The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ressy306, 2022-01-03 11:07:19

MINIT MESYUARAT GURU BIL 02 (2021)

MINIT MESYUARAT GURU BIL 02 (2021)

SK SUNGAI UDANG KLANG
MINIT MESYUARAT GURU

BIL. 2/2021

Tarikh : 16 Jun 2021 (Rabu)
Masa : 3.00 petang
Kaedah : Pelantar Google Meet
Tempat : Di rumah masing-masing
Kehadiran : 104/104 (100%)

BIL NAMA JAWATAN
1 ABDUL HALIM BIN AHMAD GURU BESAR
2 NORSHAHIMA BT NORDIN PK PENTADBIRAN
3 MAZHANIZA BT MAT ZAIN PK HEM
4 MUHAMMAD HAFIZ BIN DAMANHURI PK KOKO
5 AZRI RIZAL BIN AWANG JAMBI DATA
6 HASNAN BIN ZAKARIA GURU BESTARI/KP RBT
7 NURUL ASIAH BINTI MD MAHYUDIN GURU MEDIA
8 HAYATI BT JAMAAIN GURU B & K
9 CHE ROSLINA BT CHE LAH PRA DEDIKASI
10 ZAINAH BT ASMAWI PRA EFEKTIF/PENY. PRA
11 NORHASMIDAH BT TUBI PRA INOVATIF
12 NAJIHAH BT ZAKARIA PRA INTELEK
13 SUZANA BT JALAL 4 DEDIKASI
14 NIRMALAH A/P PALIANIAPPAN 4 EFEKTIF
15 MAKELTHOM BT MOHAMED 4 INOVATIF
16 ATHIRAH FARHANA BINTI TAHIR 4 INTELEK
17 ZARIZA BT MAT SAWARI 4 KREATIF
18 JULIARINA BT SARIMIN 4 OPTIMIS
19 MUHAMMAD RASHID BIN AZMI 4 POSITIF
20 ROSHASLINDA BT ABDUL RASID 4 PROAKTIF/ KP PJK
21 MAGESVARI A/P RAJALINGAM 5 DEDIKASI
22 NUR LIYANA BT SHAIFUDIN 5 EFEKTIF
23 SITI NORHAFIZAH BT ABDUL HARUN 5 INOVATIF
24 MASHITHAH BT OTHMAN 5 INTELEK
25 SITI NURHIDAYAH BT HASSAN 5 KREATIF
26 SUMITHA A/P SIVALINGAM 5 OPTIMIS
27 MUHAMMAD ALIF AIZAT BIN CHE LONG 5 POSITIF
28 ZATUL IFFAH BT MOHAMED 5 PROAKTIF
29 ROZAINI BIN SALLEH 6 DEDIKASI
30 NORMAWATI BT UJANG 6 EFEKTIF
31 NORA BI ZAINAL 6 INOVATIF
32 NORHASIMAH BT MALAYON SANI 6 INTELEK / KP PSV
33 SABOORA BEEWEE BT KAMARUDIN 6 KREATIF
34 SH AZZAH MASHITA WAFFA 6 OPTIMIS
35 ZAMZURI BIN BASHEER AHMED 6 POSITIF /GC BI
36 NORZITA MAT SAHAR 6 PROAKTIF
37 NIK ZURAINI BT NIK LEH KP BM

1

38 NOOR FAIZAH BT OTHMAN KP MATEMATIK
39 NOOR SUFANIE BT MAT SOKRI KP B. INGGERIS
40 MUHAMMAD HARIS BIN HARUN KP SAINS
41 NURHAIZAN BT HASHIM KP P.ISLAM
42 SITI AISAH BT DAUD KP BAHASA ARAB
43 MOHD KHAIRUL NIZAM BIN IBRAHIM KP P. MUZIK
44 SURIHANA BT ABDULLAH SU KURIKULUM
45 FAZLIN BT SARJONO SU HEM
46 NUR ASYILAH BT MUSTA'AIN SU KOKO
47 MOHAMAD ZAKI BIN MOHAMAD IBRAHIM SU SUKAN
48 ZULKIFLE BIN ABD RAHMAN SU SAPS
49 MOHAMAD NAZRI BIN MOHD YUSOFF SU UPSR / KP SEJARAH
50 NURUL AUNI BT JASNI PENY. THN 4
51 FARHANI BT AHMAD PENY. THN 5
52 AZLINA BT CHE IBRAHIM PENY. THN 6
53 ZALINAH BT MOHD AMIN GURU DISPLIN
54 ABIDAH BT RAHAMAT PENY.SPBT
55 WARDATUL FARHA BT MD TAKIM GPI/PENYELARAS PBD
56 MAT DINOS BIN TALIB GURU PENGAWAS
57 THIRUCHELVAN A/L PERIASAMY GURU BI
58 MOHAMAD NIZAM BIN MD DARUS GURU BAHASA MELAYU
59 MOHD FAIDZ BIN ALIAS GPK PETANG
60 NOOR ADILA BT AZIZ GURU PMLHN KHAS
61 RASITAH BT AHMAD GURU PSS/SU PENT.
62 MUHAMMAD YUSRI BIN SHADAN GURU DISIPLIN
63 SITI MASHITAH BT SUWARI 1 DEDIKASI
64 ASRANI BT MAT RIPIN 1 EFEKTIF
65 NOOR HALIZA BT MANSOR 1 INOVATIF
66 IZYAN DIYANA BINTI ZULKIFLI 1 INTELEK
67 SITI AISHAH BT ISHAK 1 KREATIF
68 NUR SALIHAH BT MAT ISA 1 OPTIMIS
69 NIK ASMA’ BT NIK ABDUL KADIR 1 POSITIF
70 SITI MARIAM BT MOHAMAD 1 PROAKTIF
71 RUSMIYANTI SUFIYANA BT M. IDRUS 1 PROGRESIF
72 NOR AZLINA BT HASMUNI 2 DEDIKASI
73 DANIAH BT MUNAJIR 2 EFEKTIF / SU PETANG
74 JORA BT IBRAHIM 2 INOVATIF
75 KALAWATHY A/P KUPUSAMY 2 INTELEK
76 SITI NOORAIN BT ISMAIL 2 KREATIF
77 RUSMINA BT MOHD SALLEH 2 OPTIMIS
78 NUR FARISNAJWA BINTI AZHAR 2 POSITIF
79 HAMIDAH BT SAILAN 2 PROAKTIF
80 SHAMSIAH BT ADAM 3 DEDIKASI
81 HUSNUL HADI BIN HUSIN 3 EFEKTIF
82 NOORHAYATI BT OTHMAN 3 INOVATIF
83 SITI NORHANUM BT ROSLAN 3 INTELEK
84 NOOR LIZA BT JAMALUDIN 3 KREATIF
85 ZALINAH BT MANSOOR 3 OPTIMIS

2

86 NURUL HARDI BIN BAHARUM 3 POSITIF
87 HASLINDA BT HADI 3 PROAKTIF
88 MAZLIZA BT MUSA PENY. TAHUN 1
89 WAN HANIM NAJIAH BT WAN MUDA PENY. TAHUN 2 / UBK
90 NUR ATHIRAH AMANI BT M.ABD WAHAB PENY. TAHUN 3/ N. SU SKN
91 HELMYZI BIN HINDWAN NAIB SU KOKO /ASET
92 MOHD IKRAM BIN AZMI SU PBD
93 ADAM BIN AHMAD ADMIN 2 GC/ICT
94 NORHANIZAM BIN HASSAN GURU PJK
95 MUHAMMAD HAAKIM BIN EDRUS GURU B.ARAB/BDHRI PIBG
96 ABD HALIM BIN ABDUL JALIL GURU BAHASA ARAB
97 SALIHIN BIN AHMAD GURU B. MELAYU
98 HASMUNA BT MOHD ZAIN GPI
99 AZLINA BT ROBASON GPI
100 ZAMKHAIRI BIN SIMON GPI
101 NOR FAIZAH BT ALIAS GP / SU PIBG
102 MOHD HAFIZI BIN NASRI GURU MUZIK
103 NIK MUHAMMAD KAMIL BIN NIK RAZALI GURU B. INGGERIS
104 AZHARI BIN IBRAHIM GURU MATEMATIK

Turut Hadir:
1. Puan Khalijah binti Osman (KPT N26)

Tidak Hadir Bersebab:
Tiada

Tidak Hadir Tanpa Sebab:
Tiada

Urus Setia Mesyuarat:
1. Rasitah bt Ahmad (S/U Mesyuarat Guru)

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Ucapan aluan
1.1.1 Encik Abdul Halim bin Ahmad memulakan mesyuarat dengan mengucapan
salam dan selamat datang kepada semua pentadbir, guru-guru dan puan
Khalijah binti Osman (KPT) kerana dapat hadir ke Mesyuarat Guru Bil
2/2021.

1.1.2 Beliau juga bersyukur dan berasa bangga kerana sebelum mesyuarat ini
dimulakan, pengerusi majlis iaitu encik Hasnan bin Zakaria telah meminta
semua guru bersama-sama menyanyikan lagu keramat ‘Kami Guru
Malaysia’ dan bacaan doa oleh encik Muhammad Rashid bin Azmi. Beliau
berharap semoga mesyuarat ini dapat berjalan dengan lancar dan akan tamat

dalam masa yang sepatutnya.
Makluman: Semua guru

1.2 Kedudukan keluar masuk guru dan staf.
1.2.1 Dua orang guru berikut telahpun berpindah ke sekolah baharu iaitu:

3

i) Puan Ruhaimah binti Awang (Penolong Kanan Petang) telah
bertukar ke SK Kapar sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

ii) Cik Nur Fadhilah binti Abdul Razak (Pembantu Pra Sekolah) telah
berpindah ke Negeri Sembilan.
Makluman: Semua guru

1.2.2 Seramai tiga orang guru bakal berpindah ke negeri lain iaitu:
i) Encik Rozaini bin Salleh (Negeri Sembilan)
ii) Encik Azhari bin Ibrahim (Pahang)
iii) Puan Noor Adila binti Aziz (Wilayah persekutuan)

Makluman: Semua guru

1.3.3 Warga SKSU mengalu-alukan kehadiran Penolong Kanan Petang baharu
iaitu Encik Mohd Faidz bin Alias dari SK Rantau Panjang dan Encik Mohd
Nizam bin Md Darus, guru Bahasa Melayu dari SK Pelabuhan Utara.
Selamat datang juga kepada staf PT Kewangan SKSU yang baharu iaitu
puan Fina Harmona binti Armon dan PPM Prasekolah baharu iaitu puan
Nisya Elia binti Mohd Zuring. Semoga boleh menjadi warga SKSU yang
cemerlang.

Makluman: Semua guru

1.3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0
1.3.1 PKP 3.0 fasa1 (1 hingga 14 Jun 2021) telah berakhir. Kini disambung lagi
bermula 15 – 28 Jun 2021. Sebagai penjawat awam, kita perlu faham dan

mengikuti sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah
ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Mohon kepada seluruh
warga SKSU supaya terus mempunyai motivasi yang tinggi dan tidak
mudah patah semangat sebaliknya terus mempunyai kreativiti dan inovasi.

Makluman: Semua guru

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit mesyuarat guru Bil 01/2021 diterima setelah semakan dibuat.

Cadangan : Puan Zariza binti Mat Sawari

Sokongan : Puan Noor Faizah binti Othman

Pindaan : Tiada

Makluman: Semua guru

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Rujuk borang maklum balas Mesyuarat Guru Bil 1/2021.
Makluman: Semua guru

4. PERBINCANGAN PERKARA BAHARU
4

4.1 Guru Besar (Encik Abdul Hakim bin Ahmad)

4.1.1 PKP 3.0
i) Dalam tempoh PKP 3.0 ini, guru-guru dan kakitangan wajib berada

di stesen masing-masing. Terima kasih kepada guru-guru yang telah
menyatakan keberadaan mereka pada minggu lepas. Seramai 8
orang guru dilaporkan berada di luar stesen. 2 daripada 8 orang guru
tersebut iaitu encik Zulkifle bin Abd Rahman dan puan Nurul Auni
binti Jasni telahpun berada di stesen masing-masing baru-baru ini.
Manakala 5 orang daripadanya pula memang berada di stesen atau
tempat tinggal masing-masing tetapi jauh iaitu lebih daripada 25
kilometer. Oleh itu, hanya seorang guru yang perlu pulang ke stesen
dengan segera iaitu Encik Zamzuri bin Basheer Ahmed. Guru besar
berharap, semua guru patuh dengan arahan daripada KPM ini kerana
ia melibatkan keselamatan perkhidmatan guru-guru.
ii) Sepanjang PKP3.0 ini, Pengawal Keselamatan akan bekerja seperti
biasa. Jika mereka tiada, guru besar meminta segera melaporkan
kepadanya.
iii) Pekerja pembersihan pula akan bertugas secara bergilir-gilir di
sekolah iaitu 3 orang sehari untuk kerja-kerja pembersihan.

Makluman: Semua guru

4.1.2 Kebitaraan Catur
i) Sekolah kita telah memilih permainan catur sebagai kebitaraan

sekolah. Kita mempunyai keupayaan, kemampuan dan kemahiran
tentang catur. Sekolah kita mempunyai pakar permainan catur
dalam kalangan guru dan juga pemain catur daerah, negeri dan luar
negara. Demi memantapkan kebitaraan catur di sekolah kita,
bengkel pengenalan asas permainan catur kepada guru-guru dan
murid telah berjaya dilaksanakan oleh encik Salihin bin Ahmad.
Semua guru perlu mengetahui tentang permainan catur. Permainan
catur sangat berfaedah bukan sahaja dari sudut Kokurikulum tetapi
diharapkan dapat membantu dalam bidang Kurikulum dan juga Hal
Ehwal Murid (HEM).

Makluman: Semua guru

4.1.3 Projek dan aktiviti yang perlu disambung selepas PKP 3.0
i) Projek Lestari perlu diteruskan. Mungkin perlu menanam tanaman

yang mudah untuk diselenggara. Contohnya penanaman pokok
nanas.
ii) Unit Kurikulum, Kokurikulum dan HEM diminta untuk
menceriakan papan kenyataan di sekolah. Guru besar mengesyorkan
supaya lapik latar belakang papan kenyataan ditukar dengan banner’
yang berwarna ceria kerana ia lebih tahan lama.
iii) Bilik Mesyuarat Utama (BMU) telah pun diubah suai untuk
keselesaan guru-guru. Penghawa dingin juga akan ditambah. Guru
Besar berharap agar BMU ini dapat digunakan pada tahun ini juga
apabila sesi persekolahan bersemuka bermula.
iv) Pengerusi Bilik Guru akan berpindah ke sekolah lain. Oleh itu,
jawatankuasa KKGK perlu memilih pengerusi baharu. Sebanyak 40

5

buah kerusi lagi akan di hantar untuk di baiki. Tetapi terpaksa
ditangguh dahulu kerana kedai tersebut masih banyak tempahan.
Kerusi tersebut masih berada di Dewan Wawasan.
v) Keceriaan Bilik Catur perlu diteruskan supaya murid tertarik,
gembira dan seronok berada di dalam bilik tersebut.
vi) Bilik Mesyuarat Pengawas sedang diselenggara kerana dapat
peruntukan daripada PIBG.
vii) Bilik Mesyuarat PIBG telah dikemaskini dan dipasang penghawa
dingin. Keceriaan bilik ini perlu diteruskan selepas PKP.
viii) Bilik Rekreasi KKGK di belakang Dewan Bestari. Projek ini akan
dimulakan dalam masa terdekat kerana duitnya sudah ada.
Jawatankuasa KKGK pada masa hadapan perlu lebih
berketerampilan kerana tanggungjawabnya lebih besar. KKGK
perlu memastikan empat tempat iaitu Bilik Jamuan, Bilik Santai,
Bilik Guru dan Bilik Rekreasi dalam keadaan ceria dan selamat
untuk digunakan oleh ahli-ahlinya.

Makluman: Semua guru

4.2 KPT (Puan Khalijah binti Osman)

4.2.1 Surat peribadi guru
i) Guru-guru yang berkenaan diminta mengambil surat peribadi

masing-masing di dalam kotak yang diletakkan di Pondok Jaga
sekolah.

Makluman: Semua guru

4.2.2 Bahan pencetakan
i) Guru yang ingin menghantar bahan untuk dicetak boleh

meletakkannya di Pondok Jaga. Sila tulis tarikh bilakah bahan cetak
itu diperlukan. Puan Nur Hidayah binti Daya akan memaklumkan
sekiranya bahan tersebut telah siap dicetak.
ii) Bahan-bahan yang telah siap dicetak hendaklah diambil segera di
bilik cetak dan maklumkan kepada Puan Nur Hidayah binti Daya
supaya tidak berlaku kehilangan.

Makluman: Semua guru

4.2.3 Kewangan
i) Sekolah kita telah menerima PT Kewangan baharu iaitu puan Fina

Harmona binti Armon. Oleh itu, diminta semua Ketua Panitia
menghubunginya untuk mengetahui baki duit PCG yang ada. Ketua
Panitia hendaklah berbelanja sekurang-kurangnya 70%. Baki
peruntukan yang selebihnya akan diketahui dalam masa yang
terdekat ini. Sila berhubung dengan puan Fina apakah yang boleh
dibeli dalam tempoh PKP ini. Jika memerlukan nota minta boleh
juga berhubung dengannya.

Tindakan: Ketua Panitia

4.2.4 Inventori kelas

6

i) Puan Khalijah mencadangkan supaya guru kelas dan penyelaras
bilik-bilik khas membuat senarai inventori kelas (perkakasan dalam
kelas).
Makluman: Semua guru

4.2.5 Perkhidmatan
i) Puan Zahirul Azila meminta data dalam e-operasi dan HRMIS

mestilah sama kerana ini ada kaitan dengan e-pangkat dan
persaraan.
ii) Semak tarikh-tarikh penting dalam e-pangkat supaya tidak berlaku
keciciran.
iii) Guru-guru yang akan bersara perlu ingat tarikh bersara.
iv) Guru-guru yang baru dilantik perlu ingat tarikh pengesahan
lantikan, pengesahan jawatan dan kemasukan skim berpencen.

Makluman: Semua guru

4.2.6 Pengurusan HEM (Puan Irfah binti Dimyati)
i) Fail peribadi murid perlu diletakkan di bilik rekod untuk

memudahkan sekiranya murid berpindah.
Makluman: Semua guru

4.2.7 Emolumen murid
i) Encik Azri Rizal bin Awang Jambi hendaklah memastikan

maklumat emolumen murid ini dihantar kepada puan Irfah binti
Dimyati sebelum bulan Julai 2021.

Tindakan: Guru Data

4.2.8 Buku Besar
i) Tahniah diucapkan kepada guru kelas1 Dedikasi yang telah siap

mengisi maklumat murid dalam buku besar. Jika ada guru kelas
yang ingin melengkapkan buku besar dalam tempoh PKP ini, boleh
maklumkan kepada pentadbir dan pihak pejabat.

Makluman: Semua guru

4.3 PK Kurikulum (Puan Norshahima binti Nordin)

4.3.1 Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR)
i) Tahniah atas usaha dan komitmen guru-guru dalam melaksanakan

PDPR mengikut jadual yang telah ditetapkan.
ii) Pelaporan perlu dibuat setiap hari sebelum pukul 6.00 petang. Jadual

telah dibuat pada sesi satu. Jadi tiada alasan guru-guru tidak sempat
membuat pelaporan.
iii) Bermula pada minggu ini, pentadbir akan menyemak dan
mengesahkan setiap pelaporan yang dibuat oleh guru. Guru yang
tidak membuat pelaporan atau tidak menjalankan PDPR boleh
dikesan oleh pentadbir.
iv) Guru-guru perlu mempelbagaikan kaedah PDPR dalam talian atau
luar talian. Beberapa perkara perlu dielakkan iaitu:

• Jangan jadikan youtube yang sedia ada sebagai bahan
pengajaran utama.

7

• Jangan jadikan aktiviti murid hanya menjawab soalan kuiz
dalam talian semata-mata. Perlu ada latihan bertulis seperti
menggunakan buku aktiviti, buku tulis, lembaran kerja atau
modul.

v) Cara menghantar tugasan murid juga perlu dipelbagaikan.
Contohnya video, video audia, voice record dan kerja bertulis (ambil
gambar) atau hantar melalui ‘dropbox’.

vi) Catatan PBD adalah daripada respon murid semasa PDPR atau
tugasan yang dihantar serta pemerhatian guru. Sila kemaskini Rekod
Perkembangan Murid (RPM) setiap kali melaksanakan PDPR.

vii) Istilah murid cicir ialah murid yang hilang terus semasa PDPR atau
langsung tiada respon. Tetapi, jika arahan itu dibaca dan murid dan
murid tidak menghantar tugasan, ianya tidak dikira tercicir.

viii) Puan Norshahima mencadangkan agar ibu bapa dimotivasikan agar
memantau anak-anak belajar di rumah. Mungkin ucapan daripada
guru besar selain program motivasi ibu bapa.
Makluman: Semua guru

4.3.2 Program pendigitalan sekolah
i) SKSU dipilih antara beberapa sekolah di Selangor bagi program

pendigitalan sekolah. Pelaksanaannya bermula tahun 2021 ini iaitu
semua maklumat, data, dokumentasi disimpan secara online sama
ada menggunakan platform Google Classroom, Google sites,
Google Drive, Microsoft Teams, Laman sesawang dan lain-lain.
ii) Objektifnya untuk mewujudkan pusat maklumat sehenti,
memudahkan pemantauan dan pengurusan lebih cekap dan
sistematik (rujuk Gioogle Classroom).
iii) Oleh itu, SKSU dalam proses mendigitalkan semua unit
terutamanya pengurusan dan pembelajaran. Oleh itu, guru yang
telah dijemput sebagai ‘teacher’ mohon segerakan untuk
memasukkan bahan berdasarkan ‘class work’ yang telah dibuat.
Bagi pengurusan panitia dan kurikulum akan diberitahu dengan
lebih lanjut dalam mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum pada hari 18
Jun 2021 (Jumaat) ini.

Tindakan: Semua guru

4.3.3 Borang keberhasilan dan borang pencerapan kendiri SKPMG2
i) Terima kasih kepada guru yang telah menghantar borang

keberhasilan kepada PP1 dan PP2 dan juga borang pencerapan
kendiri SKPMG 2.
ii) Ada juga guru yang belum menghantar boring SKPMG2. Oleh itu,
diminta guru yang berkenaan menghantar segera kerana borang
SKPMG 2 yang sama akan digunakan untuk pencerapan pentadbir
(Rujuk Google Classroom). Pencerapan boleh dilakukan semasa
guru menjalankan PDPR. Pencerap akan memaklumkan perkara ini
kepada guru.

Tindakan : Semua guru

4.3.4 Program Literasi dan Numerasi (PLAN)

8

i) Program ini berfokus peringkat JPNS dan PPD. Jadi, Sekolah perlu
mengambil serius dan AJK yang dilantik perlu bertindak proaktif.

ii) Objektifnya adalah untuk melepasi murid ke tahap minimum TP3
bagi subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris tahun
2 dan 3.

iii) Pelaksanaan intervensinya adalah secara ‘Bottom up’ dan mengikut
kesesuaian sekolah.

iv) Program ini menggunakan modul MOLIB bagi Bahasa Melayu dan
Matematik dan SOW bagi Bahasa Inggeris.

v) Buat PLC bincang intervensi yang sesuai, menggunakan item
pentaksiran formatif untuk menyokong PBD dan mesti ada KPI.
Tindakan: penyelaras PLAN

4.3.5 LADAP dan Mata Kredit
i) Mohon guru-guru cukupkan bilangan LADAP dan mata kredit

dengan kadar segera.
Tindakan: Semua guru

4.4 PK Hal Ehwal Murid (Puan Mazhaniza binti Mat Zain)

4.4.1 Puan Mazhaniza mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua
guru-guru di bawah seliaannya yang telah menghantar borang keberhasilan
dan SKPMG2.

Makluman: Semua guru

4.4.2 Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
i) Untuk makluman semua guru kelas, unit HEM telah menerima

tambahan duit BAP yang telah dimohon untuk lebih kurang 30
orang murid. Bantuan ini akan cuba diserahkan dalam minggu ini
atau minggu hadapan.
iii) Baki yang masih ada disebabkan dokumen murid yang tidak
lengkap akan cuba dihabiskan. Walaupun ada masalah dari segi
kekangan waktu, tetapi unit HEM akan cuba berusaha
menyelelesaikannya dengan segera. Sekiranya dokumen murid yang
layak itu tidak lengkap juga, duit tersebut terpaksa dipulangkan
semula.

Tindakan: Unit HEM

4.4.3 Bantuan KWAMP
i) Sekolah kita telah menerima sebanyak 341 orang murid yang layak

untuk menerima bantuan e-kasih dan bantuan KWAMP.
ii) Walaubagamanapun, pihak kementerian meminta serahan ini

ditangguhkan dahulu sehingga selesai PKP. Sekiranya pihak
sekolah menggunakan serahan secara dalam talian boleh diteruskan.
Namun, sekolah kita biasanya diserahkan secara tunai. Perkara ini
akan dibincangkan semula dengan Puan Makelthom sama ada akan
diserahkan secara tunai atau dalam talian.

9

iii) Jumlah murid yang layak pada tahun ini adalah lebih daripada tahun
lepas yang hanya 266 orang murid sahaja. Kementerian telah
merujuk data yang diisi oleh ibu bapa melalui APDM.
Tindakan: Unit HEM

4.4.4 Seorang murid Tahun 3 telah ditimpa kemalangan dan ibunya meninggal
dunia pada minggu lepas. Terima kasih diucapkan kepada Ustazah
Shamsiah binti Adam kerana telah menguruskan kutipan sumbangan
daripada warga SKSU kepada keluarga murid tersebut.

Makluman: Semua guru

4.4.5 Diharap guru-guru kelas peka dan dapat menyalurkan segala maklumat
berkaitan murid yang mempunyai masalah atau dalam kesusahan kepada
unit HEM atau pihak sekolah. Dengan cara ini, kita dapat membantu
meringankan beban mereka.

Makluman: Semua guru kelas

4.4.6 Unit Bimbingan dan Kaunseling akan berkolaborasi dengan tiga buah
sekolah iaitu SK Kampung Jawa, SK Kampung Jawa 2 dan SK Sungai
Udang untuk mengadakan ceramah keibubapaan secara atas talian pada 10
Julai 2021 (Sabtu). Diharap semua guru dan staf dapat menyertai program
yang dirancang ini.

Makluman: Semua guru

4.4.7 Terima kasih diucapkan kepada Unit Bimbingn dan Kaunseling kerana
telah mengadakan program atau aktiviti walaupun murid berada di rumah.
Penyertaan murid amat baik walaupun tidak mencapai target yang diigini.
Melalui program ini, murid-murid sudah semakin celik ICT.

Makluman: Semua guru

4.4.8 Sekiranya ada murid baharu masuk semasa PKP, guru kelas perlu hadir ke
pejabat dan mengambil fail peribadi murid di atas meja Puan Mazhaniza
untuk mengemaskini data murid dalam APDM. Data terkini diperlukan
segera supaya tiada murid cicir.

Tindakan: Guru kelas yang berkenaan

4.4.9 Terima kasih kepada semua guru kerana telah memberi komitmen
sepenuhnya kepada Unit HEM.
Makluman: Semua guru

4.5 PK Kokurikulum (Encik Muhammad Hafiz bin Damanhuri)

4.5.1 Aktiviti kokurikulum dapat dijalankan dengan baik semasa sesi
persekolahan bersemuka dengan murid. Aktiviti Unit Beruniform dan
Kelab/Persatuan telah berjaya dilaksanakan sebnyak dua kali. Manakala
aktiviti Sukan dan Permainan sebanyak 3 kali dimana lebih kepada
permainan catur. Terima kasih kepada semua guru yang telah memberi
komitmen yang tinggi ketika menjalankan aktiviti kokurikulum secara
bersemuka. Unit Kokurikulum akan cuba menyelesaikan masalah-masalah
yang dihadapi pada aktiviti akan datang.

10

Makluman: Semua guru

4.5.2 Aktiviti Google Meet untuk guru-guru bagi kebitaraan catur telah berjaya
dilaksanakan bersama encik Salihin bin Ahmad. Manakala pengenalan asas
catur kepada murid pula dilaksanakan melalui youtube streamyard dengan
bantuan unit ICT dan encik Salihin bin Ahmad. Aktiviti ini telah berjaya
menarik minat murid SKSU untuk program kebitaraan catur sekolah kita.
Program ini akan diteruskan dengan membuat pertandingan secara atas
talian untuk guru dan murid-murid. Perkara ini akan dibincangkan bersama
jawatankuasa unit kokurikulum.

Makluman: Semua guru

4.5.3 Program Khatam Al-Quran telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama
unit kokurikulum dan unit KKGK.
Makluman: Semua guru

4.5.4 Program Sambutan Hari guru dan Hari Raya melalui google meet dan
youtube stramyard telah berjaya dijalankan dengan kerjasama unit
kokurikulum dan unit KKGK.

Makluman: Semua guru

4.5.5 Projek Bilik Catur dan Bilik Rekreasi akan disiapkan selepas PKP.
Makluman: Semua guru

4.5.6 Perancanagn pembelian barang-barang untuk unit kokurikulum. Jika guru-
guru ada perancangan atau pandangan untuk pembelian barang-barang unit
kokurikulum, boleh maklumkan segera. Ini kerana kewangan unit
kokurikulum masih ada lagi.

Makluman: Semua guru

4.6 PK Petang (Encik Mohd Faidz bin Alias)

4.6.1 Program PLAN
i) Program PLAN adalah program daripada PPD. Program ini hanya

melibatkan 11 buah sekolah sahaja. Setiap sekolah ada
pemantaunya. Di bawah PLAN ini ada MOLIB (Modul Latihan
Intervensi berfokus dan Terbeza). Program PLAN ini sebenarnya
ada 3 subjek iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Subjek Bahasa Inggeris buat masa ini belum dimulakan lagi. Buat
masa ini hanya ada subjek Bahasa Melayu dan Matematik. Hanya
murid-murid Tahun 2 dan 3 yang mendapat TP 1 dan TP 2 sahaja
terlibat dengan program ini. Penerangan lebih lanjut akan diberitahu
oleh penyelaras PLAN Bahasa Melayu dan Matematik dalam
mesyuarat panitia.
ii) Program ini akan dijalankan pada minggu hadapan. Guru yang
terlibat dalam program ini akan menggunakan RPH MOLIB yang
mempunyai aktiviti terbeza mengikut aras murid. Modul akan
ditambah baik dan digunakan juga pada minggu hadapan. Diiharap
guru-guru yang terlibat perlu bersedia dari segi fizikal dan mental.

Makluman: Semua guru

11

4.6.2 Tahniah kepada semua guru sesi petang kerana telah berjaya menyiapkan
PBD.
Makluman: Semua guru

4.6.3 Tahniah kepada Encik Azhari bin Ibrahim dan puan Noor Adila binti Aziz
kerana dapat berpindah ke sekolah yang baharu. Semoga terus cemerlang di
tempat baharu.

Makluman: Semua guru

4.7 Penyelaras Pra Sekolah (Puan Zainah binti Asmawi)

4.7.1 Kehadiran murid Pra Sekolah bagi bulan Mac dan April mencapai 80%.
Makluman: Semua guru

4.7.2 Program atau aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan
i) Kalender Bulan Ramadhan (Tunjang Sains Awal). Murid dibimbing

untuk melukis dan mewarna fasa-fasa bulan pada 1 Ramadhan
sehingga menjelang 1 syawal pada lembaran kerja.
ii) Hafazan Surah (Pendidikan Islam). Pertandingan ini dikelolakan
oleh Puan Juliarina dan Puan Zariza. Surah hafazan ialah Al-
Fatihah, Al-Ikhlas dan An-Nas. Ibu bapa diminta melatih murid
menghafaz surah tersebut.
iii) Ceramah Nuzul Quran telah diadakan pada 28 April 2021 iaitu
disampaikan oleh Encik Haris (Pra UM), Ustaz Muhammad Hafiz
(Pra UKM), Ustaz Mat Dinos (Pra UIAM) dan Ustaz Zulkifle (Pra
USM).
iv) Tayangan video Ramadhan iaitu nasyid dan cerita Ramadhan.
v) Pertandingan mewarna (Tunjang sosioemosi dan tunjang fizikal
motor halus).
vi) Pengagihan bubur lambuk (Tunjang Kemanusiaan). Bubur lambuk
disediakan dengan Kerjasama semua guru dan PPM hasil daripada
sumbangan ibu bapa murid Pra sekolah.
vii) Biskut cornflakes madu (Tunjang Matematik Awal). Guru dan
murid Bersama-sama menyediakannya dan murid membilang
jumlah cup berisi cornflakes mad uke dalam bekas untuk di bawa
balik ke rumah.
ix) Aktiviti sedekah Ramadhan. Bermula 1 Ramadhan hingga 21
Ramadan, murid Pra didedahkan dengan amalan bersedekah.
Murid-murid digalakkan digalakkan bersedekah walaupun sedikit
dengan memasukkan duit ke dalam tabung sedekah di dalam kelas.
Jumlah sedekah yang Berjaya dikumpulkan sebanyak RM963.40
dan telah diserahkan kepada puan Azlina binti Che Ibrahim selaku
penyelaras unit kebajikan murid SKSU.

Makluman: Semua guru

4.7.3 Permohonan pendaftaran murid Pra 2022.
i) Permohonan dibuka secara atas talianpada 1 Mac 2021 dan berakhir

pada 30 Mei 2021.

12

ii) Permohonan manual bermula pada 1 Mac 2021 dan berakhir pada
30 Jun 2021.

iii) Proses pengesahan permohonan telah dilakukan sepenuhnya dengan
jumlah 194 permohonan.

iv) Proses aliran kerja pendaftaran murid Pra 2022 bermula pada 1 Julai
2021 berdasarkan tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh PPD.
Makluman: Semua guru

4.7.4 Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR)
i) Modul telah diberi kepada murid Pra bagi tempoh PDPR 17 Mei

2021 hingga 28 Mei 2021.
ii) Bagi PDPR bermula 14 Jun 2021 hingga 16 Jun 2021, murid-murid

telah diberikan buku kerja dan buku bacaan KACAM 2 dan 3 bagi
memanfaatkan sepenuhnya penggunaan PCG murid Pra.
iii) Jadual waktu PDPR adalah selaras tetapi pelaksanaannya mengikut
guru masing-masing.
iv) Bagi memantau penguasaan kemahiran membaca, bermula 17 Mei
2021 setiap hari Khamis PDPR dilaksanakan dalam bentuk aktiviti
bacaan melalui video call, rakaman video atau suara murid
membaca.
v) Ini adalah salah satu pentaksiran berterusan ke atas murid mengikut
pencapaian masing-masing.

Makluman: Semua guru

4.7.5 Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan (IPPK)
i) Guru-guru Prasekolah telah menyelesaikan pentaksiran pada tarikh

12 Jun 2021 kepada murid-murid Prasekolah bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains Awal, Matematik Awal,
Kemanusiaan, Ketrampilan Diri, Fizikal, Kreativiti dan Estetika
serta Sosioemosi.
ii) Pendidikan Agama Islam telah disempurnakan oleh Ustazah
Juliarina dan Ustazah Zariza.
iii) Pentaksiran peringkat zon dilaksanakan pada 17 Jun 2021 oleh Puan
Najihah binti Zakaria (Jurulatih IPPK Daerah Klang).

Makluman: Semua guru

4.7.6 Proses naik taraf dapur Prasekolah telah mula dijalankan pada 14 Jun 2021
dengan proses pengemasan semula. Pengemasan kelas pula pada 21 Jun
2021. Pelaksanaannya oleh PPM di bawah seliaan puan Khalijah.

Makluman: Semua guru

4.8 Guru Perpustakaan dan Media (Puan Nurul Asiah binti Md Mahyudin)

4.8.1 Projek menaik taraf Pusat Sumber Sekolah (PSS) abad ke-21 telah berjaya
dilaksanakan dan telah mencapai 70% siap. Puan Nurul Asiah
mengucapkan terima kasih kepada Puan Norshahima, encik Hasnan
(Pemangku GPM) dan semua AJK PSS yang telah banyak membantu. PSS
dalam proses untuk menutup semua tingkap dengan menggunakan papan
lapis. Kerja-kerja ini diuruskan oleh encik Salihin bin Ahmad.

Makluman: Semua guru

13

4.8.2 Aktiviti PSS yang telah dijalankan ialah:
i) Pelantikan Pengawas PSS
ii) Program Pelancaran NILAM peringkat sekolah
iii) Program Pertandingan Swafoto dan Slogan Minda Sihat Amalan

Membaca iaitu kolaborasi antara Unit Bimbingan Kaunseling dan
PSS.

Makluman: Semua guru

4.8.3 Aktiviti yang akan dilaksanakan pula adalah seperti berikut:
i) Pertandingan Resensi buku
ii) Pertandingan ‘Sudut NILAM at Home’
iii) Tokoh NILAM. Sekolah telah menghantar wakil untuk Penyertaan

Tokoh NILAM daerah bagi tahun 2021 kategori Bahasa Melayu
sekolah rendah. Sekarang ini pihak BSTP sedang menilai tokoh
tersebut. Tujuannya adalah untuk memberi peluang dan pengalaman
kepada murid tersebut. Murid tersebut adalah dari Tahun 5.

Makluman: Semua guru

4.9 Penyelaras Bestari (Encik Hasnan bin Zakaria)

4.9.1 Kiosk ICT (Makmal Komputer)
i) Kiosk ICT di bawah tangga Makmal Komputer telahpun siap dan

lengkap, tetapi belum dapat digunakan lagi disebabkan PKP.
Makluman: Semua guru

4.9.2 Bilik Akses
i) Keceriaan Bilik Akses telah dinaik taraf hampir 90% siap.

Penyelarasnya adalah encik Muhammad Rashid bin Azmi (sesi
pagi) dan encik Nurul Hardi bin Baharum (sesi petang).
ii) Untuk makluman semua, Penukaran 10 UPS telah dibuat di Bilik
Akses untuk menggantikan UPS yang telah rosak akibat kilat
semasa PKP tahun lepas. Oleh itu, semua komputer telah berfungsi
semula.

Makluman: Semua guru

4.9.3 Baik pulih jubin
4.9.4 i) Proses baik pulih jubin yang pecah di Makmal Komputer 2 telahpun

selesai iaitu hasil sumbangan daripada PIBG.
Multiseat Makmal 1
i) Makmal 1 menggunakan system multiseat. Surat telah pun diterima

untuk menggantikan multiseat yang baharu iaitu dengan kaedah
sewa beli sebanyak 40 buah komputer. Dijangka komputer baharu
ini akan diterima pada bulan November 2021.

Makluman: Semua guru

4.9.5 Pihak sekolah akan menerima 3 buah komputer dan sebuah mesin cetak
(printer). Pihak pentadbir telahpun berbincang tentang tempat dimana ia
akan diletakkan.

Makluman: Semua guru

14

4.9.6 Kem Briged Bestari siri 1 telah selesai dilaksanakan pada awal tahun dan
akan diteruskan pada siri yang berikutnya selepas PKP.
Makluman: Semua guru

4.9.7 TV SKSU adalah platform rasmi sekolah selain daripada Facebook sekolah.
Banyak aktiviti yang telah dijalankan menggunakan TV SKSU ini. Terima
kasih kepada En. Mohsan yang telah mewujudkan TV SKSU ini. TV SKSU
ini adalah di bawah pengawasan puan Nurul Asiah (GPM) dan akan dibantu
oleh unit ICT dari segi pengurusannya.

Makluman: Semua guru

4.9.8 Pelaporan PDPR
i) Guru-guru perlu memastikan pautan pelaporan yang digunakan

untuk pelaporan PDPR adalah pautan yang terkini. Jika
menggunakan telefon bimbit, pastikan menggunakan email moe.
ii) Semua guru wajib mengisi pelaporan PDPR mengikut jadual waktu.

Tindakan: Semua guru

4.9.9 Program Pendigitalan
i) Semua sekolah di Selangor akan mengalami proses pendigitalan ini.

Cuma sekolah kita telah terpilih pada tahun ini. Pada akhir tahun ini
diharapkan sekolah kita telah selesai untuk program pendigitalan
unit pentadbiran, unit Kurikulum, unit HEM dan Unit Kourikulum.

Makluman: Semua guru

4.9.10 Aktiviti akan datang
i) Perkongsian baharu Edu Apps
ii) Bengkel pendigitalan unit HEM dan Kokurikulum
iii) Pendedahan Google Classroom kepada ibu bapa dan murid tahun 1
akan dibuat dalam masa terdekat. Diharap penyelaras Tahun 1 dan
guru kelas tahun 1 untuk ambil maklum.
iv) Bilik Audio akan dijadikan bilik ‘green screen’ dan ‘live studio’.
v) Kem Briged Bestari Siri 2 dan siri 3
Makluman: Semua guru

4.10 Guru Bimbingan dan Kaunseling (Puan Hayati binti Jamain)

4.10.1 Program yang dijalankan sepanjang PKP
i) Pertandingan swafoto dan slogan minda sihat amalan membaca
yang telah diadakan pada 7 hingga 14 Jun 2021. Daripada gambar-
gambar penyertaan murid yang telah dihantar dapat
menggambarkan latar belakang dan sosioekonomi mereka.
ii) Penerangan konsep psikometrik kepada murid tahun 6 yang telah
dijalankan pada 12 Jun 2021. Tahniah dan terima kasih kepada guru-
guru Tahun enam kerana membantu Unit Bimbingan dan
Kaunseling untuk menyebarluaskan pautan yang diberi. Memang
agak sukar membuat program atas talian terutamanya penglibatan
sijil atas talian.
Makluman: Semua guru

15

4.10.2 Program yang akan dijalankan pada bulan Julai pula ialah:
i) Program keibubapaan secara atas talian iaitu gabungan 3 PIBG dan
3 buah sekolah. Ustaz Syamsul Debat akan dijemput untuk program
ini.
ii) Pelaksanaan mentor mentee Tahap 1 dan Tahap 2 secara atas talian.
Makluman: Semua guru

4.10.3 Program yang akan dijalankan pada bulan Ogos akan ditentukan kemudian
sama ada dijalankan secara atas talian atau bersemuka bergantung kepada
keadaan persekolahan.
Makluman: Semua guru

4.10.4 Psikometrik yang telah dijalankan pada 27 April 2021. Intervensi murid
telah dibuat secara atas talian pada 12 Jun 2021. Namun begitu, laporan
analisa masih tidak boleh dijalankan kerana masih ada kekangan dimana
seramai 6 orang murid yang tidak menjawab. Murid-murid tersebut telah
cuba dihubungi dan ada memberi respon. Namun, soalan yang disediakan
di pondok jaga masih belum diambil. Psikometrik ini juga akan dilaporkan
dalam SKPMG 2.0 kod 3.3.6.
Makluman: Semua guru

4.10.5 Perkara baharu mengikut penataran yang telah diperolehi, unit kaunseling
perlu melaksanakan saringan minda sihat. Sepatutnya saringan minda sihat
ini dijalankan secara atas talian dan bersemuka pada 14 Jun 2021 dan tarikh
tutupnya pada bulan Ogos. Murid akan menjawab di bawah pemantauan
guru bimbingan dan kaunseling di makmal. Memandangkan masih lagi
PKP, unit bimbingan dan kaunseling masih lagi menunggu bagaimana cara
pelaksanaan saringan ini.
Pada sidang media khas Menteri kanan Pendidikan pada 6 Jun 2021, ada
satu item sokongan. Puan Hayati mengambil sokongan guru kaunseling
kepada murid. Beberapa sokongan yang akan dilaksanakan dalam
bimbingan dan kaunseling adalah:
i) Talian cakna – Unit bimbingan akan menghubungi murid dan
sasarannya adalah murid yang tidak hadir sebelum PKP, murid yang
cicir PDPR atau murid yang perlukan bantuan.
ii) Telegram UBK kepada warga SKSU, ibu bapa dan murid-murid dari
semasa ke semasa. Melalui saluran ini maklumat dari unit
bimbingan dan kaunseling dapat disebarkan.
iii) Dalam bimbingn dan kaunseling akan menyebarkan kepada 4
bidang tugas utama iaitu
• psikososial dan kesejahteraan mental
• pembangunan dan sahsiah diri murid
• pengurusan disiplin
• Pendidikan kerjaya
Makluman: Semua guru

4.11 Pengerusi KKGK – Encik Mat Dinos bin Talib

16

4.11.1 Encik Mat Dinos mengucapkan tahniah kepada tiga orang guru SKSU yang
dapat bertukar ke sekolah baharu. Jawatankuasa KKGK dalam perancangan
untuk akan mengadakan majlis perpisahan mengikut norma baharu iaitu
melalui ‘google meet’. Oleh itu, jawatankuasa KKGK akan mengutip
sumbangan daripada semua ahli KKGK untuk membeli cenderahati. Guru
besar selaku penasihat KKGK ada memberi cadangan supaya mencipta satu
nama khas untuk majlis persaraan atau majlis perpisahan di SKSU. Ahli
KKGK yang mempunyai idea atau pendapat berkenaan nama khas tersebut
boleh maklumkan kepada jawatankuasa KKGK.
Makluman: Semua guru

4.11.2 Selamat datang diucapkan kepada guru-guru baharu yang berpindah masuk
ke SKSU. Semoga segala pengalaman yg diperoleh dari sekolah lama dapat
dikongsikan bersama warga SKSU.
Makluman: Semua guru

4.11.3 Segala perancangan yang telah dirancang oleh jawatankuasa KKGK telah
berjaya dilaksanakan mengikut jadual. Walaupun kaedah pelaksanaannya
terpaksa mengikut norma baharu iaitu melalui ‘google meet’ tetapi tetap
meriah dan ceria. Diharap pada masa akan datang kita akan dapat
mengadakan majlis secara bersemuka mengikut tradisi KKGK sebelum ini.

Makluman: Semua guru

4.12 Penyelaras Surau (Encik Zamkhairi bin Simon)

4.12.1 Fizikal Surau
i) Masaalah kebocoran telah di atasi selepas beberapa kali dibaik
pulih. Walaubagaimanapun, tidak kekal lama memandangkan
banyak bahagian bumbung yg rosak.
Makluman: Semua guru

4.12.2 Buku rekod penggunaan surau
i) Buku rekod penggunaan surau perlu diisi oleh semua pengguna dan
perlu mematuhi peraturan yang telah disediakan.
Makluman: Semua guru

4.12.3 Khidmat pembersihan surau
i) Unit surau telah mengupah orang luar (berbayar) kerana khidmat
pekerja sekolah terhad.
Makluman: Semua guru

4.12.4 Aktiviti Surau
i)Aktiviti surau yang telah dijalankan ialah Program Bacaan Tahlil
Perdana. Aktiviti-aktiviti lain akan menyusul kemudian.
Makluman: Semua guru

4.12.5 Akaun Surau

17

i) Encik Zamkhairi memohon PIBG membenarkan akaun tumpang
(bermaksud menumpang akaun PIBG) seperti kebanyakan surau di
sekolah lain. Ini kerana, PPD tidak membenarkan surau mempunyai
akaun sendiri.
Tindakan: Bendahari PIBG

4.12.6 Terima kasih kepada guru-guru yang telah memberi sumbangan sama ada
berbentuk wang ringgit mahupun fizikal kepada surau SKSU.
Makluman: Semua guru

5. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ISU/LAPORAN

5.1 Tiada pembentangan kertas kerja.

6. HAL -HAL LAIN

6.1 KPT (Puan Khalijah binti Osman)
6.1.1 Puan Khalijah memberitahu mengenai potongan elaun sumbangan covid 19
akan bermula pada bulan Julai.
Makluman: Semua guru

6.1.2 Tunggakan dan bayaran gaji baru akan cuba diusahakan pada bulan
September atau Oktober kerana kekangan PKP dan sibuk dengan urusan
kenaikan pangkat.

Makluman: Semua guru

6.1.3 Staf di pejabat akan bertugas secara bergilir-gilir iaitu seramai tiga orang
bermula pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Jika ada ibu bapa
bertanya berkenaan pertukaran murid atau mendapatkan surat hospital
boleh didapati di dalam kotak yang telah disediakan di Pondok Jaga.

Makluman: Semua guru

7. PENUTUP
7.1 Pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada semua kerana sudi hadir

dan mendengar maklumat yang disampaikan dalam mesyuarat ini. Terima kasih
juga kepada Encik Hasnan selaku pengecara majlis. Semoga segala yang
dibincangkan diredhai dan dirahmati oleh Allah.

Makluman: Semua guru

7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.59 petang.

Makluman: Semua guru

Urusetia Mesyuarat,
Rasitah binti Ahmad
23 Jun 2021

18


Click to View FlipBook Version