SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
MPU223052
KUMPULAN:6
TAJUK 1 :
AL-QURAN DAN AL-HADIS YANG MEMBUKTIKAN BAHAWA
PUNCA-PUNCA KEROSAKAN ALAM ADALAH DISEBABKAN
OLEH MANUSIA.
NAMA AHLI KUMPULAN NO. PENDAFTARAN
1) MUHAMMAD AMINUDDIN BIN HUSIN 03DTP21F1017
2) MUHAMMAD NADZMI BIN MOHD NAJIB 03DTP21F1030
3) MOHAMMAD ADAM BIN MOHD ALI 03DTP21F1024
4) MUHAMMAD ADHAM BIN ZAINAL 03DTP21F1044
5) MUHAMMAD RIDZUAN BIN MHAMAD YUSOH 03DTP21F1047
ISI KANDUNGAN
1)BIODATA PENULIS
2)PENGHARGAAN
3)PENGENALAN
4)TUJUAN
5)PERANAN
6)KESAN / IMPAK
7)PANDANGAN TOKOH ISLAM
8)KESIMPULAN
9)RUJUKAN
10)LAMPIRAN
BIODATA AHLI KUMPULAN
NAMA: MUHAMMAD AMINUDDIN BIN
HUSIN
NO PENDAFTARAN: 03DTP21F1017
SESI:2021/2022
PROGRAM: DTP2A TARIKH
LAHIR: 26/10/2003 AGAMA:
ISLAM
TEMPAT LAHIR: HOSPITAL
KANGAR,PERLIS
NAMA: MUHAMMAD NADZMI BIN
MOHD NAJIB
NO PENDAFTARAN: 03DTP21F1030
SESI:2021/2022
PROGRAM: DTP2A TARIKH
LAHIR:23/11/2003 AGAMA:
ISLAM
TEMPAT LAHIR: HOSPITAL
TAIPING,PERAK
NAMA: MOHAMMAD ADAM BIN MOHD ALI
NO PENDAFTARAN: 03DTP21F1024
SESI: 2021/2022 PROGRAM:
DTP2A TARIKH LAHIR:
28/03/2003 AGAMA: ISLAM
TEMPAT LAHIR: HOSPITAL PULAU
PINANG,PULAU PINANG
NAMA: MUHAMMAD ADHAM BIN ZAINAL
NO PENDAFTARAN: 03DTP21F1044
SESI:2021/2022
PROGRAM: DTP2A TARIKH
LAHIR:7/10/2003 AGAMA:
ISLAM
TEMPAT LAHIR: HOSPITAL
PUTRAJAYA,SELANGOR
NAMA: MUHAMMAD RIDZUAN
BIN MHAMAD YUSOH
NO PENDAFTARAN:
03DTP21F1047
SESI:2021/2022
PROGRAM:
DTP2A TARIKH
LAHIR:11/1/2003
AGAMA: ISLAM
TEMPAT LAHIR: HOSPITAL KUALA
NERANG, KEDAH
PENHARGAAN
Syukur alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran
dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya
dapat kami menyempurnakan tugasan bagi subjek
mpu23052 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
ini dengan jayanya. dengan kesempatan ini, kami amat
berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih
kepada Puan Ruslinawati binti Abdul Ghani, selaku
pensyarah agama kerana meletakkan sepenuh
kepercayaan beliau kepada kami untuk melunaskan
tugasan yang diberikan.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha
membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya
kepada pensyarah kami Puan Ruslinawati binti Abdul
Ghani atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar
sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, kami
juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan yang lain kerana telah banyak
menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi marealisasikan
usaha untuk menyempurnakan tugasan ini dengan
jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah
terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara
langsung mahupun tidak langsung. segala bantuan yang
mereka hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa
bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini
mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Terima Kasih.
PENGENALAN
Sesiapa sahaja pasti tidak akan selesa berada di
persekitaran yang dicemari dengan pelbagai
bahan toksik sehingga menjejaskan kegiatan
harian anda .Persekitaran yang dahulunya
menghijau dengan aliran sungai yang jernih,udara
yang segar,permukaan tanah yang cantik kini
hampir hancur dek kerana perbuatan dan sikap
kita sendiri. Justeru,jangan marahkan alam jika
berlaku kejadian seperti tanah runtuh,sungai
tercemar,banjir lumpur,banjir kilat dan lain2 yang
kesemuanya berpunca daripada perbuatan kita
yang tidak menghiraukan alam sekitar.
Justeru,mulakan langkah dan usaha dari sekarang
dan tidak perlulah menunggu tibanya sesuatu
kempen untuk kembali bersemangat memulihara
alam sekitar.Perubahan iklim tidak berlaku secara
semula jadi,sebaliknya ia berpunca dari perbuatan
manusia. Hutan semula jdi,contohnya,perlu
dipelihara dan ditanam semula,selain tidak
mengetepikan khazanah laut bagi mengurangkan
kemusnahan bumi.
Alam berdasarkan perspektif al-Qur‟an merupakan ciptaan
Allah SWT dan ia dimiliki oleh Allah SWT. Ini berdasarkan
surah al-Hajj ayat 64:
Terjemahan: Segala yang ada di langit dan di bumi
adalah kepunyaan-Nya dan sesungguhnya Allah, Dialah
jua yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
Walaupun manusia mendiami alam ini dan
menggunakan sumber-sumber yang terdapat di bumi
ini, perlulah diingat bahawa segala yang terdapat di
alam ini bukan milik mutlak manusia, tetapi ia dimiliki
oleh pencipta alam ini iaitu Allah SWT. Manusia tidak
boleh sewenang-wenangnya menggunakan sumber-
sumber ini dengan melampaui batas.
Penjagaan alam sekitar juga dititik beratkan dalam
Islam. Ini berdasarkan ayat-ayat al-Qur‟an yang
menyeru manusia untuk menjaga alam sekitar.
Tambahan pula manusia dicipta dengan salah satu
elemen alam iaitu tanah. Walaupun begitu, ayat-ayat
yang terdapat dalam alQur‟an ini tidak menyebut
secara khusus cara-cara untuk menjaga alam sekitar.
Contohnya firman Allah dalam surah Hud, ayat 61:
Terjemahan: Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan
saudara mereka: Nabi Soleh. Dia berkata: “Wahai kaumku!
Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi
kamu selain daripadanya. Dialah yang menjadikan kamu
dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu
memakmurkannya.
Allah telah memberikan manusia itu tanggungjawab untuk
memakmurkan alam ini dengan meramaikan para penduduk
alam ini agar peranan sebagai pemakmur semakin mudah.
Tambahan pula alam ini menawarkan pelbagai manfaat
untuk kegunaan manusia agar memberi kesedaran terhadap
keesaan Allah SWT. Dalam pada itu, Allah
mempermudahkan lagi tugas manusia dengan memberi
peluang untuk bertaubat dan memohon keampunan kepada
Allah SWT sekiranya mereka melakukan kesalahan yang
mengundang kemurkaan-Nya.
Selain itu, al-Qur‟an juga telah banyak menyentuh mengenai
kerosakan dan pencemaran alam yang dikaitkan dengan
perbuatan manusia. Antaranya dalam surah alRum ayat 41:
Terjemahan: Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut kesan
daripada perbuatan manusia, demikian (supaya Allah)
merasakan kepada mereka terhadap (kerosakan) yang mereka
lakukan, semoga mereka kembali bertaubat.
Menurut al-Qurtubi, ulama berbeza pendapat dalam
menafsirkan ayat di atas. Al-Qurtubi memetik pandangan yang
mengatakan kerosakan ini merujuk kepada perbuatan syirik.
Manakala Ibn `Abbas merujuk kerosakan dalam ayat ini
kepada pembunuhan Habil oleh Qabil.
Selain itu terdapat pandangan bahawa kerosakan ini merujuk
kepada kemarau dan hilangnya keberkatan di samping
melakukan maksiat, merompak dan zalim. Begitu juga
pendapat yang dilontarkan oleh `Atiyyah yang merujuk
kerosakan kepada kurangnya pendapatan hasil laut kerana
wujudnya bencana. Rumusannya kerosakan-kerosakan ini
membabitkan kerosakan rohani seperti melakukan syirik dan
zalim manakala kurangnya hasil laut disebabkan bencana
seperti wujudnya pencemaran dan sebagainya merujuk kepada
kerosakan fizikal.
Ayat 41 di atas jelas membuktikan kerosakan yang berlaku di
darat dan di laut terhasil daripada perbuatan manusia itu sendiri.
Ini secara tidak langsung menunjukkan walaupun tamadun
manusia melebihi makhluk-makhluk ciptaan Allah yang lain, tetapi
kerosakan di dunia ini terjadi disebabkan oleh kelompok manusia
sendiri melalui pemerasan khazanah alam yang melampau.
Seterusnya menurut Ibn Kathir lagi, walaupun golongan manusia
ini terdorong ke arah kezaliman dan kerosakan namun terdapat
kemaslahatan yang lebih besar lagi daripada kerosakan dan
kezaliman yang dilakukan. Ini kerana, dalam kejahilan umat
manusia ini, Allah telah menempatkan golongan para Nabi dan
Rasul, siddiqin, shuhada’, mukminin, para wali dan ulama untuk
menjadi pembimbing kepada manusia dalam mentadbir dan
menguruskan alam ini seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT.
Melalui golongan inilah keistimewaan diberikan kepada umat
manusia untuk berperanan sebagai khalifah.
Ayat al-Qur’an di atas jelas membuktikan peranan manusia yang
diberi amanah oleh Allah SWT sebagai khalifah di bumi. Ini
termasuklah dalam melaksanakan amanah untuk memelihara
alam sekitar yang menjadi salah satu elemen yang penting dalam
memberi kehidupan dan memelihara tamadun manusia itu
sendiri.
Berdasarkan huraian di atas, dapat dirumuskan bahawa manusia
tidak dicipta sia-sia tetapi mempunyai tanggungjawab yang besar
selaku hamba Allah SWT yang taat seterusnya mentadbir alam
ini dengan baik.
TUJUAN
ALAM sekitar adalah antara amanah kepada
umat manusia yang berperanan sebagai khalifah
di atas muka bumi ini.Daripada kepelbagaian
manfaat yang terhasil menerusi penjagaan dan
pemuliharaan alam sekitar dengan baik, pelbagai
nikmat yang boleh diperoleh manusia. Justeru,
alam sekitar seharusnya dijaga sebaik mungkin
kerana alam dan manusia saling bergantungan. Di
Malaysia, terdapat pelbagai kes yang
membabitkan pencemaran alam sekitar
dilaporkan. Antaranya, pencemaran udara di Pasir
Gudang, Johor yang wajar dijadikan iktibar. Ia
dipercayai berpunca daripada pembuangan sisa
toksik yang ditanam di dalam tanah oleh mereka
yang tidak bertanggungjawab. Menurut pensyarah
Kejuruteraan Kimia, Jabatan Kejuruteraan Kimia,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof
Datuk Ir Dr Wan Ramli Wan Daud, tindakan
menanam sisa toksik dalam tanah boleh
mengakibatkan pencemaran udara.
.
Selain itu, saliran air bawah tanah di daerah itu
berkemungkinan sudah tepu dengan sisa toksik
yang meruap sebelum meresap melalui tanah
naik ke permukaan sehingga membentuk gas
toksik. Menurutnya, pelupusan bahan kimia di
Sungai Kim Kim bukan satu-satunya sumber gas
beracun kerana ia masih berada di sana selepas
kawasan berkenaan dibersihkan. Apa yang kita
lihat, kesan pencemaran terbabit memberikan
berbagai implikasi negatif antaranya kesihatan
penduduk terutama kanak-kanak, proses
pembelajaran yang terganggu akibat penutupan
sekolah dan sosio ekonomi masyarakat setempat
yang terjejas. Dalam al- Qur’an, Allah SWT
mengkhabarkan bahawa kerosakan yang berlaku
di atas muka bumi ini antaranya alam sekitar
adalah kesan daripada sifat rakus manusia itu
sendiri.
Firman Allah dalam Surah Ar-Rum Ayat Ke-
41 yang bermaksud: “Telah timbul berbagai
kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut
dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan
manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah
hendak merasakan mereka sebahagian daripada
balasan atas perbuatan buruk yang mereka
lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan
bertaubat)”. Sepatutnya, alam semula jadi yang
indah ini dipulihara dengan sebaik mungkin
supaya krisis bencana alam yang berlaku sebelum
ini tidak lagi berulang.
PERANAN
Pada hari ini pencemaran alam sekitar berlaku di mana-mana
dan ia merupakan satu perkara yang besar bukan sahaja di
negara kita, malah turut juga dihadapi oleh negara-negara
membangun yang lain. Mengapakah keadaan sedemikian
berlaku?
Pencemaran yang berlaku secara berleluasa di negara kita
adalah disebabkan oleh pelbagai unsur. Mengikut hasil
kajian yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, sebanyak 91%
kejadian pencemaran terutamanya pencemaran sungai yang
berlaku di negara kita adalah disebabkan oleh najis, sama
ada najis haiwan mahupun najis manusia.
Antara unsur lain berlakunya pencemaran termasuklah
disebabkan oleh bahan kumbahan dan baja yang digunakan
untuk tujuan pertanian terutamanya yang mengandungi
galian seperti nitrat dan fosfat. Pencemaran juga berlaku
adalah disebabkan oleh penghasilan kelodak dan bahan-
bahan lain berbentuk pepejal seperti tanah, bahan buangan
daripada kawasan pembinaan serta kawasan perbandaran
dan juga disebabkan oleh hakisan tebing sungai apabila
berlakunya hujan lebat.
Di samping itu, bahan buangan daripada kilang-kilang,
pembasmian hutan dan pembangunan industri juga menjadi
punca berlakunya pencemaran terhadap alam sekitar kita.
Mungkin ada antara kita yang sedia maklum bahawa
kebanyakan bahan pencemar selalunya cepat tersebar dan
boleh meliputi kawasan yang luas dalam jangka masa yang
singkat sahaja. Pencemaran seperti ini boleh juga disifatkan
sebagai pencemaran jangka pendek. Manakala, bagi
pencemaran jangka panjang pula, ia memerlukan perhatian
yang khusus walaupun ianya masih lagi pada tahap yang
rendah di negara kita, kerana ia boleh memberi kesan yang
besar kepada seluruh ekosistem melalui rantaian hidupan.
.
Cara Mengatasi Kesan Pencemaran
Udara
Pelbagai usaha untuk menangani isu-isu alam sekitar telah
dilakukan sama ada oleh kerajaan, pihak swasta dan
masyarakat sendiri melalui cara perundangan dan bukan
perundangan namun hasilnya tetap tidak memuaskan.
Keadaan ini disebabkan oleh pelbagai kelemahan dan
kekangan dalam melaksanakan langkah-langkah tersebut.
1. Menghijaukan Kawasan
Penanaman pokok seperti pokok buah buahan di persekitaran
taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan
suhu. Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara
dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen
melalui proses fotosintesisnya
.2. Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum
Dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan
asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah
jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat
mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema
daripada berlarutan.
3. Program Kitar Semula
Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang
dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi
dengan menggalakkan mereka menjual barang barang yang
boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Di antara
barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah
lama, kertas terpakai dan kotak kertas.Barang-barang ini boleh
diproses semula untuk menghasilkan kertas baru
4. Kempen
Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan
radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara.
Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu
agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan
datang
5. Tindakan Undang-Undang
Salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi
pencemaran alam ialah pihak berwajib menghukum individu
atau organisasi yang telah didapati bersalah membuat
pencemaran alam sekitar. Pihak berwajib seperti Kementerian
Sains, Teknologi dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan
undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihak-
pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah
setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan alam.
6. Memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar
Selain itu pihak sekolah hendaklah memperkenalkan
pendidikan alam sekitar kepada murid-murid sekolah.
Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang
menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu
kurikulum yang khusus perlu digubal agar pendedahan yang
sistematik dapatd ilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan
dalam mata-mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata
pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan
kesedaran secara lebih berkesan
Pencemaran tanah dan air bawah tanah
misalnya tidak boleh tersebar dalam jangka
masa yang cepat. Namun demikian ia boleh
memberi kesan yang besar kepada hidupan
terutamanya jenis haiwan yang menghuni
sesuatu ekosistem. Sebagai contoh, aliran
kehidupan biasa dalam kitar pembiakan
haiwan seperti spesies katak sudah tergangu,
puncanya adalah merujuk kepada pencemaran
dan keracunan yang berlaku disebabkan oleh
pencemaran jangka panjang, dan sebahagian
saintis khuatir sekiranya keadaan tersebut
berterusan, ia akhirnya akan turut memberi
kesan kepada manusia.
Sebagai individu, apakah yang patut kita
lakukan untuk mengatasi malasah
pencemaran alam sekitar kita pada hari ini?
Sebenarnya kuasa untuk menyelamatkan alam
sekitar kita adalah terletak di tangan kita
sendiri. ‘tBidilaak-’bkileapamdaaspaemsbaahsamjaiankhituatanbodleahn
katakan
juga persekitaran yang kotor. Sebagai contoh,
kita mempunyai kuasa untuk mendesak para
‘pmeemsaraju adlaanm’ penjaja supaya mereka lebih
mereka dalam menjalankan kerja
KESAN
1. Kesan kepada kesihatan manusia
Kesan utama kepada manusia adalah system
pernafasan.Gas-gas seperti karbon monoksida akan
meracuni system pengangkutan oksigen dalam darah dan
melambatkan tindak balas manusia.Kesan seterusnya
akan menyebabkan seseoran itu mengantuk,mempunyai
penyakit lelah dan mengurangkan funsi paru-paru.
2. Kesan kepada tumbuhan
Mengalami kerosakan nekrosis-keguguran daun),klorosis-
pertukaran warna),dan pertumbuhan terbantut.Kesan ini
juga akan menyebabkan sebahagian daripada penduduk
bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi yang
akhirnya menganggu kehidupan seharian.Selain itu,kesan
itu akan menganggu keseimbangan ekosistem.
3. Kesan kepada haiwan
Haiwan akan terancam atau mati akibat daripada
pencemaran udara.Perkara ini disebabkan oleh udara
yang memasuki paru-paru haiwan.Selain itu,makanan
daripada sumber tumbuhan akan tercemar oleh
pencemaran udara.
4.Kesan kepada bahan
Bermaksud kerosakan berlaku akibat daripada
pencemaran udara seperti kekotoran padaa
pakaian,pencemaran pada permukaan dinding bangunan
dan sebagainya.Perkara ini berlaku akibat daripada
pengenapan asap atau zarah halus.Hakisan logam juga
merupakan kesan daripada pencemaraan udara akibat
kehadiran sulphur dioksida di daalam udara.
5.Penipisan lapisan ozon
Pencemaran udara akan menyebabkan berlakunya
pemanasan global akibat daripada penyusutan lapisan
ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus
caahaya matahari.Pendedahan secara terus kepada
cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit.Di
samping itu,pancaranmaatahari terikjuga akan
menyebabkanberlakunya pencairannais di bahagian
kutub bumi.Pada masa kini,ekosistem di dunia
mengalami ketidakseimbangan.
6.Hujan asid
Ianya berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur
dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan
seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik.Asid ini
akan terkumpul di dalam awam dan bergerak ke tempat-
tempat lain.Asid tersebut akan turun bersama-sama
dengan hujan dan menimpa kehidupan yang terdapat di
dunia.Kesannya,ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga
kehidupan air.Tambahan pula,ia juga boleh menghakis
pakaian,kertas dan bahan binaan bangunan.Selain itu,asid
tersebut juga meresap ke dalam tanah dn menyebabkan
kualiti tanah berkurang serta tidak subur.
7.Kesan Rumah Hijau Dan Pemanasan Global
Kesan yang paling ketara dan sedang hangat
diperbincangkan di seluruh negara pada masa kini adalah
tentang kesan pemanasan global yang disebabkan oleh
kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan
lapisan ozon juga menjadi punca kepada pemanasan
global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan
suhu bumi adalah disebabkan oleh pembebasan gas-gas
karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara.Gas
karbon dioksida yang terlalu banyak telah menyebabkan
haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi
meningkat dan persekitarannya menjadi panas.
Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian
pemanasan global ini. Kesannya adalah permukaan bumi
akan menjadi panas, ekosistem terganggu,banjir berlaku
secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang
tidak normal.
8. Atmosfera
Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh
pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak
penglihatan akibat jerebu.
PANDANGAN TOKOH/ULAMA ISLAM TERHADAP
ISU
Terjemahan surah al-A„raf ayat 74.: Dan kenanglah ketika Allah
menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum „Ad, dan di
tempatkannya kamu di bumi, (dengan diberi kemudahan) untuk
kamu mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata, dan kamu
memahat gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah. Maka
kenangkanlah nikmatnikmat Allah itu dan janganlah kamu
bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi.
Berkaitan ayat ini, Tafsir al-Maraghi menafsirkan bahawa kaum
Thamud telah dikurniakan oleh Allah dengan peradaban yang tinggi
dan kemakmuran masyarakat. Allah telah mengurniakan kaum ini
ilham dan kepakaran melalui bidang pertukangan khususnya dalam
pembinaan rumah yang dijadikan tempat tinggal mereka.
Oleh itu Allah telah menyeru agar mereka mengingati nikmat Allah
SWT melalui rasa syukur kepada-Nya. Sifat syukur ini boleh
diterjemahkan dengan menyembah Allah semata-mata dan tidak
menggunakan nikmat-nikmat yang diberikan dengan sikap kufur dan
ingkar. Ini termasuklah melakukan perkara-perkara yang tidak
diredai Allah khususnya dengan melakukan kerosakan ke atas muka
bumi ini
Pengajaran yang boleh diambil daripada kisah ini untuk
dijadikan panduan dalam penjagaan alam sekitar ialah
seseorang itu harus menghayati nikmat-nikmat yang diberikan
oleh Allah SWT. Contohnya nikmat gunung-ganang yang
menjadi pasak kepada bumi agar tidak berlaku bencana alam
contohnya seperti tanah runtuh. Gunung-ganang ini
seharusnya dijaga sebaik-baiknya dan bukannya diteroka
secara melampau untuk kegunaan manusia. Oleh itu,
pembangunan di tepi cerun atau lereng bukit haruslah
dielakkan agar kejadian tanah runtuh ini tidak lagi berlaku.
Namun begitu, berdasarkan huraian di atas, jelas
menunjukkan antara penyebab utama kejadian ini berlaku
adalah kerana sifat manusia itu sendiri yang berpaksikan
kepada keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira
peranan yang diletakkan oleh Allah kepada kewujudan
gunung-ganang dan bukit bukau itu sendiri.
Tambahan dalam al-Qur‟an sendiri Allah telah menjelaskan
tentang fungsi gunung-ganang dalam mewujudkan
kestabilan alam ini. Ini berdasarkan ayat 31 dalam surah
al-Anbiya‟.
Terjemahan: Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-
ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak
menggegar mereka dan Kami jadikan padanya celah-
celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka
dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan
jasmani
Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa kepentingan
gunung-ganang dalam mewujudkan kestabilan alam ini.
Bukan sahaja gunung ganang malah bukit bukau juga
berperanan untuk menjadi pasak kepada bumi ini. Jadi
seharusnya manusia yang telah diberikan akal fikiran
mampu untuk berfikir secara waras dalam menjaga
alam ini dan perlu meneliti dan berpandangan jauh
sebelum melakukan sesuatu perkara sesuai dengan
kelebihan akal yang dikurniakan
Kelestarian alam sekitar ada disebut dalam al-
quran antaranya seperti yang boleh dibaca dalam
surah hud ayat ke-61, sekali gus membuktikan
islam menitikberatkan mengenainya.
Justeru, ia seharusnya diamalkan umat islam
b‘faesrmadu’ladadleanmgkaanmmusenkyeihnigdkuiprkaannbpaegrikataan
memastikan kelestarian alam terus dinikmati
generasi akan datang.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri DR
Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata fasad bererti
perbuatan manusia mencemari, merosakkan dan
melumpuhkan alam sekitar hingga sistem sedia
ada musnah.
q“Puerarknastaeapnerftai sfiarmd aandaaldlaishesbwuttk: a“dnadna(lainmgaatll-ah)
ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat:
sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang
khalifah di bumi.
Mereka bertanya: adakah engkau (ya tuhan kami)
hendak menjadikan di
bumi itu orang yang akan membuat bencana dan
menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan),
padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-
mu dan mensucikan-mu? Tuhan berfirman:
sesungguhnya aku mengetahui akan apa yang
kamu tidak mengetahuinya.” (al-baqarah: 30)
“fasad ini disebut lagi dalam firman allah
swt: “telah timbul berbagai kerosakan dan
bala bencana di darat dan di laut dengan
sebab apa yang dilakukan tangan
manusia; kerana Allah hendak merasakan
mereka sebahagian balasan perbuatan
buruk yang mereka lakukan, supaya
mereka kembali.” (ar-rum: 41),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika
menyampaikan ucaptama peranan
agama memperoleh kelestarian ekologi
dalam negara islam pada seminar
antarabangsa mengenai islam dan
kelestarian ekologi 2019 anjuran institut
pengajian islam lanjutan antarabangsa
(IAIS).
Zulkifli berkata, situasi hari ini sangat
menyedihkan misalnya sumber air bagaikan
tidak lagi dilihat penting sedangkan hal
sedemikian tidak terjadi antara 40 hingga 50
tahun lalu hingga air sungai boleh diminum
terus daripada sumbernya.
“hari ini, saya yakin tidak ramai berani minum air
sungai atau air belum diproses bimbang akan
ymaantgi ykaitnaglakkeuroksaank,”aknaittaunaydaa. lah kerana kesilapan
Sambil mengambil tragedi pencemaran sisa
kimia di sungai kim kim, pasir gudang, sebagai
contoh, zulkifli berkata, akibat kerakusan
manusia, negara terpaksa mengeluarkan kos
sangat tinggi untuk merawatnya, sedangkan
kos memulihara mungkin tidak begitu tinggi.
“Kalimah fasad patut dihapuskan daripada
manusia dan kita perlu memiliki kesedaran
supaya tidak melakukannya kerana ia akan
mempercepatkan lagi kerosakan alam.
“Rasulullah SAW sejak awal lagi sudah
mengingatkan manusia mengenai kelestarian
dan penjagaan alam sekitar yang sekiranya kita
mengamalkannya insya-allah kita berjaya,”
katanya.
Tambah zulkifli, rasulullah saw juga bersabda:
jika terjadi hari kiamat sementara di tangan
salah seorang daripada kamu ada sebiji benih
tanaman, maka jika dia mampu sebelum terjadi
hari kiamat untuk menanamnya maka
tanamlah. (hr ahmad dan bukhari)
Hadis itu katanya, menjelaskan Rasulullah
SAW menekankan kepentingan menanam
pokok.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, alam sekitar
merupakan ciptaan dan kurniaan Allah
S.W.T dan ia merupakan kepentingan setiap
manusia untuk menjaga dan memelihara
alam tersebut dengan baik. Al-Quran dan
sunnah memberikan penekanan yang serius
mengenai penjagaan alam sekitar di mana
kedua dua sumber perundangan ini menyeru
manusia untuk mengekalkan
pemeliharaannya sebagai kurniaan atau
nikmat tuhan yang amat agung. Allah
melarang pencemaran di samping
menggesa mereka iaitu manusia untuk
memanfaatkan khazanah alam di mana
usaha murni ini di sanjung mulia di dalam
agama islam bahkan di anggap sebagai
ibadat yang agung di sisi Allah S.W.T kerana
islam amat menitikberatkan kebersihan tidak
hanya kebersihan diri tetapi kebersihan alam
sekitar juga perlu dijaga.
Alam sekitar merupakan kurniaan dan amanah kepada
umat manusia agar dipelihara supaya keseimbangan
terjaga. Al-Qur‟an sebagai sumber rujukan mutlak kepada
manusia telah menggariskan langkah-langkah melalui
ayat-ayatnya untuk membimbing seseorang itu
memelihara alam ini dari berlakunya kerosakan dan
kemusnahan.
Berdasarkan ayat 37 dalam surah al-Isra‟, langkah
pertama untuk menjaga alam sekitar seseorang itu tidak
boleh mempunyai sifat sombong dan bongkak. Ini boleh
diluaskan kepada larangan sifat-sifat madhmumah yang
lain dalam konteks interaksi manusia dengan alam
sekitar.
Seterusnya, berdasarkan ayat 74 surah al-A„raf, langkah
yang kedua ialah menerapkan konsep bersyukur
dengannikmat yang Allah kurniakan melalui alam ini. Ini
dapat diluaskan kepada gesaan-gesaan dalam
menerapkan sifatsifat mahmudah dalam interaksi
manusia dengan alam sekitar
Kemudiannya, berdasarkan ayat 37 dalam surah al-
Baqarah, langkah yang terakhir merujuk kepada gesaan
berkongsi nikmat alam ini sesama manusia dan
larangan mengambil hak orang lain. Namun, segala
usaha untuk memelihara dan melestarikan alam sekitar
ini, bertitik tolak daripada sifat mahmudah dalam diri
seseorang itu antaranya sifat syukur, tidak sombong dan
tidak lupa diri dengan kurniaan Allah SWT. Jadi, sebagai
sebuah negara yang mempunyai ramai penduduk yang
beragama Islam dan berpandukan kepada al-Qur‟an
sebagai sumber rujukan dalam kehidupan, Malaysia
seharusnya mampu menangani isu-isu alam sekitar dan
dapat mengurangkan kemusnahan alam ini dengan
lebih berkesan
Di samping perlunya penekanan kepada pembaikan
sahsiah dan nilai-nilai kerohanian, penekanan kepada
aspek fizikal juga perlu diambil kira seperti
mengurangkan pencemaran melalui pelaksanaan kitar
semula bahan terbuang, penguatkuasaan undang-
undang yang lebih ketat kepada pemain industri yang
mencemarkan alam dan juga menaikkan kadar
kompaun kepada pesalah alam sekitar.
RUJUKAN
1. Mohd Azli Adnan et.al. 2015. Sains Teknologi dan
Kejuruteraan dalam Islam. Putrajaya: Pengajian
PoliteknikMohd Azli Adnan et.al. 2021. Sains Teknologi
dan Kejuruteraan dalam Islam. Shah Alam: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.Amir Fariz Cheman et.al. 2021. Sains Teknologi
dan Kejuruteraan dalam Islam. Ipoh: Politeknik Ungku
Omar
2. HTTPS://HARAKAHDAILY.NET/INDEX.PHP/2019/08/13/I
SLAM-DAN-ISU-PENCEMARAN-ALAM-SEKITAR/
3. HTTPS://WWW.GOOGLE.COM/URL?SA=T&SOURCE=WE
B&RCT=J&URL=HTTPS://EJOURNAL.UM.EDU.MY/INDE
X.PHP/AFKAR/ARTICLE/DOWNLOAD/5444/3222/12291
&VED=2AHUKEWIZRVKW6JR4AHVKIMMGHRHTBJ4Q
FNOECCGQAQ&USG=AOVVAW0T9NHVRP1ZRMF-
DC9RIPDL
4. HTTPS://WWW.IKIM.GOV.MY/NEW-
WP/INDEX.PHP/2008/06/17/PERANAN-MASYARAKAT-
DALAM-MENYELAMATKAN-ALAM-SEKITAR/
4. HTTPS://WWW.HMETRO.COM.MY/ADDIN/2020/01/5355
89/KEROSAKAN-DI-MUKA-BUMI-HASIL-KERAKUSAN-
MANUSIA
5. HTTPS://WWW.PERMOHONAN.MY/PENCEMARAN-
ALAM-SEKITAR/
6. HTTPS://WWW.BHARIAN.COM.MY/RENCANA/AGAMA/2
019/12/638084/PERBUATAN-FASAD-ROSAKKAN-
ALAM-SEKITAR
LAMPIRAN