The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ikhwanshafiq68, 2021-05-23 10:31:42

BUKU PROGRAM PN ZUHANA

BUKU PROGRAM PN ZUHANA

LamMbaiaanjlKis asih

Sekalung Budi

PN. ZUHANA BINTI ABDUL SAMAD
(2018-2021)

24 MEI ISNIN STESEN
2021 9:00 PAGI MASING-
MASING

1

ATURCARA MAJLIS

Ucapan Aluan Pengacara Majlis
Bacaan Doa

(Ustaz Ainul Mizan Bin Sharuddin)
Tayangan Video Ucapan
Pentadbir dan Guru
Ucapan Guru Besar

(En. Mohd Fadzli Bin Abdul Rahman)
Video Tribute Pn. Zuhana
Ucapan Pn. Zuhana
Video Lambaian Akhir
Penyampaian Cenderahati

2

Titipan madah
pn.zuhana

Assalamualaikum dan salam Sejahtera untuk semua.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan setulus kasih kepada Tuan Guru Besar,
Para Pentadbir, guru2 dan AKP serta warga SK Setia Alam yang bersama-sama saya mengharungi detik-
detik manis dan pahit. Kita bergerak dalam satu pasukan yang cukup hebat. Sejujurnya terasa amat berat
untuk saya meninggalkan SK Setia Alam yang mengajar saya erti kehidupan sebenar sebagai seorang

pentadbir. Saya amat beruntung kerana diterima oleh keluarga bahagia Setia Alam. Saya cukup menghargai
pertalian yang wujud dalam kalangan kita yang umpama sebuah keluarga yang bahagia di sini. Cikgu² di sini

begitu bernilai buat saya di mana saya mampu berdiri teguh kerana kekuatan yang cikgu² berikan. Saya
percaya, kehadiran saya ke sekolah Setia Alam ini tentunya tidak diduga oleh cikgu², namun setelah cikgu²
menerima saya dengan seadanya, perasaan terharu dan gembira menyelubungi hidup saya. Cikgu² ibarat
manikam yang berada di dalam tiram, nilainya tak dapat saya tukarkan dengan wang atau sebarang material
yang berharga. Saya sebenarnya masih sayang kan SK Setia Alam, namun demi tugas dan tanggungjawab
terpaksa juga saya pikul amanah yg diberi. Kasih sayang saya kpd cikgu² tentunya akan terus mekar di hati
ini dan pastinya akan kekal di jurang lubuk hati ini. Cikgu² Setia Alam sangat peramah dan berdedikasi, saya

optimis, nostalgia bersama kalian tentunya akan menjadi satu kenangan manis di dalam hidup saya.
Sesungguhnya, semalam adalah kenangan, seuatu yang meninggalkan titik indah buat diri saya. Ternyata
hari ini adalah kenyataan, hakikat yang saya terpaksa meninggalkan kalian dengan hati yang begitu hiba.
Pastinya esok adalah harapan, ya harapan saya utk menyaksikan SK Setia Alam terus cemerlang berada di

persada PPD Petaling Perdana.
Sekali lagi, saya mohon maaf andai tersilap kata dan bahasa waktu bicara, tersilap perbuatan waktu
bergurau senda. Sesungguhnya tiada kata2 lagi selain dgn iringan doa utk semua agar sentiasa dilindungi

olehNya.
Buat semua guru2 petang yg sentiasa bersama2 saya. Saya sayang anda semua. Kenangan bersama kalian

akan terpahat dalam lubuk hati saya.
Semoga ukhwah antara kita terus terjalin ibarat hempedu lekat di hati..❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

3

Sekalung Penghargaan

Pengerusi Dan Ahli Jawatankuasa
Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan

SK Setia Alam
Dengan Tulus Ikhlas Merakamkan
Setinggi-tinggi Penghargaan Terima Kasih
Di Atas Kerjasama Dan Sokongan Yang Telah
Diberikan Kepada Semua Pihak Yang Telah
Terlibat Secara Langsung Atau Tidak
Langsung Dalam Menjayakan Majlis Ini.
“Ukhuwah Dibina, Kebajikan Terpelihara”

4


Click to View FlipBook Version