The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL KPTI SEM2: FIQH MUAMALAT MUQARRAN
oleh: Hj Man

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hj.Rahman Isnin, 2020-03-23 07:24:07

SEM2: FIQH MUAMALAT MUQARRAN

MODUL KPTI SEM2: FIQH MUAMALAT MUQARRAN
oleh: Hj Man

Nota Bacaan Modul:
FIQH MUAMALAT MUQARRAN

OLEH:

ABD RAHMAN BIN ISNIN

680924015109

(NO.MATRIK: )

SEMESTER 2:
FIQH MUAMALAT MUQARRAN

(WJ017)

KANDUNGAN

1. Definisi jual beli................................................................................................................... 6
2. Hukum Bai’ dan dalilnya.................................................................................................... 7

3. Rukun jual beli .................................................................................................................... 8

4. Pembahasan tentang Khiyar (Hak pilih) ......................................................................... 9

4.1. Khiyar Syarat....................................................................................................................... 9

4.2. Khiyar ‘Aib (cacat) .............................................................................................................. 9

4.2.1. Cacat yang boleh mengembalikan barang yang dijual................................. 9
4.2.2. Syarat pengembalian barang yang dijual (mabi’) kerana cacat .................. 9
4.2.3. Apabila pada mabi’ terdapat ‘aib...................................................................... 9
4.3. Khiyar Ru‘yah dan jual beli barang yang ghaib / tiada di tempat................................ 9

5. Pembahasan jual beli yang fasid (rosak) dan perkara berkaitan.............................. 10

6. Riba; definisi dan jenis-jenisnya..................................................................................... 11

6.1. Barang-barang ribawi yang haram ................................................................................ 11

6.2. Jual beli biji-bijian dengan yang sejenis dan yang tidak sejenis ............................... 12

6.3. Jual beli buah-buahan dengan yang sejenis dan yang berkaitan............................. 12

6.4. Jual beli daging dengan daging dan yang berkaitan .................................................. 12

6.5. Jual beli benda cair dengan pelbagai jenisnya dan yang berkaitan ......................... 12

7. Penukaran wang (Ash-Sharfu)....................................................................................... 13

8. Jual beli terlarang tetapi tidak batal............................................................................... 13

9. Pembahasan tentang Al-Murabahah dan tauliyah...................................................... 14

9.1. Al-Murabahah.................................................................................................................... 14

9.2. Tauliyah ......................................................................................................................... 14

10. Pembahasan jual beli disertai penipuan yang keji ...................................................... 14
11. Pembahasan sesuatu yang dapat masuk mengikuti mabi’ meskipun tidak

disebutkan dan yang tidak dapat masuk .............................................................................. 14

12. Pembahasan jual beli buah-buahan.............................................................................. 15

13. Pembahasan Salam (jual beli dengan cara memesan) ............................................. 15

13.1. Hukum dan dalil ............................................................................................ 15

13.2. Rukun dan syarat ......................................................................................... 15

14. Pembahasan Ar-Rahnu (gadai) ..................................................................................... 16

14.1. Hukum gadai dan dalil ................................................................................. 16

14.2. Rukun-rukun gadai....................................................................................... 17

14.3. Syarat-syarat gadai...................................................................................... 17

15. Pembahasan memanfaatkan barang yang digadaikan.............................................. 17

16. Pembahasan Al-Qardhu (pinjaman).............................................................................. 18

16.1. Hukum Al-Qardhu......................................................................................... 18

17. Al-Hajr (halangan untuk membelanjakan harta).......................................................... 19

17.1. Sebab Hajr (larangan pembelanjaan harta) ............................................. 19

17.2. Larangan membelanjakan harta bagi anak-anak.................................... 19

17.3. Apa yang digunakan untuk mengetahui kedewasaan anak-anak ........ 20

17.4. Telah dewasa tetapi belum pandai............................................................ 20

17.5. Wali dan Washi (orang yang menerima wasiat) ...................................... 21

17.6. Harta oleh anak-anak .................................................................................. 21

17.7. Larangan pembelanjaan harta atas orang gila ........................................ 22

17.8. Larangan pembelajaan harta bagi orang yang dungu............................ 22

17.9. Larangan membelajaan harta kerana hutang.......................................... 22

Rujukan :.................................................................................................................................... 23

1. Definisi jual beli
Bahasa: menukar sesuatu dengan sesuatu.

Mabi’: barang yang dijual. Tsaman: harga.

Sebahagian fuqaha berpendapat; Bai’ menurut bahasa = tamlik (memberi hak
milik) sebahagian harta dengan harta.

Sebahagian lain berpendapat; Bai’ menurut bahasa = mengeluarkan sesuatu
zat dari hak milik dengan imbalan.

Mazhab Pengertian Bai’
Hanafi
Jual beli menurut istilah mengandungi 2 makna:
Maliki
i. Makna Khusus: menukar sesuatu barang dengan 2 matawang (emas

dan perak) atau sejenisnya.

ii. Makna Umum: ada 12 bahagian; terkadang dilihat: harta ditukar
dengan harta, barang yang dijual, dari segi harga. Bai’ pula terbahagi

4 bahagian:
a. Bai’ naafidz – memberi langsung hak milik dengan

seketika.
b. Bai’ mauquf – memberi hakmilik setelah mendapat izin

ahli waris.
c. Bai’ fasid – memberi hak milik setelah diterima.
d. Bai’ batil – tidak memberi hak milik sama sekali.
Dari segi mabi’ (barang yang dijual), maka bai’ terbahagi 4 jenis:
a. Bai’ Muqayadhah (tukar menukar) – tukar benda dengan benda.
b. Bai’ Sharaf (penukaran wang) = Bai’ Dain – tukar wang dengan

wang, tukar emas atau perak dengan yang serupa dengannya.
c. Bai’ Salam (sistem pesan) – mabi’ berupa mata wang tukar

dengan barang.
d. Bai’ Mutlak – mabi’ berupa barang ditukar dengan mata wang

(segera atau lambat).
Dari segi harga, bai’ terbahagi 4 bahagian:

a. Bai’ Tauliyah - barang dijual dengan harga beli (tiada lebih atau

kurang).
b. Bai’ Murabahah (untung) – barang dijual dengan harga lebih

tinggi dari harga beli.
c. Bai’ Dhai’ah (rugi) – barang dijual dengan harga kurang dari

harga beli.
d. Bai’ Musawamah – barang dijual dengan harga yang disepakati

tanpa melihat harga beli.

Harta = yang mempunyai nilai menurut pandangan syarak, berupa

barang mahu pun akad.
Bai’ (umum) = aqad tukar menukar atas barang (bukan manfaat, bukan

kelazatan). Adanya imbalan dari kedua pihak (penjual dan pembeli).
Definisi mencakupi segala macam bai’ termasuk:

i. Aqad sharaf (penukaran emas dengan perak dan sebaliknya).

ii. Aqad mubadalah (menukar emas dengan emas, perak dengan perak

secara sama jumlahnya.

iii. Aqad murathalah (penukaran emas dengan emas, perak dengan

perak yang sama timbangannya)

6

Syafie iv. Aqad salam (salah satu dari 2 orang yamg melakukannya
Hanbali menyerahkan sesuatu harta lebih dulu dengan janji akan diganti
berupa imbalan (harta) yang tidak sejenis dengannya.

Bai’ (khusus) = sama aqad umum dengan tambahan 3 qayyid (batasan):
i. memiliki kemampuan untuk mengalahkan yang lain.
ii. salah satu dari imbalan tidak berupa emas atau perak.
iii. Tertentu dan bukan barangan yang menjadi tanggungan.

Menurut syarak = akad penukaran harta dengan harta (terkeluar dari
definisi ini akad nikah), dengan cara tertentu:
i. Berfaedah / bermanfaat memiliki benda selamanya (terkeluar akad

ijarah- kerana ijarah terbatas waktunya dengan memberi imbalan).
ii. Tidak bertujuan mendekatkan diri (terkeluar akad qardh / pinjaman –

kerana pinjaman ada janji mengembalikan yang serupa dengannya).
Hibah = akad memberi milik di saat masih hidup tanpa ada imbalan.

Menurut syarak: penukaran harta dengan harta (adanya imbalan kedua
pihak) atau menukar manfaat yang mubah dengan suatu manfaat yang
mubah untuk selamanya (ijarah/sewa menyewa dan i’arah/pinjam
meminjam) dan berupa riba atau hutang.

2. Hukum Bai’ dan dalilnya
i. Wajib – keadaan terpaksa memerlukan makanan atau minuman sekadar

menyelamatkan jiwa dari kebinasaan dan kehancuran. Haram – tidak
membeli sesuatu yang dapat menyelamatkan jiwa.
ii. Mandub (sunnah) – ketika seorang bersumpah menjual barang yang tidak
membahayakan, dia disunahkan melaksanakan sumpahnya.
iii. Makruh – menjual barangan yang makruh dijual.
iv. Haram – menjual barang yang haram dijual.

Antara dalil-dalil jual beli:

- Surah Al-Baqarah, ayat 275
- Surah An-Nisa’ ayat 29
- Surah Al-Baqarah, ayat 282

Dan banyak hadith. Contohnya: Riwayat Bukhari:

“Sesungguhnya salah satu di antara kamu yang mengambil talinya, lalu datang dengan
seikat kayu bakar di atas punggungnya, kemudian ia menjualnya hingga ia mampu
menjaga (kehormatan) dirinya dari meminta-minta, itu lebih baik baginya daripada ia
meminta-minta kepada orang yang adakalanya mereka memberinya dan adakalanya
mereka tidak memberinya (menolaknya)”.

7

3. Rukun jual beli
i. Shighat (ucapan akad) – a) ijab, b) qabul
ii. ‘Aqid (orang yang melakukan akad) – a) wang (alat/harga), b) barang dijual
iii. Ma’qud ‘alaih (barang yang diakadkan) - a) penjual, b) pembeli

Shighat ‘Aqid Ma’aqud ‘alaih
Sighat = segala yang ‘Aqid = orang yang Ma’aqud ‘alaih (yang
menunjukkan adanya melakukan aqad (samada diaqadkan), benda yang
kerelaan dari kedua belah penjual mahu pun dijual atau alat untuk
pihak (penjual dan pembeli) membeli (wang)
pembeli). Terdiri dari 2
perkara: Syarat: i. Suci – tidak sah
i. Perkataan atau apa i. Mumayyiz- tidak yang diaqadkan
barang najis
yang menggantikannya sah jual beli kanak- (benda yang dijual,
(utusan / surat). kanak yang belum atau alat membeli
ii. Serah terima tanpa tamyiz, orang gila. (wang).
disertai perkataan Kakan-kanak yang
sudah tamyiz dan ii. Dapat diambil
i. Ijab sesuai dengan safih (orang manfaat dan
qabul (harga dungu) sah jual dibenarkan oleh
ditetapkan, sifat, beli jika ada izin syarak.
mata wang, batas khusus dari
waktu). walinya. iii. Pada saat aqad
ii. ‘aqid hendaklah jual beli: benda
ii. Ijab dan qabul orang yang sudah dijual adalah milik
diucapkan dalam pandai (rasyidan) penjual. Tidak sah
satu majlis. tentang hitungan. jula beli barang
iii. ‘aqid dalam bukan milik
iii. Ijab dan qabul keadaan tidak penjual, kecuali
bersambung, tidak dipaksa (mukhtar). salam (pesanan).
terpisah oleh
sesuatu yang iv. Dapat diserak
menunjukkan terimakan. Tidak
keberpalingan dari sah jual beli
akad jual beli. barang dighasab.

iv. Kedua pihak saling v. Barang dijual
mendengar dapat diketahui,
ucapan masing- dan wangnya juga
masing. telah diketahui.

vi. Aqad tidak dibatasi
waktu, contoh
menjual beli
“selama setahun”.

8

4. Khiyar (Hak pilih)
Khiyar = hak pilih terhadap: membatalkan atau melangsungkannya.

2 syarat:
a. Penjual dan pembeli sepakat dengan cara khusus.
b. Barang dagangan terdapat cacat mewajibkan pengembalian.

4.1. Khiyar Syarat
Dalam melaksanakan jual beli, pembeli dan penjual mensyaratkan adanya hak
pilih dalam melangsungkan aqad atau membatalkannya.

4.2. Khiyar ‘Aib (cacat)
Terbahagi 2:

i. Cacat disebabkan perbuatan penjual.
ii. Cacat asli

a. Cacat zahir (yang kelihatan).
b. Cacat tidak kelihatan.

4.2.1. Cacat yang boleh mengembalikan barang yang dijual
Suatu cacat yang kerananya nilai barang yang dijual menjadi turun, atau tujuan
pembeli yang benar menjadi luntur (contoh, membeli kambing untuk korban,
kemudian mendapati telinganya terpotong menjadi tak sah dijadikan korban).

4.2.2. Syarat pengembalian barang yang dijual (mabi’) kerana cacat
Syarat:

i. Kebiasaan barang serupa dengan barang dijual selamat dari cacat.
ii. Cacat tidak dapat dihilangkan kecuali dengan susah payah.
iii. Cacat itu ada pada benda yang diperjualbelikan.
iv. Penjual mensyaratkan bebasnya barang yang dijual dari cacat.
v. Cacat tersebut tidak hilang sebelum akad difasakh.

4.2.3. Apabila pada mabi’ terdapat ‘aib
Terdapat aib/cacat batin yang tidak nampak setelah
membuka/memecahkan/membelah bahagian dalam isi dalamnya rosak dan
tidak dapat dimanfaatkan sama sekali, maka aqad jual beli terbatal. Penjual
wajib mengembalikan semua wang yang telah diterima, pembeli tidak
mempunyai kewajipan apa pun kerana mabi’ sudah tiada nilai.

4.3. Khiyar Ru‘yah dan jual beli barang yang ghaib / tiada di tempat
Khiyar Ru’yah = hak pilih sesudah melihat mabi’. Majoriti mazhab menyatakan
sah.

9

5. Jual beli yang fasid (rosak)
Fasid = batal. Semua aqad jual beli yang fasid adalah haram dan wajib
dihindari.

Antaranya:

a. Malaqih (jual beli janin yang masih dalam perut ibu). Contoh membeli
janin unta yang masih dalam perut ibunya.

b. Natajun Nataj (jual beli keturunan janin). Juga disebut hablul habalah.
c. Bai’ Al-Madhamin – jual beli sperma yang masih dalam tulang sulbi

haiwan jantan.
d. Tidak sah menyewakan haiwan jantan untuk dikahwinkan dengan

haiwan betina.

Diantara aqad jual beli yang fasid:

1 Jual beli bersyarat aqad jual dengan syarat fasid yang tidak
dikehendaki oleh aqad itu sendiri.
2 Jual beli benda najis dan aqad jual beli terhadap bend najis dan
benda yang kena najis yang terkena najis (mutanajis).
jual beli burung yang ada di udara kerana
3 Jual beli barang di udara tidak mungkin dapat diserahkan.
Pembeli telah menjual kembali mabi’
4 Melakukan transaksi pada sebelum ia diterima.
mabi’ sebelum
diserahterima Nilai tambah pada salah satu dari 2
barang yang sejenis yang ditukar tanpa
5 Riba ada imbalan terhadap tambahan
tersebut.

10

6. Riba; definisi dan jenis-jenisnya
Bahasa: tambahan; naik, menjadi tinggi.

Istilah: Nilai tambah pada salah satu dari 2 barang yang sejenis yang ditukar
tanpa ada imbalan terhadap tambahan tersebut.

2 jenis riba:

Riba Nasi’ah Riba Fadhl
Tambahan yang merupakan imbalan Tambahan bukan kerana adanya
dari penundaan pembayaran penundaan pembayaran semata-
mata melainkan memang suatu
Hukum: Haram. Salah satu dosa tambahan yang tiada maksud
besar. sebagai imbalan yang lain.
4 Mazhab : Haram.

6.1. Barang-barang ribawi yang haram
Antara yang disebutkan dalam hadith adalah: emas, perak, gandum, terigu,
kurma dan garam.

Tiada selisih pendapat 4 mazhab: riba dapat masuk ke dalam jenis lainya
dengan cara diqiyaskan dengannya.

Cuma yang diperselisihkan adalah illat diharamkan tambahan pada jenis
barang yang telah disebut dalam hadith.

Mazhab illat diharamkan tambahan
Hanbali
Kerana barang itu adalah penakaran dan penimbagan (dapat
Hanafi dikena riba’), samada barang mudah ditimbang atau susah,
Syafie sama ada barang makanan atau bukan makanan.
Benda yang dihitung (tidak ditakar atau ditimbang) tidak
berlaku riba padanya. Contoh menjual 1 telur dengan 2 telur
berbeza sifat.

Seperti Hanbali, kerana barang dapat ditukar dan ditimbang.
Kadar yang pasti menjadi riba dari bahan makanan apabila
sudah mencapai setengah sha’ lebih.

Barang di dalamnya terdapat riba terbahagi 2:
i. Naqd (mata wang logam) – emas dan perak.
ii. Math’um (yang dimakan) – makanan manusia.
Oleh itu tidak sah ada penambahan, contoh: membeli 2
pound dengan 3 pound kerana penundaan pembayaran.
Adapun barang dagangan sah ditukar dengan
sebahagiannya dengan ada penambahan pada salah
satunya kerana ia tidak termasuk alat pembayaran (di
dalamnya tiada illat).

11

Maliki Illat diharamkan penambahan pada emas dan perak kerana
adanya unsur sebagai alat pembayaran.
Illat diharamkan penambahan riba nasiah kerana bahan
makanan bukan kegunaan sebagai ubat.
Illat kerana riba fadhl ada 2 hal:
i. Makanan utama – seseorang dapat hidup dengan

makanan tersebut tanpa dengan lainnya.
ii. Makanan dapat disimpan tidak rosak pada suatu waktu.

6.2. Jual beli biji-bijian dengan yang sejenis dan yang tidak sejenis
Tidak sah menjual gandum dengan gandum kecuali dengan yang sama
takarannya dan lunas sebagaimana dalam hadith.
Sah menjual 1terigu dengan gandum disertai penabahan pada lainnya dan
tunai, dan saling menerima dalam majlis (lunas).
Kemudian disamakan dengan itu adalah jagung, beras, kacang, biji-bijian,
sayur-sayuran.

6.3. Jual beli buah-buahan dengan yang sejenis dan yang berkaitan
Kurma termasuk jenis barang ken riba menurut hadith. Dan yang disamakan
dengan kurma adalah buah-buahan.

6.4. Jual beli daging dengan daging dan yang berkaitan
Daging termasuk barang yang mengandungi riba. Ia diperselisihkan tentang
jenisnya termauk dijual sebahagiandengan sebahagiannya.

6.5. Jual beli benda cair dengan pelbagai jenisnya dan yang berkaitan
Beberapa benda cair seperti cuka, air, minyak, perahan anggur dan lainnya
termasuk beberapa benda ribawi sebagaimana haiwan yang menjadi asal
tempat keluar (susu) yang juga kena riba.

12

7. Penukaran wang (Ash-Sharfu)
Ash-Sharfu = penukaran emas dengan emas, perak dengan perak atau
penukaran salah satu dari emas dan perak dengan jenis lainnya, termasuk dari
jual beli.
Apa sahaja yang menjadi rukun jual beli (bai’) adalah rukun pada ash-sharfu.
Syarat-syarat tambahan:
a. Kedua-dua barang yang ditukar adalah sama. (mata wang emas, perak, atau

cetakan), juga bebbentuk perhiasan (gelang tangan, anting-anting, kalung).
b. Tunai. Tidak sah jual emas dengan emas, perak dengan perak yang

penerima kedua gantinya, atau salah satunya ditunda meskipun sesaat.
c. Saling menerima dalam majlis.
Ada 2 syarat penukaran lain jenis:
i. Tunai. Tidak sah memperlambatkan jual beli
ii. Saling menerima dalam majlis

8. Jual beli terlarang tetapi tidak batal
Antaranya:
i. Bai’ Najsy (menjerumuskan) = menaikkan tawaran dalam jual beli agar orang

lain bersemangat menawarnya.
ii. Bai’hadir lil badi (jual beli orang kota atas orang desa). Contohnya, seorang

penduduk kota telah menguasai barang dagangan yang dibawa seorang
penduduk desa, dijual kepada sesamanya secara beransur-ansur hingga
keperluan masyarakat menjadi mendesak dan harganya menjadi naik.
iii. Mencegat (dengan maksud memborong barangan dagangan).
iv. Jual beli atas jual beli orang lain. Pada asalnya penjual dan pembeli telah
sepakat atas harga barang. Kemudian i) datang orang lain menawar
barangan tersebut dengan harga lebih tinggi. Atau ii) ada penjual lain yang
menawarkan harga lebih rendah kepada pembeli tadi.

13

9. Al-Murabahah dan tauliyah
9.1. Al-Murabahah
Bahasa (kata dasar Ar-Ribhu) = tambahan.
Istilah = Jual beli sebuah barang dengan menyebutkan harga pembelian dan
labanya kepada pembeli dengan beberapa syarat tertentu.

9.2. Tauliyah
Bahasa (madsar walla ghairrahu) = mengangkat seseorang sebagai penguasa.
Syarak = memperjual belikan barang dengan harga pokoknya yang pertama
tanpa tambahan.
Hukum: sama hukum jual beli murabahah.
Sama juga: Tauliyah = wadhiyah = muhathah (memperjual belikan barang
dengan harga jual lebih sedikit daripada harga belinya.

10. Jual beli disertai penipuan yang keji
Dilakukan agar manusia saling dapat mengambil keuntungan, yang didalamnya
tentu sahaja ada unsur penipuan.
Allah tidak melarang mengambil untung dalam jual beli dan tidak
membatasinya, tetapi yang dilarang adalah penipuan dan penyembunyian
(memuji barang dengan pujian yang tidak sebenarnya, dan menyembunyikan
kecacatan yang ada pada barang tersebut).

11. Pembahasan sesuatu yang dapat masuk mengikuti mabi’ meskipun
tidak disebutkan dan yang tidak dapat masuk

Contoh:
a) Apabila membeli sebuah rumah; termasuk di dalamnya bangunan dan pintu-

pintunya serta segala yang terkait dengannya meskipun tidak disyaratkan.
b) Membeli sebidang tanah pertanian yang telah ditanami pokok. Maka pokok

termasuk di dalamnya.

14

12. Jual beli buah-buahan
Lafaz tsimar (jamak tsamrah) = sesuatu yang dikeluarkan oleh pokok, meskipun
tidak dimakan.
2 bahagian:
i. Buah-buahan yang menyertai penjualan pokoknya.
ii. Buah-buahan yang dijual secara terpisah (sama ada masih berada di atas

pokok, atau sudah terpisah dari pokoknya).

13. Salam (jual beli dengan cara memesan)
Salam (juga disebut Salaf); bahasa = menyegerakan dan mendahulukan wang
pembayaran (modal). Salaf lebih umum dari Salam, kerana Salam = pinjaman.
Salam diguna dalam 2 keadaan:
i. Pinjaman tanpa keuntungan. Peminjam wajib memulangkan dalam keadaan

ketika mengambilnya.
ii. Memberi emas atau perak untuk memesan barang tertentu hingga waktu

tertentu dengan tambahan harga yang ada pada salaf. Keadaan ke-2 ini
yang dipanggil “Salam”.

13.1. Hukum dan dalil
Salam hukumnya dibolehkan. Ia adalah kemudahan (rukhsah); pengecualian
jual beli barang yang tiada di tempat penjual.
Dalilnya Surah Al Baqarah, ayat 282.

13.2. Rukun dan syarat
Semua rukun dan syarat jual beli juga menjadi rukun dan syarat Salam.
Salam hanya sah pada barang yang dapat dibatasi sifat tertentu seperti barang
yang dijual beli dengan takaran, timbangan, hitungan atau ukuran.

15

Syarat tambahan:
i. Menjelaskan jenis barang yang dipesan dan jenis modelnya. Contoh: kurma

dengan harga 1 pound.
ii. Menjelaskan jenisnya (spesifik). Contoh: Kurma bening, kurma as-suyuti.
iii. Menjelaskan sifatnya. Contoh: yang bagus, atau yang buruk.
iv. Menjelaskan bilangan / ukuran.
v. Menjelaskan kadar / takaran / timbangan / hitungan / ukuran.
vi. Pesanan ditangguhkan hingga masa tertentu. Tidak sah jika barang yang

dipesan itu diserahkan pada ketika itu.

14. Ar-Rahnu (gadai)
Ar-Rahnu (bahasa) = tetap dan kekal. Sebahagian ulama = penahanan.
Syarak = menjadikan barang yang ada harganya menurut pandangan syarak
sebagai jaminan kepercayaan hutang piutang di mana dapat diambil seluruh
hutang atau sebagainya dari barang tersebut.
“barang yang ada harga menurut syarak”: dikecualikan barang najis dan yang
terkena najis yang tidak dapat dibersihkan. Dan barang suci yang tidak bernilai
berdasarkan qiyas.

14.1. Hukum gadai dan dalil
Gadai (menyerahkan tanggungan) hukumnya diharuskan seperti jual beli,
kerana setiap barang yang boleh dijualbelikan boleh pula digadai.
Dalilnya Surah Al-Baqarah, ayat 283.

16

14.2. Rukun-rukun gadai
i. ‘Aqid (orang yang melakukan aqid)
ii. Rahin (penggadai)
iii. Murtahin (yang menerima barang gadaian sebagai imbalan wang yang

dipinjamkan).

Ma’qud ‘alaih (yang diaqadkan) meliputi 2 hal: Marhun (barang yang digadai),
Dain marhun bihi (hutang yang kerananya diadakan gadai).

Shighat (aqad gadai)

14.3. Syarat-syarat gadai
Antara syarat gadai: Kedua pihak (Rahin dan Murtahin) benar-benar sudah
layak dalam melakukan aqad bai’.

15. Pembahasan memanfaatkan barang yang digadaikan
Barang gadaian (tanah pertanian, rumah, haiwan) menjadi milik siapa?

Mazhab Pemilik barang gadaian
Maliki Milik penggadai (orang yang menggadaikan).
Milik penerima gadai dengan 3 syarat:
Syafie i. Hutang disebabkan jual beli, bukan kerana qardh (pinjaman)
Hanafi ii. Penerima gadai mensyaratkan agar manfaat barang gadaian
Hanbali
menjadi miliknya.
iii. Waktu pengambilan manfaat (tasarruf) barang gadai,

disyaratkan telah ditentukan.
Milik penggadai (orang yang menggadaikan).
Penggadai tidak boleh mengambil manfaat barang gadai dari segi
apa pun kecuali mendapat izin dari penerima gadai.
Gadaian haiwan: penerima gadaian boleh mentasarruf dengan adil
(mengenderai atau memerah susu tanpa izin sebagai imbalan)
Gadaian bukan haiwan: boleh mentasarruf tanpa izin secara
cuma-cuma dan tanpa imbalan, sebab gadaian bukan hutang.

17

16. Pembahasan Al-Qardhu (pinjaman)
Al-Qardhu (bahasa): sebahagian (sebahagian harta benda diberikan kepada
orang lain kemudian dikembalikan).

Istiqradh = minta dihutangi (hendak berhutang).

Muqaradahah / qiradh = seseorang menyerahkan harta kepada orang lain
untuk mempergunakan dalam perdagangan, di mana keuntungannya dibahagi
dua belah pihak sesuai dengan perjanjian.

16.1. Hukum Al-Qardhu

Mazhab Hukum Al-Qardhu (pinjaman)

Syafie Pemberian hak milik untuk dikembalikan dengan semaksudnya.

Sebahagian ulama kata ia hibah yang tidak harus dikembalikan.

Sebahagian kata dikembalikan kepada adat kebiasaan mereka.

i. Dalam aqad qardhu, barang yang dipinjam harus terang

kadarnya. Dan harus ada ijab dan qabul.
ii. Disyaratkan pemberi pinjam ahli tabarru’ (selalu berbuat baik)

dan tidak dipaksa.

iii. Peminjam disyaratkan orang yang bermuamalat (dewasa,

baligh, berakal, tidak bawah jagaan.

iv. Barang yang dipinjam disyaratkan barang yang boleh berlaku

aqad salam (boleh ditakar, ditimbang, dihitung, diukur).

v. Aqad qardh jadi fasid dengan syarat yang menarik manfaat

pemberi pinjam, seperti mengembalikan hutang disertai

tambahan jumlah atau sifatnya.

Hanbali Menyerahkan harta kepada orang yang dapat memanfaatkannya

dengan mengembalikan gantinya. Al-Qardhu termasuk salaf

(pinjaman).

i. Qardu hanya sah pada barang yang boleh dijual beli.

ii. Barang pinjaman disyaratkan diketahui jumlahnya.

iii. Pemiutang disyaratkan orang yang ahli dalam bertindak. (tidak

sah anak kecil, orang gila dan sejenisnya).

Hanafi Beberapa hukum:

i. Tanggungan yang harus diganti dengan barang yang sama.

ii. Aqad / serah terima qardh sah diwakilkan. (tetapi mewakilkan
meminta pinjanjam tidak sah – tanggungan kepada orang yang

diwakilkan).

iii. Sah mengirim utusan dalam hal istigradh (meminjam).

iv. Makruh meminjamkan sesuatu untuk mendapat imbalan dari

pemanfataannya. Contoh: memberi pinjam barang buruk dan

mensyaratkan pulang barang bersih.

v. Tidak boleh memberi pinjam kepada anak-anak yang
mahjur’alaih (dalam penjagaan) dan orang yang dungu.

18

Maliki i. Sah aqad qardh atas setiap barang yang berlaku padanya
aqad salam (benda boleh ditakar, timbang, hitung).

ii. Haram pemiutang menerima hadiah dari penghutang
disebabkan hutang piutang.

iii. Barang pinjaman menjadi milik peminjam kerana telah berlaku
aqad (aqad sadaqah, hibah dan ‘ariyah/pinjam meminjam).

iv. Jika ditetapkan tempoh, wajib mengembalikan bila sampai
tempoh walaupun belum memanfaatkannya lagi.

17. Al-Hajr (halangan untuk membelanjakan harta)

Mazhab Al-Hajr menurut syarak

Hanafi Ungkapan sesuatu larangan khusus berkaitan seseorang yang

khusus (anak-anak, orang gila dan lainnya dari ucapan yang akan

merugikan) dari pembelanjaan tertentu, atau dari terjadinya

pembelanjaan tersebut.

Maliki Sifat Hukmiyah (ditetapkan syarak) yang wajib menghalangi

maushuf (yang disifatinya) dari sebuah tindakan di luar batas

kemampuannya (anak kecil, orang gila, orang dungu dan

sebagainya).

Syafie Larangan untuk membelanjakan harta (bukan selain harta) kerana

sebab-sebab khusus (termasuk ibadah maliyah - menggunakan

harta) kecuali ibadah haji.

*selain harta: safik(orang bodoh), orang muflis, orang sakit boleh
melakukan khulu’, thalaq, zihar, ibadah badaniyah yang wajib atau

mandub.

Hanbali Larangan membelanjakan harta terhadap pemiliknya, samada

larangan syarak atau larangan dari hakim.

17.1. Sebab Hajr (larangan pembelanjaan harta)
Disebabkan kemaslahatan manusia, persyariatannya bertujuan mewujudkan

sebahagian manusia secara kolektif atau individu; perlunya tolong menolong

antara sesama manusia.

17.2. Larangan membelanjakan harta bagi anak-anak
Kanak-kanak ada ketidaksempurnaannya.

19

17.3. Apa yang digunakan untuk mengetahui kedewasaan anak-anak
Dewasa seorang anak dapat diketahui melalui umurnya dan terkadang melalui

tanda-tanda yang menunjukkan bahawa seorang anak sudah dewasa,

meskipun umurnya belum mencapai batas ditetapkan.

Mazhab Mengetahui kedewasaan
Hanafi
i. Lelaki: mimpi basah, mengeluarkan sperma dapat menghamili
Maliki wanita. Atau genap umur 18 tahun.

Syafie ii. Perempuan: haid, dapat hamil. Atau genap umur 17 tahun.
Hanbali iii. Setelah baligh dipantau kecergasannya (ar-Rusyd) – mampu

mengurus hartanya.
iv. Penjagaan selama mana ia masih bodoh, sehingga selepas

usia 25 tahun (pendapat Imam Hanafi). Pendapat lain:
walaupun sepanjang hayat.

i. Keluar sperma mutlak, terjaga atau mimpi.
ii. Wanita: Haid dan hamil.
iii. Tumbuh bulu ‘anah (pada kemaluan) yang kasar.
iv. Ketiak berbau.
v. Pucuk hidung yang jelas.
vi. Suara telah membesar.
vii. Genap umur 18 tahun.

i. Genap usia 15 tahun (lelaki dan perempuan).
ii. Keluar sperma sesudah usia 9 tahun penuh.
iii. Haid wanita usia kira-kira 9 tahun.

i. Keluar sperma dalam jaga atau tidur (mimpi, setubuh atau lain).
ii. Tumbuh bulu ‘anah yang kasar.
iii. Usia genap 15 tahun
iv. Perempuan: haid dan hamil (6 bulan sebelum hamil).
v. Pondan: genap 15 tahun dan tumbuh bulu ‘anah dan lain-lain.

17.4. Telah dewasa tetapi belum pandai
Anak-anak sudah dewasa tetapi belum pandai: hartanya tidak boleh diserahkan

kepadanya bahkan dilarang untuk membelanjakannya.

Mazhab Kedewasaan
Hanafi Bukan setakat dewasa, tetapi harus ada kecerdikan. Pendapat
Imam Hanafi: hingga usia 25 tahun, jika tidak cerdik juga, baru
Hanbali serahkan hartanya. Pendapat 2 sahabatnya: hingga 100 tahun.
Sudah dewasa tetapi belum miliki ar rusyd (pandai) dalam
Syafie mengurus harta, maka pengawasan harta kepada walinya (ayah)
atau washi (pengurus wasiat), atau hakim.
Dewasa belum cukup. Tetapi perlu ada kemampuan dalam
mengurus agama (tidak selalu melakukan dosa kecil) dan
mengembangkan harta benda (bukan pemboros dan berfoya-
foya).

20

17.5. Wali dan Washi (orang yang menerima wasiat)

Mazhab Wali / Washi

Maliki i. Wali adalah ayah, kemudian washi, kemudian hakim. Jika tiada

hakim perwalian ditangan orang-orang Islam.

ii. Ayah ayah boleh menjual atau membeli harta anaknya dengan

syarat untuk kemaslahatan anak tersebut (bukan kemaslahatan

ayah).

Syafie i. Wali adalah ayah (kecuali ayah tiada keahlian dalam perwalian
– seperti jelas kefasikan atau masih dalam kategori penjagaan –

gila atau bodoh), kemudian datuk dan ke atas, atau washi,

kemudian hakim.

ii. Wali boleh menjual harta orang di bawah perwaliannya jika ada
keperluan mendesak kepada mahjur ‘alaih.

Hanafi i. Wali adalah ayahnya. Setelah ayah meninggal dunia, walinya

adalah yang diwasiati oleh ayahnya (washi), atau datuk dari

pihak ayah dan ke atas, atau keputusan hakim.

ii. Ayah boleh menjual atau membeli harta anak yang masih kecil,

tidak disyaratkan ada ijab dan qabul.

Hanbali i. Wali adalah ayah yang merdeka, pintar dan adil (termasuk juga

wali yang kafir). Kemudian washi, walaupun dengan upah.

Kemudian hakim. Datuk tidak punya hak perwalian. Begitu juga
ibu dan semua waris ‘asobhah.

ii. Wali tidak boleh membeli sesuatu untuk dirinya dari harta milik

di bawah perwaliannya dan tidak boleh menggadaikan sesuatu

kecuali wali adalah ayahnya sendiri untuk maslahat anaknya.

17.6. Harta oleh anak-anak

Mazhab Kebolehan perbuatan (tasharuf) anak-anak

Maliki Aqad tukar menukar anak yang tamyiz terjadi secara mauquf. Wali

hendaklah mengizinkan atau mengembalikan setelah jelas

kemaslahatan.

Syafie Tindakan anak-anak tamyiz atau belum adalah tidak sah.

Hanafi Tidak tasharruf anak yang belum tamyiz. Sesudah tamyis

terbahagi 3:

i. Tidak sah tindakan yang merugikan walaupun dengan izin wali

seperti thalak, membebaskan hamba, memberi pinjam dan

sedekah.

ii. Sah tindakan yang menguntungkan seperti menerima hibah dan

masuk Islam.

iii. Sah jual beli dengan izin wali.

Hanbali i. Tindakan anak belum tamyiz adalah batal secara mutlak.

ii. Tindakan anak yang telah tamyiz adalah sah jika dengan izin

wali.

21

17.7. Larangan pembelanjaan harta atas orang gila
Orang gila sama seperti anak-anak dalam pelbagai hukum penjagaan.

Mazhab Perbelanjaan harta atas orang gila
Maliki Orang gila hukumnya sama seperti anak-anak.
Syafie Orang gila dilarang membelanjakan hartanya dan semua
Hanafi tindakannya tidak sah secara mutlak.
i. Orang gila yang tidak berakal hukumnya sama seperti anak-
Hanbali
anak yang belum tamyiz, semua tindakannya adalah batal.
ii. Ma’tuh (kurang waras fikiran) hukumnya sama seperti anak

yang sudah tamyiz. Melakukan perkara menguntungkan adalah
sah. Melakukan perkara merugikan adalah tidak sah.
Orang gila hukumnya adalah seperti anak-anak. Jika gila atau
bodoh setelah dewasa, tindakannya bersandarkan keputusan
hakim.

17.8. Larangan pembelajaan harta bagi orang yang dungu
Larangan pembelanjaan harta bagi orang dungu sama seperti anak-anak dan

orang gila.

17.9. Larangan membelajaan harta kerana hutang
Penghutang dilarang membelanjakan hartanya hingga mengabaikan hak orang

lain dan harta yang ia pinjam.

22

Rujukan :
Modul Semestar 2. FIQH MUAMALAT MUQARRAN. Kolej Pengajian Tinggi
Islam Al-Insaniah Malaysia (KPTI).

23

24


Click to View FlipBook Version