelajarnya 60 orang. Pada Julai 2004, Kolej Komuniti Sungai Siput telah berpindah ke kampus tetap di Kampung Sungai Sejuk. Seterusnya Kursus lain seperti Sijil Teknologi Automotif (SAU), Sijil Teknologi Elektrik (SKE) dan Sijil Pelancongan dan Pengembaraan (SPL) mula ditawarkan. Bermula tahun 2018 Sijil Pelancongan dan Pengembaraan telah dipindahkan ke Kolej Komuniti Cawangan Lenggong oleh pihak jabatan atas keperluan kursus. Namun pada Ogos 2023 Kursus Pengembaraan Pelancongan dipindahkan semula ke Kolej Komuniti Sungai Siput dan kembali ditawarkan di kampus ini. Kolej Komuniti Sungai Siput ditubuhkan untuk melahirkan lulusan yang mempunyai kemahiran praktikal, pengetahuan akademik serta kemahiran generik dalam bidang kejuruteraan, multimedia, khidmat sosial dan perniagaan di peringkat sijil sebelum memasuki alam pekerjaan atau sebagai asas kepada peningkatan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Kolej Komuniti Sungai Siput juga menyediakan pendidikan dan latihan sepanjang hayat kepada masyarakat setempat bagi meningkatkan lagi kualiti hidup. Antara kursus dan latihan sepanjang hayat yang ditawarkan adalah seperti berikut : Kursus Pelbagai Jenis Masakan Kursus Kecantikan Kursus Asas Komputer Kursus Pengurusan Lawatan Kursus Pengendalian Elektrik Kursus Membaiki Kenderaan Pelbagai lagi kursus dan latihan yang bersesuaian mengikut permintaan dan permohonan dari masyarakat dan agensi kerajaan.
MISI VISI MENJADI PENERAJU INSTITUSI TVET YANG UNGGUL MENYEDIAKAN AKSES YANG MELUAS KEPADA PROGRAM TVET BERKUALITI DAN DIIKTIRAF MEMPERKASA KOMUNITI MELALUI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT MELAHIRKAN GRADUAN HOLISTIK, BERCIRI KEUSAHAWANAN DAN SEIMBANG MEMANFAATKAN SEPENUHNYA PERKONGSIAN PINTAR DENGAN PIHAK BERKEPENTINGAN OOBBJJEEKKTTIIFF MENYEDIAKAN PENDIDIKAN YANG BERKUALITI, BERTEKNOLOGI TINGGI DAN HOLISTIK DENGAN: MENYEDIAKAN LALUAN ALTERNATIF KEPADA PELAJAR LEPASAN MENENGAH DAN PELAJAR YANG TERCICIR DARIPADA PENDIDIKAN FORMAL UNTUK MENGIKUTI LATIHAN DAN PENGAJIAN DALAM BIDANGBIDANG TEKNIKAL DAN VOKASIONALTERMASUK PERDAGANGAN, PERTANIAN, KESIHATAN DAN LAIN-LAIN; MENYEDIAKAN PENDIDIKAN SEUMUR HIDUP KEPADA INDIVIDU DAN MASYARAKAT SETEMPAT BAGI MENINGKATKAN KUALITI KEHIDUPAN MASYARAKAT; MEMBOLEHKAN SYARIKAT-SYARIKAT SWASTA MENGGUNAKAN KHIDMAT KOLEJ KOMUNITI UNTUK MEMBERI LATIHAN KEPADA PEKERJA MEREKA; MEWUJUDKAN KERJASAMA YANG ERAT DI ANTARA AHLI MASYARAKAT, KERAJAAN TEMPATAN DAN SEKTOR SWASTA BAGI MEMAJUKAN KAWASAN SETEMPAT; MENYELARAS LATIHAN DAN KEMAHIRAN YANG DISEDIAKAN OLEH PELBAGAI KEMENTERIAN SUPAYA DAPAT MEMENUHI KEPERLUAN PASARAN DAN PENDUDUK SETEMPAT; MEMBERI PELUANG KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT UNTUK MENGGUNAKAN KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN KOLEJ KOMUNITI; DAN MEMBERI KHIDMAT NASIHAT / KAUNSELING KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT BAGI MEMPERTINGKATKAN TAHAP PENGETAHUAN DAN PERKEMBANGANKERJAYA MEREKA.
PENGARAH CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT AHMAD RIZAL BIN HJ OMAR MOHD ZAIRULNIZA BIN JALUDIN ABDUL KADIR BIN IBRAHIM TIMB.PENGARAH AKADEMIK TIMB.PENGARAH PENGURUSAN DR.MAZLINA BT JAMALUDIN PID/AUDIT DALAMAN UNIT AKADEMIK & PENDIDIKAN BERTERUSAN UNIT PEPERIKSAAN & PENILAIAN UNIT JADUAL WAKTU UNIT LATIHAN & PEMBANGUNAN STAF UNIT JAMINAN KUALITI UNIT PENYELIDIKAN & INOVASI UNIT PEMEGANG TARUH INSTITUSI UNIT E-LEARNING UNIT JAMINAN KUALITI (BKN AKADEMIK) UNIT PENTADBIRAN & UNIT PENGURUSAN ASET KEWANGAN UNIT KOLABORASI & UNIT KEUSAHAWANAN UNIT PEMBANGUNAN LATIHAN INDUSTRI UNIT HAL EHWAL PELAJAR UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT & KORPORAT MOHAMAD FARED BIN MOHD ARSHAD HAFIZAH BINTI OMAR ROZANA BINTI AHMAD HANIP (PSH) NADIA BINTI ZAKARIA TS.HJ.ANUAR BIN SHAARI RAZITA BINTI ALLI MAT KPRO SPL/SKR/SKE/STM SITI NAZHA BINTI NAAN ASHMAN BIN AHMAD @ WAHAB MOHD ZAIDI BIN ABD RAZAK JAMALUDIN BIN AHMAD TAHIR ROSNI BINTI HAMAT RAFIDAH BINTI MOHD BASIR MOHAMAD FUAD BIN ABDUL AZIZ MAZLINI MASTURA BINTI YUSOF SALINA BINTI ABU BAKAR NORHANA BINTI MOHD ISMAIL NORHASMAH BINTI KASIM NOR HAFIZAH BINTI ABU BAKAR MOHAMAD KHAIRUL BIN ZAKARIA ZURIANA BT MHD ZAKARIA ROSNI BINTI HAMAT
KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI KAMPUS 6
BAHAGIAN AKADEMIK
PROGRAM SEPENUH MASA YANG DITAWARKAN SIJIL PENGEMBARAAN PELANCONGAN SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF INFORMATION TECHNOLOGY 8
SIJIL PENGEMBARAAN PELANCONGAN(SPL) Program ini direka bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada keperluan tenaga kerja yang terkini berdasarkan permintaan industri. Melalui program ini, pelajar akan memperolehi pengalaman dalam melaksanakan dan mengendalikan aktiviti berkaitan industri pelancongan. Antara kandungan pengajian yang diperkenalkan dalam program ini ialah seperti Asas Pelancongan Malaysia, Pengenalan kepada Industri Pelancongan dan Hospitaliti, Interpretasi Pelancongan, Pertolongan Cemas, Perkhidmatan Pelanggan Pelancongan, Pemasaran Pelancongan, Rekreasi Pelancongan, Pemanduan Pelancongan, Operasi Agensi Pelancongan, Pengangkutan Pelancongan, Tempahan dan Tiketan, Geografi Pelancongan, Operasi Acara, Pembangunan Profesional dan Pengurusan Acara Sosial. Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan kursus am dimana pelajar akan dibekalkan dengan kemahiran keusahawanan. Di samping tugasan dan ujian, pelajar juga akan dinilai melalui amali dan juga praktikal bagi membolehkan kemahiran yang dipelajari dapat diaplikasikan secara berkesan. Program sijil ini ditawarkan selama empat (4) semester termasuk latihan industri pada semester akhir bertujuan meningkatkan kemahiran dan kecekapan pelajar sebagai persediaan untuk memasuki pasaran kerja. Lulusan program ini akan bersedia menyahut cabaran dunia sebenar dalam bidang pelancongan Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pelancongan yang boleh diaplikasikan pada pelbagai jenis kerjaya dalam industri pelancongan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi pelajar dari program ini membolehkan mereka meneroka peluang pekerjaan sebagai: a. Pemandu Pelancong Bandar (City Guide) g. Pegawai Pelancongan b. Pemandu Pelancong Alam Semula Jadi (Nature Guide) h. Penyelia Rekreasi c. Pemandu Pelancong Setempat (Onsite Guide) i. Pengendali Acara d. Kerani Tempahan j. Pegawai Khidmat Pelanggan e. Perunding Lawatan k. Wakil Pemasaran dan Jualan f. Koordinator Lawatan l. Usahawan 9
SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF (SAU) Program ini direkabentuk bertujuan untuk menghasilkan graduan holistik yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran kompeten dalam memenuhi permintaan tenaga kerja dalam sektor industri automotif. Dalam program ini merangkumi pembelajar dan pengajaran mengenai komponen kenderaan, enjin, roda, brek, stereng, elektrik kenderaan, gantungan, transmisi dan penyamanan udara kenderaan. Selain itu mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (Occupational Safety & Health), Khidmat Pelanggan, Teknologi Hijau, Pengurusan Enjin, Servis Asas Kenderaan, Rombak Rawat Enjin dan Teknologi Woksyop. Program ini menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi automotif. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui program ini akan membolehkan pelajar memulakan kerjaya sebagai: a. Mekanik b. Juruteknik servis kenderaan c. Penasihat servis (Service Advisor) d. Pengusaha bengkel servis e. Pengusaha bengkel tayar f. Pengusaha bengkel elektrik automotif g. Operator Pemasangan Automotif h. Detailing Car Wash Attendant i. Pemeriksan Kenderaan j. Pengusaha E-Dagangan Automotif k. Pengusaha Pusat Aksesori Kenderaan l. Pengusaha Alat Ganti Kenderaan m. Pengusaha Pusat Servis Penghawa Dingin Kenderaan 10
SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK (SKE) Program Sijil Teknologi Elektrik (dahulunya dikenali Sijil Pemasangan Elektrik) direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada teknologi elektrik pada masa kini. Pelajar akan memperolehi pengetahuan dan latihan kemahiran berkaitan elektrik dan elektronik. Pelajar berkemampuan untuk mengendalikan kerja-kerja pemasangan dan perkhidmatan berkaitan industri elektrik dan elektronik. Program ini menawarkan kursus teras Teknologi Elektrik, Alat Pengukuran, Peranti Semikonduktor, Sistem Digit, Lukisan Terbantu Komputer, Motor Elektrik Satu Fasa, Pemasangan Elektrik Satu Fasa, Motor Elektrik Tiga Fasa, Pemasangan Elektrik Tiga Fasa, Pengawal Logik Bolehaturcara, Sistem Automasi Bangunan, serta kursus Sistem Keselamatan dan Penyamanan Udara. Selain itu, kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan juga ditawarkan sebagai teras umum selain Matematik dan Sains. Pelajar juga akan didedahkan dengan elemen soft skills melalui kursus wajib yang menerapkan kemahiran insaniah dan pembelajaran kendiri melalui tugasan serta projek. Di samping itu, lulusan daripada program ini juga akan mempelajari teknik-teknik keusahawanan sebagai nilai tambah bagi menyahut cabaran dunia sebenar keusahawanan dalam bidang elektrik dan elektronik. Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang teknologi elektrik yang boleh menepati keperluan kerjaya seperti berikut: a. Penolong Jurutera Gred JA29 b. Juruteknik Elektrik / Elektronik c. Penolong Juruteknik Elektrik / Elektronik d. Juru Elektrik 11
SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT (STM) Program Teknologi Maklumat bertujuan melahirkan individu yang berpotensi mengadaptasi penggunaan teknologi dan bertanggungjawab dalam sistem komputer dan teknologi rangkaian bagi menghadapi cabaran baharu bidang teknologi maklumat selaras dengan keperluan negara. Pelajar berpeluang menimba ilmu berkaitan sistem komputer dan rangkaian secara teori dan praktikal. Ia membantu untuk memastikan mereka memperoleh wawasan yang luas tentang IT. Program ini juga memerlukan pelajar menjalani Latihan Industri bagi memastikan pelajar mendapat persekitaran kerja yang sesuai serta berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pengajaran dan pembelajaran program ini dijalankan secara teori dan amali. Menjelang akhir program ini, pelajar harus berpengetahuan dan arif untuk mengendalikan tugasan berkaitan IT daripada kursus yang diambil dalam program ini. Perkara ini akan membantu para pelajar melaksanakan tugas mereka dengan cekap dalam persekitaran kerja. Program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan kursus yang dicapai seperti: 1. Kursus Teknikal: Matematik Diskret, Seni Bina & Pemasangan Komputer, Asas Pangkalan Data, Penyelesaian Masalah & Reka Bentuk Program, Perisian Aplikasi, Etika & Keselamatan Digital, Rangkaian & Komunikasi Asas, Sistem Operasi, Keusahawanan Digital, Asas Pengaturcaraan, Pembangunan Web, Asas Multimedia, Pengaturcaraan Berorientasikan Objek, Pengenalan kepada Internet Perkara, Aplikasi Mudah Alih dan Projek. Program ini memberi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat yang boleh dilaksanakan untuk kerjaya dalam teknologi maklumat. Pengetahuan dan kemahiran yang ditetapkan dalam bidang ini akan membolehkan graduan memulakan kerjaya dalam pelbagai bidang seperti: a. Juruteknik Komputer e. Pembantu Pengaturcara b. Usahawan Teknologi Maklumat f. Pentadbir IT c. Pembangun Laman Web g. Sokongan Projek IT d. Sokongan Meja Bantuan h. Juruteknik Perkhidmatan IT
UNIT PEPERIKSAAN & PENILAIAN Unit Peperiksaan dan Penilaian adalah merupakan suatu pusat yang bertanggungjawab untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti peperiksaan dan penilaian. Unit ini diketuai oleh Pegawai Peperiksaan dan dibantu oleh Penyelaras Peperiksaan bagi setiap program. Unit Peperiksaan dan Penilaian berfungsi untuk : 1. Merancang, menyedia dan menyelaras aktiviti- aktiviti bagi memastikan semua arahan dan peraturan peperiksaan dipatuhi 2. Menerima, merekod dan menyimpan semua dokumen-dokumen berkaitan dengan peperiksaan dan penilaian bagi menjamin keselamatan dan kerahsiaan. 3. Menyediakan laporan keputusan peperiksaan untuk menentusahkan gred pencapaian pelajar. 4. Menguruskan dokumen keputusan peperiksaan, transkrip dan sijil bagi memastikan capaian pelajar terhadap keputusan peperiksaan. SISTEM GRED DI KOLEJ KOMUNITI 13
U N I T L A T I H A N I N D U S T R I DEFINISI LATIHAN INDUSTRI Latihan Industri (Li) merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia oleh pihak industri yang dipilih, sama ada di luar ataupun di dalam negara, dalam jangka masa yang ditetapkan. Latihan Industri adalah satu syarat wajib bagi memenuhi syarat penganugerahan Sijil Kolej Komuniti. MATLAMAT Matlamat LI ialah untuk membolehkan pelajar mendapat pengalaman di industri, firma atau jabatan kerajaan yang berkaitan bagi melahirkan graduan yang mempunyai kompeten dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan semasa negara. 14 KOD PROGRAM SUT 40038 SUT 40014 (STM) NAMA PROGRAM LATIHAN INDUSTRI SEMESTER DITAWARKAN SEMESTER 4 TEMPOH LATIHAN INDUSTRI 16 MINGGU 8 MINGGU (STM) NILAI KREDIT 8 4 (STM) PRA-SYARAT PELAJAR PERLU LULUS SEMUA MODUL /KURSUS.
U N I T L A T I H A N I N D U S T R I OBJEKTIF Objektif LI ialah untuk: • Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan dalam bidang masing-masing; • Mendedahkan pelajar kepada teknologi terkini dan juga pengetahuan yang terbaru di pasaran; • Mendapat pengalaman bekerja di industri / organisasi berkaitan bidang masingmasing; • Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran akademik dalam alam pekerjaan yang sebenar; • Mengukuhkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi secara berkesan di semua peringkat di tempat kerja; • Memupuk semangat bekerja secara berkumpulan; • Menghayati nilai / etika kerja seperti jujur, amanah, berdisiplin, dan bertanggungjawab; • Mengamalkan peraturan keselamatan dan amalan baik di tempat kerja; • Menyediakan laporan teknikal berkaitan bidang masing-masing; • Meningkatkan peluang pekerjaan SKOP LATIHAN INDUSTRI Pihak Kolej Komuniti perlu merangka skop latihan berpandukan kepada kurikulum program untuk memudahkan pihak industri merangka rancangan LI pelajar. Walau bagaimanapun, pihak industri berhak mengubah skop latihan bersesuaian dengan aktiviti dan keperluan mereka selaras dengan skop yang telah dikenalpasti oleh pihak Kolej Komuniti. Antara skop program LI adalah memberi: • Pendedahan pelbagai jenis pekerjaan dalam industri dengan melakukan kerja yang berkaitan di bawah penyeliaan seperti mengumpul data, membuat ujikaji, menyenggara dan membaik pulih, mereka bentuk, membangun sistem, mengurus sumber dan lain-lain; • Kefahaman mengenai proses dan operasi sesuatu sistem secara menyeluruh. Contohnya kerja operasi pengeluaran, pemeriksaan dan penganalisaan; dan • Latihan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran mengikut pengkhususan yang diambil. Sebagai contoh, melatih pelajar dalam projek berkumpulan. Hasil Pembelajaran: Setelah mengikuti latihan industri ini, pelajar akan dapat: 1. Menggunakan kemahiran teknologi yang digunakan di tempat kerja yang sebenar (PLO 2) P3 2. Mengamalkan peraturan keselamatan dan amalan baik di tempat kerja (PLO 4) A2 3. Mengukuhkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi secara berkesan (PLO 5) A3
BAHAGIAN SOKONGAN AKADEMIK
PERANAN UNIT PENGAMBILAN 1. Menguruskan promosi dan pengambilan pelajar baharu 2. Menguruskan pendaftaran pelajar 3. Menguruskan sistem CCMS 4. Memantau aktiviti mengemaskini maklumat Fail Peribadi Pelajar oleh Penasihat Akademik 5. Menguruskan urusan hal-hal pelajar seperti penangguhan, berhenti pengajian, pertukaran kolej dan pertukaran program. 6. Memantau pembayaran yuran pengajian oleh pelajar. YURAN PENGAJIAN DI KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT • Yuran pengajian RM200 setiap semester kecuali semester latihan industri • Pembayaran yuran boleh dilaksanakan melalui pelbagai cara iaitu wang pos atas nama Pengarah Kolej Komuniti Sungai Siput dan pembayaran melalui JOMpay. • Perlu dijelaskan sebelum sesi pengajian bermula bagi memudahkan urusan pendaftaran pelajar. • Yuran pelbagai untuk semester 1 sahaja • Pembayaran dibuat secara tunai kepada Koperasi Kolej Komuniti Sungai Siput UNIT PENGAMBILAN 17
PENGURUSAN PERTUKARAN KOLEJ PENGURUSAN PENANGGUHAN/ BERHENTI PENGAJIAN CARTA ALIRAN KERJA
UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR PERANAN UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR 1. Merancang, mengurus dan menyelaras program kecemerlangan pelajar termasuk kebajikan, kesukarelawanan dan pembangunan sahsiah pelajar secara holistik termasuk pelajar antarabangsa. 2. Merancang, mengurus dan menyelaras program pembangunan pelajar berdasarkan garis panduan termasuk untuk program mobiliti pelajar dan pendidikan fleksibel termasuk pelajar antarabangsa. 3. Mengurus dan memantau penguatkuasaan peraturan-peraturan yang terkandung dalam Akta 174 bagi mengawal tatatertib pelajar. 4. Merancang dan mengurus program dengan kerjasama agensi yang berkaitan dengan pembangunan pelajar dari aspek sahsiah. 5. Bertanggungjawab sebagai urus setia kepada pelbagai jawatankuasa yang berkaitan dengan pembangunan pelajar dari aspek sahsiah.
PANDUAN & PERATURAN AMPELAJAR 20
PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR Pelajar adalah tertakluk kepada Akta Institusi- Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) dan pindaan-pindaannya serta dibaca bersama dengan Garis Panduan Pengurusan Hal Ehwal Kolej Komuniti edisi terkini.
Mana-mana pelajar yang dituduh atau didapati bersalah atas kesalahan jenayah, tindakan yang boleh diambil adalah sebagaimana berikut: i. Digantung menjadi pelajar Kolej Komuniti [Subseksyen 14(1)]. ii. Diberhentikan menjadi pelajar Kolej Komuniti [Subseksyen 14(2) dan 14(3)]. iii. Dalam masa menunggu keputusan perbicaraan, ia tidak boleh berada di dalam atau memasuki kampus Kolej Komuniti Mana-mana kes jenayah yang diambil tindakan oleh mahkamah luar atau mahkamah syariah perlu disusuli dengan penggunaan Akta 174 yang akan melibatkan tindakan penggantungan atau pemberhentian pelajar dari Kolej Komuniti. Kolej Komuniti perlu mendapatkan maklumat jelas mengenai hukuman mahkamah tersebut sebelum sebarang tindakan diambil mengikut Akta 174. Antara contoh kesalahan jenayah: i. Mencuri ii. Merogol, mencabul iii. Khalwat, perlakuan sumbang iv. Dadah v. Lain-lain jenis kesalahan jenayah yang dikenakan hukuman mengikut kanun keseksaan KESALAHAN JENAYAH 23
B A N T U A N K E W A N G A N P E L AJ A R K O L E J K O M U N I T I ( B K P K K ) DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN BKPKK. Pelajar perlu menyerahkan dokumen kepada Penyelaras/Pensyarah Kelas seperti berikut: 1. Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga - BKPKK/B/02-1 2. Salinan Slip Gaji Terkini atau Borang Pengesahan Pendapatan BKPKK/B/02-2 (bagi yang tiada slip gaji) 3. Salinan kad pengenalan pelajar 4. Salinan kad pengenalan ibu bapa/ penjaga 5. Akaun bank persendirian yang aktif Surat Tawaran akan dikeluarkan kepada pelajar yang layak dan diluluskan. Selepas itu, pelajar akan memeterai perjanjian (mengisi dua borang perjanjian dan mematikan setem) dan pembayaran kepada pelajar dibuat selepas dokumen dilengkapkan. 24
INSURANS TAKAFUL BERKELOMPOK TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA SESEORANG PELAJAR HENDAKLAH MENDAPATKAN SKIM PERLINDUNGAN INSURAN BERKELOMPOK. PERLINDUNGAN INSURAN INI BERTUJUAN UNTUK MENYEDIAKAN MANFAAT DALAM BENTUK BANTUAN KEWANGAN JIKA PELAJAR YANG DILINDUNGI MENINGGAL DUNIA ATAU MENDERITA KEILATAN KEKAL ATAU KECEDERAAN ANGGOTA BADAN SAMA ADA AKIBAT KEMALANGAN ATAU PENYAKIT (RUJUK KEPADA POLISI INSURAN). PENYELARAS INSURAN DAN KEBAJIKAN (PIK) KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT AKAN MENGURUSKAN DAN MENYELARAS PEMBAYARAN INSURANS DAN JUGA TUNTUTAN PELAJAR. PARA PELAJAR AKAN DILINDUNGI OLEH SKIM INSURANS INI SEPANJANG BERGELAR PELAJAR KOLEJ KOMUNITI DAN LAYAK MENUNTUT BAYARAN PAMPASAN BERDASARKAN MANFAAT YANG DILINDUNGI.
Seksyen 7 Bahagian III, Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 memperuntukkan bahawa sesuatu institusi hendaklah mempunyai suatu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang diwakili oleh sebilangan pelajar yang ditentukan oleh Pengarah. Pemilihan JPP adalah melalui proses Pilihanraya Kampus yang di adakan satu tahun sekali. OBJEKTIF: a. Menjadi platform dalam mengasah serta memperkembangkan bakat kepimpinan dan sahsiah diri pelajar ke arah pelapis pemimpin masa depan yang berkaliber, berakhlak serta berkebolehan. b. Memperkukuhkan semangat muhibah, perpaduan dan integrasi nasional selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan selari dengan penerapan jasmani, emosi, rohani dan intelek. c. Menjadi perantara di antara pihak pelajar dan pihak pengurusan Kolej Komuniti dalam memastikan masalah dan pandangan pelajar dapat disalurkan dan diambil tindakan yang sewajarnya. Pencalonan JPP terbuka kepada semua pelajar yang berdaftar di Kolej Komuniti KECUALI : a. Pelajar yang belum pernah menduduki peperiksaan pertama di Kolej Komuniti (pelajar Semester 1). b. Pelajar yang HPNMnya kurang daripada 2.75. c. Pelajar yang pernah mengulang semester. d. Pelajar yang sedang menunggu keputusan perbicaraan tatatertib. e. Pelajar yang pernah dikenakan tindakan tatatertib. J A W A T A N K U A S A P E R W A K I L A N P E L AJ A R ( J P P ) 26
Prinsip PRISS adalah "Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal" Fungsi PRISS adalah seperti berikut: 1. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan. 2. Sebagai saluran tidak formal bagi rakan-rakan mencurahkan perasaan mereka. 3. Menjadi penghubung kepada perkhidmatan psikologi kaunseling. 4. Menjadi rakan yang peka terhadap perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. 5. Sebagai role model kepada pelajar lain. Falsalah PRISS adalah “BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN “ Etika Ahli PRISS: 1. Amanah dan menyimpan rahsia 2. Mematuhi peraturan kolej, norma masyarakat dan agama 3. Tahu batas dan keupayaan diri 4. Menerima dan menghormati orang lain 5. Sentiasa berusaha meningkatkan kemajuan diri dalam pelbagai aspek Keahlian PRISS: Terbuka kepada semua pelajar P E M B I M B I N G RA KA N I N S P I RA S I S I S W A S I S W I ( P R I S S ) 27
BRISK DAN PISPABRISK PISPA Briged Sukarelawan Kolej Komuniti merupakan persatuan yang utama di Kolej Komuniti Sungai Siput. Keahlian persatuan ini adalah secara automatik kepada semua pelajar yang mendaftar di Kolej Komuniti Sungai Siput. Matlamat utama BRISK adalah memupuk dan membudayakan aktiviti kesukarelawan dalam diri semua pelajar Kolej Komuniti seluruh Malaysia. Pelbagai aktiviti kesukarelawan yang telah dilaksanakan dalam banyak peringkat sama ada untuk komuniti setempat, daerah, negeri, negara dan antarabangsa. Antara aktiviti yang dijalankan adalah sperti berikut : a) Gotong Royong b) CSR selepas bencana alam seperti banjir c) Program bersama anak yatim, orang tua dan OKU d) Program konservasi Alam Sekitar e) Memasak dan Sedekah Bubur Lambuk f) Pelbagai lagi aktiviti kesukarelawan. PISPA merupakan singkatan bagi Pasukan Institusi Pertahanan Awam Kolej Komuniti. PISPA bertujuan untuk membantu pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia untuk menjalankan tugas- tugas kesukarelawan diseluruh Malaysia. Pelajar yang ingin menganggotai PISPA perlu mendapat pengtauliahan dari pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di mana semua pelajar perlu menghadiri latihan Pertahanan Awam dan akan mendapat Sijil Latihan Kemahiran, Pengurusan Pusat Pemindahan, Medik dan Melawan Kebakaran. 28
BRIGED SUKARELAWAN KOLEJ KOMUNITI(BriSK)
PASUKAN INSTITUT PERTAHANAN AWAM (PISPA)
UNIT PSIKOLOGI & KERJAYA Unit Psikologi melaksanakan perkhidmatan sesi kaunseling bagi membantu pelajar dalam menangani masalah atau stress dalam kehidupan sebagai seorang pelajar. Disamping itu, Unit ini juga turut menganjurkan program-program peningkatan kecemerlangan pelajar bagi membantu pelajar dalam meningkatkan jati diri dan motivasi untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan berjaya. Jenis Perkhidmatan yang disediakan: • Kaunseling Individu / Kelompok • Intervensi Krisis • Pengurusan Stress • Ujian Psikologi / Psikometrik • Program-program motivasi dan peningkatan kecemerlangan pelajar • Program RICH
UNIT PERPUSTAKAAN• Mula beroperasi pada tahun 2004 di Aras 2 Blok C • Merupakan sebuah Perpustakaan Khusus (Gunasama) yang berperanan sebagai salah satu unit sokongan kepada proses Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP). · Mampu menampung seramai 100 orang pelawat dalam satu-satu masa. • Menggunakan Sistem Pengkelasan – Dewey Decimal Classification (DDC) • Kemudahan yang terdapat di Perpustakaan: d) Bilik Rujukan e) E- Learning f) Wifi a) Depository b) Pertanyaan Rujukan c) Sirkulasi 32
S U KA N & K O K U R I K U L U M Kolej Komuniti Sungai Siput mempunyai pelbagai kemudahan sukan yang boleh digunakan oleh semua pelajar untuk beriadah. Semua pelajar yang menggunakan kemudahan sukan perlu menjaga kemudahan tersebut dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan sebarang kerosakan. Antara kemudahan sukan yang terdapat di kampus Kolej Komuniti Sungai Siput adalah seperti berikut: 1. Padang Bola Sepak / Ragbi 2. Gelanggang Futsal 3. Gelanggang Bola Tampar 4. Gelanggang Sepak Takraw 5. Gelanggang Bola Jaring 6. Dewan Badminton 7. Laman Woodball 8. Indoor dan Outdoor Gym Semua kemudahan sukan ini merupakan kemudahan gunasama antara kakitangan dan pelajar. Sehubungan dengan itu, terdapat kemudahan seperti Indoor Gym perlu mendapatkan kebenaran dari Pegawai Belia dan Sukan Kolej Komuniti Sungai Siput sebelum boleh digunakan. Selain daripada kemudahan sukan, para pelajar juga dapat memperkembangkan bakat dalam bidang sukan dengan penganjuran pelbagai aktiviti sukan di Kolej Komuniti Sungai Siput. Antara kejohanan sukan yang dianjurkan setiap tahun adalah Kejohananan Sukan Kolej Komuniti Sungai Siput (SUKOSS). Terdapat pelbagai jenis aktiviti sukan yang dipertandingkan dalam kejohanan SUKOSS ini antaranya adalah seperti Futsal, Sepak Takraw, Bola Tampar, Badminton, Woodball dan Bola Jaring. Para pelajar yang berkelayakan dan berbakat juga berpeluang untuk bertanding ke peringkat yang lebih tinggi. Antara Kejohanan sukan yang boleh disertai oleh pelajar adalah Kejohanan Sukan Kolej Komuniti yang dianjurkan setiap tahun. Selain dari itu juga, para pelajar berpeluang untuk bertanding dalam kejohanan Sukan Intitusi Pengajian Tinggi (Sukipt) yang dianjurkan secara dwitahunan dan juga kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA). 33
KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT (SUKOSS) 34
KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT KAMPUNG SUNGAI SEJUK PETI SURAT 390, 31100 SUNGAI SIPUT (U) PERAK DARUL RIDZUAN ALAMAT WEBSITE HUBUNGI KAMI 05-5971440 KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT NO. TELEFON NO. FAX 05-5982157 KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT KKSUNGAISIPUT https://kksungaisiput.mypolycc.edu.my/v1 KKSUNGAISIPUT KKSUNGAISIPUT KKSUNGAISIPUT KKSUNGAISIPUT 35
IIKKRRAARR PPEELLAAJJAARR BAHAWASANYA KAMI PELAJAR-PELAJAR KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT DENGAN INI BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MELAKSANAKAN KEWAJIPAN KAMI SEBAGAI PELAJAR YANG PEKA DENGAN KEHENDAK DAN HARAPAN IBU BAPA, PENSYARAH, KOLEJ DAN NEGARA UNTUK MENJADI INSAN YANG BERILMU BERIMAN DAN BERTAQWA SERTA BERAMAL SOLEH KAMI BERTEKAD DAN BERAZAM UNTUK BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH HINGGA TERCAPAI KECEMERLANGAN KAMI BERJANJI AKAN MENGAMBIL BAHAGIAN CERGAS DALAM KEGIATAN-KEGIATAN KOLEJ DAN SENTIASA MENGHARUMKAN MEMELIHARA DAN MENINGGIKAN NAMA BAIK KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT KAMI JUGA AKAN SENTIASA MEMATUHI PERATURAN KOLEJ MENJADI PELAJAR YANG BERAKHLAK MULIA DAN SENTIASA MENCARI KEREDHAAN TUHAN 36
LLAAGGUU RRAASSMMII PPOOLLYYCCCC MULAKAN LANGKAHMU DENGAN FIKIRAN TERBUKA, SETIAP INSAN PUNYAI KELEBIHAN SENDIRI, ASAH KEMAHIRAN DI PERINGKAT LEBIH TINGGI, USAHA DAN HARAPAN AKAN TERCAPAI. AYUH SEMUA, BERDIRI BANGKIT, SEMUA MIMPI JADI REALITI, AYUH SEMUA, JANGAN RAGU, DESTINASI POLYCC. *PRE CHORUS* SATU TUJUAN, SATU HARAPAN, MEMBANGUN GENERASI BERPRESTASI TINGGI. *CHORUS* POLYCC BERINOVASI, POLYCC PILIHAN PASTI. SELURUH MALAYSIA DESTINASI POLYCC *PRE CHORUS* SATU TUJUAN, SATU HARAPAN, MEMBANGUN GENERASI BERPRESTASI TINGGI. *CHORUS* POLYCC BERINOVASI, POLYCC PILIHAN PASTI. SELURUH MALAYSIA DESTINASI POLYCC NYANYIAN/PENYANYI : PUAN SALBIAH BANATI LIRIK : TEAM PENGAMBILAN POLYCC ZON SABAH 37