PROFAIL SYARIKAT PAK LEE KATERING
PENGENALAN SYARIKAT PAK LEE KATERING
PENGENALAN SYARIKAT Pak Lee Katering merupakan syarikat milik penuh bumiputera yang menjalankan perkhidmatan katering dan telah beroperasi sejak tahun 2008. Pelanggan utama syarikat ini terdiri daripada sektor swasta, korporat dan juga badan-badan kerajaan. Di dalam menuju era baru, syarikat ini telahpun melengkapkan ciri-ciri sebagai sebuah syarikat perkhidmatan katering yang terkini dan terbaik untuk para pelanggan disamping harga yang berpatutan. Syarikat kami, telah berupaya menjalankan perkhidmatan katering untuk segala jenis majlis seperti Seminar, Majlis Perasmian, Majlis Perkahwinan dan keraian. Antara pilihan menu yang kami sajikan terdiri daripada masakan Melayu. Pihak kami sedia menerima tempahan dari majlis yang kecil, sederhana dan besar bilangan pelanggannya. Objektif utama syarikat kami adalah berteraskan satu konsep dimana pelanggan adalah merupakan keutamaan kami, di samping menjaga mutu makanan dan perkhidmatan kami.
LATAR BELAKANG PENUBUHAN SYARIKAT Pak Lee Katering telah bermula pada tahun 2000 selepas kematian ayah, keluarga hilang punca pendapatan. Bermulalah ibu membuat makanan untuk menjual, seperti nasi lemak. Disamping itu ibu mengambil upah memasak untuk kenduri kahwin dan majlis-majlis kecilan. Semakin hari ada peningkatan yang sangat baik (alhamdulillah). Bermulalah kami mengambil serius untuk mengembangkan catering sendiri, dengan membuat pendaftaran syarikat dan membuka akaun syarikat. Bebekalkan modal hanya Rm 500.00 pada masa itu. Nama asal catering adalah FS KATERING, selepas 10 tahun syarikat membuat penjenamaan semula untuk memberi nafas baru dengan menggunakan nama PAK LEE KATERING. Selepas penjenamaan semula syarikat berkembang dengan maju. Kini Pak Lee Katering berhasrat mengembangkan syarikat ke peringkat angarabangsa dan makanan berada dalam pesawat penerbangan (inshaallah)
VISI SYARIKAT Mengembangakan lagi perniagaan ke peringkat Antarabangsa dan dapat berada di syarikat penerbangan. MISI SYARIKAT -Memastikan kepuasan pelanggan secara berterusan selaras dengan perkhidmatan yang ditawarkan -Komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik dari segi penyediaan makanan dan perkhidmatan pelanggan setara dengan bayaran yang dibuat
MAKLUMAT PENDAFTARAN SYARIKAT NAMA SYARIKAT: FADZWA SURIA ENTERPRISE NO PENDAFTARAN: PG0303743-W ALAMAT: F5 PARIT TOK NGAH BAWAH, 34250 TANJUNG PIANDANG, PERAK NO. TELEFON: 019-4261624 / 019-6343622 ALAMAT E-MAIL: [email protected] NAMA PEMILIK: MUHAMMAD FADZLI BIN AZMI DAN SITI SALWA BT ZOHDI
CARTA ORGANISANI PENASIHAT SALBIAH BT SAPIE PENGURUS SITI SALWA BT ZOHDI PENGURUS PEMASARAN MUHAMMAD FADZLI BIN AZMI KETUA TUKANG MASAK SITI SALWA BT ZOHDI OPERASI 1 HARIZAN BIN ARIFF PEMBANTU TUKANG MASAK NOOR FADZLINA BT AZMI PENGURUS PEMASARAN 2 MUHAMMAD FARID BIN AZMI OPERASI 2 MOHD SAHIR BIN YAHAYA OPERASI 3 MOHD FIKRI BIN YUSOF PEMBANTU TUKANG MASAK NOOR RABIATUL ADAWIAH BT AZMI PENGURUS KEWANGAN NOOR HIDATUL AQMAR BT AZMI
JENIS PERNIAGAAN KATERING, PENYEDIAAN MAKANAN BERMASAK ISLAM, BASAH DAN KERING
PENDAFTARAN SYARIKAT
GAMBAR