The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERLEMBAGAAN KELAB KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN SK TTDI JAYA
2024-2026

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR AZMINA ATHIRAH BINTI NOR HASHIMI IPG-Pelajar, 2023-11-19 20:10:30

PERLEMBAGAAN KELAB KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN SK TTDI JAYA

PERLEMBAGAAN KELAB KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN SK TTDI JAYA
2024-2026

PERLEMBAGAAN KELAB KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN SK TTDI JAYA. 1 PERLEMBAGAAN KELAB KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TUN DR ISMAIL JAYA K.K.G.K SESI 2024/2025


PERLEMBAGAAN KELAB KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN SK TTDI JAYA. 2 NAMA NAMA DAN ALAMAT a. Nama Persatuan : Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail Jaya. b. Alamat : Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail Jaya, Taman TTDI Jaya, Jalan TUDM Subang, 40150 Shah Alam, Selangor. MATLAMAT Memupuk semangat sepasukan, bertoleransi dan menjaga kebajikan setiap ahli persatuan dari sudut sosial, ekonomi dan masalah semasa yang timbul agar keharmonian dalam suasana bekerja lebih kondusif dan proaktif. TUJUAN 1. Membantu dan memajukan perkembangan guru-guru dan kakitangan serta menjaga kebajikan mereka. 2. Membantu dan menambah pelbagai usaha dalam memenuhi keperluan dan kehendak guru-guru dan kakitangan. 3. Membantu membentuk dan mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni. KEAHLIAN 1 Semua guru dan kakitangan (staf sokongan) Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail Jaya secara automatik menjadi ahli kelab. 2 Guru Besar merangkap Penasihat Utama Kelab. 3 Ahli Kelab hilang kelayakan apabila bertukar, berhenti dan pencen tetapi tetap diraikan sebagai bekas ahli kelab. PERATURAN 1 NO. TEL : 03-78468835 NO. FAKS : 03-78469712 E-MEL : [email protected] PERATURAN 2 PERATURAN 3 PERATURAN 4


PERLEMBAGAAN KELAB KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN SK TTDI JAYA. 3 AHLI JAWATANKUASA MAJLIS TERTINGGI 1 Dilantik semasa Mesyuarat Agong. 2 Ahli Jawatankuasa terdiri daripada : 2.1 Pengerusi 2.2 Naib Pengerusi 2.3 Setiausaha 2.4 Naib Setiausaha 2.5 Bendahari 2.6 Naib Bendahari 2.7 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan) 3 Menghadiri mesyuarat ahli jawatankuasa dan mesyuarat tahunan pada bila-bila masa dipanggil. 4 Memberi cadangan, pandangan, teguran dan kritikan yang sihat terhadap perjalanan kelab. Jika berlaku sebarang penyelewengan, ahli jawatankuasa boleh melaporkan secara bertulis kepada pengerusi dan sesalinan kepada penasihat. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA 1 Penasihat 1.1 Bertanggungjawab bagi menasihatkan segala perjalanan kelab supaya berfungsi mengikut peraturan yang ditetapkan. 1.2 Menasihati, menegur dan menyelesaikan segala masalah jika ada dalam melaksanakan peraturan kelab. 1.3 Berhak bertindak dan campurtangan secara langsung jika berlaku sebarang penyelewengan kuasa atau penyalahgunaan wang kelab. 1.4 Menjadi tempat ahli jawatankuasa merujuk segala kerumitan yang mungkin timbul untuk mendapatkan pandangan, nasihat dan sebagainya bagi mencari kebajikan kelab. 1.5 Mempunyai kuasa pemutus yang muktamad dalam menentukan sesuatu keputusan jika peraturan itu bercanggah dengan peraturan kelab sahaja. 1.6 Hadir dalam semua mesyuarat kelab kecuali berhalangan dengan sebab tugas rasmi yang penting. 2 Penasihat (1) 2.1 Memangku semua urusan yang berkaitan dengan penasihat. 2.2 Hadir dalam semua mesyuarat kelab kecuali berhalangan dengan sebab tugas rasmi yang penting. PERATURAN 5 PERATURAN 6


PERLEMBAGAAN KELAB KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN SK TTDI JAYA. 4 3 Pengerusi 3.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat. 3.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya. 3.3 Mempunyai kuasa pemutus dengan mendapatkan pandangan dari penasihat dalam membuat sesuatu keputusan dalam mesyuarat jika keputusan itu tidak dapat diambil secara demokrasi. 3.4 Menjadi wakil rasmi kelab dalam semua pertemuan dengan pihak luar jika perlu. 3.5 Mengawal semua urusan kelab samada penyata kewangan, harta dan alat kelengkapan kelab dalam penjagaan yang selamat oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. 3.6 Menjadi salah seorang dari senarai 3 orang penanda tangan dalam urusan kewangan yang melibatkan pengeluaran kewangan dari akaun rasmi kelab. 4 Naib Pengerusi 4.1 Mewakili secara rasmi kelab dan mengambil alih tugas pengerusi ketika ketiadaan pengerusi dengan persetujuan penasihat. 4.2 Menjadi salah seorang dari senarai 3 orang penanda tangan dalam urusan kewangan yang melibatkan pengeluaran kewangan dari akaun rasmi kelab. 4.3 Membantu unit kerohanian dan multimedia. 5 Setiausaha 5.1 Mencatat, menyelia dan menyimpan minit-minit mesyuarat jawatankuasa dan mesyuarat agung tahunan. 5.2 Menguruskan hal-hal surat menyurat mengikut perlembagaan. 5.3 Menyediakan laporan-laporan untuk di bentangkan pada mesyuarat agung tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya. 6 Naib Setiausaha 6.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya. 6.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha. 6.3 Menguruskan baju batik sekolah, t-shirt sekolah dan baju korporat sekolah.


PERLEMBAGAAN KELAB KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN SK TTDI JAYA. 5 7 Bendahari 7.1 Bertanggungjawab mengurus, mengawal hal ehwal kewangan kelab dan memungut yuran ahli dengan menyediakan dan menyimpan kewangan yang di kemaskini dari masa kesemasa 7.2 Menerima bagi pihak kelab semua derma atau sumbangan daripada manamana ahli atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akuan terima serta dokumen yang berkaitan. 7.3 Menyediakan Laporan atau penyata Kewangan untuk di audit dan dibentangkan kepada Mesyuarat Agung serta laporan-laporan yang berkaitan. 7.4 Menjadi salah seorang dari senarai 3 orang penanda tangan dalam urusan kewangan yang melibatkan pengeluaran kewangan dari akaun rasmi kelab. 8 Naib Bendahari 8.1 Membantu bendahari dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya. 8.2 Menjalankan tugas bendahari sewaktu ketiadaan bendahari. 8.3 Sebagai Biro Jualan dan promosi bagi menggerakkan gerai jualan kelab sama ada di dalam sekolah atau di luar sekolah mengikut kesesuaian. 9 Biro Kerohanian dan Aktiviti 9.1 Menjalankan aktiviti kerohanian seperti bacaan yasin dan tabung jumaat. 9.2 Menyediakan aktiviti dalaman dan luaran bagi memajukan perkembangan dan memupuk semangat sepasukan. 10 Biro Kebajikan 10.1 Bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan kematian, sakit sehingga dimasukkan ke hospital dan malapetaka. 11 Biro Keceriaan 11.1 Bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan keceriaan bilik guru, pantry bilik guru dan pejabat, penapis air dan yang berkaitan. 12 Biro Dana dan Modal 12.1 Bertanggungjawab dalam mencari dana dan modal untuk sebarang aktiviti atau program yang dianjurkan dibawah kelab. 12.2 Aktiviti atau program dibawah seliaan kelab adalah Sambutan Hari Guru peringkat sekolah, Hari Keluarga dan Jamuan Akhir Tahun.


PERLEMBAGAAN KELAB KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN SK TTDI JAYA. 6 13 Jika berlaku kekosongan jawatan dalam Majlis Tertinggi kelab, satu mesyuarat Majlis Tertinggi bersama pentadbir akan diadakan bagi mencadangkan satu nama yang lain dan diwartakan kepada semua ahli. Seandainya terdapat bantahan dan ada calon yang lain, proses undian akan dilaksanakan. 14 Tempoh memegang jawatan selama 2 tahun bermula dari 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2025. 15 Perlantikan dan serah tugas kepada Majlis Tertinggi yang baharu akan dibuat setelah mesyuarat agong tahunan. AHLI KELAB 1 Ahli-ahli diwajibkan menghadiri mesyuarat agong tahunan. 2 Ahli-ahli digalakkan untuk menyertai apa-apa aktiviti atau program yang dianjurkan oleh pihak kelab. 3 Ahli hendaklah membayar yuran keahlian seperti yang telah ditetapkan. KEWANGAN 1 Punca Kewangan 1.1 Yuran Keahlian 1.1.1 Guru dikenakan yuran sebanyak RM20.00 sebulan manakala staf sokongan dikenakan RM13.00 sebulan. Yuran ini sudah termasuk dengan kutipan yuran PSKPP sebanyak RM5.00 per ahli. 1.2 Derma atau sumbangan 1.2.1 Dari mana-mana pihak yang suka menderma atas niat ingin memberi dengan sukarela dan dari punca-punca yang halal. 1.2.2 Dari sebarang aktiviti-aktiviti yang dibuat dan boleh mendatangkan keuntungan kepada kelab ini dengan syarat tidak bercanggah dengan undang-undang Negara. 1.2.3 Yuran dan segala bentuk dana atau sumbangan mesti dimasukkan ke dalam Akaun Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan SK TTDI Jaya. PERATURAN 7 PERATURAN 8


PERLEMBAGAAN KELAB KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN SK TTDI JAYA. 7 MANFAAT 1 Sumbangan ahli bersara : RM150 sahaja. 2 Sumbangan khairat kematian : ahli (RM100) manakala suami/isteri, anak kandung dan ibubapa kandung (RM50) sahaja. 3 Sumbangan perpindahan : 3.1) 0 bulan – 1 tahun : RM30 sahaja. 3.2) 1 tahun dan keatas : RM100 sahaja. 4 Sumbangan hadiah perkahwinan pertama di SK TTDI Jaya : Ahli yang akan berkahwin akan menerima sumbangan sebanyak RM50. 5 Sumbangan ahli bersalin : Ahli yang bersalin anak pertama di SK TTDI Jaya akan mendapat hadiah sumbangan RM50. 6 Sumbangan kemasukan ke hospital : sumbangan kepada ahli sahaja sebanyak RM50 sekali setahun. 7 Sumbangan haji, umrah dan ziarah tempat ibadah : HANYA sekali setahun. 7.1 Haji / umrah : RM50 (Muslim) 7.2 Ziarah tempat ibadah : RM50 (Bukan Muslim) 8 Hadiah hari lahir : Ahli akan menerima sumbangan hari lahir yang bernilai RM30 setiap orang. 9 Hadiah hari guru : Ahli akan menerima sumbangan hari guru yang bernilai RM30 setiap orang. 10 Membiayai apa-apa majlis, aktiviti murid, majlis kesyukuran dan majlis perpisahan mengikut keperluan dan mesti melibatkan semua ahli sekiranya terdapat lebihan kewangan. Seandainya tiada lebihan kewangan, kutipan dari ahli diperlukan. 11 Atas menghargai komitmen dan jasa Majlis Tertinggi Ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan, mereka akan menerima sijil penghargaan dan cenderahati bernilai RM 30 setelah tamat tempoh 2 tahun perlantikan. 12 Kutipan derma kilat yang melibatkan ahli dan keluarga ahli kelab (kematian, sakit dan malapetaka) akan dilaksanakan mengikut keperluan. PINDAAN PERLEMBAGAAN Peraturan kelab ini boleh dibuat pindaan dari semasa ke semasa. Segala pindaan yang hendak dibuat hendaklah dibawa dalam mesyuarat tahunan dengan dipersetujui oleh seramai tidak kurang 2/3 ahli. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Guru Besar atau penasihat 1. PERATURAN 9 PERATURAN 10


PERLEMBAGAAN KELAB KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN SK TTDI JAYA. 8 PEMBUBARAN Jika berlaku dengan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, maka Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail Jaya terpaksa dibubarkan dengan mengambil persetujuan seramai 2/3 ahli semasa. Segala harta (jika ada) dan wang tunai yang bersih setelah dijelaskan hutang-hutang (jika ada), maka segala wang baki termasuk nilai harta yang ada hendaklah diambil keputusan dalam satu mesyuarat tergempar untuk mengambil keputusan bersama bagaimana untuk menguruskan wang dan harta ke jalan yang memberi faedah kepada ahli mahupun kelab. PERATURAN 11


PERLEMBAGAAN KELAB KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN SK TTDI JAYA. 9 KELAB KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN SK TAMAN TUN DR ISMAIL JAYA SESI 2024/2025 EN MOKHTAR BIN MAHMOOD PENASIHAT UTAMA EN MOHD FAIZAL BIN SULAIMAN PENGERUSI EN WAN AHMAD NAUFAL BIN WAN YUSOFF NAIB PENGERUSI PN NUR AZMINA ATHIRAH BINTI NOR HASHIMI SETIAUSAHA PN AINI BINTI MAMAT NAIB SETIAUSAHA PN UMI KALSOM BINTI SHAARI BENDAHARI EN MUHAMMAD JAZMI BIN MAT NAWI NAIB BENDAHARI PN SURIATI BINTI AB KADIR BIRO KECERIAAN EN MOHD HAFIDZ BIN HASSAN BIRO KEBAJIKAN PN NOOR ROSMAINI BINTI ZAHARI BIRO DANA DAN MODAL EN MUHAMMAD ROZIMI BIN ISMAIL BIRO KEROHANIAN DAN AKTIVITI PN SITI AISYAH BINTI BORHAN BIRO KECERIAAN PN SITI ROHANI @ SITI ROHAYU BINTI MAMAT BIRO KEBAJIKAN PN ZURIWATI BINTI MOHAMAD BIRO DANA DAN MODAL EN AHMAD HAFIZ BIN AWALUDIN KETUA PENASIHAT 1 EN AZHAR BIN AHMAD PENASIHAT 1 PN ZAHARAH BINTI IBRAHIM PENASIHAT 1 PN ROZIAH BINTI HASIM PENASIHAT 1 K.K.G.K


Click to View FlipBook Version