The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kod dan Nama Kursus: BMMB1104 Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR ALEEYA SAFIYYAH BINTI NASRUL MUHAIMIN IPG-Pelajar, 2024-01-12 20:12:10

Koleksi Cerita Rakyat Malaysia

Kod dan Nama Kursus: BMMB1104 Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

RAKYAT KOLEKSI CERITA MALAYSIA Kursus: Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Kod Kursus: BMMB1104 Nama Pensyarah: Siti Salamah binti Mohamad Yusof Oleh: Nur Aleeya Safiyyah binti Nasrul Muhaimin


ANJING DENGAN BAYANG-BAYANGNYA ANJING DENGAN BAYANG-BAYANGNYA Suatu hari, seorang peniaga daging sedang sibuk melayan pelanggannya. Kemudian, datang seekor anjing liar yang segera melompat menghampiri bangku penjual daging itu lalu menyambar sepotong daging. Setelah itu, ia segera melarikan diri. “Eh, anjing yang jahat! Berani kamu mencuri daging aku!” Jerit peniaga daging dengan marah sambil mengejar anjing liar dengan pisau pemotong dagingnya. Namun, anjing liar itu berlari terlalu pantas dan penjual daging itu tidak dapat mengejarnya. Anjing liar itu berlari sekuat hatinya sehinggalah ia tiba di sebatang sungai. Setelah pasti keselamatannya terjamin, ia berhenti dengan termengah-mengah.


Anjing melalui sebuah titi untuk menyeberang sungai. Ketika ia menjenguk ke dalam sungai, ia berasa sungguh terkejut apabila melihat seekor anjing lain sedang menggonggong sepotong daging yang lebih besar. Ia tidak tahu bahawa itu adalah bayang-bayangnya sendiri. “Aku mesti mendapatkan dagingnya itu,” fikir anjing liar itu. Tanpa berfikir panjang, ia pun menyalak kepada anjing yang dilihatnya di dalam sungai itu. Namun malang baginya, sebaik sahaja ia membuka mulutnya, daging yang sedang digonggong itu terjatuh ke dalam sungai. “Ah, bodohnya aku! Aku sepatutnya bersyukur dengan makanan yang aku ada. Bersikap tamak hanyalah merugikan diri sendiri,” rungut si anjing liar itu. Akhirnya, anjing liar terpaksa pulang dalam kelaparan.


RAJA BERSIONG Negeri Kedah diperintah oleh Raja Bersiong. Baginda mempunyai rupa yang garang dan sangat ditakuti rakyatnya. Setiap kemahuan Raja Bersiong mesti dipenuhi. Tiada sesiapa pun yang berani membantah kemahuan Raja Bersiong. “Cepat masakkan beta makanan,” titah Raja Bersiong yang kelaparan kepada tukang masak. Tukang masak pun memasak sayur dengan cepat. Tiba-tiba dia terhiris jarinya. Darah tukang masak menitis ke dalam sayur bayam. “Beta tidak pernah makan sayur bayam seenak ini,” titah Raja Bersiong. Baginda pun memanggil dan bertanya kepada tukang masak mengapa sayur itu sangat sedap. Tukang masak sangat takut. Dia menceritakan kejadian yang berlaku kepada Raja Bersiong. “Sayur bayam tuanku bercampur dengan darah patik,” kata tukang masak.


Sejak hari itu, Raja Bersiong sanggup membunuh rakyatnya untuk memenuhi seleranya. Gigi taring Raja Bersiong bertambah panjang. Baginda menjadi semakin zalim. Pada suatu hari, pembesar-pembesar istana bersidang. Pembesar-pembesar tidak mahu rakyat hidup dalam ketakutan lagi. Pembesar-pembesar mengarahkan rakyat menyerang istana. “Rakyat beta sudah memberontak, lebih baik beta melarikan diri sebelum dibunuh,” kata Raja Bersiong. Raja Bersiong tidak berani pulang ke istana. Sejak itu, negeri Kedah aman damai. Rakyat hidup dengan gembira.


BATU BELAH BATU BERTANGKUP BATU BELAH BATU BERTANGKUP Terdapat sebuah keluarga yang tinggal di hujung kampung. Mereka ialah Mak Tanjung serta anak-anaknya, Melur dan Pekan. Mak Tanjung teringin makan telur ikan tembakul. Dia pergi menyauk ikan tembakul di sungai. Mak Tanjung dapat menangkap seekor ikan tembakul. “Telur ikan tembakul amat sedap. Aku tidak sabar makan telurnya,” kata Mak Tanjung. Dia pun membawa ikan tembakul itu pulang ke rumah. Mak Tanjung meminta Melur memasak gulai ikan manakala telurnya pula digoreng. Kemudian, Mak Tanjung ke hutan untuk mencari kayu api. Bau gulai ikan tembakul menyebabkan Pekan berasa lapar. Pekan berjumpa kakaknya. Dia mengadu yang dia berasa lapar.


Pekan menjerit-jerit mahu makan kerana lapar. Melur berasa kasihan melihat Pekan yang kelaparan. Akhirnya dia mengalah. Pekan makan semua telur ikan tembakul. Melur berasa sangat terkejut. Melur tidak tahu bagaimana hendak memberitahu perkara itu kepada emaknya. Tidak lama kemudian, Mak Tanjung balik ke rumah. “Sampai hati kamu berdua buat emak begini,” rungut Mak Tanjung. Air mata Mak Tanjung mengalir tidak berhentihenti. Mak Tanjung berlari ke arah batu belah batu bertangkup. Batu itu berpuaka. “Emak, jangan tinggalkan kami,” jerit Melur dan Pekan sambil mengejar emak mereka.


“Wahai batu, telanlah aku. Aku tidak dapat makan telur ikan tembakul,” kata Mak Tanjung. Batu itu pun menelan Mak Tanjung. Melur dan Pekan menyesal kerana tidak mendengar pesan emak mereka.


SI TANGGANG Si Tanggang tinggal bersama-sama ibunya di sebuah pulau. Mereka hidup miskin. Si Tanggang berasa kasihan akan ibunya. Dia ingin mencari kerja untuk membantu ibunya. Pada suatu hari, Si Tanggang terjumpa seorang kelasi kapal yang sedang berehat di tepi pantai itu. Kelasi kapal itu mengajaknya bekerja bersama. Nakhoda dan kelasi kapal menjaga Si Tanggang dengan baik. Si Tanggang menjadi anak angkat nakhoda tersebut. Si Tanggang amat gembira. Beberapa tahun kemudian, nakhoda menyerahkan kapal kepada Si Tanggang. Kini, Si Tanggang menjadi seorang nakhoda yang berani. Dia sentiasa melawan lanun-lanun yang ingin menahan kapalnya. Lanun-lanun tidak berani lagi menahan kapal Si Tanggang. Si Tanggang juga seorang ahli perniagaan yang bijak. Dia menjadi kaya raya. Si Tanggang berkahwin dengan seorang puteri. Dia sudah melupakan ibunya. Si Tanggang sering membawa isterinya belayar.


Pada suatu hari, ribut berlaku. Kelasi-kelasi kapal berusaha untuk menyelamatkan kapal daripada karam. Ribut membawa kapal Si Tanggang ke kampung asalnya. Penduduk kampung ternampak Si Tanggang. Mereka memberitahu ibunya tentang kepulangan Si Tanggang. “Aku tidak sabar untuk bertemu anakku,” kata ibu Si Tanggang. Si ibu menaiki sampan untuk ke kapal Si Tanggang. Si Tanggang berasa sangat malu melihat keadaan ibunya yang miskin itu. Dia tidak mengakui itu ibunya. “Kamu turun dari kapal ini,” tengking Si Tanggang. “Sampai hati kamu membuat ibu begini,” kata ibu Si Tanggang sambil menangis. Ibu Si Tanggang pun berdoa kepada tuhan. Tiba-tiba kilat memancar di langit, sedikit demi sedikit tubuh Si Tanggang bertukar menjadi batu. Si Tanggang anak derhaka tenggelam bersama-sama kapalnya.


IKAN SEMBILANG Terdapat sebuah tasik di pinggir kampung. Di dalam tasik itu ada banyak ikan. Namun begitu tiada sesiapa pun yang berani menangkap ikan di tasik itu. Dikatakan sesiapa sahaja yang cuba menangkap ikan di situ akan ditimpa bencana. Suri baru berpindah ke kampung itu. “Mustahil menangkap ikan boleh membawa bencana kepada aku,” kata Suri. Ketika bulan mengembang, Suri pergi ke tasik itu. Dia membawa serawan jala dan beras sebagai umpan. Suri menabur beras ke dalam tasik. Ikan di dalam bilik itu berebut-rebut untuk makan beras. Setelah berjaya menangkap sembilan ekor ikan, Suri pun pulang. Dia pun menyiang ikan-ikan itu. Kemudian, dia memasak ke semua ikan-ikan itu sebelum dimakan.


Keesokan paginya, Suri berasa sakit perut. Dia menjerit meminta tolong. Jiran-jirannya datang untuk membantu. Namun tiada siapa dapat menolongnya. Tiba-tiba terdengar suara dari mulut Suri. Kamu telah makan sembilan ekor ikan. Sekarang, sebagai balasan kamu disumpah menjadi ikan sembilang. Inilah balasan kepada orang yang degil dan suka bertindak sesuka hati.


KASIH SEKIAN TERIMA


Click to View FlipBook Version